You are on page 1of 1

2.

1 Kaedah Syarahan / Kuliah Kaedah syarahan atau kuliah yang berpusatkan guru dalam kemahiran hidup dapat dijalankan dalam pelbagai topik. Ini kerana setiap topik pun memerlukan penerangan kuliah daripada guru supaya murid-murid dapat memahami.

Contohnya topik yang boleh menggunakan kaedah syarahan atau kuliah adalah pada topik yang pertama Tahun 4 yang berkaitan dengan keselamatan dan organisasi bengkel. Dengan kaedah ini, guru boleh menerangkan peraturan keselamatan di bengkel dengan lebih teliti. Selain itu, guru juga boleh menjalankan kaedah kuliah ini dengan bantuan gambar-gambar yang berkaitan.

Selain itu, semasa memperkenalkan alatan-alatan yang digunakan dalam kemahiran hidup, guru juga boleh menggunakan kaedah kuliah untuk menerangkan cara pemakaian alatan-alatan tersebut dan juga tujuan penggunaan alatan tersebut.

Pelbagai topik yang memerlukan penggunaan kaedah kuliah seperti dalam topik ikan hiasan, guru boleh menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada setiap ikan-ikan hiasan dengan bantuan gambar-gambar untuk menarik perhatian murid-murid.

Begitu juga dalam topik yang mengenai tanaman, guru boleh memperkenalkan jenis-jenis tanaman yang berbeza kepada murid-murid dengan menggunakan kaedah kuliah. Tetapi syarat utama untuk menghasilkan P&P yang menarik dengan menggunakan kaedah kuliah adalah guru tersebut haruslah menguasai kemahiran untuk

menyampaikan isi pelajaran dengan kaedah kuliah yang berkesan.