You are on page 1of 1

Hypatia ialah seorang tokoh matematik yang amat terkenal semasa 400AD. Beliau dilahirkan di Alexandra,Mesir.

Bapa beliau , Theon Alexandricus adalah seorang pemimpin di Muzium Alexandria.Bapanya telah mengenalkan pelbagai jenis agama di dunia terhadap Hypatia.Pengajaran dari bapa telah menjadikan Hypatia seorang yang banyak menggalakkan pemikiran logic dan kajian matematik.Beliau juga adalah seorang pemimpin di Sekolah Platonist,Alexandra pada masa 400AD.Ramai pelajar dari kawasan yang berlainan suka mendengar syarahan Hypatia di sekolah. Hypatia terkenal dengan penulisannya On the Conics of Apollonius yang menyumbang idea kepada hiperbola,parabola, dan elips. Beliau menjadi buku ini lebih mudah difahami oleh pelajar dan telah banyak menjimatkan masa mereka.Selain itu, beliau juga telah mencipta hidroskop yang digunakan untuk menentukan spesifik graviti cecair dan paras air.Bukan sahaja itu,beliau juga telah menyelidik tentang karya Diophantus yang dikenal sebagai bapa algebra.Dalam bidang astronomi pula, Hypatia telah mencipta astrolable dan planesphere yang telah banyak menyumbangkan terhadap penyelidikan astronomi. Hypatia mati dalam 415 AD yang dipercayai dibunuh oleh kumpulan perusuh agama Kristian .Beliau berumur kira-kira enam puluh tahun pada masa itu.Banyak karya penulisannya dalam bidang matematik dan astronomi telah dimusnahkan oleh perusuhperusuh tersebut.Socrates,Nicephorus dan Philostorgius telah banyak membincang tentang kepintaran Hypatia dalam karya-karya mereka.

Rujukan : http://www.cosmopolis.com/alexandria/hypatia-bio-suda.html Fideler, David. "Hypatia of Alexandria." 12 November 2001 Osen, Lynn M. Women in Mathematics. USA: The Colonial Press Inc., 1974. p. 21-32 "Life of Hypatia." Trans. Jeremiah Reedy. 12 November 2001 .

You might also like