P. 1
52313635-pt-new

52313635-pt-new

|Views: 7|Likes:
Published by WaneySaadil

More info:

Published by: WaneySaadil on Apr 14, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/13/2014

pdf

text

original

DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PISMP G 7.3

PENGGUNAAN WARNA DALAM KEMAHIRAN MENULIS HURUF BESAR BAHASA MELAYU MURID BERMASALAH PENDENGARAN

MALATHI A/P RAMAKASNA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

1.0

PENDAHULUAN

Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku social ataupun cirriciri fizikal.Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti

maksimum.Menurut Kirk ( 1989 ), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanakkanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Individu bermasalah pendengaran merupakan seorang yang kehilangan satu deria penting iaitu pendengaran. Ini menyebabkan mereka lebih banyak

menggunakan deria penglihatan untuk teruskan kehidupan. Kekurangan yang
1

DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PISMP G 7.3

dialami

turut

mempengaruhi

proses

pembelajaran

dan

sedikit

sebanyak

mempengaruhi pencapaian akademik mereka. ( Hardman, 1996 ) Seseorang yang dikatakan pekak tidak dapat memahami pertuturan melalui deria pendengaran dengan ataupun tanpa menggunakan alat pendengaran. Ini bermakna mereka mengalami kepekakan yang amat teruk iaitu kehilangan pendengaran sebanyak 90dB hingga 120dB. (Safani Bari, 1999). Quigley (1984), mendefinisikan cacat pendengaran sebagai kanak-kanak atau orang dewasa yang tahap pendengarannya teruk, terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. Ia disebabkan faktor dalaman dan luaran. Oleh itu, mereka tidak dapat belajar mendengar bunyi atau mendengar secara spontan. Menurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalahmasalah komunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam Mojuntin Ebin (1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami

kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Abdullah Yusof ( 1993 ), pelajar masalah pendengaran seringkali melakukan kesalahan struktur ayat kerana mereka menyusun ayat berdasarkan pemerolehan bahasa mereka. Ini menimbulkan implikasi dan perkembangan bahasa terhadap mereka di dalam menguasai bahasa.Pemahaman bahasa penulisan adalah secara signifikan lebih lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya yang normal
2

tanda bacaan dalam guna huruf besar yang tidak betul dalam penulisan mereka ( Paridah awing. 1991 ) REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Selepas menjalani praktikum fasa pertama dan fasa kedua. Soalan latihan atau ujian yang sering dikemukakan ialah “ Salin semula ayatayat yang diberi dengan menggunakan ejaan.3 Penggunaan bahasa dalam penulisan oleh murid-murid bermasalh pendengaran sangat lemah ( Izani hj Daud ). membuat banyak kesilapan dalam ejaan. tanda baca dan huruf besar di tempat 3 . saya telah menghadapi pelbagai masalah dan rintangan disamping memperoleh banyak faedah serta panduan yang sewajarnya untuk mendidik murid-murid khususnya murid-murid berkeperluan khas masalah pendengaran. Antara masalah yang seringkali dihadapi oleh saya ialah masalah muridmurid tidak dapat menguasai penggunaan huruf besar walaupun telah didedahkan kepada mereka. Namun setiap kali latihan di dalam kelas terdapat juga kesalahan dalam penggunaan huruf besar.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. Mereka juga menggunakan perbendaharan kata yang terhad.

sekurangkurangnya mereka tidak akan kehilangan kesemua markah. Semasa menjalani praktikum.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3 yang sesuai”. REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN Guru merupakan seorang insan yang menerangi hidup murid-murid dengan membekalkan ilmu sebagai bekalan masa hadapan untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran dalam era globalisasi ini. Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kali kesalahan ini berulang. selepas noktah dan kata nama khas mesti ditulis dengan menggunakan huruf besar tetapi masih terdapat murid yang leka dan menganggapnya tidak penting kerana mereka tidak mengetahui bahawa kesalahan huruf besar tergolong dalam kesalahan tatabahasa. Jadi saya mengambil keputusan untuk mempertingkatkan penguasaan huruf besar dalam kalangan murid. walaupun setiap hari sebelum murid mula menulis saya mengulangi perkara yang sama iaitu permulaan ayat. Seorang guru perlu memiliki 4 . Jika murid dapat menulis semula ayat yang diberi tanpa sebarang kesalahan huruf besar.

