You are on page 1of 4

BISKUT BADAM CORNFLAKES Bahan-bahannya 1 cawan tepung naik sendiri 2 cawan cornflakes di kisar halus 1.

1/2 cawan serbuk badam 150 gam mentega 100 gm gula kastor 1 biji telur 1/2 camt vanilla

Hiasan Coklat putih di cairkan Coklat masakan di cairkan Cara Membuatnya Ayak tepung, kemudian gaulkan dengan cornflakes yang telah di kisar dan badam. Ketepikan. Pukul mentega, gula, telur dan esen vanilla. Kaup balikkan adunan tepung hingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Canai setebal 3 mm, terap denga penerap biskut kegemaran anda. Susun di atas dulang pembakar yang telah di lenserkan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit. Sejukkan di atas redai kuih. Sementara itu cairkan coklat masakan putih dan coklat. Sapukan coklat putih di atas permukaan biskut. Ambil lidi dan celupkan kedalam coklat cecair berwarna coklat dan corak/lukiskan di atas permukaan biskut yang telah di sapukan coklat putih. Biarkan coklat membeku dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut Cornflakes Oren Bercoklat

Bahan A 150 gm tepung naik sendiri 100 gm tepung jagung 100 gm cornflake di kisar kasar Bahan B 125 gm mentega/marjerin 100 gam gula kastor 1 biji telur 1 camt parutan limau oren 1 camt vanilla

Cara membuatnya Ayak tepung naik sendiri dan tepung jagung. Campurkan cornflakes. Gaul rata dan ketepikan. Mentega dan gula di pukul sebati, masukkan telur, esen vanilla serta kulit oren. Gaulkan mentega dengan campuran tepung dan cornflakes tadi. Gaul sehingga menjadi doh lembut dan terap mengikut acuan kegemaran anda. Lenserkan dulang pembakar dan aturkan biskut. Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit di dalam suhu 180 darjah celcius. Sejukkan di atas redai kuih. Apabila telah benar-benar sejuk, celup setengah bahagian biskut dalam coklat cair. Taburkan sedikit badam cincang. Simpan dalam bekas kedap uda

BISKUT SUJI

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum

1 tin sederhana (16 oz) minyak sapi QBB 1 tin sederhana gula pasir (tin yg sama dgn minyak sapi) di kisar jd serbuk

1 genggam tepung suji

Cara:

Gaul kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bebola kecil. Saiz terserah kpd citarasa anda. Bakar di dalam ketuhar sgn suhu kira-kira 160- 170 darjah Celsius sehingga masak.

Biskut kelapa 2 cawan gula kastor cawan koko cawan susu segar cawan marjerin 1 camt vanila 3 cawan rolled oats (bukan masak segera) 1 cawan kelapa kering 1 cawan kismis Jerang gula, koko, susu, marjerin dan vanila di dalam periuk. Kacau hingga mendidih. Biar mendidih deras selama 3 min. Masukkan semua bahan lain. Sudukan ke atas kertas kalis minyak. Letak dalam pendingin. Simpan di dalam bekas bertutup, di bahagian bawah rak peti sejuk. Nota: Kismis boleh digantikan dengan badam/walnut bakar.