You are on page 1of 10

Sistem pendidikan ketika zaman pemerintahan British sehingga Tanah Melayu Merdeka Pada dasarnya, sejarah pendidikan di tanah

Melayu telah bermula sejak abad ke-14 lagi. Namun begitu, corak pendidikan ketika ini adalah berbentuk tidak formal. Pendidikan ini bermula seiring dengan perkembangan penyebaran agama Islam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Melayu yang dipelopori oleh pedagangpedagang Arab dan India yang datang untuk berdagang Asia Tenggara. Mereka merasakan bahawa pendidikan berbentuk keagamaan perlu di adakan di alam Melayu untuk membuka pandangan masyarakat tempatan tentang ilmu pendidikan terutamanya ilmu pendidikan agama. Oleh itu, mereka telah berusaha untuk membuka sekolah-sekolah pondok terawal di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu. Namun setelah British kembali ke Tanah Melayu selepas pemerintahan Jepun, sistem pendidikan diperbaiki semula mengikut budaya pendidikan zaman Inggeris. Pihak British telah memperkenalkan sistem pendidikan di mana terdapat lima bentuk persekolahan iaitu sekolah vernakular Inggeris, vernakular Melayu, vernakular Cina, vernakular India dan sekolah Agama. Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British ini lebih bersifat kepada unsur-unsur perkauman kecuali sekolah Inggeris yang kebanyakannya dibuka di kawasankawasan bandar oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Contohnya di Georgetown, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, dan Melaka. Sistem persekolahan vernakular mengikut kaum yang diperkenalkan oleh British telah menyebabkan terbatasnya pergaulan tiga kelompok kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Ini kerana masyakat tidak dapat berinteraksi disebabkan pendidikan yang diterima adalah berbeza. Selain daripada itu, sistem pendidikan oleh pihak British juga adalah lebih bersifat dualistic kerana hanya mengkhususkan pendidikan Inggeris dianggap sebagai pendidikan terbaik untuk golongan bangsawan dan para pembesar.1 Manakala, rakyat biasa hanya layak untuk mendapatkan pendidikan di sekolah vernakular. Sekolah Inggeris telah dikhususkan oleh British untuk melatih anak-anak golongan bangsawan agar dapat menceburkan diri dalam bidang pentadbiran dan perkhidmatan awam di bawah pemerintahan British. Ketika zaman pemerintahan British ini juga, para ibubapa hanya akan menghantar anak-anak mereka untuk menerima pendidikan di sekolah yang beraliran bahasa ibunda masing-masing. Bagi orang Melayu, mereka hanya tertumpu kepada sekolah Melayu yang terletak di kawasan-kawasan luar bandar berdekatan dengan lokasi aktiviti pertanian yang
1

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti SDN BHD, 2003, 800

dilakukan oleh orang Melayu. Manakala bagi masyarakat Cina pula, sekolah mereka terletak di kawasan-kawasan bandar berhampiran dengan lokasi perlombongan. Sekolah orang India pula banyak didirikan di kawasan estet-estet ladang getah. Ini disebabkan petempatan mereka juga adalah banyak tertumpu di ladang getah. Petempatan sistem persekolahan yang berbeza-beza lokasi ini adalah berikutan dengan dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British. Sekolah Inggeris pula banyak didirikan di kawasan-kawasan pentadbiran Inggeris. Pada peringkat awal, pihak British tidak berhasrat untuk memajukan sistem pendidikan di Tanah Melayu kerana mereka ingin menjaga kepentingan politik dan ekonomi di Tanah Melayu. Mereka juga bimbang jika masyarakat tempatan khususnya orang Melayu menguasai pendidikan, mereka akan lebih cepat mengambil alih pentadbiran. Namun begitu atas desakan daripada raja-raja dan pembesar-pembesar di Tanah Melayu, pihak British akhirnya bersetuju untuk memberikan pendidikan untuk masyarakat Melayu namun hanya untuk peringkat rendah sahaja. Oleh itu, British telah mendirikan beberapa buah sekolah vernakular Melayu secara beransur-ansur. Perhatian British terhadap bidang pendidikan di Tanah Melayu telah bermula sejak tahun 1854 di kawasan-kawasan Negeri-negeri Selat. Hal ini adalah berikutan dengan laporan lengkap tentang sistem pendidikan di Negeri-negeri Selat yang telah disediakan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Blundell. Blundell telah mengemukakan cadangan untuk memberi pendidikan kepada rakyat yang berada di bawah pemerintahan British. Pada tahun 1956, Blundell telah mendirikan dua buah sekolah vernakular Melayu di Singapura. Beliau turut mendapat bantuan kewangan daripada Temenggung Johor. Sekolah tersebut terletak di Telok Belanga dan Kampung Gelam. Sehingga tahun 1963, terdapat tiga lagi sekolah telah didirikan di Seberang Perai seperti di Penaga, Permatang dan Bukit Tambun. Namun begitu, pada tahun 1968 sekolah-sekolah di kawasan Seberang Perai ini terpaksa ditutup dan sekolah vernakular di Bukit Tambun telah ditukar kepada sekolah Inggeris. Pada peringkat awal ketika British memperkenalkan sekolah vernakular Melayu, sambutan daripada golongan ibubapa agak kurang memberangsangkan. Ini kerana kurangnya kesedaran masyarakat tempatan tentang pentingnya pendidikan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, keadaan sistem pengangkutan juga menyukarkan ibubapa menghantar anak mereka ke sekolah kerana ramai yang tinggal di kawasan pendalaman. Masyarakat pada ketika itu juga menganggap bahawa sekolah-sekolah merupakan tempat untuk menyebarkan ideologi sekular yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam. Kanak-kanak perempuan pula sangar tidak digalakkan ke sekolah kerana menganggap

golongan perempuan lebih sesuai duduk di rumah. Masyarakat tempatan ketika zaman ini nyata berfikiran sempit. Disebabkan kurangnya sambutan daripada masyarakat tempatan banyak sekolahsekolah vernakular Melayu ini ditutup kembali kerana jumlah murid yang terlalu sedikit. Disebabkan masalah ini, pihak British telah memperkenalkan pengajian Al-Quran di sekolah vernakular untuk menarik perhatian ibubapa. Pihak British juga telah memulakan sekolah vernakular Melayu dengan dua sesi iaitu sesi pagi di mana murid-murid belajar bahasa Melayu dan tulisan jawi, Sejarah, Ilmu Alam dan beberapa matapelajaran lain. Manakala sesi petang mereka diberi peluang belajar bahasa Arab dan kelas al-Quran. Pihak British juga turut menetapkan agar ibubapa menghantar anak-anak mereka belajar sekurangkurangnya setengah tahun. Langkah ini sememangnya berjaya mengalakkan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Dari segi matlamat, British sememangnya tidak berpendapat kepentingan sekolah vernakular Melayu sebagai medium untuk membangunkan mental dan fikiran masyarakat tempatan. Mereka hanya berhasrat untuk memperbaiki keadaan sosial masyarakat tempatan. Seperti yang dinyatakan oleh ketua Setiausaha, Sir George W. Maxwell, 1920. ....untuk membaiki keadaan kebanyakan orang Melayu dan menjadikan anakanak nelayan atau petani lebih baik dari bapanya dan menjadikan seorang yang memahami nasibnya sesuai dengan keadaan penghidupan di kelilingnya...2 Matlamat ini sememangnya adalah untuk melahirkan buruh kasar yang akan terus memberi sumbangan untuk menjalankan urusan pentadbiran British terutamanya dalam bidang ekonomi. Bagi masyarakat Cina pula, sekolah vernakular Cina tidak begitu diberi perhatian oleh pihak British pada awalnya, Ini kerana tujuan kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu sebenarnya hanya untuk mencari rezeki. Namun begitu terdapat juga sekolahsekolah Cina yang didirikan oleh orang persendirian. Penubuhan sekolah-sekolah Cina sememangnya lebih bersifat bebas dan berada di bawah tanggungjawab badan-badan sukarela. Ini adalah untuk terus memastikan warisan kebudayaan dan bahasa Cina terus dikekalkan walaupun berada ditempat asing. Perkembangan ini sememangnya selaras dengan dasar British yang membiarkan pendidikan kaum imigran diusahakan oleh mereka sendiri tanpa bantuan daripada pihak kerajaan.

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti SDN BHD, 2003, 806

Bagi sistem pendidikan Tamil pula, bilangan sekolah yang didirikan agak banyak. Namun begitu, kualiti setiap sekolah ini agak berbeza. Hal ini kerana, kerajaan British tidak menyediakan sebarang garis panduan yang perlu diikuti sekolah berkenaan, Hanya segelintir sekolah sahaja yang mempunyai sistem yang baik dengan adanya guru-guru terlatih dan bekalan buku teks. Manakala sekolah yang lain tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Seperti sekolah vernakular Melayu, British juga telah mengeluarkan arahan agar ibubapa menghantar anak-anak mereka menerima pendidikan di sekolah namun hanya di peringkat rendah. Gaji guru ketika itu juga sangat rendah. Pada tahun 1930, seorang Nazir Sekolah berbangsa Eropah telah dilantik untuk mengawasi sekolah-sekolah Tamil. Ini adalah usaha British untuk memperbaiki keadaan sekolah-sekolah di estet. Bagi sekolah Inggeris pula, kebanyaknya terletak di bandar berhampiran dengan pusat pentadbiran British. Pihak British pada dasarnya tidak menyekat dan tidak juga

mengalakkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu. Dasar ini telah ditetapkan oleh ketua Setiausaha, Sir George W. Maxwell yang telah menyatakan bahawa dasar pendidikan di Tanah Melayu adalah tidak termasuk pendidikan Inggeris3. Oleh itu, usaha ini telah dimulakan oleh golongan mubaligh Kristian. Mereka merasa bertanggungjawab untuk memajukan taraf pendidikan Inggeris di Tanah Melayu disamping dalam usaha untuk meyebarkan agama Kristian. Selain itu, pihak Inggeris juga telah membuka peluang pendidikan inggeris kepada golongan Melayu untuk melatih mereka dalam bidang perkhidmatan awam. Ini kerana waktu itu Tanah Melayu mengalami kepesatan dalam bidang ekonomi dan menyebabkan banyak kekosongan jawatan. Namun begitu, peluang pendidikan hanya diberikan kepada golongan bangsawan sahaja. USAHA-USAHA LAPORAN PELAJARAN UNTUK MEMBINA KEMAJUAN DAN

MENYATUPADUKAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu pada tahun 1945, British datang semula untuk mengambil alih pemerintahan. Salah satu tugas kerajaan British pada ketika itu adalah untuk membina semula pendidikan di Tanah Melayu yang sebelum ini telah digantikan dengan sistem persekolahan Jepun.. Pelbagai laporan pelajaran yang telah dirangka untuk memajukan serta memperbaiki sistem pendidikan di Tanah Melayu. Laporan-laporan yang wujud ini juga adalah untuk mencapai kemajuan di Tanah Melayu dan menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia iaitu kelompok terbesar kaum Melayu, Cina dan India. Setiap laporan pelajaran yang dihasilkan mempunyai kandungan yang bertujuan untuk mengubah dasar pendidikan di Malaysia agar sentiasa mencapai kemajuan dan dapat menyatupadukan masyarakat. Laporan yang wujud ini terbahagi kepada dua tahap iaitu
3

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti SDN BHD, 2003, 812

sebelum merdeka dan selepas merdeka. Meskipun tidak semua laporan Pelajaran ini dapat dijalankan, namun idea-idea yang terhasil dalam setiap laporan dapat dijadikan asas untuk membina sistem pendidikan yang lebih baik dari masa ke semasa. Sebelum merdeka, sistem pendidikan adalah berada di bawah kawalan British. Antara laporan awal yang wujud adalah Laporan Cheeseman. Dalam laporan Cheeseman ada mengatakan bahawa kanak-kanak yang menghadiri sekolah vernakular di peringkat rendah akan diberikan pendidikan percuma. Selain daripada itu bahasa Inggeris juga akan diajar kepada semua sekolah termasuklah sekolah Melayu. Melalui rancangan ini, ibubapa tidak akan mempunyai masalah untuk menghantar anak-anak mereka untuk menerima pendidikan di peringkat rendah kerana pendidikan adalah secara percuma. Selain daripada itu, matapelajaran Inggeris yang diajar di semua sekolah akan banyak membantu muridmurid mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan dapat memasuki peluang pekerjaan di kerajaan yang ketika itu masih dikuasai oleh pihak Inggeris. Namun begitu, laporan Cheeseman agak kurang berjaya kerana tiadanya idea untuk memupuk integrasi sosial dalam kalangan murid. Setelah Laporan Cheeseman, sebuah lagi laporan Pelajaran telah diwujudkan pada tahun 1950 iaitu laporan Barnes. Jawatankuasa telah diwujudkan untuk terus mengkaji serta mengatasi masalah-masalah pendidikan di Tanah Melayu diketuai oleh L.J Barnes, seorang Pengarah Latihan Kemasyarakatan Universiti Oxford. Semua cadangan yang ada dalam laporan Barnes adalah merangkumi semua semua jenis sistem persekolahan yang ada di Persekutuan Tanah Melayu. Antara cadangan yang terdapat dalam Laporan Barnes adalah pengunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bahasa semua jenis sekolah di Tanah Melayu. Manakala bahasa Cina dan bahasa Tamil pula akan diajar sebagai satu matapelajaran sahaja di sekolah. Cadangan ini adalah bertujuan untuk mencapai ojektif dan perpaduan kaum dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Mengikut pendapat jawatankuasa Barnes, perpaduan tidak akan dapat dicapai sekiranya keempatempat sekolah vernakular yang mengunakan bahasa pengantar berbeza diteruskan. Selain daripada itu, laporan Barnes turut mencadangkan pembinaan sekolah menengah Vokasional moden. Tujuan pembinaan ini adalah untuk memberi peluang untuk masyarakat tempatan memperkembangkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang seperti automotif, elektronik dan sebagainya. Antara cadangan lain terdapat dalam laporan Barnes yang dapat memajuan masyarakat adalah murid-murid boleh meneruskan pelajaran mereka di peringkat lebih tinggi iaitu sekolah menengah selepas sekolah rendah kebangsaan. Pada tahun 1952 pula, Ordinan Pelajaran 1952 telah diwujudkan bertujuan untuk mengkaji laporan Barnes dan Laporan Fenn-wu yang mempunyai perbezaan besar serta

saling mendapat tentangan dari masyarakat tempatan. Dalam laporan Ordinan Pelajaran 1952 ini, terdapat beberapa cadangan oleh pihak kerajaan untuk terus menjadikan pendidikan sebagai teras untuk mencapai kemajuan dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Antaranya adalah penubuhan dua buah jenis persekolahan iaitu sekolah jenis dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah satu sekolah jenis lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Cadangan ini bertujuan untuk mengalakkan agar murid-murid diperingkat rendah mendapat pendidikan di sekolah yang sama mengunakan bahasa pengantar yang sama. Dengan ini, interaksi sosial dapat dijalankan. Selain daripada itu, bahasa Inggeris akan diwajibkan di sekolah Melayu, manakala bahasa Melayu pula diwajibkan di sekolah Inggeris. Setelah laporan Ordinan Pelajaran 1952, pada tahun 1955 pula sebuah lagi laporan pelajaran telah ditubuhkan iaitu laporan Razak. Laporan ini ditubuhkan berikutan dengan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya pertama di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan wujudkan kerajaan baru yang dipimpin oleh Parti Perikatan, satu lagi jawatankuasa ditugaskan untuk mengkaji semula pendidikan di Tanah Melayu. Satu laporan pelajaran telah diperkenalkan iaitu Laporan Razak yang diketuai oleh Tun Abdul Razak, Menteri Pelajaran ketika itu. Laporan Razak telah mengemukakan beberapa cadangan untuk terus membantu usaha kerajaan dalam menjadikan pendidikan sebagai akar untuk membina perpaduan serta mencapai kemajuan dalam masyarakat. Antaranya ialah keempat-empat sistem

persekolahan di peringkat rendah akan terus diadakan namun kurikulumnya akan disesuaikan dengan penyerapan unsur-unsur kebangsaan. Melalui cadangan ini,

kepentingan pendidikan kaum lain dapat dijaga dalam masa yang sama unsur-unsur kebangsaan yang diserapkan dalam kurikulum akan membuka minda murid-murid tentang pentingnya bersatu padu dalam kehidupan masyarakat yang hidup dalam pelbagai kaum. Selain daripada itu, Laporan Razak turut mencadangkan satu sukatan pelajaran yang sama harus digubal bagi semua sekolah rendah. Ini adalah untuk terus membentuk satu identiti yang sama bagi semua generasi berbilang kaum di Malaysia. Laporan ini turut menetapkan buku-buku teks juga perlu mengandungi unsur-unsur kehidupan di Persekutuan Tanah Melayu agar kaum-kaum lain memberi perhatian sepenuhnya terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi di Tanah Melayu. Laporan Razak telah dibentangkan dan diluluskan dalam Perundangan Persekutuan bulan April, 1957. Laporan ini juga kemudiannya dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Sehingga kini, cadangan-cadangan yang terdapat dalam Laporan Razak masih dijadikan asas perkembangan pendidikan di Malaysia. Ini kerana laporan ini telah dirangka untuk semua kaum dengan bercorakkan identiti kebangsaan.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan juga turut menerima perubahan. Pada ketika ini tujuan sistem pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan usul-usul yang terkandung dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib. Pada tahun 1959, sebuah jawatankuasa telah dibentuk diketuai oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Malaysia. Tujuan utama pembentukan jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji semula kedudukan dan kesan-kesan pendidikan kebangsaan yang telah diperkenalkan dalam Laporan Razak. Tahun 1960, satu laporan telah disiapkan dengan diberi nama sebagai Laporan Rahman Talib Terdapat beberapa pengubahsuaian dan cadangan baru yang diperkenalkan dalam Laporan Rahman Talib bertujuan untuk membentuk suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk dijadikan asas bagi terus mencapai perkembangan pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah melalui penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan. Sekolah jenis ini akan menawarkan kursus vokasional selama tiga tahun untuk pelajar yang gagal meneruskan pengajian di sekolah akademik. Mereka akan dilatih untuk memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu bagi memperkembangkan peluang pekerjaan yang ada di Malaysia. Melalui cadangan ini, murid-murid yang tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi masih berpeluang untuk menyumbang kepada perkembangan sektor ekonomi negara. Selain daripada itu, Laporan Rahman Talib juga turut mengusulkan cadangan agar bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan. Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum juga dicadangkan agar menukar namanya menjadi sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Guru-guru yang mengajar dalam sekolah-sekolah ini juga akan dipilih berdasarkan kelayakan sebagai guru-guru Bahasa Kebangsaan. Rasional pertukaran sistem persekolah ini adalah untuk menyatupadukan rakyat yang berbeza kaum melalui pengunaan satu bahasa pengantar utama iaitu bahasa Melayu. Dengan ini, matlamat identiti sosial kebangsaan akan dapat dicapai. Dalam laporan Rahman Talib juga ada mengatakan agar peperiksaan di sekolah menengah hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja iaitu bahasa Inggeris atau bahasa Kebangsaan . Pada tahun 1962 pula, Bahasa Kebangsaan telah dijadikan matapelajaran wajib lulus bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Bagi memastikan agar sekolah-sekolah menengah menukarkan bahasa pengantarnya kepada bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu, Laporan ini mencadangkan agar bantuan penuh hanya akan diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan sahaja. Manakala sekolah yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya kepada bahasa Kebangsaan masih boleh menjadi Sekolah Menengah Persendirian. Selain daripada usaha untuk mencapai perpaduan dalam kalangan

masyarakat, laporan Rahman Talib juga turut mencadangkan agar pendidikan Vokasioanal dan Teknik diperkembangkan bagi meningkatkan hasil ekonomi negara yang masih baru selepas merdeka. Oleh itu, cadangan laporan Rahman Talib adalah untuk menubuhkan Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan di Pantai Timur. Dengan ini, masyarakat yang mempunyai kemahiran pelbagai dapat dilahirkan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Cadangan-cadangan yang terdapat dalam Laporan Rahman Talib menunjukkan usaha gigih kerajaan untuk membentuk satu sistem Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kerajaan telah mengariskan matlamat utama dalam perlaksanaan Bahasa Kebangsaan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan samada rendah,

menengah dan pendidikan di universiti. Tawaran bantuan penuh kepada sekolah umum adalah sebagai satu langkah untuk memupuk Sekolah Menengah Cina supaya ditukarkan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Selain itu, penetapan peperiksaan awam untuk murid-murid sekolah menengah yang akan menggunakan bahasa rasmi sahaja pastinya akan memberi kesan yang mendalam terhadap murid-murid terutamanya yang mendapat pendidikan di sekolah Cina dan sekolah Tamil yang menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Melalui sistem peperiksaan seperti, mereka akan menyesuaikan diri di peringkat Sekolah Menengah. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA SETELAH PEMBENTUKAN

MALAYSIA PADA TAHUN 1964 Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1964 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke Tanah Melayu, sistem pendidikan turut menerima perubahan. Sebelum Sabah dan Sarawak masuk ke Tanah Melayu dan membentuk Malaysia, sistem pendidikan di kedua-dua buah negeri ini adalah mengikut dasar yang ditetapkan oleh Laporan Woodhead pada tahun 1955. Setelah pengabungan Sabah dan Sarawak ini berlaku penyelarasan sistem pendidikan antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia dilakukan sehingga awal tahun 70-an. Namun begitu, Sabah lebih cepat mengikuti sistem pendidikan kebangsaan yang telah dilaraskan oleh kerajaan Malaysia. Sistem pendidikan yang dijalankan oleh kerajaan adalah berasaskan laporan Jawatankuasa Penyemak Pelajaran dan Laporan Rahman Talib yang telah dikemukakan pada tahun 1960. Dalam laporan ini ada mengusulkan mengenai pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi di sekolah. Dengan ini unsur-unsur pendidikan bercorakkan kebangsaan dapat dijalankan.

Setelah pembentukan Malaysia sejak tahun 1963, sistem pendidikan di Semanjung Malaysia telah mengalami beberapa perubahan. Pertama sekali dari segi kedudukan sekolah. Dalam peringkat dasar, sistem Sekolah Rendah Kebangsaan aliran Melayu, Cina dan India akan diteruskan sehingga pada tahun 1969. Manakala bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris pula akan ditukarkan kepada bahasa Melayu secara berperingkatperingkat untuk murid-murid darjah 1 hingga darjah 6. Manakala bagi tahun 1983, bahasa Melayu akan dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi semua kursus di peringkat universiti. Antara dasar-dasar utama dalam sistem pendidikan Kebangsaan yang telah diamalkan termasuklah dasar pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak warganegara Malaysia. Dasar ini adalah bertujuan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat. Melalui dasar ini, faktor kemiskinan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kejayaan pelajar dalam bidang pendidikan. Malah dasar ini turut menolak fenomena pendidikan yang bersifat elitilis di mana hanya golongan bangsawan yang boleh berjaya dalam pendidikan. Selain daripada itu, melalui dasar Pendidikan Kebangsaan juga, dasar kenaikan darjah secara automatik telah diperkenalkan dari tahun Satu hingga Tingkatan Tiga. Kenaikkan ini adalah selari dengan tempoh pendidikan sejagat iaitu selama 9 tahun. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan adalah untuk mengurangkan jumlah keciciran murid. Melalui dasar Pendidikan Kebangsaan ini juga, pihak kerajaan turut mengambil berat Dasar Jus Soli iaitu variasi tiga kelompok kaum terbesar Malaysia. Kerajaan terus mengekalkan tiga jenis sekolah rendah iaitu Melayu, Cina dan India. Ini adalah sebagai usaha menjaga kepentingan bahasa dan budaya ibunda melalui bidang pendidikan. Dalam dasar Pendidikan Kebangsaan juga terdapat dasar demokrasi dalam pendidikan apabila terhadap hak yang sama rata dalam pendidikan untuk semua lapisan masyarakat. Semua masyarakat berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa sekatan. Dalam masa yang sama, kerajaan turut membenarkan pihak swasta mendirikan institusi pendidikan sendiri bagi memajukan lagi pendidikan di Malaysia. Bagi menyeragamkan urusan pentadbiran dan organisasi sistem pendidikan berjalan dengan serentak pula, dasar pemusatan sistem pendidikan pentadbiran pendidikan diperkenalkan untuk terus

memastikan sistem pendidikan yang sistematik. Bagi terus mengekalkan identiti kebangsaan juga, dasar Kesatuan Kurikulum turut diamalkan. Dasar ini menetapkan agar semua sekolah menggunakan kurikulum standard di mana pengunaan bahasa pengantar yang sama, sukatan pelajaran, bahasa peperiksaan buku teks dan lain-lain adalah sama. Ini merupakan langkah kerajaan sejak awal lagi untuk terus memastikan wujudnya perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pendidikan

sememangnya menjadi medium utama dalam menyemarakan semangat perpaduan antara semua kaum. Melalui semua dasar-dasar ini, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memantapkan sistem pendidikan di Malaysia bagi terus menjadikan sistem pendidikan sebagai satu perkhidmatan sosial dalam masa yang sama sebagai pemangkin pelaburan sosial dan ekonomi. Dasar ini boleh dikatakan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dan menerapkan nilai-nilai kehidupan yang harmonis dan sejahtera.