You are on page 1of 3

Analisis artikel mengenai kepelbagaian pelajar Dalam artikel yang saya perolehi ini, artikel ini mengenai kajian

kes yang mengetengahkan kepelbagaian pelajar dalam sesebuah kelas dan pengaplikasian kaedah P&P oleh tiga orang guru yang berbeza. Perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspekaspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu, guru-guru harus memahami perkara ini dalam kalangan murid kerana hal ini boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Artikel ini telah menyelitkan satu analisis yang telah dibuat bagi mengetahui teknik P&P yang berkesan dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian pelajar. Analisis artikel itu bertajuk Mapping a Route Towward Differentiated Instruction by Carol Ann Tomlinson yang telah dihasilkan pada tahun 1999. Analisis artikel ini menekankan tentang kepentingan mengetahui apa yang ingin dicapai pada akhir pembelajaran sebelum memulakan sesi pembelajaran tersebut. Beliau memberikan 3 situasi di mana situasi yang pertama iaitu kelas Mr. Appleton merupakan situasi yang biasa dilihat di sekolah di Malaysia. Mr. Appleton menekankan tentang mengingati fakta iaitu fact-based curriculum di mana beliau hanya menekankan tentang fakta, bukan kata kunci, konsep atau perkara lain yang membolehkan pelajar berfikir di luar kotak. Murid sekadar mengingati fakta untuk menghadapi peperiksaan kelak tetapi dalam masa yang sama, murid sebenarnya tidak memahami dan mengetahui apa sebenarnya yang perlu mereka belajar. Lulus dalam peperiksaan menjadi peransang untuk mereka belajar. Situasi pembelajaran di Malaysia secara realiti sebenarnya sangat

menitikberatkan jumlah A yang didapati di dalam peperiksaan. Guru-guru di sekolah berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan matapelajaran dan menekankan aspek latihan (latih tubi) yang banyak supaya murid dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan. Ibu bapa di rumah juga sanggup menghabiskan wang supaya anak mereka dihantar ke pusat-pusat tusyen swasta supaya anak mereka akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan peringkat pusat.

Namun begitu, salah satu teras di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah membangunkan modal insan. Ini bermakna, murid tidak lagi wajar diberikan semua maklumat oleh guru tanpa mereka sendiri cari ataupun spoonfeed di dalam kelas. Murid perlu berusaha keras untuk mendapat pengetahuan yang diperlukan tanpa mengharapkan kepada guru 100%. Guru pula bertindak sebagai pembimbing, pemberi motivasi dan pengawas di dalam kelas iaitu kelas yang tidak lagi berorientasikan guru tetapi berorientasikan murid. Ini akan dapat mewujudkan generasi yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020 kerana telah dilatih di dalam sekolah lagi untuk berfikir di luar kotak (think out of the box) dan tidak takut untuk menghadapi cabaran atau kegagalan. Mereka akan bangkit semula dan mencuba lagi sehingga berjaya. Di sinilah pembelajaran secara aktif berlaku. Murid akan terlibat secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P;) iaitu mencapai syarat yang dikemukakan oleh penulis untuk pengajaran yang berkesan. Dua syarat yang diperlukan ialah kefahaman murid dan penglibatan murid di dalam aktiviti di dalam kelas. Penggunaan chalk and talk semata-mata tidak lagi sesuai diadakan di dalam kelas kerana pencurahan fakta dan konsep semata-mata kepada murid akan hanya mengganggu proses pembelajaran. Kaedah pengajaran berasaskan guru akan menyebabkan murid berasa bosan dan tidak begitu mengambil berat akan apa yang diterangkan oleh guru, berbanding dengan pengajaran yang berasaskan oleh murid di mana murid akan bergerak dan berfikir secara aktif di dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Secara kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai

diaplikasikan di dalam kelas di Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat membuatkan murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari. Demi mencapai cita-cita menjadi negara maju menjelang 2020, guru-guru di sekolah hendaklah berani menyahut cabaran dengan mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan murid, yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka.

Komen dan cadangan penambahbaik artikel Secara keseluruhan, artikel ini sangat relevan dan sangat berkait dengan situasi di negara kita. Kajian yang telah dibuat terhadap 3 orang guru amat jelas dan dan mudah untuk difaham kerana memberi penerangan yang amat spesifik serta situasi yang diterangkan juga jelas. Selain itu, artikel boleh dikategorikan sebagai mesra maklumat kerana sebelum menceritakan mengenai kajian kes yang telah dibuat, artikel ini juga telah memberi penerangan mengenai maksud kepelbagaian pelajar dan menerangkan mengenai gaya pembelajaran pelajar. Hal ini dapat memberi kefahaman kepada pembaca sebelum memulakan pembacaan mengenai kajian kes yang telah dibuat. Analoginya, pembaca yang tidak mempunyai ilmu mengenai fakta yang terdapat dalam kajian kes tersebut boleh faham apa yang hendak disampaikan melalui kajian kes tersebut kerana terdapat ilmu tambahan di permulaan artikel yang berkait langsung dengan kajian kes. Tambahan pula, artikel ini bukan sahaja mengetengahkan kajian kes, tetapi telah membuat ringkasan mengenai kajian kes yang telah diceritakan sebelum itu di bahagian perbezaan strategi P&P. Hal ini dapat memudahkan dan memberi penjelasan yang lebih spesifik mengenai kajian kes yang telah diceritakan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki dalam artikel atau kajian kes ini. Artikel ini tidak ada abstrak sepertimana yang perlu ada pada setiap kajian kes. Abstrak adalah pengenalan mengenai tujuan kes ini dibuat supaya pembaca dapat memahami tujuan utama mengapa kajian kes ini dibuat. Hal ini supaya para pembaca lebih minta untuk mendalami artikel kajian kes tersebut. Pokoknya, artikel mengenai kajian kes ini sangat bermakna bagi para guru kera ia sangat berkai dengan dunia perguruan. Selain itu, ilmu yang diberi dapat memberi idea kepada kita untuk membuat penambahbaikan kepada P&P kita,.

You might also like