Murid-murid akan teruja serta menumpukan perhatian sehingga tamat sesi pengajaran dan pembelajaran.tanpa ABM proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. Percival dan Race (1993) penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. 5 . Menurut Ellington. Seorang guru juga berperanan sebagai wadah ke arah pembentukkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk menarik minat murid meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai membolehkan murid memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa proses pemngajran dan pembelajaran dijalankan.3 sifat-sifat tertentu untuk mendidik anak bangsa dengan cemerlang. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu pendekatan yang dapat membolehkan murid-murid menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. menjelaskan. Murid- murid lebih memberi perhatian terhadap tayangan yang ditayangkan melalui LCD projector kerana tayangan berwarna-warni berserta dengan animasi yang bergerak. Murid-murid akan lebih menumpukan perhatian jika alat bantu mengajar yang dibawa oleh guru terdiri daripada pelbagai bentuk dan berwarna-warni. Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam mendidik murid-murid. Aziz Saleh (1993). Guru juga harus menggunakan alat bantu mengajar yang berbeza untuk setiap langkah supaya murid tidak berasa bosan semasa pengajaran dan pembelajaran.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 6 .3 Seorang guru yang bertauliah perlulah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan strategi supaya murid dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Guru perlu menjadi lebih kreatif jika pendekatan yang digunakan oleh guru tidak berkesan dengan menggunakan pendekatan atau strategi yang lain untuk membolehkan murid lebih memahami dan seterusnya menjadi murid yang cemerlang.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.

Di antara kriteria pemilihan fokus kajian ialah kebolehtadbiran. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. menyalin semula ayat. dalam setiap rancangan mengajar terdapat kemahiran menulis yang menitikberatkan penggunaan tanda baca. 2. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting dalam penulisan. membina ayat-ayat mudah dan sebagainya. Sewaktu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. saya telah mendapati masih terdapat dalam kalangan murid-murid tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti semasa menulis jawapan pemahaman. 2.2 KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN Saya telah memilih fokus kajian berdasarkan beberapa kriteria pemilihan fokus kajian.1 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH Saya bercadang untuk melakukan tinjauan awal terhadap murid-murid bermasalah pendengaran tahun 2 sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berlangsung. Jika masalah ini tidak diatasi kemungkinan besar murid-murid ini akan menghadapi masalah serta peratus markah dalam matapelajaran Penulisan Bahasa Melayu semasa mereka berada di Tahap 2 akan merosot.3 Saya ingin memberi perhatian tentang masalah dalam kemahiran menulis huruf besar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Kajian 7 . Tujuan tinjauan awal ini ialah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini juga memainkan peranan yang penting kerana melalui kajian ini murid-murid dapat mengikuti kelas matapelajaran Bahasa Melayu dengan sistematik dan berkesan tanpa sebarang halangan dan rintangan.3 ini boleh ditadbirkan di sekolah kerana saya akan menjalani latihan praktikum di sekolah murid-murid bermasalah pendengaran. 8 . Terdapat kebolehgunaan dalam kajian ini kerana data-data serta hasil yang dikenalpasti dalam kajian ini dapat digunakan dalam kajian yang seterusnya. Dengan menggunakan dapatan kajian yang dijalankan.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. Seterusnya. Saya akan mendapatkan kolaborasi daripada pihak guru yang mengajar matapeljaran Bahasa Melayu di sekolah itu disamping mendapat kolaborasi daripada ibu bapa murid-murid. Guru dapat mengetahui cara-cara kawalan kelas yang spesifik untuk murid-murid berkenaan seterusnnya dapat membantu dalam proses pengajaran. Selain itu. Murid-murid bermasalah pendengaran tahun 2 dapat menguasai kemahiran menulis huruf besar dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan warna sebagai bahan yang utama. Saya hanya akan menjalankan kajian ini terhadap murid-murid bermasalah pendengaran tahun 2 dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga boleh ditadbirkan di sekolah aliran perdana. kolaborasi juga telah menjadi kriteria pemilihan fokus kajian yang dijalankan oleh saya. kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang tersendirinya. guru-guru dapat meningkatkan kawalan kelas.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum  Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan warna. Hasil dapatan kajian boleh digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis huruf besar .0 SOALAN KAJIAN 9 .3 Akhir sekali. selepas noktah dan pada kata nama khas melalui penggunaan warna.  Murid dapat mempertingkatkan daya ingatan mereka terhadap penggunaan huruf besar melalui warna 4. Objektif Khusus  Murid dapat menulis huruf besar pada permulaan ayat. kajian ini mempunyai kerelevanan kepada sekolah.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.

Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf-huruf besar.3  Bagaimanakah murid dapat menguasai penggunaan huruf besar pada permulaan ayat. Murid tersebut hanya akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran jika pengajarannya menarik perhatiannya. Murid-murid kelas ini terdiri daripada dua Melayu dan seorang berbangsa Cina. Ketiga-tiga murid ini menghadapi masalah pendengaran tahap teruk dan salah seorang daripadanya merupakan murid autisme. 5. 10 .0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 3 Dedikasi yang terdiri daripada satu lelaki dan dua orang perempuan. Murid-murid yang normal juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid berkeperluan khas masalah pendengaran. selepas noktah dan kata nama khas?  Bagaimanakah murid dapat mempertingkatkan daya ingatan mereka terhadap penggunaan huruf besar. Jika tidak murid tersebut akan menjalankan aktiviti yang disukainya seperti melukis.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.

Setiap aktiviti yang memerlukan murid menulis. warna merah mesti didahulukan.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6. Saya akan menggabungkan warna merah dengan pensel agar murid tidak lupa bahawa setiap kali mereka mula menulis. 11 .1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Aktiviti dijalankan setiap kali matapelajaran Bahasa Melayu.3 6.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. murid perlu mulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan murid.

3 • Kajian yang dijalankan adalah selari dengan model spiral Kemmis iaitu:- Rajah 1: Model Spiral  Kitaran pertama i) ii) iii) iv) Proses merancang Pelan tindakan Pengumpulan data Refleksi 12 .DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.

DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. • • • Membaca ayat mudah dengan penggunaan huruf besar. 13 .3  Langkah-langkah dalam kitaran pertama • Murid diperkenalkan dengan penggunaan huruf besar. Menyalin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.  Kitaran kedua i) ii) iii) iv) Perancangan semula Pelan tindakan Pengumpulan data Refleksi  Langkah-langkah dalam kitaran kedua • • Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai dengan menggunakan warna. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. 14 . Salin semula petikan dengan menggunakan warna pada huruf besar di permulaan ayat.3 • • Membaca petikan mudah yang diberi tanpa huruf besar. selepas noktah dan kata nama khas.

DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA - Pemerhatian terhadap sikap dan tindak balas murid dalam kelas. ( Rujuk Lampiran 1 )  sikap murid akan dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. - Soal selidik ( Rujuk Lampiran 2 ) 15 .3 6.

guru untuk mendapatkan - Ujian pengesanan  diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.3  borang soal selidik diberi kepada jawapan yang tepat secara jujur. - Semakan buku latihan  semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai penggunaan huruf besar.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA 16 . 6.

0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN 7. 7. Melalui ini saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang masalah yang dihadapi oleh murid. saya akan mula menganalisis hasil dapatan saya. Saya akan menganalisis keputusan ujian pengesanan dengan memberi markah kepada setiap murid serta akan menilai murid berkenaan.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN 17 .DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. Saya akan menganalisis maklumat pemerhatian dengan menggunakan senarai semak.3 Setelah mengumpul data yang berkaitan dengan kajian.

4. 5.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7.00 . 6. 3. TARIKH PERKARA Mengenalpasti dan awal. 8.2 KOS KAJIAN TINDAKAN BIL 1.3 BIL 1. 9. masalah data CATATAN pengumpulan 2. 7.00 RM 18 50.00 50. Kertas A4 Bahan Cetak Ink printer Lain-lain BAHAN KOS RM RM 50. 11. 4. - Menulis proposal kajian Merancang kajian Laksanakan tindakan 1 Analisis tindakan 1 Analisis pencapaian murid Laksanakan tindakan 2 Analisis tindakan 2 Analisis pencapaian murid Refleksi Menulis laporan kajian 7.00 RM 150. 10. 2. 3.

Penerbitan Seri Kota. 19 . 2.BHD. Selangor. Penerbit Multimedia SDN. Ipoh. Alis bin Puteh (2009). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kajian Tindakan Di Sekolah.0 SENARAI RUJUKAN 1. Satu Pengenalan. Mok Soon Sang ( 2010). Perak.00 8.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan . Shah Alam.3 JUMLAH RM 300.

Second Edition . Pearson Education.DRAF PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP G 7. Teaching Students With Language And Communication Disabilities.3 3. United States of America. 20 . S.Jay Kuder ( 2003 ).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->