You are on page 1of 75

PANDUAN HAJI DAN UMRAH

HAJI:
Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain. Pengertiannya dari sudut bahasa: Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Pengertiannya dari sudut istilah syarak: Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu.

KELEBIHAN HAJI:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (Sesiapa yang mengerjakan Haji dan dia tidak mencampuri isterinya serta tidak melakukan maksiat, dia akan kembali sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).

SYARAT-SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI:

Islam Berakal

Berkemampuan Merdeka

Baligh

BENTUK-BENTUK BERKEMAMPUAN:

Selamat tubuh badan Aman perjalanan

Tidak ditahan Terdapat mahram atau suami bagi perempuan

Tidak berada dalam idah bagi perempuan

SYARAT-SYARAT SAH MENGERJAKAN HAJI:


Islam Berihram Masa (Miqat ihram menepati masa)

Tempat (Miqat ihram mengikut tempat) Mumayyiz Berakal

Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran Tidak bersetubuh

CARA-CARA MENGERJAKAN IBADAT HAJI:


Tiga cara iaitu: 1- Ifrad : Berniat Haji sahaja. Berniat Umrah terlebih dahulu (iaitu dia berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut, seterusnya berihram untuk Haji dari Mekah).

2- Tamattu' :

Dinamakan

sebagai

Tamattu'

kerana

dia

memilih

cara

yang

membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji.

3- Qiran

Iaitu berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah bersama-sama secara serentak).

Firman Allah Taala:

( )

Bermaksud:

Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, )dan terus menikmati kemudahan itu( hingga masa )mengerjakan( ibadat Haji, )bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia( menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat )mengadakan Dam(, maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali )ke tempat masing-masing(; semuanya itu sepuluh )hari( cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap )di sekitar( Masjidilharam )Mekah(. )Surah Al-Baqarah, Ayat: 196(.

Jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran dan Tamattu' diwajibkan menyembelih kambing biri-biri (dam) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala kerana dia berjaya mengerjakan Umrah dan Haji pada bulan-bulan Haji dengan baik serta di dalam satu perjalanan musafir, sekiranya dia tidak mampu menyembelih dam, dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji dan tujuh hari selepas dia pulang ke tanah airnya.

PERSEDIAAN UNTUK MUSAFIR HAJI:

Sebelum musafir untuk mengerjakan Haji bakal jemaah Haji hendaklah melakukan perkara-perkara berikut: 1. Kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa-dosa. 2. Mengembalikan hak-hak dan apa yang diambil secara zalim kepada tuan-tuanya. 3. Jaminan perbelanjaan Haji dari rezeki yang halal lagi baik. 4. Mempunyai teman yang solih cintakan kepada kebaikan dan boleh membantunya. 5. Berjanji untuk:

Tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya. Tetap berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w. Ikhlas mengerjakan Haji kerana Allah Taala dan tujuan serta niat hendaklah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Memberi penumpuan semata-mata untuk beribadat. Tidak berbantah, bergaduh, bertengkar dan sibuk dengan orang ramai.

PERKARA-PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MUSAFIR DAN DOA-DOANYA:

Orang yang musafir sunat mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluarganya, kawan-kawannya serta kenalan-kenalannya. Orang musafir berkata kepada orang yang dia tinggalkan:

.()

Orang yang bermukim pula menjawab kepada orang yang musafir:

) .(

Sebelum bertolak dia disunatkan mendirikan sembahyang sunat musafir sebanyak dua rakaat, pada rakaat yang pertama dia membaca

)....(

dan pada rakaat yang kedua selepas membaca Al-

pula dia membaca Fatihah.

)....(

Selepas selesai sembahyang dia membaca ayat Al-Kursi. Ketika keluar dari rumahnya dia membaca:

) (.

Kemudian selepas menaiki kenderaan dia bertakbir sebanyak tiga kali:

( )

kemudian dia membaca:

) (.
Kemudian dia membaca ayat Al-Kursi, surah Al-Ikhlas, surah AlMasad dan surah An-Nas.

IBADAT HAJI DAN UMRAH

Perangkaan Tempat Bagi Jemaah Haji Ifrad Perangkaan Tempat Bagi Jemaah Haji Tamattu' Perangkaan Tempat Bagi Jemaah Haji Qiran Perangkaan Tempat Bagi Jemaah Umrah

JEMAAH HAJI IFRAD

Ifrad bermakna jemaah Haji berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian dia bertalbiah seterusnya dia kekal berada dalam keadaan berihram sehingga dia wuquf di Arafah, dia melontar Jamrah Aqabah dan bertahallul dari ihramnya.

Perangkaan tempat menjelaskan perjalanan jemaah Haji Ifrad langkah demi langkah.

PERANGKAAN TEMPAT BAGI JEMAAH HAJI IFRAD


8

Sebelum 8 Zulhijah Berihram Haji sahaja dari miqat dan disusuli dengan talbiah. Sebelum 8 Zulhijah Tawaf Qudum Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat Multazam Zamzam Sebelum 8 Zulhijah Terus berada di Mekah dalam keadaan berihram sehingga 8 Zulhijah 8 Zulhijah Bertolak ke Mina selepas sembahyang Subuh, di sana dia akan mendirikan sembahyang (Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari ke sembilan) 9 Zulhijah Bertolak ke Arafah selepas sembahyang Subuh Sampai di Arafah Sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu Zuhur Banyak berzikir dan berdoa sehingga tenggelam matahari Ifadhah dari Arafah ke Muzdalifah selepas Maghrib Sembahyang Maghrib dan Isyak di Muzdalifah jamak ta'khir pada waktu Isyak.

10 Zulhijah Berjalan ke Mina selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari Melontar jamrah Aqabah Bercukur atau bergunting Tawaf Ifadhah Saie (Jika masih belum bersaie selepas tawaf Qudum) Kembali ke Mina untuk bermalam Dari 11 13 Zulhijah Melontar ketiga-tiga jamrah (Sughra Wusta Kubra) Kembali ke Mekah untuk Tawaf Wida' Akhir Haji

Perhatian: Jika jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad ingin mengerjakan saie selepas tawaf Ifadhah, dia boleh berbuat demikian dan saie tersebut adalah saie Haji malah ketika itu dia tidak perlu lagi bersaie selepas tawaf Ifadhah.

Firman Allah Taala:

( .)

10

Bermaksud: Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia )beribadat kepada Tuhannya( ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan )dijadikan( petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata )yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah( Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur )ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu(, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya )tidak berhajatkan sesuatu pun( dari sekalian makhluk.

BERIHRAM DARI MIQAT DENGAN NIAT HAJI SAHAJA KEMUDIAN DISUSULI DENGAN TALBIAH.

BERIHRAM HAJI IFRAD:

Berihram ialah niat dan talbiah.

11

Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang. Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:

Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu. Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya. Mandi dan berwuduk. Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru. Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:

.
Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

12

PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN SEMASA IHRAM:

1. Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktorfaktor yang mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti bercumbu bergurau senda dan seumpamanya. 2. Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan. 3. Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian. 4. Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki). 5. Memotong rambut. 6. Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian). 7. Memotong kuku. 8. Menutup kepala bagi lelaki. 9. Berburu. 10. Memotong Pokok. 11. Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh memperlihatkan urat belakang kaki. 12. Menutup muka dan dua kaki ketika tidur.

13

PERKARA-PERKARA YANG DIHARUSKAN SEMASA IHRAM:

1. Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi, syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi. 2. Mencabut gigi. 3. Membelat kawasan yang patah. 4. Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan. 5. Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan, tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting. 6. Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.

14

MIQAT MAKANI IHRAM:


Iaitu tempat yang tidak harus bagi orang yang ingin memasuki Mekah AlMukarramah melepasinya melainkan dalam keadaan berihram dan bagi setiap penduduk terdapat tempat miqat untuk dia berihram darinya.

Miqat penduduk Madinah: Zul Hulaifah dan dikenali dengan nama (Abar Ali) Miqat penduduk Syam: Juhfah (Rabigh) Miqat penduduk Iraq: Zaatu Irqin Miqat penduduk Yaman: Yalamlam.

Sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah sedangkan dia berada di Mekah, dia hanya perlu keluar ke Tan'im (Masjid Sayyidah Aisyah r.a) dan dia berihram dari sana.

Perangkaan Miqat Ihram

MEMASUKI MEKAH:
15

Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca:

) .( ,
Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca:

, , ,) , .( , ,
Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

MEMASUKI MASJIDILHARAM:

Sunat masuk melalui Bab As-Salam. Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:

16

) ( ) (.
) Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir

( sebanyak tiga kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab: ) ( ) ( ) (.

Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca:

) , (.

17

JEMAAH HAJI TAMATTU'

Tamattu' bermakna jemaah Haji berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram Umrah. Setelah itu dia berihram untuk mengerjakan Haji dari Mekah. Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji seperti memakai pakaian berjahit, memakai wangian, bersetubuh dengan perempuan ... Perangkaan tempat yang terdapat di sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji Tamattu' langkah demi langkah.

Firman Allah Taala:

* ( .)

Yang bermaksud: 18

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia )beribadat kepada Tuhannya( ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan )dijadikan( petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tandatanda keterangan yang nyata )yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah( Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur )ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu(, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya )tidak berhajatkan sesuatu pun( dari sekalian makhluk.

BERIHRAM DARI MIQAT DENGAN NIAT HAJI SAHAJA KEMUDIAN DISUSULI DENGAN TALBIAH.

BERIHRAM HAJI IFRAD:

Berihram ialah niat dan talbiah. Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang. Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:

19

Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu. Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya. Mandi dan berwuduk. Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru. Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:

Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

20

PERANGKAAN TEMPAT BAGI JEMAAH HAJI TAMATTU'

Sebelum 8 Zulhijah Berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja dan disusuli dengan talbiah. Sebelum 8 Zulhijah Tawaf Umrah Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat Multazam Zamzam Saie Umrah Bercukur Atau Bergunting Sebagai Tahallul Dari Ihram Sebelum 8 Zulhijah Terus berada di Mekah dalam keadaan berihram sehingga 8 Zulhijah 8 Zulhijah Berihram Haji dari Masjidilharam Bertolak ke Mina selepas sembahyang Subuh di sana dia akan mendirikan sembahyang (Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari ke sembilan)

9 Zulhijah 21

Bertolak ke Arafah selepas sembahyang Subuh Sampai di Arafah Sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu Zuhur Banyak berzikir dan berdoa sehingga tenggelam matahari Beredar dari Arafah ke Muzdalifah selepas Maghrib Sembahyang Maghrib dan Isyak di Muzdalifah jamak ta'khir pada waktu Isyak.

10 Zulhijah Berjalan ke Mina selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari Melontar jamrah Aqabah Bercukur atau bergunting Tawaf Ifadhah Bersaie jika masih belum bersaie selepas tawaf Qudum Kembali ke Mina untuk bermalam Dari 11 13 Zulhijah Melontar ketiga-tiga jamrah (Sughra Wusta - Kubra) Kembali ke Mekah untuk Tawaf Wida' Akhir Haji

Perhatian: Jika jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' ingin mengerjakan saie Haji sebelum tawaf 22

Ifadhah, dia boleh berbuat demikian dengan menambah tawaf sunat selepas dia berihram pada hari ke 8 Zulhijah dan dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.

TAWAF:

Disunatkan menghadap kaabah pada permulaan Tawaf iaitu secara menjadikan Hajarulaswad berada di kanannya kemudian dia berpindah pula untuk menghadap Hajarulaswad dan berniat tawaf (tawaf Umrah atau tawaf Qudum).

23

Dia mulakan dari marmar yang berwarna coklat sambil membaca:

) ( .

Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika dapat berbuat demikian. Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah menyentuhnya dengan menggunakan tangan kanannya (istilah) kemudian mencium tangannya.

Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia bolehlah berdiri menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut )

( kemudian dia memulakan tawaf.

Cara isyarat tangan (dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga ke paras bahu sambil menjadikan tapak tangan ke arah Hajarulaswad dan menunjukkan kedua-dua belah tangannya sebanyak sekali sahaja)

Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama dan ittiba' (sopan) pada setiap pusingan yang lain dan setiap tawaf mesti disululi dengan Saie.

24

(Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya.

Dipintu Kaabah dia membaca:

) ( .

Dirukun Iraqi dia membaca:

) ( .

Dirukun Syami dan Yamani dia membaca:

) ( .

Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah tapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia boleh digantikan dengan mengisyarat kepadanya sahaja malah sunat berdoa di rukun Yamani kerana ia adalah mustajab di mana di sana terdapat seramai tujuh puluh ribu malaikat yang akan menyebut amin.

Supaya sah tawaf, orang yang melakukan tawaf hendaklah berhenti betulbetul dari berjalan ketika istilam rukun Yamani.

Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad dia membaca: 25

) ( )( .

Pada tiga pusingan tawaf yang pertama dia hendaklah banyak membaca:

) .(

Manakala pada empat pusingan yang berbaki dia membaca:

) , (

Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.

SEMBAHYANG SUNAT TAWAF DUA RAKAAT:


Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam ketika keadaan penuh sesak.

Pada rakaat pertama dia membaca: yang kedua pula dia membaca )

)(

dan pada rakaat

( selepas membaca Al-Fatihah.


26

Allah s.w.t berfirman:

) (
Yang bermaksud: Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang. Selepas sembahyang dia berdoa:

) , , , , ,(
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang cuma Allah mengharuskan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin bercakap jangan dia bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Malah di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat. Di dalam keadaan terputus tawaf untuk sembahyang atau memperbaharui wuduk, tawaf hendaklah disempurnakan dari awal pusingan yang sedang dia berada.

MULTAZAM:

Kemudian selepas itu dia pergi ke Multazam dan dia berdoa di sana:

, , ) .( ,
27

Berdoa di Multazam adalah mustajab.

AIR ZAMZAM:

Kemudian selepas itu dia disunatkan pergi ke telaga zamzam kemudian minum airnya sehingga rasa Tadhallu' sambil dia berdoa ketika meminumnya:

) : ) ( (
dan sesungguhnya aku meminumnya dan berdoa:

) ) .( ) (

.(

Setelah itu dia berdoa dengan doa yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala serta dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

TAHALLUL DARI UMRAH UNTUK TAMATTU':


Iaitu secara bercukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (1 sm) kemudian dia bertahallul dari ihram dan ketika itu dia dihalalkan melakukan semua perkara termasuk bersetubuh dengan isteri kecuali berburu dan dia terus berada di Mekah sehingga hari kelapan Zulhijah. >> Berada Di Mekah 28

TEMPOH KEKAL BERADA DI MEKAH SEHINGGA HARI KE 8 ZULHIJAH:


Di dalam tempoh ini sepatutnya jemaah Haji menggunakan peluang untuk:

Banyak

mendirikan

sembahyang

di

Masjidilharam

kerana

(Sembahyang di dalamnya menyamai seribu sembahyang)

Banyak melakukan tawaf kerana tawaf yang dilakukan oleh Al-Aafaaqi adalah sebaik-baik ibadat di dalam Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w: (Sesiapa yang tawaf di Baitullah selama seminggu dan mendirikan sembahyang dua rakaat seolah-olah dia memerdekakan hamba). Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w: (Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120 rahmat: 60 untuk orang-orang yang tawaf, empat puluh untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan 20 untuk orang-orang yang melihat kepada Kaabah)

Oleh yang demikian ketika seseorang jemaah Haji melakukan tawaf dan melihat kepada Kaabah, bererti dia mendapat 80 rahmat. Diriwayatkan juga daripada Baginda S.A.W: (Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50 kali, dia akan dihapuskan segala dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).

29

Sekali adalah sebanyak tujuh pusingan dan selepas setiap kali selesai tujuh pusingan dia hendaklah mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. >> Berihram Haji Dari Masjidilharam

HARI PERTAMA: HARI KELAPAN ZULHIJAH.


Pada pagi hari Tarwiah iaitu hari kelapan Zulhijah, jemaah Haji Tamattu' berihram semula dan dia mendirikan sembahyang sunat ihram dua rakaat kemudian membaca:

) .(
Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:

.
Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf Ifadhah supaya tidak membebankan dirinya selepas dia pulang dari Arafah, dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat, dia ittiba' (sopan) pada setiap pusingan dan berlari-lari anak pada tiga pusingan

30

pertama kemudian dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.

BERTOLAK KE MINA:
Selepas sembahyang Subuh di Mekah, semua jemaah Haji keluar ke Mina selepas terbit matahari dan sembahyang sunat Dhuha, kemudian dia menunggu di sana sehingga terbit matahari hari Arafah iaitu dia mendirikan sembahyang lima waktu di Mina iaitu (Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari berikutnya iaitu hari kesembilan Zulhijah). Ketika menghala ke Mina jemaah Haji membaca:

.
Manakala di Mina pula, jemaah Haji banyak berzikir sambil membaca:

.()
Jemaah Haji sunat menunggu dan sembahyang di masjid Al-Khif. >> Beredar Ke Arafah

31

HARI KEDUA: HARI 9 ZULHIJAH )HARI ARAFAH(

Selepas terbit matahari pada hari Arafah jemaah Haji akan beredar dari Mina menuju ke Arafah sambil membaca di dalam perjalanannya:

,) .( ,

Jemaah Haji hendaklah banyak bertalbiah dan membaca Al-Quran seperti firman Allah:

).....(
dan dia wuquf di Arafah.

Arafah semuanya tempat wuquf tetapi yang paling afdhal ialah di tempat wuquf Rasulullah s.a.w di batu-batu yang besar di bawah Jabal Rahmah.

Apabila pandangan baginda terlihat kepada Jabal Rahmah, baginda bertasbih kepada Allah dan bertakbir kepadaNya.

32

Sunat dia menghala ke masjid Namirah untuk mendengar khutbah, mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu Zuhur dengan satu azan dan dua iqamat bersama-sama imam umum tanpa mendirikan sembahyang sunat di antara kedua-duanya.

Jemaah Haji hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya hatinya tetap khusyuk bersamanya dan berusaha bersungguhsungguh untuk menangisi dosa yang dilakukan.

Dia hendaklah banyak berdoa, bertahlil dan membaca Al-Quran samada sambil berdiri atau duduk serta memperlahankan suaranya ketika berdoa, turut menyebut kaum keluarganya di dalam doa dan mengulanginya sebanyak tiga kali. Dia hendaklah berhati-hati supaya dapat memastikan bahawa dia menghadap kiblat dan memulakan serta menutup doa dengan tahmid dan tamjid di samping bertasbih kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w.

Jemaah Haji disunatkan supaya mandi untuk melakukan ibadat Arafah.

DOA-DOA ARAFAH:
Sebaik-baik apa yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para Nabi sebelum baginda ialah:

33

) (.

Disunatkan banyak menyebut bacaan ini (sekurang-kurangnya seratus kali).

) , (.

) (.

) . (.
34

) , , , , ) . ((.

) (.

)
35

, , , , , , , , , .(
Dia terus kekal berada dalam keadaan sedemikian sehinggalah sampai hari Nafar dan dia diwajibkan terus berada di tempat wuquf sehingga tenggelam matahari di mana dia menghimpunkan di tempat wuqufnya di antara malam dan siang, dia tidak mendirikan sembahyang Maghrib di Arafah bahkan dia mendirikan sembahyang Maghrib jamak ta'khir bersama Isyak pada waktu Isyak di Muzdalifah dengan satu azan dan satu iqamat. Banyakkan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik pada hari Arafah dan juga sepanjang hari 10 Zulhijah.

IFADHAH DARI ARAFAH KE MUZDALIFAH:

36

Apabila tenggelam matahari hari Arafah jemaah Haji menuju ke Muzdalifah sambil bertalbiah, bertakbir, bertahlil dan memuji kepada Allah sambil berkata:

) )
Serta berkata:

) , , , , ,( .

Jemaah Haji berjalan ke Muzdalifah dalam keadaan tenang, perlahanlahan serta tetap tanpa tergesa-gesa supaya tidak menyakiti orang lain. 37

Ketika jemaah Haji sampai ke Muzdalifah, dia cuba berhenti berhampiran dengan masjid Masy'arilharam (Jabal Qazah) jika tidak menjadi kesulitan untuk berbuat demikian.

Dia disunatkan banyak berdoa, berzikir, bertalbiah dan membaca mana-mana ayat Al-Quran yang mudah baginya.

) * (
Yang bermaksud:

Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah )menuju ke Muzdalifah( maka sebutlah nama Allah )dengan doa,"talbiah" dan tasbih( di tempat Masy'ari Haram )di Muzdalifah(, dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. Selain daripada itu kamu hendaklah bertolak turun dari )Arafah( tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah )dengan memohon ampun( sesungguhnya Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.

Kemudian dia mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak selepas masuk waktu Isyak secara jamak dengan sekali azan dan sekali iqamat serta melewatkan sembahyang sunat Maghrib, Isyak dan witir sehingga selepas selesai mendirikan fardhu Isyak.

Di antara doa-doa yang ma'thur di Muzdalifah ialah: 38

) , , , ,( .
Dia banyak beristighfar dan bermalam di Muzdalifah sehingga tengah malam.

Kemudian jemaah Haji berbekal dengan batu-batu kecil dengan jumlah sebanyak 70 ketul batu (saiz lebih besar sedikit dari kacang kuda dan kecil sedikit dari kacang itik) untuk melontar ketiga-tiga jamrah.

Apabila terbit fajar, jemaah Haji disunatkan mendirikan sembahyang Subuh pada awal waktunya, kemudian dia berkata:

) , ,(

Dia juga berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya ke langit. Perlu diperhatikan bahawa Muzdalifah kesemuanya tempat berhenti untuk bermalam melainkan Wadi Muhassir.

>> Berjalan Ke Mina

HARI KETIGA: )BERJALAN KE MINA / HARI MENYEMBELIH(

Selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari, jemaah Haji beredar menuju ke Mina sambil mengerahkan tenaganya di dalam banyak bertalbiah, malah sebaik-baiknya dia membaca di dalam perjalanannya:

39

) (
dan dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

Apabila sampai di Wadi Muhassir jemaah Haji mempercepatkan perjalanannya dan ketika sampai di Mina dia membaca:

) ( .

Beberapa pekerjaan yang dilakukan di Mina pada hari menyembelih ialah: Melontar Jamrah Aqabah - Menyembelih - Bercukur - Tawaf Ifadhah - Bersaie jika masih belum bersaie sebelum itu.

1- MELONTAR JAMRAH AQABAH:

Jemaah Haji melontar tujuk ketul batu di mana dia membaca ketika melontar setiap ketulan batu:

) , (

Jemaah Haji memberhentikan talbiah dengan lontaran yang pertama.

40

Waktu melontar adalah dari fajar hari menyembelih sehinggalah ke fajar hari yang berikutnya tetapi sunat melontar pada waktu di antara terbit matahari sehingga gelincir matahari dan harus melontar selepas maghrib sehingga fajar tetapi makruh melainkan kerana keuzuran.

Melontar jamrah ialah secara melontar ketulan batu kecil pada tiang Jamrah atau jatuh ke dalam kawasan sekitarnya, jemaah Haji hendaklah berada dalam keadaan berdiri menghadap Jamrah di mana dia menjadikan Mina berada di kanannya dan jalan Mekah berada di kirinya manakala melontar dari atas jambatan ia boleh dilakukan dari mana-mana arah sekalipun.

2- MENYEMBELIH DAM:

Ia diwajibkan kepada jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' dan Qiran sahaja dan di Mekah terdapat beberapa Yayasan yang boleh diwakilkan oleh jemaah Haji untuk membeli Dam (biri-biri), menyembelih dan mengagihkannya kepada orang-orang fakir di pelbagai pelusuk dunia, sekiranya dia tidak dapat membayar dam dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji sebelum hari Arafah dan tujuh hari apabila dia pulang ke tanah airnya.

3- BERCUKUR ATAU BERGUNTING:

Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2 sm) dan disunatkan bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:

41

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: (Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yangbergunting). Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya sekadar hujung jari sahaja.

Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa rambut ialah sesuatu yang akan bertukar ganti dan ketika mencukur rambut setiap helai rambut akan mendapat satu kebaikan dan menghapuskan satu kejahatan daripada kamu serta dengannya kedudukan kamu akan diangkat.

Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:

42

) , .(

Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:

) ( .
Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah bertahallul dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehiggalah dia melakukan tawaf Ifadhah. >> Tawaf Ifadhah

43

TAWAF IFADHAH:
Selepas kembali dari Mina Ke Mekah, jemaah Haji melakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan, dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya dia pergi ke Multazam dan zamzam, kemudian dia bersaie di antara Safa dan Marwah jika dia masih belum bersaie sebelum itu. Selepas tawaf Ifadhah jemaah Haji bertahallul dengan tahallul akbar di mana selepas tahallul ini jemaah Haji dibenarkan melakukan semua perkara. Kemudian jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam di sana untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada ketiga-tiga hari yang berikutnya. >> Saie

SAIE DI ANTARA SAFA DAN MARWAH:


Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:

44

) (.
Kemudian dia membaca:

) : , (
Sebanyak tiga kali.

Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

) (
45

Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja). Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

) , ( .

Kemudian

dia

sampai

ke

bukit

Marwah,

dengan

ini

dia

berjaya

menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah.

Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

) (.
46

Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah). Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam.

Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie. Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:

)( .
Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)). Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.

Dalam keadaan terputus saie disebabkan sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu disempurnakan dari pusingan yang terputus. Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf Ifadhah, dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat selepas berihram pada 8 Zulhijah kemudian dia bersaie selepas itu sebagai 47

saie Haji. Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam. > Kembali Ke Mina >> Melontar Ketiga-tiga Jamrah

HARI KEEMPAT: )PERTAMA HARI TASYRIK, KEDUA HARI MENYEMBELIH(.

Di Mina jemaah Haji melontar ketiga-tiga jamrah pada hari ini, sunat dia mulakan dengan Jamrah Sughra, kemudian wusta, kemudian kubra (Aqabah), setiap jamrah tadi dilontar dengan tujuh biji batu kecil sambil membaca pada setiap lontaran:

.( )

Selepas setiap jamrah kecuali jamrah Aqabah Kubra, dia berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya menghadap Kaabah serta berselawat kepada Nabi s.a.w dan memohon permintaannya sambil membaca:

) .(

48

Waktu melontar adalah dari gelincir matahari (waktu Zuhur) sehingga terbit matahari hari yang berikutnya tetapi sunat di antara gelincir matahari dan Maghrib.

Jamrah Aqabah dilontar dalam keadaan menghadap ke arah Jamrah dan menjadikan Mina berada di kanannya manakala jalan Mekah pula berada di kirinya. Manakala melontar dari atas jambatan, ia boleh dilakukan dari mana-mana arah sekalipun.

Adapun jamrah Sughra dan Wusta pula, ia dilontar dari semua arah.

HARI KELIMA: )KEDUA HARI TASYRIK, KETIGA HARI MENYEMBELIH(.

Jemaah Haji juga diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah sebagaimana yang dilontar pada hari sebelumnya dengan mengikut susunan yang sama dan cara serta waktu yang sama kemudian jemaah Haji bergegas untuk ke Mekah.

49

HARI KEENAM: )KETIGA HARI TASYRIK, KEEMPAT HARI MENYEMBELIH(.

Jika jemaah Haji terlewat di Mina sehingga ke masa selepas tenggelam matahari hari ketiga iaitu hari menyembelih, dia wajib melontar ketiga-tiga jamrah pada hari keempat. Waktu melontar adalah dari terbit matahari sehingga ke waktu tenggelam matahari (Maghrib).

( .)
Yang bermaksud: Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji( dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera )meninggalkan Mina( pada hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan )meninggalkan Mina( maka dia juga tidaklah berdosa; )ketiadaan dosa itu ialah( bagi orang yang bertakwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 203). 50

Setelah itu jemaah bergegas pergi ke Mekah. >> Tawaf Wida'

TAWAF WIDA':
Apabila jemaah Haji ingin musafir, dia hendaklah tawaf di Baitullah tanpa berlari-lari anak dan tidak juga perlu intiba' serta saie. Tawaf ini dinamakan dengan tawaf Wida' dan ia adalah wajib, kemudian dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya pergi ke telaga Zamzam dan meminum airnya sambil menghadap ke arah Kaabah serta rasa Tadhallu' dengan meminumnya sekadar termampu kemudian dia pergi ke Multazam, dia merayu kepada Allah Taala memohon apa sahaja dari urusan dunia dan akhirat yang dia inginkan di mana dia mulakan doa dengan pujian dan selawat kepada Nabi s.a.w. begitu juga dengan penutupnya. Di dalam doa dia menyebut:

,) , ,
51

, , (.

) , , , (. ) , , , (.
Kemudian dia istilam (mengucapkan selamat) kepada Hajarulaswad dan dia mengucupnya atau mengisyarat kepadanya jika tidak dapat mengucupnya serta dia berjalan keluar dari Al-Haram dalam keadaan mukanya menghadap ke arah pintu dan jangan berjalan secara berpatah kembali ke belakang, dia 52

berpaling berkali-kali ke Kaabah teragak-agak untuk meninggalkannya serta bercita-cita untuk kembali semula menziarahi Baitul Atiq di mana ia menjadi tempat untuk mendapatkan rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah Taala.

53

>> Akhir Haji

UMRAH

54

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Umrah ke Umrah yang berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya manakala Haji yang mabrur pula tidak ada balasan selain syurga. Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka.

Jika jemaah Umrah di Mekah ingin mengerjakan Umrah sekali lagi, dia bolehlah berihram dari Masjid Sayyidah Aisyah r.a (di Tan'im) kemudian kembali semula ke Mekah untuk melakukan tawaf dan saie.

PERANGKAAN TEMPAT BAGI JEMAAH UMRAH


Berihram Umrah dari miqat dengan niat Umrah dan disusuli dengan talbiah 55

Melakukan tawaf Umrah

Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat

Multazam Zamzam

Bersaie dengan saie Umrah

Bercukur atau bergunting

Perhatian: Jika jemaah Umrah masih berada di Mekah dan dia ingin mengerjakan Umrah sekali lagi, dia bolehlah berihram dari Masjid Sayyidah Aisyah radhiallahu 'anha (di Tan'im) kemudian kembali ke Mekah untuk melakukan tawaf dan bersaie.

BERIHRAM DARI MIQAT DENGAN NIAT HAJI SAHAJA KEMUDIAN DISUSULI DENGAN TALBIAH.
56

BERIHRAM HAJI IFRAD:


Berihram ialah niat dan talbiah.

Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang. Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:

Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu. Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya. Mandi dan berwuduk. Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru. Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:

57

Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

Larangan dan Harus Ihram | Miqat Makani Ihram >> Memasuki Mekah dan Masjidilharam

ZIARAH NABI MUHAMMAD S.A.W

58

HUKUM

ZIARAH

DAN

KELEBIHANNYA:

Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesarbesar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam. Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.: (Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa). Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).

ADAB-ADAB ZIARAH:

Sepatutnya bagi pengunjung ketika dia menghala ke Madinah Munawwarah, dia banyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi serta memohon kepada Allah supaya memanfaatkannya dengan ziarahnya itu dan menerima ziarahnya itu kemudian berdoa:

59

) ) ( .(

Dia disunatkan mandi sebelum memasuki Madinah Munawwarah dan memakai pakaian yang paling bersih. Apabila sampai di pintu masjid baginda s.a.w, dia hendaklah mendahulukan kaki kanannya ketika melangkah masuk dan menggunakan kaki kirinya ketika melangkah keluar.

Dia masuk dengan menuju ke Raudhah (iaitu bahagian di antara mimbar dan maqam Nabi di mana permaidaninya berwarna hijau sedangkan permaidani masjid di bahagian yang lain semuanya berwarna merah). Setelah itu dia mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat Masjid kemudian dia datang ke maqam Nabi dan berdiri menghadap muka baginda s.a.w. sekitar empat hasta dari dinding maqam dalam keadaan beradab kemudian memberi salam tanpa menguatkan suaranya cuma cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri, sebagai tanda peradaban bersama baginda s.a.w.

Pengunjung membaca dengan hati yang khusyuk sambil menundukkan muka serta memperlahankan suara dan tidak banyak menggerakkan anggota badan:

60

) , , , , , , , , , , , , . , , , , , , (.

(Sesiapa yang kesuntukan masa untuk berbuat demikian atau tidak mengingatinya, dia bolehlah membaca sebahagian dari salam ini sahaja). Jika seseorang memesankannya supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w dia hendaklah memberi salam secara menyebut:

(.

61

Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar r.a dengan berkata:

) (.

Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Umar r.a. dengan berkata:

) (.

Setelah itu dia kembali semula ke Raudhah dan banyak mendirikan sembahyang dan berdoa di sana.

62

ZIARAH

PERKUBURAN

BAQI',

SYUHADA'

UHUD

DAN

MASJID QUBA':

Sunat keluar ke perkuburan Baqi' pada setiap hari terutamanya tengahari hari Jumaat iaitu selepas memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Apabila sampai di sana kita memberi salam dengan berkata:

( )
Pengunjung juga sepatutnya menziarahi masjid Quba' untuk sembahyang di dalamnya kerana pernah Nabi s.a.w datang ke masjid Quba' dalam keadaan menunggang dan berjalan kaki, baginda mendirikan sembahyang dua rakaat di dalamnya dan yang paling afdhal ialah pada hari Sabtu kerana Rasulullah s.a.w pernah datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu.

Sebagaimana sunat juga menziarahi syuhada Uhud pada hari Khamis terutamanya penghulu syuhada' Hamzah bapa saudara Rasulullah s.a.w.

SEMBAHYANG DI MADINAH:

Sunat mendirikan sembahyang semuanya di Masjid Nabi sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda: (Sembahyang di masjidku ini lebih baik dari seribu sembahyang yang dilakukan di masjid yang lain selain Masjidilharam).

63

KELUAR DARI MADINAH DAN MUSAFIR:

Disunatkan bagi pengunjung apabila dia ingin keluar dan musafir, dia hendaklah meninggalkan masjid Nabi dengan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dan berdoa dengan doa yang dia inginkan kemudian dia datang ke Raudhah dan memberi salam sebagaimana dia memberi salam sebelum itu serta dia berdoa dengan menyebut sanak saudaranya bersama-sama di dalam doa tersebut dengan penuh tadharru' dan meninggalkan Nabi s.a.w sambil berdoa:

() ) .(

Seterusnya dia berkata: Kamu bukanlah orang yang ditinggalkan wahai Rasulullah).

64

ADAB-ADAB JEMAAH HAJI DAN UMRAH KEMBALI KE NEGERINYA:

Sunat dia bertakbir di setiap tanah tinggi sebanyak tiga kali takbir kemudian dia berkata:

) .(
Dia menghantar berita tentang kepulangannya kepada keluarganya dan janganlah dia pulang secara mengejut kerana perbuatan itu adalah dilarang. Apabila sampai di tanah airnya dia membaca:

, , ,) , , , , , .(

65

Apabila dia sampai ke kawasan tempat tinggalnya, dia pergi ke masjid kemudian sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang dilarang mendirikan sembahyang kemudian dia masuk ke rumahnya dan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat, memuji Allah s.w.t serta bersyukur di atas taufiq dan hidayatNya. Disunatkan bagi orang yang bersalam dengan orang yang pulang dari mengerjakan Haji supaya berdoa:

)( .
Yang bermaksud: Semoga Allah menerima ibadat Haji kamu dan mengampunkan dosa kamu serta menggantikan perbelanjaan kamu. Jemaah Haji pula menjawab:

)( .
Yang bermaksud: Semoga Allah mengampunkan dosa kami dan dosa kamu semua. Sepatutnya selepas jemaah Haji pulang dia hidup dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya kerana ia melambangkan bahawa ibadat Hajinya diterima dan melakukan kebaikan dengan lebih banyak lagi.

