You are on page 1of 12

1

PENGENALAN Pendidikan pemulihan adalah pendidikan yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain. Sasaran pendidikan pemulihan adalah mereka yang menurut Brennan (1974) sebagai murid gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka, tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat. Menurut Sharifah (1986) pula sasaran pengajaran pemulihan ini ialah muridmurid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi akademik yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya dalam matapelajaran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Mereka tidak termasuk kanak-kanak yang dikategorikan sebagai terencat akal. Program pemulihan khas ini disediakan untuk pelajar yang memerlukannya daripada pertengahan darjah satu hingga ke pertengahan darjah empat. Sistem ini mengeluarkan pelajar-pelajar yang dikenal pasti memerlukan pemulihan dalam 3M daripada kelas bahasa Melayu dan Matematik mereka, untuk menghadiri kelas pemulihan mengikut masa yang telah ditentukan. Selepas darjah empat, pelajar yang belum menguasai 3M tidak lagi dihantar ke kelas pemulihan dan mereka hanya bergantung pada guru kelas mereka sendiri. Jumlah pelajar pemulihan yang berpotensi ini ramai yang tercicir. Banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan ini seperti kemiskinan keluarga, masalah sosial, personal dan sebagainya. Atas kesedaran dan keprihatinan dari pelbagai khidmat sokongan di Negara kita Malaysia telah mewujudkan pelbagai tawaran bagi meyokong program pendidikan pemulihan ini. Antaranya Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pelajaran Negeri. Tawaran-tawaran ini wujud kerana masing-masing berpendapat bahawa murid-murid yang terlibat dengan pemulihan ini boleh berubah dari segi intelektual, persekitaran dan personaliti.

ASPEK-ASPEK YANG DITAWARKAN OLEH KHIDMAT SOKONGAN DALAM PELBAGAI DISIPLIN BAGI MENYOKONG PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN: 1) JABATAN KESIHATAN 2) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 3) JABATAN PELAJARAN NEGERI

JABATAN KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan berbagai-bagai program untuk memastikan murid-murid sekolah terutamanya murid-murid sekolah rendah sedar akan pentingnya menjaga kebersihan dan mengekalkan kesihatan. Ini kerana kebersihan dan kesihatan yang baik merupakan elemen yang penting dalam menuntut ilmu terutamanya ketika berada di dalam persekitaran sekolah. Selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia melalui cawangannya Jabatan Kesihatan Negeri iaitu untuk membantu individu mencapai dan mengekalkan kesihatan mereka bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih produktif terutamanya golongan yang kurang bernasib baik dan kurang

berkemampuan. Secara tidak langsung murid-murid pemulihan akan terlibat di dalam program ini memandangkan majoriti daripada murid-murid pemulihan adalah datang daripada latarbelakang keluarga masyarakat luar bandar yang rata-ratanya adalah kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah. Perkhidmatan pergigian di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sabah contohnya telah menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian asas untuk murid-murid sekolah rendah yang lebih menumpukan kepada murid-murid pemulihan. Objektif

perkhidmatan ini adalah untuk menanamkan kesedaran di kalangan murid-murid tentang penjagaan gigi dan kesihatan mulut. Ini merangkumi kesemua aspek penggalakkan penjagaan gigi, rawatan dan pemulihan. Contoh aktiviti-aktiviti yang di jalankan adalah seperti meningkatkan aktiviti-aktiviti pencegahan. Perkhidmatan ini melibatkan jururawat pergigian untuk datang ke sekolah-sekolah bagi menunjukkan cara ataupun teknik yang betul dalam pencegahan karies gigi.

Selain itu perkhidmatan ini juga mengadakan promosi ke seluruh sekolah rendah bagi meningkatkan lagi kesedaran murid-murid pemulihan ini tentang pentingnya kesihatan mulut. Ini termasuklah mengadakan pameran-pameran yang melibatkan penjagaan dan kesihatan gigi bagi mendedahkan lagi tentang kepentingannya kepada murid-murid yang terlibat. Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sabah juga mengadakan klinik bergerak ke sekolah-sekolah untuk menyediakan rawatan pergigian kepada rendah terutamanya murid-murid pemulihan akan mempunyai gigi kekal bebas karies menjelang 2012. Jabatan Kesihatan Negeri juga turut mengadakan program pemakanan sihat dan seimbang di kalangan murid-murid sekolah. Ini kerana pemakanan yang mempunyai nutrien yang mencukupi penting untuk murid-murid dalam menghadapi proses pembelajaran di sekolah. Dengan makanan yang berkualiti, murid-murid ini akan dapat menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran dan menghadapi kehidupan mereka dengan lebih baik. Seksyen pemakanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga adalah agensi yang menyediakan modul Pemakanan Kanak -Kanak Sekolah. Kumpulan sasaran kajian tersebut lebih menumpukan kepada keperluan makanan murid-murid sekolah rendah terutamanya murid-murid pemulihan dengan membuat pemantauan taraf pemakanan murid-murid melalui Sistem Pengawasan Pemakanan (SPP). Di bawah program PBSS iaitu Program Bersepadu Sekolah Rendah, program seperti Program Susu Sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan telah lama dilancarkan dengan kerjasama secara berterusan antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Selain itu Kuiz Kesihatan Sekolah adalah aktiviti yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerin Pendidikan Malaysia. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran murid-murid sekolah tentang kepentingan kesihatan termasuk bidang pemakanan. Kesimpulannya, Jabatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan berbagai-bagai program untuk memastikan keperluan dan kesedaran murid-murid sekolah rendah terutamanya murid-murid pemulihan tentang kesihatan sentiasa terjaga. Ini dipastikan lagi dengan pelancaran berbagaibagai program untuk meningkatkan lagi taraf kesihatan murid-murid terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan di luar bandar.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Mempunyai iltizam terhadap konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pen-dekatan pelbagai disiplin. Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan juga di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan. Program badan ini melengkapi program kerajaan dan bantuan kewangan serta bantuan teknikal diberikan kepada badan-badan ini. Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan orang kurang upaya

diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan seterusnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada orang kurang upaya bagi menjadikan mereka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Alat bantu

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengeluarkan bantuan pem-belian alat-alat bantuan seperti anggota tiruan, crutches, kerusi roda dan lain-lain alat kegunaan orang kurang upaya. Di samping itu Yayasan Kebajikan Negara juga membantu mereka daripada segi pemberian motosikal roda tiga dan lain-lain alat bantuan. Kerajaan melupuskan duti import ke atas semua alat bantu bagi golongan kurang upaya. Dengan ini mereka boleh mendapatkan alat-alat ini dengan lebih mudah dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup mereka. Jabatan juga mengendalikan pusat membuat alat-alat anggota tiruan yang ketika ini diletakkan di Bengkel Terlindung, Bengkel Daya Klang. Tindakan-tindakan sedang diambil bagi

meningkatkan lagi usaha-usaha memper-banyakkan lagi anggota tiruan dan alat bantu bagi orang kurang upaya secara tempatan dan menggunakan bahan-bahan dan kepakaran tempatan. Dalam bidang ini terdapat juga penglibatan daripada sector swasta.

Organisasi bantu diri Jabatan Kebajikan Masyarakat organisasi-organisasi Bantu memberikan sokongan yang padu orang kurang upaya kepada seperti

diri di kalangan

menyediakan geran bantuan kepada organisasi-organisasi. Ketika ini terdapat tiga organisasi yang dikendalikan sendiri oleh orang kurang upaya seperti Persatuan Orang-orang Buta Malaysia, persatuan Orang Kurang Upaya Malaysia dan 5

Persatuan

Kurang

Pendengaran

Malaysia.

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat juga sedang membantu organisasi-organisasi ini memperluaskan perkhidmatan mereka ke seluruh negara sehingga ke akar umbi kerana persatuanpersatuan ini menunjukkan kejayaan membantu rakan-rakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menunjukkan kemampuan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan yang lain. Untuk menyokong falsafah pendidikan Negara kearah pendidikan cemerlang, gemilang dan terbilang jabatan kebajikan masyarakat turut mengambil bahagian dan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Di samping menjaga kebajikan golongan rakyat yang tidak berupaya atau golongan OKU jabatan kebajikan masyarakat juga menyediakan pelbagai perkhidmatan yang turut sama

meningkatkan martabat pendidikan di kalangan generasi muda Negara. Antara aspek-aspek yang ditawarkan oleh jabatan kebajikan masyarakat bagi menyokong program pemulihan pendidikan ialah: Menyediakan tempat kediaman kanak-kanak yang memerlukan contohnya: a. Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol b. Sekolah Tunas Bakti Kuching c. Taman Seri Puteri, Miri Perkhidmatan Yang Disediakan Jagaan Dan Perlindungan Rumah ini berfungsi sebagai rumah gantian kepada kanak-kanak di bawah jagaannya. Penekanan diberi terhadap jagaan yang sempurna supaya menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang seimbang sama ada dari segi jasmani dan rohani.

Kaunseling Aktiviti ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mengatasi masalah emosi dan psikologi.

Pelajaran Kanak-kanak yang dalam lingkungan umur persekolahan diwajibkan dihantar ke sekolah agar berpeluang mendapat pelajaran akademik. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun, kurikulum akan diadakan 5 hari seminggu. 6

Latihan Vokasional Memberi latihan kemahiran asas dengan mengambil guru-guru sambilan bagi mengajar kelas-kelas masakan, jahitan dan pertukangan tangan.

Didikan Agama Dan Akhlak Kelas agama dan didikan moral akan diadakan mengikut keperluan agama masingmasing. Ini bertujuan menjamin keseimbangan pertumbuhan jasmani dan rohani

Riadah Kanak-kanak digalakkan untuk turut serta dalam semua aktiviti riadah di luar dan dalam institusi supaya sentiasa sihat dan cergas. Mereka juga berpeluang menyertai pertandingan olahraga dan sukandi dalam institusi ataupun dengan institusi-institusi lain. Mereka juga digalakkan menjadi ahli kelab-kelab pakaian seragam. Berkelah dan melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah akan juga dianjurkan bagi kanak-kanak di institusi

Rawatan Dan Kesihatan Semua kanak-kanak dalam penjagaan akan diberi khidmat perubatan dan kesihatan yang rapi. 2. Bantuan Sekolah Bantuan untuk kanak-kanak yang berkeperluan daripada keluarga yang berpendapatan bulanan RM425.00 ke bawah atau anak-anak penerima skim bantuan Jabatan a. Bantuan Yuran Pendidikan
o o o o

Sekolah Arama Penuh Peringkat Matrikulasi Peringkat Diploma Peringkat Ijazah

b. Bantuan Yuran Peperiksaan


o o o

Ujian Persekolahan Sekolah Rendah (UPSR) Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

c. Lain-lain Bantuan
o o

Buku Rampaian Yuran Tuisyen

d. Bantuan Tambang Pengangkutan


o

Pengangkutan Udara Khas kepada yang melanjutkan pelajaran ke IPTA tempatan dengan menggunakan kelas ekonomi. Tambang hanya untuk satu perjalanan sahaja iaitu semasa kemasukan.

o o

Pengangkutan Darat/Air Tambang ulang-alik ke sekolah pada hari persekolah sahaja.

e. Bantuan Pakaian Seragam


o o o

Sekolah Rendah RM90.00 seorang/setahun Sekolah Menengah RM110.00 seorang/setahun Jumlah sebahagian/kesemua bantuan di atas tidak boleh melebihi RM1,500.00 seorang atau sekeluarga.

JABATAN PELAJARAN NEGERI Sejak awal lagi kelas pemulihan khas telah diwujudkan dengan bermatlamat untuk mengatasi kelemahan pelajar menguasai kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Peningkatan jumlah pelajar yang lemah dari tahun ke tahun ini dikhuatiri akan menjejaskan pembangunan bidang pendidikan negara. Maka dengan itu Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah bersepadu untuk mewujudkan program pendidikan pemulihan khas yang memfokuskan pengajaran dan

pembelajaran di kelas pemulihan khas sahaja. Untuk meneruskan kelangsungan matlamat ini, Jabatan Pelajaran Negeri bertindak memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan program ini dilaksanakan dengan sempurna. Matlamat pendidikan pemulihan khas adalah untuk memulihkan pelajar yang lemah agar dapat menguasai kemahiran 3M (menulis, membaca dan mengira). Untuk mencapai matlamat tersebut Jabatan Pelajaran Negeri telah menyelaraskan peraturan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan pemulihan agar dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik. Selain itu Jabatan Pelajaran Negeri berperanan menentukan penempatan guru-guru pemulihan yang ditempatkan di seluruh negeri terutama sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman. Penempatan ini seterusnya membantu kekurangan guru terutama di sekolah kurang murid (SKM) seterusnya mengurangkan beban pihak sekolah. Pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan dapat membantu mengatasi kelemahan murid-murid luar bandar dan pedalaman dalam aspek menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Tidak dinafikan bahawa kewangan memainkan peranan yang penting dalam setiap aspek pengurusan. Pendidikan pemulihan khas juga tidak terkecuali. Kewangan yang mencukupi akan dapat memastikan setiap aktiviti mahupun program dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu Jabatan Pelajaran Negeri telah memperuntukkan sejumlah kewangan agar dapat membantu pendidikan pemulihan ini misalnya dalam penyediaan bahan-bahan bantu mengajar, peralatan dan bahanbahan untuk menghias dan menceriakan kelas pemulihan dan sebagainya. Dengan adanya sumber kewangan yang mencukupi ini sudah tentulah setiap yang dirancang

akan berjalan dengan lancar dan sempurna dan seterusnya melahirkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Suasana pembelajaran yang kondusif lahir daripada persekitaran kelas yang ceria dan mempunyai susun atur perabot yan menarik. Dan yang paling penting sekali ialah mempunyai peralatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, lengkap dan berkesan. Oleh itu Jabatan Pelajaran Negeri bertanggungjawab menyediakan keperluan fizikal yang mencukupi seperti menyediakan set komputer sebagai kegunaan pelajar, komputer riba, alat pencetak dan sebagainya selain menyediakan bahan bantu mengajar yang sepatutnya. Memulihkan pelajar yang bermasalah dalam menguasai kemahiran 3M akan mengambil tempoh masa yang tertentu. Perkara yang paling utama adalah mempersiapkan tenaga pengajar dengan kemahiran tinggi serta mampu menguasai keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan pembelajaran yang bermutu dan berkesan secara tidak langsung menarik minat murid untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga tamat. Sebagai pengisian, Jabatan Pelajaran Negeri telah menganjurkan pelbagai seminar, kursus dan latihan serta menyediakan modulmodul pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru pemulihan. seminar dan kursus ini dapat memantapkan profesionalisma seseorang guru manakala penyediaan modul-modul yang bertepatan dan mengikut sukatan yang betul akan memudah dan melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika sebelum ini, guru pemulihan dilantik tanpa mengambil kira sama ada mempunyai latar belakang asas pendidikan pemulihan atau tidak dan dijawat oleh seorang guru biasa. Namun keadaan ini telah menimbulkan bebanan tugas yang tinggi sekaligus memberi tekanan kerja kepada sesorang guru itu. Atas alasan itu, Jabatan Pelajaran Negeri telah menilai kembali dan memutuskan untuk menawarkan jawatan sebagai guru pemulihan hanya kepada seorang guru dan sebagai langkah awal jabatan telah bertindak untuk menawarkan jawatan guru pemulihan kepada graduan lepasan ijazah. Secara tidak langsung jabatan telahpun memartabatkan fungsi guru pendidikan pemulihan. Jawatan ini diwujudkan bertujuan supaya setiap guru pemulihan khas dapat memberikan tumpuan penuh kepada kelas pemulihan dan dapat meluangkan sepenuh masa dengan para pelajar sekaligus pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar dan bermutu. 10

Lazimnya pelajar luar bandar terutamanya di kawasan pedalaman terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai bilangan adikberadik yang ramai. Sudah tentulah keadaan ini menambahkan beban kepada ibu bapa untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Untuk mengurangkan beban tersebut, Jabatan Pelajaran Negeri telah menyediakan menyediakan program Rancangan Makanan Tambahan secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah termasuklah juga pelajar pemulihan dan secara tidak langsung situasi ini meningkatkan motivasi di kalangan pelajar untuk rajin ke sekolah. Cadangan Berdasarkan perkembangan terkini, jumlah pelajar yang lemah menguasai kemahiran 3M semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini amat membimbangkan semua pihak kerana secara tidak langsung situasi ini akan memberi kesan terhadap masa depan negara dari segi sosio ekonomi, budaya dan masyarakat. Walaupun mendapat sumbangan dari pelbagai pihak yang dilihat dapat membantu namun masih wujud kekurangan yang perlu di perbaiki dan di tambah demi meningkatkan mutu dan keberkesanan kelas yang dijalankan selain bantuan daripada beberapa pihak. Berikut adalah merupakan perkara-perkara yang boleh di beri perhatian untuk meningkatkan lagi mutu dan kompetensi pemulihan khas. Antaranya adalah: 1) menyediakan program latihan guru pemulihan khas 2) menyelaraskan tugas dan tanggungjawab guru pemulihan khas 3) menyediakan alat dan bahan bantu mengajar (BBM) termasuk kaedah audiovisual 4) menyediakan sumber rujukan atau buku panduan pemulihan yang terkini 5) memberi pengiktirafan dan insentif khas 6) menyediakan peruntukan kewangan (PCG) Program Pemulihan Khas 7) memantau, menyerap dan menilai program pemulihan khas secara berkala supaya prestasi pendidikan pemulihan di sekolah dapat ditingkatkan 8) menyediakan kemudahan kelas yang lengkap dan kondusif

11

RUMUSAN/PENUTUP Kesedaran dan kprihatinan daripada pelbagai khidmat sokongan ini membawa perubahan penting kepada pendidikan pemulihan khas di Negara kita Malaysia. Tidak kira apa jua faktor yang menyebabkan kumpulan ini terlibat dengan pendidikan pemulihan khas, mereka seharusnya dianggap sebagai modal insan yang akan memberi sumbangan kepada Negara dalam merealisasikan Wawasan 2020. Malah, usaha untuk membantu seharusnya bermatlamat untuk membawa mereka seiring dengan rakan seperjuangan yang lain untuk menikmati pendidikan yang berkualiti dalam sistem pendidikan di negara ini. ini adalah selaras dengan tema Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang berteraskan konsep akses, ekuiti dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Dalam menangani masalah ini, semua pihak yang terlibat seharusnya mempunyai hubung kait di antara satu sama lain agar program pemulihan khas ini dapat di tangani dengan lebih series, sistematik serta berkesan. Adalah diharapkan saranan-saranan tawaran yang telah kami usulkan akan diwujudkan oleh pihak yang terlibat pada masa akan datang. Semoga dengan adanya tawaran daripada pelbagai aspek dalam pelbagai disiplin bagi menyokong program pendidikan pemulihan khas ini dapat

mengurangkan kadar pelajar yang terlibat dengan program pendidikan pemulihan khas. Di harapkan juga pihak yang terlibat dapat memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka dalam menangani masalah pelajar pemulihan ini dari semasa ke semasa.

12