You are on page 1of 2

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH SESI 2008 SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG TUANG Mesyuarat : Permuafakatan Prasekolah SK Tanjung Tuang 2008

Tarikh : 1 Januari 2008 Masa : 9.00 pagi Tempat : Prasekolah SK Tanjung Tuang Kehadiran: 1. Guru Besar 2. Guru Prasekolah 3. Pembantu Pengurusan Murid 4. Ibu bapa dan kanak-kanak yang telah terpilih Agenda: 1. Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, En..Mohd Abdillah Bin Abu Bakar 2. Penerangan pelaksanaan program prasekolah oleh Puan Noo Asmara Binti Jumat, Guru Prasekolah, SK Tanjung Tuang 3. Pelantikan AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa sesi 2009. 4. Membincangkan kadar perbelanjaan dan sumbangan bulanan bagi sesi 2009. 5. Membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2009. 6. Hal-hal lain. Ucapan alu-aluan Guru Besar 1. Mengalu-alukan kedatangan ibu bapa. 2. Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana anak mereka terpilih mengikuti kelas prasekolah pada tahun hadapan. 3. Menerangkan tentang peruntukan kewangan yang diterima oleh sekolah bagi membiayai perjalanan kelas prasekolah. 4. Semua perbelanjaan tambahan akan dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa selepas acara pemilihan AJK Majlis Pemuafakatan dibuat. 5. Mengalu-alukan ibu bapa yang datang ke sekolah sekiranya berminat untuk bersama-sama membantu perjalanan aktiviti di prasekolah. Penerangan Pelaksanaan Program Prasekolah oleh Guru Prasekolah. 1. Puan Noor Asmara menerangkan tentang matlamat pendidikan prasekolah. 2. Menerangkan objektif pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun. 3. Menjelaskan tentang peruntukan masa selama 3 jam setengah. 4. Menjelaskan tentang tujuan dan kaedah pentaksiran diadakan di kelas prasekolah. 5. Menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan di kelas prasekolah yang mesti dipatuhi oleh ibu bapa dan kanakkanak sepanjang berada di kawasan sekolah. - Kehadiran - Ponteng - Pakaian gantian - Pakaian seragam - Kesihatan dan keselamatan kanak-kanak - Penggunaan buku latihan / tulis - Bahan bacaan tambahan kanak-kanak

- Peraturan umum - Senarai keperluan kanak-kanak 6. Cara-cara pemilihan penerima anugerah pelajar cemerlang. 7. Menerangkan tentang penggunaan buku tulis dan meminta ibu bapa akan sentiasa memantau kerja anak masing-masing dan menandatangani borang semakan. Pemilihan AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa 2008 Penasihat - Guru Besar Pengerusi En Wahab Bin Openg (Cadangan Encik Haris) Naib Pengerusi En. Haris Bin SIdol (cadangan En Wahab) Setiausaha Puan Noor Asmara Binti Jumat Bendahari - Cik Asfarizan Binti Hj Madas Ahli Jawatan Kuasa : Semua ibu bapa dilantik sebagai AJK mengikut bidang dan keperluan yang dimaklumkan kelak. Perbincangan Perbelanjaan 2008 Semua ibu bapa bersetuju dengan kadar yang telah ditetapkan: Membeli buku aktiviti Pendidikan Islam RM5.00 Buku tulis - RM 8.00 Bayaran asas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah juga dipersetujui sebulat suara. - Yuran PIBG - Baju sukan - Insuran Aktiviti Sepanjang Tahun 2008 1. Sukaneka Tahunan 2. Karnival Sukan Prasekolah 3. Sambutan Hari Jadi Hal-hal lain 1. Tiada Mesyuarat ditamatkan pada pukul 11.30 pagi.