Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Disediakan oleh : Nornadira Huda binti Haroon Nuraimi binti Kamis

Menganalisis Pembangunan EKONOMI 5 tahun selepas 1970

RANCANGAN MALAYSIA KE 2 1971-1975
• LATAR BELAKANG a) Rancangan ini berjalan serentak dengan DASAR EKONOMI BARU. b) Rancangan selama lima tahun ini adalah disusun dan diatur supaya dapat membantu mencapai Dasar Ekonomi Baru. c) Jumlah peruntukkan untuk Rancangan malaysia Kedua ini adalah dua kali lebih besar berbanding Rancangan Malaysia Pertama. Sebanyak RM11 457 juta telah dirancangan dalam pelbagai aspek pembangunan negara.

MATLAMAT DAN CITA-CITA à Membasmi kemiskinan ataupun setidak-tidaknya merapatkan jurang kemiskinan sesama kaum. à Pengagihan semula kekayaan negara dan penyusunan semula harta kekayaan tanpa mengira kaum, untuk mengelakkan ketidakpuasan hati atau rusuhan kaum seumpama 13 Mei 1969. à Penggalakkan orang Melayu supaya lebih aktif dalam bidang perniagaan.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN a) Pemodenan sektor luar bandar melalui projek pembukaan tanah. b) Rancangan pengairan besar-besaran supaya dapat meningkat produktiviti penanaman padi negara. c) Pewujudan pusat-pusat perindustrian dan pembangunan semula bandar-bandar lama, dan pembukanaan bandar-bandar baru dalam proses pembandaran terancang. d) Sektor perindustrian buat pertama kalinya diberi perhatian utama berbanding sebelumnya. e) Petronas telah ditibuhkan pada tahun 1974, satu rancangan dalam sektor perindustrian petroleum.

PENCAPAIAN a)Projek pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA, KETENGAH. b)Kemudahan air dan eletrik ditingkatkan begitu juga dengan penyediaan rumah berkos rendah. c)Pengeluaran kelapa sawit mencatatkan kejayaan terbesar dalam sektor pertanian. d)Pembukaan kampung-kampung baru. Usaha-usaha yang dijalankan oleh UDA, MIDF, MARA, PERNAS, Permodalan Nasional Berhad,

Pembangunan Ekonomi dan hubungan Etnik sejak tragedi 13 Mei 1969- 1990
• Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum. • Untuk itu, Parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974, Barisan Nasional ( BN ) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan mengurangkan poltiking. • Tujuan utama rancangan ini adalah utk memperteguhkan sokongan org cina.Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai ‘ ethnic corporation’.

Status Ekonomi Melayu
•Pembangunan ekonomi sebelum tragedi 13 Mei 1969 adalah di bawah Rancangan Malaysia Pertama ( RMP ) ( 1966-1970 ). • Ia ingin mewujudkan perpaduan rakyat mewujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. • Ingin mengurangkan kadar pengganguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah. • Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya masalah perbalahan kaum adalah

Matlamat utama DEB dan Kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah :
• Untuk menyatupadukan masyarakat berbilang

kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan dan,

• Menyusun semula masyarakat dari sesi fungsi ekonomi. • Memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. • Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakan penyataan sektor swasta dalam pembangunan negara.

• Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi. • Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan. • Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara utk. melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yg. ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000. • Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib org India di bawah Dasar Pembangunan Nasional ( 1990-2000) dan Wawasan Negara ( 2001-2010).

• Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada

zaman penjajahan berterusan pada tahun 1960an.Adalah didapati golongan yang paling mengganggur ialah orang Melayu dan diikuti oleh orang Cina. •Dlm sektor pelaburan didapati org Melayu hanya memiliki 1 % pelaburan dlm perniagaan brdaftar.

• Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). • DEB diharapkan dpt menyusun semula masyarakt Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi didentifikasikan dgn kaum spt. Yg diperhatikan pada zaman penjajahan. • DEB berkembang di bawah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, ketiga 1976-1980, keempat 19811985 dan kelima 1986-1990.

Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik di Bawah Dasar Pembangunan Nasional ( 1990-2000) dan Wawasan Negara ( 2001-2010)

• Kerajaan telah menggubal Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) selepas tamat tempoh Rancangan Jangka Panjang Pertama ( RRJP 1) dan DEB pada 1990. • DPN yang termasuk ( RRJP 2 ) meliputi tempoh masa antara 1991-2000. • DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. • Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke -21.

9 cabaran wawasan 2020 :
•Cabaran 1 : Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu. •Cabaran 2 : Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri. •Cabaran 3 : Membangunkan masyarakat demokratis yang matang. •Cabaran 4: Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya. •Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran. •Cabaran 6 : Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif. •Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. •Cabaran 8: Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. •Cabaran 9: Mewujudkan masyarakat yang makmur.

Dasar – dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia.Namun dari segi Perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan manamana komuniti.

SUMBER RUJUKAN
Internet www.scribd.com www.slideshare.net/kaichew/tajuk-4-pembangunan-ekonomi-presentation Buku Shamsul Amri Baharuddin,2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful