Firdaus Ariff
Menulis Tentang

Permission Marketing
Oleh Seth Godin
WWW.FIRDAUSARIFF.COM WWW.MALAYSIANBUSINESSMODEL.COM
 

 

Sebarkan!
Berikut adalah beberapa cara untuk anda membantu menyebarkan ilmu ini: 1. Kongsikan link http://www.firdausariff.com/p/ebook.html 2. Emelkan eBook ini kepada rakan-rakan anda 3. Cetak & fotostat eBook ini

www.malaysianbusinessmodel.com
  2  

1 2

 

Isi Kandungan
1.Kata Pengantar 2.Apa Itu Permission Marketing? 3.Interruption Marketing 4.Mengapa Interruption Marketing Tidak Berkesan? 5.Elemen-elemen Permission Marketing 6.One-to-One Marketing 7.Permission Marketing 8.Perancangan 9.Lima Taraf Pelanggan 10. Lima Tahap Keizinan 11. Tahap Keizinan Intravenous 12. Tahap Keizinan Poin 13. Tahap Keizinan Perhubungan Peribadi
 

 

14. Tahap Keizinan Reputasi Jenama 15. Salah Guna Keizinan I 16. Salah Guna Keizinan II 17. Salah Guna Keizinan III 18. Mahu Belajar Lebih Lanjut? 19. Profil Penulis
 

www.firdausariff.com
3  

Tetapi adakah iklan semberono di segenap penjuru itu caranya? Adakah cara lebih baik bagi melakukan pemasaran? Kebetulan saya ke pejabat rakan saya dan ternampak buku Permission Marketing oleh Seth Godin. Setelah saya membelek-belek buku tersebut. saya mengambil keputusan untuk meminjamnya. Pemasaran adalah penting untuk peniaga dan pembeli. semakin saya sedar bahawa kaedah pemasaran www. saya mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang pelajari dari buku ini melalui blog dan seterusnya dikumpulkan dalam bentuk eBook. Secara peribadi saya rimas dengan iklan yang terlalu banyak sehingga mengganggu ruang sosial seperti Facebook dan emel. Radio dan di mana-mana sahaja. Pembeli juga perlukan saluran untuk mengetahui tentang produk yang diperlukan dan diingini. Semoga mendapat manfaat! Muhammad Firdaus Ariff 21 Disember 2012 Bandar Baru Bangi . Beliau begitu pantas membalas emel walaupun kami tidak pernah berhubung sebelum ini.malaysianbusinessmodel. Penghargaan khas buat Seth Godin kerana memberi keizinan untuk menerbitkan eBook ini. Semakin saya membaca buku Permission Marketing. Permission Marketing menawarkan kaedah yang lebih ‘waras’ dan dalam masa yang sama menyalurkan maklumat secara efektif. Oleh itu. Atas meja di kedai mamak pun ada iklan! Pantang ada sahaja tempat untuk meletakkan mesej habis digunakan peniaga untuk menjual. Peniaga perlu mencapai pelanggan untuk menjual dan kekal beroperasi. Internet.1 2   Kata Pengantar Setiap hari kita diasak dengan pelbagai iklan di TV.com   4   tradisional yang digunakan sekarang sudah ‘menggila’.

Apa bezanya Permission Marketing dengan marketing sedia ada? Adakah Marketing sekarang tidak berizin? Seth Godin mengistilahkan Marketing tradisional sebagai Interruption Marketing ataupun Pemasaran Gangguan. Video. Bayangkan bagaimana keadaannya apabila kita turun ke pusat bandar. Permission Marketing bermaksud Pemasaran Berizin. bahan bercetak dan audio semuanya digunakan.com   5   .   www. Malah.1 2     Apa Itu Permission Marketing? Secara literalnya. Mengapa namanya begitu? Permission Marketing merujuk kepada teknik-teknik pemasaran dan pengiklanan yang 'menyelit' dan bersaing untuk mendapatkan perhatian anda dalam kehidupan seharian.firdausariff. Interruption Marketing mengganggu kehidupan seharian kita dalam usaha menyampaikan mesej tentang perkara yang hendak dijual. Iklan mengepung kita kiri kanan depan belakang melalui pelbagai medium. peranti peribadi kita seperti tablet dan telefon bimbit turut menjadi sasaran pengiklan.

barangan tersebut mungkin tidak ada pun bersama Permission Marketer pada waktu tersebut.malaysianbusinessmodel.com   6   . Setelah mendapat keizinan barulah Permission Marketer mula memberikan maklumat tentang perkara yang hendak dijualnya. Permission Marketer tidak terus menyuakan produk atau perkhidmatan di hadapan muka pelanggan.3   Konsep Permission Marketing pula berbeza kerana si Marketer terlebih dahulu mendapatkan keizinan daripada audiens sebelum memulakan perbualan. Malah.   www.

  Interruption Marketing Idea asas Interruption Marketing adalah Mass Production + Mass Media diasak kepada Mass Market bagi mencapai Mass Money.com   7   .firdausariff. www.

Dalam masa yang sama pula pihak pengeluar juga menebar iklan melalui media bagi mempengaruhi orang ramai. Kemudian.     www. Pengeluar sabun Palmolive misalnya menaja drama televisyen bagi mempromosi produk mereka. radio dan TV kemudian pergi ke kedai.1 2   Konsep ini secara lebih terperincinya adalah seperti berikut.malaysianbusinessmodel. Orang ramai membeli barangan dan pengeluar mendapat banyak duit. Taktik klasik ini biasanya digunakan oleh pengeluar barangan konsumer seperti sabun dan ubat gigi. orang ramai melihat iklan di akhbar. Pihak pengeluar mengilang banyak produk (yang murah) dan mengedarkannya di kedai-kedai.com   8   . Sektor ini turut dikenali sebagai FMCG (Fast Moving Consumer Good). Banyak drama TV di RTM & TV3 pada tahun 90-an ditaja oleh mereka.

  www.firdausariff.com   9   .

Pengiklan mengeksploitasi jangkaan tersebut dengan menyelitkan iklan mereka semasa rancangan tersebut disiarkan. Interruption Marketing memang berkesan. Ini menyebabkan orang ramai berkumpul pada waktuwaktu tertentu dan peniaga mudah mencari sasaran mereka.com   10   .malaysianbusinessmodel. Para pengeluar mendapati lebih banyak iklan yang mereka letak. Kehadiran internet pula meletakkan kuasa pada penonton dan bukan lagi pada penyiar. Dahulu saluran TV boleh dibilang dengan jari dan semua orang tertunggu-tunggu untuk menonton rancangan kegemaran mereka. terdapat beratus-ratus saluran TV dan pengguna boleh menonton mengikut masa pilihan mereka melalui PVR atau Video On Demand seperti Astro Byond. iklan yang sama menjadi bualan semua orang. lebih banyak jualan yang mereka dapat. Sekarang.1 2   Mengapa Interruption Marketing Tidak Berkesan? Tidak lama dahulu. Pendek kata. Lantas. Cerita-cerita yang sama menjadi bualan di rumah dan pejabat. Media juga sudah tepu dengan iklan dan menyebabkan orang ramai mula 'lali' dengan mesej-mesej iklan. Kalau tidak mereka melangkau iklan melalui teknologi. Maka. esok jualan sudah meningkat. Dalam erti kata lain. Namun. mereka membuat temujanji dengan TV mereka. Mereka juga mendapati bahawa letak sahaja iklan hari ini. keberkesanan taktik itu mula berkurang. bagi tempoh yang agak lama mereka selesa dengan keadaan tersebut. minda mereka pula sudah menapisnya. Interruption Marketing sudah mula hilang taringnya. www. Ini membolehkan orang ramai mengelak dari menonton iklan dan dalam masa yang sama menyukarkan pengiklan mencari sasaran. Mengapa ini berlaku? Antara sebabnya adalah pemecahan kuasa media.

Mesej daripada Pemasar juga lebih peribadi dengan ditujukan terus kepada pelanggan berserta maklumat yang relevan. Adalah lebih baik untuk mendapatkan keizinan pelanggan sebelum mula memasarkan kepada mereka. Ini memudahkan pelanggan menerima maklumat yang disampaikan oleh pemasar dan menjaga hubungan baik antara kedua-dua pihak. Secara amnya.firdausariff. Interruption Marketing menjadi tidak berkesan lagi bagi menjual. mesej secara Permission Marketing akan diterima oleh pelanggan dalam keadaan mental dan emosi yang lebih baik.1 2   Elemen-elemen Permission Marketing Dalam dunia sekarang yang sangat sibuk. Apabila pemasar sudah mendapat keizinan pelanggan. Pelanggan tidak merasa mesej daripada pemasar datang tanpa diundang. mesej daripada Pemasar sudah dijangka oleh pelanggan.   www.com   11   .

  www.com   12   . Oleh itu. Mass market menumpukan kepada customer share (fokus pasaran) untuk mendapatkan seberapa ramai pelanggan.1 2   One-to-One Marketing Sebelum wujudnya kilang.malaysianbusinessmodel. penjual mengambil inisiatif untuk mengenali setiap pelanggan dan membuat marketing one-to-one kepada mereka. kereta dan alat komunikasi elektronik kebanyakan perniagaan beroperasi dalam ruang lingkup lokal. One-to-one marketing pula menumpukan kepada share of customer (fokus pelanggan) bagi mendapatkan lebih banyak jualan kepada pelanggan yang sama. Mereka menjual kepada satu kumpulan pelanggan tertentu dan terhad. Penjual tinggal sekampung dengan para pelanggan dan tahu kemampuan kewangan masingmasing.

com 13   .   Mass Marketing   One-to-One Marketing www.firdausariff.

www.com   14   Pada peringkat pertama.1 2   Permission Marketing Kita telah lihat bagaimana mass marketing dan one-toone marketing mempunyai falsafah yang berbeza. Setelah pelanggan 'angkat tangan' dan memberi keizinan barulah penjual memulakan perbualan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan prospek. Melalui cara ini. prospek hanya mendapat maklumat yang relevan dengan mereka dan meningkatkan kemungkinan mereka menjadi pelanggan. Strategi permission marketing pula memecahkan proses marketing dan penjualan kepada beberapa peringkat. penjual hanya mahu memperkenalkan diri dan berharap pelanggan 'angkat tangan' bagi mengetahui lebih lanjut. Permission Marketing juga mempunyai falsafah tersendiri iaitu menukar seberapa banyak prospek menjadi pelanggan. Mass marketing cuba untuk mengasak seberapa ramai prospek dengan sebanyak mungkin maklumat dengan harapan untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan. Namun kadar kejayaan strategi ini rendah kerana prospek tidak suka diganggu dan mereka mungkin keliru dengan terlalu banyak maklumat yang diasak kepada mereka. Seorang penjual yang menggunakan Permission Marketing boleh menggunakan mass marketing bagi memperkenalkan diri dan mencapai ramai prospek. Setelah prospek memberi keizinan barulah penjual menggunakan one-to-one marketing bagi menjual produk atau perkhidmatan. .malaysianbusinessmodel.

firdausariff.com 15   .   Mass Marketing   Permission Marketing www.

malaysianbusinessmodel.   www. Penjual tidak menyumbat sebanyak mungkin produk dan harga pada banting ini. Sebaliknya. Setelah prospek 'angkat tangan' memberi izin dengan menghantar SMS. penjual meletakkan umpan diskaun 50% bagi prospek yang menghantar SMS kepada mereka.4 3   Bagi membuatkan prospek 'angkat tangan'. penjual berpeluang untuk melakukan one-to-one marketing kepada prospek. Iklan di Bandar Baru Bangi ini adalah contoh iklan yang menggunakan strategi permission marketing. penjual harus memberi 'umpan' yang sesuai. 'Umpan' itu juga harus relevan dan bernilai kepada prospek bagi memulakan perbualan yang baik.com   16   .

beritahu prospek di mana dia boleh mendapatkan apa yang dicari. Tetapi bagaimana pula apabila dalam perbualan dengan prospek kita mendapati keperluan prospek adalah berbeza daripada apa yang kita tawarkan? Mudah sahaja. Mass Marketing cukup dengan satu iklan dan ditebarkan kepada seberapa ramai orang. Jangan sesekali www.com   17   cuba memaksa pelanggan menerima tawaran kita atau cuba-cuba mengadakan sesuatu yang bukan kepakaran kita. Kalau ada yang terkena.1 2   Perancangan Permission Marketing memerlukan perancangan dan usaha yang sedikit lebih berbanding mass marketing. mass marketing adalah ibarat peluru tabur. Permission Marketing tetap menggunakan mass marketing pada peringkat awal namun selepas itu penjual harus bersedia untuk terus 'berbual' dengan prospek. Lebih mudah dikatakan. Sikap professional seperti ini akan menyebabkan pelanggan suka kepada kita dan akan kembali lagi sekiranya dia memerlukan kita kelak. Lebih baik rugi sedikit kerana tidak dapat menjual kepada prospek pada masa tersebut berbanding mengalami kejatuhan reputasi. Perlu ada 'silibus' bagi perbualan tersebut supaya kempen pemasaran menjadi berstruktur dan teratur.firdausariff. nasiblah.   .

com   18   .   Lima Taraf Pelanggan www.malaysianbusinessmodel.

firdausariff.com   19   .   Lima Tahap Keizinan www.

Contoh paling mudah tahap ini adalah langganan majalah. tidak ramai berjaya mencapai tahap ini dan tidak semua produk sesuai dijadikan langganan.   www. kad Zing oleh Maybank dihubungkan dengan kad kredit pelanggan. Mereka yang mendapat keizinan tahap ini sudah diberikan wang oleh pelanggan dan boleh terus membekalkan barangan atau perkhidmatan.malaysianbusinessmodel. Tahap keizinan ini adalah tahap idaman setiap peniaga kerana mendapat akses terus kepada poket pengguna. Apabila baki Touch N Go turun di bawah paras RM50. Perkataan intravenous merujuk kepada prosedur 'masuk air' di mana pesakit memberi keizinan kepada doktor untuk memasukkan apa yang patut ke dalam badan melalui IV. majalah tersebut masih mengandungi iklan! Kaedah lain dalam tahap keizinan ini adalah akses terus kepada akaun bank atau kad kredit. Mungkin juga sebenarnya model bisnes yang baru diperlukan untuk memberi pilihan langganan kepada pelanggan.1 2   Tahap Keizinan Intravenous Tahap intravenous adalah tahap keizinan tertinggi. Pelanggan sudah membayar terlebih dahulu bayaran untuk setahun kepada penerbit. Malah. kad tersebut akan terus diisi semula secara automatik.com   20   . Namun. Kemudian penerbit boleh menghantar majalah dengan apa sahaja konten kepada pelanggan bulan demi bulan. Sebagai contoh.

Sebab itu datang daripada sistem poin. peniaga tersebut akan tahu tahap keberkesanan melalui jumlah kad yang ditebus oleh pelanggan. Kembali kepada contoh kedai cuci kereta tadi. liabiliti atau peluang yang dicipta.com   21   . Sistem poin mencipta satu bentuk 'matawang' yang boleh digunakan antara peniaga dan pelanggan. Sistem poin yang lebih sosfikated adalah seperti kad Bonuslink dan juga TreatsPoint daripada Maybank. Sistem ini bukan sahaja menggunakan medium yang lebih canggih.   www. Kelebihan sistem ini adalah peniaga dapat mengukur tahap keberkesanan kempen pemasaran yang dilakukan. Kad itu yang mencipta sebab bagi pelanggan untuk berulang kali datang ke kedai tersebut bagi mencuci kereta. Kos juga dapat diukur dengan mudah dan tepat. pelanggan akan menerima satu perkhidmatan cuci kereta percuma. Malah seterusnya dia akan berpeluang untuk mendapatkan nama & nombor telefon pelanggan melalui kad promosi tersebut. Setelah 10 kali cop.firdausariff. Contoh paling mudah adalah kad daripada kedai cuci kereta.1 2   Tahap Keizinan Poin Idea asas bagi Tahap Keizinan poin adalah mencipta sebab untuk para pelanggan datang kembali membeli produk dan perkhidmatan daripada sesuatu peniaga. malah melibatkan lebih ramai peniaga dan pilihan tebusan hadiah. Dia juga tahu kos setiap cucian percuma tersebut.

Pada tahap ini. Sebagai contoh. peniaga mempunyai pengaruh terhadap keputusan pelanggan. SMS dan Facebook yang membantu meluaskan rangkaian peribadi peniaga. Peniaga tidak dapat melayan semua pelanggan dan kadangkala keizinan ini tidak dikongsi oleh staf sendiri sekalipun.com   22   . www. tahap ini mempunyai hadnya yang tersendiri. Walaupun tahap ini mempunyai pengaruh yang besar ke atas pelanggan.1 2   Tahap Keizinan Perhubungan Peribadi Tahap keizinan seterusnya adalah perhubungan peribadi.malaysianbusinessmodel. Mujur zaman sekarang ada teknologi seperti emel. seorang yang sakit gigi mungkin hanya membenarkan doktor yang dipercayainya sahaja bagi memeriksa serta mencabut gignya.

Nama seorang individu juga adalah satu jenama. jenama ABC dan XYZ sebenarnya sudah cukup untuk berfungsi sebagai identiti.com   23   . Kemudian. Sekiranya sabun basuh baju XYZ ternyata berkesan. Fungsi utamanya adalah untuk membezakan satu produk dengan produk yang lain. Adakah jenama benar-benar satu perkara ajaib yang membawa lebih banyak pelanggan dan jualan kepada peniaga? Secara asasnya jenama adalah nama yang diletakkan pada produk atau syarikat. maka dia mengandaikan sabun basuh baju XYZ juga bagus. pengguna tersebut membeli sabun sabuh baju XYZ. www. Para pengguna membeli sabun pencuci pinggan XYZ dan mendapati produk itu berkualiti. Maka. Oleh itu. Kini wujud iklan yang direka semata-mata untuk memperkenalkan jenama dan ada pihak cuba meletakkan nilai kuantitatif jenama dalam laporan kewangan syarikat. Namun sekiranya sabun basuh baju XYZ tidak bagus. Katakan syarikat XYZ mengeluarkan sabun pencuci pinggan. Bagaimana pula jenama dikatakan dapat memberikan kelebihan besar kepada seseorang peniaga? Kita lihat bagaimana jenama berfungsi. ciri produk itu telah dihubungkan dengan jenama XYZ dalam minda pengguna. XYZ mengeluarkan pula sabun basuh baju.1 2   Tahap Keizinan Reputasi Jenama Reputasi Jenama adalah sesuatu yang diagungagungkan dalam Interruption Marketing atau pemasaran tradisional. Oleh kerana pengguna tersebut pernah menggunakan sabun pencuci pinggan XYZ. Apa yang berlaku kepada jenama XYZ bergantung kepada pengalaman pengguna dengan produk baru ini. dia mendapati ada sabun basuh baju jenama ABC dan XYZ.firdausariff. Apabila pengguna pergi ke kedai. Oleh itu. reputasi XYZ meningkat dan XYZ mendapat keizinan untuk menjual dua jenis produk serta peluang untuk menjual produk lain di masa akan datang. Sama seperti kita semua yang mempunyai nama yang berbeza sebagai identiti.

Lebih teruk lagi. Pengguna akan fikir hanya produk sabun cuci pinggan XYZ yang bagus.3   XYZ kehilangan keizinan menjual produk tersebut serta produk-produk akan datang.com   24   .malaysianbusinessmodel. Pokoknya. pengguna mungkin tidak akan membeli produk XYZ lagi. www. (Ini boleh terjadi sekiranya sabun basuh baju XYZ merosakkan baju pelanggan). jenama adalah hasil daripada produk serta perkhidmatan berkualiti dan bukannya hasil kempen pengiklanan semata-mata.

Namun. Sekiranya pelanggan tersebut berpuas hati dengan produk yang dijual.   Tahap Keizinan Situasi Tahap ini dikenali sebagai situasi .   www. Contoh paling mudah adalah gerai di tepi jalan. apabila seorang pelanggan membeli di KFC. Sebagai contoh. sekiranya penjaja tersebut mengalihkan gerainya pelanggan tersebut tidak dapat mencari kedai tersebut.di mana pelanggan dan penjual berpeluang bertemu.firdausariff. situasi tersebut tidak terancang.com   25   . penjaja tersebut mendapat Tahap Keizinan Situasi apabila seseorang kebetulan lalu di situ dan singgah. Mereka menggunakan sebaik-baiknya keizinan tersebut sebagai peluang untuk menambah pendapatan. dia mungkin akan singgah lagi. Tahap Keizinan Situasi juga boleh digunakan untuk membuat 'upselling'. cashier tersebut akan bertanya "Mahu tambah Cheesy Wedges?". Kebiasaannya.

Syukur sekarang wujud agensi seperti SKMM yang memantau taktik-taktik seperti ini. ada peniaga yang menyalahgunakannya apabila diberi peluang. Namun.   www. Namun apabila pelanggan menjawab 'Ya' mereka tanpa rela dijadikan sebagai pelanggan konten mobile. Mereka menghantar SMS iklan kepada orang ramai menawarkan konten percuma. Minggu demi minggu kredit mereka ditolak dan dihujani dengan konten sampah.malaysianbusinessmodel. Peniaga mampu mendapat keuntungan segera dengan cara ini tetapi ini akan menyebabkan mereka tidak akan diberikan keizinan lagi di masa akan datang.   Salah Guna Keizinan I Tentunya ramai peniaga yang ingin mencapai Tahap Keizinan Intravenous kerana duit akan sentias mengalir dari poket pelanggan. Contoh paling biasa ditemui adalah pembekal konten mobile.com   26   .

Jenamanya itu menjadi satu keizinan bagi pelanggan membeli produknya berulang kali.firdausariff. minyak wangi bahkan mi segera! Tidak ada satu pun produk tersebut mempunyai kualiti ranggi dan tahan lasak. Bayangkan seorang peniaga yang mengambil masa bertahun-tahun membina jenama yang dipercayai.   Kemudian XYZ semakin 'menggila' melesenkan jenamanya kepada televisyen. Kemudian XYZ melesenkan jenamanya kepada sebuah pengeluar telefon bimbit baru. lantas dia mula terdorong untuk menyalahgunakan jenama yang telah dibinanya. XYZ mempunyai ramai peminat dan pelanggan. Katakan jenama XYZ terkenal sebagai pengeluar beg yang ranggi dan tahan lasak. Pelanggan mengaitkan jenamanya dengan kualiti dan nilai untuk wang.   www. Para pelanggan asal XYZ yang membeli telefon bimit tersebut merasa kecewa. Keuntungannya meningkat.1 2   Salah Guna Keizinan II Bagaimana seseorang peniaga boleh menyalahgunakan jenamanya? Jenama boleh disalahgunakan apabila diletakkan sewenang-wenangnya pada produk serta perkhidmatan lain yang berbeza daripada produk asal. Pada tahap ini XYZ telah mencairkan jenama mereka dan merosakkan kepercayaan pelanggan semata-mata demi yuran pelesenan yang tidak seberapa.com 27   . Telefon yang dikeluarkan mempunyai desain yang buruk & tidak tahan lasak. Para pelanggan berbangga dengan jenama tersebut dan sentiasa mencanangkan XYZ.

  www.malaysianbusinessmodel.com   28   .

  www. Mereka adalah sasaran mudah kerana kad kredit membolehkan membuat pembayaran terus. Sebagai contoh sebuah syarikat insurans mengatakan mereka mendapat nombor pelanggan daripada Mastercard sedangkan pelanggan tersebut hanya mempunyai kad Visa! Pemindahan maklumat pelanggan tidak bermakna keizinan itu turut berpindah sama. nombor telefon dan alamat pelanggan. Namun. Sebagai perumpamaan. Mereka mendapat alamat sedangkan para pelajar tidak pernah berhubung dengan mereka. tidak boleh dipindahkan begitu sahaja! Selama ini. Selalunya setelah seseorang itu mendaftar kad kredit akan banyak tawaran datang melalui telefon.com   29   . Selain dari itu pihak bank juga tegar berjual-beli senarai pelanggan.000 dan penjara maksimum tiga tahun atas kesalahan menjual atau menawarkan untuk menjual data peribadi pelanggan. kita tidak boleh berkahwin dengan tunangan orang lain! Begitu jugalah dengan keizinan. Akta Perlindungan Data Peribadi akan dikuatkuasakan di Malaysia.1 2   Salah Guna Keizinan III Antara bentuk salah guna keizinan yang biasa dijumpai adalah penjualan senarai emel. Kebanyakan daripada kita pernah menjadi mangsa keadaan apabila entiti yang tidak beretika menjual senarai pelanggan kepada peniaga. Adakalanya senarai itu sudah jual atas jual sehinggakan pihak yang menggunakannya tidak tahu dari mana asalnya. Ini kerana pelanggan hanya memberi keizinan kepada pihak asal yang meminta maklumat tersbut. Kebiasaannya selepas keputusan SPM dikeluarkan akan banyak datang surat daripada kolej-kolej swasta menawarkan tempat. kesalahan ini hanyalah satu pelanggaran etika.firdausariff. Akta ini meletakkan hukuman denda sehingga RM500.

com.malaysianbusinessmodel.php/buku/tol/ www.com   30   .1 2   Mahu Belajar Lebih Lanjut? Permission Marketing Edisi Bahasa Melayu Dapatkan buku Permission Marketing Edisi Bahasa Melayu oleh Seth Godin terjemahan Cikpuan Rawaida Kamarudin terbitan PTS di http://pts.my/index.

Saifulislam Store Mudahnya Ibadah CDkahwin. 5. Melaka: 7-9 Jun 2011 5. www. 4. Persatuan Guru Agama Singapura: 14 Ogos 2012 3. Yves Pigneur di Singapura.1 2 3     Profil Penulis Muhammad Firdaus bin Ariff merupakan pengamal dan coach Business Model Canvas. Bengkel Pemikiran Kreatif Dalam Kerjaya. Sebelum ini beliau juga merupakan penulis dan penterjemah freelance di PTS Media Group Sdn Bhd selain menulis artikel dan cerpen bagi penerbitanpenerbitan lain. Bengkel Menulis Dengan Kreatif Bagi Pegawai JPA.com 2.com Downloadilmu. 3. 2.firdausariff. Portfolio Projek 1. Alexander Osterwalder & Dr. Kings Hotel. Kursus Pembangunan Kepimpinan PPZ: 6 November 2012 Menghadiri Business Model Workshop & Masterclass kendalian Dr. Beliau telah mencipta dan melaksanakan beberapa business model inovatif sepanjang tahun 2012.com   31   . INTAN Sabah: 18-22 Oktober 2010 Pengalaman Training 1. Kelas Asas Business Model Canvas.com Eventilmu. Coaching Business Model Canvas. Unit Kaunseling UPM: 13 Ogos 2012 4.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful