Persatuan Penterjemah Malaysia (Malaysian Translators Association) 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Hakcipta © Persatuan Penterjemah Malaysia 2007 Cetakan Pertama 2007 Cetakan Kedua 2008 Cetakan Ketiga Edisi Kedua 2009
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mengapa Kami Bantah! - Edisi kedua / Penyusun Abdullah Hassan, Profesor Emeritus. ISBN 978-983-42179-4-5 1. Malay language-Malaysia-History and criticism. 2. Malay languageUsage. 3. Malay language-Study and teaching-Malaysia. 4. MalaysiaEthnic relations. I. Abdullah Hassan. II. Judul. 499.2305

Muka Taip Teks: Times New Roman Saiz Taip Teks: 10 / 12

Dicetak oleh: BS Print (M) Sdn. Bhd. No. 10, Jalan Indrahana 1, Off Jalan Kuchai Lama, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 5753 / Fax: 03-7980 1642

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA (MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION)
171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA Telefon dan Faksimili: 03-21424381 E-mel: terjemah@tm.net.my

Dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003, adalah suatu dasar yang dipersoalkan oleh ramai intelek Melayu dan kaum lain dengan serius. Ada empat isu besar yang sering dikemukakan. Pertama, keabsahan dasar ini ditentang. Dasar PPSMI ini melanggar Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di samping itu ia juga melanggar Perkara mengenai hak asasi rakyat, dan juga Akta Pendidikan. Kedua, tujuan memandaikan rakyat melalui sebuah bahasa asing itu adalah bertentangan dengan teori pembelajaran. Kita belajar dengan berkesan melalui bahasa ibunda. Proses pembelajaran melalui bahasa ibunda sekarang sudah terbukti berjaya, dan dasar PPSMI ini memutar jarum jam ke belakang. Ketiga, ada banyak kesan negatif penggunaan bahasa Inggeris ini kepada hasrat negara bagi membina bangsa Malaysia. Hasrat ini dilihat sebagai terancam kuat. Seterusnya, keempat, tujuan meningkatkan penguasaan, bahasa Inggeris pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik itu juga adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dari segi pembelajaran bahasa. Oleh sebab itu Mengapa Kami Bantah!: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diterbitkan bagi menyuarakan pendapat dan pendirian cendekiawan yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pemerhatian untuk makluman masyarakat umum. Ini adalah perlu demi media massa yang tidak begitu memihak kepada suara yang ingin menyampaikan makluman yang lojikal. Prof. Abdul Aziz Bari menyatakan dengan jelas kedudukan isu ini sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara. Kemudian, kertas mengenai Pendirian ASASI, dan kertas Prof. Shahrir Mohd. Zain menyatakan kejayaan yang sudah dicapai hingga kini. Sekiranya diteruskan juga, dasar PPSMI ini hanya mengundang mala petaka besar. Kertas Datuk Hassan Ahmad menghuraikan kekhilafan persepsi pihak yang membina dasar ini. Ini disokong lagi dengan artikel Datuk Baha Zain yang memperjelas satu persatu kekhilafan berfikir pemimpin negara. Prof. Emeritus Abdullah Hassan mencuba memperjelaskan bahawa ini bukan isu bahasa sahaja dan langkah-langkah yang perlu diambil. Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein, Prof. Awang Sariyan dan Encik Kamal Shukri Abdullah Sani memperjelas lagi akan isu budaya yang terlibat. Profesor Nor Hashimah Jalaluddin dan Profesor Emeritus Datuk Isahak Haron et al. memaparkan hasil penyelidikan masing-masing. Kajian Prof. Nor Hashimah jelas menunjukkan bahawa dasar PPSMI itu ditolak namun ada tanda-tanda masyarakat kelas menengah merestuinya. Datuk Isahak dan rakanrakan menjalankan penyelidikan ini di UPSI selama dua tahun dalam kalangan

Mengapa Kami Bantah!

murid sekolah rendah dan menengah. Tidak syak lagi dasar PPSMI ini tidak mencapai tujuan-tujuan yang diharapkan. Dalam bahagian Lampiran buku ini, dimuatkan juga memorandum daripada 1. Memorandum daripada GMP, 2. Memorandum ASASI tentang PPSMI, 3. Kebimbangan kumpulan Prihatin, 4. Isu Bahasa dan Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin, 5. Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, 6. Resolusi Seminar Agenda Melayu daripada PEMANIS, dan 7. Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM). Dengan demikian, dasar PPSMI ini hendaklah segera dimansuhkan. Dan keperluan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris perlulah dilihat sebagai sebuah isu yang berlainan, dan diselesaikan secara mengajarkan bahasa Inggeris sebagai satu mata pelajaran. Yang benar Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia 12 Februari 2009

vi

Senarai Kandungan

1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

1

2. Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI 3 3. Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa 4. Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin 5. Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa 9 27 41

6. Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedi dalam Peradaban Melayu Moden 51 7. Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun 8. Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan yang Selalu Ditanyakan 73

85

9. Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris: Konflik Antara Dua Darjat 95 10. Bahasa Melayu akan Pupus 11. Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan 113 131

12. Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendah dan Menengah 135

Mengapa Kami Bantah?

Lampiran: Resolusi-Resolusi Terpilih 1. Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI 2. Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris 3. Kebimbangan Kumpulan Prihatin 4. Isu Bahasa & Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin 5. Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 6. Resolusi Seminar Agenda Melayu 7. Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) Bibliografi Indeks 181 183 187 191 195 197 199 201 207

viii

1
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5). Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara. Ia malah boleh dikatakan sebagai sudah mencapai tahap sakral. Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan sedemikan tidak harus digunakan secara zalim dan menyekat atau digunakan secara membuta tuli. Inilah yang dapat dikatakan apabila kita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152. Fasal (1)(a) dan (b) umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasabahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi.

Mengapa Kami Bantah!

Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas merdeka. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja beberapa undang-undang dan dasar tertentu yang berlawanan dengan peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini menimbulkan persoalan yang sangat serius tentang kesahihan mereka. Dan kelihatannya tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitan dan kekeliruan. Selain itu kelemahan dan kealpaan pelaksanaan Perkara 152 tidak harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan kehendak Perkara 152 yang sebenarnya turut didokong oleh Suruhanjaya Reid sendiri. Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini dengan betul kerana para hakim telah diwajibkan oleh mahkamah untuk memelihara, melindungi dan mempertahan perlembagaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

2

2
Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain Mantan Presiden Akademi Sains Islam Malaysia

Kami para profesor dalam bidang yang berasaskan sains, kejuruteraan dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan terhadap dasar baharu kerajaan untuk menginggeriskan kembali pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah mulai tahun 2003 ini. Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan”, dan sekali-kali bukan kerana kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman di negara-negara maju. Oleh sebab kami juga terlibat secara langsung dalam pembangunan SAKTI negara ini, yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara ini sendiri, iaitu menyibar, membangun dan memajukan dalam bahasa dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kami menyuarakan pandangan ini. Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar kepada peringkat jua pun tetapi kami amat tidak bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itu dilakukan menerusi pengajaran dan pendidikan Sains dan Matematik sekolah. Melalui bahasa Inggeris. Ringkasnya, antara sebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut: 1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!)

Mengapa Kami Bantah!

bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa Melayu (bahasa kelima terbesar di dunia) dalam SAKTI sedangkan bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Malah kini tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan! Langkah penginggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan dan akan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sejak tertubuhnya UKM 1970. Sekaligus langkah ini, mensia-siakan ribuan sarjana kita sejak 1970 yang bertungkus lumus membangunkan bahasa Melayu dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di dunia walaupun dengan menginggeriskan pendidikan sains dan matematik di Malaysia, tetapi amatlah jelas langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu. 2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan pembangunan SAKTI: Secara empiriknya, sejak zaman berzaman tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa Kebangsaan masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas dengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya. Dengan inilah kemudiannya kita memudahkan pengembangan dan pembangunannya sehingga negara-negara itu menjadi ramai yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport SAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam bahasa Kebangsaan kita sendiri juga menunjukkan keesahan hukum empirik ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf antarabangsa menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40 tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya. 3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI: Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahnya mereka memperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim terhadap Ayat ke-4, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya melainkan daripada

4

Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

kalangan sesuatu kaum itu sendiri untuk memudahkan kaum tersebut memperoleh ilmu dan hikmah. Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemologi dan daya pengkaryaan pada abad ini seperti Ravetz, de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai pemangkin dan wahana pengaryaan atau penciptaan. Malah de Bono menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior dalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang, dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!) tetapi tidak dalam bahasa kebangsaannya. Setiap bahasa sebenarnya ada keunikan tersendiri dalam berperanan daya pengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun). Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan matematik di sekolah bukan di negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi! 4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab pengangguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit di negara maju dan di beberapa buah negara jiran kita) patut dipersalahkan juga. 5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa (Inggeris). penginggerisan dua mata pelajaran ini hanya menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak dapat”. Yang pastinya kelemahan pelajar dalam dua mata pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan kerenah baharu lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik memang banyak dan semuanya menunjukkan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan itu ada

5

Mengapa Kami Bantah!

advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapat memperbaiki pencapaian sains dan matematik. 6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak merugikan sesiapa pun: Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju itu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yang berpendapat pendidikan dalam bahasa Kebangsaan Malaysia adalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidak berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama ini pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai menerusi sumbangan ribuan mereka yang berpendidikan dalam aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!) Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Sains dan Matematik Sekolah seperti yang diputuskan itu dan sebaliknya menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi usaha untuk memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sehingga ke tahap yang maksimumnya, menerusi pendidikan bahasa Inggeris. Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut: Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan).KP:601211-01-6269 Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273 Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP:500922-07-5107 Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183 Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853 Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965 Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177 Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433 Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236 Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992 Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094 Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780 Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057 Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP: 591108-11-5043 Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193 Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834 Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
6

Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020 Prof. Faridah Habib Shah (Genetik). KP: (terlupa masuk) Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083 Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477 Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560 Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733 Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP:520709-01-5373 Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491 Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147 Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP. 520912-01-5483 Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073 Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269 Prf. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP. 550916-10-6179 Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P. 570324-06-5543 Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097 Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491 Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167 Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541 Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan). KP: Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik). KP: Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273 Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032 Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415 Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203 Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat) KP: 3821920 Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035 Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419 Prof. Mohd Nordin Hj. Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377 Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283 Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131 Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119 Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepejal). KP: 470901075111 Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009 Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187 Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976

7

Mengapa Kami Bantah!

Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272 Prof. Othman Hj. Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173 Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291 Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP: 4380233 Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233 Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049 Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141 Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459 Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665 Prof. Shahrim Hj. Ahmad (Fizik). KP: 600215025627 Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573 Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi Maklumat): KP: 4478636 Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447 Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575 Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101 Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-105623 Memorandum ini dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia. September 2002

8

3
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Datuk Dr. Hassan Ahmad Pengerusi, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Ada bahasa adalah bangsa
Tajuk ini menyentuh dua perkara yang mempunyai kaitan rapat antara yang satu dengan yang lain. Perkaitan ini hendak saya jelaskan melalui kata-kata ‘Ada bahasa adalah Bangsa’. Dulu-dulu orang bijak pandai bangsa kita menciptakan ungkapan ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Dalam tahun-tahun 1960-an, slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ diciptakan dan dipopularkan semasa ‘kempen’ Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk menyampaikan mesej bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia, iaitu bahasa Melayu, adalah jiwa ‘bangsa Malaysia’ yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik, walaupun istilah itu dari segi implikasi etnolinguistiknya lebih merujuk kepada ‘bangsa Melayu’. Saya hendak menyatakan bahawa kata-kata ‘bahasa menunjukkan bangsa’ dapat kita kaji maknanya dari dua segi. Pertama, dari segi sosiologi atau fungsi sosial bahasa itu dalam masyarakat, seperti yang terbayang pada simpulan bahasa ‘tahu bahasa’ dan ‘tidak tahu bahasa’ yang dikaitkan dengan adat orang Melayu berbahasa dalam perhubungan sosial dalam masyarakat. Makna keduanya dapat kita kaitkan dengan kesedaran sesuatu bangsa tentang fungsi politik bahasanya, khususnya dalam konteks pembinaan negara-bangsa. Kisahnya bermula dalam zaman moden apabila bahasa dijadikan ‘alat nasionalisme’ yakni alat perjuangan sesuatu bangsa untuk menubuhkan kesatuan sosio-budaya-politik, yang disebut Negara-Bangsa, suatu fenomena politik yang menurut sejarahnya bermula di Eropah, sebagai reaksi terhadap ancaman-

Mengapa Kami Bantah!

ancaman luaran yang dianggapnya boleh memusnahkan identiti sesuatu bangsa. ‘Semangat kebangsaan,’ secara umumnya, lahir dari kesedaran bahawa keanggotaan seseorang dalam kesatuan sosiobudaya yang disebut BANGSA ditandai oleh ciri-ciri yang dimiliki atau diwarisi bersama oleh seluruh anggota bangsa itu dan ini membezakannya daripada bangsa lain. Daripada ciri-ciri itu, bahasalah yang merupakan faktor yang sangat penting dan berpengaruh dalam melahirkan kesedaran bangsa itu. Mengapa bahasa? Sebabnya adalah, bahasa merupakan alat pembentukan tamadun bangsa yang sangat integratif; melalui bahasalah sesuatu bangsa itu memperkenalkan dirinya melalui cara mereka menanggapi alamnya, baik alam sosial mahupun alam kosmos, dan membentuk pandangan hidup atau sistem nilai bangsanya melalui proses pemikiran, rasa hati, imaginasi dan renungan dirinya yang digambarkan dalam pelbagai karya lisan dan tulisan yang dihasilkan oleh bangsa itu dan yang membentuk ‘himpunan memori bersama’ bangsanya sepanjang zaman. Itulah proses yang berlaku dalam pembentukan tamadun sesuatu bangsa. Kita tahu bahawa tidak ada bangsa di dunia yang membentuk budaya dan tamadunnya, seninya, kesusasteraannya, falsafah hidupnya, mitosnya dan pandangan kosmologi dan ilmu dunianya melalui bahasa orang lain. Demikianlah pentingnya fungsi bahasa sebagai pembentuk identiti dan tamadun sesuatu bangsa. Apabila keadaan mendorong manusia secara sedar untuk mengidentifikasikan bahasa dengan bangsa, terutama dalam konteks kesatuan politiko-geografi yang disebut NEGARA, maka lahirlah suatu aliran nasionalisme yang disebut nasionalisme bahasa. Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa nasionalisme bahasa adalah, kesedaran bahawa bahasa itu adalah alat budaya dan politik yang penting untuk mengekalkan identiti sesuatu bangsa, untuk menjadi asas pembinaan negara, dan untuk memajukan bangsa itu melalui kreativiti minda bangsanya yang hanya dapat dicetuskan melalui bahasa sendiri.

Faktor yang mencetuskan nasionalisme bahasa
Nasionalisme tidak sama dengan rasisme. Rasisme lebih bersifat destruktif daripada konskruktif. Nasionalisme Melayu, tidak timbul dari perasaan rasisme, perasaan fanatik bangsa atau perasaan benci kepada kaum-kaum lain, atau kerana benci kepada bangsa atau bahasa Inggeris. Ia timbul kerana berlakunya keadaan yang menyebabkan orang Melayu takut akan kehilangan haknya di negerinya sendiri.

10

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Dasar penjajahan Inggeris di Tanah Melayu merupakan salah satu punca timbulnya perasaan takut ini. Mengapa? Sebabnya adalah penjajah Inggeris itu mewujudkan dasar di Tanah Air orang Melayu yang, dalam jangka panjangnya, dianggap oleh orang Melayu boleh memusnahkan hak dan kepentingannya di negerinya sendiri. Misalnya, dasar pendidikan yang dibentuk di Tanah Melayu akhirnya disedari oleh orang Melayu sebagai dasar yang menyekat bahasa Melayu untuk berkembang, melalui institusi-institusi awam atau institusi negara, sebagai alat kemajuan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Dasar itu mewujudkan empat sistem persekolahan yang berlainan di negeri ini, yang menggunakan tiga bahasa asing, di samping bahasa Melayu, sebagai bahasa pengantarnya. Dalam sistem itu bahasa Melayu diturunkan tarafnya menjadi salah satu ‘bahasa vernakular’ di negeri ini, disamakan tarafnya dengan bahasa-bahasa kaum pendatang, padahal dalam sejarahnya sejak abad ke-13 atau ke-14 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kerajaan, bahasa ilmu dan kesusasteraan tinggi, bahasa perdagangan, bahasa agama, dan bahasa diplomasi di seluruh rantau ini, mengatasi semua bahasa lain. Dalam zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu, bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu itu sebagai bahasa ‘kemajuan’ pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan seluruh penduduk dari kaum-kaum lain (kaum pendatang zaman itu). Dasar itu mengasingkan orang Melayu dari bidang kegiatan ekonomi pasaran, perniagaan atau perkedaian; orang Melayu dibiarkan menjadi kaum tani, pesawah, nelayan dan pekebun kecil. Sektor pekerjaan terpecah berdasarkan kaum. Minda Melayu mulai dikejutkan oleh situasi yang berbahaya itu. Dalam tahun-tahun 1930-an, melalui surat khabar Melayu, timbul suara-suara, yang dicetuskan oleh wartawan, penulis dan guru Melayu, yang kebanyakannya lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, telah membandingkan keadaan ekonomi dan pendidikan orang Melayu dengan ‘kemajuan’ kaum-kaum lain dalam bidang yang sama. Dalam sebuah rencana yang tersiar dalam Majalah Guru keluaran bulan Mei, 1931, halaman 83-85, penulisnya berkata: ‘…jika tiada sekolah Melayu…perasaan kebangsaan Melayu yang sangat wajib menjadi semangat atau nyawa kemajuan itu tidak ada bertambah subur seperti yang ada sekarang bahkan makin bertambah kurang dan hilang…’ (dipetik dalam Ahmad Adam 1994: 51-52). Perhatikan bahawa istilah ‘perasaan kebangsaan’ sudah digunakan dalam tahun 1931. Dalam majalah yang sama, pada halaman 127-128, seorang penulis lain berkata, ‘…sesungguhnya tiada ia (orang Melayu) boleh kasih akan bangsanya jika tiada kasih akan bahasanya (lihat Ahmad Adam 1994,

11

Mengapa Kami Bantah!

hal. 52). Ini kata-kata yang menunjukkan kesedaran nasionalisme bahasa orang Melayu. Oleh sebab itu, faktor paling dominan yang mencetuskan perasaan nasionalisme itu adalah rasa ketercabaran: apabila sesuatu bangsa merasakan bahawa identiti bangsanya tercabar oleh keadaan yang boleh menyebabkan hak dan kepentingan mereka tergugat atau musnah, maka mereka akan mulai, membentuk semangat bangsa itu sebagai dorongan untuk bersatu padu bagi ‘memperjuangkan’ dan mempertahankan hak dan kepentingan bangsa mereka yang dianggap sedang terancam itu. Dalam keadaan biasa, kesedaran ini mungkin tidak timbul, namun kesedaran itu tetap ada secara ‘primordial’ atau wujud dalam bentuk ‘terpendam’ (dalam jiwa sesuatu bangsa), tidak disedari. Nasionalisme Melayu mula dicetuskan dalam bentuk aktivisme politik selepas Perang Dunia II, khususnya dalam tahun 1946 (terima kasih kepada penjajah British!), apabila British mengumumkan rancangannya untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai koloni Inggeris. Raja-Raja Melayu akan menjadi ‘subject’ Raja Inggeris, tidak lagi berdaulat di Tanah Air mereka. Penduduk Tanah Melayu dari kaumkaum pendatang asing dari luar “Dunia Melayu” akan secara automatik menjadi rakyat atau warganegara Tanah Melayu atau rakyat ‘British Malaya’. Pada waktu itulah orang Melayu di seluruh Tanah Melayu bersatu padu untuk menentang gagasan Malayan Union itu, dan tiga ‘alat’ yang digunakan dan dihidupkan sebagai alat perpaduan Melayu ialah bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam. Dalam tahun itu, orang Melayu menubuhkan UMNO, sebuah pertubuhan politik kebangsaan Melayu, untuk memperjuangkan hak dan kepentingan politik orang Melayu di tanah airnya sendiri. Akhirnya Malayan Union digantikan dengan ‘union’ baru yang disebut Federation of Malaya atau ‘Persekutuan Tanah Melayu’ (1948). Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Perkara No. 33), bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa rasmi dalam mesyuarat Majlis Perundangan Persekutuan, dalam tahun 1949 seorang ahli Melayu Majlis Perundangan Persekutuan, Zainal Abidin Abbas namanya, membentangkan usul mendesak kerajaan supaya menjadikan bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris, sebagai bahasa yang wajib diajarkan di semua sekolah bantuan kerajaan, dan semua ahli Majlis yang menyokong usul itu menyuarakan persetujuan mereka bahawa bahasa Melayu ‘dapat menyatukan semua kaum di Tanah Melayu’. (Utusan Melayu, 30 November 1939). Orang Melayu mulai melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’, kemudian mereka menuntut kemerdekaan dengan memekikkan kata perjuangan ‘Merdeka!’ Dasar perjuangan UMNO pada waktu itu berpaksi pada tiga alat pembentukan tamadun

12

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

bangsa Melayu yang asas, iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam, dan Kebudayaan Melayu. Boleh dikatakan bahawa perjuangan itu berdasarkan kesedaran Alif, Ba, Ta, iaitu Agama, Bahasa (atau Budaya) dan Tanah Air. Oleh sebab itu, nasionalisme Melayu, atau menurut istilah Khoo Kay Kim (1991/1995), ‘semangat Melayu’, yang pada mulanya timbul sebagai suatu kesedaran sosial, yakni kesedaran tentang nasib Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial (termasuk pendidikan) dalam tahuntahun 1930-an, akhirnya berkembang menjadi alat nasionalisme politik mulai tahun 1946 hinggalah tercapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

Dasar bahasa dan perjuangan bahasa di Malaysia
Nasionalisme bahasa sering dapat kita lihat manifestasinya dalam dua bentuk, iaitu dalam bentuk dasar bahasa di sesebuah negara dan dalam bentuk gerakan aktivis yang disebut ‘perjuangan bahasa’. Di Malaysia dasar bahasa yang digubal selepas Kemerdekaan lahirnya daripada tuntutan nasionalisme Melayu supaya bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ini bukan tuntutan emosional atau fanatik tetapi didasarkan atas ‘realiti’ atau ‘keabsahan’ (‘legitimacy’) sejarah sosiopolitik bahasa Melayu yang kukuh, dan berdasarkan peranan bahasa Melayu dalam pembentukan tamadun supraetnik dan suprawilayah di rantau ini, peranan yang tidak ada tandingannya dengan bahasa-bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris dan bahasa Belanda. Sejak sekarang-kurangnya abad ke-13 bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan-kerajaan Melayu-Islam, bahasa persuratan, bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa penyebaran dan pengembangan agama, khususnya agama Islam, di seluruh rantau ini, bukan sahaja di Tanah Melayu. Bahasa inilah juga yang telah berkembang sejak ratusan tahun sebagai lingua franca perdagangan dan sosial yang dapat merentas sempadan etnik dan geografi di Tanah Melayu dan di seluruh kawasan Hindia Timur Belanda, iaitu Indonesia. Kerana itulah rantau ini disebut oleh orang Barat sebagai rantau ‘Malay Archipelago’. Apabila penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris muncul di rantau ini – rantau berbahasa Melayu - mulai abad ke-16, mereka mendapati sudah wujud di rantau ini suatu kesatuan tamadun yang tidak mudah dimusnahkan, seperti yang mereka lakukan terhadap penduduk peribumi di Amerika, iaitu tamadun yang dibentuk melalui bahasa Melayu – dan agama Islam – sejak ratusan tahun sebelum kedatangan mereka. Mereka terpaksa menggunakan alat yang sama, iaitu bahasa Melayu, untuk mengembangkan agama mereka, juga politik mereka, dalam kalangan penduduk setempat dari semua kumpulan etnik. Portugis yang memerintah Melaka selama lebih

13

Mengapa Kami Bantah!

seratus tahun tidak berjaya membahasa-portugiskan orang Melayu atau mengubah agama orang Melayu. Bahasa inilah yang dijadikan ‘bahasa kebangsaan’ dan bahasa rasmi Malaysia selepas tahun 1957. Sejarah sosiopolitik bahasa Melayu itulah yang menjadi penentu Dasar Bahasa selepas kemerdekaan. Pilihan lain yang lebih munasabah dan praktikal tidak ada.

Perjuangan bahasa
Akan tetapi oleh kerana bahasa ini adalah bahasa bangsa Melayu maka ‘perjuangan’ untuk memajukan bahasa ini sebagai bahasa negara, tidak hanya sebagai bahasa orang Melayu, lebih banyak dilakukan oleh orang Melayu, baik orang perseorangan atau oleh persatuan dan kumpulan NGO Melayu. Misalnya, persatuan guru-guru Melayu dan pertubuhan bahasa, sastera dan budaya Melayu, termasuk Asas 50 (dan kemudiannya PENA atau GAPENA selepas kemerdekaan), giat memperjuangkan bahasa Melayu sehinggalah tuntutan dan desakan mereka diterima oleh pihak yang menentukan dasar bahasa itu dalam tahun 1957. Maka timbul soal, setelah dasar bahasa yang mengambil kira tuntutan golongan nasionalis bahasa Melayu itu digubal dan dijadikan undang-undang (yakni, dimaterikan dalam Fasal 152 Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68) apakah orang Melayu masih perlu memperjuangkan untung nasib bahasanya lagi. Soal ini bergantung pada beberapa faktor, terutama faktor pelaksanaan dasar itu oleh kerajaan. Dalam negara pelbagai bangsa dan bahasa seperti Malaysia, sering kali timbul masalah pelaksanaan dasar bahasa yang sudah dipersetujui itu. Politik etnik sering menjadi faktor yang menentukan setakat manakah dasar itu dilaksanakan secara tegas oleh kerajaan. Sebagai gerakan massa, perjuangan bahasa Melayu secara ketara berlaku dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1957 hingga tahun 1967. Gerakan ini secara khususnya berkait dengan adanya peruntukan dalam Fasal 152 Perlembagaan 1957 bahawa Parlimen akan menentukan kedudukan bahasa Inggeris sepuluh tahun selepas kemerdekaan. Dalam tempoh itu bahasa Inggeris masih kekal sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan, di samping bahasa Melayu. Sebenarnya, yang akan diuji dalam tempoh itu bukan bahasa Inggeris tetapi bahasa Melayu. Parlimen akan mengkaji semula sama ada bahasa Melayu akan dapat menjadi ‘bahasa rasmi tunggal’ atau sebagai bahasa untuk digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, menggantikan bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, nampaknya nasib bahasa Melayu sebagai ‘Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara’ masih perlu diuji selepas

14

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

tergubalnya dasar bahasa itu. Dari segi perspektif ‘nasionalis bahasa Melayu’, perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu dalam kedudukan politik barunya itu belum selesai. Penduduk Persekutuan Tanah Melayu dari semua kaum etnik, selain bangsa Melayu sendiri, perlu menyokong bahasa dasar itu supaya kerajaan tidak menghadapi apa-apa masalah politik untuk melaksanakan dasar atau matlamat menggantikan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ‘urusan rasmi’ tunggal kerajaan selepas tempoh sepuluh tahun yang ditetapkan oleh Parlimen atau oleh Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan itu maka dalam tempoh sepuluh tahun itu kerajaan melancarkan siri gerakan bahasa, iaitu Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa, yang diketuai oleh Pengarah DBP waktu itu, Tun Syed Nasir Ismail, yang kemudiannya mendapat jolokan sebagai ‘Panglima Bahasa’. Gerakan bahasa anjuran kerajaan ini mendapat dukungan beberapa pertubuhan NGO bahasa dan budaya, yang paling aktif ialah pertubuhan yang disebut Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (tertubuh dalam tahun 1964) dan mempunyai cawangan di seluruh Tanah Melayu. Ketuanya adalah orang DBP, Yahya Ismail, yang pernah menjadi Penolong Setiausaha kempen bahasa DBP dan saya pernah menjadi Setiausaha Pusatnya dari tahun 1964 hingga tahun 1966/67. Saya teringat semasa gerakan bahasa ini dijalankan, berlaku beberapa tindakan oleh aktivis bahasa Melayu (mungkin ahli BBBK) atau orang perseorangan, mengecat beberapa papan tanda awam yang tertulis dalam bahasa Inggeris.

Protes bahasa
Apabila Parlimen akhirnya bersidang dalam tahun 1967 bagi membincangkan Rang Undang-Undang Bahasa, beberapa banyak badan NGO Melayu berasa terperanjat. Mereka membantah beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang itu yang oleh BBBK dianggap tidak menepati janji UMNO atau kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai ‘bahasa rasmi tunggal’. Bahasa Inggeris masih dikekalkan dalam beberapa bidang urusan rasmi kerajaan, terutama dalam bidang kehakiman. Keputusan lain yang dibantah adalah keputusan untuk mengeluarkan notis-notis kerajaan yang dianggap ‘mempunyai kepentingan awam’ dalam bahasa-bahasa lain, selain bahasa Melayu. Dikatakan oleh pihak kerajaan yang menjawab bantahan itu bahawa pengumuman dalam pelbagai bahasa ini hanya terjemahan dari naskhah asalnya dalam Bahasa Kebangsaan. Pihak yang membantah menganggap bahawa itu adalah ‘taktik’ untuk menggalakkan penggunaan pelbagai bahasa dan melanggar semangat dasar bahasa yang asal (yang diperuntukkan dalam Fasal 152 Perlembagaan 1957). Sekumpulan 9 orang peguam Melayu juga telah
15

Mengapa Kami Bantah!

menghantar memorandum bertajuk Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967: Memorandum Hussein Onn [dan kawan-kawan]. Antara lain memorandum ini menghujah bahawa Rang UndangUndang Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan di Parlimen pada waktu itu tidak melaksanakan matlamat yang terkandung dalam Fasal 152 Perlembagaan, iaitu tentang status bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Kerajaan tidak mempedulikan kebanyakan daripada bantahan itu. Maka BBBK, secara kilat, menganjurkan suatu perhimpunan besar di Balai Budaya (kini Balai Tun Syed Nasir) DBP yang dihadiri oleh kirakira 1,500 orang peserta mewakili pelbagai pertubuhan, termasuk orang perseorangan, untuk membantah Rang Undang-Undang itu. Kemudian sekumpulan aktivis bahasa Melayu mengadakan perarakan yang terkenal sebagai Perarakan Keranda 152 menuju ke Kediaman Perdana Menteri dan ke Parlimen untuk menghantar memorandum bantahan, tetapi perarakan itu disekat dan dihalau oleh pasukan Polis Pencegah Rusuhan. Akhirnya luluslah Akta Bahasa Kebangsaan 1967/1968. Perlu dicatat bahawa Seksyen 8 Akta ini, yang menimbulkan kontroversi, telah dipinda dan pindaan itu berkuatkuasa mulai 1 Jun 1990.

Selepas tahun 1970
Suatu perkembangan baru berlaku selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN yang ditubuhkan untuk memulihkan keadaan membuat keputusan untuk melaksanakan dasar untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Baru mulai tahun 1970 itulah kerajaan mengambil tindakan untuk melaksanakan peruntukan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961 untuk menukarkan sekolah jenis kebangsaan aliran bahasa Inggeris, yang sebelum itu masih tetap wujud, kepada aliran sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Dengan demikian, semua sekolah jenis kebangsaan Inggeris diserap ke dalam sistem sekolah kebangsaan. Proses pemindahan atau ‘conversion’ ini kira-kira tamat dalam tahun 1981 apabila bermula dari tahun itu atau tahun 1982 semua kursus pertama yang diajarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikehendaki diajarkan dalam Bahasa Melayu. Seyogia diingatkan bahawa dalam tahun 1965 sekumpulan pelajar sekolah menengah kebangsaan Aminuddin Baki telah diberi peluang melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya untuk mengikuti kursus-kursus ijazah pertama dalam Bahasa Melayu. Dalam tahun 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan. Universiti ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.

16

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Bahasa Nasionalis dan Bahasa Nasionis
Di negara membangun bekas tanah jajahan kuasa Barat, dasar bahasanya sering kali menghadapi masalah pertentangan atau persaingan antara fungsi bahasa anak negeri dengan fungsi bahasa bekas kuasa penjajah dalam proses pembinaan negara. Joshua Fishman (1968), pemikir ‘politik bahasa’ atau perancangan bahasa Barat yang terkenal, dalam usahanya untuk mencari formula atau dasar bahasa apakah yang sesuai untuk negara bekas tanah jajahan Barat di Afrika dan di Asia, berpendapat bahawa di negeri itu perlu ada dua bahasa yang memainkan dua peranan yang berlainan. Satu daripada fungsi nasionalis yang sesuai diserahkan kepada bahasa peribumi, mengingat adanya kesedaran yang kuat dalam kalangan penduduk peribumi untuk mengekalkan bahasanya sebagai alat perpaduan, atau sebagai lambang identiti bangsa; tetapi bahasa ini dianggap ‘tidak layak’ atau ‘belum layak’ untuk memainkan peranan sebagai alat untuk memajukan negara. Fungsi ini, yang oleh Fishman disebut language for nationist function, hendaklah diserahkan kepada bahasa bekas kuasa penjajah (Inggeris atau Perancis, misalnya) yang juga disebutnya sebagai ‘language for lider communication’, bahasa untuk ‘komunikasi luas’, maksudnya bahasa yang mampu digunakan juga di luar negeri berkenaan, yakni di peringkat antarabangsa. Menurut Fishman, dalam negara bekas tanah jajahan Barat itu perlulah ada dasar bahasa yang bercorak diglosile, yakni berdasarkan dua bahasa yang memainkan dua peranan yang berbeza: yang satu, iaitu bahasa setempat, bahasa anak negeri, perlu dikekalkan sebagai alat nasionalis atau sebagai ‘lambang bangsa’ atau sebagai alat perpaduan etnik atau bangsa, yang satu lagi, bahasa Barat, yang perlu dikekalkan dan dimajukan di negara itu sebagai alat ‘nationist’, yakni sebagai alat kemajuan negara dalam bidang pembangunan ekonomi, teknologi, pentadbiran kerajaan dan pendidikan tinggi.

Penjajahan bahasa
Saya menganggap dasar bahasa dualistik nasionalis-nasionis seperti yang dikemukakan oleh Fishman itu sebagai teori penjajahan bahasa. Boleh jadi dasar bahasa seperti itu sesuai di negara bekas tanah jajahan Barat yang tidak mempunyai satu pun bahasa anak negeri yang dalam sejarahnya telah memainkan peranan sebagai pembentuk tamadun tinggi seperti bahasa Melayu, atau telah wujud di negara itu suatu lingua franca peribumi sebagai bahasa komunikasi luas, yang dapat merentas sempadan etnik dan geografi, seperti bahasa Melayu. Namun walau apa pun keadaannya, dasar bahasa seperti itu tidak menjamin bahawa bangsa, bahkan negara berkenaan, akan maju. Mengapa? Sebabnya adalah, bangsa itu tidak diberikan peluang oleh pihak yang berkuasa untuk memajukan diri mereka melalui bahasa mereka sendiri.
17

Mengapa Kami Bantah!

Yang maju bukan bangsa itu seluruhnya, tetapi mungkin segelintir manusia yang menguasai bahasa asing (Inggeris atau Perancis) sebagai alat untuk memajukan diri mereka dalam bidang-bidang yang berpengaruh. Buktinya dua: (a) di kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi, atau sebagai bahasa rasmi utama, atau sebagai bahasa nationist function, bangsa mereka, bahkan negara mereka, tidak ‘maju’, malah ada yang makin mundur dan terus miskin. (b) di negara kita, semasa bahasa Melayu tidak diberikan peluang untuk menjadi alat kemajuan bangsa Melayu, misalnya dalam bidang pendidikan menengah dan tinggi, orang Melayu rata-rata cukup mundur dalam bidang itu. Kebanyakan mereka hanya terdidik dalam bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah Melayu sahaja. Yang menentukan ‘kemajuan’ negeri ialah golongan elitis berbahasa Inggeris. Tetapi selepas kemerdekaan, apabila bahasa Melayu dijadikan alat pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan hingga ke peringkat pengajian tinggi, kita dapat melihat berpuluh ribu orang Melayu menjadi ahli sains, doktor perubatan, akauntan, dan lain-lain, dan ribuan sarjana Melayu dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan matematik, yang terdidik dalam bahasa Melayu. Sama ada kita menyedarinya atau tidak, dari segi budaya dan amalan dasar bahasa, kita sedang melakukan pelbagai perbuatan yang kesannya boleh membawa negara ini kembali ke zaman sebelum kemerdekaan itu: kita hendak mengembalikan bahasa Inggeris sebagai penentu kemajuan bangsa Melayu, tidak lagi bahasa Melayu. Dan ini saya anggap sebagai dasar atau pemikiran linguistic imperialism. Apa makna ‘linguistic imperialism’? Tollefson (1991), seorang penulis Barat, membincangkan soal bagaimana dasar mengutamakan bahasa Inggeris di negara bukan berbahasa Inggeris sebagai bahasa ‘elitis’ atau bahasa pihak yang berkuasa dengan mewujudkan keadaan tidak adil, misalnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan, kepada komuniti atau golongan dalam masyarakat yang tidak menguasai bahasa itu. Menurut Tollefson, model kemajuan atau pembangunan yang menjadi acuan mereka ialah model Barat, dan untuk mengembangkan model itu, alat yang digunakan mestilah bahasa Inggeris dan inilah keadaan yang menyebabkan berlakunya kemajuan yang tidak seimbang atau tidak adil antara negara atau komuniti di merata dunia. Menurut Phillipson dalam bukuya Linguistic Imperialism (1992), imperialisme bahasa Inggeris ialah ‘…the dominance of English is asserted and maintained by the establishment and continuous reconstruction of structural and cultural inequalities betweeen English and other languages (hal. 47). Imperalisme bahasa Inggeris, menurut Phillipson adalah contoh ‘linguisticm’ yang ditakrifkan sebagai ‘ideologies, structures, and

18

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

practices which are used to legitimate, effectuate, and reproduce an unequal division of power and resources (both material and immaterial between groups which are defined on the basis of language’. Ketidakadilan struktural dan budaya ini memastikan bahawa sumber-sumber materialistik lebih banyak diagihkan kepada bahasa Inggeris dan tidak kepada bahasabahasa lain, dan tujuannya ialah untuk menguntungkan orang yang menguasai bahasa Inggeris (hal. 47). Dalam suatu tulisan beliau yang lain (1999, juga dalam 1992), Phillipson berkata: “Terjemahan bebas: Peluasan dan pengembangan bahasa Inggeris di dunia pasca zaman kolonial dan selepas zaman komunisme tidaklah berlaku begitu sahaja tetapi dipromosi secara sedar dan sengaja (terancang) oleh kerajaan Amerika dan kerajaan British yang memberikan perhatian yang serius terhadap usaha untuk memajukan kepentingan korporat dan pelaburan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri merupakan bidang perniagaan multibilion dolar, penjana pendapatan yang terbesar bagi ekonomi British selaing perniagaan minyak. Bahasa Inggeris untuk perniagaan bererti perniagaan untuk bahasa Inggeris. Perniagaan pengajaran bahasa Inggeris telah dianggap sebagai perniagaan yang kedua besarnya di samping pengedaran dadah dari segi pentingnya (nilai ekonomi atau perniagaannya) di sesetengah negeri. Perbandingan ini barangkali agak melulu tetapi ia juga mendedahkan hakikat bahawa ketagihan terhadap dadah bahasa Inggeris merupakan fenomena yang cukup meluas di sesetengah negara” (Phillipson dalam Joshua A. Fishman, 1999, hal. 96).

Malaysia kembali ke zaman penjajahan?
Saya kira penjajahan bahasa Inggeris menurut penjelasan di atas sedang berlaku dan yang akan berlaku di negara ini apabila ideologi bahasa Inggeris digembar-gemburkan oleh beberapa pemimpin kerajaan dan disambut oleh pihak majikan, terutama dalam sektor ekonomi swasta, sebagai syarat wajib untuk mendapat pekerjaan, untuk maju dalam bidang pendidikan, untuk menjadi mengajar di sekolah dan di IPTA, dan sebagainya. Beratus-ratus ribu, mungkin berjuta rakyat Malaysia yang selama ini terdidik dalam Bahasa Melayu dan yang berkelayakan tinggi dalam bahasa ini dalam pelbagai bidang, tiba-tiba diberitahu ‘anda tidak layak kerana anda tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris’. Itulah nasib yang menimpa lebih 85% daripada orang Melayu yang menjadi rakyat Tanah Airnya dalam zaman penjajahan Inggeris dahulu. Orang semakin lantang menegaskan bahawa bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu, penting untuk kemajuan bangsa Melayu dan negara. Tetapi, menurut mereka, ini tidak akan menggugat kedudukan bahasa Melayu. Menurut mereka, nilai Bahasa Melayu sebagai bahasa ‘perpaduan bangsa’ atau sebagai ‘Bahasa Kebangsaan’ tetap penting
19

Mengapa Kami Bantah!

dan tarafnya sebagai ‘bahasa rasmi’ negara sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan tidak akan berubah. Memanglah di atas kertas dasar itu tidak berubah, tetapi di luar bermacam-macam perubahan berlaku.

Dua sektor bahasa yang bersaing
Kini kita melihat wujudnya dua sektor bahasa yang jelas di negara ini. Yang satu adalah sektor pembangunan yang dikuasai oleh bahasa Inggeris, dan yang satu lagi ialah sektor urusan pentadbiran negara yang masih menggunakan Bahasa Melayu sebagai ‘bahasa utamanya’, walaupun proses hakisan dasar ini juga sedang berlaku. Lebih-lebih lagi dalam sektor pendidikan negara, kita melihat wujudnya dua sektor yang berlainan, yang satu ialah sektor pendidikan swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar tunggalnya, dan yang satu lagi ialah sektor pendidikan awam yang nampaknya sedang menjurus ke arah penggunaan bahasa Inggeris, khususnya dalam pengajian matematik dan sains. Padahal Akta Institusi Pengajian Swasta (IPTS) 1996 dan Akta Pendidikan 1996 (yang menggantikan Akta Pelajaran 1961) tetap menegaskan dasar yang asal, iaitu Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di IPTS. Walaupun menteri pelajaran diberi kuasa untuk mengecualikan peraturan dasar ini dengan membenarkan sesuatu kursus atau sebahagian besar dari kursus itu diajarkan dalam bahasa Inggeris, ini bukan dasar pokok, tetapi hanya kuasa untuk melakukan pengecualian. Malangnya, sejak tahun 1996 yang dilaksanakan oleh kerajaan atau menteri pelajaran ialah pengecualian itu bukan dasar penggunaan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama di IPTS. Jadi, amalan bertentangan dengan dasar. Semua IPTS (termasuk IPTS yang ditubuhkan oleh syarikat korporat atau perbadanan milik kerajaan seperti PETRONAS, Telekom dan Tenaga Nasional) dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam semua kursus.

Perubahan bahasa pengantar kursus Sains dan Matematik
Pukulan paling hebat terhadap dasar bahasa yang asal (yang dikatakan tidak berubah itu) dan terhadap dasar pendidikan kebangsaan adalah keputusan mengubah bahasa pengantar matematik dan sains dari Bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Ini perubahan yang oleh sesetengah orang dianggap, tidak masuk akal dan tidak sah dari segi perlembagaan dan Akta Pendidikan yang ada. Masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu dari peringkat rendah, yang penguasaan bahasa Inggerisnya lemah, sangat serius. Padahal sebelum itu, mereka tidak menghadapi masalah yang berat mengikuti
20

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, bahasa yang mereka kuasai. Sudah pun banyak pelajar Melayu dan bukan Melayu – ribuan banyaknya - yang berkelulusan peringkat ijazah pertama, ijazah sarjana malah ijazah Ph.D. dalam bidang sains dan matematik yang mereka pelajari dalam bahasa Melayu. Tidak ada negara yang maju (kecuali negara mundur atau negara takluk kuasa Anglo-Amerika) yang memaksa kanak-kanak mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa asing bermula dari hari pertama mereka bersekolah. Kita di Malaysia nampaknya lebih bijak menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah.

Nasionalis bahasa Melayu anti bahasa Inggeris?
Kita juga sering mendengar orang Melayu, termasuk beberapa pemimpin Melayu, berkata bahawa orang Melayu yang ‘memperjuangkan’ bahasanya adalah ‘fanatik bahasa’ dan ‘anti bahasa Inggeris’. Tetapi ini cakap-cakap orang yang emosional, tidak mahu berfikir secara lebih mendalam dan lebih bijaksana. Jikalau ditanya, mana buktinya yang menunjukkan bahawa orang Melayu itu ‘gila bahasa Melayu’ atau anti bahasa Inggeris, mereka pasti tidak akan dapat menjawabnya dengan bukti yang nyata. Tidakkah kita sedar bahawa selepas kemerdekaan, bahasa Inggeris dijadikan bahasa yang wajib dalam sistem pendidikan kebangsaan. UMNO dan orang Melayu tidak membantah dasar itu, walaupun mereka memperjuangkan bahasa Melayu. Orang putih pun tidak berani mewajibkan bahasa Inggeris diajarkan kepada kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu dahulu. Mungkin itu pun merupakan dasar mereka untuk menghalang orang Melayu menguasai bahasa Inggeris kerana takut bahasa itu akan digunakan oleh bangsa Melayu untuk mencabar kuasa mereka melalui bahasa mereka, seperti yang berlaku di tempat lain, misalnya di India. Kalau dahulu guru-guru Melayu yang rata-rata tidak menguasai bahasa Inggeris memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu, hari ini yang lebih banyak memperjuangkan Bahasa Melayu adalah orang Melayu yang menguasai bahasa Inggeris, orang yang cukup fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ragam tinggi. Apakah mereka membenci bahasa Inggeris? Tentu tidak. Yang mereka benci bukan bahasa Inggeris tetapi adalah penjajahan bahasa Inggeris. Yang mereka tentang adalah, dasar untuk mengembalikan penjajahan bahasa Inggeris di negara ini, dasar yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia berbahasa Melayu, rakyat Malaysia yang berpendidikan dalam Bahasa Melayu – Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara – tidak mendapat peluang untuk maju dalam bahasa ini kerana adanya ‘dasar kedua’. Dasar ini tidak ada dalam Perlembagaan atau dalam Akta Bahasa Kebangsaan, dasar yang tidak pernah diputuskan oleh Parlimen) bahawa bahasa Inggeris ialah syarat utama
21

Mengapa Kami Bantah!

untuk menjadi bangsa yang maju di negara ini. Inilah yang ditentang, iaitu ideologi bahasa itu atau agenda imperialismenya. Bukan bahasa Inggeris itu, atau bahasa apa pun. Padahal bukan mereka tidak tahu, sudah ada puluhan ribu orang Melayu dan warga Malaysia dari kaum lain yang telah mencapai kejayaan dan kemajuan yang cemerlang dalam bidang sains, matematik, perubatan dan melalui pendidikan dalam Bahasa Melayu dai darjah satu sampai ke IPTA.

Melayu tidak akan hilang identiti Melayunya jikalau mereka mengetahui bahasa Inggeris
Kemudian, kita ada mendengar segelintir orang Melayu, terutama pemimpin besarnya sejak dahulu, yang berkata bahawa orang Melayu tidak akan hilang identiti Melayunya jikalau mereka mengetahui bahasa Inggeris. Macam-macam alasanlah digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bahawa orang Melayu tidak usahlah takut mempelajari bahasa Inggeris. Lagi sekali kita bertanya, mana buktinya bahawa orang Melayu takut menguasai bahasa Inggeris? Isu ini tidak timbul langsung. Kata-kata itu boleh mengelirukan rakyat, seolah-olah maksudnya atau implikasinya adalah, orang Melayu bolehlah mengorbankan bahasa mereka, menggantikannya dengan bahasa Inggeris, sebab pengorbanan itu tidak akan menukar bangsa Melayu menjadi bangsa Inggeris! Ingatlah, penduduk asli Hawai dan penduduk peribumi lain di Amerika, di Australia dan di New Zealand, sudah tinggal sebagai bahan atau artifak budaya dan pelancongan sahaja. Itulah sahaja ‘identiti’ yang masih ada pada mereka, iaitu rupa badan mereka, adat asli mereka, bahasa etnik mereka. Mereka tidak maju lagi kerana bahasa mereka sudah dimusnahkan. Dan jangan lupa juga bahawa di Asia atau di Asean, negara berbahasa Inggeris yang besar ialah Filipina, tetapi bangsa atau negara Filipina tidak lebih maju dari bangsa Jepun atau Korea, atau negara Thai, bahkan juga Indonesia yang mementingkan Bahasa Kebangsaan masing-masing sebagai alat kemajuan bangsa di dalam negara sendiri. Oleh sebab itu, apabila orang menimbulkan soalan: ‘mana lebih penting, maju bangsa atau maju bahasa’, kita perlu mencabar pendapat yang songsang ini dengan soalan: bagaimanakah bahasa Melayu akan maju jikalau kemajuan bangsa Melayu tidak dilakukan dalam bahasa Melayu tetapi dalam bahasa orang lain, bahasa Inggeris? Bagaimanakah bahasa Melayu akan maju dalam bidang ilmu jika ia tidak digunakan sebagai bahasa ilmu? Banyak bangsa di dunia pupus atau hampir pupus kerana bahasanya tidak digunakan atau disekat untuk berkembang sebagai alat kemajuan bangsa itu. Teori yang benar dan yang terbukti berdasarkan sejarah pembentukan tamadun setiap bangsa

22

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

di dunia, adalah, bahasa maju apabila bahasa itu digunakan sebagai alat kemajuan bangsanya.

Tidak salah mengetahui bahasa asing
Mengetahui bahasa Inggeris atau bahasa apa pun selain bahasa sendiri, memang tidak salah, malah baik. Tidak ada orang Melayu yang berkata ini salah. Tetapi apakah fungsi bahasa asing itu kepada bangsa yang mengetahui bahasa asing itu: soal inilah yang perlu kita fikirkan. Tentu sahaja pentingnya bukanlah untuk menggantikan bahasa kita sebagai alat kemajuan bangsa sendiri. Apalah gunanya kita mengetahui bahasa lain jikalau tujuannya adalah untuk berkomunikasi antara bangsa sendiri dalam bahasa itu: di rumah, di kedai, di pasar, di restoran, di tempat kerja, di kilang, di pejabat dan sebagainya? Tidak cukupkah bahasa kita sendiri sebagai alat komunikasi dalam semua bidang itu? Kita mengetahui bahasa asing bukan untuk menggantikan bahasa sendiri tetapi untuk tujuan-tujuan tertentu. Misalnya, untuk mencari ilmu yang terdapat dalam kepustakaan bahasa asing itu; atau, kalau perlu, untuk menuntut ilmu di luar negeri seperti di Jepun, di Perancis, di negeri berbahasa Arab, misalnya, tidak hanya di negara berbahasa Inggeris, atau untuk menjadi diplomat di negeri asing, atau untuk menyampaikan kertas kerja di luar negeri, dan sebagainya. Berapa orangkah daripada penduduk Malaysia yang berjumlah lebih kurang 25 juta ini, yang hendak menjadi diplomat, hendak pergi ke Amerika, Britain dan Australia untuk menuntut ilmu, ilmu yang kebanyakannya dapat dituntut di negeri kita dalam bahasa kita, dan berapa orangkah rakyat Malaysia yang hendak membentangkan kertas kerja dalam bahasa Inggeris atau menghadiri persidangan peringkat antarabangsa di luar negeri? Bagi memajukan bangsa kita, yang kebanyakannya tidak mengetahui atau tidak perlu mengetahui bahasa asing itu di peringkat tinggi kita wajib menggunakan bahasa sendiri sebagai alatnya, kerana bahasa bukan hanya sekadar hukum nahu; lebih penting lagi, bahasa adalah sistem budaya dan sistem kognitif, yang memainkan peranan sebagai alat untuk mencetuskan kreativiti minda atau akal budi bangsa sendiri, alat pembina tamadun bangsa. Ilmu yang diperoleh dari khazanah bahasa asing perlu dikembangkan secara kreatif, di negeri sendiri dan dalam kalangan bangsa sendiri dalam bahasa yang difahami oleh bangsa kita, iaitu bahasa Melayu. Proses pemindahan hasil tamadun luar secara kreatif ke dalam tamadun sendiri ini dilakukan oleh banyak bangsa lain. Bangsa Melayu telah melakukan proses ini berzaman-zaman lamanya melalui pertembungan mereka dengan tamadun dari dunia India, dunia Islam, dan dunia lain lagi. Apakah dengan cara ini bangsa dan negara kita tidak akan maju?

23

Mengapa Kami Bantah!

Bangsa Eropah baru maju dalam bidang ilmu dan sains mulai abad ke16 atau ke-17 setelah bahasa Latin digantikan oleh Bahasa Kebangsaan bangsa Eropah masing-masing. Bahasa Inggeris berkembang sebagai bahasa ilmu bukan kerana bahasa ini luar biasa sifat linguistiknya tetapi kerana bahasa ini banyak sekali meminjam kata-kata dari bahasa Latin dan Greek dan kerana adanya sejumlah orang daripada bangsa mereka yang berfikir, menulis dan mengembangkan ilmu secara kreatif dalam bahasa sendiri. Hari ini tidak ada satu pun ayat dalam bahasa Inggeris, terutama ayat bahasa ilmu, yang tidak mengandungi kata-kata pinjaman. Begitu juga proses yang berlaku dalam sejarah bahasa Melayu. Para pemikir dan penulis bangsa Melayu sejak abad ke-16 atau ke-17 menghasilkan pelbagai karya tentang ‘ilmu Islam’ misalnya ilmu fiqh, usuluddin, falsafah Islam, tasawuf Islam, dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Arab, walaupun mereka pada mulanya memperoleh ilmu itu melalui bahasa Arab).

Orang Melayu mesti fasih dalam Melayu dan Inggeris
Kita sering juga mendengar orang berkata bahawa orang Melayu hendaklah menjadi bangsa yang fasih dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris supaya mereka tidak akan ditinggalkan oleh segala bidang ilmu dan teknologi yang kini sedang pesat berlaku dalam bahasa Inggeris, supaya mereka tidak akan terputus dengan dunia global, atau dengan ‘dunia maklumat’ yang kebanyakannya disebarkan, misalnya melalui internet, dalam bahasa Inggeris. Ini seruan yang cukup baik. Tetapi masalahnya adalah, sistem pendidikan selama ini nampaknya gagal menjadikan pelajar kita, terutama pelajar Melayu di luar bandar, mahir dalam bahasa Inggeris, bahkan banyak juga pelajar Melayu yang gagal atau lemah dalam bahasa Melayu. Lalu kita cuba menyelesaikan masalah ini dengan menimbulkan masalah lain lagi: memaksa pelajar Melayu itu mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris! Sedangkan bahasa Inggeris pelajar itu – dan bahasa Inggeris guru sendiri - cukup lemah. Akibatnya, pelajar Melayu bukan sahaja tidak menjadi lebih fasih berbahasa Inggeris, malah mereka akan gagal dalam ilmu matematik dan sains kerana diajarkan dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa global – peduli apa!
Ada pihak yang menekankan pentingnya bahasa Inggeris kerana bahasa ini adalah bahasa ‘global’, bahasa teknologi, bahasa ICT, bahasa internet, bahasa perdagangan antarabangsa dan lain-lain lagi. Tiada siapa yang menafikan hakikat ini, tetapi apabila kita menggunakan alasan ini untuk menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan sosial, budaya, ekonomi, perniagaan dan teknologi dalam negeri sendiri, inilah yang perlu kita
24

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

berwaspada. Gerakan dan perasaan menentang proses globalisasi yang dianggap sebagai bentuk penjajahan baru, yakni penjajahan teknologi, penjajahan budaya, termasuk penjajahan bahasa Inggeris seperti yang disebut oleh Phillipson (di atas tadi), penjajahan ekonomi ‘pasaran bebas’ dan penjajahan ideologi, yang dibawa melalui bahasa Inggeris terutamanya, makin merebak. Kesedaran nasionalisme, atau menurut istilah John Naisbitt dalam bukunya Global Paradox (1995), ‘tribalism’, berlaku di mana-mana sekarang ini, termasuk juga di Eropah, tidak sahaja di negara “Dunia Ketiga”. Kalau dahulu bahasa Inggeris secara langsung menjadi alat penjajahan di dalam negara kita apakah sekarang tidak mungkin proses yang sama akan berlaku lagi, kali ini melalui globalisasi bahasa Inggeris ini yang boleh jadi dilancarkan secara sedar oleh pakatan Amerika-Britain untuk menguasai minda bangsa kita, menguasai ekonomi kita, memusnahkan budaya dan agama kita?

Perjuangan bahasa yang belum tamat
Dasar bahasa dan dasar pendidikan kebangsaan yang terbentuk selepas tahun 1957 mungkin tidak akan terlaksana jikalau tidak ada desakan daripada badan-badan NGO Melayu pada masa sebelum dan beberapa tahun selepas tahun itu. Sebagai contoh, Kesatuan Persekutuan GuruGuru Melayu (KPGMS), yang ditubuhkan pada 14 April 1946, mengadakan mesyuarat agung dalam bulan Disember 1957 untuk menggesa ahli-ahlinya keluar dari UMNO sekiranya kerajaan tidak segera melaksanakan penubuhan sekolah menengah Melayu. Oleh kerana sambutan kerajaan, terutama Menteri Pendidikan waktu itu agak dingin, maka KPGMS, dalam mesyuarat agung tergemparnya pada 31 Januari 1958 memberi arahan kepada ahli-ahlinya supaya dalam tempoh 15 hari keluar beramai-ramai dari UMNO. Selepas tempoh itu sebanyak 10,000 anggota KPGMS yang sejak penubuhannya menjadi tulang belakang UMNO, keluar dari UMNO. Akibatnya, dalam Pilihan Raya Umum tahun 1959, UMNO atau Parti Perikatan telah hilang kekuasaannya di Kelantan dan Terengganu (Ahmat Adam 1994: 79). Hari ini orang Melayu tidak mempunyai badan NGO seperti itu lagi. Tetapi Jawatankuasa Menuntut (suqiu) dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia ditakuti oleh parti-parti politik Cina. Mereka terus mendesak kerajaan untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina, termasuk kepentingan bahasa, budaya dan pendidikan kaum Cina. Mereka boleh berkata: jikalau kerajaan tidak mengindahkan tuntutan mereka, mereka akan menyokong parti pembangkang. Dalam tahun 1999, misalnya, mereka menghantar memorandum mengandungi 89 tuntutan kepada kerajaan. Tetapi Perdana Menteri waktu itu (Tun Dr. Mahathir Mohamad) menolak tuntutan itu dengan alasan bahawa ia tidak selaras dengan ‘kontrak sosial’ yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
25

Mengapa Kami Bantah!

Tetapi itu tidak bererti tuntutan-tuntutan itu akan dilupakan begitu sahaja. Orang Melayu, kata sesetengah orang, mudah lupa. Apabila sudah terlalu terdesak, baru mereka sedar dan mungkin hendak ’mengamuk’ dan menjulang keris, tetapi pada ketika itu, keadaan sudah menjadi fait accompli, tidak dapat dibuat apa-apa lagi. Tidak dapat dibuat apa-apa lagi? Belum terlambat. Yang harus ditentang bukan bahasa Inggeris tetapi ialah dasar yang boleh menjadikan bahasa Inggeris itu sebagai alat penjajahan di negara ini.

Nasionalisme bukan Gila Bangsa
Akhir kata, perlu dijelaskan bahawa nasionalisme dan nasionalisme bahasa bukan fenomena yang terdapat hanya di kalangan bangsa yang sedang membangun atau di negara ‘Dunia Ketiga” sahaja, tetapi juga berlaku di negara Barat yang dikatakan sudah maju. Nasionalisme atau nasionalisme bahasa jangan dikelirukan dengan emosi rasisme atau etnisiti, tetapi harus dilihat sebagai proses pembebasan politik dan penjajahan sosioekonomi yang dilakukan melalui bahasa kuasa luar. Cuma yang perlu kita perhatikan ialah, nasionalisme politik Eropah sering kali bercorak rasis, khususnya apabila bangsa Eropah itu berhadapan dengan bangsa bukan Eropah yang berada di kawasan mereka. Nasionalisme Melayu dan nasionalisme bahasa Melayu tidak bersifat rasis. Jadi, kita harus membezakan etnisiti atau rasisme dengan kesatuan atau kesedaran sosiobudaya yang disebut bangsa atau ‘nation’ dan hubungannya dengan proses pembentukan negara. Kita jangan lagi menuduh “pejuang bahasa Melayu” sebagai golongan fanatik bahasa, gila bahasa, anti bahasa Inggeris, anti kemajuan dan sebagainya, kerana kata-kata ini merepek dan tidak beralasan sama sekali. Mungkin orang yang berkata demikian sudah menjadi mangsa “linguistic imperialism” bahasa Inggeris dan mereka boleh jadi tidak menyedarinya.

26

4
Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

Dato' Baha Zain Ketua 1, Persatuan Penulis Nasional (PENA)

Tun Dr. Mahathir menulis tentang “Mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)” dalam blognya, chedet.com pada 10 Ogos, 2008. Tulisannya sepanjang 22 perenggan itu menjelaskan sebab beliau memutuskan supaya sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri. Sangatlah penting beliau memperjelaskan sendiri tindakannya itu, kerana isu kebahasaan dan pendidikan ini bukan perkara kecil. Keputusan Tun Mahathir mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk sains dan matematik sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri adalah keputusan yang membawa kesan sejarah buruk terhadap: a. kedudukan Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan Malaysia, sebagai bahasa ilmu; b. Pendidikan pelajar-pelajar menengah; dan di sekolah rendah dan

c. Jati diri dan tamadun bangsa yang menghadapi cabaran globalisasi yang didominasi oleh nilai-nilai moral, kebebasan dan kapitalisme Barat. Kesediaan Tun Mahathir mengaku bertanggungjawab membuat keputusan ini dapat dipuji. Sebagai bekas Perdana Menteri beliau mesti berani dan jujur mengakui tindakannya sama ada baik atau buruk akibatnya. Sikap ini tidak ternampak pada ramai orang bawahannya yang dahulu terang-terang menyuarakan sokongannya terhadap beliau dalam tindakan menggantikan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

Mengapa Kami Bantah!

Sekarang mereka bungkam menyorokkan muka kerana Tun Mahathir tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh dalam kerajaan. Oleh sebab saya adalah antara yang tersangat tidak setuju dengan keputusan Tun Mahathir itu, dan sudah banyak kali mengkritik beliau dengan keras, maka saya ingin mengulas keterangannya tentang perkara ini. Setelah membacanya saya menjadi bertambah yakin bahawa kritikan saya terhadapnya sebelum ini tidak meleset kerana apa yang diterangkannya kali ini juga tidak memberikan alasan-alasan serta hujah yang baik dan meyakinkan bagi mengubah penentangan masyarakat terhadap penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk sains dan matematik di sekolah. Adalah penting dalam soal kebudayaan dan tamadun bangsa kita tidak berfikiran taksub, memutar belitkan alasan dan hujah, tetapi berusaha mencari pencerahan fikiran, terutama apabila menginsafi bahawa Bahasa Melayu bukan hak milik seorang pemimpin, seorang individu atau sekumpulan elit politik, tetapi warisan kolektif bangsa.

Bertanggungjawab
Tun Mahathir terang-terang “mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.” Pengakuan ini bolehlah ditafsirkan sebagai berikut. Beliau sendiri mengambil inisiatif dan mengarahkan supaya mata pelajaran itu tidak lagi diajarkan melalui Bahasa Melayu. Oleh sebab itu ia bukan berpunca daripada Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu. Ia adalah arahan eksekutif daripada Perdana Menteri. Sama ada perkara ini sudah dibincang dengan teliti, diperhalusi daripada segala segi, dan dipersetujui terlebih dahulu oleh Majlis Tertinggi UMNO atau Kabinet, tidaklah jelas pada orang ramai kerana ia dilakukan secara mendadak pada 2003. Keputusan Tun Mahathir ini kemudiannya disokong oleh sejumlah Menteri UMNO, profesional dan peniaga tertentu yang antaranya mungkin melibatkan diri dalam pendidikan swasta yang lebih bertujuan mengaut keuntungan daripada pendidikan. Mereka melihat potensi besar dalam perniagaan melalui pelajar-pelajar seberang laut dari Indonesia, China dan negara-negara lain yang membayar yuran pendidikan yang lumayan kepada kolej dan universiti masing-masing yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh sebab itu seluruh sistem pendidikan negara ini disokong supaya menggunakan bahasa Inggeris bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan untuk pelajar termasuk dari negara luar. Selain daripada itu ribuan juta ringgit dibelanjakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membekalkan dan menyelenggarakan perkakasan dan perisian komputer, buku teks baru dalam bahasa Inggeris dan bahan-bahan pembelajaran lain. Pihak-pihak
28

Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

yang menyokong keputusan ini tidak semuanya menyokong kerana kepentingan pendidikan, tetapi kerana keuntungan perdagangan. Ramai juga yang menyokong kerana sudah mesra dengan bahasa Inggeris atau memang tidak suka terhadap pengaruh Bahasa Melayu. Satu siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui berapa bilion ringgit jumlah yang dibelanjakan bagi membeli komputer, perisian, buku teks, buku panduan mengajar bagi guru, dan peralatan lain bagi menggantikan bahan pendidikan lama dengan yang berbahasa Inggeris; dan pihak mana yang terlibat di dalamnya. Tentang kebimbangan Tun Mahathir bahawa ramai yang menuduh beliau tidak bersemangat kebangsaan Melayu tidaklah penting sangat dibahaskan di sini walaupun aneh bagi seseorang pemimpin yang bersemangat kebangsaan seperti beliau tidak pula mengutamakan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan kebangsaan di negaranya. Sikap seperti ini, iaitu mencabut kedudukan dan fungsi Bahasa Kebangsaan yang sah seperti termaktub dalam perlembagaan negara, daripada pendidikan sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah, tidak mungkin dilakukan oleh mana-mana Presiden atau Perdana Menteri di negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Jerman, Russia dan Perancis. Apa yang penting dibahaskan adalah tindakan memberhentikan penggunaan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik memang jelas tidak mengutamakan Bahasa Melayu. Ini suatu tindakan yang bercanggah dengan apa yang pernah diucapkan oleh beliau sebelum memegang jawatan Perdana Menteri iaitu bagi menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di universiti. Sayangnya apabila beliau sudah berada di puncak kekuasaan, Bahasa Melayu itu sudah tidak penting atau berguna lagi, dan perjuangan Bahasa Melayu itu adalah suatu alat sahaja bagi memenangi hati orang Melayu, terutama pengikut parti, bagi tujuan naik ke atas atau mendapat kekuasaan.

Hukuman
Tun Mahathir ingin membuat penjelasan sebelum beliau dihukum. Dalam isu ini nampaknya beliau tidak perlu bimbang terhadap apa-apa hukuman dari segi politik atau undang-undang kerana beliau sudah tidak lagi memerlukan suara pengundi ahli parti atau rakyat. Hanya masyarakat pejuang Bahasa Melayu dan pencinta Bahasa Kebangsaan, dan sejarah tamadun bangsa sahajalah yang sedang dan terus menghukum tindakannya. Kerosakan yang dilakukan terhadap peranan dan fungsi bahasa secara terancang melalui dasar kerajaan mengakibatkan kesan buruk yang panjang dan mungkin sulit untuk dipulihkan, terutama apabila ia sengaja disaingkan dengan bahasa global, bahasa Inggeris yang disokong oleh kekuatan ekonomi,
29

Mengapa Kami Bantah!

teknologi komunikasi dan maklumat, serta budaya popular yang komersial. Tindakan ini boleh diistilahkan sebagai pembunuhan bahasa, iaitu usaha menjerut bahasa sendiri secara sengaja.

Semangat Kebangsaan
Mengutip kata-kata Tun Mahathir sendiri: “Pendapat saya adalah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus mengutamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja...” Ini adalah suatu tuduhan yang tidak berasas, liar, dan hanya ada dalam imaginasi beliau sendiri. Alangkah baiknya sekiranya dapat ditunjukkan bukti siapa dan berapa ramai yang hanya mengutamakan “penguasaan bahasa ibunda sahaja,” dan menolak bahasa Inggeris. Menolak penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik bagi menggantikan Bahasa Melayu, bukan bererti menolak bahasa Inggeris sama sekali, dan mengutamakan bahasa ibunda sahaja. Yang ditolak adalah dasar mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan digantikan dengan Bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik di sekolah. Itu inti persoalannya. Oleh sebab itu jangan dikelirukan antara soal bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan isu bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik. Pendapat yang keliru ini sebenarnya bukan diucapkan oleh Tun Mahathir seorang. Ada beberapa tokoh lain juga pernah berkhayal seperti ini. Malahan seorang Anglophile sampai menuduh mereka yang memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai linguistic chauvinist yang sempit, dalam rencananya pada sebuah akhbar Inggeris. Kenyataan ini tidak benar; dan adalah fitnah yang tidak jelas apa niat dan tujuan di sebaliknya. Cukup ganjil orang yang berpendidikan tinggi, daripada Universiti Oxford misalnya dan dianggap konon sebagai orang bijak pandai, boleh berfikir tanpa bukti, dan dipengaruhi kuat oleh sentimen peribadi dengan tujuan menyokong Perdana Menteri yang berkuasa. Ini adalah contoh bahawa kelulusan tinggi dan ilmu saja tidak cukup jikalau ilmu tidak dibarengi dengan niat jujur, adab dan etika perbahasan yang baik. Dalam masyarakat kita contoh-contoh orang yang berkelulusan tinggi, berkuasa dan yang dianggap berilmu, tetapi tidak berakhlak, rasuah, dan khianat terhadap kebudayaan dan bangsa tidaklah susah untuk dikenali.

Setanding dengan bangsa lain
Tentang kenyataan Tun Mahathir bahawa kita harus setanding, duduk atau berdiri, dengan bangsa-bangsa maju di dunia pula, semuanya kita setuju dan menyokongnya. Juga kita tidak membantah apabila Tun berkata: “Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita

30

Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

mulia dan mampu bersaing...” Tidak ada sesiapa yang siuman yang mencadangkan bangsanya harus berada dalam keadaan malang ini. Memang kita patut menggalakkan setiap orang berpengetahuan tinggi, berdaya saing dan seboleh-bolehnya menguasai sekurang-kurangnya dua tiga bahasa. Untuk orang Melayu Islam adalah sangat penting mereka menguasai bahasa ibundanya Bahasa Melayu (malu sekiranya kita tidak mahir menulis dalam bahasa sendiri dengan canggih, berisi dan indah), dan kemudian dua bahasa lain, Inggeris atau Arab, dan bukan Inggeris sahaja. Masyarakat kita sudah tiba pada suatu peringkat perkembangan fikiran yang menerima kepentingan plurilinguisme, iaitu mengetahui banyak bahasa adalah sesuatu yang normal seperti mengenal banyak bangsa di dunia ini. Globalisasi sedang menipiskan sempadan-sempadan negara dan mempermudah lalu lintas modal, unsur-unsur bahasa dan budaya, maklumat, ilmu dan teknologi. Dalam waktu sama globalisasi juga sedang mengancam kesinambungan nilai-nilai budaya dan agama negara membangun. Tegasnya dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa asing kita mesti berwaspada agar bahasa kita yang menjadi wadah nilai-nilai murni, dan menjadi wahana pembentukan rohani, fikiran, etika dan pandangan dunia atau tasawur tidak terkucil ke tepi dan dikuasai oleh nilai-nilai negatif yang dibawa oleh bahasa asing.

Tuntut ilmu ke negeri Cina
Tentang sabda Nabi: “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina”, walaupun Nabi tidak mengembara ke sana, baginda tahu akan kekayaan peradaban Cina dalam aneka dialeknya, tetapi tidaklah pula baginda sampai menyuruh umatnya meminggirkan bahasa sendiri atau bahasa Arab yang menjadi bahasa Al-Quran dan bahasa ilmu. Ilmu yang dituntut daripada Cina itu tentulah bagi memperhebat kehidupan Islam, dan memperkaya bahasa-bahasa orang Islam dengan ilmu pengetahuan kerana bahasa itu menjadi pengantar pendidikan, wahana dakwah serta alat perhubungan harian setiap masyarakat. Justeru itu bahasa orang Islam harus diperkaya dengan memperluas konsep ilmu, dan menambah istilahnya melalui terjemahan dan penyesuaian selain daripada usaha penyelidikan tempatan bagi mengisinya dengan dapatan-dapatan baru. Orang Islam itu berbangsabangsa dengan bahasa-bahasa yang berlainan dan kebudayaannya sendiri. Perbezaan bahasa, kebudayaan, persekitaran alam dan flora faunanya, imaginasi dan warisannya adalah kekayaan yang boleh dikongsi manfaatnya. Kebijaksanaan sabda Nabi itu harus juga ditafsirkan, tuntutlah ilmu di mana-mana sahaja walaupun jauh ke Timur atau Barat, atau dalam kalangan umat Islam sendiri supaya penganut Islam tidak menjadi taksub dan sempit dengan satu-satu bahasa atau orientasi sahaja.
31

Mengapa Kami Bantah!

Belajar daripada tamadun dan Islam
Pada perenggan 5,6, 7, 8 dan 9 Tun mengingatkan kita bagaimana orang Arab menterjemah sains, matematik dan falsafah daripada Yunani. Kemudian bangsa-bangsa Islam menjadi hebat dalam pelbagai disiplin ilmu sedangkan orang Eropah masih berada dalam kegelapan sampailah orang Eropah belajar bahasa-bahasa Arab bagi menimba ilmu yang terkandung di dalamnya. Di sinilah kita patut belajar daripada sejarah tamadun Islam dan Eropah bagaimana peranan bahasa sesuatu bangsa itu sangat penting bagi membangunkan kegemilangan penduduknya baik melalui terjemahan mahupun melalui penyelidikan perpustakaan atau makmal di dalam bahasanya sendiri. Oleh sebab itu mempelajari bahasa-bahasa negara yang maju menjadi kunci kejayaan bagi mana-mana negara pun termasuk Malaysia. Seperti masyarakat Arab Islam dahulu menterjemah daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab, dan kemudian menyebarkan ilmu melalui bahasanya sendiri (Arab), begitulah juga yang patut kita contohi. Mereka tidak mengerah jutaan orang Arab belajar bahasa Yunani bagi menjadi berilmu. Mereka tidak mengajar dan menyebarkan ilmu dengan menggunakan bahasa Yunani, Latin atau bahasa asing lain, tetapi bahasa Arab. Tentang peristiwa sejarah ini sudah sangat diketahui oleh ramai, dan kepentingan menguasai bahasa orang dan memindahkan ilmunya melalui terjemahan adalah suatu truisme atau hakikat yang tidak perlu diperjelaskan panjang lebar. Berdasarkan pengertian ini kita patut menggalakkan kumpulan-kumpulan tertentu seperti mahasiswa, profesional, pensyarah, ilmuwan dan cendekiawan belajar menguasai bahasa-bahasa ilmu asing. Ada yang mahir bahasa Perancis, ada yang pintar bahasa Sepanyol, dan ada yang menguasai Mandarin, Russia, Jepun, Arab, atau Jerman bagi mengkaji ilmu, teknologi dan falsafah yang beraneka jenis dalam tamadun dunia. Bukan semua 26 juta rakyat Malaysia harus mahir (membaca, menulis, menterjemah, berbahas) dalam bahasa Inggeris sahaja, tetapi jahil dalam bahasa antarabangsa lain, dan bebal dalam bahasa Melayu. Orang yang sama-sama fasih dalam bahasa yang sama pun tidak mesti dapat memahami artikel jurnal ilmiah dalam disiplin ilmu yang khas jikalau mereka berlainan keahlian. Stail penulisan ilmiah dengan istilah-istilah teknik yang khusus yang digunakan oleh ahli sains nuklear dalam Bahasa Inggeris tidak mungkin difahami oleh seorang Profesor sejarah yang sama-sama pandai berbahasa Inggeris. Oleh sebab itu, jikalau kita bercakap tentang menguasai ilmu untuk setanding dengan negara-negara maju serta besar, dengan menguasai bahasa Inggeris sahaja, bukanlah satu penyelesaian sempurna yang berpandangan jauh. Jawapannya adalah harus ada kelompok-kelompok

32

Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

ahli tertentu yang menguasai pelbagai bahasa antarabangsa dalam bidang-bidang tertentu (teknologi, diplomasi, perdagangan, tentera, perisikan, perundangan dan lain-lain) sebagaimana angkasawan dan kelompok tentera udara kita yang menjadi pilot serta petugas teknikal kapal terbang yang dibeli daripada Rusia telah diajar bahasa Rusia sebelum berlatih di sana. Apabila kita ada banyak kelompok dan ramai yang mahir secara fungsional dalam pelbagai bahasa tidaklah kita sangat tergantung kepada sumber ilmu daripada satu-satu bahasa sahaja, Inggeris atau Melayu. Oleh sebab itu masyarakat dapat mencapai langsung ilmu kesihatan, perubatan, pertanian, elektronik, persenjataan atau teknologi angkasa lepas terus daripada Amerika Latin, Eropah Barat atau Timur, Rusia, Cina, Korea dan Jepun. Bahan terjemahan Inggeris berapa banyak pun jumlah bukunya tidak mungkin memindahkan setiap metafora, konsep, makna dan ilmu yang tersirat dalam beraneka sumber asal. Oleh sebab itu lebih baik jikalau ada orang kita yang khas menterjemahkan langsung ke dalam makna bahasa kita daripada bahasa asal Perancis, Jerman dan Jepun misalnya. Brazil yang mempunyai lebih 180 juta penduduk dan menggunakan bahasa Portugis, mempunyai pelbagai ilmu dalam jurnal serta kepustakaannya. Demikian juga negara-negara Amerika Latin yang menggunakan bahasa Sepanyol, kaya dengan pelbagai ilmu yang kita belum berpeluang memanfaatkannya kerana kita tidak menyediakan cukup penterjemah yang pakar serta mahir dalam bahasa Sepanyol. Kita dapat memperkaya ilmu dengan lebih banyak lagi jikalau kita menterjemah langsung daripada Portugis dan Sepanyol. Tun Mahathir bertanya apakah tidak mungkin mengadakan sejumlah penterjemah bagi menterjemah ilmu daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan dengan itu orang Melayu tidak perlu belajar bahasa Inggeris. Dalam perenggan berikutnya (11), Tun sendiri menjawab bahawa tidak mungkin kerana ilmu sudah berkembang sangat pesat dan bukan seperti dahulu lagi. Tidak ada sesiapa pun yang mencadangkan diadakan sekumpulan penterjemah bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk semua orang menguasai ilmu dalam Bahasa Melayu sahaja. Tidak ada juga orang yang waras akan mencadangkan supaya kita menyediakan penterjemah bahasa Inggeris sahaja, dan meninggalkan langsung penguasaan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa kedua atau ketiga, terutama bagi para pelajar universiti. Selain itu bahasa Inggeris pun bukan jawapannya untuk segala ilmu. Ilmu harus ditimba daripada berbagaibagai bahasa tamadun dunia. Inggeris itu bukan maju dalam segala segi dan malah mundur dalam banyak hal juga berbanding negara-negara maju lain, bukan sahaja dalam beberapa bidang sains dan teknologi,

33

Mengapa Kami Bantah!

tetapi juga dalam sains kemanusiaan dan kemasyarakatan, agama dan falsafah. Tentulah kita sangat pendek akal jikalau mahu menyediakan segelintir penterjemah bahasa Inggeris bagi menimba lautan ilmu ke dalam Bahasa Melayu. Pada perenggan 12 dan 13 Tun Mahathir memaparkan bahawa sains dan matematik serta banyak ilmu-ilmu lain berkembang dengan pesat serta hebat termasuk bagi menentukan pergerakan bintang, dan kapal angkasa dengan ditambahi lagi ilmu baru yang berasaskan kuasa elektrik, gerakan atom, sains nano dan pelbagai lainnya. Kita semua bersetuju sains, teori dan teknologi tidak pernah berhenti dan memecut laju ke depan terutama di negara-negara kuasa besar dunia. Tidak mungkin diterjemahkan semua dan segala-galanya oleh segelintir penterjemah Melayu atau bukan Melayu. Pandangan beliau ini seperti dalam perenggan 14 itu dikongsi oleh ramai orang termasuk ahli-ahli bahasa dan penterjemah profesional kerana bukan sahaja kemahiran bahasa asal dan bahasa sasaran harus dikuasai penterjemah, tetapi juga bidang ilmu berkaitan. Malah seorang novelis Inggeris tidak mungkin menterjemahkan puisi Inggeris meskipun mencintai persuratan kalau dia tidak berminat dan biasa dengan genre puisi. Apatah lagi jikalau beliau berada dalam bidang keahlian atau disiplin ilmu yang berlainan seperti fizik dan ekonomi. Menginsafi keterbatasan penterjemahan bagi menyerap kemajuan ilmu seperti yang kita bincang di atas tidaklah pula bererti kita patut lupakan usaha terjemah-menterjemah. Ilmu bukan sahaja ada pada sains dan matematik; dan bukan sains dan matematik sahaja yang diperlukan bagi kesejahteraan dan kecemerlangan hidup manusia. Bidang sejarah, agama, sains kemasyarakatan, undang-undang, ekonomi, akhlak, falsafah dan etika juga adalah perlu bagi membentuk tata pentadbiran, sistem perundangan, pemerintahan negara, kepimpinan, akal budi dan rohani insan. Jikalau tidak manusia akan hanya mementingkan kebendaan dan akal yang rasional apabila menilai taraf, keadilan, darjat dan kebajikan manusia, dunia dan akhirat. Penterjemahan al-Quran, Hadis dan kitab-kitab besar misalnya sangat penting bagi umat Islam dan juga untuk yang bukan Islam bagi mengetahui dengan mendalam sejarah dan prinsip-prinsipnya jikalau tidak berdaya menguasai sepenuhnya bahasa Arab. Oleh sebab itu untuk kekayaan ilmu pada masa depan, kita memerlukan institusi terjemahan yang besar, berwibawa dan cemerlang agar mampu menterjemah daripada dan kepada bahasa-bahasa antarabangsa supaya rakyat yang tidak mungkin menguasai banyak bahasa asing memperoleh jalan masuk kepada kebudayaan-kebudayaan dunia baik dalam bidang teknologi mahupun kulinari, landskap, seni bina, muzik, filem, perniagaan, pengurusan, ekonomi dan politik.

34

Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

Sayangnya ada sebuah institusi terjemahan kerajaan (Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad), tetapi sejak tertubuh pada 1993 ia tidak dapat bergerak positif kerana boleh dikatakan tidak diberi perhatian langsung dan peruntukan yang cukup oleh kerajaan kecuali pada tahun-tahun akhir ini. Kita sepatutnya menggaji dua atau tiga ratus tenaga penterjemah profesional, dan editor terjemahan dalam bahasa-bahasa Cina, Sepanyol, Jerman, Jepun, Itali, Perancis, Russia, Arab dan lain-lainnya bagi menterjemah langsung karya-karya besar dunia ke bahasa Melayu. Setelah menghuraikan bahawa ilmu sedang berkembang cepat, dan ilmu penting untuk bersaing dengan negara-negara lain, dan penterjemahan sekarang tidak banyak membantu memajukan negara, maka dalam perenggan 16 Tun Mahathir memutuskan, “ ...jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris..’ Ada dua perkara penting yang terkandung dalam kenyataan ini, iaitu satu ilmu dan satu lagi bahasa Inggeris. Di sinilah beliau keliru kerana menganggap dengan menguasai bahasa Inggeris semua ilmu dalam bahasa Inggeris itu boleh diakses. Pertama tidak semua ilmu yang perlu untuk kita ada dalam bahasa Inggeris. Kedua penguasaan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidaklah semestinya membolehkan orang menjadi profisien dalam bahasa Inggeris sehingga boleh mengakses semua ilmu dalam bahasa Inggeris. Juga sains dan matematik bukan segala-galanya untuk keseluruhan kehidupan rohaniah, jasmaniah dan intelektual. Memang betullah banyak sekali buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Inggeris seperti juga buku-buku dalam bahasa antarabangsa lain, tetapi bahasa Inggeris itu sahaja tidak mencukupi kerana ia adalah salah satu daripada bahasa antarabangsa yang membekalkan ilmu yang canggih serta moden. Oleh sebab itu ia bukanlah mutlak satu-satunya bahasa yang berisi semua ilmu pengetahuan.

Mengetepikan Bahasa Melayu
Dengan kepercayaan kuat terhadap bahasa Inggeris itu Tun Mahathir membuat keputusan drastik mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah mulai tahun 2003 sedangkan bahasa pengantar BM sudah diamalkan sejak 30 tahun dengan jayanya. Sekali lagi Tun Mahathir keliru dan bertindak tidak bijaksana kerana daripada segi pembelajaran dan pengajaran ilmu kepada pelajar-pelajar rendah dan menengah apakah yang lebih berkesan daripada mengajar anak-anak melalui bahasa yang difahamnya semula jadi sejak kecil, terutama bahasa ibundanya. Bahasa ibundanyalah yang cepat menimbulkan kesedaran dan kecerdasan fikirannya bagi pembinaan intelek terutama pada
35

Mengapa Kami Bantah!

peringkat awal persekolahan. Tidak ada bahasa lain yang boleh mengambil alih peranan penuh bahasa ibunda bagi menyempurnakan proses pembangunan emosi dan kognitif seseorang anak, sama seperti keunikan menyusu di tetek ibunya bagi pembesaran tubuh serta emosinya. Pada peringkat awal persekolahan para guru tidak memerlukan istilah-istilah teknikal yang kompleks bagi mengajarkan konsep sains dan matematik. Ratusan ribu istilah asas dan pelbagai buku teks serta rujukan telah pula diterbitkan dalam Bahasa Melayu sejak awal 70-an bagi keperluan mengajar sains dan matematik hingga ke peringkat universiti. Selain daripada itu melalui bahasa pengantar Bahasa Melayu negara kita sudah menghasilkan ratusan ribu pakar sains, profesional , ilmuwan, penyelidik, pensyarah, profesor, cendekiawan, dan pegawaipegawai tinggi kerajaan yang berjaya membangunkan Malaysia sejak tahun 70-an. Saya percaya Angkasawan Negara kita yang pertama itu pun melalui sistem pendidikan yang mengajarkan sains dan matematik dalam Bahasa Melayu pada mulanya. Ribuan pelajar yang tamat daripada sistem pendidikan kebangsaan sudah pula berhasil mendapat ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran daripada universiti-universiti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, termasuk daripada universiti ternama seperti Oxford, Cambridge, London School of Economics, Nottingham, UCLA, Harvard, Ann Arbor, Stanford, Chicago dan Berkeley. Kebanyakan mereka ini belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu sewaktu di sekolah. Mereka berjaya mengikuti kuliah, merujuk bahan ilmu, dan menulis tesis di universiti-universiti luar negara kerana mereka pernah belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sejak tahun satu. Oleh sebab itu persoalan yang sebenarnya bagi menguasai ilmu dan menjadikan orang kreatif dan berfikiran kritis bukanlah bahasa Inggeris, tetapi ilmu dan pendidikan itu sendiri. Bagi menyerapkan ilmu melalui bahasa Inggeris baik sains, matematik, undang-undang atau apa sahaja, perkuatkan sistem dan metode pengajaran serta pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri; dan bukan melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Prestasi dalam Sains dan Matematik merosot
Apa yang berlaku selepas tahun 2003 adalah kemerosotan pendidikan mata pelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah kerana guruguru tidak mahir mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris. Guru sendiri tidak lancar berkomunikasi dalam bahasa tersebut kerana selama ini mengajar lebih banyak dalam Bahasa Melayu. Jikalau guru sendiri tidak biasa dengan istilah teknikal Inggeris

36

Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

dan tidak lancar berbahasa Inggeris, bagaimana mereka boleh berkomunikasi dengan pelajar, dan menjadi ghairah mendidik? Pendidikan apakah namanya jikalau tidak ada komunikasi yang baik antara guru dan murid? Daripada beberapa penyelidikan ilmiah bebas yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (pada peringkat awal bahasa pengantar Inggeris diperkenalkan), dan Emeritus Dato’ Prof Isahak Haron, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2008), Prof. Datin Dr. Juriah Long, Universiti Kebangsaan Malaysia (2008), dapatan yang diperoleh adalah berlaku kemunduran pembelajaran terutama dalam kalangan pelajar Melayu di luar bandar. Oleh sebab itu hasil daripada pengenalan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik ini adalah ratusan ribu pelajar negara ini, termasuk guru-gurunya menjadi kacau. Ilmu sains dan matematiknya mundur, kepandaian bahasa Inggeris tidak bertambah, dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan terpinggir. PPSMI ini sudah dikritik dan ditentang oleh pelbagai pihak serta tokoh seperti Prof. Di Raja Ungku Aziz, Tan Sri Abdul Rahman Arshad (bekas Ketua Pengarah Pendidikan), Dato’ Omar Hashim (bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan), Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein (GAPENA), Prof Emeritus A. Bakar Hamid (Prihatin), Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan (Pengarah, Institut Peradaban Melayu, UPSI), Prof. Dr Awang Sariyan (Akademik Pengajian Melayu, UM), Dato. Dr Hassan Ahmad (bekas Ketua Pengarah, DBP) dan ramai lagi termasuk bekas Menteri Pelajaran Tun Abdul Rahman Yaakob. Suarasuara mereka sederap disambut oleh puluhan badan bukan kerajaan (ABIM, PPKIM, PBMUM, GAPENA, PENA, PPM, PLM, Kumpulan Prihatin, Persatuan Sejarah, dll.) yang menyeru supaya PPSMI ini diberhentikan segera supaya tidak berlaku lebih banyak krisis pendidikan dan budaya. Apakah Kementerian Pelajaran dan kerajaan berasa tidak perlu ambil peduli suara-suara cendekiawan Melayu yang apolitikal ini? Perlu diperingatkan lagi, apabila tiba di tahap sekolah menengah lebih 70 peratus mata pelajaran, yakni yang berasaskan sains dan matematik (seperti Biologi, Kimia, Fizik, Kejuruteraan, Matematik, Matematik Tambahan, dll.) tidak akan diajarkan dalam Bahasa Melayu. Dengan demikian cerdik pandai tidak akan menulis dalam Bahasa Melayu; penerbit tidak akan menerbitkan buku pelajaran dalam Bahasa Melayu; dan rakyat tidak akan mempedulikan BM kerana nilai pendidikan serta ekonominya tidak ada lagi. Apabila tidak digunakan di dalam sistem pendidikan dengan sepenuhnya maka lama-kelamaan ia akan merosot dan mati sebagai bahasa Ilmu. Sebagai contoh ada kira-

37

Mengapa Kami Bantah!

kira 70 juta pengguna bahasa Jawa di Indonesia, tetapi bahasa Jawa itu berlegar dalam kalangan masyarakat Jawa, di pasar-pasar atau di sawah-sawah sahaja dan bukan menjadi bahasa ilmu moden kerana tidak digunakan di sekolah dan universiti sebagai bahasa pengantar. Demikian juga dengan bahasa Sunda, Aceh, Bali dan Madura ada ratusan juta masyarakat penggunanya, tetapi tidak menjadi bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains, teknologi dan rasmi. Apakah ini yang kita suka berlaku kepada Bahasa Melayu di sini; menjadi bahasa pinggiran di sisi bahasa Inggeris? Inikah yang dikatakan bersemangat kebangsaan dan sayang kepada bangsa? Apakah bangsa-bangsa lain yang maju di dunia menggunakan jalan mudah dan dangkal bagi membunuh bahasa kebangsaannya dan menggantikannya dengan bahasa Inggeris kerana hendak menjadi kuat, bersaing, bermaruah dan dihormati?

Fikiran
Tun Mahathir berfikir sangat simplistik jikalau menganggap orang yang tidak bersetuju dengan PPSMI, yakni bahasa Inggeris mengambil alih BM dalam sains dan matematik di sekolah, adalah orang yang tidak sukakan ilmu, dan tidak sukakan ilmu sains dan matematik. Anggapan beliau ini salah sama sekali. Perbezaannya cuma orang lain lebih bebas berfikir bahawa kekuatan ilmu, kekuatan dan maruah bangsa yang cemerlang dan berakhlak tidak semata-mata bergantung pada sains dan matematik, dan dengan meletakkan tengkuk di bawah hegemoni bahasa Inggeris. Amerika dan Inggeris yang hebat berbahasa Inggeris dan dianggap memiliki kekuatan nuklear, kapal terbang, kapal selam dan senjata berat bukanlah menjadi contoh bangsa yang beradab serta berperikemanusiaan, malahan menjadi contoh bangsa yang menindas dan bersengkokol dengan Zionis membunuh umat Islam di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Palestin. Jikalau berazam menjadi kuat dan menyaingi mereka, janganlah sampai menjadi peniru tamadun AngloSaxon dan Amerika yang berasaskan agama Kristian dan bahasa Inggeris, dengan sifat-sifat angkuh dan menindas. Di sinilah letaknya paradoks dalam sekalian pemikiran yang mengiakan PPSMI. Tun Mahathir juga berpendapat “jikalau kita mengabaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih mengutamakan bahasa kita, dan dengan itu kita menjadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh mendakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama.” Berfikir secara hitam putih begini dan menyatakan pejuang bahasa dan agama mengabaikan ilmu semata-mata kerana lebih mengutamakan bahasa, adalah cara berfikir yang propagandistik. Orang lain sudah berfikir lebih maju ke depan dalam soal bahasa dan ilmu. Ramai orang sudah berfikiran lebih jauh dengan mengiktiraf kebijaksanaan ilmu, idea, teori dan falsafah dalam dunia yang pelbagai bahasa tanpa menolak bahasa-bahasa antarabangsa termasuk Inggeris,

38

Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

tetapi terus membangunkan kekuatan Bahasa Melayu sebagai wadah dan wahana memperkayakan tamadun dan perpaduan bangsa. Soal memilih salah satu bahasa, Melayu atau Inggeris, tidak timbul. Yang utama adalah persekitaran kebahasaan yang sesuai dan bermanfaat. Inilah cabaran besar ketamadunan iaitu bagaimana memperhebat budaya ilmu dengan menyesuaikan bahasa-bahasa besar dunia dalam sistem pendidikan dengan tidak mengorbankan warisan-warisan besar kebangsaan. Tentu sekali bukan dengan cara dikuasai oleh bahasa Inggeris sehingga melumpuhkan warisan bahasa kita, dan menjejaskan pendidikan generasi muda, pembangunan kebudayaan dan proses menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai asas untuk keharmonian masyarakat berbilang bahasa dan budaya. Bahasa bukan sekadar menghantar maklumat dan ilmu, tetapi menyemai nilai-nilai sosial, tasawur keagamaan, dan kebudayaan bangsa yang tersirat halus dalam istilah, kalimat, ungkapan, metafora, peribahasa, teks dan pelbagai jenis wacana; bukan dalam sains dan matematik saja.

Bukan begini cara mengajar Bahasa Inggeris
Penggunaan bahasa Inggeris yang diamalkan dalam pendidikan sekarang bukan caranya bagi menguasai bahasa Inggeris, dan dalam waktu yang sama memusnahkan masa depan bahasa sendiri. Apa yang diidamkan ialah situasi yang menawarkan kemenangan untuk keduadua bahasa. Jikalau tidak, lanjutan daripadanya adalah tamadun bangsa akan tertakluk kepada kehendak-kehendak proses globalisasi yang jelas dikuasai oleh nilai-nilai Barat, khususnya Amerika, yang bertujuan menyebarkan nilai-nilai liberal menurut idealisme demokrasinya (kebebasan berfikir, berucap, dan beragama tanpa pengawasan kerajaan). Dan kita bukanlah Amerika. Jadi mengamalkan dominasi bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita seperti sekarang bukanlah amalan yang sayangkan bangsa, tetapi menjerumuskan bangsa kita kepada kehinaan. Keputusan yang Tun Mahathir buat tentang penggunaan bahasa Inggeris mulai 2003 dengan mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik, sewaktu memegang kekuasaan sebagai Perdana Menteri, adalah suatu keputusan yang mempunyai rational yang lemah. Ia membunuh potensi Bahasa Melayu daripada berkembang menjadi bahasa yang besar; dan ia membatasi pembangunan ilmu yang luas. Ia bukanlah keputusan yang bijaksana bagi perjuangan nasionalisme bangsa kita, sebaliknya akan memudaratkan peluang bagi membina bangsa yang kuat dan dihormati. Kemajuan dan kesejahteraan hidup (dunia dan akhirat) tidak bergantung pada kecemerlangan teknologi dan ekonomi sahaja kerana ia harus didampingi kekuatan akhlak, etika, kebudayaan dan agama bagi membatasi rasuah, kezaliman, keangkuhan dan larangan-larangan

39

Mengapa Kami Bantah!

Allah yang lain. Tuhan telah berjanji, Dia akan memberikan kemenangan kepada umat-Nya yang menurut suruhan-Nya: beriman, beribadat, berakhlak, dan menurut hukum hakam Islam. Perlu juga diingat bahawa bahasa Melayu itu juga menjadi bahasa dakwah agama, bahasa tazkirah dan tarbiyah, bahasa khutbah di mimbar-mimbar masjid sejak zaman berzaman sehingga Islam berkembang hebat di rantau ini. Bahasa Melayu ini mesti kekal dimajukan sebagai bahasa ilmu, wahana dakwah yang canggih, sesuai dengan kemajuan fikiran moden supaya dapat menarik hati generasi sekarang dan akan datang. Dengan demikian ia berupaya meneruskan tanggungjawab serta tugas tradisinya memperkuat akidah, mengisi jiwa, fikiran, dan kecendekiaan bangsa sebagai umat yang moden dan berjaya menuju kepada kemenangan. Perjuangan mempertahan dan memajukan Bahasa Melayu adalah suatu jihad. Pengkhianatan terhadap Bahasa Melayu boleh dianggap sebagai menghalang usaha pengembangan Islam di rantau ini; satu diskriminasi songsang terhadap bangsa dan agama sendiri. Alasan atau premis yang berubah-ubah tentang mengapa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik hanya menandakan adanya krisis epistemologi yang kacau dalam kalangan pemimpin politik dan pegawai-pegawai tinggi awam yang melaksanakannya.

40

5
Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia

Pengenalan
Selama ini, apabila isu kebudayaan kebangsaan dibincangkan, ia dilakukan oleh para sasterawan dan persuratan, khususnya budayawan Melayu. Justeru, bagi melihat perbincangan terdahulu mengenai topik ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan dan persuratan, iaitu para cendekiawan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar dan mengatur strategi bagi membangunkan ekonomi, pendidikan, pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit apabila membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun dasar dapat diungkapkan tetapi pelaksanaannya masih jauh daripada memuaskan. Malah dasar dan strategi kebudayaan kebangsaan adalah usaha yang tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangka panjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita.

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi setiap kaum. Artikel 3 melindungi kebebasan semua kaum beragama, walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara. Artikel 152 menjamin hak setiap kaum menggunakan bahasanya sendiri walaupun bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara. Ini adalah dua unsur penting dalam kebudayaan yang sering diungkit oleh kaum lain dalam menolak Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Mengapa Kami Bantah!

Malayan Writers’ Conference 16-18 Mac 1962
Seawal 1962 lagi, isu kebudayaan kebangsaan dan sastera kebangsaan dibincangkan oleh para sasterawan dan cendekiawan dalam Malayan Writers’ Conference (Persidangan Penulis Malaya dan Singapura) ditaja oleh Dewan Bahasa dan Kebudayaan Singapura, dan diadakan di Singapura pada 16-18 Mac 1962. Prosiding persidangan itu diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh badan yang sama. Berikut diturunkan beberapa catatan utama. Menteri Kebudayaan Singapura, Rajaratnam berkata “A truly Malayan literature will emerge when writers express themselves through a language that is spoken and understood by all the communities. A common medium of expression will automatically create a Malayan literature .... It is only when the non-Malays begin to write in the national language, will Malay cease to be a medium for communal literature and become the vehicle for a Malayan literature.” Ini disuarakan dengan lantang oleh kelompok penulis dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun, kelompok bahasa Inggeris mengatakan sastera Malaya (1) ditulis oleh orang-orang yang lahir dan dibesarkan di Malaya menulis mengenai topik-topik Malaya dengan tidak mengira apa bahasa yang digunakan; (2) yang ditulis dalam bahasa kebangsaan, dan (3) yang ditulis oleh sesiapa sahaja mengenai Malaya. Kelompok bahasa Cina dan Tamil mengelak daripada membincang dan membuat kesimpulan mengenai bentuk sastera Malaya. Situasi begini berterusan di Malaysia sehinggalah 1971. Ketiadaan dasar bagi menentukan objektif kebudayaan negara menyebabkan aspek ini diabaikan. Tiada langkah-langkah konkrit diambil bagi mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Iklim positif dan neutral yang dizahirkan oleh Persidangan Penulis Malaya di Singapura pada tahun 1962 itu tidak dimanfaatkan. Perkembangan kebudayaan kebangsaan itu tidak mendapat perhatian sehingga selepas Mei 69.

Pindaan Perlembagaan 23 Februari 1971
Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein membuat ucapan penting menyangkut isu bahasa kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan. Tindakan positif diperlukan bagi memperbaik keadaan selepas 13 Mei 1969. Beliau membuat beberapa penegasan yang sudah mula dilupakan pada masa itu, khususnya “kontrak sosial” antara kaum bagi mencapai kemerdekaan. Beliau menyatakan “kontrak sosial” yang dibuat, “It is hardly necessary for me in this House to expound upon the careful and balanced character of the Constitution which was so painstakingly negotiated and agreed upon by the major races in Malaysia before we attained independence. .... The basic provision relating to the acquisition of citizenship represented a fair and balanced compromise. The same careful and balanced approach runs through the other provisions of the Constitution protecting the legitimate rights of all races in Malaysia. ... The
42

Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

provision of Bahasa Malaysia as the sole official and National Language is balanced by the guarantee for the use of the languages of other races other than for official purposes.” ... “Pengertian perkataan “tujuan-tujuan rasmi” atau “official purposes” dalam Artikel itu ... bermakna .. sebarang tujuan Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Negeri, termasuklah mana-mana tujuan untuk pihak berkuasa awam.”

Kongres Kebudayaan Kebangsaan 16-20 Ogos 1971
Kongres ini dibuka oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia, berlangsung di Universiti Malaya. Selama empat hari, sebanyak 52 kertas kerja dibentang dan dibincang. Kongres telah menetapkan tiga unsur penting menjadi Dasar Kebudayaan Kebangsaan, iaitu: 1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini. 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan. 3. Islam menjadi unsur yang kebudayaan kebangsaan itu. penting dalam pembentukan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama. Dasar ini dapat menjadi garis panduan membentuk satu bangsa yang bersatu serta mempunyai identiti negara. Kebudayaan yang dipupuk dapat mencirikan keperibadian kebangsaan Malaysia.

Joint Memorandum on National Culture Submitted to the Ministry of Culture, Youth and Sports by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983.
Lima belas buah organisasi China menghantar memorandum kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 27 Mac 1983. Badan-badan itu ialah: The Selangor Chinese Assembly Hall, Penang Chinese Town Hall, The Perak Chinese Association, The Federation of Chinese Association (Johor), Terengganu Chinese Assembly Hall, Kelantan Chinese Assembly Hall, Negeri Sembelin Chinese Assembly Hall, The Federation of Chinese Associations (Sarawak), United Chinese School Committees, Association of Malaysia, United Chinese School Teachers’ Association of Malaysia, Pahang Chinese Chamber of Commerce, Malacca Chinese Chamber of Commerce, Kedah Chinese Chamber of Commerce, Perlis Chinese Chamber of Commerce, dan Sabah United Chinese Chamber of Commerce. Dalam dokumen setebal 321 halaman ini, ketiga-tiga asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan ditentang se-

43

Mengapa Kami Bantah!

penuhnya. Dokumen ini terlalu panjang bagi dibicarakan. Hanya butir penting diturunkan. Mereka berkata, “we oppose the present policies on national culture, language and education, and the the three principles used .. to mould the national culture.” Mereka menentang kerana: 1. Proses membentuk asas kebudayaan kebangsaan daripada satu kaum sahaja melanggar hak kaum lain, 2. Apabila kepentingan Islam ditekankan maka peranan budaya dan agama lain dinafikan, 3. Menunjukkan dasar yang tertutup berpusat kepada Melayu sahaja dan tidak liberal, 4. Menafikan sistem nilai yang bertindih antara budaya, 5. Bercanggah dengan hakikat Rukunegara yang menghormati kebudayaan semua kaum, 6. Memaksa melalui sistem pentadbiran dan ini tidak dapat diterima oleh bukan Melayu, 7. Membahagikan kebudayaan kepada kaum sebagai peribumi, pendatang dll akan menjadi punca diskriminasi, 8. Sesetengah chauvisnist Melayu berfikir bahawa semua kaum hanya boleh diintegrasi melalui satu bahasa dan satu budaya sahaja. dll. Bagi mereka kebudayaan kebangsaan dapat dibangunkan melalui: 1. Usur seni daripada kebudayaan semua kaum menjadi asas kebudayaan kebangsaan, 2. Panduan membina suatu peranggu nilai kebudayaan yang sama ialah sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang dan patriotisme, 3. Nilai kebudayaan bersama itu diungkapkan menurut kerangka pelbagai kaum, 4. Proses membina kebudayaan kebangsaan mestilah mematuhi prinsip kesamaan bagi semua kumpulan etnik, dan melalui perundingan yang demokratis. dll. Justeru, mereka berkata, kami menuntut supaya: 1. Kerajaan menghormati hak setiap kaum, kebudayaan, agama, dan bahasa yang dimaktubkan dalam Perlembagaan, 2. Kerajaan memansuhkan semua undang-undang yang tidak menyokong pertumbuhan mana-mana budaya, bahasa dan pendidikan kaum tertentu, 3. Kerajaan membantu sekolah China dan juga Jabatan Pengajian China di universiti,

44

Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

4. Kerajaan adil dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan tidak memihak kepada mana-mana kelompok, 5. Kerajaan tidak melebihkan mempromosi kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan kebangsaan sehingga boleh memangsai kebudayaan lain, 6. Hari Ini dalam Sejarah mesti juga memuatkan tokoh bukan Melayu, 7. Ciri pelbagai kaum mesti ditunjukkan dalam membentuk citra kebangsaan, 8. Nama bangunan dan tempat juga juga mesti pelbagai kaum, 9. Kerajaan juga hendaklah mempromosi interaksi kebudayaan pelbagai kaum, dll.

Memorandum on National Culture Submitted by the 10 Major Indian Associations of Malaysia to the Ministry of Culture, Youth and Sports, April 1984.
Sepuluh persatuan India juga membantah. Mereka adalah: Pergabungan Tamil Malaysia, Persatuan Dravidian Malaysia, Majlis Kelab Bell Belia Tamil, Majlis Belia Hindu Malaysia, Persatuan Penulis-Penulis Tamil Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Sekolah Tamil Malaysia, Malaysia Hindu Sanga, Persatuan Kesenian Tamil Malaysia, Persatuan Kesusasteraan Tamil, dan Persatuan Artis-Artis Tamil Malaysia. Memorandum kaum India menolak asas kebudayaan kebangsaan kerana: 1. Malay-Islamic culture approach to the ‘formation’ of National Culture cannot be accepted by us, 2. The attempt to define National Culture on the basis of proceedings of the National Culture Congress of 1971 completely negates the historical understanding on culture reached by the different communities, 3. National Culture must be defined in terms of a set of common values, norms and beliefs found in cultures of the various communities in Malaysia, combined with positive elements from other cultures. It cannot be equated solely with Malay or Islamic culture, 4. Neither can Malay culture form the basis of national Culture,

Suqiu (Jawatankuasa Menuntut) 1999
Gabungan Persatuan Cina yang menuntut masih terus menuntut dengan secara teratur. Apabila sahaja iklim politik kelihatan memihak kepada mereka, iaitu semasa Melayu nampaknya berpecah, maka mereka akan membuat tuntutan demi tuntutan. Suqiu membuat 89

45

Mengapa Kami Bantah!

tuntutan, yang melibatkan bahasa, kebudayaan, agama, dan lain-lain. Kebanyakannya yang telah tersenarai dalam Joint Memorandum on National Culture Submitted to the Ministry of Culture, Youth and Sports by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983. Cuma tuntutan pada kali ini diiringi dengan ugutan menarik balik sokongan politik dan menyokong parti pembangkang. Y.A.B Dr. Mahathir Mohamad, menolak dengan menyatakan yang semuanya bercanggah dengan “kontrak sosial” yang menjadi landasan yang membolehkan Perlembagaan Malaysia dibentuk.

Apa Ada pada Bahasa?
Bahasa Melayu adalah satu daripada tiga unsur yang dijadikan asas Dasar Kebudayaan Negara. Apalah ada pada bahasa? Banyak. Dan bahasa itu adalah paling menentukan keperibadian bangsa.

Tuntutan Bukan Melayu
Dengan tentangan dan tuntutan yang tidak putus-putus daripada kaum-kaum lain sebagai rakyat Malaysia, isu Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini bukan hanya sekadar dapatkah bahasa Melayu, dan kebudayaan Melayu Islam menjadi asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Isu ini lebih besar daripada sekadar agama, bahasa, dan bangsa yang dicabar. Apa yang jelas ialah, masyarakat Melayu mesti sepakat dan menerima hakikat yang kita perlu bergerak dan meneruskan kelangsungan Melayu dalam satu sistem yang adaptif supaya dapat berinteraksi dengan persekitarannya.

Bahaya dari Pemikir Melayu Liberal
Yang lebih membahayakan kita adalah keliberalan berfikir yang menerima demokrasi itu sebagai kebebasan tanpa sempadan, hatta mengingkari ‘kontrak sosial’ yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan yang kita jadikan kerangka membina Malaysia. Musnahkan ‘kontrak sosial’ ini, musnahlah Perlembagaan, dan musnahlah Malaysia. Oleh sebab fitrah manusia begitu, mudah percaya pada apa yang ada daya tarikan intelektual. Atas asas berfikir secara intelektual sejagat, sudah ada pula Melayu yang mula termakan dengan tuntutan-tuntutan ini. Nampaknya memang tiada apa salahnya kita berkata “menerima sastera dalam bahasa lain sebagai sebahagian daripada Sastera Malaysia.” Apabila diwarwarkan pula melalui media awam, apa yang kita ungkapkan sebagai “main-main” pun akan menjadi sumber kebenaran dan kekuatan bagi yang mencari alasan lagi bagi membuat tuntutan bagi memusnahkan ‘kontrak sosial’ bersama. Hubaya-hubaya agar kita tidak menjadi alat yang memusnahkan hasrat bangsa sendiri.

46

Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

Himpunan Memori Bangsa
Bahasa Melayu yang kita gunakan sama ada sebagai bahasa harian mahupun sebagai bahasa pendidikan, adalah wahana bagi membina ‘himpunan memori’ kita sebagai orang Melayu Malaysia. Himpunan memori itu ialah himpunan seluruh konsep-konsep, nilai-nilai, normanorma, nama-nama, proses-proses, pengalaman-pengalaman, yang membentuk jati diri kita sebagai satu bangsa. Apabila kita menggunakan sebuah bahasa lain sebagai bahasa kita, maka himpunan memori kita juga akan berubah. Kita tidak lagi akan menjadi orang Melayu Malaysia. Apabila kita menggunakan sebuah bahasa lain, konsep yang kita cetuskan menjadi berlainan, walaupun bagi benda yang sama. Sebagai contoh, dalam bahasa Bhutan, komputer ialah “logrig” yang membawa makna “mesin yang dikendalikan oleh tenaga elektrik.” Dalam sebuah bahasa Afrika Timur komputer ialah “mobusha” iaitu “mesin yang tidak membuat salah.” Malah behavior kita juga boleh diubah kerana bahasa yang digunakan. Contoh yang sering berlaku di kalangan masyarakat kelas menengah Melayu yang saya kaji mendapati fenomena ini berleluasa. Kelas menengah Melayu sering menggunakan bahasa Inggeris di rumah mendapati anak-anak mereka sering mencabar mereka, iaitu menjadi derhaka, dalam bahasa Inggeris. Ungkapan seperti “What kind of father are you?” “I will report you to the authority for child abuse,” “Mother! who ask you to enter my room, dont you know how to knock?” Yang paling menyayat saya dapati dalam himpunan pemerhatian saya adalah “I hope you will burn in hell!” yang dikeluarkan oleh seorang anak lelaki Melayu kepada bapanya. Ungkapan begini tidak zahir dalam bahasa Melayu. Ada anak melawan dalam golongan rendah masyarakat, tetapi tidak dengan ungkapan “Apa jenis bapa kamu ini?” atau “Engkau pergi mampus dalam neraka jahanam!” Isteri yang dwibahasa juga apabila mahu melawan suami berucap dalam bahasa Inggeris, tidak Melayu. Apabila golongan menengah Melayu membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda bagi anak-anak mereka, dan menggantikannya dengan bahasa Ingeris, maka bahasa Inggerislah yang duduk di benak anak-anak Melayu itu. Apabila elit Melayu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa benak mereka, maka berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf, mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris, dan bukan dengan acuan Melayu lagi. Berdasarkan hipotesis Malik Bennabi pula, anak-anak itu akan mewarisi idea-idea induk yang terkandung di dalam bahasa Inggeris, bukan idea-idea induk yang terkandung di dalam bahasa Melayu lagi. Oleh kerana bahasa Melayu telah menyerap idea-idea induk Islam, dan oleh kerana bahasa Inggeris belum menyerap idea-idea induk Islam, maka pengambilan bahasa

47

Mengapa Kami Bantah!

Inggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius. Sebagai contoh, gejala anak-anak yang "menjawab" ibu bapa bukanlah suatu hal yang tidak ada kaitannya dengan bahasa ekspresif. Konsepkonsep seperti "derhaka" dan "syurga itu di bawah tapak kaki ibu" hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap ideaidea induk dalam Islam, seperti Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris tidak memberi peluang kepada kemasukan konsep-konsep itu ke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung di dalam sastera Melayu seperti dalam cerita-serita Si Tanggang, Malim Kundang, Batu Belah Batu Bertangkup, Siti Zubaidah juga tidak ada kesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempatnya akan diganti oleh cerita-cerita seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinochio, Snow White, Rapunzel, Goldilock dan lain-lain. Hero mereka bukan Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King Arthur And The Knights Of The Round Table. Maka itulah sebabnya kita mempertahan bahasa Melayu sebagai asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Membenarkan bahasa lain diterima sebagai wahana Kebudayaan Kebangsaan akan memusnahkan himpunan memori kita, memusnahkan jati diri kita yang dipertahankan dalam Perlembagaan kita. Atas alasan yang sama kita boleh dituduh pula apakah kita tidak menzalimi bahasa dan kebudayaan lain. Tidakkah kita menghalang atau memusnahkan himpunan memori kaum lain yang diminta menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan rasmi. Tidak, sama sekali tidak. Hal Kebudayaan Kebangsaan adalah hal rasmi. Dalam “kontrak sosial” kita, hak asasi setiap kaum dijamin dan dipelihara. Tiada siapa yang dihalang daripada menggunakan, mengajar dan meneruskan bahasa sendiri, asalkan bukan untuk tujuan rasmi, sebagai yang dijelaskan oleh Tun Abdul Razak di Parlimen pada 23 Februari 1971.

d. Pentingnya Membina Sistem Pemanglian dari Masa ke Masa
Apabila membuat tuntutan hak asasi bagi orang Melayu, di buminya sendiri, sebagai yang sudah dipersetujui dalam kontrak sosial antara kaum, kita dilabel sebagai Malay-centered, kita dicap sebagai Malay chauvinist, kita dipanggil kaum yang tidak peka pada kepentingan kaum lain, kita dituduh mendiskriminasi puak lain. Sudah sampai masanya kita tidak emosi dengan label-label ini, sudah sampai masanya kita tidak gentar dengan taktik menakut-nakutkan ini. Sudah tiba masanya kita membuat strategi bagi melaksanakan apa yang kita fikirkan betul. Oleh sebab itu kita perlu mengingatkan semula orang Melayu tentang siapa dirinya, dan apa haknya. Inilah yang dikatakan

48

Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

pemanglian semula. Bina sistem penagkisan yang diperlukan. Agar cendekiawan Melayu tidak mudah termakan dengan alasan liberal yang mengatakan hak asasi mereka tercabar.

Apa yang Kita Perjuangkan?
Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

Kontrak Sosial
Kita akan terus mempertahan “kontrak sosial” kita. Walaupun perkara penting ini sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, dan sudahpun dijelaskan apa rasionalnya, tetapi masih mahu ditagih. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas kita mengingatkan kembali perihal “kontrak sosial” yang mengimbangi hak masing-masing kaum, dan kepentingan bahasa Melayu seperti yang dijelaskan oleh Tun Abdul Razak Hussein itu tidak diketepikan.

Memandaikan bangsa
Usaha memandaikan bangsa itu hendaklah melalui bahasa ibunda. Mengajarkan sains dan matematik melalui bahasa yang tidak dikuasai oleh murid adalah cara yang salah.

Dasar Media Yang Terbuka
Apa yang lebih menggugat Melayu pada hari ini, bukanlah sekadar perkara-perkara yang tertulis. Tetapi, adalah juga apa yang tidak tertulis. Misalnya, oleh sebab tidak ada sebarang undang-undang dalam media massa, maka akhbar dan media hiburan China dan Inggeris, maka ini digunakan seluas-luasnya sehingga sekarang media akhbar dan hiburan Cina dan Inggeris menduduki tempat yang amat dominan dalam dunia media Malaysia. Akhbar yang mempunyai edaran terbesar bukanlah akhbar Melayu atau Inggeris tetapi akhbar Cina. Rancangan televisyen yang paling dominan di antara rancangan hiburan televisyen bukanlah rancangan Melayu dan Inggeris, tetapi Cina. Masyarakat Melayu harus dapat memanfaatkan dasar itu, dan jangan ada sekatan ke atas media lain daripada UMNO.

Kepustakaan dalam Bahasa Melayu
Tun Abdul Razak Hussein mengingatkan kita bahawa kebudayaan sebuah bangsa itu juga bergantung kepada himpunan ilmu dalam bahasanya, iaitu kepustakaan dalam bahasanya. Kita akan terus berjuang membina kepustakaan dalam bahasa Melayu. Tinggi rendahnya tahap kebudayaan sesebuah bangsa bergantung kepada kepustakaan yang diwujudkan dalam bahasa bangsa itu. Apabila kita

49

Mengapa Kami Bantah!

melihat bangsa-bangsa yang agung, dalam bahasanya terhimpun suatu kepustakaan yang besar. Kita hanya dapat membina tamadun atas kepustakaan dalam bahasa sendiri, bukan dalam bahasa Inggeris.

Barisan Memperjuangkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Perjuangan menentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan nampaknya bertenaga kerana mereka dibawa dan disokong oleh badan-badan Cina dan India yang bersatu. Kita akan memperjuang Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini secara bersatu. Persatuan penulis, persatuan kebudayaan, cendekiawan perlu bersatu bagi memperjuang hak kita. Yang penting kita berjuang bagi menegakkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan atas prinsip dan kepercayaan kita.

Kesan Bahasa Inggeris
Walaupun tidak dinyatakan satu persatu, tetapi jelas bahawa banyak bantahan terhadap apa yang Melayu itu datangnya dalam bahasa Inggeris, daripada yang berpendidikan Inggeris. Bahasa Inggeris itu tidak membina perasaan yang menerima atau berlembut terhadap Melayu. Malah, ternyata kebanyakan tentangan kuat terhadap bahasa dan budaya Melayu ini datangnya daripada Melayu yang Anglofil.

Belajarlah Bahasa Inggeris
Kita mesti belajar bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris mesti diajar sebagai satu mata pelajaran.

Kesimpulan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diasaskan pada budaya setempat, bahasa Melayu dan agama Islam adalah wajar. Dalam pada itu kita tidak menolak pula unsur budaya lain diserap sebagai unsur kebudayaan asalkan ia tidak bertentangan dengan dasar kebangsaan itu. Tetapi, kebudayaan lain tidaklah pula dihalang. Apabila ini dibantah, maka maruah kita sebagai peribumi juga dinafikan.

50

6
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedi dalam Peradaban Melayu Moden
Prof. Dr. Shahrir bin Mohamad Zain Mantan Profesor Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Malaysia Terengganu.

Fakta yang Tidak Diketahui?
Dalam masa empat dasawarsa sahaja, Malaysia mampu melahirkan sarjana bertaraf dunia dalam pelbagai bidang SAKTI. Sekaligus perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada bahasa Melayu adalah pada tahap fenomenal.

Pencapaian prasiswazah
UKM ditubuhkan pada 1970 bagi memajukan ilmu dalam bahasa Melayu dalam kebanyakan bidang ilmu dan sekaligus menjadi penyatu bangsa dan penyinambungan asas penubuhan SITC 1922 dan Kolej Islam Kelang 1955, dua institusi tertinggi yang menjadi kebanggaan Melayu sebelum merdeka! (Lihat sejarah UKM oleh Mohd Ali 1981). UTM pula menjadi pelopor pendidikan kejuruteraan dan teknologi dalam bahasa Melayu sejak 1978. Universiti-universiti awam yang lain turut berada dalam aliran ini sejak 1983. Walaupun bidang perubatan, belum lagi dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya hingga kini, termasuklah di UKM, malah bidang ini hanya dijalankan dalam bahasa Melayu sehingga tahun ketiganya sahaja (tahun praklinik) dan dua tahun kemudiannya (peringkat klinik) hampir semuanya dalam bahasa Inggeris, namun semua universiti awam sudah menjadi universiti Melayu (bahasa pengantarnya dominan Melayu, dan begitulah juga dengan komposisi pelajar dan pekerjanya) sekurang-kurangnya sejak 1987 (tahun keramat semua universiti awam melahirkan prasiswazah aliran Melayu dalam semua bidang kecuali perubatan).

Mengapa Kami Bantah!

Sejak kemeriahan bahasa Melayu 1987 itu, dianggarkan sekurangkurangnya secara puratanya 4 ribu prasiswazah SAKTI aliran Melayu dihasilkan oleh universiti-universiti awam kita setiap tahun. Jika dilihat dalam bidang teknologi maklumat (TM) pula, suatu bidang yang sering difitnahkan sebagai tidak layak diajar apatah lagi dimajukan atau dibangunkan dalam bahasa Melayu kerana kepantasan perkembangan ilmu itu dalam bahasa asing (Inggeris) dan kononnya pelajar aliran Melayu tidak mampu mengikutinya, maka data di UKM sahaja pun menyangkal keras prasangka buruk dan jahat ini. Pertamanya, bidang ini telah diajar dalam bahasa Melayu di UKM sejak tahun 1975 lagi di bawah program sains komputer, dan ijazah dalam bidang ini pertama kali dikeluarkan oleh UKM mulai 1979, walaupun Fakulti Teknologi Maklumat UKM hanya ditubuhkan pada tahun 1994 sahaja. Fakulti TM, sains maklumat, sains komputer atau gabungannya di IPTA lain telah beberapa tahun ditubuhkan lebih awal daripada 1990 lagi yang semua programnya dijalankan di dalam bahasa Melayu juga. Umpamanya Fakulti Sains Komputer dan Sains Maklumat (FSKSM) di UTM ditubuhkan pada 1984 lagi. Tetapi sebelum tertubuhnya fakulti ini pun, sejak 1985 lagi UTM sudah pun melahirkan puluhan prasiswazah TM dalam aliran Melayu setiap tahun (Sila rujuk sesawang UTM). Sejak 1994 tidak kurang daripada 2 ribu orang prasiswazah SAKTI setahun, termasuk kira-kira 200 orang prasiswazah TM setahun, dapat dikeluarkan oleh setiap lima buah universiti awam besar (UKM, UM, UPM, USM dan UTM) dan semuanya dalam bahasa Melayu, terutamanya selepas 1982). Contohnya, dalam konvokesyen UKM 2001, seramai tidak kurang daripada 2500 orang pelajar SAKTI dianugerahi ijazah pertamanya masing-masing termasuklah bidang TM seramai tidak kurang daripada 400 orang (Buku cenderamata konvokesyen UKM 2001. Perincian data prasiswazah UKM sehingga 1994, lihat risalah Intisari UKM 1995). Kejayaan Malaysia dalam pembangunannya sejak 1974 (semenjak prasiswazah aliran Melayu wujud) dan dengan pesatnya dalam tahun 1980-an dan 1990-an itu tentunya sebahagian besarnya berupa sumbangan para lulusan aliran Melayu juga, sekurang-kurangnya mereka yang memperoleh pendidikan sains dan matematik sehingga ke peringkat SPM. Kenapalah pemimpin kita lupa bahawa dalam tempoh itu juga, menerusi pendidikan aliran Melayu inilah puluhan ribu setahun pelajar Malaysia mampu bersaing di universiti antarabangsa (di negara-negara berbahasa Inggeris, negaranegara di Eropah, Jepun, negara-negara Arab dan lain-lain lagi) dengan membawa pulang ijazah masing-masing (termasuklah Melayu sekitar 5 ribu setahun itu).

52

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Pencapaian Siswazah
Sementara itu, siswazah Sarjana aliran Melayu (kursus dan/atau tesisnya dalam bahasa Melayu) dalam bidang sains dihasilkan pertama kalinya pada tahun 1980 (geologi) dan Doktor Falsafahnya (D. Fal.) pada tahun 1985 (sains hayat) yang kedua-duanya di UKM. Sarjana dalam TM (teknologi maklumat, bidang yang paling kerap dikatakan tidak sesuai/mampu dalam bahasa Melayu) dihasilkan mulai 1985 di UKM atas nama sains komputer; manakala peringkat D.Fal. dalam bidang TM dihasilkan mulai 1998. Sejak 1980 hingga 2002 UKM sahaja telah menghasilkan kira-kira 2 ribu buah tesis Sarjana dan D. Fal., dan dalam bidang TM sahaja sejak 1995 hingga kini UKM telah menghasilkan hampir 300 buah tesis. Jika universiti awam lain dianggap juga menghasilkan siswazah Sarjana dan D.Fal. dengan tesisnya dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya sejak 1990 (7 tahun selepas semua program ijazah pertamanya dalam bahasa Melayu) maka ribuan tesis lagi terhasil dari universiti-universiti awam lain itu. Sejak 1990-an juga setiap tahun beberapa orang sarjana SAKTI Malaysia yang berpendidikan aliran Melayu sekurang-kurangnya sehingga SPM berjaya menggondol hadiah rekacipta bertaraf dunia yang diadakan di Eropah. Yang lainnya, ada yang beroleh hadiah tesis Ph.D yang terbaik dan sebagainya di universiti-universiti terkemuka di seberang laut. Semua ini menyangkal dakwaan yang kononnya lulusan aliran Melayu tidak berdaya saing atau tidak bertaraf dunia.

Pencapaian Dunia Akademia
Sekurang-kurangnya sejak 1994 lagi peratusan akademiawan bidang SAKTI universiti-universiti di Malaysia yang berijazah pertamanya dalam aliran bahasa Melayu dari UKM sahaja pun cukup ramai, iaitu melebihi 30% (UKM 44% bidang S & T dan 29% bidang kesihatan, UPM 24%, UTM kira-kira 46%). Kini dianggarkan lebih daripada 50% kaki tangan akademik universiti-universiti kita terdiri daripada mereka yang sekurang-kurangnya berijazah pertamanya dalam aliran Melayu. Ramai daripada mereka ini sudah membuktikan kehebatan pendidikan dalam aliran bahasa Melayu di antarabangsa pun menerusi forum-forum akademianya (penerbitan, persidangan dan sebagainya yang bertaraf dunia) dan peggondolannya hadiah di pertandingan rekacipta antarabangsa dan sebagainya.

Pencapaian Pengimbangan Kaum dalam Dunia Keikhtisasan SAKTI
Kejayaan pendidikan aliran Melayu juga dapat dilihat daripada segi kejayaan kita mengimbangi komposisi kaum dalam pelbagai sektor selain daripada sektor akademik. Dalam tahun 1999, arkitek Melayu

53

Mengapa Kami Bantah!

29% (tahun 1970 hanya 4%), doktor gigi Melayu 35% (tahun 1970 hanya 3%), doktor haiwan 43% (tahun 1970 hanya 4%), doktor perubatan lain 37% (tahun 1970 hanya 4%), juru ukur 45% (tahun 1970 tiada datanya tetapi dipercayai tidak banyak jauhnya daripada 4% itu) dan jurutera 27% (tahun 1970 hanya 7%). Pemimpin-pemimpin persatuan berasaskan SAKTI kini kira-kira 50% orang Melayu (tahun 1970 dahulu datanya tiada, tetapi tentunya tidak lebih daripada angka 4%-7% itu). Dalam dunia akademik dan penyelidikan SAKTI, peratusan Melayu dikira sudah tidak seimbang lagi, iaitu melebihi 80% kecuali kesihatan sekitar 50%, geologi sekitar 60% dan farmasi 70%. (Lihat juga Rajah 1, manakala perincian data ini ada dipaparkan dalam Shaharir 2002).

Pencapaian dalam Pengantarabangsaan SAKTI Melayu
Selain daripada kejayaan dalam pencapaian pertandingan rasmi atau tidaknya di arena antarabangsa di kalangan para lulusan atau sarjana Malaysia beraliran Melayu yang tersebut di atas, pengantarabangsaan bahasa SAKTI dan bahasa Melayu juga berlaku menerusi puluhan ribu tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu yang disebut di atas itu. Ini berlaku apabila para sarjana luar negara terpaksa merujuk tesis-tesis ini apabila mereka ingin mengetahui dengan lebih terperinci lagi akan ilmu ciptaan siswazah Malaysia itu apabila mereka mengetahui kewujudannya menerusi penerbitan atau forum-forum ilmiah (seminar dan sebagainya). Satu lagi kejayaan besar pendidikan SAKTI aliran Melayu ialah kejayaan kita mewujudkan para sarjana yang berfikir secara nasional walaupun bekerja di antarabangsa sehingga mereka ini mengantarabangsakan bahasa Melayu menerusi istilah bidangnya masing-masing. Dalam bidang zoologi umpamanya kini sudah lebih daripada 300 istilah haiwan dalam bentuk L M dengan L dalam bahasa Latin dan M dalam bahasa Melayu daripada warna seperti hijau, jalur, tompok, dan sebagainya (contohnya, Arthrotus hijau); atau kata sifat seperti ajaib, cantik, lawa, indah dan sebagainya; atau daripada nama tempat di Malaysia seperti pahangi (drp Pahang); atau nama orang Melayu seperti ismaili (drp Ismail) seperti yang dipaparkan oleh Muhammad Salleh (2002). Penulis ini sendiri memperkenalkan istilah resapion (drp resap + ion) dalam karyanya yang telah diantarabangsakan. Ini mustahil berlaku jika SAKTI kita tidak dalam aliran Melayu sebagaimana yang terbukti pada sarjana kita di Universiti Malaya sebelum 1983. Sekaligus terbuktilah juga kekosongan dakwaan “maju bangsa majulah bahasa” itu.

Masalah Pendidikan SAKTI dalam Aliran Melayu
Di samping kejayaan demi kejayaan yang tercapai menerusi pendidikan SAKTI dalam bahasa Melayu itu, sepertilah juga dengan aliran bahasa lain di dunia ini (termasuk aliran Inggeris di UK dan Amer. Syarikat

54

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

pun!), pendidikan dalam bahasa Melayu telah tidaklah menghapuskan semua masalah pendidikan orang Melayu yang dihadapinya selama ini. Malangnya, bagi pencinta dan pengagum bahasa Inggeris (dan mungkin sekali kebudayaannya) masalah-masalah ini kononnya disebabkan oleh bahasa Melayu secara intrinsiknya. Mereka percaya pula masalah-masalah yang masih wujud itu kononnya semuanya dapat diselesaikan menerusi penghayatan bahasa Inggeris dalam pendidikan “sains dan matematik” dalam bahasa Inggeris bahkan dalam seluruh kehidupan ini seperti yang nampaknya diimpikan oleh pemimpin besar Melayu Selangor.

Pantasnya Sains dan Matematik Berubah
Helah kewajaran dasar bahasa baru di sekolah yang sering disuarakan ialah betapa sains dan matematik kini pantas berubah dan tidak mungkin dikejar dalam bahasa Melayu. Mereka ini lupa bahawa seseorang perlu menguasai asas-asas sains dan matematik itu dahulu sebelum terlintas atau termampunya seseorang itu mahu mengejar ilmu berkenaan itu. Jikalau diajar dalam bahasa sendiri pun kebanyakannya tidak dapat menguasai asas-asas itu, masakan berlaku sebaliknya jika diajar dalam bahasa bukan bahasa ibundanya? Mereka juga lupa atau jahil betapa sains dan matematik sekolah adalah ilmu asas yang berumur ratusan tahun dan tidak berubah sedikit pun, apatah lagi kononnya berubah-ubah menerusi bahasa Inggeris sahaja, sehingga tidak dapat dikejar dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris itu. Ini satu pembohongan semata-mata! Malah sains dan matematik di peringkat universiti (peringkat ijazah pertama) pun hampir tidak berubah juga. Yang berubahnya, selain daripada ilmu di peringkat pasca-siswazah, ialah teknologi terutamanya teknologi komputer sahaja, dan itu pun bukan menerusi bahasa Inggeris sahaja, tetapi banyaklah siswazah aliran Melayu (dan tidak semua aliran Inggeris pun) selama ini memang mampu mengikuti perkembangan itu. Mungkin yang boleh diterima tak mampunya Malaysia (di bawah sistem pendidikan Melayu selama ini dan Inggeris sebelum itu!) ialah membuat inovasi sendiri atau mencipta yang baru sendiri.

Bahasa Inggeris Kunci Ajaib-Sakti Penguasaan Sains dan Matematik
Satu lagi helah pewajaran dasar bahasa di sekolah ialah kononnya belajar dalam bahasa Inggeris boleh mempercepatkan dan meningkatkan pencapaian orang Melayu khususnya menguasai sains dan matematik. Mereka ini mengeluh (seolah-olah merekalah sahaja yang prihatin!) kerana dengan pendidikan dalam bahasa Melayu selama lebih 40 tahun pun pencapaian Melayu yang cemerlang masih ketinggalan berbanding dengan kaum Cina. (Memang! Mengikut

55

Mengapa Kami Bantah!

perkiraan penulis nisbahnya kira-kira 1: 9 di peringkat SPM dan 1:19 di peringkat universiti tempatan). Mereka ini berhujah dengan yakin dan sombongnya (mungkin kerana kuasa di sebelahnya!) bahawa kononnya dengan dasar pengInggerisan pendidikan sains dan matematik sekolah, pada mulanya orang-orang Melayu mungkin akan menurun lagi pencapaiannya kerana masalah bahasa Inggeris itu, tetapi kemudiannya, atas kesedarannya, tekanan dan sebagainya, orang Melayu (di luar bandar sekali pun) akan menguasai bahasa Inggeris dan seterus dapat menguasai sains dan matematik dengan lebih baiknya. Tidak lama selepas itu kononnya kita akan menjadi pencipta SAKTI! Hujah taajub inilah juga yang menyebab mereka ini mencanangkan slogan “maju bangsa majulah bahasa” kerana kononnya bahasa Melayu sekarang tak maju-maju dan tiada siapa yang mahu belajarnya kerana orang Melayu mundur, sedangkan apabila Melayu maju kelak (menerusi bahasa Inggeris itu) maka baharulah bahasa Melayu pun akan turut menjadi maju dan ingin dipelajari oleh orang-orang lain seperti bahasa-bahasa negara maju sekarang. Ini memang hujah sewel, membodohkan rakyat dan berharapan kosong sahaja. Tiada bukti dalam dunia ini, dan tidak masuk akal sesiapa pun yang waras dan ikhlas, yang kaedah sebegini memang berjaya seperti yang di-Mat-Jeninkan itu. Kejayaan lebih daripada 5 ribu setahun pelajar Melayu dalam aliran Melayu memperoleh ijazah dalam aliran pelbagai bahasa di seberang laut, terutamanya dalam bahasa yang kerajaan begitu prihatin dan sangsi kebolehan anak Melayu, iaitu bahasa Inggeris, menyangkal tohmahan yang kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu semakin melemahkan Melayu, tidak berdaya saing dan sebagainya itu. Pencapaian anak-anak Melayu berbanding dengan bukan Melayu di semua peringkat sebenarnya jauh meningkat berbanding dengan zaman pendidikan bukan dalam aliran Melayu dahulu, walaupun jurangnya masih luas. Sudah ramai anak Melayu yang malah dapat berada di universiti-universiti terkemuka di dunia, di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, dan bersama-sama dengan yang di universiti lain ramai pula yang beroleh kelas pertama pun. Jika pencapaian ini dicampurkan dengan yang di dalam negara, maka jurang pencapaian Melayu dengan suku kaum lain di Malaysia tidaklah seburuk yang digambarkan itu, malah mungkin sekali sama dengan jurang di peringkat SPM itu sahaja (yang perlu diakui masih luas jurangnya). Tetapi hipotesis yang nampaknya begitu dipercayai oleh UMNO bahawa jurang ini dapat disempitkan apabila bahasa pengantar ilmu sains dan matematik dijadikan dalam bahasa Inggeris adalah suatu yang di luar khayalan dan kefahaman orang-orang yang tidak terserkap/terpesona dengan bahasa Inggeris. Malah hampir semua kajian berhubung dengan hal ini yang dilakukan di luar negara memang menunjukkan sebaliknya! Tidak ada sebab seseorang tidak

56

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

mahu mempercayai kajian ini. Lebih-lebih lagi apabila seseorang menyedari sebahagian besar negara maju sekarang (apatah lagi dahulu) bukannya negara yang sistem pendidikannya dalam aliran Inggeris! Di dalam ketaasubannya kepada kebudayaan Inggeris, mereka ini sengaja enggan menerima hakikat tiada apa yang istimewanya bahasa Inggeris dalam penentuan tahap kejayaan atau pencapaian pendidikan atau penciptaan/pembangunan SAKTI. Mereka ini seolah-olah lupa bahawa setiap negara maju di dunia ini yang bahasa ibundanya/ natifnya bukan bahasa Inggeris tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kehidupannya atau bahasa pengantar pendidikan SAKTI negaranya. Dalam pembangunan/penciptaan SAKTI amatlah jelas perkara ini kerana para ahli SAKTI besar dunia tidak didominasi oleh mereka yang berbahasa ibundanya Inggeris, atau mereka yang melalui sistem pendidikan aliran Inggeris sahaja, walaupun benar bahasa Inggeris semakin meluas penggunaannya sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Ini dibuktikan lagi oleh hasil ujian berkala empat tahun terhadap pencapaian pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh dunia (kira-kira 40 buah negara yang mengambil bahagian) oleh pengkaji di Amerika Syarikat di bawah tajaan NSF-nya. Kini sudah 4 kali dilakukan dan kali terakhirnya setakat ini ialah 1999 (lihat Newsweek December 2, 1996 dan Internet 1; sepatutnya ada ujian ini tahun 2003 tetapi tiada berita yang kami peroleh setakat ini). Setiap kali kajian itu, hasilnya sepatutnya menyedarkan para pemabuk bahasa Inggeris di Malaysia ini kerana pencapaian negara-negara berbahasa Inggeris sekalipun (Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, dan Ireland) mendapat kedudukan yang ke bawah daripada negara-negara lain (yang tidak berbahasa Inggeris). Yang menariknya lagi Thailand (yang menggunakan bahasa sendiri) berprestasi yang sebanding dengan negara-negara berbahasa Inggeris itu, dan negara yang menggunakan bahasa asing (bahasa penjajahnya seperti Sepanyol, Pertugis, Perancis dan Inggeris) dalam sistem pendidikannya mendapat tempat corot. Negara kita (yang masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan sehingga kini dan oleh itu kononnya tidak berdaya saing itu) masuk dalam penilaian ini hanya tahun 1999 dan pencapaian kita juga agak baik, iaitu dapat mengatasi kebanyakan negara yang berbahasa yang para pemimpin kita citai dan kagumi itu (bahasa Inggeris) dan mengatasi Phillipina (yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikannya). Satu-satunya negara yang tidak menggunakan bahasa sendiri dalam sistem pendidikannya tetapi berprestasi baik ialah Singapura. Tetapi ini pun sepatutnya tidaklah begitu merayakan golongan pencinta bahasa Inggeris di Malaysia (dan di mana-mana jua) kerana prestasi Singapura dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa yang lain lagi tidaklah pula membanggakan seperti dalam

57

Mengapa Kami Bantah!

Olimpiad subjek-subjek sains sekolah yang dibicarakan di bawah ini. Tidak hairanlah, sejak 1999, Singapura sendiri tidak lagi percaya dasar ekabahasanya (bahasa Inggeris sahaja) dalam sistem pendidikannya boleh menjayakan Singapura pada masa hadapan kerana penyelidikannya membuktikan hanya sekitar 40% sahaja rakyatnya yang berpotensi menguasai bahasa Inggeris walaupun jumhur rakyat Singapura memang mengimpikan menjadi Barat lalu semakin ramai menjadi karikatur Barat. Ekoran daripada itulah pemerintah Singapura mengubah sistem pendidikannya kepada dwibahasa (Inggeris & Mandarin; atau Inggeris & Melayu) sambil mewujudkan kempen besarbesaran kepada keperluan nilai-nilai Konfusisme/Gong-Fu-Tzeisme) sehingga 1999 dikatakan sekurang-kurangnya 60% pelajar Sekolah Singapura berpendidikan sekolah rendahnya dalam dwibahasa CinaInggeris (Lihat internet 3). Kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi juga lebih kurang seperti kedudukan dalam ujian yang tersebut di atas juga, iaitu kedudukan pertama hingga sepuluh 10 digondol oleh negara-negara yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. (lihat internet 4). Umpamanya, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002 menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan Amerika Syarikat, Bulgaria, Vietanam, Korea Selatan, Taiwan, Romania, India (satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Olimpiad dalam Fizik 2002 tidak dapat diketahui tetapi dalam 2001, pemenangnya pertamanya dari Rusia diikuti oleh Iran, Belarus, India, Poland, Republik China, Amerika Syarikat dan Taiwan. Olimpiad dalam Kimia 2002 dimenangi oleh Republik China diikuti oleh India, Poland, Taiwan, Ukrain dan Korea Selatan. Olimpiad dalam Biologi dimenangi oleh Republik China diikuti oleh United Kingdom, Rusia, Taiwan, Korea Selatan. Dalam pertandingan-pertandingan Olimpiad ini, Singapura mengatasi negara-negara ASEAN hanya dalam bidang Biologi sahaja dan Phillipina (satu lagi sistem pendidikan yang nampaknya diidami oleh Malaysia kerana Inggerisnya) berada di corot! Mungkin para citawan Inggeris menonjolkan India pula, tetapi kenapa tidak negara-negara lain itu? Semuanya ini hanya manifestasi hukum sosial tentang kerelevanannya bahasa sendiri dalam pembangunan dan juga menunjukkan adanya faktor lain lagi dalam pencapaian ilmu, bukannya soal kesuperioran bahasa Inggeris seperti yang dibayangkan oleh dasar bahasa kerajaan yang baru ini. Tetapi, pemimpin Malaysia kini nampaknya membayangkan sikapnya yang berpendirian “lebih baik rakyat Malaysia ramai berbahasa Inggeris dalam kehidupan hariannya daripada berilmu tetapi tidak tahu Inggeris seperti Jepun”.

58

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Aliran Melayu Monyok, Lemah dan Tidak Boleh Bekerja dalam Negara Sendiri Apatah Lagi Bersaing di Antarabangsa
Pandangan bahawa lulusan aliran Melayu adalah lemah, tak boleh bekerja dan tidak boleh bersaing secara seluruhnya itu adalah satu tohmahan yang berniat jahat sahaja. Laporan jejak prasiswazah UKM yang dilakukan oleh Sham Sani et al. (1983) dan Faridah et al. (1987) kedua-duanya tidak banyak menimbulkan masalah keupayaan ilmu pada lulusan UKM (aliran Melayu) malah ada kemahiran lulusan UKM yang mengatasi lulusan dari universiti-universiti lain (dari luar atau dalam negara seperti aspek penyelidikan). Tetapi kedua-dua laporan itu memang ada menimbulkan budaya komunikasi dalam bahasa Inggeris di swasta yang tidak cocok dengan lulusan UKM, dan ini menunjukkan masyarakat kita, khususnya swasta, tidak pernah dan tidak mahu berubah dalam aspek kebahasaan ini. Inilah yang anehnya dan tidak kenanya dengan bangsa Melayu yang sudahpun ditonjolkan dengan sedih dan kesalnya oleh Munsyi Abdullah pada awal kurun ke-19M dahulu lagi, yang tidak berlaku pada bangsa lain yang maju di dunia ini, iaitu bangsa yang tidak mahu menggunakan atau memajukan bahasanya sendiri. Masalah yang terjadi kepada lulusan aliran Melayu sebenarnya ciptaan orang Malaysia sendiri sahaja, yang boleh dihindari jika minda elitawan dan majikan Malaysia berubah. Perbuatan siapakah sehingga walaupun sudah ratusan ribu siswazah aliran Melayu terhasil, namun bahasa Melayu di sektor berpengaruh (sehingga 2003, selain pendidikan) masih menjadi melukut di tepi gantang? Dalam keadaan ini sudah tentulah lulusan aliran Melayu menghadapi masalah komunikasi di mana sahaja mereka bekerja samalah juga dengan lulusan Inggeris yang bekerja di Thailand atau Jepun umpamanya. Mereka ini menjadi monyok buat seketika. Sepatutnya kerajaan yang betul wawasannya semestinya menyalahkan golongan elitawan kita, bukan sistem pendidikan aliran Melayu itu yang dihina dan dicela. Sepatutnya kerajaan tidak membiarkan DBP sahaja terkial-kial menjalankan Minggu Bahasa Kebangsaan Swasta yang gagal itu. Sepatutnya kerajaan menawarkan berbagai-bagai bentuk insentif kepada swasta supaya mereka menggunakan bahasa rasmi negara dalam urusannya, bukannya membiarkan swasta yang menentukan nasib bahasa rasmi negara seperti yang berlaku selama ini. Keberanian golongan citawan Inggeris muncul dengan hebatnya sejak 1990-an kerana sikap liberal kerajaan dan arus sejagatisme serta kemelesetan ekonomi negara. Pangkungan mereka kepada lulusan aliran Melayu dan dunia akademik Malaysia amnya menjangkau kepada tuduhan kononnya akademikawan selepas peMelayuan sistem pendidikan negara kurang bermutu berbanding dengan yang di UM

59

Mengapa Kami Bantah!

pada zaman berbahasa Inggeris dahulu. Namun kajian Shaharir (1996) berasaskan pada karya-karya akademik para pensyarah UM (1966-1971) dan UKM (1980-1985) menunjukkan prestasi ahli akademik di keduadua universiti itu (dalam tempoh kajian itu) tidaklah berbeza sangat dalam kebanyakan bidang SAKTI, walaupun dalam bidang sains hayat dan matematik nampaknya pencapaian di UM lebih rendah, dan sarjana UKM jelas mengatasi UM dalam penulisan buku-buku teks pengajian tinggi. Pendeknya, dakwaan para pengkritik bahawa sarjana kita pada zaman pendidikan aliran Melayu kurang bermutu daripada yang pada zaman aliran Inggeris dahulu adalah curahan sentimen melulu dan nita jahat semata-mata. Masalah pengangguran siswazah di Malaysia yang dikaitkan semata-mata dengan pendidikan aliran Melayu memanglah berniat jahat. Sebenarnya pengangguran itu lebih merupakan indeks keadaan ekonomi semasa sahaja dan indeks taburan pemilikan perusahaan mengikut kaum, bukannya indeks tahap kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebesar seperti yang digembar-gemburkan itu. Bukankah sebelum Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi siswazah aliran Melayu (bidang SAKTI) tetap memperoleh pekerjaan, dan bukankah siswazah di India dan di Phillipina yang beraliran Inggeris itu juga tidak mendapat pekerjaan di negara masing-masing?

Pendidikan dalam Bahasa Melayu Tidak Digemari, Memisahkan Kaum dan Tidak Mampu Menjadi Bahasa Perpaduan
Gambaran bahawa kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu selama ini tidak berjaya kerana Cina tidak mahu belajar di sekolah aliran Melayu dan orang Melayu sendiri semakin lari daripada sekolah Melayu itu adalah suatu yang tidak tepat sama sekali. Di peringkat sekolah rendah memanglah betul tetapi amat wajar. Tetapi di peringkat yang lebih tinggi berlaku sebaliknya. Sebenarnya, hanya segelintir yang kecil sahaja pelajar aliran Cina ini meneruskan pengajiannya dalam aliran Cina di peringkat sekolah menengah. Lebih daripada 80% menukar aliran ke Sekolah Kebangsaan (aliran Melayu) apabila mereka memasuki Sekolah Menengah walaupun mereka ini terus, dan memang wajar, mengambil bahasanya sebagai satu daripada mata pelajarannya. Aliran Melayu tidak gagal! Kepopularan Sekolah Agama pula tidak bermakna aliran Melayu gagal, kerana sekolah itu juga aliran Melayu! Apa salahnya? Pengaliran seperatusan kecil orang Melayu menghantar anaknya ke sekolah aliran agama SAR atau sekolah agama swasta (jika ada) hanya menunjukkan kekurangan sekolah Kebangsaan dalam mata pelajaran Agama dan bahasa Arab sahaja. Jika faktor ini dapat diperbaiki di sekolah Kebangsaan, trend orang Melayu ke sekolah ‘aliran agama’ itu tentunya akan dapat dihentikan. Betapa sekolah

60

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

aliran Melayu menarik perhatian ibu bapa India sehingga hampir 50% ibu bapa India menghantar anaknya ke Sekolah Rendah aliran Melayu tidak pula ditonjolkan. Kejayaan pelajar-pelajar Cina dan India di universiti-universiti awam (dalam bahasa Melayu) dan bagaimana pelajar-pelajar ini lebih selesa berbicara dalam bahasa Melayu sesama mereka dan dengan pelajar Melayu adalah tanda kejayaan pendidikan Melayu. Kenapa pemimpin Melayu nampaknya lebih suka jika mereka ini bercakap Inggeris pula? Bagaimana boleh bahasa asing menjadi bahasa perpaduan sedangkan kita telah pun melalui zaman itu sebelum 1970-an, dan perpaduan kita yang dibangga-banggakan selama ini tentunya manifestasi sistem pendidikan aliran Melayu.

Tiada Kena Mengenanya Identiti Bangsa dengan Aliran Bahasa Pendidikan?
Mereka yang menegakkan teori bahawa kononnya pendidikan dalam aliran Inggeris sepenuhnya pun tidak akan menjejaskan identiti, kepatriotan dan kebudayaan, khususnya bahasa, bangsa apa pun di Malaysia, sebenarnya mereka yang sengaja tidak mahu mengiktiraf betapa bahasa itu jiwa bangsa, bahasa mempengaruhi keperibadian, tingkah laku, nilai dan cara hidup (kebudayaan) seseorang. Pencerap sosial manakah yang sanggup menyatakan China di Amerika sama dengan China di Benua China, atau China di Malaysia sekalipun! Pencerap sosial manakah yang sanggup memejamkan matanya untuk menegaskan bahawa Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliran Inggeris dahulu sama dengan Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliran bahasa Melayu pasca-Merdeka, atau Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliran bahasa Arab? Melayu mana yang Melayu 100% adalah masalah perbezaan nilai kerana latar belakang pendidikan juga! Tetapi jika mengikut perlembagaan Malaysia sekali pun, orang yang tidak menggunakan bahasa Melayu di dalam sebahagian besar kehidupannya (termasuk di rumah) tidak dianggap Melayu! Bagaimana kita boleh menjamin sebahagian besar daripada orang Malayu yang mendapat pendidikan hampir sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan sebahagian besarnya menghayati bahasa Melayu dalam kehidupan hariannya? Status penghayatan bahasa Inggeris sekarang pun (dalam keadaan dasar pendidikan kita hampir 100% bahasa Melayu) nampaknya masih mampu menjadi bahasa Melayu terpinggir, apatah lagi kelak dengan dasar bahasa baru ini? Pengecualian tetap ada, kerana itulah tabii hukum sosial. Sebagai contohnya, mengikut kajian sosial mutakhirnya pada 1999 (lihat internet 3), setelah kira-kira 20 tahun Singapura menjalankan dasar pendidikan ekabahasa (bahasa Inggeris sahaja), kira-kira 40% China Singapura menghayati bahasa Inggeris dalam kehidupannya (bahasa Inggeris menjadi bahasa ibundanya, dan mereka ini tidak boleh bercakap dalam

61

Mengapa Kami Bantah!

bahasa China lagi) kerana sistem pendidikannya beraliran Inggeris sepenuhnya sekurang-kurangnya pasca-sekolah rendah. Ya, tiada siapapun mengatakan mereka ini menjadi orang Inggeris yang sama dengan orang Inggeris di England, walaupun pengkaji sosial mendapati mereka benar-benar mahu menjadi Inggeris dan menyukai kehidupan keInggerisan termasuklah keinginan tinggi memperisterikan/mempersuamikan orang Inggeris. Tetapi bukan sahaja pencerap sosial Singapura, malah pemerintah Singapura juga mendapati (dan tidak senang) dengan tahap keChinaan (nilai-nilai murni China) para citawan Inggeris ini! Ini bermakna 40% China Singapura sudah bukan China yang diingini (bukan China 100%?) oleh bangsa China Singapura! Oleh itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dasar ekabahasa sudah diubah sedikit kepada dasar dwibahasa (Inggeris dan Mandarin) kepada sekitar 20% penduduk Singapura dengan menubuhkan beberapa buah sekolah khas dwibahasa ini.

Bala Perbuatan Sendiri?
Penulis merasakan bala yang menimpa orang Melayu menerusi nasib bahasanya (dan kebudayaannya) yang diperkecil dan disingkirkan oleh pemimpinnya sendiri yang berlaku kini ialah angkara perbuatan kelengahan/kealpaan para peikhtisas dan sarjana SAKTI Melayu sendiri juga.

Bahasa Melayu tidak boleh hidup dalam dunia amalan keSAKTIan
Siswazah aliran Melayu sebenarnya berubah menjadi manusia yang tidak mahu berbicara dalam bahasa Melayu setelah mereka bekerja lima-enam bulan sahaja di swasta. Budaya berbahasa Melayu selama 3 atau 4 tahun di universiti pada tahap yang tinggi itu tidak melekat atau tidak dapat (tidak mahu/digalakkan/dibenarkan?) diamalkan dalam alam pekerjaannya akibat persekitarannya yang begitu kukuh dan kental dalam bahasa Inggeris, atau yang lebih dahsyat lagi kerana dasar organisasinya (penulis dimaklumkan umpamanya dalam perhotelan) sehingga sesiapa yang cuba menghayati bahasa Melayu dianggap ‘kurang cerdik’ atau ‘kurang berkebolehan’ atau ‘melanggar peraturan’. Sehingga kini perubahan minda para majikan atau elitawan Malaysia mungkin tidak dapat berlaku walaupun sudah ratusan ribu siswazah aliran Melayu berada di pasaran kerana bilangan yang sama atau lebih siswazah aliran Inggeris dari seberang laut dan kini dalam negara sendiri ada bersamanya dan sebahagian besarnya bukan bumiputera pula yang sentimennya kepada bahasa Melayu jauh lebih rendah daripada orang Melayu pula. Tetapi golongan peri bumi yang dominan dalam sesuatu sektor SAKTI tidak pula memastikan tahap penghayatan bahasa Melayu tinggi kerana sifat Melayu Semenanjung yang pernah dikesali oleh Munsyi Abdullah pada awal abad ke-19 lagi itu, iaitu

62

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

katanya Melayu ini satu-satunya bangsa dalam dunia ini yang tidak mahu menggunakan bahasanya sendiri! Malah peratusan bumiputera/peribumi yang tinggi dalam dunia akademia lebih daripada 70% sejak 1990-an lagi tidak juga menjadikan dunia akademia di Malaysia berbudaya bahasa Melayu di dalam urusan kerjanya selain daripada pengajaran di bilik kuliah dan sebagainya. Ini jelas terpancar daripada karya mereka dalam jurnal dan pascasidang dalam negeri yang masih dominan dalam bahasa Inggeris, iaitu mengikut kajian Shaharir (1991) hanya 30% sahaja dalam bahasa Melayu dalam bidang kejuruteraan dan sains hayat, dan hanya sekitar 5 peratus sahaja dalam perubatan, walaupun dalam sains fizis (geologi, kimia dan fizik) dan sains matematik peratusannya agak tinggi iaitu sekitar 80%. Angka-angka ini dalam tahun 1990-an pun tidak banyak berubah kerana mengikut kajian Shaharir (1996), hanya sekitar 40% daripada makalah-makalah dalam jurnal SAKTI keluaran UKM sejak 1983 hingga 1996 yang ditulis dalam bahasa Melayu. Jelas, kecuali bidang sains fizik dan matematik, penghayatan bahasa Melayu dalam forum akademia (penulisan jurnal dan persidangan tempatan) masih jauh drp memuaskan terutamanya dalam perubatan. Ini mungkin tidak menghairankan kerana peratusan peribumi/Bumiputera dalam dunia akademia perubatan ialah 50%, sedangkan peratusan itu dalam bidangbidang lainnya melebihi 80%. Namun, tidaklah juga benar bahawa peratusan yang tinggi Bumiputera/Peri bumi sahaja dengan sendirinya penghayatan bahasa Melayu pun tinggi. Malah, kajian tahun 1996 itu juga menunjukkan peratusan Bumiputera/Peri bumi dalam komuniti akademia jurutera dan sains hayat juga sama atau melebihi bidang sains fizik dan matematik, tetapi jelas para jurutera Melayu dan ahli sains hayat Melayu sekalipun sengaja tidak mahu berkomunikasi dalam bahasanya sendiri. Komuniti perubatan tentunya lebih hebat lagi keInggerisannya kerana pendidikan bidang ini pada peringkat penyudahnya (penting, iaitu peringkat klinik) selama 2 tahun memang dalam bahasa Inggeris. Komunikasi rasmi para doktor di hospital-hospital kerajaan masih tebal dalam bahasa Inggeris. Tetapi ini hanya penyinambungan budaya pendidikan dalam bidang perubatan yang memang masih tebal dalam bahasa Inggeris di peringkat kliniknya (tahun 4 dan 5) di UKM sekalipun. Baru-baru ini apabila penulis cuba mendapatkan tanda tangan daripada kalangan profesor perubatan di UKM bagi memorandum membantah dasar pengInggerisan sains dan matematik sekolah, hanya sekitar 40% sahaja yang bersetuju di kalangan Profesor Melayu tetapi tiada seorang pun daripada profesor bukan Melayu (berjumlah 12 orang). Namun para profesor SAKTI bidang bukan

63

Mengapa Kami Bantah!

Perubatan di UKM amatlah dominan menyokong bantahan dasar pengInggerisan sains dan matematik sekolah (iaitu sekitar 90%). Betapa hebatnya penghayatan bahasa Inggeris dalam persatuanpersatuan ikhtisas dan semi-ikhtisan dalam bidang SAKTI memang tidak perlu diperkatakan dengan panjang lebarnya di sini. Satu daripada manifestasinya yang jelas dapat dilihat pada warkah berita atau buletin keluaran persatuan-persatuan yang anggotanya kebanyakannya akademiawan, dan Presidennya juga Peri bumi/ Bumiputera, hampir pasti dalam bahasa Inggeris [pada tahun 1995 penulis mendapati ada 40% persatuan SAKTI yang presidennya Melayu yang dapat dikesani, tetapi kini (tahun 2002) peratusannya meningkat menjadi 50% persatuan yang diketahui]. Bahasa komunikasi rasmi Akademi Sains Malaysia, badan yang anggotanya dianggap ahli SAKTI teratas Malaysia dan menjadi penasihat dasar SAKTI negara, adalah bahasa Inggeris. Tidak hairanlah juga, selain daripada kerana “takut”, tidak banyak persatuan-persatuan ini yang mahu menyatakan penentangannya terhadap dasar bahasa dalam pendidikan, iaitu hanya sekitar 30% daripada persatuan tersebut sahaja, dan tiada sebuah persatuan SAKTI berpresiden bukan Melayu yang mahu menyuarakan tidak senangnya terhadap dasar tersebut. Penghayatan bahasa Melayu dalam sektor awam pun semakin merosot. Komunikasi ahli-ahli SAKTI dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dalam hal penyelidikan di bawah rancangan IRPA (singkatan Inggeris) tajaannya hampir semuanya dalam bahasa Inggeris, terutamanya sejak 1994 kerana sejak itu semua borang permohonan penyelidikan dalam bahasa Inggeris dan laporan penyelidikan dikehendaki dalam bahasa Inggeris atas alasan demi memudahkan penilaian dari pembaca luar negara. Pengelasan bidangbidang penyelidikan anjuran IRPA yang dibuat oleh agensinya, MASTIC (singkatan Inggeris lagi), semuanya dalam bahasa Inggeris dan syor penulis supaya dibuat dalam dwibahasa Melayu-Inggeris tidak dilayan langsung. Dalam urusan penenderan kerajaan yang berhubung dengan pembelian alat atau pembinaan bangunan SAKTI hampir semuanya masih dijalankan dalam bahasa Inggeris, walaupun urusan tersebut membabitkan urusan dalam negeri sahaja. Tidak syak lagi, tabiat berbahasa Inggeris yang tebal di kalangan ahli SAKTI yang berpengaruh seperti perubatan dan jurutera di swastalah yang memberi gambaran dan kesimpulan (bagi sesetengah pihak) gagalnya, tidak relevannya, atau tidak cocoknya pendidikan SAKTI dalam bahasa Melayu: lain yang dilatih, lain yang diamal; cakap tidak serupa bikin; atau akademikawan SAKTI hidup bermuka-muka (di dalam bilik kuliah lain, di luarnya lain). Sekarang inilah padahnya!

64

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Tiadanya buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa Melayu
Satu perkara yang jelas menjadi faktor penyingkiran kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan SAKTI ialah tentang kedaifan industri buku dalam bahasa Melayu. Andaian yang besarnya dan mudah diterima umum ialah, dengan ketandusan buku-buku dalam bahasa Melayu itu, pelajar universiti aliran Melayu tidak mungkin berilmu sehebat aliran Inggeris. Dengan penonjolan tidak putus-putus bahawa kononnya “pelajar aliran Melayu buta Inggeris”, maka kesahihan andaian ini sukar ditepis. Para sarjana yang terbabit dengan pendidikan aliran Melayu selama ini tidak mengambil serius tentang perkara ini, walaupun imbauan demi imbauan dilakukan, dan berpuas hati dengan hanya memastikan pelajarnya boleh merujuk buku-buku dalam bahasa Inggeris itu sahaja. Mengikut data-data dalam Shaharir (1991) dan Mohd Yusof (1995), sehingga 1994 hanya sejumlah 1073 buah buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa Melayu yang ada. Ini jelas menunjukkan benarnya buku-buku SAKTI dalam bahasa Melayu amat tidak mencukupi kerana daya pengeluarannya hanya sekitar 80 buah setahun oleh hampir 2 ribu akademiawan bidang SAKTI, iaitu kira-kira 1 buah buku setahun bagi setiap 25 orang sarjana SAKTI (Mengikut Shaharir 1996, pada tahun 1994, bilangan akademiawan Bumiputera dalam SAKTI ialah 1863 orang: 984 orang berijazah D.Fal. atau Ph.D. atau setara, dan 879 orang yang berijazah sarjana atau setara). Tidak hairanlah begitu banyak kursus yang belum ada sebuah buku pun dalam bahasa Melayu. Malah, mengikut kajian Shaharir (1991) hanya 30% daripada mata kursus dalam program bidang sains fizis dan sains matematik yang ada sekurang-kurangnya sebuah buku teks dalam bahasa Melayu; manakala bidang sains hayat hanya sebanyak 17% dan kejuruteraan hanya 6%. Kini, mengikut buku panduan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM 2002, bidang yang selalu dirujuk kerana peranan dalam TMK/ICT dan sejagatisme/ globalisme itu, didapati hanya kurang daripada 10% daripada mata kursusnya yang ada buku teks/rujukan dalam bahasa Melayu. Dengan data yang seperti ini siapalah yang hendak percaya seseorang boleh menguasai ilmu TMK dalam pendidikan beraliran bahasa Melayu? Nah! Dunia akademik Melayu yang malas berkarya dalam penghasilan buku-buku teks pengajian bidang masing-masinglah yang menyebabkan tertimpanya bala ke atas bahasa Melayu sekarang! Ini adalah kelemahan perancang bahasa yang tidak cukup mengambil berat tentang perkara ini. Sebabnya berlaku demikian sudah dibincangkan dalam seminar khas berkenaan dengan perkara ini pada 2001 (lihat kumpulan kertas kerja di Seminar Penerbitan Buku Sains dan Teknologi 2001, khususnya makalah Shaharir 2001). Satu daripadanya yang ingin diulangi di sini ialah kekurangan keiltizaman

65

Mengapa Kami Bantah!

kita terhadap penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Umpamanya, kita tidak beriltizam atau berwawasan mahu melahirkan sebuah institusi penterjemahan yang setara dengan Bait al-Hikmah pada Zaman Tamadun Islam, dan Pusat Terjemahan Toledo pada Zaman Pertengahan Eropah yang bergerak cergas setiap satunya tidak kurang daripada 150 tahun sebelum tamadun-tamadun itu menghasilkan karya asli mereka sendiri. Institut Terjemahan Negara (ITN) kita baru sahaja ditubuhkan, iaitu 1993, tetapi ironinya mulai tahun yang sama jugalah negara mula mengubah dasar bahasanya, seperti membenarkan bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam SAKTI mulai 1994, mewujudkan Akta Pendidikan IPTS 1995 yang memberi laluan yang mudah untuk penubuhan kolej atau universiti swasta dalam bahasa Inggeris (kini dikatakan sudah berjumlah 700 kolej sedemikian). Dasar pengInggerisan pendidikan “sains dan matematik sekolah” seluruhnya menjelang 2003 dan pendidikan SAKTI di universiti awam menjelang 2005 ini hanya padahnya sahaja!

Mengeyakan Globalisme Barat
Tidak syak lagi teori-teori sejagatisme/globalisme Barat yang sering dikutuk oleh pemimpin kita itulah juga yang mendorong atau mempengaruhi kerajaan kita melaksanakan peliberalan segala-galanya termasuklah pendidikan di negara kita ini semenjak 1990-an. Teknologi maklumat (TM) yang menjadi komponen pentakrif utama sejagatisme itu memanglah begitu meluas meresapi ke segenap kehidupan manusia kini dan memanglah boleh melemahkan jiwa-jiwa manusia negara ketiga. Tidak syak lagilah bahawa kewujudan pelbagai wahana komunikasi teknologi canggih ini dan limpahan perusahaan maklumat akan terus memberi peluang kepada bahasa-bahasa ilmu semasa, seperti bahasa Inggeris, untuk memperkukuh peranannya sebagai bahasa yang digunakan dalam dunia komunikasi antarabangsa. Keadaan inilah yang melahirkan ramalan berakhirnya bahasa-bahasa bukan bertaraf bahasa ilmu kini, berakhirnya negara-bangsa, dan berbagai-bagai lagi termasuklah berakhirnya kebudayaan dan sistem nilai lain daripada Barat itu. Inilah juga dipercayai pendorong besar kepada dasar pengInggerisan pendidikan Malaysia. Gambaran bahana TM yang dikatakan bahananya tidak boleh dielak-elak lagi itu sebenarnya tidaklah semuanya tepat, kerana sebahagiannya lebih merupakan pandangan, retorik dan strategi perang saraf (tindakan melemahkan jiwa atau menakut-nakutkan negara membangun/ketiga) dari negara maju yang sengaja mahu meneguhkan lagi hegemoninya dan kelestarian kekuasaannya. Bahasa-bahasa negara maju sebelum mencapai tahapnya seperti sekarang ini juga menghadapi perang psikologi yang sama, bahasa-bahasa di Eropah melawan bahasa Inggeris (sekarang) dan abad-abad sebelum abad ke-19 ialah Perancis,
66

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Latin, dan Arab; dan Jepun melawan bahasa-bahasa Eropah. Teknologi maklumat bukan sahaja menguntungkan negara-negara yang maju, tetapi juga bagi negara-negara yang sedang membangun. Syaratnya, kita tidak mudah mengalah kerana jika kita mengalah, kita akan kalah sepanjang zaman pada hari muka ini, tetapi jika kita bersabar membina tamadun kita sendiri, dalam acuan kita sendiri, seperti sejarah kemajuan negara-negara maju itu, yang antaranya tentulah menerusi bahasa kita sendiri, maka TM boleh membantu kita mempercepatkan pembinaan tamadun yang kita impikan itu. Sikap pemimpin Melayu yang mudah mengikut rentah analisis sarjana-sarjana Barat terhadap implikasi-implikasi TM kepada sesuatu bangsa itulah maka bahasa dan bangsa Melayu memang akan menerima padah yang diramalkan oleh penganalisis Barat tentang TM itu.

