You are on page 1of 2

2.

1 Definisi Genetik / Baka (Nature)


Baka atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai her edity berasal dari perkataan Latin iaitu heres. Faktor baka atau nurture lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat baka. Gen akan menguasai perkembangan manusia dan memberi sifat unik kepada setiap manusia. Ernest R. Hilgard mengatakan bahawa baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapanya kepada anaknya melalui gen. Definisi yang diberikan oleh Derville (1979) hampir sama iaitu keseluruhan ciri-ciri mental dan emosi fizikal yang telah diwariskan dari segi biologi daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Austria. Seseorang kanak-kanak yang terlahir itu pasti akan mewarisi sifat-sifat ibu bapanya. Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui genetik. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu umpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Hujah ini turut disokong oleh W.E Vinacke yang berpendapat baka ialah penentu struktur organ, arah perkembangan, sistem biologi serta potensi seseorang individu. J.A Thompson pulamenyatakan bahawa baka merujuk kepada perkembangan genetik antara generasi manusia. Dari segi kecerdasan pula, sebilangan pakar psikologi seperti Newman (1937)dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan melalui prestasi individu di dalam kelas contohnya. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang turut bijak. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Penjelasan dan huraian tentang baka menghasilkan beberapa ciri yang nyata seperti berikut iaitu baka diturunkan melalui gen ibu bapa kepada anak-anaknya. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh, paras rupa seperti warna mata,rambut, jenis rambut, kulit, saiz dan bentuk badan, ketinggian, tahap kecerdasan,personaliti, sikap, minat dan sebagainya.

2.3 Faktor Genetik atau Baka Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak


Genetik atau baka memainkan peranan penting ke atas pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak itu. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah ciri fizikal, fisiologi, kecacatan mental, sahsiah dan kecerdasan. Contohnya ialah warna kulit, bentuk mata dan jenis darah. Manakala ciri fisiologi pula bermaksud kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat. Andaian ini dibuat memandangkan ada sesetengah penyakit seperti haemophilia dan kekerdilan berlaku disebabkan faktor baka.

Menurut Amran Schienfeld, baka akan menentukan persamaan ibu bapa dan anak dalam sesuatu keluarga iaitu sifat anak-anak seperti minat, kebolehan dan pengawalan emosi. Baka merupakan rantaian genetik manusia di antara satu generasi ke generasi yang seterusnya. Baka akan menentukan persamaan yang terdapat di antara anak dengan ibu dan bapanya. Hal ini disebabkan oleh faktor kromosom, gen, kelenjar dan hormon. Baka mempunyai beberapa elemen iaitu gen, hormone, sel, kromosom dan kelenjar. Gen ialah info biologikal yang membawa karekter yang diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Gen mengandungi kandungan molekul protein yang mempunyai asid deoksiribonukliek yang membawa segala bentuk biologi ibu bapanya kepada anak. Untuk pengetahuan, gen terbahagi kepada dua iaitu gen dominan dangen resesif. Gen dominan merupakan gen yang kuat dan mengatasi gen resesif. Apabila anak dilahirkan, gen dominan akan mempengaruhi anaknya. Gen-gen ini dibawa oleh kromosom contohnya rambut. Jika bapa berambut perang manakala ibunya berambut hitam, anak akan mengikut salah satu ciri rambut kedua ibu bapanya. Hormon pula ialah bahan kimia yang diperbuat daripada sel-sel yang terdapat dalam kelenjar hormon. Bahan kimia akan dialirkan ke dalam darah untuk melaksanakan tugas-tugas seperti melancarkan proses pertumbuhan tubuh. Hormon mempunyai paras yang berubah-ubah pada peringkat awal ini akan menyebabkan ketidakstabilan emosi kepada kanak-kanak. Selain itu hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar akan memberi kesan kepada organ-organ lain. Kromosom pula ialah selirat seperti benang yang terdiri daripada komponen protein yang membawa gen-gen organism terdiri daripada butir-butir halus yang terdapat dalam nucleus. Manusia normal mempunyai 46 kromosom yang setiap kromosom mempunyai kumin kecil yang dikenali sebagai gen. Sel pula merupakan organism hidup yang sangat kompleks. Di dalam sel ini terdapat nukleus yang mengandungi kromosom dan gen. gen ini berfungsi mengawal sifat luaran kanak-kanak seperti kebolehan menggulung lidah. Kecacatan mental adalah disebabkan oleh perwarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Manakala kecerdasan seseorang bergantung kepada ciri-ciri fizikal yang sihat. Jika semua faktor adalah sihat, maka kecerdasan seseorang itu juga akan berkembang dengan baik. Walaupun sahsiah seseorang itu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya seseorang yang cepat marah dan bimbang banyak dipengaruhi oleh baka. Namun begitu, terdapat bukti yang sebenarnya boleh kita pertimbangkan untuk menyangkal dakwaan Amran Schienfeld bahawa pengaruh genetiklah yang menentukan minat, kebolehan dan kawalan emosi. Sebagai contoh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan seorang yang berbakat besar dalam bidang seni terutamanya dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan filem. Akan tetapi anak-anak beliauseperti Nasir P. Ramlee dan Dian P. Ramlee (sekadar beberapa nama) gagal mengikut jejaknya. Ini menjelaskan kepada kita kebarangkalian faktor genetik sebenarnya bukanlah kekuatan utama seseorang anak itu mengikuti genetik asal.