You are on page 1of 9

Tutorial Mencari Maklumat Menggunakan Enjin Carian Internet Contoh : Google, Yahoo dll Bab 1 Apakah itu enjin

carian? Enjin carian [search engine] ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Tetapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian. Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi ialah apabila anda menaip kata kunci seperti perniagaan pada Google, Yahoo atau MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web yang menggunakan kata kunci perniagaan akan dipaparkan. Tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Anda jangan keliru, servis carian internet ini terbahagi kepada 2 kategori : 1. Directori [web directori] 2. Enjin pencarian Web Direktori Pangkalan data diselenggara oleh manusia. Pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia.

Enjin Pencarian Pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil spiders. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Bab 2 Di dalam bab 2, kita akan mempelajari tentang cara-cara penggunaan enjin carian iaitu mencari maklumat di internet menggunakan enjin pencari. 1. Enjin Carian ialah suatu enjin pencari yang mencari apa saja maklumat yang dikehendaki atau diperlukan menerusi internet dengan hanya memasukkan kata kunci (keyword) pada kotak Web Search yang terdapat pada web enjin pencari tersebut. Untuk menggunakan enjin carian seperti Yahoo, Google , Mozilla dan sebagainya, double klik pada ikon Internet Explorer seperti yang dibulatkan pada gambarajah di bawah.

2. Setelah double klik, laman web Yahoo! akan dipaparkan kerana laman web ini telah disetkan sebagai default page. Jika anada ingin menggunakan enjin carian yang lain seperti Google, hanya taip www.google.com.my pada address bar seperti ditunjukkan dibawah:

Setelah anda menaip www.google.com.my pada address bar tersebut,kemudian tekan Enter. Anda akan dapati laman web Yahoo! akan berubah kepada Google seperti contoh di bawah:

Bab 3 Seterusnya kita pelajari bagaimana cara untuk menggunakan enjin carian tersebut. 1. Cara-cara untuk menggunakan enjin carian ialah dengan memasukkan kata kunci (keywords) atau perkataan apa yang hendak dicari oleh anda. Sebagai contoh, jika anda ingin mencari resepi , taipkan resepi pada kotak Web Search seperti yang ditunjuk pada gambarajah di bawah, kemudian tekan Enter pada papan kekunci.

2. Setelah tekan Enter, anda akan dapati pelbagai tajuk resepi yang dipaparkan. Anda hanya pilih mana-mana resepi yang dicari oleh anda dan klik pada tajuknya. Sebagai contoh klik pada 1. Mesra.net - Resepi - 6000+ Malaysian Recipes

3. Anda akan dapati laman web Mesra.net dipaparkan setelah anda klik pada 1. Mesra.net - Resepi - 6000+ Malaysian Recipes seperti yang dipaparkan pada gambarajah di bawah

Bab 4 Dalam Bab 4 , kita pelajari bagaimana untuk kembali ke halaman sebelumnya menggunakan ikon Back

1. Jika anda ingin kembali ke halaman sebelumnya, anda cuma klik pada butang Back seperti ditunjukkan di atas. Jadi ia akan kembali semula ke halaman sebelumnya seperti di gambarajah bawah iaitu dari laman web Mesra.net kembali kepada laman enjin carian Yahoo!

Bab 5 Seterusnya, di dalam bab 5, kita akan pelajari mengenai 6 jenis carian yang kita boleh pilih iaitu Web,Images,Video,Local,Shopping dan more..

1. Di atas kotak carian (search box) terdapat 6 jenis carian yang kita boleh pilih iaitu Web, Images, Video, Local, Shopping dan more. Ia bermaksud jika anda ingin mencari website berkenaan dengan resepi, pilih Web iaitu klik pada web untuk mencari laman web berkenaan dengan resepi, sekiranya anda cuma mahu imej atau gambar sahaja tanpa artikal mengenai imej tersebut klik pada Images, maka ia hanya paparkan gambar sahaja. Lihat contoh di bawah

2. Sebagai contoh, jika anda hanya ingin mencari gambar sahaja, klik pada Images dan seterusnya antaramuka seperti di bawah akan dipaparkan . Jadi itu adalah antara kegunaan 6 jenis carian yang terdapat pada atas kotak search itu.

Tamat.