You are on page 1of 30

KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR TUGASAN INDIVIDU KAJIAN TINDAKAN

NAMA NOR IZZATI BINTI ABDUL HAMID

NO. MATRIK D20081032229

PROGRAM PENDIDIKAN MATEMATIK (AT14)

KUMPULAN KUMPULAN AT14

KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER MELALUI KAEDAH RUMAH DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 MEGA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN HULU PERAK

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Oleh: MUZAMMER BIN MANSOR D20091035016

Bagi Kursus KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar Semester 2 Sesi 2012/2013

1.0

Topik Kajian

Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 MEGA.

2.0

Nama Pengkaji : Muzammer Bin Mansor

Nama Pengkaji

3.0

Latar Belakang Kajian

Integer merupakan tajuk yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 1 hingga 3. Pengetahuan dan kemahiran pengiraan melibatkan Integer merupakan satu kemahiran dan pengetahuan asas yang amat penting. Kemahiran ini merentasi banyak tajuk dalam sukatan pelajaran. Kelemahan dalam operasi Integer akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dalam topik seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra, indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya. Siti Habsah (2011) telah menjalankan kajian melibatkan Integer iaitu mengenai Katrasin. Beliau telah menggunakan plastasin berwarna merah (-) dan biru (+) untuk mengajar pelajar yang terlalu lemah dalam subjek Matematik. Contohnya untuk soalan 5 + 8, lima biji plastasin berwarna merah dan lapan plastasin berwarna biru diambil. Plastasin berwarna merah dan biru dilekatkan secara berpasangan. Selepas itu, bilangan baki plastasin yang tidak mempunyai pasangan warna dikira. Dalam contoh ini , baki yang tinggal ialah 3 plastasin berwarna biru. Maka, jawapannya ialah + 3. Daripada kajian ini, ternyata penggunaan katrasin dapat membantu pelajar melakukan operasi menambah dan menolak Integer dengan betul.

Manakala Hamzah (2009) menjalankan kajian bertajuk Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Nombor Negatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Cerdik dengan Kaedah Jadual. Dalam Kaedah Jadual ini, pelajar perlu menentukan sama ada nombor tersebut nombor positif atau nombor negatif. Selepas itu, bilangan nombor positif dan nombor negatif diletakkan dalam jadual menggunakan simbol bulatan. Kemudian, simbol bulatan itu akan dihapuskan bagi jumlah yang sama. Maka tinggallah sama ada nombor positif atau nombor negatif sahaja. Contohnya - 4 + 2, setelah simbol bulatan dihapuskan, yang tinggal hanya dua bulatan pada positif. Maka jawapannya ialah +2.

Elango (2007) pula telah menjalankan kajian mengenai Inovasi dalam Teknik Penyelesaian Tajuk Nombor Negatif. Teknik yang digunakan ialah penyelesaian ELMATH iaitu satu teknik penyelesaian bagi menjalankan operasi penambahan dan penolakan nombor negatif. Teknik ini memperlihatkan teknik pemikiran dan pertimbangan yang berlaku dalam minda seseorang semasa menjalankan operasi penambahan dan penolakan bagi tajuk nombor negatif. Pengkaji juga berharap agar teknik penyelesaian ELMATH dapat membantu murid menguasai kemahiran menjalankan operasi penambahan dan penolakan ke atas nombor negatif. Dengan ini, minat murid untuk menguasai tajuk nombor negatif dapat ditingkatkan yang akan membawa kepada peningkatan pencapaian Matematik secara umumnya. Selain itu, Siti Halimah (2009) telah menjalankan kajian bertajuk Meningkatkan Kefahaman Pelajar dalam Konsep Integer Melalui Perwakilan Idea Matematik Secara Konkrit dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Semarak. Kajian ini menggunakan model konkrit yang sesuai iaitu melalui jadual yang dibina dan secara tidak langsung dapat membantu pelajar yang lemah dalam topik Integer mendapatkan jawapan yang tepat. Bukan itu sahaja, malah Radinhazizi (2011) turut menjalankan kajian Mempertingkat Penguasaan Kemahiran Menambah Integer Positif dan Negatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1C. Begitu juga dengan Sin (2006) dengan tesisnya yang bertajuk Pendekatan
2

Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam Topik Nombor Negatif. Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan ini mengambarkan bahawa pelajar-pelajar masih menghadapi kesukaran dalam penyelesaian soalan-soalan bagi tajuk Integer. Oleh kerana Integer adalah satu topik yang amat sukar untuk pelajar-pelajar, maka saya telah memilih satu kaedah penambahan dan penolakan integer melalui tajuk Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas. Kaedah Rumah ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar dalam menyelesaikan pengiraan yang melibatkan Integer yang besar.

4.0

Penyataan Masalah

Kelemahan pelajar dalam menguasai Matematik adalah disebabkan oleh tanggapan negatif pelajar terhadap pelajaran itu sendiri. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak mengambil inisiatif yang positif untuk menentukan kemajuan dan peningkatan pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Ini termasuklah memperkenalkan satu kaedah baru yang lebih mudah dalam menyelesaikan operasi Integer. Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada sejauhmana seseorang pelajar dapat menguasai konsep asas ini. Dalam tajuk Integer, perkara yang amat sukar untuk pelajar memahami ialah menambah dan menolak Integer. Memandangkan menambah dan menolak Integer ini amat penting bagi menjawab soalan objektif dan soalan subjektif dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan PMR, maka kemahiran ini, dapat membantu pelajar mendapatkan markah yang lebih baik serta dapat meningkatkan peratus kelulusan Matematik. Semasa saya berpraktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu, iaitu sekolah dalam daerah Pengkalan Hulu Perak, saya telah diamanahkan untuk mengajar dua kelas iaitu 1 Beta dan 1 Mega. Saya berasa teruja untuk mengajar pelajar-pelajar. Namun begitu, semasa saya mengajar tajuk Integer, saya dapati terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar. Ia benar-benar mencabar saya. Saya perlu menguatkan semangat agar saya dapat memperbaiki keadaan dan membantu pelajar terbabit. Apa yang saya dapati ialah mereka tidak dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak Integer dengan baik. Ini kerana pelajar-pelajar terbabit mempunyai asas yang sangat lemah berkaitan tanda bagi setiap nombor. Namun begitu
3

mungkin bukan kesilapan mereka secara keseluruhannya, pihak guru juga mungkin tersilap. Ini kerana pada peringkat rendah pelajar hanya diperkenalkan dengan nombor positif. Sebagai contoh, kita hanya menyebut 2 sebagai dua sahaja dan bukannya positif dua. Inilah kesannya yang saya perolehi di peringkat menengah. Kesan secara langsung dapat dilihat melalui latihan di dalam kelas dan semakan buku latihan pelajar. Contoh kesalahan: -5+2=3 (sepatutnya -3) - 5 + 2 = 7 (sepatutnya -3)

Daripada contoh jawapan yang diberikan oleh pelajar saya dapati mereka gagal mengenal tanda bagi setiap nombor. Pelajar juga tidak memahami maksud Integer lebih-lebih lagi Integer negatif. Masalah ini juga berkait dengan cara hidup pelajar dan guru. Maksud saya dalam kehidupan seharian, kita tidak pernah menggunakan istilah Integer negatif atau positif semasa berurusan. Keadaan ini jika kita perhalusi memang berkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar untuk diadaptasi di dalam bilik darjah. Selain itu, saya telah menemu bual dua orang guru Matematik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu, Guru Matematik tersebut telah mempunyai pengalaman mengajar Matematik tajuk Integer hampir 10 tahun. Hasil temu bual menunjukkan bahawa ramai pelajar masih menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan yang memerlukan penguasaan kemahiran penyelesaian operasi Integer. Ini menunjukkan bahawa kemahiran asas teknik penyelesaian operasi Integer dalam kalangan pelajar perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Masalah ini tidak boleh saya biarkan kerana asas integer positif dan negatif sangat penting bagi pelajar apabila mereka menduduki peperiksaan awam nanti. Kemudian saya mendapat satu idea untuk mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan satu kaedah penambahan dan penolakan integer menggunakan Kaedah Rumah. Sampel kajian saya terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 Cerdas seramai 30 orang pelajar. Diharapkan kaedah ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah menambah dan menolak Integer. Selain itu, kaedah ini juga diharap agar pelajar dapat mengaplikasikan konsep Integer pada tajuk-tajuk yang mempunyai hubung kait dengan Integer. Menerusi Kaedah Rumah, pelajar dapat menjadikan kaedah ini sebagai titik tolak mencapai satu cara mudah dan cepat untuk menyelesaikan operasi Integer dengan mengumpul Integer mengikut rumah masing-masing.

5.0

Objektif Kajian

Objektif Am: Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer dengan menggunakan Kaedah Rumah.

Objektif Khusus: 1. Menganalisis sejauhmana penguasaan pelajar dalam menambah dan menolak sesuatu Integer. 2. Menentukan keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Integer.

6.0

Metodologi Kajian

Metodologi kajian membincangkan kaedah yang akan saya gunakan dalam kajian ini. Dalam metodologi kajian juga menghuraikan model kajian iaitu kaedah yang akan digunakan dan sedikit penerangan dibuat mengenai kaedah yang dipilih. Selain itu, langkah-langkah yang akan dijalankan oleh saya, sasaran kajian, instrumen kajian dan metodologi analisis dalam kajian ini juga diterangkan.

6.1

Metodologi Kajian

Model: Kaedah Rumah

Langkah 1: Pengenalpastian isu dan masalah Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku dan sikap pelajar-pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar saya menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan melibatkan Integer. Sebelum kajian dijalankan, pelajar-pelajar kurang memberi respon kepada soalan-soalan yang diajukan dan ada antara pelajar yang mempunyai rasa takut untuk mencuba. Selain itu, latihan yang dibuat oleh pelajar juga disemak dan diteliti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mengenai topik ini. Saya dapati banyak kesalahan yang dilakukan oleh pelajar semasa membuat latihan topik Integer. Ada juga antara pelajar yang
5

tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan kerana pelajar mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui cara untuk mengira soalan Integer berkenaan.

Langkah 2: Perancangan tindakan Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah akan saya lakukan terhadap pelajar-pelajar saya. Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui kelemahan sebenar pelajar. Oleh itu, terlebih dahulu saya telah merancang beberapa perkara. Antaranya ialah, (i) Semakan buku latihan Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan pelajar bagi topik Integer. Kelemahan pelajar juga boleh dikesan berdasarkan latihan yang saya berikan di dalam kelas dan juga di rumah.

(ii) Temu bual. Temu bual akan dijalankan sewaktu rehat di mana pelajar diminta berjumpa dengan saya untuk ditemu bual secara berpasangan. Borang soal selidik digunakan bagi memudahkan pelajar menjalani soal selidik dengan lancar.

(iii)Ujian pra Ujian pra akan dilakukan dengan memberi kepada pelajar soalansoalan penambahan dan penolakan integer. Sebanyak 12 soalan subjektif akan diberikan kepada pelajar. Masa yang diberikan untuk mereka menjawab ialah selama 1 jam. Daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, saya boleh mengesan kelemahan-kelemahan mereka. Markah pelajar akan direkodkan dan ditukar ke dalam bentuk peratusan.

Langkah 3: Pelaksanaan tindakan Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya bercadang untuk memperkenalkan Kaedah Rumah kepada pelajar untuk membantu mereka dalam topik Integer. Selepas itu, saya akan memberikan ujian pos kepada pelajar untuk melihat peningkatan kemahiran pelajar dalam operasi tambah dan tolak Integer. (i) Memperkenalkan Kaedah Rumah Saya akan memperuntukan masa sebanyak dua masa pengajaran iaitu selama 80 minit untuk memperkenalkan Kaedah Rumah kepada pelajar. Semasa memperkenalkan kaedah ini, saya akan memberikan beberapa soalan kepada pelajar di papan hitam untuk melihat sejauh mana pemahaman mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan Integer menggunakan Kaedah Rumah. Sebagai contoh, 22 + 14 5 = Langkah-langkah: 1. Selesaikan jika terdapat operasi dan tanda. + (+) = + + () = (+) = () = +

2. Buatkan dua lajur untuk rumah negatif dan positif. +

3. Masukkan nombor positif ke dalam rumah positif dan nombor negatif ke dalam rumah negatif tanpa operasi dan simbol. + 14 22 5

4. Tambahkan semua nombor dalam setiap rumah jika nombor dalam rumah tersebut melebihi daripada 1. + 14 + 14 22 + 5 27

5. Pindahkan nombor yang kecil ke rumah nombor yang lebih besar. Kemudian, tolak nombor yang kecil itu daripada nombor yang lebih besar. + 14 + 14 22 + 5 27 14 13

6. Tulis jawapan dan letakkan simbol positif / negatif berdasarkan rumah di mana jawapan itu berada. Sebagai contoh, 27 14 = 13. Akan tetapi 13 berada pada rumah negatif. Jadi, jawapannya ialah 13.

(ii) Ujian Pos Ujian pos akan dijalankan setelah pengajaran menggunakan Kaedah Rumah dilakukan pada masa pengajaran yang seterusnya. Sebanyak 12 soalan subjektif akan diberikan kepada pelajar. Masa yang akan diberikan untuk mereka menjawab ialah sama seperti ujian pra iaitu selama 1 jam. Soalan yang diberikan dalam ujian pos adalah berlainan dengan soalan ujian pra akan tetapi soalan adalah setara. Markah pelajar akan direkodkan dan ditukar ke dalam bentuk peratusan.

Langkah 4: Pemerhatian dan menganalisis data Bagi ujian pra dan ujian pos, soalan yang akan diberikan adalah berbentuk subjektif. Satu soalan dikira 1 markah. Kemudian, bilangan jawapan yang dijawab dengan betul akan dikira dan ditukar kepada peratusan. Pelajar akan memperoleh 1 markah sekiranya pelajar menunjukkan jalan pengiraan yang betul dan jawapan yang tepat. Sekiranya pelajar memberikan jawapan yang tepat tanpa jalan pengiraan, maka jawapan tersebut akan dikira salah dan tiada markah akan diberikan. Penguasaan pelajar dalam penambahan dan penolakan Integer akan dilihat melalui analisis ujian pra dan ujian pos. Manakala untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Integer, perbandingan pencapaian pelajar-pelajar dalam ujian pra dan ujian pos akan dilakukan. Jadual di bawah menunjukkan draf analisis keputusan pencapaian ujian pra, keputusan pencapaian ujian pos dan perbandingan pencapaian ujian pra dan ujian pos. Draf Analisis Keputusan Pencapaian Ujian Pra ID Pelajar P1 P2 ... ... P30 Min Sisihan piawai Varians Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra X1 X2 ... ... X30 A1 A2 A3

Bil. 1. 2. ... ... 30.

Nama S1 S2 ... ... S30

% M1 M2 ... ... M30 B1 B2 B3

Min

Xi
1

30

30

A1

Min

M
1

30

30

B1

Draf Analisis Keputusan Pencapaian Ujian Pos ID Pelajar P1 P2 ... ... P30 Min Sisihan piawai Varians
30 1

Bil. 1. 2. ... ... 30.

Nama S1 S2 ... ... S30

Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra Y1 Y2 ... ... Y30 C1 C2 C3

% N1 N2 ... ... N30 D1 D2 D3

Min

Y
30

C1

Min

N
1

30

30

D1

Draf Analisis Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Bil. ID Pelajar Bilangan Jawapan Betul 1. 2. ... ... 30. P1 P2 ... ... P30 Min Sisihan Piawai Varians X1 X2 ... ... X30 A1 A2 A3 M1 M2 ... ... M30 B1 B2 B3 % Ujian Pos Bilangan Jawapan Betul Y1 Y2 ... ... Y30 C1 C2 C3 N1 N2 ... ... N30 D1 D2 D3 % Peningkatan Bilangan Jawapan Betul Y1 X1 Y2 X2 ... ... Y30 X30 C1 A1 E F N1 M1 N2 M2 ... ... N30 M30 D1 B1 G H %

10

Langkah 5: Refleksi dan penilaian Daripada kajian ini, saya berharap agar berlaku peningkatan pencapaian pelajar. Selain itu, saya juga berharap agar pelajar dapat mengaplikasikan Kaedah Rumah dan seterusnya berjaya memperolehi jawapan dengan cepat dan tepat. Jika berlaku peningkatan pencapaian, ini menunjukkan kaedah ini benar-benar membantu pelajar. Di samping itu, selepas kajian ini saya berharap pelajar-pelajar ingin mencuba dan yakin dengan jawapan mereka. Saya juga berharap tingkah laku pelajar akan berubah selepas mereka akan diperkenalkan dengan Kaedah Rumah.

6.2

Sasaran Kajian

Sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 13 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan dari tingkatan 1 Cerdas di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2). Pelajar-pelajar ini dalam kalangan pelajar-pelajar sederhana dan lemah. Pelajar-pelajar ini juga mempunyai pencapaian yang kurang memuaskan semasa dalam Peperiksaan Kurikulum Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1). Dalam peperiksaan Matematik pula, pelajar-pelajar ini juga memperoleh pencapaian yang kurang memuaskan. Ada sebilangan pelajar yang gagal dalam peperiksaan mata pelajaran Matematik. Jadual 1: Bilangan sasaran kajian Tingkatan 1 Cerdas Lelaki 13 Perempuan 17 Jumlah 30

6.3

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data ialah soalan ujian pra dan ujian pos. Soalan-soalan daripada ujian pra dan pos di buat oleh saya sendiri. Ujian pra dan ujian pos mengandungi 12 soalan subjektif. Soalan yang diberikan adalah berlainan akan tetapi setara. Masa yang diberikan kepada pelajar untuk menjawab soalan ialah selama 1 jam bagi kedua-dua ujian.

11

6.4

Metodologi Analisis

Pemerhatian

Semakan Buku Latihan

Temu bual

Ujian Pos

Memperkenalkan Kaedah Rumah

Ujian Pra

Menganalisis Data

Penilaian

Refleksi

7.0

Kesignifikasian Kajian

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada beberapa pihak iaitu pelajarpelajar, guru-guru Matematik khususnya, dan juga pihak sekolah. Kepada pelajar-pelajar, Kaedah Rumah yang diperkenalkan diharap dapat digunakan untuk menyelesaikan penambahan dan penolakan Integer. Kaedah Rumah ini mampu membantu pelajar-pelajar melakukan pengiraan penambahan dan penolakan Integer dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan pelajar-pelajar. Selain itu, kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan kesilapan semasa mengira. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai topik Integer yang diajar khususnya melibatkan penambahan dan penolakan integer dan seterusnya meningkatkan peratusan gred mata pelajaran Matematik. Di samping itu, Kaedah Rumah yang diperkenalkan ini dapat dijadikan sebagai pencetus motivasi kepada guru-guru untuk membuat inovasi dalam pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat
12

menyedarkan para pendidik supaya sentiasa kreatif mencari pendekatan baru dalam menyelesaikan sesuatu operasi. Guru juga dapat memastikan keseluruhan pelajar dapat menguasai sepenuhnya setiap topik yang diajar jika dapat mencari pendekatan baru. Guru seharusnya bijak mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, sekiranya Kaedah Rumah ini didapati berkesan, saya akan memperkenalkan kaedah ini kepada pelajar-pelajar di kelas lain agar setiap pelajar memperoleh manfaatnya. Saya juga akan mengutarakan dan memperkenalkan Kaedah Rumah ini kepada Pengetua. Oleh yang demikian, pihak sekolah diharap boleh mengadakan bengkel kepada guru-guru Matematik di sekolah untuk sama-sama belajar dan mencuba kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan Integer. Hal ini seterusnya akan memberi peningkatan peratusan kelulusan murid dalam mata pelajaran Matematik.

8.0

Anggaran Perbelanjaan

Jadual di bawah menunjukkan anggaran perbelanjaan saya dalam kajian yang saya jalankan ini. Saya hanya mengeluarkan perbelanjaan untuk cetakan dan fotostat soalan ujian pra, ujian pos, nota Kaedah Rumah dan juga cetakan laporan kajian tindakan.

Jadual 2: Anggaran Perbelanjaan Bil. 1. 2. 3. 4. Jenis Bahan Cetakan soalan ujian pra dan ujian pos Cetakan nota Kaedah Rumah Perbelanjaan Mesyuarat Cetakan Laporan Kajian Tindakan JUMLAH Kuantiti x Harga Seunit 30 salinan x RM 0.20 30 salinan x RM0.10 1 salinan x RM 5.00 Jumlah Kos RM 6.00 RM 3.00 RM 10.00 RM 5.00 RM 24.00

13

9.0

Jadual Kerja

Berikut adalah jadual kerja sepanjang saya menjalankan kajian ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu. Jadual 3: Jadual Kerja Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Perkara Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis Proposal Kajian Merancang tindakan Melaksanakan tindakan Melaksanakan ujian pos Menganalisis data Refleksi dan penilaian Menyiapkan laporan kajian tindakan Tarikh 4 Julai 12 Julai 2012 14 Julai 2012 18 Julai 2012 25 Julai 2012 28 Julai 2012 1 Ogos 2012 6 Ogos 2012 November 2012

10.0

Dapatan Kajian

(i)

Penguasaan Pelajar dalam Menambah dan Menolak Sesuatu Integer

Penguasaan pelajar dalam penambahan dan penolakan Integer dapat dilihat melalui analisis ujian pra dan ujian pos.

Analisis Ujian Pra Hasil daripada ujian pra, bilangan jawapan betul yang telah pelajar-pelajar jawab bagi soalan yang diberikan dikelaskan seperti Jadual 4 di bawah. Bilangan jawapan betul adalah daripada 12 soalan dalam ujian pra.

14

Jadual 4: Keputusan Pencapaian Ujian Pra.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27.

ID Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12 P13 P14 P15 P16 P17 P18 P19 P20 P21 P22 P23 P24 P25 P26 P27

Nama Amirudin B Mohd Zainal Lukman Hakim B Mad Rauf Mohamad Baharom B Mohd Bakri Muhamad Faiz Hakimi B Mohd Ali Muhammad Adee Syahmi B Azmi Muhammad Ariff B Mohd Fouzi Muhammad Badrul Hakim B Hassan Muhammad Danial B Mohd Zainudin Muhammad Ganges B Kamil Muhammad Khairul Afiq B Hashim Muhammad Ruzainie B Mohamud Nik Amirul Hakim Akmal B Nik Wan Syakir B Wan Fadhil Amelina Bt Mohd Noor Fatin Nazura Bt Mohd Noor Hanie Nabihah Bt Abdul Wahab Maisahira Binti Mohd Marzuri Nik Nurul Amira Bt Nik Mat Nik Fatin Najihah Bt Nik Razi Nik Malissa Bt Nik Abdul Razak Nur Afeeza Bt Samaluddin Nur Aisyah Bt Azlan Nur Amira Najiha Bt Azmi Nur Fatihah Bt Mohd Nasir Nur Intan Diana Bt Suria Nur Syiffa Syuhadah Bt Hasnan Nurul Atikah Bt Malim
15

Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra 5 6 3 4 6 5 1 2 5 3 7 6 3 6 4 7 4 5 1 2 4 3 5 3 3 5 6

% 41.7 50.0 25.0 33.3 50.0 41.7 8.3 16.7 41.7 25.0 58.3 50.0 25.0 50.0 33.3 58.3 33.3 41.7 8.3 16.7 33.3 25.0 41.7 25.0 25.0 41.7 50.0

28. 29. 30.

P28 P29 P30

Nurulain Bt Suzaimi Salsabila Bt Mamat Siti Noor Albani Akmal Bt Saad Min Sisihan piawai Varians

4 1 4 4 1.68 2.82

33.3 8.3 33.3 34.2 14.00 196.16

Jadual 4 menunjukkan 30 orang pelajar yang telah menjawab ujian pra. Daripada jadual di atas, didapati hanya dua orang pelajar dapat menjawab bilangan soalan yang paling tinggi iaitu tujuh soalan (58.3%). Manakala bagi yang dapat menjawab enam soalan (50.0%) dengan betul adalah sebanyak lima orang pelajar. Sebanyak enam orang pelajar dapat menjawab tiga (25.0%), empat (33.3%) dan lima (41.7%) soalan dengan betul. Manakala sebanyak dua orang pelajar dapat menjawab dua soalan (16.7%) dengan betul. Terdapat tiga orang pelajar yang lemah dalam menguasai penambahan dan penolakan integer dengan bilangan soalan yang betul adalah hanya satu soalan (8.3%) sahaja. Min bilangan jawapan yang betul ialah empat (34.2%). Daripada ujian pra, didapati pelajar masih belum dapat menguasai penambahan dan penolakan Integer. Daripada 12 soalan hanya dua orang pelajar sahaja yang dapat menjawab tujuh soalan dengan betul. Manakala pelajar yang lain hanya betul antara satu hingga enam sahaja. Ini jelas menunjukkan pelajar belum lagi dapat menguasai penambahan dan penolakan Integer dengan baik.

16

Graf 1: Keputusan Pencapaian Ujian Pra

12

10

P9

P1

P2

P3

P4

P5

P6

P7

P8

P21

P10

P11

P12

P13

P14

P15

P16

P17

P18

P19

P20

P22

P23

P24

P25

P26

P27

P28

P29

Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra

17

P30

Analisis Ujian Pos Hasil daripada ujian pos, bilangan jawapan betul yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar dapat dikelaskan seperti Jadual 5 di bawah. Bilangan jawapan betul adalah daripada 12 soalan dalam ujian pos.

Jadual 5: Keputusan Pencapaian Ujian Pos. ID Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12 P13 P14 P15 P16 P17 P18 P19 P20 P21 P22 Bilangan Jawapan Betul Ujian Pos 10 10 8 9 9 11 7 9 11 8 12 10 9 10 8 11 8 9 7 7 8 9
18

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22.

Nama Amirudin B Mohd Zainal Lukman Hakim B Mad Rauf Mohamad Baharom B Mohd Bakri Muhamad Faiz Hakimi B Mohd Ali Muhammad Adee Syahmi B Azmi Muhammad Ariff B Mohd Fouzi Muhammad Badrul Hakim B Hassan Muhammad Danial B Mohd Zainudin Muhammad Ganges B Kamil Muhammad Khairul Afiq B Hashim Muhammad Ruzainie B Mohamud Nik Amirul Hakim Akmal B Nik Wan Syakir B Wan Fadhil Amelina Bt Mohd Noor Fatin Nazura Bt Mohd Noor Hanie Nabihah Bt Abdul Wahab Maisahira Binti Mohd Marzuri Nik Nurul Amira Bt Nik Mat Nik Fatin Najihah Bt Nik Razi Nik Malissa Bt Nik Abdul Razak Nur Afeeza Bt Samaluddin Nur Aisyah Bt Azlan

% 83.3 83.3 66.7 75.0 75.0 91.7 58.3 75.0 91.7 66.7 100.0 83.3 75.0 83.3 66.7 91.7 66.7 75.0 58.3 58.3 66.7 75.0

23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

P23 P24 P25 P26 P27 P28 P29 P30

Nur Amira Najiha Bt Azmi Nur Fatihah Bt Mohd Nasir Nur Intan Diana Bt Suria Nur Syiffa Syuhadah Bt Hasnan Nurul Atikah Bt Malim Nurulain Bt Suzaimi Salsabila Bt Mamat Siti Noor Albani Akmal Bt Saad Min Sisihan Piawai Varians

10 7 11 12 9 11 10 8 9 1.46 2.13

83.3 58.3 91.7 100.0 75.0 91.7 83.3 66.7 77.2 12.16 147.95

Berdasarkan Jadual 5 menunjukkan bilangan jawapan betul yang telah dijawab oleh pelajar setelah mereka diajar Kaedah Rumah. Ujian ini telah membuktikan terdapat pelajar berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan kebanyakkan daripada mereka juga dapat menjawab tujuh dan ke atas dengan betul. Bagi 12 soalan (100.0%) yang dijawab dengan betul adalah sebanyak dua orang pelajar, empat orang pelajar mendapat 11 (91.7%) betul, enam orang pelajar mendapat 10 (83.3%) betul, manakala tujuh orang pelajar mendapat sembilan (75.0%) betul seterusnya enam orang pelajar mendapat lapan soalan (66.7%) betul dan empat orang pelajar mendapat tujuh soalan (58.3%) betul. Semasa pemerhatian dilakukan, kelihatan pelajar bersungguh-sungguh semasa menjawab dan mereka saling bersaing antara satu sama lain. Masa menjawab juga menjadi pendek daripada masa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Pelajarpelajar kelihatan gembira dan berpuas hati setelah menjawab soalan yang diberikan. Min bilangan jawapan yang betul ialah sembilan (77.2%). Berlaku peningkatan pencapaian sebanyak lima soalan. Daripada ujian pos, didapati dua orang pelajar yang dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Manakala pelajar yang lain betul antara tujuh hingga sebelas. Ini jelas menunjukkan pelajar telah dapat menguasai operasi tambah dan tolak Integer dengan baik.

19

Graf 2: Keputusan Pencapaian Ujian Pos

12

10

P1

P2

P3

P4

P5

P6

P7

P8

P9

P19

P10

P11

P12

P13

P14

P15

P16

P17

P18

P20

P21

P22

P23

P24

P25

P26

P27

P28

P29

Bilangan Jawapan Betul Ujian Pos

20

P30

(ii)

Keberkesanan Penggunaan Kaedah Rumah dalam Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah dan Tolak Integer

Untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Integer, perbandingan pencapaian pelajar-pelajar dalam ujian pra dan ujian pos telah dilakukan.

Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Bil. ID Pelajar Bilangan Jawapan Betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12 P13 P14 P15 P16 P17 P18 5 6 3 4 6 5 1 2 5 3 7 6 3 6 4 7 4 5 41.7 50.0 25.0 33.3 50.0 41.7 8.3 16.7 41.7 25.0 58.3 50.0 25.0 50.0 33.3 58.3 33.3 41.7
21

Ujian Pos Bilangan % Jawapan Betul 10 10 8 9 9 11 7 9 11 8 12 10 9 10 8 11 8 9 83.3 83.3 66.7 75.0 75.0 91.7 58.3 75.0 91.7 66.7 100.0 83.3 75.0 83.3 66.7 91.7 66.7 75.0 %

Peningkatan Bilangan Jawapan Betul 5 4 5 5 3 6 6 7 6 5 5 4 6 4 4 4 4 4 41.7 33.3 41.7 41.7 25.0 50.0 50.0 58.3 50.0 41.7 41.7 33.3 50.0 33.3 33.3 33.3 33.3 33.3 %

19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

P19 P20 P21 P22 P23 P24 P25 P26 P27 P28 P29 P30 Min

1 2 4 3 5 3 3 5 6 4 1 4 4 1.68 2.82

8.3 16.7 33.3 25.0 41.7 25.0 25.0 41.7 50.0 33.3 8.3 33.3 34.2 14.00 196.16

7 7 8 9 10 7 11 12 9 11 10 8 9 1.46 2.13

58.3 58.3 66.7 75.0 83.3 58.3 91.7 100.0 75.0 91.7 83.3 66.7 77.2 12.16 147.95

6 5 4 6 5 4 8 7 3 7 9 4 5 1.42 2.01

50.0 41.7 33.3 50.0 41.7 33.3 66.7 58.3 25.0 58.3 75.0 33.3 43.0 11.81 139.42

Sisihan Piawai Varians

Berdasarkan Jadual 6 di atas, didapati pelajar-pelajar pada awalnya tidak dapat menguasai penambahan dan penolakan Integer dengan baik. Akan tetapi setelah Kaedah Rumah diperkenalkan, pelajar-pelajar dapat menguasai penambahan dan penolakan Integer dengan baik. Ini dapat dilihat melalui peratus peningkatan daripada ujian pos. Peratusan yang paling tinggi ialah sebanyak 75.0% iaitu hanya seorang pelajar yang meningkat dari betul satu soalan kepada betul 10 soalan. Manakala dua orang pelajar meningkat sebanyak 25.0%, sepuluh orang pelajar meningkat sebanyak 33.3%, tujuh orang pelajar meningkat sebanyak 41.7%, enam orang pelajar meningkat sebanyak 50.0%, tiga orang pelajar meningkat sebanyak 58.3% dan seorang orang pelajar meningkat sebanyak 66.7%. Semua pelajar menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 25% ke atas.

22

Graf 3: Perbandingan Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

12

10

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10P11P12P13P14P15P16P17P18P19P20P21P22P23P24P25P26P27P28P29P30
Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra Bilangan Jawapan Betul Ujian Pos

23

11.0

Perbincangan dan Kesimpulan

Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa Kaedah Rumah telah menunjukkan keberkesanannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui perbezaan bilangan jawapan betul antara ujian pra dan ujian pos. Min bilangan jawapan betul dalam ujian pra ialah 4 manakala dalam ujian pos ialah 9. Terdapat peningkatan sebanyak 5 soalan. Dapatan kajian jelas menunjukkan terdapat peningkatan dalam ujian pos berbanding ujian pra. Dapat dirumuskan bahawa Kaedah Rumah telah menunjukkan keberkesanannya. Kaedah Rumah ini membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam menguasai kemahiran menambah dan menolak Integer. Keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer dapat dilihat melalui peratusan yang tinggi telah pelajar perolehi selepas menjawab soalan ujian pos. Semua pelajar menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 25% ke atas. Selain itu, pelajar kelihatan berminat dan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa mempelajari Kaedah Rumah. Semua pelajar telah melibatkan diri secara secara menyeluruh dan mereka juga dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk menyelesaikan masalah bagi setiap soalan yang diberikan setelah mempelajari Kaedah Rumah. Pelajar dapat menjawab soalan dengan pantas dan mereka kelihatan gembira ketika menjawab soalan. Dengan menggunakan kaedah ini juga saya dapati tumpuan yang diberikan oleh pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran semakin baik. Mereka memberikan tumpuan sepenuhnya semasa saya mengajar. Mereka semakin rajin bertanya apabila ada sebarang kemusykilan. Secara tidak langsung suasana di dalam bilik darjah menjadi sangat kondusif dan praktikal untuk pembelajaran. Pelajar-pelajar seolah-oleh tidak sabar menantikan waktu Matematik dan tingkah laku pelajar memang berubah. Jadual 7 di bawah menunjukkan perubahan tingkah laku pelajar sebelum penggunaan Kaedah Rumah dan selepas penggunaan Kaedah Rumah.

24

Jadual 7: Perubahan Tingkah Laku Pelajar

Tingkah Laku Pelajar Bertanya soalan Menyiapkan kerja rumah Menjawab soalan secara sukarela Membuat latihan di papan tulis

Sebelum Penggunaan Kaedah Rumah 2 5 1 1

Selepas Penggunaan Kaedah Rumah 9 25 11 10

Saya juga merasa tersentuh apabila beberapa orang pelajar dari kelas lain meminta jasa baik saya mengajar mereka penambahan dan penolakan Integer menggunakan Kaedah Rumah. Mereka mendapat tahu mengenai kaedah ini melalui kawan mereka di Tingkatan 1Mega. Secara baik saya memberitahu mereka yang saya akan berbincang dengan guru Matematik Tingkatan 1 agar mempraktikkan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka agar semua pelajar Tingkatan 1 memperoleh manfaatnya. Alhamdulillah, apabila saya berbincang bersamasama guru Matematik Tingkatan 1, mereka juga berminat untuk menjayakan kaedah ini. Kesimpulanya, pelajar memerlukan satu kaedah yang mudah bagi memudahkan mereka memahami sesuatu topik pengajaran. Dengan menggunakan Kaedah Rumah ini, pelajar dapat meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam topik Integer. Kaedah ini berkesan di mana pelajar boleh menguasai konsep penambahan dan penolakan Integer secara perlahan dan berperingkat. Ini dapat dilihat apabila pelajar mula ingin mencuba dan yakin dengan jawapan mereka. Selain itu, kemahiran pelajar dalam topik Integer ini juga diharap dapat diaplikasikan dalam topik yang mempunyai hubung kait dengan Integer seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra, indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya.

25

12.0

Rujukan

Elango a/l Periasamy (2007). Inovasi Dalam Teknik Penyelesaian Tajuk Nombor Negatif. Diambil daripada http://www.ipislam.edu.my/uploaded/Inovasi%20Dalam%20Teknik%20Penyelesaian%2 0Nombor%20Negatif%20-%20Kertas%20Konsep.pdf Hamzah Mohd Zin (2009). Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Nombor Negatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Cerdik dengan Kaedah Jadual. Diambil daripada http://www.slideshare.net/irishidayah/katrasin Radinhazizi Hanapi (2011). Contoh Penulisan Proposal Kajian Tindakan. Diambil daripada http://www.docstoc.com/docs/90109000/CONTOH-PENULISAN-PROPOSAL-KT Sin Chow Lai (2006). Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam Topik Nombor Negatif. Diambil daripada eprints.oum.edu.my/174/1/Koperatif_model.pdf Siti Habsah Jemaen, Norhidayah Hasbi, Aini Jamin & Belinda Audrey Patrick (2011). Kajian Tindakan KPR 4043. Diambil daripada http://www.slideshare.net/irishidayah/katrasin Siti Halimah Awang Kechil (2009). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Konsep Integer Melalui Perwakilan Idea Matematik Secara Konkrit Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Semarak. Diambil daripada http://imahssl.blogspot.com/

26

13.0

Lampiran

Lampiran 1 Ujian Pra Name: _________________________________________ Form: ________________ Score: 12 = %

(a)

- 21 + 6 =

(e)

9 + (-15) + 17 =

(i)

11 (-13) 41 =

(b)

9 + (-13) =

(f)

- 6 + (-3) 14 =

(j)

-10 + (+4) 31 =

(c)

- 20 (-7) =

(g)

- 23 + (-12) 11 =

(k)

- 18 ( -12) + 5 =

(d)

- 4 + 7 + (-5) =

(h)

14 - (-6) 32 =

(l)

34 + (-15) 22 =

27

Lampiran 2 Ujian Pos Name: _________________________________________ Form: ________________ Score: 12 = %

(a)

- 31 + 5 =

(e)

5 + (-22) + 11 =

(i)

16 (-4) 24 =

(b)

6 + (-19) =

(f)

-13 + (-7) 9 =

(j)

-20 + (+3) 12 =

(c)

- 40 (-6) =

(g)

-25 + (-9) 15 =

(k)

- 12 ( -17) + 3 =

(d)

- 5 + 9 + (-3) =

(h)

20 (-4) 25 =

(l)

28 + (-18) 15 =

28

You might also like