You are on page 1of 6

Malaysia merupakan sebuah Negara yang telah berjaya keluar daripada kumpulan Negara yang mundur kepada Negara

yang sedang pesat membangun dan kini menuju kearah status Negara yang maju dalam cita-cita untuk mencapai Wawasan 2020. Disebalik kemajuan yang dikecapi oleh Negara Malaysia pada masa kini, terselit juga satu peristiwa pahit yang pernah Malaysia lalui yang telah menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas kemerdekaan. Yang memburukkan lagi peristiwa pahit itu telah berlaku selepas Negara Malaysia mengecapi kemerdekaan iaitu peristiwa 13 Mei 1969 iaitu berlaku rusuhan dan berbalahan antara kaun melayu dan cina. Berdasarkan peristiwa pahit tersebut dapat disimpulkan bahawa rusuhan kaum sangatlah tidak menguntungkan sesiapa dan mana-mana kaum sekalipun yang sememangnya berada di dalam satu rumpun Negara iaitu Negara Malaysia. Di sini juga dapat mengambil langkah yang konkrit bagi mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum yang sememangnya rakyat haruslah saling bertoleransi dan saling hormat-menghormai antara kaum terutamanya. Justeru itu, perpaduan antara kaum haruslah penting di kukuhkan supaya Negara dapat maju dan hidup dalam aman dan damai. Hubungan etnik yang stabil dan baik sangatlah penting dalam sesebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum. Hal ini kerana hubungan etnik sangat berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralism sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Kepentingan hubungan etnik yang baik sangatlah penting dalam aspek utama iaitu kestabilan politik, kestabilan ekonomi, pelancongan, pendidikan dan membentuk masyarakat yang majmuk. Dalam mengaitkan hubungan etnik ini dalam kestabilan politik ialah dengan adanya hubungan etnik yang terjalin dengan baik antara kaum di Negara kita Malaysia, kestabilan politik juga dapat membentuk dengan baik dan lancar. Hal ini kerana, masalah hubungan etnik sering terjadi apabila sesebuah kaum tersebut tidak dapat bersatu dengan baik sebagai satu rumpun dalam Negara. Kepentingan hubungan etnik ini sangat penting supaya masalah dalam hubungan etnik seperti kefahaman yang berbeza antara kaum dan secara tidak langsungnya akan mengakibatkan kefahaman yang berbeza dalam politik bagi setiap kaum iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan

semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Apabila Negara mengalami pelbagai kefahaman politik yang berbeza dalam setiap kaum, bagaimanakah sesebuah Negara itu dapat membangun dengan baik sekiranya terdapat pelbagai kepincangan dalam politik. Hal ini secara tidak langsungnya dapat mengugat kestabilan politik dalam Negara. Apabila politik dalam Negara mula goyang dan tidak stabil, Negara tidak dapat berkembang maju dengan lancar dan baik. Dan lebih membimbangkan lagi apabila politik dalam Negara tidak stabil, maka akan timbullah campur tangan dari Negara luar yang cuba mengambil kesempatan di sebalik konflik yang berlaku. Tidak mustahil sekiranya hubungan etnik yang goyang ini akan mengancam juga keselamatan dalam Negara lebih-lebih lagi apabila politik di Negara itu sendiri sudah goyang dan boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih parah lagi iaitu perbalahan dan perperangan boleh berlaku antara berlain kaum dan fahaman dalam politik. Rakyat seharusnya mengekalkan hubungan yang baik sesama kaum kerana dengan mengekalkan hubungan etnik yang baik ini juga Negara kita dapat menjalin hubungan politik yang baik dengan Negara lain juga. hal ini kerana, kestabilan politik yang baik dalam Negara yang berbilang kaum dapat membuktikan dan memberikan kepercayaan kepada dunia bahawa Malaysia telah berjaya maju dengan menyatu padukan rakyatnya yang berbilang kaum kepada dunia. Hal ini jelas dibuktikan apabila Malaysia telah berjaya membuktikan prestasinya dalam mengukuhkan kestabilan politik dengan Negara luar yang lain. Hal ini dapat di buktikan apabila prestasi baik Malaysia ini telah membolehkan Negara Malaysia dipilih sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Hal ini jelas menunjukkan bahawa hubungan etnik yang baik dalam sesebuah Negara. Justeru itu walaupun berbeza kaum dan kefahaman rakyat seharusnya bersatu padu dalam mengekalkan kestabilan politik supaya dapat bersama-sama memajukan Negara sendiri.

Selain itu juga, dengan menjalinkan hubungan etnik yang baik sangat penting dalam menjamin kestabilan ekonomi yang baik kepada Negara. Kita sudah sedia ketahui bahawa perbezaan penguasaan dalam penguasaan ekonomi telah pun berlaku sejak zaman penjajahan British apabila mereka mewujudkan ekonomi mengikut kaum iaitu kaum melayu lebih kearah pertanian yang tinggal di kampung dan di luar bandar, kaum cina pula lebih kearah perniagaan yang tinggal di dalam bandar dan manakala kaum india pun tinggal di dalam lading-ladang yang mengerjakan ladang getah dan sebagainya. Faktor ini telah banyak mengakibatkan banyak faktor yang telah menyebabkan perbalahan antara kaum seperti peristiwa 16 Mei 1969 apabila hak sama rata kaum telah dipertikaikan terutamanya dalam faktor penguasaan ekonomi. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluangpeluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup

mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Justeru itu, rakyat berbilang kaum seharusnya bersatu padu dalam mengekalkan hubungan etnik yang baik sesama sendiri dalam menstabilkan ekonomi dalam Negara. Jika perpaduan di antara kaum dapat di pupuk dengan baik ekonomi Negara dapat dibangunkan dengan baik. Kerana kita sememangnya saling memerlukan walaupun terdapat perbezaan dalam penguasaan ekonomi dalam kaum. Dengan adanya hubungan etnik yang baik dalam Negara, secara tidak langsungnya Negara tersebut dapat hidup dalam aman dan hal ini dapat menarik perhatian dan memberikan kepercayaan Negara luar melabur dalam Negara kita. Hal tersebut dapat mengutungkan Negara sekiranya Negara kita berjaya menarik banyak pelabur asing untuk melabur dalam Negara kita. Selain itu juga, hubungan etnik yang baik dapat meningkatkan sektor

pelancongan. Hal ini jelas dilihat apabila Negara kita Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai kaum, adat dan cara hidup yang berbeza seperti adat resam, cara hidup sesebuah kaum, perayaan sesebuah kaum atau agama dan lain-lain lagi yang tentunya unik untuk di kunjung oleh pelancong dari Negara luar. Sekiranya berlaku pergolakan dalam hubungan antara kaum, sudah pasti sesebuah Negara itu tidak menjadi Negara yang banyak dan kerap dikujungi oleh para pelancong. Oleh itu masyarakat seharusnya bersatu padu hidup dalam aman damai supaya sektor pelancongan Negara kita dapat ditingkatkan dengan lebih lagi. Dengan adanya pelancong dari Negara luar, maka dapat ditingkatkan lagi kemajuan ekonomi dalam Negara apabila berlakunya tukaran mata wang dan seterusnya menguntungkan sesebuah masyarakat dan kaum tersebut. Sangatlah rugi sekiranya sesebuah masyarakat yang majmuk tidak dapat menjalinkan hubungan etnik yang baik sesama kaum kerana keunikan yang ada pada setiap kaum mampu menarik

perhatian para pelancong untuk dikunjugi dan juga merupakan salah satu aset dalam membangunkan ekonomi sesebuah kaum, masyarakat dan Negara itu sendiri. Seterusnya, antara kepentingan hubungan etnik juga ialah dalam meningkatkan pendidikan. Dalam meningkatkan pendidikan dalam Negara juga, menjalinkan hubungan etnik antara kaum sangatlah penting kerana sebagai sebuah Negara yang majmuk kita sememangnya saling memerlukan antara satu sama lain dalam meningkatkan pendidikan dalam Negara. Sekiranya berbalahan antara kaum tercetus, maka perkembangan pendidikan dalam masyarakat tidak dapat dikembangkan dan lebih parah sekiranya keadaan seperti ini berlarutan sehingga boleh mengakibatkan pertempuran antara kaum. Sekiranya perkara tersebut berlaku maka Negara itu sendiri menjadi tidak aman dan sudah tentunya menyulitkan masyarakat dalam memperoleh pendidikan. Perkara ini juga boleh mengakibatkan sesebuah masyarakat itu menjadi masyarakat yang kekurangan ilmu dan pengetahuan. Hal ini secara tidak langsungnya membantutkan lagi dalam usaha meningkatkan pembangunan sesebuah Negara kerana Negara tersebut berkemungkinan akan mengalami kekurangan golongan masyarakat yang cerdik pandai dan berintelek tinggi. Hal ini juga dapat menyebabkan campur tangan dari pihak luar yang mengambil kesempatan pada Negara atau masyarakat itu kerana mereka mudah terpengaruh dan tertipu akibat kekurangan ilmu yang ada. Seterusnya, kepentingan hubungan etnik yang baik juga dapat membentuk sebuah masyarakat yang majmuk dan hidup dalam satu rumpun Negara Malaysia. Dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang majmuk, rakyat yang berbilang kaum seharusnya bersatu padu antara satu sama lain supaya masyarakat majumuk yang hidup dalam aman damai dapat dicipta. Kefahaman dan ideologi yang berbeza sememangnya akan mengganggu dalam membentuk sebuah masyarakat yang majmuk. Seperti cabaran nilai yang ada antara etnik berbeza di mana masingmasingnya yang menunjukkan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan yang ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Pembentukan masyarakat yang majmuk sukar di bina sekiranya perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum

bersikap terus menebal dengan saling membanggakan dengan cara yang salah terhadap bahasa dan kebudayaan mereka sendiri kepada kaum yang lain. Hal ni jika berlarutan dan dibiarkan menjadi lebih teruk tanpa sebarang penyelesaian, tidak hairanlah jika peristiwa pahit Negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang kembali yang semamngnya langsung tidak menguntungkan sesiapapun. Sesebuah masyarakat yang majmuk terutamanya masyarakat dalam Malaysia walaupun mereka merupakan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, tetapi diingatkan bahawa mereka mempunyai pelbagai persamaan sebagai contoh mereka saling memiliki sebuah bendara kebangsaan, lagu kebangsaan, rukun Negara yang mesti saling mereka patuhi, dan lain-lain lagi. Justeru itu, membina hubungan etnik yang baik seharusnya ada pada setiap kaum yang hidup dalam masyarakat yang majmuk dan berbilang bangsa seperti Negara kita Malaysia. Hal ini supaya kita dapat bersama-sama meningkatkan dan memperkembangkan Negara kita dalam mengekalkan keamanan dan kemerdekaan yang sedia ada.