66

HAJI PEREMPUAN HAID DAN NIFAS:

1. Apabila seseorang perempuan datang haid atau nifas sedangkan dia berada dalam ihram, dia diharuskan untuk mengerjakan kesemua ibadat Hajinya kecuali tawaf dan saie dan selepas itu digugurkan tawaf qudum daripadanya apabila dia wuquf di Arafah dan dia hendaklah menunggu sehingga suci. Selepas itu dia tawaf Ifadhah dan tawaf wida', seterusnya bersaie sebagai saie Haji. Langkah ini sekiranya dia mengerjakan Haji Ifrad, tetapi sekiranya dia mengerjakan Haji Tamattu' atau Qiran, bererti dia hanya perlu mengerjakan pekerjaan Haji Ifrad dan dia tidak perlu mengerjakan pekerjaan Haji Tamattu' atau Qiran jika dia masih belum suci sebelum wuquf di Arafah. Sekiranya dia suci dia perlu mengerjakan pekerjaan Haji Qiran dan Tamattu'.

2. Apabila dia wuquf di Arafah sedangkan dia berada dalam keadaan suci, dia wajib mengerjakan tawaf Ifadhah sebelum datang haid supaya tawaf Ifadhah tidak terlewat sehingga selepas suci.

3. Apabila dia telah mengerjakan tawaf Ifadhah kemudian dia datang haid, dia tidak perlu lagi mengerjakan tawaf Wida', jika dia ingin meninggalkan Mekah sebelum suci.

67

PERKARA YANG DIKHUSUSKAN HANYA UNTUK WANITA SAHAJA:


Terdapat dua belas perkara yang dikhususkan untuk wanita sahaja iaitu: 1. Wanita diharuskan memakai pakaian yang berjahit di dalam Ihram dengan syarat pakaian tersebut tidak dicelup dengan pewarna seperti pewarna merah, kuning atau oren. 2. Wanita diharuskan memakai sepasang khuf dan sepasang sarung tangan di sisi mazhab Hanafi sedangkan di sisi mazhab yang lain melarang dari memakai sepasang sarung tangan. 3. Wanita diwajibkan menutup kepalanya. 4. Wanita tidak boleh menguatkan suaranya dengan talbiah. 5. Tidak berlari-lari anak pada tawaf. 6. Tidak perlu mengikut cara sebagaimana lelaki ketika bersaie di antara dua garisan hijau dan tidak perlu bersegera. 7. Tidak perlu mencukur rambutnya bahkan memadai dengan mengguntingnya. 8. Tidak perlu mengucup Hajarulaswad ketika terdapat sekumpulan lelaki malah memadai dengan mengisyaratkan kepadanya sahaja. 9. Tidak perlu memberi upah kerana meninggalkan tawaf Wida' apabila dia berada dalam keadaan haid. 10. Tidak perlu memberi upah kerana terlewat tawaf ziarah pada hari-hari menyembelih jika ketinggalan atau kelewatan tersebut disebabkan oleh haid atau nifas. 11. Dia hendaklah tawaf di kawasan pinggir tempat tawaf. 12. Tidak wuquf berhampiran dengan Jabal Rahmah dan kedua-dua perintah terakhir ini adalah supaya dia tidak bersesak-sesak dengan lelaki.

68

NASIHAT-NASIHAT JEMAAH HAJI: NASIHAT UMUM:

DAN

MASALAH-MASALAH

PENTING

1. Mengelakkan diri dari berhutang untuk mengerjakan ibadat Haji kerana tindakan sedemikian adalah salah memandangkan Haji tidak diwajibkan melainkan kepada orang-orang yang berkemampuan untuk mengerjakannya sahaja.

2. Cuba berusaha mempelajari ibadat ini supaya tidak mendedahkan diri anda ke dalam perkara yang boleh merosakkan pekerjaan anda atau mengurangkan pahala anda dalam keadaan anda tidak sedar.

3. Cuba berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w mengikut kemampuan anda dan keadaan anda.

4. Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa mengikut mazhab adalah merupakan suatu kemestian di dalam Haji dan jangan cuba untuk membebankan diri anda lebih dari kemampuan anda kerana (Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya).

69

5. Cuba berusaha untuk mengelakkan diri anda dari memerhati manusia dan tumpukan kepada pekerjaan anda dan cara melakukan ibadat anda, kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan anda terlihat sesuatu yang boleh jadi perkerjaan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam adalah pelik bagi anda sedangkan perkara itu adalah disebabkan kejahilan mereka, cuba selesaikan dalam keadaan tenang dan bersabar kerana ia adalah sebahagian dari tanda kebesaran penciptaan Allah.

6. Elakkan diri anda dari melakukan maksiat dan jauhkan diri anda dari
bertengkar dan berbalah. Elakkan diri anda dari bersesak dengan manusia serta menyakiti mereka di dalam Tawaf, Saie dan ibadat-ibadat yang lain.

7. Elakkan diri anda dari merempuh atau menenyeh wanita di tempat-tempat yang terlalu penuh sesak (seperti Tawaf, Saie dan di Arafah).

8. Jangan persoalkan diri anda atau orang lain tentang sebab pekerjaan sebahagian ibadat dan cuba menyerahkan diri anda kepada Allah Taala.

9. Anda hendaklah bersikap lemah lembut dengan penduduk dua tanah Haram dan jagalah diri anda supaya tidak berlaku kasar dan bengis bersama mereka kerana sesungguhnya penduduk Mekah adalah jiran Baitullah dan penduduk Madinah adalah jiran Rasulullah s.a.w.

70

NASIHAT DI DALAM TAWAF:

1. Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Tawaf adalah Tahiyat di Al-Haram dan ia adalah sama seperti sembahyang cuma diharuskan bercakap, oleh sebab itulah ia disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat. 2. Elakkan dari berdiri terlalu lama di Hajarulaswad untuk memberi isyarat kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat dahsyat. 3. Elakkan dari bersesak untuk mengucup Hajarulaswad kerana mengucupnya adalah sunat dan tidak menyakiti diri anda serta orang lain adalah wajib, malah perkara wajib lebih patut diikuti berbanding dengan perkara sunat. 4. Jemaah Haji disunatkan supaya khusyuk dan tenang di dalam tawafnya. 5. Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah sunat muakkad. 6. Elakkan diri anda dari mematahkan jari-jari anda supaya mengeluarkan bunyi dan juga menyilangnya di dalam tawaf sebagaimana di dalam tawaf juga makruh makan, minum dan bercakap selain dari berzikir dan berdoa. 7. Makruh tawaf dalam keadan menahan kencing dan berak atau kentut. 8. Berhati-hati supaya melakukan tawaf melalui bahagian luar binaan Hijir Ismail, bukan melalui bahagian dalamnya kerana cara yang sedemikian bermakna jemaah Haji melakukan tawaf di sebahagian Kaabah sahaja dan tindakan itu membatalkan pusingan tawaf yang sedang dia lakukan.

71

9. Elakkan dari mengangkat suara di dalam tawaf kerana mengangkat suara


kadangkala boleh mengganggu orang lain yang melakukan tawaf. 10. Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlarilari anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan saie. 11. Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama dan ittiba' (sopan) di dalam pusingan-pusingan yang lain yang disusuli dengan saie selepasnya. 12. Wanita tidak disunatkan berlari-lari anak di dalam tawaf begitu juga di dalam saie. 13. Elakkan dari ittiba' (sopan) ketika selawat. 14. Elakkan dari menyentuh maqam Ibramim dan menciumnya kerana perbuatan ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang pada dinding kaabah. 15. Elakkan dari terlalu berusaha untuk sembahyang di belakang maqam Ibrahim selepas tawaf ketika keadaan terlalu penuh sesak dan harus sembahyang di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam. 16. Perempuan hendaklah menjaga dirinya supaya tidak memperlihatkan rambutnya ketika bertahallul (ketika bergunting).

72

NASIHAT PADA HARI ARAFAH:

1. Sentiasa memastikan untuk bertalbiah di dalam perjalanan ke Arafah. 2. Elakkan dari malas, membuang waktu serta tidak mahu lagi sibuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah kerana Nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. 3. Sentiasa memastikan untuk menghadap kiblat ketika berdoa sekadar termampu. 4. Berusaha untuk wuquf di dalam kawasan Arafah bukan di luarnya. 5. Jemaah Haji hendaklah mengambil perhatian bahawa di dalam masjid Namirah hanya tiga perempat sahaja yang termasuk di dalam Arafah manakala satu perempat lagi berada di luar Arafah, oleh yang demikian berhati-hatilah tentang perkara tersebut jika tidak anda akan kehilangan wuquf di Arafah menyebabkan Haji anda tidak sah. 6. Elakkan dari wuquf di Jabal Rahmah kerana tindakan itu akan menyebabkan berlaku kesesakan dan boleh menyakiti orang lain. 7. Berusaha untuk turun dari selepas tenggelam matahari, dengan demikian anda menghimpunkan di antara malam dan siang, sekiranya anda turun sebelum Maghrib maka anda diwajibkan membayar dam. 8. Jagalah diri anda supaya tidak buruk sangka pada Allah iaitu anda menyangka Allah tidak mengampunkan dosa anda kerana itu merupakan dosa pertama yang anda lakukan.

73

NASIHAT DI MINA:

1. Anda wajib memastikan bahawa ketulan batu memang terjatuh ke tempat lontaran dan tidak melontar dengan cara yang tidak sepatutnya. 2. Elakkan dari melontar kesemua batu-batu secara serantak kerana tindakan sedemikian tidak dikira bagi jemaah Haji cuma ia dikira sebagai satu lontaran sahaja. 3. Elakkan diri anda dari melontar secara berlawanan dengan susunannya bahkah wajib dimulakan dari Sughra kemudian, Wusta seterusnya Kubra. 4. Elakkan dari melontar dengan bilangan yang lebih sedikit atau lebih banyak secara sengaja melainkan jika anda telah ragu-ragu di dalam bilangannya. 5. Jangan lupa berdoa selepas melontar di Jamrah Sughra dan Wusta kerana ia bercanggah dengan sunnah dan meluputkan diri anda dari melakukan kebaikan yang sangat besar. 6. Jangan berdoa selepas melontar di Jamrah Kubra (Jamrah Aqabah) kerana ia bercanggah dengan sunnah.

74

NASIHAT DI MADINAH MUNAWWARAH:

1. Iltizam dengan sunnah Nabi secara baik dan menetapkannya. 2. Ketika jemaah Haji dipesan supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w oleh seseorang maka janganlah kamu berkata Assalamu'alaikum wahai Rasulullah daripada (syeikh, Haji, jurutera atau doktor si Polan) bahkan sebut sahaja namanya kerana tidak ada mana-mana kedudukan di hadapan penghulu segala Rasul s.a.w. 3. Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah merupakan sebahagian dari taman-taman syurga. 4. Tidak memegang dan mencium dinding maqam. 5. Berjalan di Madinah dalam keadaan tenang, sopan serta penuh beradab kerana anda berjalan mengikut langkah Nabi s.a.w dan para sahabat. 6. Tidak sukan atau bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara di sisi Rasulullah s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh. 7. Tidak merokok, apabila anda merupakan perokok, berusahalah bersungguhsungguh untuk berhenti dari merokok di tanah suci kerana tidak sedemikian merupakan perbuatan fasiq terutama di Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Rasulullah s.a.w.

75

You might also like