P. 1
TAFSIR SURAH AL-MUMTAHINAH (ayat 10)

TAFSIR SURAH AL-MUMTAHINAH (ayat 10)

|Views: 1,743|Likes:
Published by abuawatif77

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: abuawatif77 on Mar 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

SRIKANDI ISLAM :WANITA YANG BERHIJRAH SEORANG DIRI

‫بسم ال الرحن الرحيم‬

‫سورة المتحنة‬
Mafhumnya : "Wahai orang-orang yang beriman , apabila datang kepadamu perempuan mukminat yang berhijrah , maka ujilah(iman) mereka , Allah lebih mengetahui akan iman mereka ,maka sekiranya kamu mengetahui mereka(benar-benar) perempuan yang beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir, mereka(perempuan mukminat) tidak halal bagi mereka(orang kafir sebagai suami) dan mereka tidak halal bagi (perempuan mukminat sebagai isteri) ,dan berikanlah kepada (suami mereka yang kafir) dari apa yang dibelanjakan(dari maskahwin) dan tidak menjadi salah keatas kamu untuk mengahwini mereka(wanita mukminat yang berhijrah) apabila kamu membayar maskahwinnya dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) berpegang dengan akad perkahwinan kamu dengan perempuan yang tetap dalam kekafiran.....) Surah Al-Mumtahanah ayat 10 Ayat di atas adalah antara ayat surah al-Mumtahanah. Penamaan surah ini adalah berdasarkan kepada ayat ini yang meminta dari Rasul SAW serta para muslimin menguji muslimat yang berhijrah meninggalkan kampung mereka ke Madinah. SEBAB TURUN AYAT. Ayat ini turun pada tahun ketujuh hijrah selepas perjanjian Hudaibiah yang berlaku antara muslimin dengan orang kafir Quraisy.Antara kandungan perjanjian tersebut ialah : (1)Orang mukmin yang pergi ke Mekah dan murtad tidak dikembalikan kepada muslimin di Mekah. (2)Orang yang datang dari Mekah ke Madinah dan memeluk Islam, maka keluarganya berhak menuntutnya kembali ke Mekah. Perjanjian ini melibatkan orang lelaki sahaja, tidak melibatkan orang perempuan . Selepas perjanjian ini tidak ada perempuan yang berhijrah ke Madinah kecuali beberapa ketika

1

selepas itu apabila Ummu Kalthum binti Uqbah berhijrah ke Madinah . Susulan dari itu dua orang adik beradiknya yang musyrikin datang ke Madinah dan meminta dari Rasulullah saw untuk mengembalikan Ummu Kalhtum kepangkuan mereka. Hal ini menyebabkan Rasulullah SAW berat untuk mengembalikan Kalthum lalu Allah Taala menurunkan ayat ini. Ayat ini melibatkan Ummu Kalthum dan perempuan mukminat yang berhijrah sepertinya setelah diuji kebenaran iman. PENJELASAN. Perintah Allah supaya Rasulullah saw menguji iman perempuan yang berhijrah.

}....‫{يا أيها الذين ءامنوا‬
(Wahai orang-orang yang beriman) di tujukan khas kepada sahabat tidak kepada seluruh orang yang beriman seperti ayat-ayat yang lain. Ini kerana tiada hijrah selepas zaman sahabat iaitu selepas pembukaan Mekah seperti hadis nabi SAW:

....... ‫ل هجرة بعد الفتح‬
"Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah......" Begitu juga tiada ujian keatas perempuan mukminat yang berhijrah. Ianya adalah khas pada zaman sahabat sahaja.

}‫{...إذا جاءكم الؤمنات فامتحنوهن‬
"Apabila datangnya (sampainya) kepada kamu wanita-wanita yang beriman yang berhijrah (dari Mekah atau dari tempat-tempat lain ,negara-negara kafir ke Madinah) maka ujilah mereka...." Ayat ini mengisyaratkan kepada kita bahawa goongan wanita mempunyai minat dan kesungguhan yang kuat untuk beriman kepada Allah SWT. Bayangkan bagaimana mereka berhijrah dari Mekah ke Madinah hanya berseorangan dengan menaiki unta, melalui padang pasir yang penuh dengan rintangan.Mengapa semuanya ini ? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka ingin mencari keredhaan Allah SWT. Inilah sikap muslimat zaman Rasulullah SAW. Apakah yang ditanya di dalam ujian tersebut ? Perempuan yang berhijrah dari Mekah atau selainnya diuji adakah mereka datang ke Madinah benar-benar atas dasar keimanan atau sebaliknya. Ibnu Abbas ditanya tentang apakah persoalan dalam ujian tersebut, beliau menjawab bahawa mereka diminta bersumpah bahawa keluarnya mereka dari Mekah untuk mencari keredhaan Allah Taala dan mahukan ganjaran dari Allah SWT, tidak meninggalkan Mekah kerana lari atau benci kepada suami mereka yang kufur atau kesukaan untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, bersumpah bahawa dia keluar bukan kerana mencari keduniaan, demi Allah aku keluar kerana cinta kepada Allah dan Rasulnya.. ( Lihat tafsir At-Tabari, tafsir Surah al-Mumtahinah, ayat 1o,Jilid 14,m.s 86 ,cetakan Dar Al-Fikir , Beirut cetakan tahun 1995.) Dengan ujian ini rasul SAW dapat mengetahui kebenaran dan keikhlasan wanita tersebut. Beginilah keadaaan para sahabat RA lelaki mahupun perempuan, mereka semua melaksanakan perintah Allah SWT. Buktinya, apabila kita membuka kitab-kitab sirah kita tidak akan dapati seorang pun dikalangan mereka yang gagal dalam ujian ini.

} ‫{ ال اعلم بإيانن‬
"Allah lebih megetahui tentang iman mereka" Seterusnya Allah Taala menjelaskan bahawa Allah Taala lebih mengetahui iman mereka. Ilmu Allah Taala lengkap dam sempurna dan tiada sesuatu yang tersembunyi dari Allah SWT. Maka kita menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Ayat ini sebenarnya memberi kekuatan kepada mukminat

2

yang berhijrah itu tadi seolah-olah Allah Taala berkata :Wahai manusia sekiranya kamu mengaku beriman, mungkin orang akan ketawakan kamu, jadi apabila mereka mendengar ayat ini, mukminat yang berhijrah mengikhlaskan niatnya sehingga mencapai ganjaran dari Allah SWT. Tindakan setelah mengetahui keimanan mereka. Setelah mengetahui iman mereka Allah taala memerintahkan supaya Rasulullah SAW mengekalkan perempuan tersebut di Madinah tanpa mengembalikannya kepada keluarganya. Firman Allah Taala:

}‫{ فإن علمتموهن مؤمنات فل ترجعوهن إل الكفار‬
"Maka sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka perempuan yang beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir." "Maka sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka perempuan yang beriman " menunjukkan kepada kita bahawa iman boleh diketahui oleh orang lain. Bagaimana? Iman diketahui melalui amal seseorang, melalui syaksiah(peribadi) seseorang. Orang yang beriman kehidupannya berperaturan dan istiqamah dalam melakukan ibadah. Apabila buruknya akhlak seseorang atau banyak maksiat yang dilakukan menunjukkan kurangnya iman seseorang. Haram perempuan yang beriman berkahwin dengan lelaki yang kafir. Dan firmanNya : "Jangan kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir" menjelaskan hukum haram perempuan yang beriman menjadi isteri kepada orang kafir.Firman Allah Taala :

}.... ‫{ ل هن حل لم ول هم يل لن‬
"Mereka (perempuan mukminat) tidak halal bagi mereka (sebagai isteri kepada lelaki yang kafir) dan mereka juga tidak halal kepada perempuan yang mukminat sebagai suami" Di sana terdapat ayat lain yang mengharamkan perempuan mukminat berkahwin dengan lelaki yang musyrikin. Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah :

‫{ ول تنَكحوا الشركات حت يؤمن ولمة مؤمنة خي من مشركة ولو أعجبتكم‬ ّ ‫ول تُكحوا الشركي حت يؤمنوا ولعبد مؤمن خي من مشرك ولو أعجبكم‬ ‫ن‬ ‫اؤلئك يدعون إل النار وال يدعو إل النة والغفرة بإذنه ويبي ءاياته للناس‬ 221 ‫لعلهم يتذكرون.} اية‬
"Dan janganlah kamu nikahi perempuan-perempuan yang musyrik sehinggalah mereka beriman, sesungguhnya hamba perempuan lebih baik dari wanita musyrik sekalipun dia menarik hatimu, dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik dengan (wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman, sesungguhnya hamba lelaki yang mukmin lebih baik dari orang musyrik sekalipun kamu tertarik hati dengan mereka"mereka mengajak kamu ke neraka dan Allah menyeru kamu ke syurga dan keampunan dengan keizinannya dan Allah menjelaskan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka mengambil peringatan." Ayat ini menjelaskan haram orang mukmin berkahwin dengan perempuan musyrik begitu juga sebaliknya, perempuan mukmin haram berkahwin dengan lelaki musyrik. Hukum ini mesti dilaksanakan sehingga hari Qiamat. Perintah mengembalikan mahar kepada suami wanita mukmin yang berhijrah.

3

Suami yang musyrik kepada perempuan mukmin yang berhijrah wajib dipisahkan. Jadi apakah hukum mahar yang dibayar oleh lelaki musyrik itu tadi semasa mengahwini wanita tersebut ? Firman Allah taala:

}... ‫{ وءاتوهم ما أنفقوا‬
"Dan kembalikanlah kepada mereka (suami perempuan yang telah mukmin) apa yang dibelanjakan dari maskahwin " Apabila terputusnya hubungan antara wanita mukmin yang berhijrah dengan suaminya yang kafir, maka Islam memerintahkan wanita tersebut mengembalikan maharnya. Sekiranya tidak mampu maka ianya diserahkan kepada Baitul mal muslimin untuk memulangkannya. Lihatlah bagaimana keadilan Allah SWT. Lihatlah bagaimana Islam memberi hak kepada orang kafir tetapi ianya tidak wujud hari ini kerana Islam tidak wujud dalam alam realiti. Sistem perundangan Islam tidak dilaksanakan. Seterusnya : Apa yang hendak dilakukan ke atas wanita tersebut ?

} ‫{ ول جناح عليكم أن تنكحوهن إذا أتيتموهن أجورهن‬
"dan tidak menjadi salah keatas kamu untuk mengahwini mereka apabila kamu membayar maharmaharnya kepada mereka " Hukum ini ditujukan kepada sahabat yang berada di Madinah, sekiranya mereka ingin berkahwin dengan mereka, maka harus hukumnya. Ini apabila wanita tersebut suci rahimnya sekurang-kurangnya sekali tetapi sekiranya wanita tersebut dalam keaadaan hamil maka ianya ditangguh sehingga bersalin . Siapa walinya? Timbul persoalan siapakah wali kepada wanita tersebut kerana tidak sah nikah tanpa wali. Wali merupakan satu rukun dari rukun-rukun nikah. Jika ada kaum kerabatnya yang hampir maka mereka menjadi walinya, sekiranya tiada maka nabi SAW menjadi wali amr keatasnya. Dan disyaratkan dalam perkahwinan ini seperti perkahwinan lain, hendaklah memberikan mas kahwin seperti dalam firman-Nya : "Apabila kamu membayar mahar kepada mereka" Perlu diberi perhatian perkataan "

‫ "الجرة‬dalam ayat ini tidak bermakna upah seperti dalam

penggunaan bahasa Arab harian tetapi ianya membawa maksud maskahwin. Orang-orang syiah menjadikan ayat ini sebagai dalil harus kahwin Mut'ah iaitu mengahwini perempuan dalam tempoh tertentu.sebagai contoh : "Saya mengahwini kamu selama dua minggu dengan upahnya dua puluh dinar" Perkataan (

‫ )صداق‬didalam Al-quran juga digunakan di dalam Al-Quran untuk menunjukkan

maskahwin seperti dalam firman-Nya : {

‫}وءاتوا النساء ُدقتهن نلة‬ ‫ص‬ ‫صدقت‬

"Dan berikanlah maskahwin kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian yang penuh dengan kerelaan" Maksudnya :Pemberian itu ialah maskahwin yang besar kecilnya ditetapkan atas persetujuan kedua pihak kerana pemberian itu mestilah dilakukan dengan ikhlas.

‫صداق‬ Jadi disini perlu kita bezakan anatara tiga perkataan ‫ صداق,صدقة‬dan ‫ أجورهن‬kerana di dalam Al-Quran ada satu kaedah (‫ ) ل للترادف ف القرآن‬iaitu tidak ada perkataan seerti di dalam AlPerkataan dalam ayat ini merupakan lafaz jama’ (plural) bagi .

4

Quran. Imam al-Raghib al-Asfahani menyebut: {

‫الصدقة : ما يرجه النسان من ماله على وجه القربة كالزكاة لكن الصدقة ف‬

‫الصل تقال للمتطوع به والزكاة للواجب ، وقد سي الواجب صدقة إذا تري‬ ‫....) صاحبها الصدق ف فعله‬ ‫.وصداق الرأة وصداقها وصدُتها :ما تعطي من مهرها وقد أصدقتها‬ ‫ق‬
Dinamakan "Sudaq" kerana pemberian mahar sebagai dalil kebenaran lelaki tersebut untuk mengahwininya. Manakala dalam madah

‫أجر‬

beliau menyebut :

‫: وقوله تعال‬
{

‫وأتوهن أجورهن} كناية عن الهور ، والجر والجرة يقال فيما كان عن عقد‬ ‫..وما مري العقد.ول يقال إل ف النفع دون الضر‬

Dinamakan "ujrah" sebagai mahar bagi beristimta' dengan isteri. HARAM MENGAHWINI PEREMPUAN YANG TETAP DALAM KEKAFIRAN. Seterusnya Allah Taala berfirman : {

‫}ول تسكوا بعصم الكوافر‬

"Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali perkahwinan dengan perempuan-perempuan kafir." Ibarat ini tidak disebut didalam Al-Quran kecuali pada ayat ini. Perkataan "Tamassaku" bermaksud tetap dalam tali perkahwinan. -Hukum ini melibatkan sahabat dan orang yang selepasnya . Perkataan { keadaan berkahwin . Perkataan

‫ }العصم‬pula merupakan 'jama' kepada kalimah ‫عصمة‬
dalam ayat ini adalah "jama'" kepada perkataan

yang bermaksud dalam

‫الكوافر‬

‫كافرة‬

yakni perempuan

yang kafir. Maksud ayat ini janganlah kamu tetap kekal dengan ikatan perkahwinan dengan perempuan yang kafir. Apabila membincangkan persoalan haram berkahwin dengan perempuan kafir. Suka saya menerangkan tentang peringkat-peringkat hukum yang melibatkan perkahwinan seorang Islam dengan perempuan kafir. Peringkat pertama : Melibatkan orang Islam di Mekah sebelum turunnya perintah hijrah. Pada peringkat ini tidak ada hukum rumah tangga Islam yang khas. Tiada di sana ayat yang membataskan perkahwinan. Sahabat-sahabat boleh berkahwin dengan perempuan yang mereka sukai tanpa mengira Islam atau kafir. Sebab itu kita lihat Saidina Abu Bakar berkahwin dengan seorang perempuan musyrik di Mekah. Begitu juga kita dapati bahawa Saidina Umar memiliki empat orang isteri, dua wanita Islam dan dua orang kafir. Hukum ini berterusan sehingga selepas Hijrah . Peringkat kedua : Haram mengahwini perempuan musyrikin

5

Apabila turunnya ayat :

‫] ول تنكحوا الشركي حت تؤمنوا.....الية‬
Allah taala melarang orang mukmin lelaki atau perempuan mengahwini perempuan atau lelaki musyrik. Walaubagaimanapun bagi mereka yang berkahwin sebelum turunnya ayat ini, boleh meneruskan ikatan perkahwinan mereka. Setelah turunnya ayat ini haram keatas umat Islam mengadakan akad perkahwinan dengan orang musyrik. Peringkat ketiga : Pengharaman secara keseluruhannya iaitu ayat ini. seperti dalam firman-Nya : {

‫}ول تسكوا بعصم الكوافر‬

Apabila turunnya ayat ini, mereka yang memiliki isteri yang kafir diperintahkan untuk berpisah dengan mereka. Satu persolan lagi yang perlu difikirkan ialah mengapa Allah SWT menyebut perempuan sebagai

‫? العصمة‬

‫ العصمة‬berasal dari perkataan ‫العتصام‬

yang bermaksud penjaga dan penghalang. Jadi perempuan

dinamakan dengan Ismah' kerana wanita yang menjadi isteri kepada seseorang lelaki dapat mengawalnya dan menghalangnya dari melakukan zina. Maka suami dan isteri kedua-duanya menjadi penghalang kepada zina, sebab itu lelaki atau perempuan yang telah berkahwin dan berzina dikenakan hukman rejam sampai mati. Ini larangan mengahwini perempuan musyrikin ,bagaimana pula ahlul kitab? Ayat ini : Nasrani? Jawapannya :Ayat ini diturunkan pada tahun ke-7 hijrah dan khusus kepada perempuan-peempuan musyrikat. Mana-mana mereka yang berkahwin dengan perempuan musyrikat wajib berpisah, sebab itu kita lihat Saidina Abu Bakar dan saidina Umar mengembalikan isteri mereka yang kafir ke Mekah setelah turunnya yat ini.

‫ول تسك بعصم الكوافر‬

adakah termasuk di dalamnya perempuan Yahudi dan

Timbul pula persoalan lain : bagaimana pula ianya khas kepada orang musyrikat sahaja? Jawapan : Disana ada dalil yang menunjukkan harus berkahwin dengan wanita ahli Kitab. Firman Allah Taala dalam Surah al-Mai'dah : {...

‫والحصنات من الؤمنات والحصنات من الذين أوتوا الكتاب من قبلكم إذا‬

‫}... أتيتموهن أجورهن مصني عي مسافحي ول متخذي أخذان‬
"(dan dihalalkan mengahwini) perempuan yang suci (menjaga kehormatan -tidak berzina) dari kalangan yang beriman dan perempuan yang suci dari kalangan mereka yang diberikan kitab sebelum kamu (ahli kitab) ,apabila kamu membayar maskahwinnya dengan maksud mengahwininya tidak dengan maksud berzina atau mengambilnya sebagai gundik...." (al-maidah ayat5)

6

Ayat ini menunjukkan : 1.Haram berkahwin dengan wanita mukmin yang berzina 2.Harus berkahwin dengan ahli kitab yang masih suci(tidak berzina) Hukum ini tidak dimansukh oleh ayat surah Al-Mumtahinah kerana ianya turun pada tahun ke-9 Hijrah tahun nabi mengerjakan haji wida'. Jadi surah Al-Maidah turun selepas surah Al-mumtahinah. Jadi ayat ini menunjukkan harus mengahwini perempuan ahli kitab. Ya hukumnya memang harus tetapi kalau tidak mengahwininya lebih utama. Cuba bayangkan dua orang perempuan Islam, satu memakai tudung dan satu lagi tidak memakai tudung tentulah di pilih perempuan yang bertudung, apatah lagi kalau perempuan ahli kitab, lagi teruk. Lebih-lebih lagi kalau seorang itu sebagai pemimpin. Perkahwinan dengan ahli kitab mungkin meyebabkan rahsia umat Islam terbocor. Diriwayatkan bahawa Huzaifah bin al-Yaman menjadi wali di di Iraq di zaman saidina Umar RA selepas pembukaan Iraq dan berkahwin dengan wanita Yahudi. Apabila saidina Umar megetahui hal ini, maka beliau marah lalu berkata :

‫ ويك لاذا تزوجها ؟‬mengapa kamu berkahwin dengannya ?
Lalu Huzaifah bertanya :Beritahu kepadaku adakah ianya halal atau haram?

‫ويك أن زواجها حلل‬
merupakan seorang wali !!!

Ya perkahwinannya halal tetapi dia wanita Yahudi dan kamu

Ayat ini juga menjelaskan harus berkahwin dengan perempuan ahli kitab dengan dua syarat : Pertama: Perempuan yang dikahwini suci iaitu tidak pernah brzina Kedua : Muslim yang mengahwini wanita ahli kitab tersebut bukan seorang penzina (suci) dan bukan kerana hendak menjadikannya sebagai gundik .Wallahu A'lam Ini adalah beberapa waqfah bersama ayat 10 Surah Al-Mumtahinah. (Makalah ini pada asalnya adalah merupakan kelas tafsir Dr Solah Abdul Fattah Al-khalidi tahun 1997 terjemahan dan olahan : Norazamudin Umar)

7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->