You are on page 1of 59

SISTEM INTERGUMENTARI

Oleh : Shaliny a/p Kannapiran Shamini a/p Murally

Sistem Intergumentari
Sistem perlindungan seluruh tubuh badan - daripada segala ancaman bakteria - suhu yang melampau yang boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas. Sistem intergumentari badan manusia adalah terdiri daripada kulit(termasuk benda-benda bawah kulit) kuku, kelenjar sebum,rambut, dan kelenjar peluh.

KULIT
Ketebalan kulit adalah 1 hingga 2 mm tebal Keluasan kulit dalam seluruh tubuh badan manusia adalah 7600cm persegi. 7% daripada kulit adalah mewakili berat badan seseorang manusia. Kulit boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu epidermis(luar) dan dermis(dalam)

TUGAS KULIT
Pemeliharaan ia melindungi struktur-struktur dalaman yang lembut.Kulit yang tidak luka menjadi benteng tubuh yang menentang serangan bakteria. Organ Deria hujung saraf di dalam kulit menerima rangsangan deria dan menghantarkan rangsangan haba,sentuhan dan sakit ke otak. Pembuangan Kumuh peluh ialah satu dariapada kumuh badan.Air yang mengandungi natrium klorid ini disingkirkan daripada tubuh melalui kulit tubuh.Ia juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal suhu badan.

Lapisan Dalam Kulit

Lapisan epidermis merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria, ini merupakan perlindungan tahap pertama. Lapisan berkematu (epidermis) yang senantiasa gugur, menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit.
Sel-sel pada lapisan basal secara bertahap akan bermigrasi ke lapisan epidermis terluar dan akhirnya berubah bentuk menjadi lapisan tanduk. Proses perubahan selular pada sel epidermis ini disebut keratinisasi. Proses ini membentuk beberapa lapisan di epidermis

Terdapat

5 jenis sel lapisan epidermis :

DERMIS
Terbina daripada tisu pengikat,terutamanya tisu berfiber dan elastik. Dalam Dermis terdapatnya : Kilang peluh - terbina daripada tiub yang berlingkar rupanya dan ianya dibekalkan dengan banyak oleh salur darah - mengandungi air dan natrium klorid. - bilangan kilang ini besarnya terdapat di tapak tangan,tapak kaki,dahi dan ketiak.

Kilang minyak
- didapati di seluruh tubuh badan tetapi lebih banyak dibahagian muka,kepala dan bahagian kulit yang berbulu. - terbina daripada gelembunggelembung yang mempunyai tisu epitelium - minyak yang dihaslikan adalah bertujuan untuk melembutkan kulit serta mengelakkan rambut menjadi rapuh dan kering.

Hujung Saraf
- gentian atau fiber saraf yang terdapat didalam kulit terutamanya ialah gentian deria atau sensasi. - deria yang merangsang kulit tubuh ialah : >deria haba(panas/sejuk) >deria sentuhan(ringan dan tekanan) >deria sakit

KOMPONEN-KOMPONEN
DALAM KULIT MANUSIA

RAMBUT :

Terdapat diseluruh permukaan kulit kecuali di tapak tangan dan tapak kaki. Bahan-bahan yang menghasilkan rambut seakan-akan bahan yang membina lapisan horny di kulit luar

Tiap-tiap

helai rambut tumbuh dari umbi rambut dan umbi rambut adalah tertanam di dalam lapisan kulit dalam dan dibekalkan dengan saluran darah.

Dengan pembiakan sel-sel baru di bahagian akarnya, rambut itu tumbuh dan menjadi batang rambut.
Batang ini tertolak ke atas menjadi lebih panjang apabila sel-sel yang baru menolak selsel yang lama ke atas.

Rambut

juga terbina daripada sel-sel yang sudah mati kepada liang-liang rambut ialah otot-otot bebas yang halus yang dikenali sebagai otot pendiri rambut

Terlekat

Pada jenis rambut kasar tertentu, sel-sel bahagian pusat akar rambut pada puncak papila dermis menghasilkan sel-sel besar, bervakuola, cukup berkeratin yang akan membentuk medula rambut. Sel-sel yang terletak sekitar bahagian pusat dari akar rambut membelah dan berkembang menjadi sel-sel fusiform berkelompok padat yang berkeratin banyak, yang akan membentuk korteks rambut. Lebih ke tepi terdapat sel-sel yang menghasilkan kutikula rambut, sel-sel paling luar menghasilkan sarung akar rambut dalam.

KUKU

Terbina daripada sel-sel tisu kulit luar yang amti. Satu bahan yang dinamakan keratin telah menjadi keras untuk membentuk kuku dan kuku itu tumbuh dari sel-sel epitelium istimewa dari umbinya. Umbi kuku adalah bahagian kuku yang dilitupi oleh kulit tubuh dan badannya ialah bahagian yang terdedah.

KEPENTINGAN SISTEM INTERGUMENTARI KEPADA TUBUH BADAN MANUSIA

Sistem Intergumentari melindungi tubuh badan manusia melalui beberapa kaedah iaitu dari segi : Fizikal
- melindungi tubuh manusia daripada patogen(unsur-unsur luan) - melindungi dari segala kecedaraan yang boleh menjejaskan sistem dalam badan manusia berfungsi

Hidrogulasi
- bertindak sebagai pelindung daripada air masuk secara terus ke dalam sistem badanwaterproof

Sensasi
- kulit menyerap cahaya matahari dan

disentasiskan kepada vitamin D

Termogulasi
- mengawal suhu badan manusia kepada 37 darjah celcius agar manusia tidak berasa terlalu panas dan terlalu sejuk untuk menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar dan berkesan.

Deria
- bertindak sebagai deria kepada

manuia.Ini adalah untuk keselamatan manusia kerana kulit dapat merasa panas dan sejuk. Manusia dapat bertindak jika berasa tidak selesa dengan keadaan sejuk ataupun panas.

SISTEM LIMFATIK

ORGANISASI SISTEM LIMFATIK

PENGENALAN
Semasa peredaran darah, tekanan yang tinggi akan menyebabkan sebahagian plasma keluar melalui kapilari darah.

Kira-kira 90% plasma itu akan diserap semula manakala selebihnya lagi meresap ke dalam kapilari limfa. Kapilari limfa akan bersambung menjadi salur limfa.

Bendalir yang mengalir dalam salur limfa dipanggil limfa dan jaringan salur itu membentuk sistem limfatik.

DEFINISI
Suatu sistem sirkulasi sekunder yang berfungsi mengalirkan limfa atau getah bening di dalam tubuh. Limfa berasal dari plasma darah yang keluar dari sistem kardiovaskular ke dalam jaringan sekitarnya.

SISTEM LIMFATIK

SISTEM LIMFATIK

KOMPOSISI BENDALIR LIMFA


Berwarna kuning pucat.

Menyerupai plasma tetapi mengandungi protien yang kurang dan kandungan limposit yang tinggi.

Kandungan limfa: air, gas oksigen dan karbon dioksida, makanan tercerna, hormon, garam mineral, limfosit dan bahan-bahan kumuh.

PEMBENTUKAN LIMFA

PEREDARAN LIMFA MANUSIA


Limfa

mengalir dari kapilari limfa ke salur limfa yang lebih besar. Salur limfa mengandungi injap untuk mengelakkan pengaliran balik limfa. Oleh itu, pengaliran limfa adalah sehala sahaja. Apabila satu bahagian salur yang terletak antara satu injap dengan injap yang berikutnya dipenuhi dengan limfa, dinding salur limfa itu akan mengecut dan menolak limfa ke hadapan.

Pengecutan otot rangka

Pergerakan bahagian badan (peristalsis)

FAKTOR YANG MEMBANTU PENGALIRAN LIMFA

Tekanan pada tisu badan yang disebabkan oleh objek di luar badan.

Denyutan nadi (gerakannya)

Limfa dibawa ke salur limfa yang terbesar iaitu duktus toraks dan duktus limfa kanan. Kedua-dua duktus itu kemudian mengalirkan kandungannya ke dalam vena subklavika kiri dan vena subklavika kanan. Dengan itu, bendalir limfa dikembalikan ke sistem darah.

FUNGSI SISTEM LIMFATIK

Mengembalikan cairan & protein dari jaringan ke sirkulasi darah.

Mempertahankan badan daripada serangan bakteria dan virus.

Menyerap asid lemak dan gliserol.

Membolehkan pertukaran bahan.

Menapis keluar bakteria dan partikel asing.

Menghasilkan antibodi untuk membantu pemusnahan potagen.

MENGEMBALIKAN CAIRAN & PROTEIN KE DALAM EDARAN DARAH.


90% cecair yang dituraskan di hujung arteriol kapilari diserap semula pada hujung vena kapilari. Bakinya mengalir melalui salur-salur limfa untuk kembali semula ke dalam edaran. Apabila salur-salur limfa tersekat, cecair interstitium akan menimbun dan menyebabkan edema.

EDEMA
Merujuk kepada penimbunan cecair yang berlebihan dalam ruang-ruang tisu. Berlaku akibat

ketidakseimbangan antara daya-daya yang terlibat dalam penurasan-penyerapan semula seberang dinding kapilari Kenaikan tekanan vena Penurunan tekanan onkotik plasma Kenaikan ketelapan membran kapilari Penyekatan salur-salur limfa.

MEMPERTAHANKAN BADAN DARIPADA SERANGAN BAKTERIA DAN VIRUS.


Limfosit yang dihasilkan oleh nodus limfa mengeluarkan antibodi yang mempertahankan badan daripada serangan bakteria dan virus. Nodus limfa juga bertindak sebagai penapis bakteria kerana semua bakteria yang terdapat di dalam limfa akan ditelan oleh fagosit yang terdapat di dalamnya.

MENYERAP ASID LEMAK DAN GLISEROL


Menyerap asid lemak dan gliserol melalui lakteal di usus kecil dan membawanya ke sistem peredaran darah. Asid lemak dan gliserol itu di alirkan ke duktus toraks dan duktus limfa kanan dan akhirnya memasuki vena subklavika kiri dan kanan.

MENEPIS KELUAR BAKTERIA DAN PARTIKEL ASING


Nodus

limfa menepis keluar bakteria dan partikel asing. Fagosit yang hadir di dalam nodus menelan dan memusnahkan partikel asing.

ORGAN-ORGAN DALAM SISTEM LIMFATIK

TULANG SUM-SUM

TIMUS
Sepasang

kalenjar yang terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari jantung. Tempat pembentukkan limfosit.

SALURAN LIMFATIK
Dinding kapilari limfa terdiri daripada satu lapisan sel. Dinding kapilari limfa mempunyai liang-liang seni yang menjadikan kapilari limfa telap kepada cecair intersis. Duktus toraks dan duktus limfa kanan.

Kapilari limfa berbeza daripada kapilari darah kerana salah satu hujungnya adalah buntu atau tertutup sementara hujung yang satu lagi dihubungkan kepada salur limfa. Di sepanjang salur limfa terdapat nodus limfa pada jarak tertentu. Nodus limfa banyak terdapat di perut, leher, dada dan ketiak.

KAPILARI LIMFA DAN KAPILARI DARAH

NODUS LIMFA

Nodus limfa berfungsi menghasilkan limfosit yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Cecair intersis berwarna kuning pucat yang meresap masuk ke dalam kapilari limfa dan salur limfa disebut limfa. Di sepanjang salur limfa terdapat injap untuk memastikan limfa mengalir dalam satu arah sahaja.

Nodus limfa adalah salah satu komponen dari sistem limfatik yang dapat ditemukan pada tubuh manusia. Nodus limfa adalah penapis untuk partikel asing dan berisi sel darah putih. Nodus limfa berfungsi sebagai filter, dengan jaringan konektif retikular dan limfosit yang mengumpulkan dan menghancurkan bakteri dan virus.

LIMPOSIT

Limfosit adalah sejenis sel darah putih yang terlibat dalam sistem imuniti pada vertebrata.

LIMPOSIT

Limfosit dihasilkan nodus limfa yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Ada dua kategori besar limfosit, limfosit berbutiran besar dan limfosit kecil. Limfosit dihasilkan di sumsum tulang dan hati dengan bentuk awal yang sama tetapi kemudian berbeza. Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada kanakkanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia.

LIMPA
Limpa adalah kelenjar tanpa saluran yang berhubungan erat dengan sistem sirkulasi dan berfungsi menghancurkan sel darah merah tua. Organ ini dianggap merupakan salah satu pusat kegiatan pada sistem retikuloendotelium. Ketidakhadiran limpa dapat mendorong timbulnya beberapa jenis infeksi.

TISU LIMPOID
Tisu limpoid merupakan sebahagian daripada sistem keimunan badan yang membantu untuk melindungi badan daripada ancaman bakteria. Limfosit mengandungi banyak tisu limpoid. Tisu limpoid termasuk nodus limfa, limpa, tonsil dan adenoids (tisu yang mengembang pada bahagian belakang kerongkong) serta thymus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher.)