You are on page 1of 4

2013

KERTAS KERJA UNIT PPDa SK TAMAN MUTIARA RINI TAHUN 2013

LORONG PPDa
ANJURAN: UNIT PPDa SK TMN MUTIARA RINI DENGAN KERJASAMA: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING UNIT KESELAMATAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

SKTMR SKTMR 2013

a) Pendahuluan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan usaha berterusan dalam penyebaran maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di sekolah. Pendedahan hasil daripada program ini sedikit sebanyak mampu mendidik murid-murid terutamanya di sekolah rendah sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Ia diharap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, penjaga dan komuniti sekitarnya. b) Objektif 1.1. Diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum 1.2. Membantu murid menjana budaya tingkah laku positif serta meneladani nilai-nilai murni. 1.3. Memberi pendedahan tentang maklumat perkara yang berkaitan dengannya. c) Rasional Sejajar dengan itu, kewujudan sudut khas untuk program sebegini menjadi keperluan sebagai pusat informasi dan rujukan sampingan yang memastikan momentum penyebarannya berkekalan setiap masa. Memandangkan kekangan bagi menyediakan bilik khas, lokasi yang sedia ada terletak di laluan ke kantin dan ruang legar. Ianya difikirkan sesuai kerana menjadi tumpuan murid untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk laluan ke kantin, berkumpul, kelas seni mempertahankan diri dan sebagainya. Bagi memenuhi kriteria pemarkahan, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti ruang pidato, ruang aktiviti, bahan pameran serta pengurusan fail. Ruangan ini mampu memberi manfaat kepada murid bukan hanya bagi mendapatkan informasi malah aktiviti-aktiviti lain yang menambah nilai dalam proses pembelajaran mereka. penyalahgunaan dadah dan

d) Kumpulan Sasaran Seluruh warga sekolah dan komuniti sekitar secara amnya, dan khususnya kepada murid-murid, guru-guru serta kakitangan sekolah. e) Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan: Sepanjang bulan April 2013

f) Cadangan Aktiviti:
1. Membuat mural 2. Menempah banner 3. Menambahbaik lorong PPDa g) Jawatankuasa Penasihat: Pn Tumirah Bt Jemon Pengerusi: En Ahmad bin Omar Penyelaras: Pn Siti Zubaidah bt Hussin Ahli Jawatankuasa: Semua jawatankuasa PPDa Guru Bimbingan & Kaunseling Semua jawatankuasa Keselamatan Semua guru pembimbing kelab Pencegahan Jenayah h) Perbelanjaan Bil. Perkara 1. Banner 2. Print Hitam & Warna Jumlah i) Penutup Diharapkan agar program ini dapat memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah, rokok dan inhalan kepada setiap warga sekolah amnya dan murid-murid khasnya. Anggaran Kos RM 300.00 RM 30.00 RM 330.00

Disediakan oleh:

Disemak dan diluluskan oleh:

(SITI ZUBAIDAH BT HUSSIN) Penyelaras Unit PPDa SK Taman Mutiara Rini

(TUMIRAH BT JEMON) Guru Besar SK Taman Mutiara Rini