Feudalisnya, materialisnya dan buntunya fikiran Islamis Melayu
Bibit pengInggerisan semula pendidikan di Malaysia boleh dikatakan bermula pada tahun 1985 lagi apabila kerajaan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa yang tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa pengantarnya. Bahasa Melayu yang selama ini dianggap satu daripada bahasa yang paling akrab dengan Islam tidak mendapat tempat langsung di universiti tersebut. Tetapi para Islamis atau nasionalis Melayu kita tidak berbunyi apa-apa pun kerana tunduknya mereka kepada pemimpinnya yang disanjungi, sayang akan kedudukannya (pangkat dan/atau harta) atau yang lainnya kerana tidak mampu mensentisiskan dengan adilnya akan hubungan Islam dengan bahasa (kononnya Islam tidak relevan dengan bahasa sesuatu kaum). Kemudian bibit pengInggerisan ini merebak lagi apabila Perdana Menteri kita menyatakan hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini semasa beliau meletakkan batu asas kampus tetap UIA (aliran Inggeris) pada 24 Ogos 1993 dan diulanginya beberapa hari kemudian pada perasmian UNIMAS (yang para pemimpinnya memang terkenal bercita-cita pengInggerisan) pada 31 Ogos 1993. Tiada yang mempersoalkan kaedah pelaksanaan cita-cita ini vis-a vis bahasa Melayu. Tidak berapa lama kemudian, pada 27 Disember 1993 (dilaporkan di media massa 28 Disember), Perdana Menteri kita juga mengisytiharkan bahawa universiti-universiti awam boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi, sedangkan semua universiti awam pada masa itu tidak menghadapi masalah yang besar pun dengan menggunakan bahasa Melayu. Perisytiharan yang cukup berkesan kepada nasib bahasa Melayu di IPT ini juga tidak ditentang dengan hebatnya oleh nasionalis Melayu yang bersarang dalam GAPENA, GPMS, Kesatuan Guru-Guru Melayu dan sebagainya itu kerana tidak ingin melukai pemimpin besar Melayu yang disanjunginya selama ini

67

Mengapa Kami Bantah!

atau kerana mengenangkan kedudukan masing-masing. Ini manifestasi dalamnya feudalisme atau materialisme di kalangan para nasionalis Melayu. Kemalapan bahasa Melayu ini menjadi semakin luas jangkauannya dengan termaktubnya Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1995 yang memberi laluan mudah pihak swasta mengabaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menubuhkan kolej/universiti dalam bahasa Inggeris sehingga kini dikatakan berjumlah lebih daripada 700 buah itu (hampir semuanya dalam bahasa Inggeris). Pada masa yang sama kerajaan juga memberhentikan peruntukan kepada DBP dalam penerbitan buku IPT. Semua ini berlaku dalam keadaan yang sepatutnya begitu menghiris kalbu, atau membakar kemarahan para nasionalis Melayu tetapi feudalisme dan/atau materialisme mengatasinya, sehingga lagi sekali gerakan bantahan kepada kedua-dua peristiwa ini tidak seberapa juga. Dalam soal penerbitan buku IPT itu, DBP sendiri seolah-olah menerimanya dengan lapang dadanya sahaja hinggalah ke hari ini. Nah! Lulus jarum luluslah kelindan. Kini dengan penuh licik dan orkestranya dasar mengInggeriskan mata pelajaran “sains dan matematik” sekolah pun berjaya dilaksanakan mulai 4/5 Januari 2003 seperti yang dirancang. Itu pun para nasionalis masih tidak mahu menggores hati para pemimpin besarnya yang berkuasa. Bala sudah lengkap datangnya.

Malaysia boleh!?
Hampir setiap negara yang mempunyai suku kaum minoritinya yang lemah dalam SAKTI dan bahasanya bukan bahasa pengantar pendidikan di negaranya mengadakan program pendidikan khas dalam sains dan matematik dalam dwibahasa (bahasanya dan bahasa pengantar rasmi) dengan tujuan menguatkan juga bahasa asing berkenaan. Buku-buku teks sekolah bagi kaum ini biasalah diselangselikan dengan bahasa ibundanya, dan malah dibenarkan juga gurunya menjelaskan sesuatu konsep itu dalam bahasa ibunda pelajar berkenaan (lihat bibliografi beranotasi tentang perkara ini di internet 2). Langkah ini sebenarnya ekoran daripada adanya hasil-hasil penyelidikan dalam pendidikan, dan gerakan ilmuwannya dalam bidang etnosains dan etnomatematik (iaitu sains dan matematik yang dilihat daripada perspektif kaum), supaya sains dan matematik di peringkat sekolah rendah diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Di Amerika Syarikat kumpulan ilmuwan ini dalam matematik telah menubuhkan “The International Group of Ethnomathematics” sejak 1982 lagi. Tidak syak lagi juga tindakan ini adalah dipengaruhi oleh banyak hasil kajian yang menunjukkan bahawa tahap kefasihan bahasa pengantar ilmu seseorang pelajar mempengaruhi pencapaiannya dalam SAKTI dan oleh

68

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

sebab itulah bahasa pengantar ilmu dalam bahasa ibunda seseorang adalah yang terbaik. Mereka ini juga tentunya tidak mahu tahu/ percaya dengan pandangan Kuhnan sejak 1962 lagi (Kuhn 1962/1993) bahawa SAKTI itu tidak bebas bahasa dan kebudayaan amnya dan oleh itu pembangunan SAKTI menerusi bahasa dan kebudayaan yang berbeza itulah yang memberi persaingan hebat dalam penemuan/ pembangunan SAKTI seperti yang terbukti sepanjang masa dan zaman. Model pendidikan ini, iaitu Inggeris + {bahasa ibunda pelajar} ternyata tidak menarik perhatian para pemimpin Melayu Malaysia yang berkuasa. Inilah agaknya manifestasi “Malaysia boleh!” membelakangi ilmu. Hakikat bahawa sehingga kini belum ada negara yang mencapai tahap negara maju dalam bahasa asing negara tersebut memang tidak diendah langsung oleh pihak berkuasa Malaysia. Jawapannya mungkin “Malaysia Boleh!” sahaja. Hasil kajian (lihat umpamanya bibliografi beranotasi berkenaan bahasa dan matematik yang terdapat dalam internet 2) yang menunjukkan penguasaan sesuatu bahasa dahulu baharulah belajar SAKTI menerusi bahasa tersebut; dan pendidikan dalam bahasa ibunda adalah yang terbaik sekurang-kurang di peringkat sekolah rendahnya, malah sejarah pembangunan negaranegara maju membuktikan pendidikan dalam bahasa sendirilah yang paling berjaya lagi tidak mahu didengari. Kejayaan penyibaran ilmu semasa menerusi bahasa sendiri sudah menjadi hukum aqli dan naqli. Kejayaan Malaysia sehingga kini yang dibincang di atas hanya menambah dalil empirik kepada hukum ini. Begitu juga hukum pembangunan/pemajuan ilmu. Teori pendidikan dan penguasaan sesebuah bahasa juga tidak menyokong perbuatan menggunakan sains dan matematik sebagai caranya, malah cara ini akan menjejaskan pula prestasi mata pelajaran ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh kajian Marsh et al. (2000) di Hong Kong dan kajian-kajian yang serupa di beberapa buah negara lain. Semua ini tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kerajaan Malaysia. Hukum kemajuan bangsa menerusi bahasanya sendiri, sebenarnya juga terkandung dalam al-Quran seperti dalam Surah Ibrahim, Ayat 4, dan Surah Ali ‘Imran, Ayat 164 yang bermaksud “Allah tidak mengutuskan seorang rasul pun melainkan daripada kalangan bangsanya sendiri agar mereka mudah memahami pengajaran ilmu (alKitab dan hikmah)”. Sesebuah negara yang tidak menginsafi hakikat ini, paling-paling baiknya negara-bangsa itu telah terbukti hanya menjadi karikatur daripada karikatur, komprador atau kreol sahaja!

Beberapa Syor
Perkara yang dianggap unsur-unsur gagalnya pendidikan Melayu yang dibicarakan di atas itu perlulah ditangani seperti berikut:
69

Mengapa Kami Bantah!

1. Kerajaan sekurang-kurang mestilahlah melaksanakan pendidikan dwibahasa, Inggeris + bahasa Melayu dan Bahasa Melayu. Sebagai bahasa pengantar dalam sains dan matematik di Sekolah-Sekolah Kebangsaan. 2. Pihak berkuasa universiti awam perlulah kekal menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. 3. Universiti awam perlu mewujudkan perancangan strategi yang bermatlamat menjadikan program perubatan (peringkat klinik) di IPTA berjalan dalam bahasa Melayu sehingga ke tahap 60% dalam tempoh 10 tahun. 4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia memastikan dengan segera, mengiktiraf hubungan rapat bahasa Melayu dengan Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memastikan sekurangkurangnya 30% daripada kursusnya dalam bahasa Melayu dan seterusnya menuju kepada 60% dalam tempoh yang lebih singkat daripada universiti-universiti swasta yang lain. 5. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad perlu bergiat cergas seperti Jabatan Karang Mengarang di SITC tahun 1950-an, Pusat Terjemahan Toledo abad ke-12M, dan Bait al-Hikmah di Baghdad abad ke-9M dengan sasaran yang munasabah dan penuh agresif seperti 1 buah buku setahun per 4 orang sarjana SAKTI (akan menghasilkan kira-kira 500 buah buku setahun!). Sehubungan dengan ini IPTA (dan awam yang ingin ikut serta) diberi segala kemudahan prasarana (sumber) untuk penerbitan ini. 6. Dewan Bahasa dan Pustaka menghidupkan kembali penerbitan buku-buku teks IPT. DBP juga perlu merintis kerjasama penerbitan buku IPT dengan pihak Indonesia. 7. Sebuah badan bukan kerajaan (BBK) seperti Persatuan Linguistik Malaysia bertindak menyatukan BBK yang turut memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bertindak bijak mempengaruhi kerajaan supaya mengambil langkah-langkah berikut: 7.1. Kerajaan mengadakan berbagai-bagai insentif kepada syarikat (dalam bentuk cukai, subsidi dsbnya) yang menghayati bahasa Melayu dalam perjalanan urusan dan pentadbiran dalam sesuatu jabatan/bahagian syarikatnya. Sekaligus kerajaan atau mana-mana pihak perlulah memberhentikan rancangan memberi insentif kepada mereka yang menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasminya. Sehubungan dengan ini dasar peMelayuan swasta perlu dilakukan oleh Kerajaan

70

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

7.2. Kerajaan, menerusi LAN, meletakkan syarat ke atas kolej/ universiti swasta supaya mengadakan dasar peMelayuan kolej/ universitinya sebagaimana yang pernah dilakukan kepada IPT awam dalam tahun 1970-an dahulu, sambil memberi pelbagai insentif kepada kolej/universiti yang galak melakukannya. 7.3. Kerajaan perlu mengambil iktibar yang lebih lagi tentang sistem pendidikan SAKTI di negara-negara maju di Eropah khususnya konteks bahasa pengantar dan penguasaan bahasa Inggeris. 7.4. Kerajaan memastikan budaya berbahasa Melayu di Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar perlulah ditingkatkan sehingga 60% daripadanya di dalam bahasa Melayu dalam masa yang singkat ini.

7.5. Kerajaan memansuhkan segala akta yang boleh memberi laluan mudah kepada sesiapapun mengelak daripada menggunakan bahasa Melayu perlulah dilakukan seperti memberi kuasa penuh kepada Menteri Pendidikan mengizinkan sesebuah institusi pendidikan menjalankan kursus dalam bahasa selain daripada bahasa Melayu seperti dalam akta IPTS, pengizinan kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri menggunakan bahasa Inggeris dalam “pentaksiran komputer dan perakuan pungutan dan penyiasatan” dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (semakan 1971) seksyen 41, pengecualian penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan kedoktoran di Kementerian Kesihatan dalam Akta yang sama dan lain-lain lagi. 8. Setiap kelompok sarjana, institusi dan badan swasta yang terlibat dengan TM berusaha memperbanyakkan bahan-bahan (perisian) TM dalam bahasa Melayu dengan mengingatkan pasarannya cukup besar iaitu di Alam Melayu ini dengan penduduknya melebihi 200 juta orang. Di samping itu sebuah Institut Kejuruteraan Perisian Malaysia bagi tujuan menyemarakkan lagi pengeluaran perisian itu perlulah diwujudkan dengan kerjasama kerajaan dan swasta. Sebagai kegiatan tambahannya, Institut ini bolehlah juga memfokuskan pengeluarannya bagi keperluan umat Islam. 9. Sekolah agama rakyat (di bawah majlis agama negeri atau swasta) seluruh Malaysia perlulah mewujudkan persatuan seperti Dong Jiau Zhong itu dan sekaligus juga mewujudkan sebuah konsortium bagi menjaga kepentingan sekolah ini seperti mengadakan peperiksaan serta sijilnya tersendiri dengan sukatan pelajaran yang setara dengan yang di Sekolah Kebangsaan tetapi dalam aliran Arab dan Melayu termasuklah sains dan matematik dalam aliran Melayu.

71

Mengapa Kami Bantah!

10. PLM-DBP menggembleng seberapa banyak BBK untuk membagankan/mencartakan strategi dan melaksanakannya dengan menjajak seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada kumpulankumpulan berpengaruh akan pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ini termasuklah juga tindakan membantu pihak-pihak yang memperjuangkan bahasa ibunda (selain daripada Melayu) dalam pendidikan di peringkat sekolah tadika dan rendah.

72

7
Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun
Prof. Dr. Awang Sariyan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dan Beijing Foreign Studies University

Pendahuluan
Semua ahli bahasa, ahli falsafah, ahli sosiologi dan ahli psikologi dari zaman awal hingga kini sependapat bahawa bahasa merupakan cerminan kebudayaan dan tamadun sesuatu bangsa. Tamadun Barat yang dirintis oleh bangsa Yunani sejak lima atau enam abad sebelum Masihi tumbuh dan berkembang sehingga menjadi teras kebudayaan Barat melalui kekuatan bahasa Yunani. Demikianlah kemudian kebudayaan dan tamadun Barat ditunjang oleh bahasa Latin, bahasa Perancis dan kemudian oleh bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Tamadun Islam pun dengan jelas bertunjangkan keutuhan bahasa Arab, khususnya sesudah bahasa itu menjadi bahasa al-Qur`an dan bahasa Islam.

Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun
Bahasa Melayu sebagai asas utama kebudayaan Melayu dan kebudayaan negara telah mula berperanan sebagai bahasa kebudayaan dan tamadun selewat-lewatnya pada abad ketujuh, iaitu pada zaman kerajaan Sriwijaya dan kemudian secara lebih nyata dan luas dalam zaman kesultanan Melayu. Dalam zaman Sriwijaya, bahasa Melayu telah menjadi tunjang tamadun sekurang-kurangnya dalam tiga aspek utama, iaitu sebagai bahasa pentadbiran kerajaan, bahasa pengembangan agama Buddha dan bahasa perdagangan. Dalam zaman kesultanan Melayu pula, bahasa Melayu telah menjadi wahana seluruh aspek kehidupan bertamadun, baik dalam bidang pentadbiran, undang-

Mengapa Kami Bantah!

undang, ilmu, keagamaan, hubungan diplomatik.

susastera,

perdagangan,

mahupun

Selain menjadi bahasa kerajaan-kerajaan Melayu yang meliputi Kepulauan Melayu, bahasa tersebut turut menjadi bahasa antarbangsa apabila bahasa itu digunakan dalam surat-menyurat dan perjanjian antara kerajaan Melayu dengan kerajaan asing, terutama dari Eropah. Malah sejarah mencatat bahawa bahasa Melayu menjadi lingua franca atau bahasa perhubungan umum antara masyarakat di alam Melayu dengan para pedagang, pendakwah dan golongan lain yang berurusan di rantau ini. Apabila konsep negara baharu hendak diwujudkan bagi Persekutuan Tanah Melayu sesudah dimerdekakan oleh penjajah Inggeris, bahasa Melayu menjadi salah satu tunjang konsep kenegaraan, iaitu dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara. Maka wujudlah dasar negara yang dikenal sebagai Dasar Bahasa Kebangsaan. Itulah peranan bahasa Melayu yang selama hampir setengah abad dipupuk dan diupayakan menjadi salah satu asas pembinaan dan peneguhan konsep negara bangsa.

Cabaran kepada Bahasa Melayu
Dalam proses itu, tidak jarang dan tidak kurang ujian yang melanda bahasa Melayu sebagai teras tamadun bangsa dan negara, sama ada yang berpunca daripada sikap kalangan yang tidak yakin akan kemampuan bahasa itu sebagai bahasa ilmu, bahasa sains dan teknologi atau yang berakibat daripada kalangan yang jiwanya telah tertawan oleh segala yang unggul daripada kebudayaan Barat. Kalangan anglophile ini amat taksub akan segala nilai dan seluruh aspek kebudayaan Barat, termasuk bahasanya. Bagi mereka, bangsa dan negara tidak akan maju tanpa berteraskan kebudayaan yang telah menawan jiwa mereka itu. Wujudnya kalangan itu dapat difahami apabila kita membaca huraian Ibnu Khaldun, Malek Ben Nabi, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan pemikir Islam yang lain. Bahasa Melayu yang telah lebih satu alaf menjadi wahana tamadun di rantau ini digerhanakan, mula-mula oleh penjajah yang meletakkan bahasa itu setaraf dengan bahasa vernakular Cina dan Tamil apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sekolah vernakular Melayu, jauh lebih rendah daripada bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar sekolah elit. Sesudah negara kita bebas daripada penjajahan, nasib bahasa Melayu digerhanakan pula oleh pihak-pihak tertentu daripada kalangan sebilangan kita sendiri. Malah amat malang halnya kerana antara yang menggerhanakan bahasa Melayu adalah sejumlah orang Melayu sendiri. Inilah bahayanya apabila kita kehilangan “makna diri” kita sebagai bangsa Melayu sehingga sanggup meremehkan
74

Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

tunjang kebudayaan dan tamadun yang penting, iaitu bahasanya sendiri. Saya telah merumuskan kegerhanaan dan penggerhanaan bahasa Melayu dalam beberapa wacana (seminar, kongres, persidangan dan juga tulisan) dalam dua aspek utama, iaitu aspek taraf dan mutu bahasa Melayu. Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas tetapi kian mengecil. Apabila subjek-subjek yang berteraskan sains dan matematik diputuskan diajarkan dalam bahasa Inggeris (sehingga unjurannya menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sehingga akan mencapai 80% dalam sistem pendidikan negara), misalnya, kita pasti tidak dapat memenuhi aspirasi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang telah diputuskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat, terutama yang bertanggangjawab dalam bidang rasmi penggunaan bahasa Melayu, terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya percampuran kod, bahasa sms, bahasa sembang di internet, dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi. Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya pada suatu waktu dahulu kota pentadbiran negara Putrajaya dicemarkan oleh keghairahan Perbadanan Putrajaya menggunakan precinct, parcel dan boulevard untuk penamaan jalan dan kawasan). Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang

75

Mengapa Kami Bantah!

berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara yang berikut: 1. Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi seperti mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang masih tidak mengutamakan bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai “bahasa rasmi” dalam Perlembagaan. 2. Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam (melibatkan pihak berkuasa tempatan), penyiaran (melibatkan Kementerian Penerangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia). 3. Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan, seperti pengajaran subjek-subjek berasaskan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kursus di IPTA dan juga pengecualian pengajaran di IPTS dalam bahasa asing serta pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib. 4. Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadang kala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat (pemimpin, profesional dan orang awam) untuk mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu. 5. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu ukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi, misalnya dalam hal peluang pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.

76

Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

6. Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP mengusahakan pelibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan pula, yang pada waktu itu menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa, melalui media juga, mengajak masyarakat mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit, lalu menyeru agar digiatkan usaha meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan. Dengan tidak segan-silu dan berasa hormat kepada salah satu asas kenegaraan, iaitu bahasa kebangsaan, ia mengisytiharkan bahawa urusan di kementeriannya kebanyakannya dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Cabaran Khusus dalam Bidang Pendidikan: Musibah PPSMI
Secara khusus, dalam sistem pendidikan, telah berlaku penurunan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila dilakukan tindakan yang jelas untuk mengurangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan, iaitu dasar yang diasaskan pada Penyata Razak 1956. Pada tahun 1993, Perdana Menteri pada waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Keputusannya itu bertentangan dengan pendiriannya pada awal tahun 1970-an ketika menjadi Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan yang dengan tegas menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa pengantar utama untuk semua kursus di universiti. Pada waktu itu, kumpulan-kumpulan cendekiawan yang faham dan masih kental semangat kebangsaannya mengadakan pertemuan demi pertemuan dan gerakan menasihati kerajaan agar tidak melaksanakan keputusan Perdana Menteri. Sebahagian besar memorandum, resolusi dan pernyataan serta makalah yang membantah keputusan telah diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1996 dalam buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, dengan Allahyarham Asraf sebagai editornya. Kebetulan ketika itu masih ada tenaga unggul dalam kepemimpinan negara yang menjadi penaung kepada gerakan kebangsaan sehingga akhirnya keputusan itu senyap begitu sahaja.

77

Mengapa Kami Bantah!

Tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002, Perdana Menteri yang sama membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003. Inilah rasanya kali pertama dalam sejarah negara ini satu dasar baru yang merombak dasar selama puluhan tahun dilaksanakan dalam tempoh yang cukup singkat, iaitu satu tahun. Orang yang tidak lupa kepada sejarah dasar dan sistem pendidikan di negara ini tentu masih ingat bahawa dasar pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan yang digagaskan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 dan kemudian diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 hingga diterapkan dalam Akta Pelajaran 1961, baru dilaksanakan dengan pesat pada tahun 1970 apabila Abdul Rahman Ya`kub (Tun Datuk Patinggi) menjadi Menteri Pelajaran. Ertinya untuk pelaksanaan dasar yang menjadi acuan pembentukan generasi baru yang bersatu padu dan memperoleh ilmu serta sistem nilai melalui satu bahasa kebangsaan hanya dapat dimulakan berbelas-belas tahun kemudian. Kemudian apabila kerajaan mendapati perlunya sistem pendidikan yang menekanakan pembinaan manusiawi, maka Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pelajaran ketika itu membuat kajian dan menerbitkan kajian itu pada tahun 1979. Sebagai hasil rumusan dan syor jawatankuasa tersebut, dirancang pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ternyata bahawa pelaksanaan dasar dan sistem baharu itu mengambil waktu lapan tahun kerana hanya dilaksanakan pada tahun 1988 sesudah melalui kajian demi kajian, projek rintiss dan penyempurnaan prasarana. Setelah terlaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik. Tiada kajian yang dijalankan dan tiada perundingan yang dilakukan dengan pakar-pakar pendidikan. Bahkan tiada sama sekali dilakukan cuba uji melalui projek rintis di sejumlah sekolah seperti yang lazimnya dilakukan dalam pelaksanaan mana-mana sistem yang baharu. Seminar, forum, dialog, memorandum dan pernyataan media yang mengemukakan bantahan atau sekurang-kurangnya permintaan agar ditangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu hampir-hampir tidak

78

Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

diendahkan. Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac 2005 yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi, malah beberapa hari sesudah tamat kongres itu, Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkan bahawa dasar itu diteruskan, walaupun dalam ucapan penutupan kongres beliau berjanji bahawa kerajaan akan membuat kajian yang mendalam untuk menimbangkan keputusan meneruskan atau menangguhkan dasar baharu itu. Sejarah baharu telah berlaku di negara ini sekali lagi apabila “kajian mendalam” selesai dalam tempoh tiga hari! Yang bangkit bersuara orang-orang yang sama, yang telah dianggap fanatik, ekstrem, jumud dan pernah didakwa pengkhianat, kerana kononnya menghalang anak bangsa menjadi pandai dan menghalang anak bangsa menguasai bahasa asing. Untunglah masih ada dalam kalangan UMNO yang prihatin akan peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun bangsa dan negara. Resolusi Badan Perhubungan UMNO Johor dalam Konvensyen UMNO Johor pada penghujung bulan Oktober tahun 2006 meminta disemak dasar meritokrasi dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sayangnya suara UMNO Johor itu tidak mendapat perhatian daripada UMNO pusat dan ironis pula halnya kerana yang melaksanakan PPSMI ialah menteri yang datang dari Johor! Demikianlah resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7 (6-8 November 2006) yang turut mendesak dikaji dasar pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pun ditolak dengan kenyataan tegas pemimpin negara bahawa dasar tersebut tetap diteruskan. Beberapa kajian ilmiah peringkat sarjana dan kajian institusi serta individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanan dasar baharu itu membawa bencana dan padah yang bukan kecil. Implikasi negatif yang cukup segera dirasakan daripada pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, terutama oleh anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaan bahasa asing. Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa memindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu. Bilangan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun 2004 ialah 1.88 juta orang dan menjelang 2010 dijangka jumlahnya menjangkau 2 juta orang. Jika sekalipun 50% daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar dianggap menguasai bahasa Inggeris, namun terdapat hampir 1 juta (0.94 juta), terutama pelajar di luar bandar yang

79

Mengapa Kami Bantah!

menghadapi masalah pemelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikat yang penting ialah bahawa golongan pelajar yang paling banyak menjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut terdiri daripada anak-anak bangsa Melayu. Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Nor Hashimah Jalaluddin (2004) menunjukkan ketidaksediaan pelajar belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggerus. Kenyataan tersebut tergambar pada dapatan kajian bahawa 75% pelajar tidak setuju sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan sains dan matematik dengan berkesan, 71% meminati sains dan matematik kerana diajarkan dalam bahasa Melayu, 70% yakin akan cemerlang dalam sains dan matematik jika diajarkan dalam bahasa Melayu. Kajian DBP-UKM pada tahun 2004 tentang persepsi pelajar menunjukkan bahawa amat rendah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kesediaan mereka belajar sains dan matemtik sepenuhnya dalam bahasa Inggeris hanya 5.9% (untuk sains) dan 5% (untuk matematik). Yang lebih malang lagi, kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM (2004) menunjukkan penurunan prestasi yang cukup mencemaskan dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahkan bahasa Melayu. Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 pada tahun pengajian 2004 (pelajar yang mula belajar sains dan matematik di tingkatan 1 pada tahun 2003 dalam bahasa Inggeris), peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang (gred A) bagi mata pelajaran sains hanya 11.9% dan bagi mata pelajaran matematik hanya 16.9%. Hampir separuh daripada sampel yang dikaji (45.49%) mendapat gred gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris pula, hanya 10.4% yang mencapai gred A. Malang sekali apabila yang mencapai gred A dalam mata pelajaran bahasa Melayu hanya 18.7% dan 16.7% malahan gagal (mendapat gred E). Kejatuhan prestasi dalam mata pelajaran bahasa Melayu itu barangkali disebabkan kekeliruan yang terjadi pada guru dan juga pelajar dalam tempoh peralihan yang mengejut pelaksanaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik. Pihak yang sangat penting dalam pelaksanaan dasar tersebut, iaitu guru sendiri menghadapi masalah yang amat besar. Daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah pada tahun 2004, dianggarkan kira-kira 80,000 orang terlibat dalam pengajaran sains dan matematik dan semuanya terlatih dalam bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 1970. Dengan pelaksanaan dasar tersebut secara mendadak, dapat dipastikan

80

Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

berlakunya masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru. Kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7% guru sains dan 62.2% guru matematik yang mampu menerangkan konsep sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian Norhashimah Jalaluddin yang dijalankan pada tahun 2004 dengan jelas menunjukkan bahawa 81% guru mahu sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, 72% mengatakan bahawa pencapaian pelajar dalam sains da matematik akan lebih cemerlang jika diajarkan dalam bahasa Melayu, dan 79% berpendapat bahawa pelajar lebih dapat menumpukan perhatian jika kedua-dua mata pelajaran itu diajarkan dalam bahasa Melayu. Kini peribahasa “lulus jarum luluslah kelindan” sudah mula berlaku di Institut Pengajian Tinggi Awam apabila semua universiti kerajaan telah mula melaksanakan dasar ke arah pengajaran subjek-subjek sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, sebagai suatu kesinambungan yang logis daripada dasar yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Universiti seakan-akan tiada pilihan lain kerana pelanggan yang diterima merupakan mereka yang telah dilatih dalam bahasa Inggeris.

Kesan Buruk PPSMI
Akhirnya, sebagaimana yang dirumuskan oleh Kumpulan Prihatian (2005), kita akan menyaksikan kesan-kesan yang berikut daripada penarikan semula dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama: 1. Akibat kepada Bahasa Melayu Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta yang telah mencecah satu juta untuk ratusan bidang ilmu, termasuk ilmu terkini seperti aeroangkasa, tidak akan digunakan dan istilah baharu tidak ada keperluannya untuk dicipta lagi. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya. Kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang, terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Amatlah mencemaskan bahawa pada satu waktu kelak bahasa Melayu hanya menjadi bahasa pengantar bagi kira-kira 20% sahaja, iaitu bagi mata pelajaran yang bukan tergolong dalam sains dan teknologi. Selalu dihujahkan bahawa perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran sahaja. Hakikatnya jauh berbeda.Yang berikut
81

Mengapa Kami Bantah!

ini ialah unjuran yang dapat dirumuskan daripada perancangan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran: Sekolah Rendah: BM 60%; BI 40% Sekolah Menengah: Tingkatan 3: BM 62%; BI 38% Tingkatan 4 & 5 Sastera: BM 56%; BI 44% Tingkatan 4 & 5 Sains: BM 36%; BI 64% Tingkatan 4 & 5 Biologi: BM 33%; BI 67% Tingkatan 4 & 5 Reka Cipta: 32%; BI 68% Tingkatan 4 Akaun: BM 47%; BI 53% SPM: BM 29%; BI 71% Tingkatan 6 Sastera: BM 60%; BI 40% Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi: BM 20%; BI 80% Peringkat Universiti: BM: Kursus Sastera dan Pengajian Islam; BI: Semua kursus lain Malah ada kursus sastera di universiti tertentu yang wajib dikuliahkan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya sendiri pada tahun 2007 diarahkan memulakan pengajaran 30% peratus dalam bahasa Inggeris sehingga akhirnya mencapai 70% dari tahun ke tahun, tetapi syukurlah dengan perjuangan kepimpinannya arahan itu dapat dihindarkan, tetapi soalnya sampai bila kita perlu memerangi sikap karut seperti itu. 2. Akibat kepada Pelajar Melayu Kesannya kepada pelajar, terutama pelajar Melayu daripada sudut penguasaan ilmu sains dan matematik buruk sekali. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang masih belum mempunyai kemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi masalah untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat dan memberikan gerak balas bertulis dalam ujian dan peperiksaan. Inilah masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Melayu kini. Masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya menuding jari kepada
82

Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

pelajar dan guru bahawa mereka mahu mencari jalan mudah. Belum terbukti di mana-mana pun alat teknologi mampu menggantikan guru di bilik darjah. Yang perlu diingat, wajarkah kita memperjudikan nasib masa depan anak bangsa kita dengan menggunakan kaedah yang belum terbukti berhasil di mana-mana di muka bumi ini? Seorang bernama Steven Lee telah membangkitkan hal ini dalam Berita Harian 19 April 2005 bertajuk, “Pendekatan Pembelajaran Bukan Boleh ‘Dicuba-cuba’”. 3. Akibat kepada Media Massa Berbahasa Melayu Pada tahun 1960-an dahulu tulisan Jawi dikeluarkan daripada bilik darjah. Sebagai akibatnya, hari ini sebahagian besar orang Melayu buta Jawi. Akhbar Utusan Melayu yang asalnya dalam tulisan Jawi dahulu menjadi lidah dan alat perjuangan bangsa Melayu. Tulisan Jawi menjadi hina apabila akhbar Utusan Melayu terpaksa ditutup dan kemudian diselamatkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan dijadikan sisipan dalam akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin. Lambat-laun akhbar berbahasa Melayu tidak lagi mampu menjadi wadah ilmu, pemikiran dan penyatuan umat Melayu. Inilah yang besar kemungkinannya akan berlaku kepada media berbahasa Melayu 20 tahun dari sekarang. Akhbar Melayu tidak akan lagi memuatkan ruangan teknologi, kesihatan, ekonomi, perniagaan, komputer dan lain-lain kerana tidak akan ada pembacanya. Pembaca akhbar nanti tidak lagi menguasai istilah dalam bidangbidang ini dalam bahasa Melayu. Dapatkah akhbar hidup tanpa ruangan ekonomi, perniagaan, kesihatan, sains, teknologi dan sebagainya? Pada hari ini pun, di negara Malaysia yang majoritinya bangsa Melayu dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, edaran akhbar terbesar berbahasa Melayu jatuh ke nombor tiga di bawah akhbar berbahasa Mandarin dan Inggeris. Bayangkan 10 tahun dari sekarang akibat penukaran bahasa pengantar 80% mata pelajaran di sekolah ke dalam bahasa Inggeris.

Penutup
Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini terlalu menggerunkan untuk diabaikan. Apa yang dikatakan sebagai perubahan bahasa pengantar dua mata pelajaran sahaja sebenarnya akan membawa malatpetaka kepada bangsa Melayu. Mampukah bahasa Melayu bertahan sebagai tunjang kebudayaan dan tamadun apabila secara jelas peranannya kian dihakis dan dipinggirkan dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun di negara ini? Adakah sanggup kita membayangkan bahawa pada suatu
83

Mengapa Kami Bantah!

waktu kelak anak cucu bangsa Melayu terpaksa menangisi hikmah yang hilang – hikmah dalam bentuk bahasa, sastera dan budayanya, sebagaimana yang dialami oleh diaspora Melayu di Thailand selatan, di Filipina selatan, di Sri Lanka, di Kampuchea dan di tempat lain? Kita yang membayangkan rasa cemas sedemikian pasti dicap pesimistik, tetapi apatah ruginya kita berhemah dan berhubaya-hubaya agar tidak tertimpa kepada kita nasib ”Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

84

8
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan yang Selalu Ditanyakan
Datuk Abu Bakar Abdul Hamid Ketua Kumpulan Prihatin

Soalan 1:
Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek kita menentang usaha kerajaan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris? Pertama-tama tidak ada ahli bahasa, intelek Melayu atau sesiapa saja yang siuman yang menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris baik di kalangan pelajar Melayu, guru Melayu, pegawai Melayu, tokoh korporat Melayu, mahupun Menteri Melayu dan siapa saja. Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain memang perlu digalakkan. Tuduhan bahawa ahli bahasa menentang penguasaan bahasa Inggeris, anti bahasa Inggeris, fikiran mereka sempit, mereka fanatik bahasa, mereka hanya mahu orang Melayu berbahasa Melayu saja adalah satu pembohongan besar, suatu fitnah, suatu mitos yang dibuat oleh orang-orang politik tertentu. Dalam kaedah berhujah ini dikatakan menciptakan `straw man’ iaitu orang yang dibuat daripada kertas atau orang-orangan sehingga mudah dimusnahkan. Tujuan mereka yang sebenar mereka saja yang tahu. Sehingga ini belum pernah dapat disebut nama walau seorang pun ahli bahasa yang melarang sesiapa belajar bahasa Inggersis atau bahasa lain. Keduanya, ramai dari kalangan yang memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang cukup fasih dalam bahasa Inggeris, baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Malahan mereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari. Tidak pernah

Mengapa Kami Bantah!

terdengar ada di antara mereka melarang sesiapa belajar bahasa Inggeris atau bahasa apa pun. Yang diperjuangkan oleh mereka ialah kedudukan bahasa Melayu itu mestilah terus dipelihara sebagai bahasa rasmi dan dipupuk sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu di negara Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Mengubah bahasa pengantar di sekolah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akan mengancam dan memusnahkan kedudukan bahasa Melayu baik dalam jangka pendek mahupun panjang. Inilah yang mereka tentang.

Soalan 2
Bukankah perubahan ini melibatkan dua mata pelajaran sahaja? Pertamanya tidak betul mengatakan perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran saja dan di Sekolah Rendah saja. Ini satu kekeliruan. Sekarang ini pun sudah diumumkan akan dijalankan serentak mulai 2003 di darjah satu Sekolah Rendah, tingkatan satu Sekolah Menengah dan Matrikulasi/Tingkatan VI Bawah dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Apakah maknanya ini? Maknanya, bahasa pengantar di seluruh sistem persekolahan dan pada pengajian tinggi akan berubah daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Ini satu perubahan yang cukup besar dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kalau kita mahu pinda Dasar Pendidikan Kebangsaan, sewajarnyalah perkara ini dibincangkan semula oleh semua pihak secara saksama, bukan dilaksanakan secara senyap-senyap, bersembunyi di sebalik dua mata pelajaran, berselindung di belakang meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Keduanya dan inilah perkara yang penting difahamkan Bahasa Inggeris akan jadi bahasa pengantar utama dan Bahasa Melayu bahasa pengantar sampingan saja di peringkat sekolah dan IPT. Inilah yang ditentang oleh mereka yang sudah dapat melihat telatah kerajaan itu. Cuba kita lihat dengan kepala dingin apa yang akan terjadi nanti.
Sekolah Rendah

Darjah 1-3

BM Bahasa Malaysia Agama Islam Bahasa Malaysia Agama Islam Kajian Tempatan

BI Bahasa Inggeris Matematik Bahasa Inggeris Matematik Sains

Darjah 4 - 6

86

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Sekolah Menengah

Tingkatan I – III

Bahasa Malaysia Sejarah Geografi Kemahiran Hidup P. Seni P. Jasmani Agama Islam P. Moral Bahasa Malaysia Kesusasteraan Melayu Geografi P. Seni P. Jasmani Agama Islam Pendidikan Moral Sejarah

Bahasa Inggeris Matematik Sains

Tingkatan IV - V

Bahasa Inggeris Kesusasteraan Inggeris Matematik Moden Matematik Tambahan Sains Fizik Kimia Biologi Perdagangan Prinsip Akaun Ekonomi

Perhatikan mulai tingkatan IV sudah lebih banyak kursus diajar dalam bahasa Inggeris. Satu kajian menunjukkan di peringkat SPM daripada 79 mata pelajaran, 19 saja akan diajarkan dalam bahasa Melayu. Selebihnya, 47 dalam bahasa Inggeris dan 13 termasuk bahasa dan kesusasteraan Mandarin dan Tamil dalam bahasa yang lain. Dengan demikian bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pengantar utama menyingkirkan bahasa kebangsaan.

Matrikulasi, Tingkatan VI Bawah dan Atas:
Hanya mata pelajaran dalam jurusan disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Sains dan Perdagangan

IPTA
Di IPTA yang umum seperti UM dan UKM, hanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Akademi Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Islam saja yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar sementara yang selebihnya, yang jauh lebih banyak jumlah kursusnya dan pelajarnya akan menggunakan bahasa Inggeris. Jika dihitung

87

Mengapa Kami Bantah!

jumlah kursusnya barangkali tidak sampai 20% yang akan diajarkan dalam bahasa kebangsaan. Yang 80% lagi dalam bahasa Inggeris. Di IPTA yang lebih khusus seperti USM, UTM, UPM, UiTM, hampir semua Fakulti akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Jelasnya, di peringkat IPT sebagai peraturannya, bahasa pengantar adalah bahasa Inggeris dan sebagai pengecualiannya dalam beberapa kes tertentu bahasa pengantarnya bahasa Melayu. Itulah kedudukan bahasa Melayu nanti, sebagai bahasa pelengkap saja.

IPTS
Pada hari ini pun IPTS sudah rata-rata menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada semua kursus. Jika ada yang menggunakan bahasa lain daripada bahasa Inggeris, itu adalah pengecualian. Jadi jelaslah bagi mereka yang mahu melihat dengan akal, perubahan apa yang dikatakan sebagai dua mata pelajaran saja di peringkat Sekolah Rendah adalah pada hakikatnya perubahan yang amata radikal, perubahan kepada bahasa pengantar dalam seluruh sistem pendidikan kita hari ini. Perubahan ini sudah mula dijalankan sejak dibenarkan penubuhan IPTS lagi. Malahan sebelum ini pun, IPTA sudah diarahkan untuk mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris walaupun secara lisan sahaja. Rancangan ini sebenarnya rancangan jahat, mahu mengubah secara berselindung, bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Kebijaksanaan pemimpin hari ini ialah merombak apa yang baik yang telah dibina dengan banyak pemikiran dan pengorbanan oleh pemimpin kita dahulu.

Soalan 3
Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris suatu kenyataan? Bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Itu memang kenyataan. Ini masalah yang perlu diatasi. Kita perlu mencari jalan bagaimana mengatasinya. Kita perlu fokuskan perhatian kepada masalah itu, bukan menyimpang ke masalah lain. Apa sebab pelajar kita tak boleh membaca dan faham bahan dalam bahasa Inggeris sesudah 10 tahun belajar bahasa itu? Kita mesti cari sebabnya. Apakah kaedah yang digunakan selama ini tidak tepat? Apakah gurunya tidak dilatih dengan betul? Apakah masa yang diberikan tidak cukup? Atau pelajar-pelajar kurang motivasi untuk belajar bahasa Inggeris?

88

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Mungkinkah jumlah pelajar dalam pengajaran bahasa secara berkesan?

darjah

terlalu

besar

untuk

Kita harus cari jawapan kepada soalan di atas dan cari jalan bagaimana boleh menyelesaikannya. Inilah pendekatan yang rasional. Bukan seperti kata Tan Sri Ainuddin Wahid, “Lain yang luka, lain yang dibebat”. Jika masalahnya penguasaan bahasa Inggeris, carilah jalan menguasai bahasa Inggeris, bukan libatkan mata pelajaran Matematik dan Sains. Kalau belajar Matematik dalam bahasa Melayu sudah susah, diajar dalam bahasa Inggeris akan berganda lagi susahnya! Kalau sudah sepuluh tahun belajar bahasa Inggeris, membaca pun tak boleh, apakah fokusnya salah? Tiap-tiap hari radio dan tv kita melaungkan kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu sains dan teknologi terkini. Maknanya kemahiran bahasa Inggeris yang perlu kita kuasai pertamanya, kemahiran membaca. Keduanya. Kemahiran mendengar. Kemahiran bercakap dan menulis mengikutinya. Sekarang apakah fokus penguasaan bahasa Inggeris kita? Apakah kita mahu anak-anak kita bercakap bahasa Inggeris seperti orang Inggeris? Bahasa Inggeris Permaisurikah? Orang putih Australia pun bercakap Inggeris dengan dialek mereka. Demikian juga orang Irish. Orang Hitam Amerika punya dialek ucapannya tersendiri. Tumpukanlah lebih dahulu kepada kemahiran membaca dan kemudian mendengar. Peringkatkan bahan bacaan itu. Sudah itu baru kemahiran yang lain. Ramai orang Europa mendapati sukar bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi mereka boleh membaca dan faham dengan mudah bahasa itu. Ini kerana fokus pembelajaran bahasa Inggeris mereka itu betul.

Soalan 4
Apa salahnya mencuba cara baru, iaitu mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris? Bahaya kaedah cuba-cuba atau dalam bahasa Inggeris `trial and error’ ini amat besar. Apa lagi ia melibatkan satu generasi manusia. Kita harapkan anak-anak kita dapat menguasai Matematik dengan lebih baik dan Sains dengan lebih baik sementara bahasa Inggeris mereka bertambah baik. Tetapi ada juga kemungkinan ketiga-tiganya tambah merosot. Dan kemungkinan ini cukup besar. Takut nanti anak-anak kita jadi Lebai Malang moden. Bukan dapat kesemuanya tetapi kesemuanya terlepas.

89

Mengapa Kami Bantah!

Soalan 5
Jika begitu kita tidak bolehlah membawa suatu sedangkan cara yang sedia ada ternyata tidak berhasil. perubahan

Kita boleh saja mencuba kaedah yang baru. Boleh, malahan digalakkan. Tetapi, pertamanya, kita mesti faham dulu mengapa kaedah yang lama itu gagal. Apakah fokus kita salah. Kalau salah betulkanlah. Pusatkan perhatian kepada membaca dan kefahaman lebih dahulu. Apakah latihan guru kita tidak memuaskan. Yang mana tak memuaskan, perbetulkanlah. Apakah masanya tak cukup? Kalau begitu, tambahlah masanya. Sekolah kampung biasanya tak digunakan sebelah petang. Gunakanlah untuk menampal apa yang kurang sebelah pagi. Apakah usaha ini semua sudah dilakukan? Sehingga ini belum ada bukti dari mana-mana pelusuk dunia, mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa kedua lebih berkesan daripada mengajarnya dalam bahasa pertama. Bereksperimen dengan manusia itu berbahaya sekali kerana kita akan mengetahui kesalahannya hanya sesudah satu generasi manusia terkorban. Keduanya, kalau benar-benar mahu mencuba kaedah baru mengapa tak buat dulu projek percubaan atau `pilot project’ dengan jumlah pelajar yang kecil dan dalam keadaan yang terkawal. Mengapa terburuburu. Pejuang bahasa selalu sangat dituduh emosional. Tetapi apakah tindakan kerajaan seperti ini rasional dan saintifik? Yang rasional dan saintifik itu berdasarkan percubaan dan kajian kes. Apa akan jadi kalau percubaan ini terbukti gagal sesudah 10-15 tahun nanti? Rakyat juga akan dipersalahkan. Merekalah yang bebal, tidak mahu berubah, pemalas, jumud, dihasut oleh orang yang tak sukakan kemajuan. Pemimpin akan berkokok mengutuk rakyat. Kerajaan telah melakukan segala-galanya tetapi rakyat tak memberikan sahutan yang setimpal. Tak dibicarakan lagi pada waktu itu apakah kaedah yang dijalankan itu kaedah yang terbukti secara saintifik atau sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa! Tak boleh ditahan-tahan lagi seperti orang nak melapas lakunya.

Soalan 6:
Apakah salahnya kalau kita tukar saja bahasa pengantar di sekolah dan di IPT kepada bahasa Inggeris? Pertama-tamanya, kita mesti faham apa makna dan implikasi globalisai itu; baik buruknya. Buruknya globalisasi kerana ia dipacu oleh duit dan teknologi. Teknologi dipergunakan oleh yang mempunyai kuasa wang

90

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

untuk menguasai pasaran supaya mereka mendapat lebih banyak wang. Melalui media massa yang mereka kuasai, mereka boleh menjangkau ke seluruh pelusuk dunia untuk mengiklankan dan memasarkan produk mereka. Sebab itu anak kecil umur tiga tahun pun sudah kenal McDonald. McDonald menjadi produk global. Bagaimana kita mahu mengatasi ini? Apakah dengan memakai seluar jin, makan DcDonald dan minum coca cola? Dengan itu kita merasa diri kita sudah moden dan global? Jin bukan pakaian yang paling selesa buat iklim kita, McDonald bukan makanan yang berkhasiat dan Coca Cola banyak mengandungi gas yang tidak baik buat kesihatan. Kata para ahli, untuk menghadapi globalisasi, kita harus berfikir global dan bertindak tempatan. Ini nasihat yang baik. Sebagai satu contoh dalam bidang makanan, kita perlu berfikir dan bertindak dalam konteks bagaimana menjadikan roti canai dan sate seperti McDonald, boleh dipasarkan di seluruh dunia. Nilai makanannya tidak kurang daripada McDonald. Malah lebih baik. Rasanya enak. Boleh juga dihidangkan dengan segera. Apabila kita berfikir begitu, kita tak akan terus menerus menjadi pengguna, kita akan juga menjadi pengeluar dan penjual. Apa maknanya ini dalam konteks bahasa dan budaya? Maknanya, kalau kita mahu hidup dalam dunia yang global ini, kita mesti mempertahankan keperibadian kita, identiti kita, nilai-nilai murni kita, budaya kita, bahasa kita. Dalam arus globalisasi yang kuat dan deras ini, yang akan dapat bertahan adalah yang masih dapat berdiri tegak dengan identitinya sendiri. Yang tidak dapat bertahan akan hanyut dibawa arus. Hilang diri, hilang rupa, hilang budaya, hilang bahasa. Maka itulah mempertahankan bahasa itu penting. Sekadar satu contoh, Singapura dikatakan maju dari segi ekonomi. Sistem pendidikannya menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tidak lama dulu, satu tinjauan dibuat dan didapati sebahagian besar anak muda Singapura keturunan Cina kesal dilahirkan sebagai orang Cina. Kalau boleh pilih, mereka mahu jadi Mat Salleh. Mereka sudah mengalami suatu krisis identiti. Sekarang Singapura pun sedang berusaha memperkukuhkan kedudukan Mandarin dan bahasa ibunda yang lain. Dasar Pendidikan kita dibina oleh pemimpin dulu dengan tujuan menjadikan kita semua orang Malaysia dengan penuh kesedaran dan perasaan keMalaysiaan. Menukarnya pada peringkat ini adalah suatu risiko yang besar. Warga global itu suatu impian yang tidak mungkin menjadi nyata. Kini kita menghadapi dunia unipolar. Apa yang berlaku sesudah September 11 membuktikan Amerika Syarikat tidak akan membenarkan

91

Mengapa Kami Bantah!

sesiapapun menandinginya, apa lagi mencabarnya. Bagaimana hendak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya? Dalam keadaan demikian, kita mempunyai lebih peluang bertahan dengan mengukuhkan keperibadian kita sendiri termasuk bahasa kita. Sebahagian besar daripada kita perlu menguasai kemahiran membaca dan mendengar dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu. Sebahagian lagi dalam kedudukan tertentu perlu menguasai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Menukar bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kita untuk tujuan itu tidak perlu. Ini menggadai maruah bangsa kita.

Soalan 7:
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan tindakan proaktif dengan mendedikasikan hari Khamis sebagai Hari Bahasa Inggeris. Apakah ini satu langkah yang bijak? Cerita ini dimuatkan dalam The Star, 30 Jun 2002. Usaha meningkatkan bahasa Inggeris itu baik, tetapi fokusnya sama sekali salah. Yang ditekankan terutamanya kemahiran bertutur. Logiknya, kalau kita memerlukan bahasa itu untuk menimba ilmu, penekanan mestilah kepada penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman selain mendengar. Selain itu, sasarannya sama sekali sesat. Dikatakan, (terjemahannya) “Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggeris dengan memuaskan, Kerajaan Negeri akan berfikir untuk melancarkan fasa kedua dari SEED, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam bahasa Inggeris.” Apa maknanya ini? Maknanya apabila pegawai-pegawai sudah menguasai bahasa Inggeris maka surat menyurat rasmi akan dibuat dalam bahasa Inggeris! Masya Allah! Apakah ini yang dikatakan perubahan bahasa pengantar tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu? Kita diberi tahu bahasa Inggeris itu perlu untuk mendapatkan ilmu terkini. Sekarang baru jelas, tujuan sebenar Kerajaan ialah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan. Dulu pegawai kerajaan di seruh pulangkan surat yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan. Sekarang pegawai kerajaan digalakkan menulis surat dalam bahasa Inggeris. Bila perubahan dasar ini diputuskan? Jadi tidak benarlah hujah yang dilaung-laungkan selama ini kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk meraih ilmu dan pengetahuan. Sekarang terbukti ada udang di sebalik batu dalam usaha mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

92

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Soalan 8:
Apakah keadaan ini mempunyai dampak yang lebih meluas dari segi kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Dampak yang jelas ialah bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasa sains dan teknologi maklumat. Apabila tidak digunakan sebagai bahasa pengantar untuk sains, ekonomi, teknologi dan matematik di peringkat sekolah dan IPT maka tidak akan ada buku teks dalam bidang-bidang itu dalam bahasa Melayu. Istilah baru juga tidak akan diperlukan. Apabila tidak menjadi bahasa sains, matematik, teknologi maklumat, perubatan dan kejuruteraan, maka bahasa Melayu bukan lagi bahasa moden, bukan lagi bahasa ilmu. Ia akan menjadi bahasa pasar saja. Menurut seorang asing yang bekerja di sini, dia tidak ada masalah menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana di negara ini. Di Pasar Tani pun, bahasa Inggeris boleh difahami. Sila rujuk kartun dalam akhbar The Star, 7 Julai 2002 yang mengungkapkan keadaan itu dengan baik sekali. Dampaknya dalam bidang penerbitan buku, majalah dan akhbar juga dapat dibayangkan. Oleh kerana nanti pembaca tidak lagi mahir membaca soal-soal teknologi dan sains dalam bahasa Melayu, maka tidak ada siapa yang mahu menerbitkan buku dalam bidang-bidang tersebut dalam bahasa Melayu. Majalah Mastika boleh terus kekal dengan cerita alam ghaibnya untuk `memodenkan’ fikiran orang Melayu tetapi majalah dalam bidang sains, teknologi, komputer dan perubatan dalam bahasa Melayu tidak akan diterbitkan lagi. Malahan ruang kesihatan, teknologi maklumat, pendidikan dan sains dalam akhbar-akhbar Melayu akan bertambah kurang kerana pembaca baru tidak lagi mahir membaca perkara-perkara ini dalam bahasa Melayu. Penerbitnya akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang-ruang ini dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar berbahasa Inggeris saja. Pembaca akhbar bahasa Melayu nanti akan jadi seperti pembaca akhbar tulisan Jawi hari ini. Utusan Melayu tidak lagi dapat bertahan kerana jumlah pembacanya merosot. Kini berkuburlah ia. Dari itu kita mesti mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden, sebagai bahasa pengantar semua bidang ilmu dari sekolah rendah hingga ke IPT. Hanya berpuas hati dengan dendangan para pemimpin kita bahawa kedudukannya mantap kerana telah termaktub dalam perlembagaan tidak memadai. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden pastilah akan terjejas. Pengkebumian Utusan Melayu bukti yang nyata.

93

Mengapa Kami Bantah!

Jika usaha mengubah bahasa pengantar di peringkat sekolah dan IPT ini tidak kita cegah, tunggu sajalah saat apabila kita akan mentalqinkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden. Sains dan Matematik akan dipacak sebagai batu nisannya.

94

9
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris: Konflik Antara Dua Darjat
Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia dan, Program Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan
Manusia secara kognisinya akan menumpukan perhatian kepada maklumat yang relevan dengan dirinya. Mengikut teori relevans (1995), semakin tinggi kesan konteks dan semakin rendah usaha memproses maklumat maka semakin relevan ujaran kita. Penutur mesti memastikan prinsip ini dipatuhi. Pendengar di satu pihak yang lain akan menumpukan perhatian kepada ujaran yang relevan sahaja. Sekali lagi kaitan dengan komunikasi ialah kos memprosesnya. Jika bahasa yang digunakan dapat difahami dengan mudah, diikuti dengan usaha memproses maklumat yang rendah, maka maklumat yang disampaikan oleh penutur akan mendapat perhatian. Di sini jika sesuatu maklumat yang hendak disampaikan dalam BM dapat difahami langsung oleh penutur Melayu berbanding dengan Inggeris maka adalah lebih relevan jika BM diteruskan. Tetapi sebaliknya jika BI digunakan, pendengar harus menginterpretasikannya dalam dua tahap. Satu tahap memahami BI itu sendiri, kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa yang difahami dan tahap kedua membuat interpretasi. Ini bermakna komunikasi menjadi bertambah susah. Implikasi akan dapat dilihat pada mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Malah di negara ini, lebih daripada 50% pelajar akan mendapat kesan yang kurang positif. Cara terbaik ialah dengan mengekalkan BM dan tidak mengabaikan BI. Kertas ini adalah hasil penyelidikan terhadap sikap penerimaan pengajaran Sains dan Matematik (S&M) di kalangan pelajar dan guru. Kajian ini adalah rentetan dari penukaran dasar bahasa dalam pendidikan negara yang menyaksikan penonjolan bahasa Inggeris

Mengapa Kami Bantah!

semula dalam sistem pendidikan negara ini. Dasar yang dilakukan dengan tempoh masa yang boleh dikira terhad telah menimbulkan pelbagai reaksi. Ada reaksi yang positif dan tidak kurang pula reaksi yang negatif. Pentadbir yang mempunyai kuasa pusat telah mengarahkan pelaksana iaitu guru dan sekolah yang hanya mempunyai kuasa pinggiran menjalankan arahan tersebut. Pejuang bahasa termasuk ahli bahasa merasakan langkah ini sebagai tergesa-gesa. Pada pejuang bahasa langkah ini boleh diibaratkan langkah mengundur. Pada saat negara melihat pencapaian yang membanggakan dengan anak watan mula menduduki jawatan profesional dan korporat hasil dari dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dikorbankan atas alasan ketidakupayaan anak watan berbahasa Inggeris. Tiada siapa yang menyangkal kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan sekaligus bahasa antarabangsa. Tetapi kita harus bijak mengatur. Bijak bahasa belum bererti bijak menguasai ilmu. Sains dan matematik adalah ilmu. Bahasa adalah alat untuk menyampaikan ilmu tersebut. Para sarjana memang mengakui bahawa hanya bahasa pertama yang berkesan untuk menyampaikan ilmu. Contohnya Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini. Memandangkan pertukaran dasar ini bakal memberikan impak yang sangat besar pada bahasa dan bangsa Malaysia, maka difikirkan satu kajian awal perlu dilakukan. Kertas ini akan membincangkan persoalan ini berdasarkan beberapa perspektif iaitu politik, pendidikan dan linguistik. Kertas ini juga akan memaparkan hasil kajian sikap ini dan mempertalikannya dengan pembentukan kesatubangsaan khasnya.

Permasalahan Kajian
Ledakan maklumat melalui teknologi maklumat menyaksikan bahasa Inggeris (BI) kembali beraksi di gelanggang antarabangsa. Bersandarkan alasan globalisasi, bahasa Inggeris kembali mendominasi dunia. BI dikenali sebagai bahasa global. Persoalannya sekarang adakah BI sebagai bahasa global maka ia terus sesuai menjadi bahasa penghantar bagi setiap bahasa di dunia? Penerapan dasar baru (meskipun menyalahi akta Dasar Pelajaran Kebangsaan) menyaksikan penggunaan BI dalam mata pelajaran S&M. Penerapan ini boleh dilihat dari 3 perspektif iaitu politik, pendidikan dan linguistik. Dari ketiga-tiga perspektif ini akan terhasil satu gambaran jelas ke mana arah harus dibawa sistem pendidikan dan bahasa Melayu itu sendiri.

Perspektif Politik
Gelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh bahasa Inggeris itu sendiri. Fenomena ini memperlihatkan berlakunya
96

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

imperialisme bahasa. Yang dimaksudkan dengan imperialisme bahasa ialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia melalui diplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkan tanah jajahan (Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay, 2000). Definisi imperialisme yang dimaksudkan ini harus diperluaskan lagi. Kini bahasa juga boleh dianggap sebagai satu bentuk imperialisme. Imperialisme dari perspektif ilmu sosiolinguistik ialah sejenis hubungan yang membolehkan satu masyarakat mendominasi masyarakat yang lain. Empat mekanisme yang mengemudi imperialisme iaitu, eksploitasi, penembusan, pemecahan dan peminggiran (Phillipson; 1992). Teori imperialisme ini melihat pembahagian dunia berdasarkan dua entiti. Yang pertama dikenali sebagai pusat dominan (dominant center) dan satu lagi sebagai pinggiran terdominasi (dominated peripheries) – negara-negara sedang membangun. Golongan elit di pusat dan pinggiran disatukan oleh minat yang sama dalam imperialisme iaitu bahasa. Golongan elit adalah mereka dari masyarakat peribumi yang berpendidikan barat dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pusat. Mereka juga yang selalu memegang tampuk pemerintahan negara. Pada peringkat ini organisasi antarabangsa memainkan peranan utama. Organisasi seperti ekonomi (swasta dan perkhidmatan separuh kerajaan), politik (oragnisasi pemerintah supra nasional), ketenteraan (pelbagai sistem bersekutu, pakatan), komunikasi (perkapalan, syarikat penerbangan, agensi berita) dan budaya (syarikat filem, penerbit buku). Kini dengan neo-kolonialisme, interaksi pusat-pinggir bermakna komunikasi antarabangsa. Teknologi komputer akan mengikis keperluan kehadiran fizikal bagi pengeksploit. Teknologi komunikasi baru akan ditingkatkan untuk membolehkan kuasa pusat menguasai kesedaran masyarakat. Ini sebenarnya akan meningkatkan dan meneguhkan lagi pengawalan hasil-hasil pengeluaran. Bagi membolehkan ini berjaya ia memerlukan penembusan budaya dan linguistik pusat kepada pinggiran. Dalam dunia hari ini teknik pemujukan (ideas) bukannya paksaan (stick) atau tolak ansur (carrot) yang digunakan. Ini dapat dilihat daripada peranan media hari ini. Ini juga ada kaitan dengan globalisasai. Globalisasi pula didefinisikan sebagai dunia tanpa sempadan. Kesan daripada ini maka nilai, terutama cara berfikir dan bertindak, dapat dipindahkan secara bebas dan cepat dari satu daerah dunia ke satu daerah dunia yang lain. Dewasa ini perpindahan yang paling ketara dalam proses globalisasi ialah perpindahan nilai dunia barat (terutama Amerika Syarikat), ke dunia bukan barat. Akibat perpindahan nilai ini maka produksi dan penggunaan pasaran, barangan dan selera tertolak ke arah homogenisasi untuk memenuhi pendekatan ‘one size fits all’.

97

Mengapa Kami Bantah!

Kesan daripada globalisasi terhadap bahasa dan budaya juga pernah dibincangkan oleh Mohd. Fazli. Mohd. Fazli (1999: 53-54) dalm artikelnya yang bertajuk, “’Amerikanisasi” dan Masa Depan Budaya Tempatan’, ada menyentuh tentang kesan globalisasi pada budaya tempatan. Jelasnya produk Amerika bersama-sama ideloginya mendominasi pasaran dunia. Proses globalisasi dikaitkan dengan kelahiran “McWorld’. “McWorld’ adalah produk yang wujud akibat pengaruh Music Television (MTV), McIntosh dan McDonald. McWorld memukau dunia dengan konsepsi intergrasi budaya dan keseragaman musik Ricky Martin, membaca buku Stephen King. Imperialisme budaya bukanlah perkara baru, tetapi hari ini fenomena ini semakin membimbangkan kerana ditunjangi oleh teknologi baru dan dorongan keuntungan dalam dinamik globalisasi. Nilai budaya tradisi seperti kekeluargaan, komuniti, menghormati kehidupan, kemesraan dan sebagainya bertembung dan tewas apabila menghadapi nilai yang dikomunikasikan menerusi musik, wayang gambar, video, kabel, televisyen satelit, iklan, penghibur dan ahli sukan idola dan komputer. Persoalannya sekarang penggunaan bahasa dalam teknologi komunikasi kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris, apa akan terjadi kepada nilai bahasa Melayu itu sendiri. Kesan daripada penguasaan bahasa Inggeris dalam teknologi komunikasi bukan sahaja akan menggugat kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itu sendiri. Jelasnya imperialisme bahasa yang didokong oleh laungan globalisasi menjadi satu faktor penyebab kepada kemerosotan nilai BM. Syed Husin Ali (1996; 164-171) pernah mengulas kenapa berlaku fenomena peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yang ditekankan adalah faktor politik seperti berikut: cita-cita bagi mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini menyebabkan mereka menekankan perkembangan ekonomi serta kemajuan industri dan menggalakkan sikap ‘go global’ lebih daripada yang lain yang mempunyai implikasi juga terhadap bahasa golongan korporat peringkat tinggi dan pertengahan mempunyai pengaruh yang besar dalam politik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukan guru-guru Melayu, tetapi golongan korporat inilah yang berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasa Inggeris memang serius. Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin politik lebih terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa dasar ekonomi, budaya, serta bahasa yang liberal adalah popular dan dapat memperluas pengaruh politik mereka. Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa mengubah dasar pendidikan dengan mengarahkan S&M diajar dalam BI. Alasannya agar
98

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

rakyat Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat teknologi moden dewasa ini.

Perspektif Pendidikan
Satu perspektif yang penting juga dilihat adalah perspektif pendidikan. Memandangkan arahan menggunakan S&M dalam BI melibatkan pelajar sekolah maka sudah pasti, pandangan dari pendidikan harus ditimbang sama. Kepelbagaian perspektif ini dapat memberikan jalan keluar demi kebaikan semua. Penggunaan BI dalam subjek S&M telah menjadikan taraf pembelajaran subjek ini sebagai menggunakan bahasa kedua. Hakikat yang ternyata dalam penulisan dan kajian-kajian luar negara menunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua memakan masa yang lama. Pelajar bahasa kedua mengambil kira dua hingga lima tahun untuk membentuk asas kemahiran komunikasi interpersonal dalam bahasa kedua. Sementara untuk menguasai keseluruhan kemahiran literasi ataupun kefasihan kognitif dalam bahasa akademik pelajarpelajar memerlukan masa selama lima hingga tujuh tahun (Hall 1996, Wood 2002). Tegasnya, kefasihan dalam bahasa kedua tidak dapat dicapai dalam jangka masa singkat terutamanya kefasihan bahasa kedua sebagai penghantar ilmu. Serentak dengan arahan menggunakan BI dalam subjek S&M, Kementerian melakukan berbagai-bagai usaha bagi memastikan dasar baru ini berjaya dilaksanakan. Antaranya membekalkan kelengkapan komputer kepada guru yang terlibat. Maka terhasillah perisian-perisian yang dianggap dapat membantu guru menyampaikan ilmu ini dengan berkesan. Ekoran dari itu maka terhasillah beberapa kajian awal dan kajian berkaitan dengan dasar baru ini. Antara kajian yang dilakukan ialah: 1. Kesediaan guru-guru sekolah rendah melaksanakan perubahan bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik – Mohd. Rasdi Saamah (2003) 2. Kajian celik komputer di kalangan guru-guru negeri Perak. Ibrahim Mohamad et al. (1997) 3. Keupayaan penguasaan kemahiran BI di kalangana pelajar Melayu dalam arus globalisasi - Noreiny Maarof et al. (2003). Fakta-fakta yang meryelubungi pengajaran S&M perlu dilihat dan diberikan perhatian. Rumusan daripada kajian-kajian di atas oleh pakar pendidikan ialah 84% guru-guru S&M di sekolah rendah lemah dalam BI. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak bersedia untuk melaksanakan inovasi ini kerana mereka gagal untuk memahami ilmu konsep-konsep dalam bahasa yang tidak difahami dan akan menyukarkan pelaksanaannya. Kajian Antarabangsa ke-3 S&M (2000)
99

Mengapa Kami Bantah!

menunjukkan pencapaian S&M pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding pelajar dari negara-negara serantau khususnya Singapura, Korea dan Jepun. Pelajar-pelajar yang sedia lemah dalam mata pelajaran S&M akan bertambah lemah kerana mereka terpaksa memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Hakikatnya pelajar yang sedia lemah dalam S&M akan menyukarkan mereka untuk mengguna dan memahami bahasa tersebut dalam S&M meskipun Kementerian Pendidikan memberi jaminan BI yang akan digunakan dalam buku teks bagi kedua-dua subjek ini mudah difahami serta sesuai mengikut tahap umur pelajar (Salina 2002). Berbalik kepada kemahiran komputer di kalangan guru, kajian mendapati masih ramai guru yang tidak mahir dengan penggunaan komputer dan ICT, meskipun penggunaan teknologi tersebut pesat digunakan dalam sistem pendidikan kita. Keadaan ini akan menyebabkan mereka kurang yakin atau tidak bersedia untuk melaksanakan dasar baru tersebut. Dan yang lebih menimbulkan masalah ialah tidak semua sekolah terutama sekolah-sekolah di pedalaman mempunyai prasarana yang benar-benar lengkap seperti komputer dan peralatan ICT. Ini akan menyebabkan pelaksanaan inovasi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kaedah utama pelaksanaannya melibatkan penggunaan komputer dan prasarana ICT.

Perspektif Linguistik
Bahasa adalah alat komunikasi yang maha penting. Bahasa bukan terhad kepada sistem dan strukturnya sahaja. Melalui bahasa kita mampu meneroka alam pemikiran masyarakatnya. Itu yang dipanggil sebagai ‘pandangan dunia’ atau world-view. Setiap bangsa mempunyai cara pemikiran yang tersendiri yang diwarnai oleh bahasa dan budaya setempat. Ini selari dengan pendapat Sapir-Whorf yang mengatakan dengan menggunakan bahasa yang berbeza-beza masing-masing penuturnya mengalami realiti yang berbeza-beza. Hal ini demikian kerana tiap-tiap bahasa, melalui perbendaharaan kata dan hukumhukum nahunya telah menentukan cara pengguna bahasa-bahasa itu seharusnya memahami dunianya. Oleh hal yang demikian, dua orang penutur bahasa yang berlainan akan menyaksikan alam yang satu ini sebagai dua manusia yang berlainan dan memahami alam secara yang berlainan pula. Menurut Abdullah Hassan (2002), setiap bangsa memiliki minda asli masing-masing tetapi minda asli tersebut dapat hilang apabila minda itu dikuasai oleh bahasa asing. Bangsa Melayu mempunyai minda asli tetapi hilang apabila minda Melayu itu dikuasai oleh bahasa Inggeris. Ini yang dikatakan sebagai minda tawanan. Minda tawanan tidak
100

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

berupaya mencipta, maka oleh itu, akan hanya menjadi konsumer sahaja kepada produk-produk mental dan fizikal keluaran minda asal. Satu lagi pendekatan yang biasa diguna untuk melihat bahasa dan masyarakat ialah ilmu sosiolinguistik. Sosiolinguistik selalunya melihat fenomena bahasa dan masyarakat. Antara apa yang menjadi bahan kajian ialah bilingualisme, perancangan bahasa dan sebagainya. Kekeliruan kerap kali muncul di kalangan puak yang menilai pejuang bahasa. Tidak ada teori yang mengatakan menguasai lebih dari satu bahasa itu tidak baik. Malah kita digalakkan menjadi poliglot iaitu orang yang boleh berbahasa banyak bahasa. Kerana dengan ini kita akan lebih terdedah dengan ilmu-ilmu yang ditulis dalam bahasa tersebut. Tetapi pejuang bahasa selalu disalah mengertikan apabila menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di sekolah. Mendaulatkan bahasa kebangsaan dengan mengamalkan sikap dwibahasa adalah dua perkara yang berlainan sama sekali. Menentang penggunaan BI sebagai bahasa penghantar bukan bermakna menentang pembelajaran bahasa kedua. Perlu diingat bahawa bahasa penghantar dan bahasa ilmu adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. Kekeliruan inilah yang harus ditangani. Ahli sosiolinguistik seharusnya dapat membantu menjelaskan fenomena ini. Satu lagi teori yang boleh membantu melihat peranan bahasa ialah ilmu semantik dan pragmatik. Teori relevans yang merupakan salah satu teori dalam semantik dan pragmatik telah memperlihatkan hubungan di antara komunikasi dan kognitif. Teori ini cuba menjelaskan hubungan yang erat di antara peranan minda manusia dengan cara kita berkomunikasi. Segala apa yang dikomunikasikan akan diproses dan ditafsir sebelum makna sebenar ditemui. Teori ini berlandaskan kepada prinsip dengan dua andaian:

Prinsip Utama Relevans:
Andaian Asas: Kognisi manusia berorientasikan relevan. Pendengar selalunya akan menumpukan perhatian kepada maklumat yang relevan dengan dirinya. Kesannya: Dengan meminta perhatian, penutur akan mencipta segala pengharapan yang relevan. Interpretasi yang terbaik adalah interpretasi yang dapat mematuhi pengharapan ini. Teori ini seterusnya dibantu oleh tiga konsep utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses maklumat. Maklumat yang terbaik ialah maklumat yang mempunyai kesan konteks yang tinggi dengan sedikit usaha memproses maklumatnya. Manusia menggunakan akal untuk mentafsir apa yang didengar hatta apa yang hendak dikomunikasikan. Manusia bukan sahaja mampu berkomunikasi secara harfiah tetapi juga menaakul dan
101

Mengapa Kami Bantah!

membuat inferens kepada apa yang dilihat atau didengar. Buktinya lampu merah di jalan raya berjaya membuat manusia berhenti walau pun tidak pernah dinyatakan secara bertulis. Ini yang dikatakan membuat inferens dari lambang-lambang. Apa yang ada di persekitaran kita akan membantu kita membentuk dan membina konteks. Apa yang kita lalui akan menjadikan satu pengalaman yang berharga dan menjadi sebahagian daripada pembentukan konteks dan kesan konteks apabila kita mula berbicara. Kesemua ini akan membentuk persekitaran kognitif kita dan sekaligus membantu menghasilkan ujaran yang bermanifestasi iatu ujaran yang jelas dan nyta. Hanya ujaran yang bermanifestasi dan dapat dilentur mengikut persekitaran kognitif membantu menjadikan ujaran itu ujaran yang relevan. Teori ini menganjurkan konsep kerelevanan bukan kebenaran. Buktinya keupayaan heuristik manusia dalam membuat anggaran acapkali diguna pakai. Contohnya, jika seseorang menanyakan berapa jauhkah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu? Jawapan yang bakal diterima ialah 4 jam meskipun kita boleh sampai ke Johor Bharu dalam masa 3 jam 55 minit atau 4 jam 13 minit. Ini yang dikatakan anggaran yang mengikut teori relevans tidak salah dari segi pentafsiran makna. Dengan memberikan jawapan anggaran seumpama itu jawapan itu dianggap relevan dan bukannya benar. Tetapi dengan anggaran tersebut, ia akan membantu pendengar merancang perjalanannya dan memanfaatkan masanya dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu teori ini juga menekankan konsep usaha memproses maklumat (processing effort). Usaha memproses maklumat ini ada kaitannya dengan jumlah masa yang diambil untuk mentafsir makna. Lebih sedikit masa digunakan maka lebih relevanlah sesuatu maklumat itu. Ini bermakna mana-mana maklumat yang sukar dan memerlukan masa yang lama adalah merupakan maklumat yang kurang baik untuk diketengahkan. Malah risiko kesalahfahaman akan berlaku dan secara tidak langsung ketergendalaan komunikasi akan berlaku. Ini jelas berlaku apabila berlaku salah padanan di antara maklumat yang dibekal dengan konteks si pendengar. Apa kaitannya teori ini dengan bahasa. Dua bahasa yang tidak sama akan mempunyai lenggok dan gaya bahasa yang tidak sama. Tambahan pula bahasa itu bukan bahasa serumpun dan sangat jarang digunakan. Ketidaksepadanan ini akan mengundang masalah pentafsiran makna. Dalam kes ini BI menjadi contoh yang paling baik. BI adalah bahasa kedua. Penggunaannya adalah terhad di dalam kelas (dalam konteks pendidikan). Selain daripada mempunyai struktur yang jauh berbeza dengan bahasa Melayu, konteks dan budaya pemikiran penuturnya adalah jauh berbeza dengan bahasa pertama. Mungkin apa yang mampu dipelajari adalah makna asas yang tidak memerlukan struktur

102

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

bahasanya yang lebih rumit. Tetapi jika dibandingkan dengan bahasa pertama ternyata bahasa pertama akan mampu membantu penutur/ pelajar mengungkap apa yang difahami dengan lebih berkesan. Masalah ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan S&M dalam BI. Masalah ketergendalaan komunikasi pasti berlaku. Ini sekaligus memberi kesan yang amat buruk kepada pembelajaran S&M.

Rumusan Perspektif
Dari perbincangan di atas ternyata perspektif pendidikan dan linguistik lebih selari. Kedua-dua berkongsi pemahaman mengenai kognitif manusia. Hall (1996) dan Wood (2002) berpendapat mempelajari sesuatu ilmu dengan menggunakan bahasa yang kedua akan mengambil masa yang lama iaitu 5-7 tahun dan ini sudah tentu akan menjadi penghalang utama kepada pelajar untuk menimba ilmu. Ini sejajar juga dengan teori relevans yang menekankan gagasan usaha memproses maklumat sebagai salah satu konsep penting untuk mentafsir maklumat. Jika ini diabaikan, ia tidak akan memberikan pulangan yang berbaloi kepada pendengar sendiri. Berlainan pula dengan perspektif politik. Pertimbangan ilmiah yang sepatutnya menjadi tonggak utama nampaknya tidak terserlah di sini. Kegopohan dalam mengimplimentasikan dasar baru iaitu dalam tempoh enam bulan telah banyak menimbulkan tanda tanya. Apakah motif pihak Kementerian menukar dasar ini sedangkan hala tujunya tidak mantap dan jelas. Jika alasan kurang mahir berbahasa Inggeris menyebabkan kadar pengangguran tinggi, maka alasan ini dianggap begitu longgar dan tidak munasabah. Apa yang lebih mencurigakan ialah mereka yang menentang dasr baru ini walaupun bersandarkan dengan alasan ilmiah akan dikenakan tahanan ISA! Demi memberikan gambaran yang lebih adil kepada konflik ini, satu kajian telah dijalankan terhadap pelajar dan guru dan penerimaan mereka terhadap dasar baru ini. Kementerian yang dianggap sebagai yang berkuasa dan pelajar dan guru yang dianggap sebagai pinggiran adalah golongan yang tertekan dalam konflik ini. Sekali lagi muncullah perbezaan di antara dua darjat.

Dapatan Kajian
Satu kajian sikap telah dilakukan di enam buah sekolah di kawasan tengah dan selatan tanah air. Guru dan pelajar diambil sebagai responden memandangkan merekalah orang yang terlibat secara langsung dengan dasar baru ini. Seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera terlibat dalam kajian ini. Mereka juga dari kedua-dua aliran iaitu kebangsaan dan jenis kebangsaan yang berlokasikan Bandar dan luar Bandar. Manakala seramai 43 orang guru telah menjadi responden dari sekolah Bandar dan luar Bandar,
103

Mengapa Kami Bantah!

berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun dan berumur melebihi 25 tahun. Daripada soal selidik yang dikemukakan pada guru, berikut adalah dapatan kajiannya:
NO SOALAN S1 S2 S3 SETUJU (S) % 4 2 TIDAK SETUJU (TS) % 96 98

JENIS SOALAN Pelajar makin minat S&M dalam BI Pelajar saya tidak ada masalah fahami S&M dlm BI Keputusan peperiksaan pelajar saya sangat membanggakan dlm S&M yang diajar dlm BI Ilmu S&M mampu disampaikan dlm BM Pencapaian S&M lbh baik jika diajar dlm BM Pelajar lbh menumpukan perhatian pada subjek jika diajar dlm BM Semua subjek disampaikan dlm BI BI menggantikan BM sbg bahasa Kebangsaan

6 81 72

94 19 28

S4 S5 S6 S7 S8

79 17 2

21 83 98

Dari soal selidik yang dikemukakan ternyata pendapat guru adalah konsisten meskipun data dikutip daripada pelbagai sekolah dengan pelbagai angkubah sosialnya seperti Bandar dan luar Bandar, pengalaman mengajar dan umur. Jawapan guru sebagai penilai utama kepada kemampuan pelajar harus diberikan perhatian. Soalan yang mudah ditanya mengenai prestasi pelajar jelas menunjukkan yang guru mempunyai pandangan yang harus dihormati. 96% guru tidak bersetuju apabila ditanya sama ada minat pelajar meningkat kepada S&M sejak diajar dalam BI. 98%pula mengatakan pelajar mereka menghadapi masalah dalam memahami S&M dalam BI. 94% guru tidak bersetuju apabila dikatakan yang pelajar mereka mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan S&M. Malah hanya seorang sahaja pelajar yang mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Sains di sebuah sekolah di selatan tanahair dalam peperiksaan semester 1 daripada 18 kelas tingkatan 1. Guru lebih yakin dengan kemampuan BM sebagai bahasa penghantar. Seramai 81% guru mahu S&M diajar dalam BM. 72% pula guru mengatakan pencapaian murid adalah lebih baik jika diajar dalam
104

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

S&M dalam BM. Dan apa yang penting ialah 79% guru berpendapat pelajar lebih dapat menumpukan perhatian ajika subjek itu diajar dalam BM. Apakah penjelasan yang boleh dibuat dari perangkaan di atas. Perangkaan di atas memaparkan betapa aspek kognitif amat berperanan dalam memastikan pelajar dapat memahami ilmu jika disampaikan dalam bahasa ibunda. Kekangan kepada pencapaian yang baik ialah taraf pemahaman mereka terhadap ilmu itu sendiri. Bahasa kedua yang tiba-tiba digunakan kepada pelajar telah memberikan kejutan kepada pelajar dan sekaligus memberi impak yang besar pada prestasi mereka. Peratusan yang dipaparkan membuktikan pelajar gagal memahami bahasa penghantar dan sekaligus gagal memahami ilmu itu sendiri. Pelajar tingkatan satu yang menjadi responden, pernah mendapat gred ‘A’ dalam UPSR bagi subjek sains gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1. Hal ini mungkin tidak akan terjadi jika BM kekal sebagai bahasa penghantarnya. Berikut pula adalah dapatan kajian bagi diri pelajar pula. NO SOALAN S1 JENIS SOALAN Belajar S&M dlm BI tidak mendatangkan masalah pemahaman. BM mampu menyampaikan ilmu S&M dgn berkesan. Saya bertambah minat jika S&M diajar dlm BM Saya blh mendapat kejayaan cemerlang jika S&M diajar dlm BM Saya bangga jika dapat jadi ahli saintis berbahasa Melayu di peringkat antarabangsa Semua pelajaran mesti guna BI BI menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan SETUJU (S) % 25 TIDAK SETUJU (TS) % 75

S2 S3 S4

77 71 70

23 30 30

S5

55

45

S6

16

84

S7

13

87

105

Mengapa Kami Bantah!

Pelajar yang dianggap sebagai penerima beban utama hasil dari dasar ini perlu juga diberi perhatian. 75% berpendapat S&M dalam BI telah memberikan masalah pemahaman kepada mereka. 77% pelajar berpendapat mereka yakin S&M boleh disampaikan dalam BM dengan berkesan. 71% pelajar pula mengatakan mereka akan bertambah minat jika S&M diajar dalam BM. Sementara 70% pelajar pula bersetuju yang mereka boleh mendapat kejayaan cemerlang jika S&M diajar dalam BM. Pelajar sebagai pendengar kepada ilmu yang disampaikan oleh penutur iaitu guru sendiri berpendapat bahasa pertama adalah jauh lebih baik dibanding dengan bahasa kedua. Ini sekali lagi selari dengan teori kognitif yang dijelaskan di bahagian awal kertas. Bahasa ibunda adalah merupakan alat yang terpenting bagi penuturnya melahirkan perasaan dan mengungkapkan emosi mereka. Semua perbendaharaan kata yang tersimpan di memori mereka akan menjadi pemangkin kepada kreativiti mereka. Ini dapat dikaitkan dengan faktor minda tertawan. Minda yang bebas iaitu bebas berkreatif akan mampu menghasilkan ciptaan-ciptaan yang baik. Ini ditegaskan oleh Prof. Yusof Othman, saintis dari UKM. Beliau mengatakan: “untuk membangunkan sains dalam budaya di Malaysia dengan budaya Melayu sebagai terasnya, maka penyampaian ilmu sains itu sendiri perlu menggunakan bahasa tersebut. Bahasa, budaya dan pencapaian sains dan teknologi tidak boleh dipaisahkan daripada sistem nilai, dan dalam masa yang sama budaya tidaklah boleh dipersempitkan ruang lingkup had dalam beberapa bidang seni. Dengan demikian, sains dan teknologi tidak boleh dibangunkan terpisah dengan cita rasa dan aspirasi umat. Dengan kata lain, kita perlu membangunkan sains dan teknologi dalam acuan kita, dengan menggunakan bahasa kita, dan dengan budaya dan cita rasa kita”. Demi menghasilkan saintis yang berwibawa dengan minda kreatif, sudah tentu bahasa pertama/ibunda akan menjadi wadah yang terbaik. Usaha memproses maklumat menjadi rendah. Bahasa ilmu yang diperoleh mempunyai unsur manifestasi yang mempunyai ciri yang jelas dan nyata. Dengan cara ini pelajar akan menjadi lebih yakin dan selesa dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya.

Realiti, Cabaran dan Harapan
Dari paparan data di atas jelas menunjukkan ada keselarian di antara pelajar, guru, perspektif pendidikan dan linguistik. Paparan data itu juga mensahihkan pendapat-pendapat ilmiah yang dibincangkan. Ini bermakna berlaku konflik di antara pemerintah yang mewakili perspektif politik dengan yang lain. Ini juga bermakna apa yang berlaku ialah arahan yang dikeluarkan bertentangan dengan fenomena sebenar. Kementerian di satu pihak tetap mengatakan dasar baru
106

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

mereka ini berjaya. Ini dibuktikan dengan kenyataan Menteri Pendidikan yang menyatakan bahawa ‘prestasi pelajar sekolah meningkat dalam mata pelajaran S&M sejak diajar dalam BI. Ekoran daripada itu Perdana Menteri mahu pengajaran ini diteruskan pada tahun-tahun berikutnya’ (Mingguan Malaysia – 7 September 2003). Pergeseran dapatan kajian telah menimbulkan konflik. Ini yang dikatakan perbezaan di antara dua darjat. Nyatanya walau apapun dapatan kajian yang memihak di pihak pinggiran iaitu guru dan murid, pihak pusat tetap mengenakan arahan meskipun yang bakal menerima kesan yang buruk itu ialah pihak pinggiran. Kuasa yang amat besar di pihak yang berkuasa terus memberi tekanan kepada pihak pinggiran. Satu perkara yang menarik yang tidak harus dilupakan ialah pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Dong Zong yang tetap tidak akan menukar bahasa pengantar S&M dalam BI malah akan terus mengekalkan bahasa ibunda mereka. Mereka berpendapat pelajar-pelajar mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk memahami S&M dalam bahasa Mandarin, maka penularan kepada BI adalah satu arahan yang tidak perlu diikuti (Mingguan Malaysia – 7 September 2003). Cabaran yang wujud sekarang ialah kita harus mengakui realiti duduk perkara yang sebenar. Jika diambil kira pendapat Persatuan Dong Zong maka Kementerian sebagai tuan yang empunya kuasa harus meneliti semula dasar baru mereka. Dasar lama yang menggunakan bahasa kebangsaan tidak pernah menunjukkan sebarang masalah kepada semua pelajar tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjalan selama 20 tahun menyaksikan prestasi yang baik dan bukti unggul yang dapat ditunjukkan ialah UKM sendiri. Malah mereka yang menduduki DPK telahpun menjawat jawatan yang besar malah menjawat jawatan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan saintis. Apa yang diharapkan satu penilaian semula dilakukan pada dasar baru ini sebelum terlambat. Alasan pengangguran kerana kurang mahirnya graduan berbahasa Inggeris harus diteliti semula. Yang nyatanya pedagogi pendidikan Inggeris yang harus disemak semula. Pelajar Malaysia yang mempelajari BI selama 11 tahun seharusnya sudah fasih berbahasa Inggeris berbanding dengan negara Jerman contohnya yang hanya memulakan pengajaran BI di sekolah pada umur 10 tahun. Apa yang tidak kena di sini ialah cara pengajaran BI. Noreiny Maarof et al. (2003) dalm kajiannya mendapati penguasaan BI pelajar di luar Bandar masih lemah. Antara hasil dapatannya ialah pedagogi BI menuntut keperluan membangunkan strategi pengajaran yang memotivasikan pelajar di samping mewujudkan suasana yang kondusif untuk penggunaan BI.

107

Mengapa Kami Bantah!

Bahasa dan Kesatubangsaan
Bahasa adalah alat penting untuk menyatukan bangsa. Tambahan pula negara majmuk seperti di Malaysia. Gerakan menyatupadukan rakyat melalui satu bahasa kebangsaan mempunyai sejarah yang amat panjang. Ia bermula dari tahun 1957 lagi dengan Penyata Razak. Pihak berkuasa merasakan satu dasar yang sama sahaja yang akan dapat memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa dapat dicapai. Penyata Razak antara menegaskan: “it is hoped that this concerted use of the National Language … will inculcate in all citizens the habit of using it regularly. It is only in this way that they will feel they belong to this country, and that the National Language is a real living force that binds them together” Masalah kesatubangsaan yang cuba ditangani melalui bahasa sendiri turut dialami oleh Amerika Syarikat. Amerika sendiri mempunyai ramai kaum minority yang menetap di negaranya. Kaum minority ini pula berbagai jenis kaumnya. Maka pihak berkuasa Amerika merasakan peri pentingnya peranan bahasa Inggeris dalam soal kesetiaan, keperibadian dan keselamatan negara semasa mereka membina negara bangsa dahulu. Buktinya digubal satu dasar bahasa di Amerika Syarikat: “Americanism, they argue, loses something in the translation, while English offers the only key to the nation’s democracy, history and culture. Language thus becomes a literal shibboleth of nationality, a badge of true Americanism, and anything less than fluency in English - aforeign accent, let alone the maintainence of a minority tongue – is perceived to threaten national security and subvert the national ideal” (Dennis Baron; 1990). Nyatanya bahasa boleh menjadi alat penyatu kaum. Jika Amerika mempunyai bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, maka BI lah yang menjadi bahasa kebangsaannya. Begitu juga dengan Malaysia. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda, maka BM lah yang semestinya menjadi bahasa kebangsaan dan seteusnya bahasa penghantar di sekolah sebagaimana amalan kita sejak 20 tahun yang lalu. Alasan BI lebih dapat membantu manusia Malaysia menjadi saintis lebih cepat harus difikirkan semula. Pengalaman Jepun, Korea, Jerman, Italy yang mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa penyatupadu dan bahasa penghantar di sekolah telah berjaya membuktikan tiada cacat celanya menggunakan bahasa ibunda sendiri. Di samping itu BI sebagai bahasa antarabangsa mesti terus dipelajari agar rakyat menjadi dwibahasa dan mendapat manfaat daripada kelebihan itu.

108

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Kita seharusnya dapat berfikir jauh kesan daripada dasar baru itu jika pihak berkuasa masih kekal dengan pendirian mereka. Abdullah Hassan (2002) menegaskan apabila bahasa asing berjaya masuk ke dalam benak kita, dua perkara yang akan berlaku. Pertama kebocoran bendung budaya dan kedua kehilangan keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri. Kebocoran bendung budaya akan menyebabkan kita merasa kagum dengan budaya barat. Manakala kesan kedua lebih berat lagi padahnya. Kita sebagai golongan terpelajar bekas tanah jajahan tidak yakin dengan keupayaan mencipta produk-produk intelektual sendiri. Kita hanya berpuas hati sebagai agen yang menterjemahkan, mengajarkan, mempopularkan dan menerapkan sahaja produk-produk intelek tokoh-tokoh tersebut di negaranya. Jikalau sekali sekala ada yang berani mencipta produk-produk intelektual mereka sendiri, rakanrakan mereka pula yang tidak menaruh keyakinan akan mutu produkproduk intelektual tempatan sebagai rujukan yang dianggap berautoriti. Ketidakyakinan diri ini sebenarnya tidak akan memberi impak positif kepada penyatubangsaan. Selagi kita akan terus menjadi pengkagum barat maka selagi itulah BM akan gagal berfungsi sebagai bahasa penyatu. Alasan global yang sering diketengahkan sebenarnya bukanlah alasan jitu untuk kita kembali kepada bahasa penjajah. Hassan Ahmad (2002) menegaskan bahawa dunia lain juga melakukan pembaharuan dan proses kemajuan dalam bidang yang sama tetapi penggubal dan perancang dasar di situ tidak berkata: “mari kita gantikan bahasa kita dengan bahasa orang lain, bahasa Inggeris, untuk kita mencapai kemajuan dalam bidang itu di dalam negara sendiri”. Hanya negara ayat bangsa yang keliru budaya atau bangsa yang mindanya masih tidak terlepas daripada acuan atau peraturan penjajahan sahajalah yang selalu berfikiran demikian – tetapi mereka tidak menyedarinya”. Hassan Ahmad seterusnya menambah: “untuk memajukan bangsa sendiri dan negara sendiri di dalam ruang budaya, sosial, dan politik di negara ini – bukan di negara orang lain, bukan di England, atau di Amerika Syarikat atau di ruang global yang tidak diketahui di mana sempadannya – alat yang paling sesuai ialah bahasa kita sendiri”.

109

Mengapa Kami Bantah!

Peratus Mata Pelajaran SPM Peratus Mata Pelajaran SPM Berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris Berbahasa Melayu dan Berbahasa Inggeris

29%

29%

71% 71%

Mata Pelajaran Mata Pelajaran Berbahasa Berbahasa Melayu Melayu Mata Pelajaran Mata Pelajaran Berbahasa Berbahasa Inggeris Inggeris

(Sumber: Kamal Shukri: 2002) Sebenarnya impak yang paling besar terkesan daripada penerapan dasar baru dan seterusnya memberikan masalah kepada kesatubangsaan ialah apabila sistem pendidikan berundur ke system zaman penjajah. Rajah di sebelah dapat membuktikan kemerosotan penggunaan BM sebagai bahasa kebangsaan dan penyatu bangsa dipinggirkan. Pelaksanaan S&M dalam BI akan memberi kesan pada masa jangka panjang. Carta di atas menunjukkan mata pelajaran yang menggunakan BM hanya tinggal 29% sahaja. Ini adalah kerana aliran sains akan didominasi oleh mata pelajaran seperti fiziks, kimia, biologi, matematik moden dan matematik tambahan. Ini menjadikan jumlah peratusnya meningkat jauh meninggalkan mata pelajaran BM. Kesan ini berterusan untuk pengajian di peringkat tinggi iaitu di matrikulasi dan tingkatan 6. Ini adalah kerana pelajar-pelajar ini akan menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi. Peratus untuk subjek BM terus merosot dari 29% ke 20% sahaja. Ini adalah kerana di peringkat ini mata pelajaran telah mula mengkhusus kepada aliran yang dijurusi. BM yang dianggap sebagai bahasa perpaduan makin menyempit peranannya sebagai bahasa penyatu. Implikasi seterusnya, adakah pelajar yang lemah BInya dapat mengikuti ilmu ini dengan berkesan. Carta di bawah menunjukkan

110

Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

peratus bahasa yang bakal digunakan di peringkat tingkatan enam aliran sains dan matrikulasi.

Peratus Mata Pelajaran SPM Berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi

20% 20%

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

80% 80%

Sumber: Kamal Shukri: 2002) Penyempitan bahasa ilmu S&M tidak berhenti di sini malah akan berterusan di peringkat universiti bagi aliran sains. Ini termasuklah pengajian sains dan teknologi, teknologi maklumat, kejuruteraan dan banyak lagi pengajian yang berteraskan sains.

Peratus Kursus Berbahasa Melayu dan Berbahasa Inggeris yang Ditawarkan di Universiti

9%

Mata Pelajaran Berbahasa Melayu Mata Pelajaran Berbahasa Inggeris

91%

(Sumber: Kamal Shukri: 2002
111

Mengapa Kami Bantah!

Carta di atas dengan jelas menunjukkan penggunaan BM hanya tinggal 9% sahaja. Ini jauh terpesong dari matlamat pengajian hari ini di mana BM menjadi bahasa penghantar di semua institusi pendidikan milik kerajaan termasuk sekolah, pusat matrikulasi dan universiti awam. Adakah ini satu langkah yang wajar dilakukan memandangkan alasan ilmiah yang kukuh telah menampakkan kesan negatif dari pelaksanaan dasar baru ini. Kesan yang mungkin kita terlupa ialah pada pelajar tingkatan satu yang kini terlibat dengan dasar baru ini. Dari semakan yang dilakukan terhadap buku teks sekolah menengah iaitu buku ‘Eksplorasi Sains Ting.1’ berlaku pengurangan isi kandungan kurikulumnya. Ini dapat dilihat dari buku sains BM dengan BI. Pengurangan ini mungkin berpunca dari kekhuatiran yang sememangnya ada di hati pihak berkuasa. Mereka tahu yang pelajar dan guru akan menghadapi masalah dengan BI lalu mereka mengurangkan isi kandungan kurikulum yang patut diajar. Ini merupakan satu kerugian besar kepada pelajar-pelajar itu sendiri. Ini belum dikira lagi dengan ketiadaan guru-guru S&M yang terpaksa berkursus kemahiran BI. Ini menyebabkan kelas S&M terabai kerana ketiadaan guru. Demi menampung kekurangan guru S&M dalam BI, maka graduan S&M sangat laris di pasaran pendidikan. Mereka diterima masuk dan dilatih bagi mencukupkan guru dari aliran-aliran lain. Ini secara tidak langsung menutup peluang graduan-graduan bukan sains untuk diterima masuk ke profesion perguruan.

Kesimpulan
Dari perbincangan di atas boleh dikatakan kesan jangka pendek dan panjang ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar, guru dan institusi pengajian tinggi malah jangka panjangnya memberi kesan yang amat mengerikan pada pembinaan jati diri dan kesatubangsaan. Pengalaman 13 Mei sepatutnya dikenang sehingga hari ini kian dilupakan. Pengunduran balik kepada dasar pendidikan zaman penjajah sebenarnya mengundang masalah jurang kaum yang pernah berlaku satu ketika dulu. Mungkin ada orang berkata BI itu maha penting dan harus menggantikan BM. Orang itu harus bertanya kembali kepada dirinya adakah dia hanya memikirkan kepompong dirinya sahaja atau pernahkah orang itu bertanyakan dalam konteks yang lebih luas. Apa yang kita mahu pelajar luar Bandar menikmati kualiti ilmu yang setara dengan pelajar Bandar yang ternyatanya memang tidak berlaku. Adalah lebih baik jika kita mengamalkan ‘BM bahasa dijunjung dan BI bahasa dikendung bagi memastikan apa yang dikejar dapat dan yang dikendong terselamat’.

112

10
Bahasa Melayu akan Pupus

Kamal Shukri Abdullah Sani Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia,

Pengenalan
Kita perlu mempertahankan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut khususnya Perkara 152, iaitu tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dan bukannya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perkara 152 tersebut. Apabila isu penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran sains dan matematik diperkatakan, ada beberapa perkara yang sengaja disebut bagi menimbulkan kekeliruan, iaitu: 1. Menguasai bahasa Inggeris tidak mengurangkan jati diri kita. 2. Mengajar sains dan matematik melalui bahasa Inggeris akan memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris pelajar. 3. Banyak istilah dan bahan rujukan berkaitan mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 4. Perubahan ini melibatkan mata pelajaran sains dan matematik sahaja. 5. Kita tidak dapat menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dalam proses globalisasi kini. 6. Tanpa Bahasa Inggeris Kita tidak boleh maju. Banyak negara sekarang memberi tumpuan untuk menguasai bahasa Inggeris, termasuklah negara Jepun, China dan Korea. 7. Martabat bahasa Melayu tidak terjejas walaupun sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris.

Mengapa Kami Bantah!

Soalan-soalan di atas dijawab seperti berikut. Semoga apa yang dikelirukan tidak menjadi masalah berpanjangan.

1. Menguasai bahasa Inggeris tidak mengurangkan jati diri kita
Belajar bahasa Inggeris malah bahasa apa sekalipun amat berfaedah dan tidak menjejaskan jati diri kita atau mana-mana bangsa. Tetapi janganlah terhad kepada bahasa Inggeris sahaja, malah jika mampu kuasailah juga bahasa ”antarabangsa” yang lain seperti Mandarin, Jepun, Arab, Jerman, Korea, Rusia dan lain-lain. Malah bahasa Mandarin misalnya bukan sahaja merupakan bahasa yang paling banyak penutur jatinya tetapi juga bahasa bagi bilangan penutur yang kedua banyaknya di negara kita. Dengan munculnya negara China sebagai ”naga” ekonomi dalam era baru ini, keperluan untuk menguasai bahasa Mandarin pastinya meningkat dengan faedah yang besar sekali. Tentang penguasaan bahasa Inggeris tidak ada sesiapa pun yang bercanggah tentang hal ini. Kita akui bahasa Inggeris penting khususnya di negara kita. Suka atau tidak kita mesti dan perlu menguasainya. Bagi tujuan tersebut, secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pendidikan kita telah menetapkan bahasa Inggeris sebagai ”bahasa kedua” terpenting selepas bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu, malah sebagai ”bahasa asing” yang paling penting. Ini sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bahawa kepentingannya tidak diabaikan oleh pemerintah dan kita semua walaupun dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan. Tidak ada sesiapa seharusnya dibenarkan menentang pengajaran bahasa Inggeris tersebut atas apa alasan sekalipun, misalnya atas alasan bahasa Inggeris merupakan bahasa penjajah. Cumanya sejauh mana berkesan pengajaran dan penguasaan bahasa Inggeris tersebut merupakan suatu persoalan lain yang dapat dibincangkan dalam skopnya yang tersendiri. Ruang, peluang, keizinan dan sebagainya telah diberi dan disediakan secukupnya dalam sistem pendidikan negara kita dari peringkat sekolah rendah lagi sehingga ke peringkat universiti iaitu meliputi tempoh masa sekurang-kurangnya dua-belas tahun, mata pelajaran bahasa Inggeris terdapat dalam kurikulum yang telah dirancang.

2. Mengajar sains dan matematik melalui bahasa Inggeris akan memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris pelajar
Sekali imbas kelihatan seolah-olah kenyataan tersebut benar. Sebenarnya ini bercanggah dengan teori pembelajaran. Kita kononnya akan cekap berbahasa Inggeris dengan mempelajari suatu mata pelajaran lain, sedangkan kita sepatutnya mempelajari mata pelajaran yang hendak kita kuasai itu. Hal ini kelihatan agak lucu kerana jika penguasaan bahasa Inggeris kita lemah atau sebenarnya lemah

114

Bahasa Melayu akan Pupus

berdasarkan kenyataan yang tergambar pada setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan (seperti UPSR, PMR, SPM) bagaimanakah pula dengan mata pelajaran yang dipelajari dalam bahasa Inggeris tersebut? Dapatkah kita menguasainya? Sebilangan pelajar Melayu juga pada umumnya lemah dalam sains dan matematik, sedangkan selama ini mereka mempelajarinya dalam bahasa Melayu. Tentunya sesuatu yang aneh jika dikatakan mereka ini akan menguasai sains dan matematik dengan mempelajarinya dalam bahasa yang lain pula yang penguasaan mereka juga lebih lemah berbanding bahasa Melayu. Hanya segelintir pelajar sahaja yang mungkin akan dapat menguasai sains dan matematik sekalipun dalam bahasa Inggeris. Adakah kita bertujuan hanya untuk ”memandaikan” segelintir pelajar sahaja yang mungkin daripada kumpulan elit dan berada, sedangkan sebilangan besar yang lain kita abaikan? Tentunya tidak dan tidak sepatutnya hal ini dibiarkan berlaku. Malangnya, kita mungkin terlupa akan kesan negatif tersebut kerana terlalu ghairah dengan matlamat yang kabur dan mengelirukan. Dan tidakkah kita sebenarnya memburukkan lagi keadaan sedia ada? Ini bertepatan dengan apa yang telah diperkatakan oleh banyak cendekiawan bahawa ”lain yang luka lain yang dibebat”, atau ”tiada beban batu digalas”. Jika kita hendak menguasai mata pelajaran sejarah atau geografi misalnya, sejarah dan geografilah yang utamanya yang perlu kita pelajari, beri perhatian dan tumpuan daripada pelbagai aspek pengajaran seperti isi kandungan, kaedah, bahan bantu dan sebagainya dan bukannya mata pelajaran lain seperti matematik misalnya. Secara jujur tidak dinafikan mungkin kita akan mendapat sedikit fakta atau maklumat tentang sejarah atau geografi daripada pelajaran matematik, tetapi itu amat terhad, sekadar fakta atau maklumat sahaja dan bukan ”ilmunya”. Perbandingan yang sama dapat dibuat seperti berikut iaitu tidak mungkin seorang Jerman atau Sepanyol itu akan cekap berbahasa Melayu dengan mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu berbanding jika dia mempelajari mata pelajaran bahasa Melayu itu sendiri.

3. Banyak istilah dan bahan rujukan berkaitan mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
Terdapat juga pandangan bahawa istilah sains dan teknologi serta bahan rujukan banyak didapati dalam bahasa Inggeris atau berbau Inggeris. Justeru ”lebih baiklah” kita mempelajarinya terus dalam bahasa Inggeris? Sebenarnya perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru wujud. Istilah atau bahan rujukan tersebut sudah lama wujud malah terus wujud semasa berlangsungnya Dasar Pendidikan Kebangsaan selama kira-kira 30 tahun (1972 – 2002). Dianggarkan lebih 5.4 juta pelajar telah mengikuti Dasar Pendidikan Kebangsaan dari

115

Mengapa Kami Bantah!

peringkat rendah hingga menengah dan sehingga ke peringkat ijazah asas sekurang-kurangnya melalui bahasa penghantar bahasa Melayu dan ribuan daripada mereka ini yang telah berjaya sehingga ke peringkat sarjana, kedoktoran, menjadi profesional, jurutera, doktor, saintis, teknokrat dan sebagainya malah yang turut melahirkan para sarjana baru yang seterusnya sama ada melalui pengajian dalam negara mahupun di luar negara. Inilah bukti kejayaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Melalui bahasa Melayu kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh sejumlah besar mereka selama ini. Sumbangan merekalah antara lain yang telah menjadikan negara kita maju setidak-tidaknya seperti sekarang ini. Tidakkah jelas lagi apa yang berlaku kini kita seolah-olah surut ke belakang, menafikan kejayaan yang telah dikecapi berasaskan jati diri dan acuan sendiri seperti yang dicanangkan apabila berbicara tentang kemajuan negara yang dikehendaki. Kita nampaknya hanya mencanangkan acuan sendiri dan jati diri tanpa memahami apakah yang kita maksudkan dengan jati diri tersebut. Dahulunya kita beransuransur menukar bahasa penghantar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Kini sebaliknya pula yang kita lakukan. Tidakkah siasia sahaja usaha kita dahulu menulis, menterjemah dan menerbitkan pelbagai istilah, kamus, buku dan rujukan dalam bahasa Melayu? Jika bahasa Inggeris telah dikuasai, tidak menjadi masalah lagi sama ada banyak buku rujukan atau semua buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Yang perlu dikuasai sebenarnya ialah ”ilmu”. Bahasa hanyalah sebagai alat atau wahana ke arah pemerolehan ilmu tersebut. Penguasaan bahasa yang kukuh belum tentu menjadikan seseorang itu berilmu tinggi. Seorang penganggur atau ”tukang sapu” di kota London atau New York tetap seorang penganggur atau ”tukang sapu” walaupun kemahirannya bahasa Inggerisnya ”mengalahkan” seorang profesor di universiti negara ini (tanpa menafikan bahawa profesor di sini tetap perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik). Kita perlu ”adil” di sini untuk meletakkan sesuatu itu pada tempat yang sepatutnya seperti yang selalu dikatakan oleh Profesor Syed Naguib alAttas. Sekadar bermaklumat atau mempunyai fakta belum menentukan bahawa kita berilmu. Istilah, kata dan sebagainya dapat dirujuk pada kamus, tetapi ilmu akan lebih teresap melalui bahasa yang kita lebih mahir seperti firman Tuhan yang bermaksud ”tidak Aku turunkan nabi dan rasul melainkan daripada kaumnya sendiri agar mereka lebih faham atau mengerti”. (surah Ibrahim: ayat 4). Walaupun banyak istilah bersumberkan bahasa Inggeris atau bahasa lain (dan hal ini berlaku dalam semua bahasa termasuk bahasa Inggeris), tetapi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan yang

116

Bahasa Melayu akan Pupus

dipertanggungjawabkan melalui pelbagai jawatankuasa istilah dan bidang ilmu, telah membangunkan hampir sejuta istilah bagi ratusan bidang ilmu sebagai rujukan dan kegunaan kita semua. Usaha tersebut telah dilakukan, sedang dilakukan dan perlu serta pastinya terus dilakukan. Segala usaha itu perlu dimanfaatkan dengan penggunaannya khususnya dalam bidang pengajian. Malang sekali jika usaha tersebut dihentikan, atau terpaksa dihentikan akibat tidak digunakan lagi, atau segala yang telah diusahakan dibiarkan begitu sahaja terperap dalam halaman kamus, buku dan sebagainya. Istilah, kata, ilmu yang tidak digunakan akhirnya akan berkubur begitu sahaja. Beberapa contoh dapat direnung seperti nasib yang telah menimpa bahasa Latin, bahasa Inggeris tua atau Anglo Saxon, bahasa Hawai yang telah ”mati” sedangkan pada suatu ketika pernah menjadi bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu.

4. Perubahan ini melibatkan mata pelajaran sains dan matematik sahaja
Merujuk persoalan keempat iaitu pada awalnya dahulu dikatakan bahawa melibatkan cuma dua mata pelajaran sahaja, jelas sekali bahawa perkara tersebut tidak benar. Mata pelajaran sains dan matematik di peringkat rendah akhirnya di peringkat menengah menjadi mata pelajaran sains, sains tambahan, fizik, kimia, biologi, matematik, matematik tambahan dan seterusnya meliputi mata pelajaran yang bersekutu dengannya iaitu mata pelajaran teknik seperti berpuluh-puluh mata pelajaran teknik, vokasional dan kejuruteraan. Di peringkat universiti pula mata pelajaran sains dan matematik dan yang bersekutu (berunsur sains dan teknologi) semakin bertambah lagi jumlah mata pelajarannya di peringkat jabatan pengajian, fakulti dan apabila dihitung dengan jumlah semua mata pelajaran tersebut bagi semua jabatan, fakulti dan universiti awam apatah lagi swasta, mata pelajaran yang telah berbahasa Inggeris mencapai ribuan jumlahnya dan ini dianggarkan melebihi 90% mata pelajaran. Hanya tinggal kirakira 10% mata pelajaran sahaja berbahasa Melayu iaitu mata pelajaran berunsur sastera, pengajian Melayu dan pengajian berkaitan agama Islam. Keadaan ini samalah seperti yang berlaku dalam era awal kemerdekaan dan pembangunan pengajian tinggi di negara ini. Tegasnya peranan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi telah hilang dan dihakis secara langsung dan tidak langsung akibat penggunaan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya terhad dan sebenarnya ”dimampukan” untuk menyampaikan ilmu yang ”dianggap” kurang penting atau ”biasa-biasa” sahaja. Siapakah yang meletakkan nilai dan taraf keilmuan serta kemampuan bahasa Melayu serendah ini? Bahasa Melayu itu sendirikah atau ketidaksedaran, kealpaan, ketidakyakinan, rendah diri atau kebodohan bangsanya atau kesemua

117

Mengapa Kami Bantah!

faktor tersebut yang telah menyumbang sehingga tumbangnya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi.

5. Kita tidak dapat menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dalam proses globalisasi kini
Bahasa Inggeris pada awalnya dahulu tidak diyakini untuk menjadi bahasa ilmu di England berbanding bahasa Latin, bahasa Jerman juga tidak diyakini untuk menjadi bahasa ilmu untuk membangun bangsa Jerman berbanding bahasa Perancis, bangsa Jepun juga pada suatu ketika dahulu sebelum era maharaja Meiji lebih meyakini bahasa Jerman dan Rusia lebih mampu memberinya kemajuan berbanding bahasa Jepun. Tetapi setelah bangsa-bangsa tersebut sedar dari mimpi dan berjuang membangunkan kepustakaan bahasa sendiri akhirnya pada hari ini kita melihat bangsa tersebut maju dengan bahasa, budaya dan acuan serta jati diri mereka sendiri tanpa mengetepikan penguasaan hal-hal lain termasuk bahasa lain. Mereka tidak menolak akan penguasaan bahasa asing yang lain termasuk bahasa Inggeris. Malah sebenarnya usaha dilakukan bagi menguasai beberapa bahasa yang penting seperti bahasa Mandarin, Jerman, Rusia, Sepanyol, Perancis, malah bahasa Melayu (Indonesia). Bahasa-bahasa tersebut diajarkan di peringkat sekolah dan fakulti di universiti. Jelas penumpuan mereka tidak terhad kepada bahasa Inggeris sahaja. Walaupun disebut tentang globalisasi atau dunia tanpa sempadan seperti pandangan yang diutarakan oleh Francis Fukuyama dan Kenichi Ohmae, tetapi globalisasi juga sebenarnya menambahkan pengukuhan dan keperluan bahawa kerana itulah juga identiti sesuatu negara atau bangsa itu perlu dipertahankan daripada hanyut dibawa arus deras globalisasi tersebut. Tanpa acuan sendiri dan jati diri yang kukuh, sesuatu negara bangsa atau bangsa tersebut akan lenyap oleh unsur luaran yang lebih berpengaruh. Generasi baru Jepun misalnya dibimbangi kehilangan budaya dan jati diri akibat globalisasi tersebut. Yang sebenarnya berlaku ialah proses ”amerikanisasi”. Bahasa dan budaya merupakan unsur utama bagi maruah, jati diri dan acuan sesuatu bangsa. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa walaupun globalisasi dikatakan telah melanda dunia, pelbagai usaha dibuat oleh negara-negara tertentu khususnya negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Pakatan atau blok-blok tertentu diwujudkan demi menjaga kepentingan berkaitan keselamatan dan ekonomi mereka misalnya melalui penggunaan mata wang khas dan syarat-syarat perdagangan yang lebih menguntungkan mereka. Jepun sendiri mengenakan pelbagai sekatan misalnya bagi kemasukan beras dari Amerika Syarikat yang tidak seberapa itu yang tetap dibimbangi berupaya ”mengancam” para petani Jepun.

118

Bahasa Melayu akan Pupus

6. Tanpa bahasa Inggeris kita tidak boleh maju. Banyak negara sekarang memberi tumpuan untuk menguasai bahasa Inggeris, termasuklah negara Jepun, China dan Korea
Perlu juga diingatkan dan dinyatakan di sini bahawa walaupun semua negara tersebut seperti China, Jerman, Perancis, Korea dan Jepun memberi tumpuan kepada penguasaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris oleh rakyatnya, tetapi mereka sekali-kali tidak mengubah bahasa penghantar bagi mata pelajaran berunsur sains dan matematik kepada bahasa Inggeris. Mereka sedar akan kepentingan menguasai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, tetapi hanyalah sebagai wahana atau perhubungan antarabangsa dan bukannya sebagai bahasa budaya bangsa atau bahasa untuk pembangunan atau kemajuan bagi negara mereka. Tamadun bangsa perlu dibangunkan atas acuan dan jati diri sendiri sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh semua sejarah tamadun besar dunia atau tamadun bangsa yang besar seperti tamadun Yunani, Cina, India, Arab, Eropah dan lain-lain. Sehingga kini belum ada tamadun bangsa di dunia yang dibangunkan dengan bahasa yang berlainan daripada bangsa bertamadun tersebut. Kita seharusnya menjadi bangsa pengeluar produk barangan dan ”ilmu”dan ”pencipta ilmu” yang berinovasi dan kreatif, bukan sekadar ”bangsa pengguna” atas tamadun bangsa lain. Kreativiti dan ketulenan lahir melalui budaya dan penggunaan bahasa sendiri. Hal ini selalu ditegaskan dengan bukti yang jelas oleh para ilmuwan negara kita khususnya oleh Profesor Abdullah Hassan.

7. Martabat bahasa Melayu tidak terjejas walaupun sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris
Ada juga pandangan yang dikemukakan dengan mengatakan bahawa bahasa Melayu tetap dimartabatkan walaupun bahasa Inggeris digunakan bagi mata pelajaran berunsur matematik, sains dan teknologi. Pandangan ini juga sebenarnya jelas mengelirukan kita. Bahasa Melayu belum dimartabatkan dalam erti yang sebenarnya jika hanya digunakan sebagai bahasa perpaduan dan perhubungan, sekadar bahasa untuk ”sembang-sembang” sahaja dan apabila memasuki bilik-bilik darjah atau dewan kuliah bahasa Melayu itu tidak berfungsi lagi, sedangkan itulah peranannya yang paling utama dan bererti, sebagai bahasa pengucapan ilmu, meliputi semua bidang ilmu termasuk sains dan teknologi. Bagaimanakah mungkin bahasa Melayu khususnya sebagai bahasa ilmu dikatakan terus bermartabat apabila daripada hampir 100% mata pelajaran dalam bidang pendidikan meliputi bidang sastera, sains dan teknologi dari peringkat sekolah hingga di universiti yang selama kira-kira 30 tahun diajar dalam bahasa Melayu melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, tiba-tiba cuma tinggal kira-kira 10% sahaja bidang pengajiannya berbahasa Melayu?. Apatah lagi yang tinggal

119

Mengapa Kami Bantah!

berbahasa Melayu cuma bidang pengajian am, sastera dan bahasa Melayu serta pengajian agama sahaja. Tidakkah sebenarnya sama ada diakui atau tidak bahasa Melayu sebenarnya telah diturunkan martabatnya dan dihadkan kemampuannya hanya sebagai bahasa pengucapan sastera, agama dan bidang umum sahaja. Lantas yang berlaku sebenarnya ialah bahasa Melayu hilang terus peranannya dalam bidang sains dan teknologi, tidak berfungsi malah tidak mustahil terus ”mati” kerana tidak ada keperluan lagi khususnya oleh pensyarah, pelajar dan lain-lain untuk menggunakan bahasa Melayu lagi sama ada kata, istilah, buku, rujukan dan sebagainya. Justeru kita amat berharap sebarang perubahan atau pindaan yang dilakukan berkaitan dengan peranan bahasa Melayu di negara ini benar-benar memperkasakan dan menguntungkan serta memberi nafas ke arah penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa sains dan teknologi kerana sains dan teknologi dalam era kini dan akan datang mempengaruhi hampir seluruh kehidupan, kemajuan dan pembangunan kita dan negara ini. Bahasa Melayu hanya akan terus maju dan berkembang apabila digunakan seiring dengan usahausaha tersebut. Jika ditinggalkan, tidak mustahil dalam masa yang tidak terlalu lama kita akan melihat ”kehancurannya”. Kita tidak sepatutnya melihat dan membiarkan ’hang nadim” dibunuh lagi atau menyaksikan peristiwa ”maharaja dengan baju barunya” seperti dalam cerita klasik atau cerita rakyat. Pengajaran daripada cerita klasik dan cerita rakyat tersebut sepatutnya sentiasa terpahat pada setiap masa dalam sanubari setiap daripada kita rakyat negara. Kemajuan yang dicapai oleh bangsa Arab suatu ketika dahulu, bangsa Eropah seperti Inggeris, Perancis dan Jerman, bangsa Cina, bangsa Korea dan Jepun jelas membuktikan kemajuan bukanlah milik mutlak mana-mana bangsa, bahasa atau negara tetapi milik semua bangsa yang telah berusaha dan bukti di depan mata ialah mereka yang berusaha melalui budaya, acuan, jati diri dan bahasa mereka sendiri. Kita selalu menyebut acuan sendiri dan jati diri. Tetapi jarang sekali kita memperihalkan apakah sebenarnya maksud acuan sendiri dan jati diri tersebut. Adakah bahasa dan budaya Inggeris itulah acuan dan jati diri kita, hanya disebabkan kita perlu menguasai bahasa itu? Tidakkah dalam konteks negara kita Malaysia ini, bahasa Melayu adalah antara aspek terpenting yang sepatutnya menjadi pengisian utama bagi acuan dan jati diri itu selain budaya dan sebagainya? Inilah jati diri dan acuan yang membezakan antara negara kita dengan negara lainnya.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Sains dan Teknologi
Kita boleh mencetak berjuta-juta buku Perlembagaan yang mendaulatkan bahasa Melayu, tetapi bagaimana dengan amalannya?
120

Bahasa Melayu akan Pupus

Amalanlah yang sebenarnya akan menentukan sejauh mana kita mencintai dan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Kata-kata ini pernah diucapkan oleh mantan Perdana Menteri sendiri semasa merasmikan pelancaran Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada tahun 1987 dahulu. Justeru sebagai rakyat di bumi yang dikatakan “merdeka” ini dan dengan amalan sistem demokrasinya, penulis memohon sedikit perhatian khusus daripada semua pihak yang berkenaan dan pucuk pimpinan negara ini, dengan segala pertimbangan berikut yang selaras dengan pandangan para ilmuwan, ahli akademik, ahli bahasa dan pejuang bahasa, agar mengkaji semula pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, yang telah dibuat “secara tergesa-gesa” sebelum ini, tanpa mengambil kira pandangan banyak dan terbuka, tetapi cuma mengambil pandangan “segelintir” sahaja mereka yang “cetek fikiran bahasanya”, tidak sayang akan bahasa sendiri, dan terlalu terpesona dengan bahasa Inggeris atau apa-apa sahaja yang berbau Inggeris – sebab kalau sayang mengapa “disekat” penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains/matematik/ teknologi..??? (seperti yang pernah diingatkan oleh Abdullah Munsyi pada abad ke-19 lagi, iaitu tidak ada bangsa lain di dunia yang sanggup membuang bahasanya sendiri melainkan bangsa Melayu..,…kini dibuangnya peranannya dalam bidang sains dan teknologi), maka demi kepentingan anak kami dan bangsa dan bahasa Melayu seluruhnya, pertimbangkanlah hal ini kerana: Kerisauan kami (..sebenarnya termasuklah jutaan ibu-bapa yang merupakan…petani, pekebun, buruh, pekerja kilang, peniaga runcit, pekerja biasa kumpulan c, d dan pekerja am dll.) ribuan anak-anak sekolah di seluruh negara, kecualilah segelintir ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kuala Lumpur, Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Taman Melawati, Bangi, Ipoh, Johor Bahru dan beberapa bandar lagi, dan kecualilah juga anak para profesor, pensyarah, guru, jurutera, ahli korporat, tan sri-tan sri, datuk-datuk .. Kerisauan akan nasib ratusan ribu anak kami dan anak-anak sekolah yang sedang atau nantinya terpaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sedangkan kami langsung tidak dapat membantu anak kami di rumah seperti sebelum ini, yang bolehlah juga menengoknengok sedikit latihan matematik dan sains mereka. Peratus pelajar di sekolah yang lulus bahasa Inggeris UPSR, PMR dan SPM dengan baik dan yang pandai berbahasa Inggeris setiap tahun amat rendah khususnya di kampung-kampung..dan di huluhulu…yang banyak anak-anak Melayu (tanpa menafikan memang terdapat juga mereka yang baik). Bahasa Melayu pun banyak yang gagal atau sekadar “cukup makan”... apatah lagi bahasa Inggeris!

121

Mengapa Kami Bantah!

Kalau dulu anak kami terkial-kial belajar bahasa Inggeris, tetapi bagi mata pelajaran sains dan matematik tidaklah banyak masalah…kini mereka terpaksa pula terkial-kial dalam 2 lagi mata pelajaran kerana dipelajari dalam bahasa Inggeris. Alangkah baiknya jika mereka cuma terkial-kial dalam satu pelajaran iaitu bahasa Inggeris sahaja (dan kita bantu secukupnya), daripada menambah pula satu masalah menjadi 3 masalah. Kami tidak mahu jadi seperti kata pepatah Melayu “tak cukup beban, batu digalas”. Kerisauan akan bahasa ibunda kami, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini bakal menemui kehancuran bagi bidang ilmu sains, matematik dan teknologi (sebab mata pelajaran sains dan matematik dan yang bersekutu dengannya bukan dua jumlahnya tetapi berpuluh-puluh malah beratus-ratus dari peringkat rendah hingga ke universiti). Bagaimana bahasa Melayu akan berkembang sepenuhnya jika tidak digunakan sebagai penghantar ilmu atau dihadkan kepada beberapa bidang ilmu tertentu sahaja? Kitalah yang telah ”membunuh kemampuannya” dan bukannya bahasa itu yang tidak mampu membincangkan segala ilmu tersebut. Perkembangan bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan sains dan teknologi seperti terbukti dalam sejarah tamadun besar di dunia ini. Kami juga melihat setidak-tidaknya fakta kelulusan bahasa Inggeris PMR seluruh negara selama 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2002 dan 2003 sahaja, seperti yang dilaporkan dalam akhbar harian, menunjukkan kelemahan pelajar yang ketara dalam bahasa Inggeris. Dalam kedua-dua tahun kelulusan bahasa Inggeris ialah kira-kira 69%. Nampak macam peratus lulus agak besar iaitu kira-kira 70%. Tetapi jumlah yang gagal bahasa Inggeris juga bukan sedikit iaitu 30 – 31%. Dan jangan pula kita lupa iaitu yang lulus tadi pun termasuk yang dapat 7 dan 8. Sepandai manakah bahasa Inggeris pelajar yang dapat setakat 7 dan 8? (lulus tapi sangat lemah lulusnya). Kita andaikanlah daripada 69 – 70% pelajar yang lulus bahasa Inggeris (iaitu yang mendapat 1 hingga 8), 10% sahaja yang mendapat 8 dan 10% sahaja yang mendapat 7. Ini sudah menjadi 20% dan ditambah dengan kirakira 30% yang gagal terus tadi, maka jumlah pelajar yang sangat lemah bahasa Inggeris menjadi 50%. Sebagai contoh…jika pelajar lemah dalam Sejarah..tentulah ada yang “tidak kena” dengan pelajaran Sejarah…misalnya cara pengajaran guru, kurang guna alat bantu, sikap pelajar sendiri terhadap Sejarah dll. Tentunya kita tidak boleh salahkan guru Geografi atau guru mata pelajaran lain. Ini samalah dengan kelemahan bahasa Inggeris. Logiknya tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri..cara mengajar, bahan mengajar, kurikulum, kandungan/isi, sikap negatif pelajar, dsbnya.

122

Bahasa Melayu akan Pupus

Takkanlah kita nak katakan pelajar lemah bahasa Inggeris (BI), sebab mereka belajar matematik dan sains dalam bahasa Melayu (bahasa Melayu pula yang “disalahkan” dan “dihukum”???). Ini nampaknya seperti lagu “Bangau oh Bangau!”. Jika begini (senanglah nampaknya..dan “berehatlah” guru BI) tak perlulah “diperbaiki” apa-apa tentang guru bahasa Inggeris, kemahirannya, alat/bahan yang digunakan, cara/kaedah mengajar dsbnya. Pelajar lemah bahasa Inggeris bukan kerana sikap negatif mereka dan pengajaran, kaedah, cara, bahan, kandungan, kurikulum bahasa Inggeris itu sendiri???….tetapi kerana bahasa Melayu digunakan untuk mengajar sains dan matematik….??? ISUNYA IALAH BAHASA INGGERIS, DAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS…JADI MENGAPAKAH PULA SAINS DAN MATEMATIK YANG “DIKACAU”??? Seperti Sejarah tadi…sejarahlah yang diteliti, janganlah pula Geografi yang “dikacau”. Tambahan pula ada BAHASA LAIN yang dapat dipelajari/dikuasai oleh pelajar kita (termasuk pelajar Melayu) juga dalam tempoh yang singkat/tidak terlalu lama…seperti bahasa Jepun, Jerman, Perancis, Arab dll.!. Sebagai contoh rasanya belum pernah kita mendengar kenyataan yang tidak betul seperti ini….pelajar Jepun lemah bahasa Inggeris sebab mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Jepun, atau pelajar Finland lemah bahasa Inggeris sebab mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Finnish…? Kami juga melihat anak-anak bukan Melayu termasuk rakan kami, selama ini banyak juga yang tetap cekap berbahasa Inggeris (lisan dan tulisan) walaupun kira-kira 30 tahun mereka (termasuk kami) belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu juga (bukan sahaja di sek. menengah malah di universiti). Ini sekali lagi membuktikan bahawa bukanlah kerana matematik dan sains dan macam-macam lagi diajar dalam bahasa Melayu, maka anak-anak Melayu lemah bahasa Inggerisnya. Kami amat berharap agar “ubat yang diberi betul dengan penyakitnya”..(seperti yang Y.A.B. Datuk Seri sendiri pernah katakan..yang dilapor di akhbar)… sebab ubat yang salah akan menyebabkan penyakit lain pula. Bahasa Melayu yang diajar dalam bahasa Melayu pun banyak pelajar Melayu yang lemah dan gagal..kerana sikap..apatah lagi bahasa Inggeris..! Walau apapun kami tetap menyokong segala usaha untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak kami dengan segala usaha yang sepatutnya seperti mewajibkan kelulusan/kepujian bahasa Inggeris (peringkat UPSR, PMR dan SPM..sebab tanpa mewajibkan lulus atau kepujian, pelajar biasanya bersikap tidak mengambil kisah), menambah masa bahasa Inggeris, dan yang penting mempelbagai/kaedah dan bahan, memperbanyak penggunaan multi-

123

Mengapa Kami Bantah!

media dan komputer bagi pengajaran bahasa Inggeris, guru-guru memperbaiki dan mempelbagai kaedah pengajaran bahasa Inggeris dan sebagainya. ..TETAPI BUKANLAH dengan cara menghakis peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya daripada bidang sains dan teknologi. Janganlah bahasa Melayu dikorbankan dan dijadikan mangsa, sedangkan banyak cara lagi yang lebih wajar dilaksanakan untuk memajukan pelajar dalam bahasa Inggeris. Ini kerana kami amat menyedari bahawa tidak ada negara di dunia ini yang maju dengan bahasa orang lain. Semuanya telah maju dan tetap maju dengan bahasa sendiri. Sekadar beberapa contoh dipaparkan di bawah ini: Denmark maju dengan bahasa Denmarknya. Sweden maju dengan bahasa Swedishnya (siapa tak kenal kereta Volvo..Saab..dll) Finland maju dengan bahasa Finnishnya (siapa tak kenal “mercedes” telefon – iaitu Nokia Jerman maju dengan Jermannya (siapa tak kenal kereta mewah Mercedes dan BMW..) Perancis maju dengan Perancisnya (siapa tak kenal Peugeot.. Renault, ..tren lajunya..”bullet train”.. dll) Itali dengan bahasa Italinya (…siapa tak kenal kereta sport mewah Porsche.., Lamborghini… Masserati, ..di samping Alfa Romeo,.. Fiat.. Lancia dll) Belanda dengan Belandanya Korea dengan bahasa Koreanya (siapa tak kenal Hyundai, Kia, Samsung dll..) Akhirnya..Jepun dengan Nihongonya (siapa yang tak kenal Toyota, Honda, Sony, Mitsubishi..dll.) Semua negara tersebut maju dan terus maju walaupun menggunakan bahasa sendiri…dan ini juga membuktikan kenyataan (sempit) bahawa kemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris sahaja ADALAH DONGENG SEMATA-MATA (oleh mereka yang “sangat taksub” terhadap bahasa Inggeris, sehingga tidak terbuka minda lagi untuk melihat kenyataan bahawa bahasa negara sendiri, bahasa Melayu sememangnya terhakis daripada sains dan teknologi. Bukan 2 mata pelajaran sahaja, malah sebenarnya menjangkau angka puluh, ratus dan ribu (tanpa disedari) yang sungguh menakutkan bagi perkembangan bahasa Melayu)…dan mungkin ada agenda pihak tertentu yang sememangnya mahu bahasa Melayu berkubur sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi. hanya bahasa Inggeris sahaja yang

124

Bahasa Melayu akan Pupus

dikehendaki..kerana secara langsung dan tidak langsung..pupus bahasa pupuslah bangsa..hilang bahasa..tiadalah berjiwa bangsa itu. Malah walaupun sebelum maju, sedang maju, akan maju, telah maju, terus maju, dan rakyat di semua negara tersebut di atas mempelajari serta menguasai bahasa Inggeris, bangsa Sweden, Norway, Denmark, Finland, Belanda, Jerman, Perancis, Itali, Korea, Jepun, China dan lain-lain SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENUKAR bahasa penghantar sains dan matematik mereka kepada bahasa Inggeris..seperti “kesilapan” yang telah kita (pemimpin terdahulu..) lakukan. Negara lain yang telah menggunakan bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dll….iaitu bukan bahasa asal penduduk negara tersebut tidak boleh pun dibanggakan (seperti Filipina, negara-negara di benua Afrika, Amerika Selatan, India) malah banyak yang tertinggal jauh…jika betul bahasa Inggeris sahaja bahasa kemajuan..semaju manakah Filipina itu? TETAPI..kemajuan negara kita selama ini tidak dapat dinafikan bahawa antara faktor yang turut berperanan penting ialah bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) yang digunakan dalam pendidikan negara ini (termasuk untuk pelajaran sains dan matematik) selama kira-kira 30 tahun kepada lebih 5.5 juta pelajar, sejak 1970-an lagi sehingga tahuntahun 2000. Ini telah membolehkan maklumat yang diperolehi dan ilmu yang dipelajari dapat tersebar luas merentas ke seluruh tanah air…tanpa mengira bangsa, darjat keturunan (status ekonomi dan sosial), tempat tinggal (desa, bandar dan kota)…sebab bahasa kebangsaan/bahasa Melayu difahami dengan lebih meluas dan merata serta dengan lebih mudah oleh semua yang tersebut, jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Daripada jumlah lebih 5.5 juta pelajar tersebutlah lahirnya ribuan pensyarah/profesor (yang kemudiannya turut melahirkan ribuan pensyarah/profesor, pakar, saintis, teknokrat, pengurus, pemimpin lain..seterusnya…. dll. Walaupun Kita masih boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan maju tanpa “membuang” bahasa Melayu…dan kita juga boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan maju dengan “MEMBUANG” bahasa Melayu…TETAPI MENGAPA kita memilih untuk maju dengan membuang bahasa Melayu…….bahasa kebangsaan negara kita??? ..mengapa semangat Malaysia boleh tidak dibawa ke dalam persoalan bahasa..?..mengapa pula Malaysia tidak boleh maju dengan bahasanya…dan perlu maju melalui bahasa “orang” lain???

125

Mengapa Kami Bantah!

Penulis teringat sekali akan cerita rakyat semasa masih bersekolah rendah dahulu iaitu kisah “Maharaja dengan Baju Barunya”. Kisah ringkasnya lebih kurang begini. Seorang raja ingin menempah baju yang paling cantik fesyennya untuk dipakai semasa hari perayaan keputeraannya. Lalu menteri istananya pun mencarilah tukang jahit yang terbaik di negara tersebut. Setelah bertemu maka ditempahlah baju tersebut. Setelah siap dan tiba harinya lalu datanglah tukang jahit ke istana memakaikan maharaja akan baju baru itu. Setelah siap maka beraraklah maharaja sekeliling kota untuk memperlihatkan rekaan baju yang tiada tolok bandingnya itu. Maka sambil berarak itu, memujimujilah segala pembesar dan para menteri akan kecantikan baju baru maharaja tersebut. Tiada seorang pun yang mencela atau berani mengkritik akan baju baru maharaja tersebut yang ”benang jahitannya dikatakan terlalu indah sehingga langsung tidak terlihat oleh mata kasar mereka”. Akhirnya perarakan maharaja tiba di hadapan sekumpulan kanak-kanak. Lalu menjeritlah kanak-kanak tersebut mengatakan maharaja tidak berbaju. Para pembesar yang turut bersama dalam perarakan membantah dan memarahi serta menengking kanakkanak tersebut dan tetap mengatakan baju maharaja sangat cantik lagi indah. Tetapi hal itu tidak dipedulikan oleh kumpulan kanak-kanak yang banyak itu. Mereka terus menjerit mengatakan maharaja tidak berbaju. Riuh rendah dibuatnya. Jeritan kanak-kanak tersebut disahut oleh kumpulan rakyat yang berhampiran dan akhirnya seluruh perhimpunan pada hari itu. Akhirnya para pembesar pun tidak tertahan lagi dan mengakui bahawa maharaja sebenarnya tidak berbaju langsung dan larilah maharaja bersama para pembesar ke istana akibat tersangat malunya. Setiap sejarah dan cerita rakyat sekalipun berupa dongengan, tetap ada nilai, moral dan pengajarannya. Semoga sejarah Hang Nadim tidak berulang akibat saranan ikhlas ini - demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Penggunaan Bahasa Inggeris untuk Mata Pelajaran Sains dan Matematik Mengapa Patut Ditolak
Empat puluh enam tahun lalu, iaitu pada tahun 1956, Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak memulakan usaha rintis penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini. Laporan Penyemak Pelajaran Rahman Talib, empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1960 memperteguh usul itu. Maka apabila Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan, ternobatlah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sesudah lebih 100 tahun disisihkan oleh penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan yang direncanakannya. Daripada bahasa yang dipertalikan dengan bahasa kalangan petani dan nelayan (kerana memang dasar Inggeris menjadikan murid Melayu

126

Bahasa Melayu akan Pupus

petani dan nelayan yang lebih pandai sedikit daripada ibu bapanya), bahasa Melayu mula mengorak langkah menjadi bahasa ilmu melalui peranannya sebagai bahasa penghantar utama. Memang berabad-abad silam, khususnya dalam zaman keagungan Kerajaan Melayu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa perhubungan diplomatik, bahasa ketatanegaraan, bahasa perdagangan dan bahasa kesusasteraan. Pengembalian peranan itu dalam konteks kemerdekaan pemikiran dan kebudayaan, termasuk bahasa amat besar ertinya. Tahun 1983 direncanakan sebagai kemuncak pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila kursus tahun pertama di institusi pengajian tinggi diajarkan dalam bahasa tersebut, sesudah selesai proses penukaran bahasa penghantar di peringkat persekolahan. Atas desakan dan usaha rakyat yang dipimpin oleh enam orang tokoh akademik, iaitu Zainal Abidin Abdul Wahid, Abu Bakar Hamid, Tengku Shamsul Bahrin, Mohd. Zin Abdul Majid, Syed Husin Ali, dan Ghazali Abdul Rahman, dengan Panglima Bahasa Syed Nasir Ismail sebagai pengerusi jawatan-kuasa penajanya, Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1970. Tertubuhnya UKM bererti bahawa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa peng-hantar institusi pengajian tinggi bermula 13 tahun lebih awal daripada tahun sasaran, iaitu tahun 1983. Tahun 1993 menggegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi. Walaupun secara rasmi saran atau keputusan itu tidak dilaksanakan secara nyata, namun semua ahli akademik institusi pengajian tinggi yang ditemui mengesahkan bahawa memang ada “arahan” supaya daripada 30% hingga 50% kursus disampaikan dalam bahasa Inggeris. Tahun 2002 mencatatkan sejarah hitam dalam pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan apabila parti teras pemimpin negara, iaitu UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan kemudian dalam Perhimpunan Agung Tahunan merestui gagasan Mahathir menggerakkan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar subjek Matematik dan Sains dari peringkat darjah satu hingga tingkatan lima. Malah semua peperiksaan umum, iaitu UPSR, PMR, dan SPM untuk kedua-dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa Inggeris bermula pada tahun 2003. Nyata bahawa pemimpin negara telah memilih jalan penyelesaian yang dianggapnya wajar untuk mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, tetapi dianggap sebagai “lain yang luka lain dibebat”

127

Mengapa Kami Bantah!

oleh badan-badan akademik dan orang perseorangan yang tidak setuju dengan langkah itu. Dengan penuh kesedaran akan pentingnya dasar-dasar kenegaraan, seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara dan asas jati diri bangsa dan negara Malaysia dipertahankan, dan dengan penuh pengertian jua akan keperluan bangsa dan negara kita meningkatkan upaya agar tidak ketinggalan dalam pencapaian kemajuan, sembilan buah persatuan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat telah mengadakan mesyuarat pada 13 Mei 2002, khusus untuk membincangkan implikasi kesan kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah, bermula dari darjah satu. Persatuan tersebut ialah Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), dan Persatuan Sejarah Malaysia. Beberapa orang perseorangan yang prihatin akan isu tersebut turut hadir. Setelah bermuzakarah lebih kurang satu jam setengah, mesyuarat persatuan-persatuan itu mengambil pendirian meminta kerajaan menimbangkan semula keputusan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dan di sekolah atas alasan-alasan yang berikut: 1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan kedua-dua mata pelajaran itu tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, kerana masalah yang sebenarnya berkaitan dengan bahasa Inggeris itu sendiri, antaranya masalah kaedah pengajaran, kepadaan atau kesesuaian sukatan pelajaran, keterampilan guru, kesempurnaan prasarana, seperti makmal bahasa dan motivasi kepada pelajar sendiri. Hakikat bahawa bukan semua pelajar gagal menguasai bahasa Inggeris, malah banyak yang cemerlang dan fasih, membuktikan yang bahawa isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bukan masalah yang menyeluruh dan oleh itu penyelesaiannya pun mesti bersifat khusus, iaitu dengan meningkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. 2. Risiko pelaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, kerana guru Matematik dan Sains tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris, dan dikhuatiri timbul keadaan “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”, iaitu penguasaan bahasa
128

Bahasa Melayu akan Pupus

Inggeris pelajar tidak meningkat dan dan penguasaan ilmu Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar terjejas oleh sebab masalah bahasa. 3. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dikhuatiri mengakibatkan berlakunya keadaan “lulus jarum luluslah kelindan”, iaitu kemungkinan kemudian kelak akan diputuskan pula penggunaan bahasa Inggeris dalam matamata pelajaran lain yang berasaskan atau ada kaitannya dengan sains dan matematik, seperti perakaunan, perdagangan, ekonomi asas, geografi, dan sebagainya. Jika hal ini berlaku, maka akhirnya sebahagian besar atau hampir semua mata pelajaran akan diajarkan dalam bahasa Inggeris dan ketika itu bahasa Melayu yang ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini akan kehilangan fungsinya. 4. Apabila bahasa Melayu secara beransur-ansur mengalami pengurangan fungsi sebagai bahasa moden, terutama sebagai bahasa ilmu, kedudukan dan darjat bahasa Melayu dikhuatiri akan merosot menjadi bahasa basahan, bahasa pasar dan bahasa komunikasi tahap rendah, iaitu untuk sekadar menjadi alat perhubungan mudah. Hal ini amat besar kesannya terhadap idealisme dan cita-cita membina tamadun bangsa dan negara yang berasaskan jati diri dan acuan sendiri sebagaimana yang digagaskan dalam Wawasan 2020. Ironis juga halnya apabila di lebih kurang 30 buah negara sedunia bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun tinggi, di negara kita sendiri keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diragui. 5. Pengembangan minda dan ilmu sesuatu masyarakat atau bangsa secara fitrahnya perlu berasaskan bahasa yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada masyarakat atau bangsa itu, sesuai dengan sunatullah atau peraturan yang ditentukan Tuhan sebagaimana yang diisyaratkan dalam Surah al - Hujurat, ayat 13, Surah Ibrahim, ayat 4, dan Surah al-Rum, ayat 22. Penjelasan tentang peranan bahasa sesuatu bangsa dalam pembinaan minda dan ilmu bangsa itu telah dihuraikan juga oleh pemikir besar, seperti Malek bin Nabi dan Hassan al-Bana. Banyak negara maju, malah yang bukan Islam, yang mengambil iktibar daripada fitrah itu, seperti Jerman, Belanda, Switzerland, Jepun, Korea, Perancis, dan sebagainya. Benar bahawa mereka tidak menolak bahasa lain, sebagaimana juga kami tidak menolak penguasaan bahasa lain, tetapi mereka tidak sampai “mengorbankan” dasar pemuliharaan kebangsaan masing-masing. Dalam hal ini, perlu dihayati faham nasionalisme yang digagaskan oleh Ibn Khaldun dalam alMuqaddimah sebagai unsur asas yang menjamin keutuhan sesuatu

129

Mengapa Kami Bantah!

bangsa dan bahasa kebangsaan merupakan salah satu unsur utamanya. 6. Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dengan sendirinya menyebabkan usaha memodenkan bahasa Melayu, dan Kekayaan khazanah ilmu yang sudah sedia ada dalam bahasa Melayu yang dihasilkan dalam bentuk buku teks dan rujukan dengan kos yang bukan kecil jumlahnya pun akan menjadi harta lupus dengan sendirinya. Bahasa Melayu akan menjadi kerdil tanpa khazanah ilmu. Semua persatuan tersebut memohon pertimbangan kerajaan agar menarik balik keputusan menggunakan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah, dengan catatan bahawa tidak ada dalam kalangan pejuang bahasa kebangsaan yang menolak usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

130

11
Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan

Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)

Perubahan dasar bahasa pendidikan secara mendadak memang melahirkan igauan ngeri kepada masyarakat budayawan Melayu khasnya. Hampir tidak ada yang di dalam lapangan yang diketemui, dapat melihatnya secara positif. Ini mudah dimengenti. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan diperjuangkan untuk puluhan tahun, dan melambangkan kemenangan besar ke atas kolonialisme dan pemikiran atau sikap imigrantisme. Dan untuk puluhan tahun diikhtiarkan pula melengkapinya, dan dari segi itu kesejahteraan bangsa Melayu dan keharmonian bangsa Malaysia dapatlah dihubungkan dengan itu. Meninggalkan apa yang telah berfungsi, walaupun tidak sesempurna-sempurnanya, di samping memilih alat asing, disangsi akan memberikan manfaat yang lebih daripada apa yang telah dicapai dalam simpang siur politik dan saingan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang sangat rumit. Ini semua tentulah menimbulkan trauma yang mendalam. Apalagi ketika kelemahan serta kekecewaan terhadap pencapaian bangsa Melayu didedahkan. Dan segala pendedahan yang dapat kita baca, masalahanya, kelemahan atau kelumpuhan bangsa bukanlah kerana isu budaya sahaja, tetapi lebih banyak sosiologis dan psikologis. Dalam konteks kelemahan yang mendasar itu, dipaksakan bangsa Melayu dengan satu alat perantaraan serta kebudayaan asing, tentulah akan menambahkan beban dan bukan menyelesaikan.

Mengapa Kami Bantah!

Kerisauan utama adalah perihal mungkin matinya Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, yakni bahasa intelektual dan kebudayaan tinggi di negara, lambang asas keperibadian sekaligus tamadun bangsa. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada Matematik dan Sains akan pasti menyebar ke ilmu-ilmu yang lain, dan akhirnya meminggirkan bahasa Melayu, juga tentunya di universiti. Dengan ini dikhuatiri akan timbul keadaan ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.’ Dan ini juga pasti melemahkan penulisan buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu, dan dapat mematikan daya kreatif sastera. Bahasa Melayu dikhuatiri merosot menjadi bahasa komunikasi tahap rendah. Perkembangan minda sebahagian penting bangsa Melayu akan terbantut. Ini juga menghilangkan peluang masyarakat terbanyak bagi mendidikkan diri sepanjang hayat. Sesungguhnya Bahasa Melayu sudah cukup berjaya dibina di pengajian tinggi, termasuk dalam bidanig sains, yang mehasilkan ribuan tenaga manusia dan biaya kerajaan yang banyak sejak tahun 1960-an, yakni dari segi peristilahan dan buku-buku teks, pembinaan guru-guru, termasuk yang mahir mengajar matematik dan sains. Tenaga yang dicurahkan oleh semua pihak, termasuk DBP, juga sangat luar biasa, termasuk ikhtiar DBP dalam mencipta peristilahan, mengkoordinasikan perkembangan bahasa Melayu pada peringkat serantau dan antarabangsa. Daripada segi keperluan Bahasa Inggeris tidak ada yang menyanggah. GAPENA sendiri dalam kenyataan rasminya memperakukan perlunya penguasaan Bahasa Inggeris dipertingkatkan dalam kalangan pelajar dan masyarakat Melayu. Yang dipersoalkan adalah cara serta implikasi daripada cara ini. Implikasi cara yang telah dicadangkan sangat tinggi risikonya. Kerisauan kita tertumpu kepada keberkesanan cara ini ke atas majoriti pelajar Melayu di luar bandar. Banyak melihat penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajarkan kedua-dua mata pelajaran itu tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggenis pelajar, kerana masalah yang sebenarnya berkaitan dengan pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Antaranya adalah masalah kaedah pengajaran, kesesuaian sukatan pelajaran, ketrampilan guru, kesempurnaan prasarana seperti makmal bahasa dan motivasi pada pelajar sendiri. Hakikatnya adalah bahawa bukan semua pelajar gagal menguasai bahasa lnggeris, malah ramai yang cemerlang dan fasih menguasai bahasa Inggeris, membuktikan bahawa isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar itu bukanlah

132

Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan

masalah yang menyeluruh. Oleh kerana itu penyelesaiannya pun mesti bersifat khusus, iaitu dengan meningkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Lagipun timbul tanda tanya, apakah yang hendak diajarkan itu, bahasa Inggeris atau ilmu matematik dan sains? Jikalau bahasa Inggeris, lebih baiklah pelajar itu diajari bahasa lnggeris melalui cara yang biasa. Umpamanya, melalui pengajaran nahu bahasa lnggeris, melalui pembacaan teks-teks umum dalam bahasa itu, iaitu melalui teks sastera, esei dan sebagainya. Yang penting, kaedahnya mesti betul.. Guru bahasa Inggeris mesti cukup terlatih, kemudahan dan suasana belajar bahasa Inggeris di sekolah mesti cukup dan dapat menggalakkan dan mendorong minat pelajar. Bahasa tidak menentukan fikiran (ilmu dan lain-lain) pada manusia. Yang menentukan bahasa ialah fikiran atau ilmu manusia. Bagi kita kerisauan yang cukup penting, yang jarang disentuh oleh banyak penganalisis, ialah perang psikologi yang kini terpaksa diulangi lagi. Pada minggu-minggu pentama rancangan diumumkan, bertentangan cakap lisan, bahawa ada guru-guru yang atas inisiatifnya sendiri menukarkan biasa pengantar dalam bilik darjah mereka. Ini menimbulkan kebingungan dalam kalangan sebahagian munidmunidnya. Sementara itu pengambilan mahasiswa baru di Fakulti Perubatan sebuah universiti terkemuka merakamkan bilangan Melayu yang sangat kecil. Benar atau tidak berita tersebut, semua ini merupakan kemungkinan yang sangat nyata dalam era baru ini. Pada mereka yang telah menyaksikan sikap-sikap anti kebangsáan pada zaman kolonial dan awal kemerdekaan, tentulah merasa ngeri memikirkan akan tindak balas hebat yang lambat laun akan menyusul. Bahasa dan kebudayaan Melayu sebenarnya terletak di tempat yang terhormat di negaranya selama ini, bukanlah terjadi secara automatik, tetapi adalah hasil perjuangan yang panjang dalam menukarkan psikologi masyarakat pelbagai kaum di negara. Kita memang selalu dijamin oleh Kerajaan dan pucuk pimpinan yang Bahasa dan Kebudayaan Melayu tidak akan tercicir dalam proses yang diambil, kerana kuasa politik adalah di dalam tangan kita sendini. Tetapi apa yang dapat dilihat dengan mata kasar, landasan bagi mempertahankannya tidak meyakinkan, dan nampaknya kita tetap terbuka kepada cabaran-cabaran yang sangat ditakuti di dalam prosesproses ini.

133

Mengapa Kami Bantah!

Demikianlah igauan ngeri budayawan yang prihatin terhadap citra dan tamadun Melayu. Harapan kita adalah supaya Pemuda dan Puteri UMNO menjadi penjaya dalam revolusi mendatang. Mereka perlu meneliti kesan-kesan yang tidak menguntungkan, dan bertindak terhadap kepincangan yang mungkin timbul.

134

12
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendah dan Menengah
Prof. Emeritus Dato’ Isahak Haron Abdul Latif Hj. Gapor, Md Nasir Bin Masran, Abdul Halim Bin Ibrahim, Mariam Binti Mohamad Nor Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kertas ini membentangkan ringkasan hasil kajian yang kami jalankan di UPSI bagi mencari jawapan kepada soalan: Sejauh manakah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar, terutama pelajar Melayu, di sekolah rendah dan menengah?

KAJIAN TERHADAP SEKOLAH RENDAH Reka bentuk dan instrumen kajian
Ini adalah kajian lapangan yang berbentuk kaji selidik dengan menggunakan soal selidik dan ujian yang dibentuk oleh penyelidik. Item-item soal selidik dan ujian yang dijalankan telah diberi kepada murid sekolah rendah Tahun 5 dalam Februari dan Julai 2007, dan Januari 2008. Item-item dalam soal selidik digubal oleh pengkaji bagi mendapat respons daripada murid Tahun 5 sekolah rendah tentang pendapat dan pengalaman mereka belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, dan mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Murid-murid Tahun 5 ini telah belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris semenjak Tahun 1 (2003), iaitu sejak mula dasar PPSMI ini dilaksanakan di Tahun 1 sekolah rendah, dan Tingkatan 1 di sekolah menengah. Ujian Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang digunakan dan diuji kepada murid Tahun 5 pada Februari 2007 dan Januari 2008 dalam

Mengapa Kami Bantah!

kajian ini diambil daripada Peperiksaan Akhir Tahun 4 sekolah rendah sebelumnya. Item ujian ini dipilih dan dipersesuaikan bagi membayangkan kecekapan asas dalam tiga mata pelajaran ini. Sebahagian daripada petikan untuk ujian kloz Bahasa Inggeris diambil daripada cerita dalam buku teks Bahasa Inggeris Tahun 4 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bilangan item ujian untuk setiap mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris tersebut dianggar mencukupi sebagai indikator kemahiran murid dalam beberapa aspek mata pelajaran itu.

Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada murid Tahun 5 sekolah rendah. Senarai sekolah dikenal pasti melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my). Murid-murid ini adalah daripada beberapa buah sekolah rendah di Semenanjung Malaysia, iaitu: di Perak, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Pelajar sarjana Kursus UKP 6033 (Kaedah Penyelidikan Tinjauan) telah mentadbir soal selidik dan ujian ini kepada sampel murid Tahun 5 di sekolah rendah yang mereka pilih. Tinjauan dan ujian bagi mendapatkan data daripada sampel murid Tahun 5 dalam kajian ini itu dibuat dalam tiga masa dan tiga kohort sampel yang berlainan seperti berikut: a. Tinjauan Februari 2007 kepada murid Tahun 5 (N=1564 di 27 buah sekolah rendah) b. Tinjauan Julai 2007 kepada murid Tahun 5 (N=636 di 13 buah sekolah rendah) c. Tinjauan penghujung Januari 2008 kepada murid Tahun 5 (N=1703 di 28 buah sekolah rendah)

Sampel Kajian Murid Tahun 5 (Tinjauan Februari dan Julai 2007)
Jadual berikut menunjukkan 1564 sampel responden murid Tahun 5, Februari 2007, dari 27 buah sekolah.

136

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Jadual Senarai Sekolah Rendah dan Bilangan Sampel Murid Tahun 5, Tinjauan Februari 2007
Bil Nama Sekolah Bilangan murid (N) Peratus (%)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

SK Batu 7 Tapah, Perak SK Rapat Setia Ipoh, Perak SK Kota Setia Teluk Intan, Perak SK Haji Wan Jaafar Kamunting, Perak SK Renok Baru Gua Musang, Kelantan SK Dr. Latif Sabak Bernam, Selangor SK Hj. Mahmud Chemor, Perak SK Ampang Pecah K.Kubu Baru, Selangor SK Seberang Pasir Mas, Kelantan SK Sultan Idris 2 Teluk Intan, Perak SK Taman Ehsan Kepong, Selangor SK Air Merah Kulim, Kedah SK Tmn Bunga Raya 1 Bkt Beruntung, Sel. SK Tapah, Perak SK Tun Dr. Ismail Kuala Kangsar, Perak SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur SK Ringlet Cameron Highland, Pahang SK Bukit Beruntung Rawang, Selangor SK Menora Kuala Kangsar, Perak SK Talang Kuala Kangsar, Perak

45 50 30 23 100 73 33 78 60 35 85 106 98 60 70 59 24 75 18 98

2.9 3.2 1.9 1.5 6.4 4.7 2.1 5.0 3.8 2.2 5.4 6.8 6.3 3.8 4.5 3.8 1.5 4.8 1.2 6.3

137

Mengapa Kami Bantah!

Bil

Nama Sekolah

Bilangan murid (N)

Peratus (%)

21 22 23 24 25 26 27

SK Chiku Gua Musang, Kelantan SK St. Mary Kuala Lumpur SRJK (T) St. Philomena Convent Ipoh, Pk. SKRPS Dala SRJK (C) Brinchang, Cameron Hgland, Phg SRJK (C) Tsung Wah SRJK (T) Barathy Alor Star, Kedah

55 58 46 13 23 107 42 N=1564

3.5 3.7 2.9 .8 1.5 6.8 2.7 100.0%

Jumlah Keseluruhan

Jadual di bawah pula menunjukkan 636 sampel responden murid Tahun 5, Julai 2007, dari 13 buah sekolah rendah .

Senarai Sekolah Rendah dan Bilangan Sampel Murid Tahun 5, Tinjauan Julai 2007
Bil Nama Sekolah Bilangan murid (N) Peratus (%)

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Sek Ren Agama Gedangsa, Selangor Sekolah Kebangsaan Tasek Permai SK Balun SK Bukit Sentosa Rawang, Selangor SK Dato Kamarudin, Behrang Stesen, Pk. SK Kuala Slim, Perak SK Methodist Tanjung Malim, Perak SK Pasir Panjang SK Sentosa, Kampar, Perak

45 70 30 35 56 31 63 50 35

7.1 11.0 4.7 5.5 8.8 4.9 9.9 7.9 5.5

138

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Bil

Nama Sekolah

Bilangan murid (N)

Peratus (%)

10 11 12 13

SK Sg Lesong, Mambang Diawan, Perak SK Sultan Idris II Teluk Intan Perak SK Tanjong Malim Perak SK Telok Pial, Kuala Kurau.Perak

29 40 124 28 N=636

4.6 6.3 19.5 4.4 100.0%

Jumlah Keseluruhan

Jantina murid yang terlibat dalam kajian ini juga dirakamkan.

Jadual menunjukkan Taburan Sampel Murid Mengikut Jantina dalam Tinjauan Februari 2007 dan Julai 2007
Jantina Lelaki Perempuan Tahun 5 [N=1,564] 47.3% (733) 52.7% (817) Tahun 5 [N=636] 47.8% (304) 52.2% (332)

Keturunan murid juga dirakamkan.

Jadual menunjukkan Taburan Murid Mengikut Keturunan.
Februari 2007 Keturunan Tahun 4 [N=1,485] N Melayu Cina India Orang Asli Lain-lain 1063 118 223 65 2 % 72.3 8.0 15.2 4.4 0.1 Tahun 5 [N=1,564] N 1077 240 120 108 4 % 69.5 15.5 7.7 7.0 0.3 Julai 2007 Tahun 4 [N=901] N 818 22 39 15 7 % 90.8 2.4 4.3 1.7 0.8 Tahun 5 [N=636] N 566 12 48 3 7 % 89.0 1.9 7.5 0.5 1.1

139

Mengapa Kami Bantah!

Perhatikan, majoriti sampel terdiri daripada murid Melayu: 69.5% murid Tahun 5 (Feb 2007) dan 89.0% murid Tahun 5. (Julai 2007). Peratus murid keturunan Cina, India, Orang Asli dan lain-lain adalah kecil. Taraf pendidikan bapa sampel juga dirakamkan.

Jadual berikut menunjukkan Taburan Taraf Pendidikan Bapa Murid.
Februari 2007 Taraf Pendidikan Tahun 4 [N=1,485] N Universiti Lulusan menengah Lulusan rendah Tidak tahu 245 358 299 583 % 16.5 24.1 20.1 39.3 Tahun 5 [N=1,564] N 282 411 282 589 % 18.0 26.3 18.0 37.6 Julai 2007 Tahun 4 [N=901] N 126 297 194 284 % 14.0 33.0 21.5 31.5 Tahun 5 [N=636] N 123 158 87 268 % 19.3 24.8 13.7 42.1

Jadual di atas menunjukkan tinggi peratus murid (37.6% - 42.1%) sampel murid Tahun 5 (Feb dan Julai 2007) yang ‘tidak tahu’ taraf pendidikan bapa mereka.

Sampel Kajian Murid Tahun 5 untuk Tinjauan Januari 2008
Sampel kajian Tahun 5 tinjauan Januari 2008 adalah N=1703 daripada 28 buah sekolah rendah daripada 5 buah negeri: Perak, Selangor, Pahang, Terengganu, Johor dan Pulau Pinang. Senarai sekolah rendah terlibat adalah seperti dalam Jadual di bawah.

Bilangan Sampel Murid Tahun 5 dan Senarai Sekolah Rendah, Tinjauan Januari 2008
Nama Sekolah SK Seri Mutiara, Ipoh, Perak SK Sungai Siput, Perak SK Sungai Baru, Kuala Kurau, Perak SK Kuala Kubu Bharu 2, Selangor Frekuensi (N) 40 126 46 60 Peratus (%) 2.3 7.4 2.7 3.5

140

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Nama Sekolah SK Meru (Rendah Model Khas), Klang, SK Perwira, Teluk Intan, Perak SK Pinji, Ipoh, Perak SK Lekir, Sitiawan, Perak SK Sri Layang, Genting Highlands, Pahang SK Bagan Jermal, Pulau Pinang SK Seri Iskandar, Bota, Perak SK Chepor, Lenggong, Perak SK Sultan Idris II, Perak SK Kumpulan Ganda SK Seberang Dungun, Terengganu SK Toh Tandewa Sakti, Tapah, Perak SK Marian Convent, Ipoh, Perak SK Kompleks Rantau Abang, Terengganu SK Bestari Jaya SK Karak, Pahang SK Padang Ampat, Kuala Kangsar, Perak SK Sinaran Budi SK Simpang 4 BNO, Sabak Bernam, Selangor SK Jementah, Segamat, Johor SK Teluk Kepayang SJKT Ghandiji, Sekinchan (Tamil) SJKT Methodist, Buntong, Ipoh (Tamil) SJKT Tun Sambanthan, Bidor (Tamil) Jumlah Keseluruhan

Frekuensi (N) 21 66 38 50 30 81 191 14 52 9 30 68 152 20 30 91 44 271 34 29 44 16 30 20 1703

Peratus (%) 1.2 3.9 2.2 2.9 1.8 4.8 11.2 0.8 3.1 0.5 1.8 4.0 8.9 1.2 1.8 5.3 2.6 15.9 2.0 1.7 2.6 0.9 1.8 1.2 100

Berikut pula diberikan pecahan sampel kajian mengikut lokasi sekolah.

Jadual Senarai Sampel Mengikut Lokasi Sekolah, Tinjauan Januari 2008
Lokasi Bandar Pekan Besar Luar Bandar Jumlah Keseluruhan Frekuensi (N) 389 460 854 1703 Peratus (%) 22.8 27.0 50.1 100

141

Mengapa Kami Bantah!

Akhirnya taburan murid menurut keturunan adalah seperti berikut.

Jadual Senarai Sampel Mengikut Keturunan, Tinjauan Januari 2008
Keturunan Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Keseluruhan Frekuensi (N) 1363 60 215 65 1703 Peratus (%) 80.0 3.5 12.6 3.8 100

Jadual 2.8 menunjukkan sebahagian besar iaitu 80% dalam sampel ini terdiri daripada murid Melayu dari Sekolah Kebangsaan. Bilangan sampel murid Cina kecil, hanya 60 orang (3.5%), murid India 215 (12.5%) yang kebanyakannya dari SRJK Tamil; dan 65 murid dari lainlain keturunan.

Ringkasan Dapatan, Kesimpulan dan Syor
Di bawah ialah ringkasan dapatan, kesimpulan dan syor berdasar kajian kami. Pembaca boleh membaca Laporan Kajian kami “Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah” UPSI, April 2008, untuk mendapat analisis dapatan dan kesimpulan yang lebih terperinci.
Soalan 1: Sejauh manakah guru menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains?

1. Analisis data dari kajian tiga sampel yang berlainan pelajar sekolah rendah dan menengah menunjukkan lebih 85% pelajar menyatakan guru mereka mengguna campurankan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk mengajar Sains dan Matematik. Dari temu ramah dan pemerhatian kami dalam bilik darjah, sebahagian besar guru mengguna campuran kedua-dua BM dan BI kerana mereka ingin membantu murid yang ramai lemah bahasa Inggeris untuk memahami apa yang diajar. Ada di antara guru sendiri agak lemah dalam bahasa Inggeris untuk menghuraikan konsep dan proses sains dan matematik dengan panjang lebar. 2. Hanya kira-kira 10% saja guru yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya; dan 5% dilaporkan menggunakan Bahasa Melayu. 3. Dari pemerhatian kami, penggunaan CD dan komputer untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sudah kurang dilaksanakan di kebanyakan sekolah, kerana guru sukar
142

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

menggunakannya dalam bilik darjah. Guru yang menggunakannya pun mendapati murid kurang berminat melihat ‘tayangan’ pelajaran sains dan matematik; tidak ada interaksi atau perbincangan yang aktif tentang pelajaran kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka terhad. Pembelajaran menjadi pasif, lebih ke arah menghafal fakta daripada memahaminya dengan bermakna. Kesimpulan: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan sains matematik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya; dan komputer sebagai alat pengajaran-pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak dapat digunakan dengan berkesan.
Soalan 2: Adakah pelajar ‘senang’ atau ‘sukar’ mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?

1. Analisis respons Sampel murid Tahun 5, Februari 2007 dan Januari 2008, menunjukkan purata lebih 80% murid dari semua kaum menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris, walaupun mereka telah mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini sejak 2003. 2. Di kalangan murid Melayu, 87% menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris. Mereka juga menyatakan ‘tidak faham/kadang-kadang faham’ pengajaran guru Sains dalam Bahasa Inggeris. 3. Dalam Matematik pula, 65% murid Melayu menyatakan ‘sukar/ agak sukar’ mempelajarinya dalam Bahasa Inggeris. Ini lebih tinggi sedikit berbanding dengan murid Cina dan India.. 4. Lebih 75% murid Melayu Tahun 5 menyatakan yang mereka ‘kerap dan kadang-kadang’ merujuk buku Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu, jika mereka tidak faham penerangan dalam Bahasa Inggeris. Dan 35% menyatakan yang mereka memiliki sendiri buku rujukan Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu, sebagai buku bacaan dan rujukan tambahan. 5. Secara bandingan, kedua-dua golongan pelajar rendah lebih sukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan Matematik. Tinggi peratus pelajar, terutama pelajar Melayu, sukar memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana mereka lemah dalam bahasa Inggeris. Mereka sukar memahami dan berfikir tentang konsepkonsep Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Mereka lebih mudah memahami dan berfikir konsep-konsep Matematik dan Sains yang teknikal dalam bahasa Melayu. Pengajaran guru dalam bahasa Melayu lebih jelas dan mudah difahami oleh kebanyakan murid. Kebanyakan guru sendiri lemah dalam bahasa Inggeris dan lebih
143

Mengapa Kami Bantah!

mudah dan ‘selesa’ menerangkan dan berbincang tentang konsepkonsep matematik dan sains dalam bahasa Melayu.
Soalan 3: Adakah mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkatkan pembelajaran dan prestasi Matematik pelajar?

Ringkasan dapatan dan kesimpulan kajian kami adalah sebagai berikut: 1. Dalam ujian Matematik yang diberi kepada sampel murid Tahun 5, Januari 2008, min keseluruhan sampel ialah 7.89 daripada skor maksimum 20.0, menunjukkan prestasi am dalam Matematik murid-murid Tahun 5 ini adalah rendah. 2. Min skor murid Melayu (7.66) adalah lebih rendah daripada min skor murid Cina (13.03) dan India (8.21). 3. Rata-rata bagi hampir setiap soalan Ujian Matematik, terutama yang melibatkan ‘pernyataan masalah’, rendah peratus murid semua keturunan yang dapat menjawabnya, iaitu hanya 30%. Peratus murid Melayu yang dapat menjawab soalan demikian adalah lebih rendah daripada murid Cina dan India. 4. Prestasi murid Melayu dalam ujian Matematik adalah lebih rendah berbanding dengan murid Cina dan India secara konsisten bagi sampel Februari 2007 dan sampel Januari 2008. Jadual di sebelah adalah contoh beberapa soalan Ujian Matematik dan peratus murid yang dapat menjawabnya.
Melayu % (N=1077) 39.6% [427] 76.1% [820] 58.2% [627] Cina + India % (N=360) 54.7% [197] 81.9% [295] 76.1% [274] Orang asli % (N=108) 6.5% [7] 42.6% [46] 27.8% [30] Jumlah % (N=1564) 40.5% [633] 74.9% [1172] 59.9% [937]

Soalan Ujian Matematik Six pencils cost RM2.40. How much does a pencil cost? 6x7 72 ÷ 8 The Library in S.K. Pulai has 4,038 Bahasa Melayu books and 3,529 English books. If 793 books are taken out from the library, how many books are there in the library now?

a) b) c)

d)

25.6% [276]

46.1% [166]

7.4% [8]

29.0% [453]

144

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

5. Jadual di sebelah menunjukkan murid dari semua keturunan adalah lemah menjawab soalan yang memerlukan mereka membaca dan memahami ‘masalah’ dalam bahasa Inggeris (soalan 1 dan 4). Peratus murid Melayu dan murid Orang Asli yang tidak dapat menjawab soalan adalah lebih tinggi, berbanding dengan murid Cina dan India, sebab mereka lemah dalam bahasa Inggeris. 6. Dapatan kami menunjukkan min (purata) murid Melayu Tahun 5 yang ‘selalu faham’ pengajaran guru Matematik adalah tinggi (iaitu 9.74) berbanding murid yang ‘tidak faham’ (min=6.25). Walau bagaimanapun bagi setiap soalan Ujian Matematik, murid Melayu yang menyatakan ‘senang’ mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris pun prestasi mereka tidaklah tinggi. Peratus yang dapat menjawab soalan-soalan dengan betul adalah antara 24% – 44% saja. 7. Dapatan kajian kami juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara peratus murid sekolah ‘luar bandar’, ‘pekan besar’ dan sekolah ‘bandar’ yang dapat menjawab betul setiap soalan Ujian Matematik. Ini adalah kerana tinggi peratus dalam sampel pelajar sekolah di bandar pelajar adalah dari keluarga sosioekonomi rendah. Pelajar bandar dari keluarga sosioekonomi rendah ini juga menghadapi masalah mempelajari Matematik dalam bahasa Inggeris, seperti pelajar dari luar bandar.
Soalan 4: Adakah mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris meningkatkan pembelajaran dan prestasi Sains pelajar?

Ringkasan dapatan dan beberapa kesimpulan kami adalah sebagai berikut: 1. Dalam ujian Sains yang diberi kepada sampel murid Tahun 5, Januari 2008, min skor sains keseluruhan sampel hanya 4.28 daripada maksimum 14.00, menunjukkan prestasi am sains muridmurid semua keturunan amat rendah. Min skor murid Melayu adalah lebih rendah sedikit (4.11) dari India (4.64) dan dari murid Cina (7.22). 2. Seramai 83% murid Tahun 5 dari semua keturunan (sampel tinjauan Januari 2008) menyatakan mereka mendapati ’sukar/ kadang-kadang sukar’ mempelajari sains dalam bahasa Inggeris. Secara bandingan, lebih tinggi sedikit peratus murid Melayu berbanding dengan murid Cina dan India yang menyatakan ‘sukar/kadang-kadang sukar’. 3. Dapatan analisis Ujian Sains murid Tahun 5 (sampel Februari, 2007) menunjukkan rata-rata rendah peratus (6% - 40%) murid Tahun 5 dari semua keturunan yang dapat menjawab soalan-

145

Mengapa Kami Bantah!

soalan Ujian Sains dengan betul. Prestasi murid Melayu lebih rendah sedikit berbanding dengan murid Cina dan India. 4. Prestasi murid Orang Asli amat rendah: 0.0% - 3.7% dapat menjawab soalan-soalan sains dengan betul. Bagi murid-murid ini pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris tidak bermakna sama sekali. Contoh soalan ujian Sains dan peratus murid yang dapat menjawabnya:
Melayu % (N=1077) 13.3% [143] 40.5% [436] Cina + India % (N=360) 30.0% [108] 62.8% [226] Orang asli % (N=108) 0.9% [1] 18.5% [20] Jumlah % (N=1564) 16.3% [255] 43.9% [687]

Soalan Ujian Sains

a. Give two important elements needed by seeds to sprout. b. Humans need to eat and drink to ____...

5. Dalam sampel Tahun 5 (Januari 2008) dapatan Ujian Sains hampir sama. Rata-rata lebih 75% murid dari semua kaum tidak dapat menjawab soalan ujian Sains. Peratus murid Melayu yang dapat menjawab soalan ujian adalah lebih rendah sedikit dari murid Cina dan India. 6. Dalam kedua-dua sampel, kelemahan ketara adalah dalam soalansoalan di mana murid perlu memahami soalan jenis ‘berfikir’ dan menulis jawapan dalam bahasa Inggeris. Dapatan dari kedua-dua sampel murid Tahun 5 (sampel Februari, 2007, dan sampel Januari 2008) menunjukkan tinggi peratus (purata lebih 80%) yang mendapati ‘sukar/kadang-kadang sukar’ mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris; dan tidak dapat menjawab soalan ujian Sains. Lebih tinggi sedikit peratus (lebih 80%) murid Melayu yang gagal menjawab ujian Sains berbanding dengan murid Cina dan India. Kelemahan ini ketara di kalangan murid Orang Asli.
Soalan 5: Adakah pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris membantu meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Bahasa Inggeris?

1. Dalam ujian Bahasa Inggeris sampel murid Tahun 5, Januari 2008, dapatan min skor Bahasa Inggeris keseluruhan sampel hanya 11.97 daripada skor maksimum 31.0. Ini menunjukkan prestasi Bahasa Inggeris murid Tahun 5 dari semua keturunan amat rendah.
146

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Kelemahan ini lebih nyata di kalangan murid Melayu. Dapatan menunjukkan min skor murid Melayu hanya 11.87, lebih rendah daripada min skor murid Cina 21.77 dan India 16.14. 2. Seramai 73.7% murid Tahun 5 dari semua kaum menyatakan ‘sukar/kurang senang’ mempelajari Bahasa Inggeris. Di kalangan murid Melayu 81.4% menyatakan ‘sukar/kurang senang’. Lebih 75% murid Melayu yang ‘tidak faham/‘kadang-kadang faham’ pengajaran guru Bahasa Inggeris. 3. Di kalangan murid Melayu yang menyatakan ‘faham pengajaran guru’ dan ‘senang mempelajari Bahasa Inggeris’ kebolehan mereka menjawab soalan-soalan ujian Bahasa Inggeris adalah rendah dan sederhana saja antara iaitu 22% - 65% (purata 45%) saja. Ini menunjukkan pelajar yang menyatakan ‘senang’ mempelajari Bahasa Inggeris pun tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. 4. Peratus murid dari semua kaum yang dapat menjawab soalansoalan Ujian Bahasa Inggeris adalah rendah (contoh di bawah): peratus murid Melayu lebih rendah berbanding dengan murid Cina dan India. Contoh soalan-soalan Ujian Bahasa Inggeris dan peratus murid Tahun 5 yang dapat menjawabnya (sampel Januari, 2008).
Soalan Ujian Bahasa Inggeris We .......... Mr James and his wife at the shopping mall last Sunday Our next school holiday will be .......... August He .......... to bed. Melayu % (N=1363) 14.6% [199] 19.9% [271] 11.3% [154] Cina % (N=60) 40.0% [24] 26.7% [16] 35.0% [21] India % (N=215) 26.5% [57] 18.1% [39] 23.7% [51] Jumlah % (N=1703) 17.0% [287] 19.9% [336] 14.2% [239]

a.

b. c.

5. Dasar PPSMI gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Bahasa Inggeris. Kesan positifnya, kalau ada pun, adalah kecil dan tidak signifikan.

Kesimpulan penting
1. Dapatan di atas menunjukkan dasar penggunaan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kefahaman konsep, ilmu dan kemahiran

147

Mengapa Kami Bantah!

Matematik dan Sains pelajar sekolah rendah (seperti yang diharapkan dalam siaran akhbar YB Menteri Pelajaran Julai 2002) tidak tercapai; bahkan kesannya adalah negatif. Ini ialah kerana kebanyakan pelajar, terutama pelajar Melayu/ Bumiputera, lemah dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan guru juga lemah dalam bahasa Inggeris untuk menerangkan dengan jelas dan selesa konsep, ilmu dan kemahiran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua faktor ini berganda dan, menyebabkan murid sukar dan lemah dalam matematik dan sains. Mereka juga sukar memahami kandungan buku teks dalam bahasa Inggeris. Kesannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam hasil ujian Matematik dan Sains pada Tahun 5 sekolah rendah, dan di Tingkatan 1 dan 2 di sekolah menengah. Kepayahan mempelajari sains dalam bahasa Inggeris lebih tinggi berbanding dengan matematik. Ini adalah kerana sains memerlukan lebih banyak ‘penggunaan bahasa’ dalam huraian dan perbincangan tentang konsep, prosedur dan dapatan sains berbanding dengan matematik. Dasar PPSMI ini mempunyai kesan negatif kepada lebih 75% pelajar Melayu/Bumiputera di luar bandar dan di kalangan pelajar dari latar belakang sosioekonomi rendah di bandar. Dasar ini menguntungkan peratus kecil pelajar dari keluarga kelas menengah atas yang kerap menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Dasar ini menambah jurang ketinggalan pembelajaran dan prestasi pelajar di luar bandar dan pelajar daripada keluarga sosioekonomi rendah dalam matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka juga tertinggal jika dibandingkan dengan pelajar Cina. Kelemahan murid, terutama murid Melayu/Bumiputera dalam matematik, sains dan bahasa Inggeris di peringkat rendah ini membawa secara kumulatif ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi. Jika dibuat unjuran penawaran bilangan pelajar matematik dan sains yang mempunyai kecekapan minimum untuk meneruskan ke peringkat pengajian tinggi dalam bidang-bidang sains dan teknologi, perubatan, perakaunan dan perniagaan, bilangannya akan menurun dalam masa terdekat ini. Atau IPT terpaksa menyediakan kursus-kursus ‘persediaan’ dan ‘pemulihan’ dalam matematik dan sains kepada pelajar lulusan sekolah menengah yang lemah ini bagi menentukan asas pelajaran mereka mencukupi untuk mengikuti program-program pengajian di IPT. Kosnya tinggi sekali. Seperti yang disebut pada awal artikel ini, kajian-kajian di luar negara oleh misalnya oleh Cummins dan Saville-Troike dan kajian

148

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

di Finland dan Sweden menunjukkan bahawa asas yang kukuh dalam matematik dan sains lebih berkesan diajar dalam bahasa ibunda pelajar semasa mereka di sekolah rendah dan menengah. Fenomena yang sama berlaku di kebanyakan negara lain: Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Cina, Rusia dan sebagainya. Setelah pelajar menguasai asas yang kukuh dalam matematik dan sains di sekolah rendah dan menengah, dengan mudah mereka melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dalam berbagai-bagai bidang sains dan teknologi, mengguna bahasa apa pun. 2. Impak positif pengajaran sains dan matematik (PPSMI) untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi bahasa Inggeris pelajar adalah sedikit saja. Walaupun lebih banyak masa murid terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris melalui pelajaran matematik dan sains, kesan positif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah kecil. Masih tinggi peratus murid Tahun 5 (purata lebih 70%) menyatakan mereka ‘sukar/kurang senang’ mempelajari bahasa Inggeris, dan mereka ‘kurang faham’ pengajaran guru. Ujian Bahasa Inggeris menunjukkan purata lebih 70% pelajar tidak lulus dan tidak mencapai penguasaan yang mencukupi. Mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan Ujian Bahasa Inggeris Tahun 4 (yang diuji semula dalam Tahun 5, sampel Februari 2007 dan Januari 2008). Hal yang sama terdapat di kalangan pelajar Tingkatan 2. Ertinya penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik sebagai alat untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris tidak berkesan.

Syor
Dasar penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar matematik dan sains (PPSMI) telah gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi matematik dan sains pelajar, terutama pelajar Melayu/ Bumiputera; dan tidak berjaya untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi bahasa Inggeris pelajar. Kualiti pendidikan yang diterima pelajar kita bertambah rendah. Kesan kumulatif adalah sebahagian besar (lebih 70%) pelajar Melayu tidak menguasai secukupnya konsep, ilmu dan kemahiran matematik, sains dan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar yang mudah dan berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi matematik dan sains bagi kebanyakan pelajar di Malaysia. Guru matematik dan sains telah pun menguasai bahasa Malaysia secukupnya untuk mengajar konsep dan kemahiran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia. Pelajar juga rata-rata mahir dalam bahasa Malaysia untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa Malaysia, berbanding dengan bahasa Inggeris.
149

Mengapa Kami Bantah!

Asas matematik dan sains pelajar akan lebih kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia di peringkat rendah dan menengah. Dengan asas yang kukuh, mereka lebih mudah mempelajari matematik, sains dan teknologi di peringkat tinggi dalam bahasa Malaysia atau dalam bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya, seperti yang berlaku sebelum ini. Berdasarkan dapatan-dapatan negatif di atas, kerajaan hendaklah 1. mengkaji semula dasar penggunaan bahasa pengantar Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah; dan hendaklah kembali semula mengguna Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di peringkat rendah dan menengah. 2. Kerajaan hendaklah memperuntukkan masa/waktu yang lebih bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah. Bahan dan kaedah alternatif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang lebih berkesan harus digunakan. Universiti dan institut pendidikan guru (IPG), guru-guru pakar Bahasa Inggeris di sekolah harus diberi peruntukan dan galakan secukupnya untuk menggubal bahan dan kaedah alternatif pengajaranpembelajaran Bahasa Inggeris berdasarkan keperluan murid dan konteks. Setengah daripada pendekatan alternatif ini sudah ada. Bahan dan kaedah alternatif ini perlu mengambil kira tahap kesediaan dan gaya pembelajaran murid dari berlainan latar belakang dan budaya. Misalnya bahan dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris bagi pelajar Melayu di sekolah luar bandar perlu berbeza daripada bahan dan kaedah untuk mengajar murid di bandar dari keluarga profesional yang sudah terdedah dengan Bahasa Inggeris. Pengajaran-pembelajaran bahasa Inggeris boleh dibuat secara modul pelbagai aras. Pendekatan satu program sama untuk semua adalah tidak berkesan, dan telah gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi sebahagian besar pelajar di sekolah kita. Guru dan murid tidak seharusnya dikongkong oleh satu sukatan pelajaran, buku teks dan pendekatan yang sama untuk semua murid di seluruh negara! Dalam pengajaran Bahasa Inggeris unsur-unsur sains, matematik, sejarah, geografi dan sastera boleh dimasukkan sebagai bahan pengajaran-pembelajaran. Dengan itu pelajar belajar serentak kemahiran berbahasa Inggeris dan ‘kandungan ilmu’ untuk memperkembangkan perbendaharaan kata dan penggunaan bahasa Inggeris dalam konteks pelbagai disiplin.

150

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Kesimpulan
Dasar kerajaan hendaklah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan matematik dan sains pelajar kita di peringkat rendah. Ini sudah pun berjaya dilaksanakan melalui Bahasa Malaysia, kerana guru dan pelajar telah menguasai Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar matematik dan sains telah gagal untuk meningkatkan pembelajaran matematik dan sains pelajar. Dengan itu kerajaan hendaklah kembalikan kepada dasar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Melayu, supaya bilangan pelajar yang menguasai sains dan matematik. Pelajar yang kukuh dalam kedua-dua mata pelajaran ini akan dapat meneruskan pelajaran tinggi mereka dalam berbagai bidang sains dan teknologi di dalam atau di luar negara, sama ada di UK, USA, Jepun, Jerman, Perancis, Rusia atau Korea, seperti yang berlaku sebelum ini. Mereka ini hanya perlu belajar bahasa asing yang digunakan di negara tempat mereka belajar. Dasar kerajaan juga hendaklah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris kepada semua pelajar terutama dalam membaca dan menulis, ke peringkat mereka dapat membaca buku dan bahan dalam internet dalam bahasa Inggeris, dan menulis laporan dengan baik dalam bahasa Inggeris. Untuk mencapai matlamat ini, program pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang ada sekarang perlu dikaji semula dan diperbaiki. Dasar atau pendekatan satu program sama untuk semua tidak lagi berkesan. Pendekatan sekarang iaitu satu sukatan pelajaran, buku teks dan pendekatan ‘communicative English’ yang sama untuk semua murid tidak lagi sesuai. Pendekatan ini telah gagal untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid pelbagai latar belakang, terutama di luar bandar dan dari keluarga sosioekonomi rendah. Program dan pendekatan alternatif berdasarkan tahap kesediaan murid perlu diperkenalkan. Peruntukan kewangan yang mencukupi perlu disediakan. Bahan dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris hendaklah lebih fleksibel berdasarkan analisis keperluan dan kesediaan murid dari pelbagai latar belakang. Pelbagai program atau modul pengajaran-pembelajarannya digubah mengikut kesediaan dan keperluan mereka; dan kemajuan mereka dipantau untuk membantu mereka maju dari satu tahap ke satu tahap. Murid perlu diberi masa dan latihan secukupnya dalam membaca dan menulis berbagai jenis bahan, termasuk cerita dan puisi dalam Bahasa Inggeris. Unsur-unsur matematik dan sains boleh dimasukkan ke dalam pelajaran bahasa Inggeris. Matematik dan Sains itu bukanlah alat yang berkesan untuk meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris pelajar.

151

Mengapa Kami Bantah!

Dasar utama negara adalah untuk menyatukan pelbagai kaum di negara kita, dan membentuk identiti bangsa Malaysia. Sepanjang 50 tahun yang lalu Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar semua mata pelajaran, termasuk Matematik dan Sains di sekolah, telah berjaya. Rakyat telah menerima dan menggunakan Bahasa Kebangsaan secara meluas dalam pendidikan dan aktiviti seharian, dan rasa selesa dengannya. Asas sosial negara kita menjadi kukuh kerana Bahasa Melayu sudah digunakan secara meluas oleh semua rakyat. Ini jangan kita ambil mudah. Jurang kualiti hidup rakyat Malaysia akan bertambah luas dari segi sosioekonomi, kaum dan lokasi di masa depan jika dasar PPSMI diteruskan. Kestabilan dan kemajuan negara akan terancam akibatnya. Dan seperti kata pepatah Melayu “Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran”.

KAJIAN TERHADAP SEKOLAH MENENGAH Sampel kajian
Sampel kajian Tingkatan 2 (N=2,824 orang) ini diambil daripada 25 buah sekolah menengah di negeri Perak, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur (lihat Jadual 3). Kajian tinjauan dan ujian matematik, sains dan Bahasa Inggeris kepada pelajar ini dibuat dalam bulan Februari, 2008. Pecahan sampel ini adalah sebagai berikut:

Mengikut keturunan Jadual 1: Senarai Sampel Mengikut Keturunan
Keturunan Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Keseluruhan Frekuensi (N) 1,667 839 245 73 N=2,824 Peratus (%) 59.0 29.7 8.7 2.6 100

Mengikut jantina Jadual 2: Senarai Sampel Mengikut Jantina
Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Keseluruhan Frekuensi (N) 1,363 1,461 N=2,824 Peratus (%) 51.7 48.3 100

152

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Senarai sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Senarai Sekolah Menengah
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 Nama Sekolah SMK San Min, Teluk Intan, Perak SMK Pengkalan, Ipoh, Perak SMK Dr. Megat Khas, Ipoh, Perak SMK Seri Tanjong, Kuala Kangsar SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan SMK Izzuddin Shah, Ipoh, Perak SMK Simpang Empat, Seberang Perai SMK Raja Shariman, Beruas, Perak SMK Chenderiang, Temoh, Perak SMK Tat Beng, Trong, Perak SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu SMJK Chung Hwa, Kuala Lipis SMK Alang Iskandar, Bagan Serai SMK Landas Ajil, Terengganu SMK Tasek Damai, Ipoh, Perak SMK Hutan Melintang, Teluk Intan SMK Tumpat, Kelantan SMK Mergong, Alor Setar, Kedah SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang SMK Kerdau, Temerloh, Pahang SMK Horley Methodist, Teluk Intan SMK Bandar Baru Batang Kali Sekolah Sukan Bukit Jalil SMK Methodist Tanjong Malim, Perak SMK Pei Yuan, Kampar, Perak Bilangan murid (N) 177 157 116 150 123 130 160 83 105 108 162 75 37 80 193 80 24 133 147 99 95 81 50 154 105 N=2,824 Peratus (%) 6.3 5.6 4.1 5.3 4.4 4.6 5.7 2.9 3.7 3.8 5.7 2.7 1.3 2.8 6.8 2.8 0.8 4.7 5.2 3.5 3.4 2.9 1.8 5.5 3.7 100.0%

Jumlah Keseluruhan

153

Mengapa Kami Bantah!

Ujian
Ujian Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada kertas Peperiksaan akhir Tahun Tingkatan 1 sekolah menengah. Soalan-soalan ini dipilih bagi mewakili darjah kesukaran dan domain yang terdapat dalam mata pelajaran itu

Dapatan Tingkatan 2
Soalan 1: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 mendapati pembelajaran beberapa mata pelajaran berikut ‘senang’? Jadual 4 di bawah menunjukkan peratus pelajar yang menyatakan senang untuk setiap mata pelajaran yang disenaraikan. Secara keseluruhan 71.8% pelajar Tingkatan 2 mendapati Bahasa Melayu ‘senang’ dipelajari berbanding dengan 33.3% yang menyatakan bahasa Inggeris ‘senang’ dipelajari. Seramai 28% menyatakan Sains senang dan 48% menyatakan Matematik ‘senang’. Secara bandingan lebih rendah peratus pelajar Melayu yang menyatakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris itu ‘senang’ berbanding dengan pelajar Cina dan India. Lebih peratus pelajar Melayu (90.0%) menyatakan Bahasa Melayu itu senang berbanding dengan pelajar Cina (36.5%) dan India (72.8%). Pelajar daripada ketiga-tiga keturunan mendapati Sains dan Bahasa Inggeris lebih sukar berbanding dengan mata pelajaran lain.

Jadual 4: Taburan bilangan dan peratusan pelajar yang menyatakan mata pelajaran berikut ‘senang’ dipelajari mengikut keturunan
Mata Pelajaran V8 V9 V10 V11 V12 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Sejarah Melayu % (N=1,667) 90.0% [1,500] 28.1% [469] 23.9% [399] 43.0% [716] 58.4% [973] Cina % (N=839) 36.5% [306] 34.7% [291] 32.9% [276] 57.1% [479] 23.0% [193] India % (N=245) 72.7% [178] 64.5% [158] 39.2% [96] 52.2% [128] 34.8% [94] Jumlah % (N=2,824) 71.8% [2,029] 33.3% [940] 28.0% [790] 48.0% [1,356] 45.7% [1,291]

154

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Soalan 2: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 mendapati mata pelajaran matematik sukar kerana diajar dalam Bahasa Inggeris?

Jadual 5: Taburan bilangan dan peratusan pelajar yang menyatakan ‘kesukaran’ Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, mengikut keturunan
Melayu (N=1,667) 1 2 Tidak sukar Kadangkadang sukar Sukar 11.0% [183] 44.6% [743] 44.4% [741] Cina (N=839) 24.7% [207] 41.7% [350] 33.6% [282] India (N=245) 19.2% [47] 32.7% [80] 48.2% [118] Lain-lain (N=73) 12.3% [9] 45.2% [33] 42.4% [31] Jumlah (N=2,824) 15.8% [446] 42.7% [1,206] 41.5% [1,172]

3

Jadual 5 di atas menunjukkan secara keseluruhannya hanya 15.8% pelajar Tingkatan 2 yang menyatakan ‘tidak sukar’ mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris; dan 84.2% menyatakan ‘kadangkadang sukar dan sukar’. Hanya 11.0% pelajar Melayu yang menyatakan ‘tidak sukar’ berbanding 24% pelajar Cina dan 19.2% pelajar India. Soalan 3: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 mendapati mata pelajaran sains sukar kerana diajar dalam Bahasa Inggeris?

Jadual 6: Taburan bilangan dan peratusan pelajar yang menyatakan ‘kesukaran’ Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, mengikut keturunan
Melayu (N=1,667) Cina (N=839) India (N=245) Lain-lain (N=73) Jumlah (N=2,824)

1 2

Tidak sukar Kadangkadang sukar Sukar

8.9% [148] 35.6% [593] 55.6% [926]

19.9% [167] 44.7% [375] 35.4% [297]

19.6% [48] 32.2% [79] 48.2% [118]

8.2% [6] 42.5% [31] 49.3% [36]

13.1% [369] 38.2% [1,078] 48.7% [1,377]

3

155

Mengapa Kami Bantah!

Jadual 6 di sebelah menunjukkan bahawa secara keseluruhannya hanya 13.1% pelajar Tingkatan 2 yang menyatakan pelajaran matematik dalam bahasa Inggeris ‘tidak sukar’; dan 86.9% menyatakan ‘sukar/kadangkadang sukar’. Lebih tinggi peratus pelajar Melayu yang ‘sukar’ belajar Sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar Cina dan India. Bedasarkan analisis dalam Jadual 5 dan 6, lebih tinggi peratus pelajar Tingkatan 2 yang ‘sukar’ mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, berbanding dengan pelajaran matematik. Soalan 4: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 dapat menjawab soalan ujian matematik? Item-item ujian Matematik yang diberi kepada pelajar Tingkatan 2 dalam bulan Februari, 2008 dipilih daripada soalan yang terdapat dalam Peperiksaan Akhir Matematik Tingkatan 1 2007 sekolah menengah.

Jadual 7: Analisis Perbezaan min skor ujian Matematik mengikut keturunan Tingkatan 2 (Februari 2008) Skor maksimum = 18.00
Item Min

Min Keseluruhan = 10.23
Sisihan Piawai Nilai F Sig.

V42

Keturunan Melayu Cina India Lain-lain

9.85 11.73 8.19 8.55

5.27 5.39 5.45 5.25

39.48

.000

Jadual 7 di atas menunjukkan min skor Matematik keseluruhan sampel rendah, iaitu 10.23 daripada skor maksimum 18.0. Analisis perbandingan min skor Matematik di antara pelajar berlainan keturunan menunjukkan min skor pelajar Cina lebih tinggi (11.73) daripada min skor pelajar Melayu (9.85) dan India (8.19). Corak dapatan begini juga diperolehi daripada kajian PPSMI Tahun 5 sekolah rendah (Bab 4) yang lalu dan beberapa kajian lain (Isahak Haron, 2001). Asas Matematik pelajar Cina di SRJK Cina adalah lebih baik daripada asas Matematik murid daripada Sekolah Kebangsaan, terutama murid Melayu. Jadual 8 di sebelah menunjukkan dapatan analisis peratus yang dapat menjawab beberapa item ujian Matematik, mengikut keturunan.

156

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Jadual 8: Keputusan Ujian Matematik (menjawab tepat) bagi Tingkatan 2
Ujian Matematik Melayu % (N=1,667) Cina % (N=839) India % (N=245) Jumlah % (N=2,824)

V88 V89 V90

75.85 0.05 Write 2045 hours in the twelve-hour system Sandip has 45 marbles. He has 15 marbels more than Lee but 6 marbles less than Afiq. If all their marbles are collected and then divided equally among them, how many marbles will each of them get? Ragu has RM80. He spends 1/8 it on food and 3/4 on books. How much has he left? A televison priced at RM1650 is sold for RRM1254. Find the percentage of the discount In the figure shown, find the value of d

46.2% [770] 62.0% [1,034] 36.1% [601]

64.2% [539] 66.0% [554] 45.2% [379]

34.7% [85] 50.6% [124] 31.8% [78]

50.5% [1,426] 62.1% [1,753] 38.1% [1,076]

V91

38.7% [645]

55.4% [465]

25.3% [62]

42.3% [1,194]

V92

33.7% [561]

51.6% [433]

29.0% [71]

38.4% [1,085]

V93

35.5% [541]

57.3% [481]

29.8% [73]

41.3% [1,167]

980

d V94 Dalam perpustakaan sekolah, terdapat 457 buah buku Bahasa Melayu. Sebanyak 120 buah buku dipinjam oleh pelajar pada hari Isnin. Pada hari Selasa pula, sebanyak 87 buah buku dipinjam. Berapa buah bukukah yang tinggal di perpustakaan sekolah itu? 80.2% [1,337] 79.6% [668] 66.9% [164] 78.5% [2,218]

157

Mengapa Kami Bantah!

Ujian Matematik

Melayu % (N=1,667)

Cina % (N=839)

India % (N=245)

Jumlah % (N=2,824)

V95

Puan Khadijah pergi ke pasar untuk membeli daging lembu sebanyak 5 kilogram. Harga sekilogam daging lembu itu adalah RM18.30. Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Khadijah untuk membeli daging tersebut? Encik Kassim melabur sebanyak RM750.00 dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dividen yang diisytiharkan oleh ASB pada akhir tahun adalah 12%. Berapakah Ringgit Malaysia dividen yang diterima oleh Encik Kassim?

79.1% [1,318]

82.8% [695]

71.8% [176]

79.2% [2,237]

V96

47.2% [786]

55.7% [467]

34.7% [85]

48.2% [1,454]

Dalam v88 hanya 50.5% daripada seluruh sampel pelajar yang dapat menjawabnya. Dan hanya 46.2% pelajar Melayu yang dapat menjawabnya berbanding dengan 64.2% pelajar Cina. Bagi soalan v90 dan v92, iaitu soalan operasi bahagi yang memerlukan pelajar membaca soalan itu dalam Bahasa Inggeris, peratus yang dapat menjawabnya menurun (pelajar Melayu 36.1%, 33.7%) dan pelajar Cina tinggi sedikit (45.2% dan 51.6%). Tidak ada perbezaan ketara antara prestasi pelajar Melayu dengan pelajar India. Soalan v94 dalam Bahasa Melayu (sungguh pun agak mudah sedikit) sebanyak 78.5% pelajar dapat menjawabnya dengan betul: 80.2% pelajar Melayu dapat menjawabnya, dan hampir sama dengan pelajar Cina (79.6%) dapat menjawabnya. Apa yang boleh disimpulkan daripada dapatan ini adalah a. lebih tinggi peratus pelajar dapat menjawab item matematik tulen (contohnya soalan v88), berbanding dengan soalan v90 dan v92 yang memerlukan mereka membaca dan memaham soalan dalam bahasa Inggeris. b. Lebih tinggi peratus pelajar yang dapat menjawab soalan dalam bahasa Melayu.

158

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Jadual 9: Keputusan Ujian Matematik (menjawab tepat) bagi pelajar Melayu Tingkatan 2
Bandar % (N=543) Pekan besar % (N=209) Luar bandar % (N=915) Melayu % (N=1,667)

Ujian Matematik

V88 V89 V90

75.85 0.05 Write 2045 hours in the twelve-hour system Sandip has 45 marbles. He has 15 marbels more than Lee but 6 marbles less than Afiq. If all their marbles are collected and then divided equally among them, how many marbles will each of them get? Ragu has RM80. He spends 1/8 of it on food and 3/4 on books. How much has he left? A televison priced at RM1650 is sold for RRM1254. Find the percentage of the discount In the figure shown, find the value of d 980

41.3% [224] 51.7% [281] 41.3% [224]

45.9% [96] 57.4% [120] 55.0% [114]

49.2% [450] 69.2% [633] 28.6% [262]

46.2% [770] 62.0% [1,034] 36.1% [601]

V91

38.3% [208]

38.3% [80]

39.0% [357]

38.7% [645]

V92

34.8% [189] 39.0% [212]

38.8% [81] 39.7% [83]

31.8% [291] 32.3% [296]

33.7% [561] 35.5% [591]

V93

d V94 Dalam perpustakaan sekolah, terdapat 457 buah buku Bahasa Melayu. Sebanyak 120 buah buku dipinjam oleh pelajar pada hari Isnin. Pada hari Selasa pula, sebanyak 87 buah buku dipinjam. Berapa buah bukukah yang tinggal di perpustakaan sekolah itu? 78.8% [428] 74.2% [155] 82.4% [754] 80.2% [1,337]

159

Mengapa Kami Bantah!

Ujian Matematik

Bandar % (N=543)

Pekan besar % (N=209)

Luar bandar % (N=915)

Melayu % (N=1,667)

V95

Puan Khadijah pergi ke pasar untuk membeli daging lembu sebanyak 5 kilogram. Harga sekilogam daging lembu itu adalah RM18.30. Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Khadijah untuk membeli daging tersebut? Encik Kassim melabur sebanyak RM750.00 dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dividen yang diisytiharkan oleh ASB pada akhir tahun adalah 12%. Berapakah Ringgit Malaysia dividen yang diterima oleh Encik Kassim?

83.6% [454]

67.5% [141]

79.0% [723]

79.1% [1,318]

V96

49.9% [271]

44.0% [92]

46.2% [423]

47.2% [786]

Analisis juga dibuat dalam kalangan sampel pelajar Melayu bagi melihat sejauh manakah lokasi sekolah mempunyai hubungan dengan prestasi pelajar dalam beberapa item ujian Matematik. Dapatan dalam Jadual 9 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang konsisten dan jelas dalam peratus yang dapat menjawab kebanyakan item, di antara pelajar di sekolah menengah di ‘bandar’, di ‘pekan besar’ dan ‘di luar bandar’. Bagi item yang melibatkan penggunaan ayat bahasa Inggeris (v90, v91 dan v92) peratus pelajar ‘luar bandar’ yang dapat menjawabnya adalah lebih rendah sedikit berbanding dengan pelajar di sekolah ‘bandar’ dan ‘pekan besar’.

Jadual 10: Keputusan Ujian Matematik bagi pelajar Melayu Tingkatan 2 berdasarkan kejelasan pengajaran guru Matematik
V38: kejelasan pengajaran guru Matematik Tidak & kurang jelas Kadangkadang jelas Jelas Melayu (N=1,667)

V88

75.85 0.05

32.7% [84]

44.3% [245]

51.5% [441]

46.2% [770]

160

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

V89 V90

Write 2045 hours in the twelve-hour system Sandip has 45 marbles. He has 15 marbels more than Lee but 6 marbles less than Afiq. If all their marbles are collected and then divided equally among them, how many marbles will each of them get? Ragu has RM80. He spends 1/8 of it on food and 3/4 on books. How much has he left? A televison priced at priced RM1650 is sold for RRM1254. Find the percentage of the discount In the figure shown, find the value of d

55.3% [142] 27.6% [71]

60.0% [332] 28.8% [159]

65.3% [560] 43.3% [371]

62.0% [1,034] 36.1% [601]

V91

25.7% [66]

35.1% [194]

44.9% [385]

38.7% [645]

V92

24.9% [64]

28.0% [155]

39.9% [342]

33.7% [561]

V93

29.2% [75]

26.4% [146]

43.2% [370]

35.5% [591]

980

d V94 Dalam perpustakaan sekolah, terdapat 457 buah buku Bahasa Melayu. Sebanyak 120 buah buku dipinjam oleh pelajar pada hari Isnin. Pada hari Selasa pula, sebanyak 87 buah buku dipinjam. Berapa buah bukukah yang tinggal di perpustakaan sekolah itu? Puan Khadijah pergi ke pasar untuk membeli daging lembu sebanyak 5 kilogram. Harga sekilogam daging lembu itu adalah RM18.30. Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Khadijah untuk membeli daging tersebut? 78.2% [201] 79.6% [440] 81.2% [696] 80.2% 1,337]

V95

72.4% [186]

79.4% [439]

80.9% [693]

79.1% [1,318]

161

Mengapa Kami Bantah!

V96

Encik Kassim melabur sebanyak RM750.00 dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dividen yang diisytiharkan oleh ASB pada akhir tahun adalah 12%. Berapakah Ringgit Malaysia dividen yang diterima oleh Encik Kassim?

35.4% [91]

46.3% [256]

51.2% [439]

47.2% [786]

Jadual 10 menunjukkan analisis dalam kalangan sampel pelajar Melayu untuk melihat hubungan di antara persepsi pelajar tentang ‘kejelasan’ pengajaran guru matematik dengan prestasi mereka menjawab setiap item di atas. Dapatan menunjukkan kumpulan pelajar yang menyatakan pengajaran guru matematik mereka ‘jelas’ lebih tinggi peratusnya yang dapat menjawab setiap item ujian matematik di atas berbanding pelajar yang ‘tidak/kadang-kadang’ jelas. Terdapat perbezaan peratus yang kosisten dan nyata dalam keempat-empat item (v88, v90, v92 dan v94) antara pelajar yang menyatakan ‘jelas’ pengajaran guru dengan mereka yang ‘kadang-kadang’ dan ‘tidak/ kurang jelas’. Walau bagaimanapun, hanya 33.7% – 46.2% pelajar yang menyatakan ‘jelas’ pengajaran guru yang dapat menjawab item v88, v90 dan v92. Peratusnya masih rendah. Ertinya pelajar yang menyatakan ‘jelas’ pun nampaknya lemah dalam kefahaman Matematik mereka dalam bahasa Inggeris.

Jadual 11: Analisis Perbezaan min skor ujian Matematik mengikut pelbagai variabel pelajar Tingkatan 2 Melayu, (Februari 2008): Skor maksimum = 18.00
Item

Min Keseluruhan = 10.23
Min Sisihan Piawai Nilai F Sig.

V31. Kejelasan Pengajaran Guru Sukar dipelajari Kadang-kadang faham Selalu faham

8.41 9.78 11.26

5.28 5.23 5.40

59.457

.000

162

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Item

Min

Sisihan Piawai

Nilai F

Sig.

V39. Gred peperiksaan akhir tahun A B C D E V24. Tuisyen (Matematik) Ya Tidak

13.55 11.76 9.61 8.65 7.20 10.70 9.99

5.30 5.13 5.07 4.94 4.60 5.39 5.48

111.72

.000

10.893

.000

Jadual 11 di atas menunjukkan terdapat perbezaan min skor matematik yang signifikan antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas di atas. a. Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi kejelasan pengajaran guru dengan prestasi pelajar dalam ujian Tingkatan 2 b. Terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara pelajar berlainan gred peperiksaan akhir tahun yang lalu (Tingkatan 1) dengan prestasi ujian matematik Tingkatan 2. c. Min prestasi pelajar yang mengambil tuisyen lebih tinggi sedikit berbanding dengan pelajar yang tidak mengambil tuisyen dalam ujian Tingkatan 2.

Kesimpulan
Perkara yang jelas adalah prestasi ujian matematik pelajar semua kaum Tingkatan 2 (2008) adalah rendah, terutama pelajar keturunan Melayu. Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris adalah tinggi (84.2) seperti yang kita lihat dalam Jadual 5 di atas. Kesukaran mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris ini adalah di antara faktor yang menyebabkan mereka sukar mengikuti pengajaran guru mengajar matematik, dan dengan itu mereka tidak dapat menjawab ujian matematik dengan baik.

Sains
Soalan 1: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 dapat menjawab soalan ujian sains? Jadual 12 menunjukkan min skor sains seluruh sampel amat rendah, iaitu 12.22 dari skor maksimum 40.0. Min skor sains pelajar Melayu

163

Mengapa Kami Bantah!

adalah terendah (10.99) berbanding dengan min skor pelajar India (12.50) dan pelajar Cina (15.21).

Jadual 12: Analisis Perbezaan min skor ujian Sains Tingkatan 2 mengikut keturunan (Februari 2008): Skor Maksimum = 40.00
Item Min

Min Keseluruhan = 12.22
Sisihan Piawai Nilai F Sig.

V42

Melayu Cina India Lain-lain

10.99 15.21 12.50 8.52

10.28 12.12 10.14 10.08

31.55

.000

Jadual 13 adalah analisis peratus pelajar Tingkatan 2 yang dapat menjawab beberapa contoh item dalam ujian sains Tingkatan 2. Ia menunjukkan bahawa rata-rata peratus yang dapat memberi jawapan betul dalam setiap item ujian sains adalah agak rendah: 21.8% - 53.25%. Peratus pelajar Melayu yang dapat menjawab dengan betul setiap item lebih rendah berbanding dengan pelajar Cina dan India.

Jadual 13: Keputusan Ujian Sains (menjawab tepat) bagi Tingkatan 2
Ujian Sains Melayu % (N=1,667)
A Photosyntesis B Figure 1 Respiration

Cina % (N=839)

India % (N=245)

Jumlah % (N=2,824)

V68

Figure 1 shows the relationship between respiration and photosynthesis. Name the gases released in A and B. (i) A

56.8% [947]

59.1% [496]

46.9% [115]

56.2% [1,587]

164

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Ujian Sains V69 Figure 1 shows the relationship between respiration and photosynthesis. Name the gases released in A and B (ii) B

Melayu % (N=1,667) 53.3% [888]

Cina % (N=839) 57.0% [478]

India % (N=245) 46.5% [114]

Jumlah % (N=2,824) 53.4% [1,507]

The factors contributing to rusting are air and water. Both factors must be present together. Rusting makes an object lose its shape, outlook, becomes dull and easily broken (brittle). V70 V71 Give two steps to control and prevent rusting (i) Give two steps to control and prevent rusting (ii) 30.0% [500] 21.5% [358] 36.9% [310] 30.2% [253] 32.7% [80] 22.0% [54] 32.2% [909] 24.2% [682]

Diagram 1 shows the methods used to find the volume of a substance

V72 V73

State the method used in Diagram 1 Name another tool that can be used for the method mentioned in (a) (i) What is the volume of Substance P? What is the volume of Substance Q? Explain how you obtained the answers given in (b) (i) and (b) (ii) - i Explain how you obtained the answers given in (b) (i) and (b) (ii) - ii

16.5% [275] 9.8% [163] 50.4% [841] 49.0% [817] 19.4% [324] 14.9% [249]

32.2% [270] 26.0% [218] 59.8% [502] 61.1% [513] 19.1% [160] 20.7% [174]

24.1% [59] 13.9% [34] 53.9% [132] 51.4% [126] 16.3% [40] 13.9% [34]

21.8% [616] 15.0% [423] 53.2% [1,503] 52.5% [1,482] 18.8% [531] 16.4% [462]

V74 V75 V76

V77

165

Mengapa Kami Bantah!

Ujian Sains V78 Why should substance P be lowered slowly into the water in the measuring cylinder? What is the purpose of placing a sheet of white paper behind the measuring cylinder when taking a reading? State two other steps that should be taken in order to obtain an accurate reading (i) State two other steps that should be taken in order to obtain an accurate reading (ii)

Melayu % (N=1,667) 8.8% [146]

Cina % (N=839) 16.4% [138]

India % (N=245) 12.7% [31]

Jumlah % (N=2,824) 11.3% [320]

V79

10.6% [176]

23.5% [197]

14.7% [36]

14.7% [414]

V80

10.4% [173]

24.4% [205]

14.3% [35]

14.8% [419]

V81

9.4% [156]

18.6% [156]

12.7% [31]

12.4% [351]

The diagram below shows a swinging pendulum set-up for an experiment

V82 V83

What is the aim for this experiment? List the steps to complete one oscillation Constant variable Manipulated variable Responding variable

13.5% [225] 16.1% [269] 13.8% [230] 16.3% [271] 11.1% [185]

22.8% [191] 34.4% [289] 24.7% [207] 33.0% [277] 21.2% [178]

19.6% [48] 24.5% [60] 11.8% [29] 17.6% [43] 10.2% [25]

16.9% [476] 22.4% [633] 16.7% [473] 21.4% [605] 13.9% [393]

State the variables in this experiment: V84 V85 V86

166

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Ujian Sains V87 What conclusion can be made?

Melayu % (N=1,667) 10.3% [172]

Cina % (N=839) 17.9% [150]

India % (N=245) 9.4% [23]

Jumlah % (N=2,824) 12.4% [359]

Soalan 2: Adakah terdapat perbezaan peratus yang dapat menjawab betul item ujian sains antara pelajar Melayu yang berpendapat pengajaran guru ’jelas’ dengan mereka yang berpendapat ’kurang jelas atau tidak jelas’? Jadual 14 menunjukkan terdapat perbezaan peratus yang dapat menjawab setiap item ujian Matematik Tingkatan 2 mengikut ’kejelasan’ guru. Pelajar yang ‘tidak/kurang jelas’ untuk mengikuti pengajaran sains guru amat rendah peratus (5.0% – 33%) yang dapat menjawab setiap item ujian Sains, berbanding dengan pelajar yang menyatakan ’jelas’. Walau bagaimanapun pelajar yang menyatakan ‘jelas’ pun agak rendah peratus yang dapat menjawab item-item ujian itu (11.1% – 64.3%). Peratus ini membayangkan bahawa pelajar yang ‘jelas atau baik’ pun nampaknya tidaklah menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Jadual 14: Keputusan Ujian Sains (menjawab tepat) untuk pelajar Melayu Tingkatan 2 berdasarkan kejelasan pengajaran guru Sains
V37: kejelasan pengajaran guru Sains Tidak & kurang jelas
A Photosyntesis B Respiration

Kadang -kadang jelas

Jelas

Melayu (N=1,667)

Figure 1

V68

Figure 1 shows the relationship between respiration and photosynthesis. Name the gases released in A and B. (i) A

41.5% [152]

57.6% [360]

64.3% [435]

56.8% [947]

167

Mengapa Kami Bantah!

V37: kejelasan pengajaran guru Sains V69 Figure 1 shows the relationship between respiration and photosynthesis. Name the gases released in A and B (ii) B

Tidak & kurang jelas 36.6% [134]

Kadang -kadang jelas 53.0% [331]

Jelas 62.6% [423]

Melayu (N=1,667) 53.3% [888]

The factors contributing to rusting are air and water. Both factors must be present together. Rusting makes an object lose its shape, outlook, becomes dull and easily broken (brittle). V70 V71 Give two steps to control and prevent rusting (i) Give two steps to control and prevent rusting (ii) 22.4% [82] 16.9% [62] 25.9% [162] 20.0% [125] 37.9% [256] 25.3% [171] 30.0% [500] 21.5% [358]

Diagram 1 shows the methods used to find the volume of a substance

V72 V73

State the method used in Diagram 1 Name another tool that can be used for the method mentioned in (a) (i) What is the volume of Substance P? What is the volume of Substance Q? Explain how you obtained the answers given in (b) (i) and (b) (ii) - i Explain how you obtained the answers given in (b) (i) and (b) (ii) - ii

14.2% [52] 5.5% [20] 33.3% [122] 28.4% [104] 11.2% [41] 9.3% [34]

14.2% [89] 10.9% [68] 45.4% [284] 45.8% [286] 17.1% [107] 12.5% [78]

19.8% [134] 11.1% [75] 64.3% [435] 63.2% [427] 26.0% [176] 20.3% [137]

16.5% [275] 9.8% [163] 50.4% [841] 49.0% [817] 19.4% [324] 14.9% [249]

V74 V75 V76

V77

168

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

V37: kejelasan pengajaran guru Sains V78 Why should substance P be lowered slowly into the water in the measuring cylinder? What is the purpose of placing a sheet of white paper behind the measuring cylinder when taking a reading? State two other steps that should be taken in order to obtain an accurate reading (i) State two other steps that should be taken in order to obtain an accurate reading (ii)

Tidak & kurang jelas 6.0% [22]

Kadang -kadang jelas 9.6% [60]

Jelas 9.5% [64]

Melayu (N=1,667) 8.8% [146]

V79

5.5% [20]

9.8% [61]

14.1% [95]

10.6% [176]

V80

5.5% [20]

10.9% [68]

12.6% [85]

10.4% [173]

V81

3.0% [11]

8.2% [51]

13.9% [94]

9.4% [156]

The diagram below shows a swinging pendulum set-up for an experiment

V82 V83

What is the aim for this experiment? List the steps to complete one oscillation Constant variable Manipulated variable

7.9% [29] 8.7% [32] 7.9% [29] 8.5% [31]

10.9% [68] 13.4% [84] 14.2% [89] 14.4% [90]

18.9% [128] 22.6% [153] 16.6% [112] 22.2% [150]

13.5% [225] 16.1% [269] 13.8% [230] 16.3% [271]

State the variables in this experiment: V84 V85

169

Mengapa Kami Bantah!

V37: kejelasan pengajaran guru Sains V86 V87 Responding variable What conclusion can be made?

Tidak & kurang jelas 5.2% [19] 5.2% [19]

Kadang -kadang jelas 9.6% [60] 9.3% [58]

Jelas 15.7% [106] 14.1% [95]

Melayu (N=1,667) 11.1% [185] 10.3% [172]

Jadual 15: Analisis Perbezaan min skor ujian Sains mengikut pelbagai variabel: sampel pelajar Melayu Tingkatan 2 (Februari 2008) Skor maksimum = 40.00 Min Keseluruhan = 12.22
Item V30. Kejelasan Pengajaran Guru Sukar dipelajari Kadang-kadang faham Selalu faham V40. Gred peperiksaan akhir tahun A B C D E V24. Tuisyen (Sains) Ya Tidak Min Sisihan Piawai 10.32 10.59 11.06 Nilai F Sig.

8.82 10.75 14.57

67.50

.000

22.62 18.71 12.49 8.68 7.22 14.02 11.45

10.28 10.75 10.60 9.09 8.10 11.30 10.80

168.37

.000

32.547

.000

Jadual 15 di atas menunjukkan terdapat perbezaan min skor Sains yang signifikan antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas. a. Min skor pelajar yang ‘sukar’ memahami pengajaran guru Sains hanya 8.82 berbanding dengan min skor 14.57 yang ’selalu faham’, daripada skor maksimum 40.0. Ini menunjukkan yang pelajar ‘baik’ juga tidak dapat belajar dan skor sains dengan baik. b. Terdapat perbezaan min yang signifikan antara pelajar berlainan gred peperiksaan akhir tahun yang lalu (Tingkatan 1) dengan prestasi ujian sains Tingkatan 2. Skor pelajar gred E hanya 7.22 daripada skor maksimum 40.0
170

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

c. Min prestasi Sains pelajar yang mengambil tuisyen lebih tinggi sedikit berbanding pelajar yang tidak mengambil tuisyen dalam ujian sains Tingkatan 2.

Kesimpulan
Apa yang jelas adalah prestasi ujian Sains pelajar semua keturunan Tingkatan 2 (2008) adalah rendah, terutama pelajar keturunan Melayu. Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris adalah tinggi (86.9%) seperti yang kita lihat dalam Jadual 6 di atas. Kesukaran mempelajari sains dalam bahasa Inggeris ini adalah antara faktor yang menyebabkan mereka sukar mengikuti pengajaran guru mengajar Sains, dan dengan itu mereka tidak dapat menjawab ujian Sains.

Bahasa Inggeris
Soalan 1: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 dapat menjawab soalan ujian Sains? Jadual 19 menunjukkan min skor sains seluruh sampel rendah, iaitu 13.84 dari skor maksimum 22.0. Tidak terdapat perbezaan yang nyata skor bahasa Inggeris antara pelajar berlainan keturunan Melayu, Cina dan India.

Jadual 16: Analisis Perbezaan min skor ujian Bahasa Inggeris Tingkatan 2 mengikut keturunan (Feb. 2008) Skor Maksimum = 22.00
Item V42 Melayu Cina India Lain-lain Min 13.94 13.87 14.00 10.90

Min Keseluruhan = 13.84
Sisihan Piawai 5.51 6.25 5.72 7.10 Nilai F 6.47 Sig. .000

Soalan 2: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 dapat membaca dan memahami berita mudah dalam surat khabar Inggeris? Ujian dan petikan berita mengenai ’flood’ di Klang ini (daripada akhbar The Star, 2004) ini diambil dan dipersesuaikan daripada Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah. Jadual 17 menunjukkan pertus pelajar yang dapat menjawab beberapa soalan kefahaman, pecahan mengikut keturunan. Bagi seluruh sampel, soalan kefahaman yang ’direct’ dan jawapannya sepatah perkataan, iaitu soalan v62, 60.9% dapat
171

Mengapa Kami Bantah!

menjawab; dan soalan v63, 66.0% dapat menjawab. Tetapi apabila pelajar perlu berfikir sedikit, dan perlu menjawab dengan ayat yang lebih panjang (misalnya soalan ’What was the cause of the flood?’) hanya 26.8% boleh menjawab. Untuk soalan lain, kurang daripada 50% dapat menjawabnya.

Petikan (Ujian BI Tingkatan 2)
Klang - Several roads in Klang were flooded on Thursday following a heavy downpour that asted less than an hour. Some housing estates including Taman Sentosa, Bandar Puteri and Taman Desawan were flooded. Among the worst affected areas were stretches of Jalan Pasar and Jalan Tengku Kelana. Rising flood waters and stalled vehicles on the affected roads caused a massive traffic jam. The rain, which started at 6 a.m. affected residents of Bandar Puteri the most, as flood water entered their houses. Due to the flood, office staff, factory workers and school children could not go to work or school on time. As a result of these floods, properties were damaged and residents had to spend a lot of money to repair them. Roads were also damaged and potholes caused accidents. The residents blamed the developers and requested the authorities to take immediate measures to improve this situation. Adapted: The Star, 2004

Jadual 17: Peratus Pelajar yang dapat menjawab soalan Ujian Bahasa Inggeris Tingkatan 2, berdasarkan petikan akhbar di atas
Ujian Bahasa Inggeris V62 V63 V64 V65 What happened in Klang? What were the worst affected areas? What was the cause of the flood? Whom did the residents blame for the flood? Melayu % (N=1,667) 59.3% [988] 64.8% [1,081] 25.0% [416] 46.6% [777] Cina % (N=839) 66.0% [554] 69.4% [582] 33.1% [278] 51.7% [434] India % (N=245) 58.8% [144] 65.3% [160] 22.4% [55] 48.6% [119] Jumlah % (N=2,824) 60.9% [1,720] 66.0% [1,865] 26.8% [757] 48.0% [1,356]

172

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Ujian Bahasa Inggeris V66 V67 Write down two effects caused by the flood? (i) Write down two effects caused by the flood? (ii)

Melayu % (N=1,667) 43.6% [727] 40.9% [682]

Cina % (N=839) 44.1% [370] 46.6% [391]

India % (N=245) 50.2% [123] 46.9% [115]

Jumlah % (N=2,824) 44.2% [1,247] 43.1% [1,217]

Jadual 18 menunjukkan dapatan analisis peratus pelajar Melayu Tingkatan 2 yang bersekolah ’di bandar’, ’pekan besar dan ’di luar bandar’ yang dapat menjawab item-item ujian kefahaman Bahasa Inggeris. Rata-rata lebih tinggi sedikti peratus pelajar ’bandar’ dan ’pekan besar’ yang dapat menjawab dengan betul berbanding dengan pelajar ’di luar bandar’.

Jadual 18: Peratus Pelajar Melayu Tingkatan 2 yang dapat menjawab item Ujian Bahasa Inggeris mengikut lokasi sekolah
Bandar % (N=543) 57.8% [314] 70.9% [385] 26.5% [144] 50.3% [273] 49.7% [270] 49.7% [270] Pekan besar % (N=209) 59.8% [125] 67.0% [140] 36.8% [77] 54.5% [114] 42.1% [88] 42.1% [88] Luar bandar % (N=915) 60.0% [549] 60.8% [556] 21.3% [195] 42.6% [390] 40.3% [369] 35.4% [324] Melayu % (N=1,667) 59.3% [988] 64.8% [1,081] 25.0% [416] 46.6% [777] 43.6% [727] 40.9% [682]

Ujian Bahasa Inggeris

V62 V63 V64 V65

What happened in Klang? What were the worst affected areas? What was the cause of the flood? Whom did the residents blame for the flood? Write down two effects caused by the flood? (i) Write down two effects caused by the flood? (ii)

V66 V67

173

Mengapa Kami Bantah!

Jadual 19 menunjukkan dapatan analisis peratus pelajar Melayu Tingkatan 2 yang menyatakan ‘jelas’ ‘kadang-kadang jelas’, dan ‘tidak jelas’ pengajaran guru bahasa Inggeris. Peratus daripada kumpulan ‘jelas’ lebih tinggi sedikit dapat menjawab item ujian itu berbanding dengan mereka yang ‘tidak jelas’. Tetapi pertus jawapan betul daripada kumpulan ‘jelas itu tidaklah bagitu memuaskan (26.5% - 68.88%) untuk item-item (v62-v67) dalam ujian itu.

Jadual 19: Peratus Pelajar Melayu Tingkatan 2 yang dapat menjawab item Ujian Bahasa Inggeris berdasarkan ‘kejelasan’ pengajaran guru Bahasa Inggeris
V36: kejelasan pengajaran guru BI V62 V63 V64 V65 What happened in Klang? What were the worst affected areas? What was the cause of the flood? Whom did the residents blame for the flood? Write down two effects caused by the flood? (i) Write down two effects caused by the flood? (ii) Tidak & kurang jelas 50.6% [134] 53.2% [141] 21.1% [56] 30.9% [82] 30.9% [82] 29.8% [79] Kadang -kadang jelas 57.5% [353] 64.8% [398] 24.6% [151] 46.3% [284] 40.7% [250] 39.1% [240] Melayu (N=1,667) 59.3% [988] 64.8% [1,081] 25.0% [416] 46.6% [777] 43.6% [727] 40.9% [682]

Jelas

63.6% [501] 68.8% [542] 26.5% [209] 52.2% [411] 50.1% [395] 46.1% [363]

V66 V67

174

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Jadual 20: Analisis Perbezaan min skor ujian Bahasa Inggeris Tingkatan 2 mengikut beberapa variabel (JANUARI 2008) Skor Maksimum: 22.00
Item V42 Lokasi Bandar Pekan Bandar Luar Bandar Kejelasan pengajaran Guru Tidak jelas Kadang-kadang jelas Jelas Gred peperiksaan akhir tahun A B C D E Tuisyen (Bahasa Inggeris Ya Tidak

Min Keseluruhan: 14.09
Min Sisihan Piawai 5.82 5.77 5.77 6.19 5.81 5.28 4.90 4.64 5.20 5.72 6.50 5.79 5.81 Nilai F Sig.

14.23 14.76 13.27 11.01 13.41 15.12 17.50 16.38 13.95 12.18 9.57 14.35 13.62

14.29

.000

V29

97.52

.000

V38

126.00

.000

V23

9.68

.002

Jadual 20 di sebelah menunjukkan terdapat perbezaan min skor Ujian Bahasa Inggeris antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas. a. Min skor pelajar sekolah di luar bandar rendah sedikit daripada min skor pelajar di pekan besar dan di bandar. b. Min skor pelajar yang ‘jelas’ pengajaran guru Bahasa Inggeris lebih tinggi sedikit (15.12) berbanding dengan min skor pelajar ’tidak jelas’ (11.01). c. Terdapat hubungan yang signifikan antara gred peperiksaan yang lalu dengan prestasi skor ujian Bahasa Inggeris Tingkatan 2. Min pelajar E hanya 9.57 berbanding dengan min pelajar A 17.50. d. Min skor Bahasa Inggeris pelajar yang mengambil tuisyen lebih tinggi sedikit berbanding dengan pelajar yang tidak mengambil tuisyen.

175

Mengapa Kami Bantah!

Kesimpulan tentang pencapaian Bahasa Inggeris
Apa yang jelas adalah prestasi ujian Bahasa Inggeris pelajar semua keturunan Tingkatan 2 (2008) adalah rendah. Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara pelajar mengikut keturunan. Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari Bahasa Inggeris adalah tinggi (67.0%), dan 72.0% pelajar Melayu yang menyatakan ‘sukar/agaksukar’ mempelajari Bahasa Inggeris, seperti yang kita lihat dalam Jadual 4 di atas. Pelajar Melayu, pelajar di luar bandar, pelajar yang tidak mengambil tuisyen bahasa Inggeris, adalah lemah dalam ujian bahasa Inggeris. Rata-rata pelajar Tingkatan 2 masih agak lemah bagi membaca dan memahami berita akhbar biasa dalam bahasa Inggeris. Seramai 73% pelajar tidak dapat menjawab soalan yang memerlukan mereka berfikir dan menjawab dengan ayat yang lebih panjang, misalnya soalan ’What was the cause of the flood?’

Kesimpulan umum
1. Secara keseluruhannya hanya 15.8% pelajar Tingkatan 2 yang menyatakan pelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris ‘tidak sukar’; ertinya 84% menyatakan ‘kadang-kadang sukar/sukar’. Lebih tinggi peratus pelajar Melayu yang menyatakan ‘sukar’ mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar Cina dan India. 2. Secara keseluruhannya hanya 13.1% pelajar Tingkatan 2 yang menyatakan pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris ‘tidak sukar’; dan 87.0% menyatakan ‘sukar/kadang-kadang sukar’. Lebih tinggi peratus pelajar Melayu yang ‘sukar’ belajar sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar Cina dan India.

Pencapaian matematik
3. Perkara yang jelas adalah prestasi ujian matematik pelajar semua kaum Tingkatan 2 (2008) adalah rendah, terutama pelajar keturunan Melayu. Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris adalah tinggi (84.0%). Kesukaran mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris ini adalah antara faktor yang menyebabkan semua pelajar (terutama pelajar Melayu) sukar mengikuti pengajaran matematik; dan dengan itu mereka tidak dapat menjawab ujian matematik dengan baik. 4. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan min skor matematik yang signifikan antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas. a. Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi kejelasan pengajaran guru dengan prestasi pelajar dalam ujian Tingkatan 2

176

Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

b. Terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara pelajar berlainan gred peperiksaan akhir tahun yang lalu (Tingkatan 1) dengan prestasi ujian matematik Tingkatan 2. c. Min prestasi pelajar yang mengambil tuisyen adalah lebih tinggi sedikit berbanding pelajar yang tidak mengambil tuisyen dalam ujian Tingkatan 2.

Pencapaian sains
5. Apa yang jelas adalah prestasi ujian Sains pelajar semua keturunan Tingkatan 2 (2008) adalah rendah, terutama pelajar keturunan Melayu. Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari sains dalam bahasa Inggeris adalah tinggi (87.0%). Lebih tinggi sedikit peratus pelajar Melayu yang menyatakan ‘sukar’ mempelajari sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar Cina dan India. Kesukaran mempelajari sains dalam bahasa Inggeris ini adalah antara faktor utama yang menyebabkan mereka sukar mengikuti pengajaran guru mengajar Sains, dan dengan itu mereka tidak dapat menjawab ujian Sains. 6. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan min skor Sains yang signifikan antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas. a. Min skor pelajar yang ‘sukar’ memahami pengajaran guru sains hanya 8.82 berbanding dengan min skor 14.57 yang ’selalu faham’, daripada skor maksimum 40.0. Ini menunjukkan yang pelajar ‘baik’ juga tidak dapat belajar dan skor Sains dengan baik. b. Terdapat perbezaan min yang signifikan antara pelajar berlainan gred peperiksaan akhir tahun yang lalu (Tingkatan 1) dengan prestasi ujian sains Tingkatan 2. Skor pelajar gred E hanya 7.22 daripada skor maksimum 40.0 c. Min prestasi sains pelajar yang mengambil tuisyen lebih tinggi sedikit berbanding dengan pelajar yang tidak mengambil tuisyen dalam ujian sains Tingkatan 2.

Pencapaian Bahasa Inggeris
7. Hanya 33.3% pelajar Tingkatan 2 yang menyatakan Bahasa Inggeris ‘senang’ dipelajari. Ertinya 66.7% menyatakan ‘sukar atau agak sukar’ dipelajari. 8. Perkara yang jelas adalah prestasi ujian Bahasa Inggeris pelajar semua kaum Tingkatan 2 (2008) adalah rendah. Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara pelajar mengikut keturunan. Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari Bahasa Inggeris adalah tinggi (67.0%). 9. Pelajar Melayu, pelajar di luar bandar, pelajar yang tidak mengambil tuisyen bahasa Inggeris, adalah lemah dalam dalam bahasa Inggeris.

177

Mengapa Kami Bantah!

10. Rata-rata pelajar Tingkatan 2 masih agak lemah bagi membaca dan memahami berita akhbar biasa dalam bahasa Inggeris. Seramai 73% pelajar tidak dapat menjawab soalan yang memerlukan mereka berfikir sedikit dan menjawab dengan ayat yang lebih panjang, misalnya soalan ’What was the cause of the flood?’

Kesimpulan besar
11. Kesan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris menyukarkan pelajar Tingkatan 2 mempelajari dua mata pelajaran ini. Prestasi mereka juga rendah dalam ujian-ujian Matematik dan Sains yang diberi. Kesan negatif ini lebih besar dalam kalangan pelajar Melayu. 12. Rata-rata penguasaan bahasa Inggeris pelajar ini juga rendah. Misalnya 73% pelajar tidak dapat membaca dan memahami petikan berita akhbar yang memerlukan mereka memikir dan menjawab dalam bentuk ayat mudah. Ini menunjukkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidaklah membantu secara signifikan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar.

178

Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI

Suara dari dinding Dewan
A Samad Said Sasterawan Negara

Empat dekad sudah. Suara dari dinding dewan sayup, tapi nyata. Lalu aku sayu dan aku pilu; Lalu, aku ragu dan aku malu, watikah rasmi dari luar disokong badai jampi liar. Lidah yang diluhuri maruah dikelar sendiri, mengapa? Kerana kita membeli harta dengan seni dan bahasa? Atau kita membeli ilmu yang hanya mencerna harta? Aku terlalu resah dan tua untuk menghadami siasah laju kaki dari roda lebat saham dari hikmah. Mungkin ini hanya mimpi. Kita akan menjadi pengembara bahasa jati penghalaunya. Benarkan sesekali aku berduka nelayan yang terlalu mengasihi bangsa, benarkan lukanya didera samudera. Dan usah datang mencarinya sebelum dan sesudah pilihan raya

ia telah tergelongsor jauh ke lurah jaring kebingungan tenat bahasa. Empat dekad bahtera bangga anak cucu wajar menduga mereka khusyuk atas sejadah depan al-Quran mereka bertanya: Buah ranum pada tangkai bahasa gugur dari hati sekali janji, sekali nafi; sekali pancang, sekali pincang, iktibar apakah semua ini? A. Samad Said Mei 1996

179

Mengapa Kami Bantah!

Lampiran: Resolusi-Resolusi Terpilih

180

1. Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI

Bismillahhirrahmannirrahim

Rasional
1. Kami menganggap bahawa keputusan mengubah bahasa pengantar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dari bahasa Melayu (bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia) berbalik ke Bahasa Inggeris adalah suatu dasar dan keputusan yang salah dari apa-apa segi pun. Tidak ada sebab yang munasabah yang dapat kami fikirkan mengapa dasar asal diubah padahal setelah lebih tiga puluh tahun sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu (Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan Malaysia) tidak ada apa-apa masalah besar yang timbul. Banyak pelajar kita dari semua kaum berjaya mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu (bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia) dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi. Sebahagian mereka berjaya menjadi ahli sains, pakar perubatan, profesor dan pensyarah sains dan matematik yang tidak kurang hebatnya dengan para pakar dari negara-negara lain yang maju. 2. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu, selain tidak munasabah dari segi pendidikan, telah dibuat dengan mengejut, tanpa perbincangan yang mendalam dengan semua pihak yang ahli dalam bidang pendidikan sains dan matematik dalam bahasa ibunda. Akibatnya, pelaksanaan dasar ini telah menimbulkan banyak masalah, terutama masalah beratus ribu murid, terutama di sekolah kebangsaan di luar Sandar. tidak memahami sains dan matematik kerana mata pelajaran ini diajarkan dalam bahasa yang mereka tidak faham dan masalah guru yang juga tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk mengajarkan mata pelajaran ini dengan baik dalam bahasa Inggeris. 3. Dasar ini sama sekali salah dari segi prinsip pedagogi dan pelaksanaannya. Dari segi pedagogi, kajian membuktikan bahawa kemahiran kognitif akademik berkembang pesat terutamanya melalui bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar pada peringkat awal. Apabila bahasa pertama itu tidak berkembang, maka kebolehan kognitif akademiknya juga tidak dapat dikembangkan dengan cepat.

Mengapa Kami Bantah!

4. Murid yang dipaksa belajar melalui bahasa kedua sebagai bahasa pengantar terpaksa menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah (Swain 1986; Cummins & Saville-Troike 1991). 5. Kementerian Pelajaran hendaklah bersifat terbuka, mendengar segala pandangan dan kritikan yang berasaskan pertimbangan dan kajian yang bebas dan tidak berdasarkan hasil dan statistik yang diperolehi dari kajian yang tidak bebas, yang selektif dan yang boleh dimanipulasi untuk kepentingan pihak yang membuat dasar. 6. Ada orang yang menyangka bahawa yang terlibat dalam dasar ini hanyalah dua mata pelajaran sahaja. Hal ini sama sekali tidak benar. Yang terlibat ialah lebih 89 cabang sains dan matematik. Jadi, jika dasar ini diteruskan maka semua mata pelajaran dan kursus yang berasaskan sains itu tidak akan diajarkan lagi dalam bahasa Melayu (Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan Malyasia). 7. Memorandum ini tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau didorong oleh perasaan anti bahasa Inggeris. Malah kami menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk memperbaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita menguasai bahasa ini dengan cukup baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan. 8. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

Tuntutan Kami
Maka dengan ini kami dari Gerakan Memansuhkan PPSMI dengan hormat dan rendah hati memohon, demi masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang mempunyai sejarah yang panjang di rantau ini, supaya Kementerian Pelajaran Malaysia membatalkan dasar PPSMI ini dan kembali mengajarkan sains dan matematik dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia di Sekolah Kebangsaan dari peringkat sekolah rendah dan menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi seperti yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an hingga 2003. Dengan hormat,

Dato' Dr. Hassan Ahmad Mewakili Jawatankuasa Gerakan Memansuhkan PPSMI, dan seluruh anggota dan penyokong Gerakan ini 15 Januari 2009 Di Kuala T erengganu.

182

2. Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris

Perbincangan Meja Bulat Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya pada 27hb Ogos 2008 1. Prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa ibunda lebih cemerlang Para sarjana Dunia telah ijmak bahawa penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan peringkat awal lebih berkesan daripada penggunaan bahasa asing pada tahap pendidikan itu. Banyak kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telah diperakui oleh UNESCO menunjukkan pelajar di peringkat permulaan pendidikan yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar mempunyai prestasi lebih cemerlang daripada pelajar yang diajar di dalam bahasa asing. Banyak kajian di Malaysia menunjukkan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Inggeris menurun berbanding dengan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Melayu dahulu itu. Bahasa Inggeris bukan bahasa tunggal S & T Kajian sejarah S & T telah membuktikan bahawa hampir semua penemuan sains penting bukan dalam bahasa Inggeris tetapi di dalam bahasa ibunda penemunya. Setiap bangsa maju itu mempribumi dan mengungkap S & T dalam bahasanya sendiri mengikut kosmologi, pandangan alam dan nilai agama serta budayanya sendiri, menguasainya serta mengkritiknya dan akhirnya mengarya saisn dan teknologinya sendiri. Tiada bangsa maju yang mengarya S&Tnya dalam bahasa asing. Kejayaan pembudayaan S&T tidak bergantung kepada penguasaan bahasa Inggeris Pendidikan S&T dalam bahasa Melayu di Malaysia sejak dasar pendidikan beraliran bahasa Melayu dalam masa 20 tahun ini telah melahirkan ahli sains dan jurutera yang berwibawa dan berjaya. Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayu berpendidikan aliran bahasa Melayu di Salon International des Invention, Geneve,

2.

3.

Mengapa Kami Bantah!

4.

5.

6.

7.

Switzerland; World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies, Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan Seoul International Invention Fair membuktikan keampuhan bahasa Melayu melahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf Dunia itu. Kecemerlangan mereka tidak sedikit pun tercela dengan pendidikan bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah faktor genting dalam pembudayaan S&T di Malaysia Pembudayaan S&T yang sebenar amat berhubung rapat dengan pencernaan S&T dalam sistem pemikiran yang serasi dengan kosmologi dan pandangan alam sesuatu bangsa yang terungkap di dalam bahasa ibundanya. Oleh yang demikian kejayaan pembudayaan S&T di Malaysia amat bergantung kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Inilah inti pati daripada slogan “bahasa jiwa bangsa”. Impian para pemimpin Malaysia untuk menjadikan Malaysia maju dalam acuannya sendiri akan kekal menjadi angan-angan sahaja jika S&T masih terus dibudayakan dalam bahasa asing. Bahasa Melayu bukan faktor pembantut penguasaan S&T. Kejayaan yang luar biasa Malaysia dalam masa 20 tahun dengan dasar bahasa Melayu dalam pendidikannya merupakan bukti keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa poengantar S&T. Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayu berpendidikan aliran bahasa Melayu di Salon International des Invention Geneve; World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies, Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan Seoul International Invention Fair menunjukkan bahawa keampuhan bahasa Melayu melahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf Dunia itu amatlah ketara dan tidak boleh dinafikan lagi. Mendahulukan Penguasaan S&T bangsa Melayu dengan menggunakan Bahasa Inggeris akan membunuh Bahasa Melayu Dasar meninggalkan bahasa Melayu dahulu dalam mengejar kemajuan ekonomi dalam bahasa Inggeris, dan setelah berjaya kelak barulah memperkasakan bahasa Melayu adalah tidak akan berjaya kerana sejarah telah menunjukkan bahawa tiada bahasa yang ditinggalkan begitu lama dapat disesuaikan semula dengan perkembangan zaman (contoh: bahasa Latin). Malah kemajuan bahasa-bahasa maju tidak pernah berlaku mengikut cara ini. S&T sarat nilai dan tidak neutral kerana dibentuk oleh kosmologi, pandangan alam dan nilai budaya sesuatu bangsa Pada hakikatnya S&T yang dipribumi dan diungkap dalam bahasa nasional setiap bangsa maju diwarnai kosmologi, pandangan alam dan nilai budaya. Maka S&T yang diungkap dalam bahasa Inggeris itu dibebani kosmologi dan pandangan alam Inggeris

184

Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam ...

yang asing bagi banga Melayu. S&T di Malaysia semestinyalah diungkapkan dalam bahasa Melayu yang beracuan Islam yang lebih dekat dengan budayanya kerana Malaysia mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Islam. 8. Pengajaran S&T dalam bahasa Inggeris tidak akan menghasilkan lebih ramai orang Malaysia menguasai bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris tidak ada hubungan langsung dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bahkan pelajar pada peringkat permulaan pendidikan akan mengalami kesukaran memahami S&T kerana terpaksa menterjemahkan dahulu istilah bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, memahaminya dahulu sebelum mencuba memahami ilmu sains dan matemtik pula. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tidak akan mudah berintegrasi menggunakan bahasa Inggeris yang asing Penggunaan bahasa Inggeris di India sebagai bahasa rasmi kerajaan dan pendidikan gagal mengintegrasi rakyat India berbilang kaum kerana bahasa Inggeris itu asing bagi rakyat jelata India. Pelajar sekolah di bawah sistem pendidikan kebangsaan ternyata lebih berpeluang bersaling tindak yang jauh lebih luas dan lebih hebat antara pelbagai kaum dalam bahasa Melayu.

9.

10. Desa sejagat dan kepelbagaian bahasa Pengiktirafan hanya kepada satu bahasa atas alasan desa sejagat yang de facto berbahasa Inggeris dengan mengabaikan atau mematikan sesuatu bahasa lain adalah bertentangan dengan hak asasi manusia yang menuntut pengiktirafan bahasa-bahasa lain untuk kenal-mengenali antara satu dengan yang lain seperti yang dianjurkan oleh UNESCO. Peluang perniagaan juga tidak tergantung kepada bahasa Inggeris akan tetapi kepada bahasa tempatan pasaran dan kerana itulah antara lain perisian komputer Microsoft juga ditulis dalam bahasa Cina untuk pasaran besar Cina. 11. Dasar pendidikan kebangsaan selama ini tidak merugikan Melayu Dasar pendidikan negara maju bukan Inggeris seperti Jepun dan Korea telah berjaya mencapai S&T yang setara atau lebih tinggi lagi. Kemampuan orang Melayu kini yang semakin kuat menyaingi kaum lain berbanding dengan nasib malang orang Melayu ketika pendidikan aliran Inggeris dahulu menunjukkan dasar pendidikan kebangsaan menguntungkan lagi orang Melayu. 12. Terjemahan ilmu ke bahasa Melayu amat perlu bagi mengejar kepantasan perkembangan ilmu
185

Mengapa Kami Bantah!

Sejarah tamadun membuktikan bahawa peranan terjemahan dalam pembinaan sesuatu bahasa sebagai bahasa ilmu itu adalah teramat penting. Terjemahan karya pilihan amat perlu dan banyak menguntungkan perkembangan ilmu dalam sesebuah negara. Para penterjemahlah yang mula sekali memahami ilmu yang diterjemahkannya itu. Jika ramai sarjana Melayu terlibat dalam penterjemahan maka ramailah sarjana Melayu yang tinggi kefahaman ilmunya sehingga mempercepatkan lagi proses kritikan ilmu semasa dan seterusnya meningkatkan kemampuan mengarya ilmu baru ciptaan sendiri pula. 13. Bahasa Melayu tidak menghalang pelajar Malaysia menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Perisian komputer sekarang semakin mesra pengguna sehingga seseorang yang buta bahasa Inggerispun boleh berinteraksi dengan komputer peribadinya dengan mudah. Bahan pendidikan peringkat sekolah dalam internet tidaklah banyak sehingga tanpa penggunaan internet pelajar sekolah akan ketinggalan. Bahkan bahan peringkat sekolah di internet sudah pun banyak dalam bahasa Melayu dan perisian untuk sekolah bestari telah dibuat dalam bahasa Melayu. Penggunaan komputer untuk tujuan menyelesaikan masalah dan menjana ilmu baru itulah memerlukan hanyalah daya khayalan, daya pengaryaan dan kepintaran seseorang tanpa perlu fasih bahasa Inggeris kerana komputer itu alat yang amat mesra pengguna. 14. Penemuan Ilmu Sains Baru dalam bahasa Melayu Sains yang sedang dikaji kini seperti bioteknologi dan nanoteknologi telah ditemui pada awal abad ke-20 hinggalah ke tahun-tahun 70an. Ilmu sains kini merupakan inovasi kepada penemuan-penemuan asal itu dan telahpun mencapai tahap ketepuan dan kelesuan. Presiden Universiti John Hopkins yang juga merupakan ahli sains tersohor telah menyarankan supaya penyelidikan sains hendaklah kembali menumpu kepada penemuan ilmu sains baru yang akan menghasilkan teknologi masa depan (Financial Times 20/8/2005). Ini merupakan peluang keemasan bagi ahli sains Malaysia untuk menemui ilmu sains baru dengan menggunakan bahasa Melayu yang sarat budaya Melayu dan agama Islam. Sumber tabii pribumi yang belum diterokai mengandungi fenomena alam baru yang dapat menghasilkan ilmu sains baru yang terbina atas kerangka paradigma Melayu dan Islam. Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud Presiden Akademi Sains Islam Malaysia 28 Ogos 2008
186

3. Kebimbangan Kumpulan Prihatin

Kami daripada Kumpulan Prihatin bersyukur kepada Ilahi kerana membolehkan kami sedar dan insaf terhadap nasib dan masa depan kaum Melayu di Malaysia. Pada kami, kaum Melayu menghadapi masalah besar yang akan meminggirkannya di Tanah Airnya sendiri. Inilah faktor yang mendorong kami berbincang dengan tokoh-tokoh daripada berbagai pertubuhan dan orang-orang perseorangan yang peduli terhadap masa depan kaum Melayu demi keamanan negara Malaysia. Kongres ini adalah salah satu daripada langkah tersebut. Oleh kerana penduduk negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, maka terdapat beberapa isu sensitif yang memerlukan penerangan dan pemahamannya dari segi sejarah. Bagi mencapai kemajuan negara Malaysia seluruhnya, kaum Melayu perlu dimajukan dengan saksama. Tetapi ini bukanlah perkara mudah. Umpamanya, dua tahun lalu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu menyatakan bahawa hanya 25% daripada pelajar Malaysia di seluruh dunia mempelajari ijazah pertama terdiri daripada kaum Melayu. Lalu beliau menyatakan hasrat menambah bilangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi. Ini adalah hasrat yang wajar. Pada masa itu pelajar di institusi pengajian tinggi swasta berjumlah lebih daripada 200,000 orang. Hanya 15% (30,000 orang) daripadanya pelajar Melayu. Pelajar di institusi pengajian tinggi awam pula berjumlah 170,000 orang dan 55% (93,500 orang) adalah pelajar Melayu. Ini bermakna hanya 123,500 orang adalah pelajar Melayu daripada 370,000 pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini adalah 33.3% sahaja, padahal pada masa ini, nisbah jumlah penduduk Bumiputera adalah 66% berbanding dengan penduduk bukan Bumiputera. Malangnya hasrat Dato’ Seri Perdana Menteri ditolak oleh Kabinet melalui Datuk Dr. Ling Liong Sik yang mengatakan penambahan pelajar Melayu itu tidak boleh melibatkan institusi pengajian tinggi swasta. Pada hal inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan itu.

Mengapa Kami Bantah!

Di samping itu ada peristiwa lain yang menunjukkan perkembangan yang tidak sihat. Penubuhan Kolej Era Baru di Kajang dianggap oleh Dong Jia Zong (Grakan Pendidikan Cina) sebagai menggantikan Universiti Merdeka. Ini bermakna bahasa Cina menjadi bahasa penghantar utama, walaupun Universiti Merdeka telah ditolak oleh mahkamah. Apa yang berlaku sekarang ialah Kolej Era Baru telah menggantikan Universiti Merdeka, pada hal Kolej Tunku Abdul Rahman diwujudkan bagi menggantikan Universiti Merdeka masih juga wujud dan diteruskan. Seterusnya, MCA meminta supaya Kolej Tunku Abdul Rahman dinaikkan taraf menjadi universiti. Ini dipersetujui oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi, di samping itu Kolej Tunku Abdul Rahman masih wujud dan diteruskan. Tetapi, ingatkah kita, apabila Institut Perguruan Sultan Idris dinaikkan taraf menjadi universiti, IPSI dihapuskan. Juga, apabila ITM dinaikkan taraf menjadi universiti, ITM dihapuskan. Bagaikan apa yang diberi kepada kaum Cina tidak mencukupi, Kerajaan Negeri Perak menghadiahkan pula 200 hektar tanah untuk Kolej Tunku Abdul Rahman. Kemudian, pemimpin UMNO memberi pula 15% tempat di MRSM kepada pelajar Cina. Baik sungguh hati orang Melayu. Beralih pula kita kepada isu lain yang sangat menyedihkan. Bahasa penghantar pendidikan sains dan matematik ditukar pula ke bahasa Inggeris. Kami daripada Kumpulan Prihatin merasakan masanya sudah tiba bagi orang Melayu memastikan supaya tindakan ini dikaji semula dengan teliti dan diperbetulkan. Dalam keadaan sekarang, kita memerlukan ketegasan daripada pimpinan, UMNO mahupun PAS. Kita tidak boleh lagi melayan tuntutan demi tuntutan, tuntutan yang akhirnya merosakkan keseimbangan antara kaum. Keseimbangan yang merosakkan kaum Melayu. Kaum Melayu sudah banyak beralah. Pada tahun 1955, dalam pilihan raya parlimen pertama, 50 daripada 52 kawasan pilihan raya mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tetapi UMNO memberi 17 kawasan itu kepada MCA dan MIC, iaitu 750% lebih daripada sewajarnya. Undi Melayulah yang memenangkan mereka. Sekali lagi pada tahun 1957, satu persefahaman lain dibuat. Dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1958, kaum bukan Melayu yang mempunyai kelayakan pemastautinan dan lain-lain, tetapi tidak mengetahui bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dibolehkan mendapatkan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam masa satu tahun, lebih

188

Kebimbangan Kumpulan Prihatin

daripada 800,000 orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ini adalah satu kelonggaran yang luar biasa. Kerajaan Perikatan juga menyediakan pendidikan aliran Cina dari darjah satu hingga enam dengan membelanjakan kewangan negara. Pada hal negara lain seperti kita tidak melakukannya. Banyak peristiwa begini dalam sejarah kita. Kita perlu tahu sejarah kita. Juga kaum bukan Melayu perlu tahu. Pemimpin Melayu perlu menerangkan peristiwa penting ini kepada pemimpin bukan Melayu. Mereka seterusnya boleh menerangkannya kepada kaum masingmasing, supaya mereka bersetuju dengan dasar-dasar yang digubal sekarang. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah digubal bagi mencari keamanan. Banyak matlamatnya yang dicapai, tetapi masih banyak lagi yang perlu dijayakan. Dalam hal kepentingan Melayu, UMNO dan PAS perlu bekerjasama. Kepentingan Melayu adalah lebih penting daripada kepentingan parti, terutama dalam bidang pendidikan, bahasa dan ekonomi. Kita perlu bersepakat. Badan-badan bukan kerajaan Melayu (BBK) perlu membuat kajian tentang isu-isu penting, terutama yang berkaitan dengan pendidikan. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang. Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisah antara tuntutan yang wajar dengan yang melampau. Sebagai contoh, nisbah agihan kemasukan pelajar ke IPTA yang sudah lama digunakan ialah 55% Bumiputera dan 45% bukan Bumiputera. Ini adalah menurut nisbah komposisi penduduk Malaysia. Tetapi, menurut bancian tahun 2000, jumlah kaum Bumiputera meningkat menjadi 66% dan bukan Bumiputera menurun menjadi 34%. Oleh sebab itu, nisbah kemasukan ke IPTA juga perlu diselaraskan menurut nisbah penduduk sekarang. Kita bukan mengungkit Kita bukan ada perkauman Kita telah banyak berkorban Demi perpaduan Demi kemajuan. Ambillah teladan dari negara-negara jiran Berterima kasih dan Ucapkan kesyukuran

189

Mengapa Kami Bantah!

Agar dapat kita sama-sama Menikmati kemajuan Serta keamanan. Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid Ketua, Kumpulan Prihatin

190

4. Isu Bahasa & Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin

Kumpulan Prihatin terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam. 1. Kerajaan Malaysia mengubah bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah dan IPTA daripada bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris. 2. Tindakan ini tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negara Malaysia (Perkara 152), iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dan dengan Penyata Razak (1956) serta Akta Pendidikan (1996) yang menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat universiti. 3. Walaupun dihujahkan perubahan ini hanya melibatkan dua mata pelajaran, iaitu sains dan matematik, hakikatnya perubahan ini membawa kesan yang jauh lebih parah kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, menurut kajian kami, di peringkat SPM nanti, kirakira 71 % mata pelajaran diajarkan dalam bahasa Inggeris sementara hanya 29% dalam Bahasa Malaysia. Ini bermakna, Bahasa Malaysia tidak lagi menjadi bahasa pengantar utama; bahasa Inggeris telah diseludupkan sebagai bahasa pengantar utama. 4. Di peringkat IPT pula, keadaan menjadi lebih tenat lagi, iaitu cuma 9% mata pelajaran dalam Bahasa Malaysia, berbanding dengan 91% mata pelajaran berbahasa Inggeris!

Mengapa Kami Bantah!

5. Apabila tidak digunakan sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di semua peringkat pendidikan, bahasa Malaysia tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Istilah dalam pelbagai bidang ilmu yang dicipta tidak akan digunakan dan istilah baru tidak akan dicipta lagi. Tiada siapa yang mahu menerbitkan buku ilmu dalam Bahasa Malaysia kerana tidak akan ada pasaran untuknya. Akibatnya Bahasa Malaysia akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. 6. Hujah membuat pertukaran ini kononnya adalah bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Hujah ini sama sekali tidak berasas kerana belum pernah dibuktikan di mana-mana di dunia ini mengajar sains dan matematik dalam sesuatu bahasa boleh meningkatkan penguasaan bahasa itu. 7. Kami bersetuju bahawa penguasaan bahasa Inggeris para pelajar kita baik di peringkat sekolah maupun IPT perlu ditingkatkan. Tetapi ini bukanlah caranya. Caranya menurut hemat kami adalah dengan menambah jumlah guru yang mahir, khususnya di sekolah-sekolah di luar bandar, menggalakkan para pelajar lebih gemar membaca dan menggunakan bahasa itu secara aktif. 8. Kami mencadangkan guru-guru yang mahir dan terlatih dalam bahasa Inggeris, sains dan matematik dihantar ke sekolah-sekolah di luar bandar dan memberikan insentif kepada mereka. Misalnya, mereka yang sanggup tinggal dan mengajar di luar bandar selama lima tahun diberikan bonus atau ganjaran istimewa. Apabila sekolah-sekolah luar bandar sudah mencapai taraf kemajuan akademik dan lainnya yang sama dengan sekolah-sekolah di bandar, maka wajarlah pada waktu itu dilaksanakan sistem meritokrasi. 9. Kami juga suka mencadangkan agar dalam sistem pendidikan kita, setiap pelajar diwajibkan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Untuk pelajar Melayu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Untuk yang lain bahasa Malaysia dan Inggeris di samping bahasa ibunda mereka masing-masing. 10. Kami amat prihatin akan masa depan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Kami membangkitkan isu ini banyak kali dalam seminar, syarahan, rencana dan perbincangan. Malahan kami telah membawa isu ini ke hadapan mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Nampaknya masih tidak ada tindakan yang positif mendaulatkan semula bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kita.

192

Isu Bahasa & Pendidikan

Dari itu sempena pilihanraya ke 12 ini, kami menyeru agar suatu komitmen mengenai isu ini dibuat oleh pihak kerajaan. Kami juga menyeru para pengundi yang prihatin agar mendesak calon masing-masing membuat komitmen akan menyuarakan isu ini sebelum memberikan undi kepada mereka.

Ahli-Ahli Kumpulan Prihatin
1. Prof. Datuk Dr. Abu Bakar Hamid (Pengerusi) 2. Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin (Setiausaha) 3. Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid 4. Dato’ Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria 5. Dato’ Zainal Abidin Abd Wahid 6. Dato’ Dr. Hassan Ahmad 7. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (PPM) 8. Prof. Dr. Shaharir M. Zain 9. Prof. Dr. Awang Sariyan (Persatuan Linguistik Malaysia) 10. Dato’ Baharuddin Zainal (Persatuan Penulis Nasional (PENA)) 11. Tuan Haji Yusri Mohamad (ABIM) 12. Tuan Mohd. Zaidi Aziz (PKPIM) 13. Dr. Sanat Mohd Nasir 14. Dr. Muhammad Nur Manuty 15. Dr. Ahmad Kamar 16. Prof. Dr. Chamsuri Siwar 17. Dr. Zulkifli Hamid 18. Dato’ Mohd Hussein Ahmad 19. Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman 20. Dr. Tajul Arifin 21. Tuan Kamal Shukri Abdullah Sani 22. Tuan Haji Omar Jaafar 23. Tuan Haji Yunus Aminuddin

193

Mengapa Kami Bantah!

24. Puan Hajah Raja Masittah Raja Ariffin 25. Tuan Mohd Hilmi Ramli 26. Tuan Khairul Arifin Mohd Munir Yayasan Penataran Ilmu, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. 6 Mac 2008

194

5. Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
Kami warga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan yang berlaku di Malaysia. Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap daripada tanah air kita sendiri. Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa Melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa “dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.” Hakikatnya, jikalau Dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Dalam pada itu, pelaksanaan dasar PPSMI yang dilihat tergesa-gesa ini adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan itu digunakan sebagai bahasa utama dalam negara. Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memberi definisi jelas kepada maksud Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Menurut Seksyen 2, Sekolah Kebangsaan ditafsirkan sebagai Sekolah Rendah Kerajaan atau Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan - (b) yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan - (b) yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Mengapa Kami Bantah!

Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali Sekolah Jenis Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini” Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin Melayu kini sudah tidak memiliki sensitiviti bagi mempertahankan kedudukan Bahasa Kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak diamali sebaik-baiknya. Untuk mempastikan agar kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia: • Mengembalikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di semua Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. • Memelihara Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan kaum. • Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala peruntukan undang-undang yang ada bagi menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan. • Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan Bahasa Kebangsaan yang diwarisi daripada generasi pemimpin terdahulu. Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya bahawa kemajuan negara akan tetap tercapai walaupun kita mengekalkan bahasa, budaya dan jati diri kita yang tulen. Perlu disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa dan jikalau tidak dipertahankan akan hilanglah jati diri bangsa kita sebagai Melayu dan Islam. Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz Pengerusi, Gerakan Anti PPSMI (GAP) Persatuan Kumpulan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

196

6. Resolusi Seminar Agenda Melayu

Seminar Agenda Melayu yang berlangsung pada 21 MEI 2004, bertempat di Auditorium Taman Budaya, Kangar, Perlis; dirasmikan oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Tuan Haji Sulaiman bin Shafie. Seminar dihadiri sejumlah 150 peserta, terdiri daripada wakil Pertubuhan Melayu Bersatu Negeri Kedah (PEMIKAD), Persatuan Melayu Negeri Pulau Pinang (PEMENANG), ahli Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS), Institusi-institusi Pengajian Tinggi negeri Perlis, Wanita dan Pemuda UMNO Cawangan, dalam negeri Perlis dan peserta perseorangan. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan ternyata berjaya menghasilkan ratusan ribu, malah jutaaan anak-anak Malaysia dari semua golongan etnik untuk maju dalam bidang pendidikan hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan itu. Berdasarkan hakikat inilah, maka perlu sekali dasar bahasa, baik dalam sistem pentadbiran negara, diperkukuh dan dimantapkan lagi, dan tidak, diubah-ubah tanpa alasan yang rasional dan bijaksana.

Resolusi 1
Kerajaan dan pegawainya perlu mengambil sikap yang tegas untuk terus melaksanakan dasar sehingga dasar itu benar-benar sebelum PPSMI mencapai tahap kemajuan yang mantap.

Resolusi 2
Keutamaan bahasa Inggeris dan bahasa lain yang disyaratkan sekarang hendaklah dihapuskan.

Resolusi 3
Pihak kerajaan hendaklah mengkaji semula kurikulum sekolah di Malaysia, terutama pelajaran sejarah dan penggunaan bahasa Melayu agar menimbulkan keinsafan kepada generasi muda (menurut urutan sejarah, jatuh bangunnya bangsa Melayu): Penggunaan bahasa Melayu mesti ditegaskan dalam kurikulum sekolah di negara kita sekarang. Melalui bahasa Melayu inilah akan menimbulkan kesedaran tentang martabat bangsa dan unsur

Mengapa Kami Bantah!

perpaduan negara kita. Kita bimbang, setelah ditukar bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik, unsur-unsur perpaduan negara akan terjejas dan jati diri dan tamadun bangsa Melayu terutama unsur-unsur budaya juga turut terjejas sekian banyak pengaruh barat akan meresapi jiwa anak-anak bangsa kita sepertimana yang berlaku sekarang.

Resolusi 4
Pihak kerajaan juga diminta supaya tidak membenarkan kalangan bukan-Melayu mempertikaikan isu-isu hak Melayu dalam perlembagaan - pemimpin Melayu seharusnya menepis segala manipulasi dan ancaman golongan ekstremis bukan-Melayu:

Jawatankuasa Resolusi:
1. Encik Mohd. Zain bin Hamzah (Pengerusi) 2. 3. 4. 5. Encik Desa bin Yaakob (Setiausaha) Encik Rejab bin Ismail Encik Busu bin Ibrahim Prof. Madya Zulkifli bin Abidin.

Yg Dipertua Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS)

198

7. Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)

Mesyuarat Agung, Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) mengadakan Mesyuarat Agung Ke-14 pada 21 Disember 2008, pukul 2:30 petang, di Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Mesyuarat agung KALAM mengemukakan dua resolusi.

Resolusi 1
Mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia memansuhkan dengan segera dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003. Dari segi undang-undang, amat jelas pelaksanaan dasar ini adalah tidak sah. Menurut Artikel 152 Perlembagaan Malaysia, jelas menyatakan matapelajaran di sekolah seharusnya menggunakan bahasa Melayu. Pelaksanaan yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia ini menggambarkan pemerintah memandang rendah taraf atau kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara sejak merdeka pada tahun 1957.

Resolusi 2
Mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan segera hanya satu sistem pendidikan atau aliran yang berteraskan semangat kebangsaan Malaysia. Ia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan pelbagai agama serta mengelakkan jurang polarisasi kaum di Malaysia. Pelaksanaan ini bukan bermaksud untuk menghapuskan adat dan budaya kaum yang sedia ada di negara ini. Melalui sistem pendidikan ini, semua sekolah pelbagai jenis dapat diserap ke dalam satu entiti tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Manakala bahasa ibunda pelajar pelbagai kaum tetap diajar di sekolah dan semua pelajar boleh belajar dan menguasai pelbagai bahasa ibunda kaum tersebut. Ketua 1, Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)

Bibliografi

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971) Akta Pendidikan 1995 Akta IPTS 1995 Akhbar: Utusan Malaysia Mei 2002 Akhbar: Berita Harian 16 Mei 2002 Ahmad Adam (1994). Isu Bahasa Dan Pembentukan Bangsa. Kuala Lumpur: DBP Asas-Asas Kebudayaan Kebangsaan, (1971), Kuala Lumpur: Kementeria Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia Abdullah Hassan (1989) 30 Tahun Perancangan Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (1989) Isu-Isu Perancangan bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (1993), Language Planning in Southeast asia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (2002) Kemajuan Negara Beracukan Bahasa dan Budaya Melayu, Siri Bicara Bahasa Bil. 11, Kuala Lumpur, DBP. Asraf Abdul Wahab (1996) Manifesto Bahasa Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, Persatuan Linguistik Malaysia, Kuala Lumpur. Awang Sariyan (1996) ‘Idealisme dan Pragmatisme dalam Menangani Dasar Bahasa’ dalam Asraf Abdul Wahab, 186-192. Baron, D. (1990) The English Only Question, Yale University Press, New Haven.

Mengapa Kami Bantah!

Buku Panduan IPT 1993/94 Cummins, J. (1991). Language development and academic learning (pp161175), dlm L.M. Maldive and G. Duqutte (Eds.). Language, culture, and cognition. England: Multilingual Matters. Faridah Karim et al. 1987. Laporan Kajian Prestasi Pelajar UKM. Fishman, Joshua (1968). ‘Nationality-Nationalism and Nation-Nationism’. Dalam C.A.Ferguson and J. Das Gupta (Ed.), Language Problems in Developing Nations. New York: John Wiley and Sons; hal. 39-52. Hall, D. (1996) Assesing the Needs of Bilingual Pupils, London, David Fulton Publication. Hassan Ahmad (2002) Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di Malaysia, Siri Bicara Bahasa Bil. 9, Kuala Lumpur, DBP. Hassan Ahmad (2005) Memertabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan dan Pencapaian, kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-2, anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, 26-27 Mac, 2005. Isahak Haron (2001). Prestasi Pelajar Melayu/Bumiputera di Peringkat Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM dan STPM) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1 - 2 September, 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur. Ibrahim Mohamed et al. (1997) Kajian Celik Komputer di Kalangan GuruGuru di Perak, Atas Talian http://members_tripod.com/~ilhamnet/ kajian.htm. 4 September 2002. Internet 1.http:// nces.ed.gov/timss/timss-r/figure_1.html. 12 Ogos 2002. internet 2: http://www. Soton.ac.uk/rime/biblios/language.html. 12 Ogos 2002 Internet 3. Review of language, society and education in Singapore :http: // ccat.sas.upenn.edu/~haroldfs/messeas/handouts/ singapore/ gopi2. html. 12 Ogos 2002 Internet 4.Taipkan International X Olympiad, X = Mathematics, Physics, Chemistry dan Biology. 10 Januari 2003 Intisari UKM. 1995. Bil. 4. Okt/Nov. Juriah Long (2005) Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris Dalam Konteks Kepelbagaian Pelajar. Laporan kajian tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka (tidak diterbitkan). Kamal Shukri Abdullah Sani (2002) Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Penagajaran Sains dan Matematik di Institusi Pendidikan di Malaysia. Siri Bicara Bahasa Bil.15. Kuala Lumpur, DBP Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan (2002). Kenyataan Akhbar YB Tan Sri Musa Mohamad mengenai pelaksanaan pengajaran dan

202

Bibliografi

pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 20 Julai 2002 (atas talian) http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp (20 Julai 2002) Khoo Kay Kim (1991) Malay Society: Transformation & Democratisation. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications. Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib (1993) Wawasan 2020, Kuala Lumpur: Istitut Kajian Dasar. Kua Kia Soong (1985) Memoranda on National Culture, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center. Kua Kia Soong (1985) National Culture and Democracy, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center. Lim Kit Siang (1986) Malaysia: Crisis of Identity, Petaling Jaya: DemocraticAction Party. Kuhn, T. (1993) Struktur Revolusi Sains. DBP.Terj. drp karya aslinya dalam bahasa Inggeris 1970 (edisi kedua) drp snt pertamanya 1962 Ling Liong Sik, et al. (1988) The Future of Malaysian Chinese, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Association. Loh Fook Seng, Philip (1975) Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya 1874 - 1940, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Memorandum Kumpulan 28 Disember, (1996) dalam Asraf Abdul Wahab, 345- 355 Memorandum Persatuan Linguistik Malaysia (1996) dalam Asraf Abdul Wahab, 356-364. Mohd. Fazli Ibrahim (1999). “Amerikanisasi’ dan Masa Depan Budaya Tempatan”, Dewan Budaya (11), 54-55 Mohd. Rasdi Saamah (2003) Kesediaan Guru-Guru Sekolah Rendah Melaksanakann Perubahan Bahasa Penghantar Mata Pelajaran Sains dan Matematik, Kertas Projek Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan). Marsh, H.W., Hau, K.T. & Kong, C.K. (2000) Late immersion and language of instruction in Hong Kong High Schools: achievement growth in language and nonlanguage subjects. Harvard Educational Rev. Fall Issue: 302-346 Mohamad Salleh bin Mohamed Said (2002) Qua Vadis Taksonomi Serangga. Syarahan Perdana UKM. Penerbit UKM Mohd. Taib Osman (1988) Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahathir Mohamad, Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu, dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu 1, pada 1-2 September, 2001, di PWTC, Kuala Lumpur. Mohd. Ali Kamaruddin (1981) Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: UKM

203

Mengapa Kami Bantah!

Mohd. Yusof bin Hj. Othman (1995) Penulisan sains dan teknologi dalamm bahasa Melayu: Satu tinjauan semasa dan masa hadapan. Konvensyen Penerbitan Kebangsaan. DBP: 4-6 Dis. Mohd. Yusof Othman (2002) Bahasa Melayu Bahasa Sains dan Teknologi, Dewan Bahasa (11), hlm 28-40. Newsweek 2 Dec. 1996 Nik Safiah Karim (1996) ‘Kesangsian Setelah Tercapai Kejayaan’, dalam Asraf 181- 185. Nooreiny Maarof et al. (2003) Keupayaan Penguasaan Kemahiran Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Melayu Dalam Arus Globalisasi, Projek Arus Perdana Ap 1/2000, Bangi, UKM. Nor Hashimah Jalaluddin (2003) Kuasa Politik Melawan Kuasa Ekonomi, Language and Empowerment, Kuala Lumpur, Persatuan Bahasa Moden Malaysia. Nor Hashimah Jalaluddin (2003) Penerimaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar dan Guru, Projek Penyelidikan II/ 10/2003Persatuan Linguistik Malaysia/ATMA, Bangi, UKM Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Tengku Mohd. Tengku Sembok (2002) Kamus Dewan Tiga Edisi: Tinjauan Leksikografi Tiga Dekad, Projek IRPA 07-02-02-0041, UKM. Noriah Mohammad (2000) Kesan Globalisasi Terhadap Bahasa , Kertas Kerja Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia KE-2, Minden, Universiti Sains Malaysia. Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, 26-27 Mac, 2005. Phillipson, Robert (2000). Iinguistic Imperialism. London: Oxford University Press. Phillipson, Robert (1999). ‘Political Science’. Dalam Handbook of Language and Ethnic Identity (Joshua A. Fishman, Ed.). London: Oxford University Press. RML-RMDL. Laporan Rancangan Malaysia ke-5 hingga ke-8. Report on Malaysian Writers Conference, Singapore, 1962 Salina Ibrahim (2002) Bahasa Inggeris: Kelemahan Pelajar Universiti Bermula dari Sekolah, Utusan Malaysia 11 Julai :3 Saville – Troike, M. (1991). Teaching and Learning for academic achievement. Washington, DC:NCBE. Senario Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Kebangsaan, 1996. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sperber and Wilson (1995) Relevance Theory: Communication and Cognition, Oxford, Blackwell. Syed Husin Ali (1996) ‘Tamadun Berbahasa Menjelang 2020’, dalam Asraf, 164-171.
204

Bibliografi

Sandu, K.S. (1969) Indians in Malaysia, Cambridge: Cambridge University Press. Siri Pengetahuan Am, (1994) Dasar-dasar Negara (edisi ketiga), Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. Shaharir bin Mohamad Zain (1991) Tahap penghayatan bahasa Melayu dalam sains dan teknologi. Jurnal Dewan Bahasa. Dis., 1038-1051. Shaharir bin Mohamad Zain (1996) Pembangunan sains dan teknologi di Malaysia menerusi bahasa Melayu. Syarahan Raja Ali Haji 1996. Persatuan Linguistik Malaysia. Shaharir bin Mohamad Zain (2001) Masalah penerbitan buku pengajian tinggi dan strategi penyelesaiannya. Seminar Penerbitan Buku S & T anjuran UKM-DBP, 25 April 2001. Pascasidangnya diterbitkan oleh DBP 2002. Shaharir bin Mohamad Zain (2002) Berakhirnya SAKTI Melayu? Dewan Bahasa November 2002. Shaharir Mohamad Zain (2005). Beberapa Akibat daripada Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Malaysia: Suatu Penilaian Empiris dan Teori, kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-2, anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Sham Sani et al. (1983) Kajian Pengesanan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1974-1980. Biro Penyelidikan dan Perundingan UKM. Tan Liok Eee (1985) Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961, Unpub. Ph.D. Dissertation, University of Malaya, Kuala Lumpur. Teo Kok Seong (1996) ‘Penukaran Kod dan Bahasa: Satu Fenomena Kedwibahasaan’, Pelita Bahasa, 41-43. Teo Kok Seong (1999) Kedominanan Bahasa Melayu di Malaysia, Jurnal Bahasa 43 (1), hal. 25-33. Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (2000) Kuala Kangsar: Pertemuan Budayawan 2000. Tollefson, J.W. (1991). Planning Language, Planning Inequality: Language policy in the community. United Kingdom: Longman Group. Ucapan-Ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein (1960, 1975) Kuala Lumur: Arkib Negara Malaysia & Jabatan Perdana Menteri Wan Abdul Kadir Yusoff & Zainal Abidin Borhan (1985) Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Watson, J.K.P. (1983) "Cultural Pluralism, National-Building and Educational Policies," in Chris Kennedy, Language Planning and Language Education, London: George Allen & Unwin. Wawasan 2020. terj “Malaysia: The Way Forward” . Ucapan Dr. Mahathir Mohamad 28 Feb 1991 di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan

205

Mengapa Kami Bantah!

Malaysia K. Lumpur. Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia 1991 Wan Esuriyanti Wan Ahmad (2003) Teruskan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris: Dr.M. Berita Minggu, 7 September; 1 Wood, J.W. (2002) Adapating Instruction to an Accommodate Students in Inclusive Settings, New Jersey, Merrill Prentice Hall. Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (2001) Bahasa, Pendidikan Pembangunan, Siri Bicara Bahasa Bil. 5, Kuala Lumpur, DBP. dan

Zulkifli Jalil (2003) Pencapaian Pelajar Melonjak, Utusan Malaysia, 6 September ;1 Zainuddin Bikum (2006). Kesan Pengajaran Sains Tingkatan 1 dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Hulu Selangor, disertasi Sarjana Pendidikan UPSI

206

Indeks

A
A. Bakar Hamid 37 Abdul Rahman Arshad 37 Abdul Razak Hussein 42 Abdullah Hassan 37 ABIM 37 Ahmad Adam 11 Ainuddin Wahid 89 Akademi Sains Malaysia 64 Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68 14 Analisis perbandingan 156 analisis Ujian Sains 145 anti bahasa Inggeris 21, 26, 85, 182 Asas Matematik 150, 156 ASASI 128 Awang Sariyan 37

bahasa teknologi 24 bertaraf dunia 51, 53,

184

C
CD 142 Cummins

148 41,

D
Dasar Kebudayaan Kebangsaan

43, 48 25, 68, 75, 78, 83, 86, 115, 119, 127, 195 DBP 15, 37, 59, 68, 70, 77, 80, 132 di bandar 173 di luar bandar 173 Doktor Falsafah 4, 54
F
fanatik bahasa 21, 26, 85 Fasal (1)(a) 1 Federation of Malaya 12 Dasar Pendidikan Kebangsaan

B
bahasa global 24, 29, 96 bahasa ICT 24 bahasa internet 24 Bahasa Jiwa Bangsa 9, 184 Bahasa Kebangsaan 1 bahasa perdagangan 11, 24, 73, 127

G
GAPENA 14, 37, Globalisme 66

67

Mengapa Kami Bantah!

GPMS

67, 128

H
Hassan Ahmad 37 himpunan memori 10, 47 Hindia Timur Belanda 13 hipotesis Malik Bennabi 47 hipotesis Sapir-Whorf 47 Hussein Onn 16

Malek Ben Nabi 74 min 144, 147 min skor Matematik 156, Muhammad Salleh 54

163

N
Naisbitt 25 Naquib al-Attas 74 nasionalisme bahasa

10, 12, 26

I
Ibnu Khaldun 74 identiti negara 43 imperialisme 18, 97 Isahak Haron 37 Islamis Melayu 67 Ismail Hussein 37

O
Omar Hashim 37 Orang Asli 140, 145

P
Parlimen 1, 14, 16, 21 pekan besar 173 PENA 14, 37 Penjajahan bahasa 17, 19, 21, 25 Penyata Razak 1956 77 Peperiksaan Akhir 136, 154 peradaban Cina 31 peratus 37, 63, 80 Perkara 152 1, 75, 113, 191, 195 Perkara 160(2) 1 Perlembagaan Persekutuan 15, 113,

J
Jati diri 27, 48, jelas 174 Juriah Long 37

112

K
kadang-kadang jelas 174 kapitalisme 27 kejelasan 160 kepustakaan 23, 49, 118 kesan negatif 112, 115, 148, 178 KGMMB 128 komputer 28, 47, 52, 55, 71, 93,

195
Persekutuan Tanah Melayu

12, 15,

74, 188
Phillipson 18, 25 PKPIM 128 PLM 37 PPM 37 PPSMI 37 prasiswazah 51, 59 Profesor Melayu 63 Profesor SAKTI 63 Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa

98, 100, 186 kontrak sosial 25, 42, 46, 48 KPGMS 25
M
Mahathir Mohamad 25, 46, 77, 187,

192
Majalah Guru 11 Maktab Perguruan Sultan Idris 11 Malay chauvinist 48 Malayan Union 12 Malayan Writers’ Conference 42 Malay-centered 48

77

R
Rahman Yaakob rasisme 10, 26

37

208

Indeks

S
Sains Komputer 52 Sains Maklumat 52, 65 SAKTI 3 Sampel kajian 136 sastera Malaya 42 Saville-Troike 148 sektor akademik 53 semua keturunan 145, 171, 176 skor maksimum 144 Suqiu 25, 45 Surah Ibrahim 4, 69, 116, 129 Surah al-Rum 129 Suruhanjaya Reid 2 Syed Husin Ali 98, 127

T
Taib Osman 41 Tanjung Malim 11 Teknologi Maklumat 52 tidak jelas 174 Tollefson 18 Tunjang Tamadun 73

U
UMNO 12, 15, 21, 25, 28, 49, 56,

79, 127
Ungku Aziz 37 Universiti Kebangsaan Malaysia

16,

37, 80
Universiti Malaya

16, 43, 54, 82

V
variabel pelajar

162 12

Z
Zainal Abidin Abbas Zionis 38

209

Catatan

Catatan

Catatan

Catatan

Catatan

Catatan

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful