You are on page 1of 6

KAJIAN ASPEK KANDUNGAN DAN BAHASA DALAM HIKAYAT HANG TUAH1.

0 PENDAHULUAN Hampir setiap bangsa di dunia ini melahirkan karya epic masing masing. Orang Indiamelahirkan Ramayana dan Mahabharata , orang Greek melahirkan Iliad

dan Odyssey , bangsaInggeris melahirkan Beowulf , bangsa Sepanyol melahirkan Cid , dan bangsa Findlandmelahirkan kalavala . Dalam masyarakat Melayu, epic yang terkenal ialah Hikayat HangTuah. Dalam meletakkan kedudukan karya Hikayat hang Tuah di sisi kesusasteraan Melayu, ramai pengkaji menimbulkan berbagai-bagai kontroversi mengenai kedudukan sebenar karya ini.Seorang pengkaji, Kassim Ahmad yang pernah membuat kajian mengenai teks ini,meletakkan kedudukan Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah karya epic. Alasan yangdikemukakan oleh beliau ialah bahawa watak Hang Tuah itu bukan merupakan watak manusia biasa, melainkan sebagai lambing kepada bangsa Melayu iaitu lambing kemegahan,kegagahan, kebesaran, kesetiaan, kejayaan dan kemasyhuran kepada bangsa Melayu padazaman keagungan kerajaan Melayu iaitu kerajaan Melayu Melaka. Hikayat Hang Tuah adalahsatu-satunyacontoh sastera epic yang ditakrifkan sebagai sastera epic berunsur kebangsaanatau sasterakepahlawanan berunsur kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). SelainSulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karyasastera Melayu yang terindah. 1.1 Objektif Objektif penulisan ini adalah untuk menerangkan dan memahami dengan lebih jelasmengenai aspek kandungan dan bahasa yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah.

1.2 Batasan Kajian Penulisan ini memfokuskan tentang aspek budaya dan kemasyarakatan serta aspek bahasadan tulisan yang terkandung dalam Hikayat Hamg Tuah . Dalam aspek budaya dankemasy arakatan, aspek yang dikaji ialah manakala dalam aspek bahasa pula ialah 1.3 Kaedah Kaedah yang digunakan dalam menghasilkan penulisan ini ialah melalui rujukan ke perpustakaan, perbincangan dengan tutor dan rakan sejawat serta melayari internet. 2.0 ISI-ISI2.1 Pengenalan 2.1.1 Pengertian dan perkembangan bahasa Melayu Klasik.Bahasa Melayu klasik dalam konteks ini dikategorikan sebagai bahasa Melayu yang pernahdigunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat pada suatu ketika dahulu. Olehk erana bahasa mempunyai cirinya yang tersendiri, ia juga turut berkembang mengikut peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Bahasa Melayu yang mempunyaisifat terbuka ini telah menerima pelbagai perubahan, terutamanya dari segi kosa kata.Dalammemperkatakan bahasa klasik ini, kita perlu mengimbas kembali teks melayu lama yangtertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batubersurat, batunisan dan sebagainya. Hasil tulisan itu kebanyakannya tertulis sebelum kurun masihi ke-18.Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan jawi.

Asal usul bangsa dan bahasa Melayu dapat ditentukan melalui pelbagai pendapat atau penemua n. Menurut Tun Seri Lanang dalam bukunya Sejarah Melayu bahawa bangsa Melayuini berasal daripada keturunan Raja Iskandar yang turun di Bukit Siguntang Mahamiru,Palembang, Sumatera.Dari Palembang, kerajaan ini tersebar ke Bentan, Singapura da nakhirnya ke Melaka. Manakala bahasa Melayu pula, ahli sejarah tidak dapat member keteranga n muktamad mengenainya. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa bahasa Melayudipercayai berasal dari sebuah kerajaan di Jambi yang bernama kerajaan Melayu. Pada kurunmasihi ke-7, kerajaan ini telah masuk ke dalam kerajaan Srivijaya. Kekuasaannya meliputi bahagian timur Sumateradan selatan Tanah Melayu. Bahasa Melayu dikatakan turut be rkembang di tempat-tempat tersebut.Pada kurun masihi ke-9, kerajaan Srivijaya telah dikalahkan oleh kerajaan Kadaha (Kedah)dan kekalahan ini menyebabkan bangsa Melayu turut malap. Namun pada kurun masihi ke-14, kerajaan Srivijaya telah membuat perhubungan dengan kerajaan Jawa dan dengan yangdemikianbahasa dan budaya Melayu mendapat tempay di kalangann rakyatnya dan Negara-negara jiran seperti Brunei, Sulawesi dab Borneo. Perkembangan bahasa Melayu Klasik Perkembangan bahasa Melayu Klasik seharusnya dikaitkan dengan perkembangan karyasastera. Ini bererti perkembangan itu bermula dari zaman sastera lisan. Dalam pengucapansastera

tersebut, penuturnya tetap menggunakan bahasa sebagai pengantaranya.Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa pada masa lampau merupakan gambaran yang jelas mengenai sejarah silam bangsa itu. Kekayaan kebudayaannya, sejarahnya, keperibadian bangsanya terdapat dalam naskhah Melayu lama. Sejarah telah membuktikan kewujudan

Negara Melayu tua Sri Wijaya yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayucukup lama digunakan sebagai bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu.Setelah jatuhnya pusat perkembangan kesusasteraan Melayu di Melaka, Acheh telahme ngambil alih pusat tersebut dan menjadikannya sebagai pusat tumpuan para alim ulamadari seluruh kepulauan Melayu. Dalam tulisan pengembara seperti Marco Polo dan ibn Batutadapat disimpulkan bahawa akhir abad ke-13 adalah permulaan Islam mendapat tempat diAlam Melayu. Dengan ini pengaruh Hindu mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke4abad ke-15. Nyatalah bahawa Islam tidak bertindak drastic dalam menghapuskan pengaruhHindu di rantau ini. Islam mula bertapak di Bandar-bandar dan pelabuhan kerana di situmenjadi tumpuan orang ramai dan para pedagang. Islam berkembang di rantau ini bukansahaja sebagainsatu agama tetapi sebagai satu peradaban yang member unsure dan pandangan baru kepada masyarakat Melayu.Pendapat yang menyatakan bahawa India sebagai perantaraan penyebaran agama Islam ke Alam Melayu tidak dapat dinafikan. Kesan dari batu bersurat seperti yang terdapat di MinyeTujuh turut memperlihatkan penggunaan bahasa campuran antara bahasa Melayu atauSu matera, Sanskrit dan Arab. Selanjutnya dalam kisah pengislaman Merah Silu (Malek al-Saleh) terdapat imbasan perantaraan orang-orang dari selatan India yang turut belayar keAlam Melayu. Bahkan asalnya batu nisan Malek al- Saleh juga disebut dari Kembayat.Dengan yang demikian nyatalah oran-orang dari pantai Coromondel, India telah memeluk Islam daripada orang-orang di Alam Melayu. Just eru tidak hairanlah jika ada sastera Islamyang tidak diterima secara langsung dari timur tengah, tetapi dari resensiresensi India.Contohnya Hikayat Berma Shahdan yang berasal dari timur tengah dan dating kea lamMelayu melalui resensi India. Ada pendapat lain yang menyatakan bahawa pwngaruh Islamdi Alam Melayu datangnya dari ParsiIndia, kerana perhubungan antara penduduk alam Melayu dengan Arab agak terkemudian. Mengikut Marrison, orang-orang Gujeratlah yang mula-mula mengenalkan Islam dan membawa pengaruh Parsi ke Alam Melayu. Di Gujerat,Islam disebarkan denagn penakhlukan secara besarbesaran oleh Muhammad Ghor.Seterusnya Marrison mengatakan bahawa pengaruh Parsi menja lar melalui dua sumber:Pertama melalui sumber Parsi-India di bawah pemerinyahan kerajaan Delhi, Gujerat danDeccan. Kedua, melalui pengembara Parsi yang melawat Asia Tenggara dan membawa perte muan kebudayaan.Kedatangan Islam ke Alam Melayu disebut dalam beberapa buah buku yang bercor ak sejarah; seperti Hikatat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong

Mahawangsa.Dari segi sejarah, sember dan kesan dari buku tersebut tidak begitu penting, keran acatatannya lebih banyak merupakan cerita yang didengar oleh pengarang buku berkenaan.Dengan lenyapnya pasai sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu.Melaka memang terkenal dengan pelabuhannya dan di sini ramai para sasterawan,alim ulama dan para pedagang berkumpul.Banyak hasil terjemahan dan saduran sastera Islam yangmenemp uh sejarah pembaharuannya di Melaka.Perkembangan sastera Melayu yang berpengaruh Islam mencapai kemuncaknya pada zamankegemilangan kerajaan Aceh.Seperti Melaka,Aceh juga menjadi pusat tumpuan para alimulama yang mendapat galakan daripada sultannya.Antara tokoh ulama Aceh ketika ituterma suklah Hamzah Fansuri,Shamsudin al-Samatrani,Abdul Rauf dari Singkel dan Sheikh Nuruddin alRaniri.Pada abad ini juga terdapat buku-buku sastera dan agama seperti;SejarahMelayu,Bustan al-Salatin,Taj al-Salatin dan sebagainya.Buku ketatanegaraan kebanyakan adalah terjemahan dan saduran dari bahasa Arab.Sheikh Nuruddin al-Raniri telah menyadur kitab Taj al-Salatin pada tahun 1603M dan kitab BustanalSalatin pada tahun 1638M.Sheikh Nuruddin turut melahirkan buku-buku keagamaanseperti ilmu tasauf atau mistik,tafsir al-Quran dan nahu,Sirat al-Mustakin dan akhbar alAkhirat.Sheikh Nuruddin dalam bukunya ada menyebut nama beberapa orang ulama sepertiAbu Khair ibn Sheikh al-Hajar yang mengarang kitab al-Saif al-Qati,Muhammad alYaman,Sheikh Muhammad Jailani,seorang ilnuan dalam bidang fekah dan mantik.Karya sastera yang dihasilkan pada masa itu sebahagiannya ditujukan kepada orang yangmenguasai bahasa Arab dan sebahagiannya lagi diterjemahkan oleh sarjana tempatan yangmenggunakan bahasa Melayu bercampur perkataan Arab.Contohnya kitab Sarab al-Ashiqintelah ditulis dalam bahasa Melayu untuk dipelajari oleh orang yang tidak tahu bahasa Arab. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik . Peralihan ini dikaitkandengan kedatangan agama Islam yang keAsia Tenggarapada abad ke-13. Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehinggabahasa Melayumengalami banyakperubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang

Menggunakan bahasa istana

Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula,alkisah, hatta, adapun .

Banyak menggunakan partikel pun dan lah

Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arabyang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagaibidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang,kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dankata-kata umum.

Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayuseperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL

, maka kemudiandaripada itu (dari Amma badu ); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan