You are on page 1of 18

Unsur Seni WARNA

Apakah warna
Pengenalan

Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.

Jenis-jenis Warna
Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: 1. Warna Asas/Utama 2. Warna Sekunder 3. Warna Tertier

WARNA ASAS
Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning
Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna
sekunder dan warna tertier.

Warna Sekunder
Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu. Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas. Warna Asas Warna Sekunder Kuning + Biru = Hijau Biru + Merah = Ungu Merah + Kuning = Jingga

Warna tertier
Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder. Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier Biru + Ungu = Biru-Ungu Merah + Ungu = Merah-Ungu Merah + Jingga = Merah-Jingga Kuning + Jingga = Kuning-Jingga Kuning + Hijau = Kuning-Hijau Biru + Hijau = Biru-Hijau

Warna Neutral
Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asa, warna sekunder dan warna tertier. Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya

Suhu Warna
Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesan pancaran cahaya sejuk. Warna panas ( merah,kuning, jingga dan hijau kuning)memberi kesan terang dan garang dan merangsang pandangan. Ia merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi. Warna sejuk ( biru, ungu, hijau dan biru hijau ) memberi kesan redup, tenang dan damai serta menyejukkan mata memandang. Ia mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah.

Peranan dan Fungsi Warna


Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan. Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia. Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling. Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti: Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan. Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran. Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan. Warna biru- kedamaian, tenang, romantik. Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian. Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.

Warna panas

Warna panas

Warna sejuk

Warna sejuk

Catan air warna sejuk

Warna sejuk

Warna panas

Warna sejuk

Selamat mencuba