You are on page 1of 3

Kami sekumpulan terdiri daripada empat orang guru pelatih , telah mengunjungi Unit Bimbingan dan kaunseling yang

berfungsi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Getah , di Bedong Kedah. Terdapat beberapa program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2000 hingga 2012. Maka kami telah menemu bual guru keunseling yang bernama En. Sangkaran yang menyandang jawatan sebagai Guu Keunseling di sekolah tersebut sejak 4 tahun lalu. Sumbangan daripada beliau dapat dilihat melalui program yang dianjurkan oleh beliau di bawah Unit Bimbingan dan Kunseling . walaupun tempat yang diberinya tidaklah begitu besar ataupun kondusif namun ,

penganjuran program amat bermanfaat kepada para murid , ibubapa , serta guru-guru di SJK(T) Sungai Getah. Diantara beberapa program yang dianjurkan , salah satunya program yang bertema Sambutan Kemerdekaan telah dikategorikan dibawah bidang kaunseling

Perkembangan. Pengendalian Program ini telah memberikan banyak manfaat kepada para murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Getah. Semangat Patriotisme adalah nilai yang harus diterapkan kepada semua warganegara Malaysia dan harus menyerlahkan semangat patriotisme serta

menghargai pengorbanan wira-wira merdeka. Maka program ini dapat menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme dalam diri murid. Selain daripada itu,

sambutan kemerdekaan juga memberi peluang kepada murid untuk mencungkil bakat murid , dimana mereka membuat Jalur Gemilang yang besar, dan melakar , mewarna Jalur Gemilang dengan cara tersendirinya. Aktiviti ini dapat mencungkil serta mengasah bakat yang pada murid serta menyemai rasa cinta terhadap Jalur Gemilang. Selain daripada itu, murid hari ini adalah pemimpin masa datang, maka

semangat patriotisme harus disemaikan rasa cinta akan Negara sejak kecil supaya mereka akan menunjukkan rasa kesetiaan kepada Negara pada masa datang. mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan Kemerdekan , menghormati

Contohnya ,

Jalur Gemilang dan lagu Negaraku.

Walaupun Program ini telah dijalankan selama 2 hari bermula 13 September hingga 14 September 2012 , hasil yang direflek oleh murid telah menjaminkan

pencapaian objektif Program Sambutan Kemerdekaa ini. Tambahan lagi , pandangan beliau , mengenai masa atau bulan perlaksanaan program ini adalah pada bulan September , kerana , beliau memastikan penglibatan semua murid , dan juga mengisi hari selepas ujian UPSR dengan cara yang

berfaedah. Beliau juga berkongsi sedikit rasa pengalaman dan juga memberi sedikit cadangan dimana , program seperti harus dijalankan di setiap sekolah supaya menjadikan warganegara yang bertaat setia kepada raja dan Negara. Secara keseluruhanya , temu bual dengan guru bimbingan kaunseling En.

Sangkaran telah memberi banyak input mengenai peranan sebagai seorang kaunselor atau guru biasa yang memegang jawatan guru pembimbing dan kaunseling dimana tugasan-tugasan yang harus dilaksanakan untuk beroperasikan unit Bimbingan dan Kaunseling. Penempatan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah amat penting dan harus dioperasi di setiap sekolah rendah supaya menggelakkan sebarang gejala negatif menular di kalangan murid. Prestij sesebuah sekolah terletak di tangan warga sekolah terutama dalam pencapaian akademik dan kokurikulum murid.

Rajah 1: Murid murid melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dalam kuiz Tahap 1