You are on page 1of 6

Peringkat Semasa Urus Niaga

1.Borang Pesanan 4. Invois 7. Nota Debit

2. Nota Makluman

5. Invois Performa

8. Nota Kredit

3. Nota Serahan

6. Nota Kiriman

Peringkat Semasa Urus Niaga


Borang Pesanan -Dihantar oleh pembeli kepada penjual. -Menyatakan nama dan alamat pembeli dan pembekal, nombor dan tarikh pesanan, jenis barang, harga, nombor rujukan dan kuantiti serta syarat serahan. Nota Makluman -Dihantar oleh penjual kepada pembeli dengan menyatakan barang yang dipesan telah dihantar dan sedang dalam perjalanan. -Butir yang terkandung jenis dan kuantiti barang, syarat dan masa serahan, nombor rujukan dan tarikh penghantaran. Nota Serahan -Dokumen yang dihantar bersama barangan. Disediakan dalam tiga salinan. -Menyatakan jenis dan kuantiti tanpa menyebut harga barang.

Peringkat Semasa Urus Niaga


Nota Kiriman -Dokumen tentang barang yang dihantar menggunakan pengangkutan awam atau swasta. -Butir seperti nama, alamat penjual dan pembeli, jenis dan kuantiti barang serta syarat bayaran pengangkutan -Disediakan dalam 3 salinan. Invois Proforma -Digunakan bagi tujuan untuk meminta bayaran sebelum barang dihantar, menggantikan senarai barang buat sementara waktu. -Digunakan dalam perniagaan antarabangsa dan menjadi invois biasa untuk pemeriksaan kastam. Invois -Digunakan dalam urus niaga kredit berkaitan pembelian barang dan jumlah hutang. -Turut berfungsi sebagai resit jika telah dicop rasmi dan ditandatangani oleh penjual.

Peringkat Semasa Urus Niaga


Nota Kredit -Dokumen yang dikirim kepada pembeli untuk memberitahu akaunnya telah dikreditkan. -Ia digunakan kerana pembeli memulangkan barang yang rosak, pembeli diberi diskaun dan pembeli dikenakan bayaran yang lebih.

Nota Debit -Dokumen yang dikirimkan kepada pembeli untuk memberitahu akaunnya telah didebitkan. Ia digunakan kerana pembeli dikenakan bayaran yang kurang dari sepatutnya, dikenakan kos angkutan, barang yang diserahkan tidak dicatat dan mengenakan caj ke atas cek tak layan.

Peringkat Selepas Urus Niaga

1.Penyata Akaun

2.Resit

Peringkat Selepas Urus Niaga


Penyata Akaun -Merupakan ringkasan urus niaga yang berlaku antara pembeli dan penjual dalam sesuatu bulan dan baki bayaran dalam penyata. -Fungsi lain ialah merekod hutang pembeli kepada penjual, cara meminta pembeli membayar hutangdan sebagai rujukan kepada pembeli.

Resit -Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli sebagai bukti pembayaran telah dibuat.

-Digunakan sebagai sumber rujukan semasa merekod dalam buku akaun dan
-berfungsi sebagai rujukan kepada penjual dan pembeli serta menunjukkan urus niaga telah sesesai.