P. 1
Business Model Canvas Malaysia v2

Business Model Canvas Malaysia v2

|Views: 8|Likes:
Business Model Canvas
Business Model Canvas

More info:

Categories:Types, Business/Law
Published by: Nor Khairah Jamaludin on Apr 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/31/2013

pdf

text

original

 

Business Model Canvas Malaysia
WWW.FIRDAUSARIFF.COM WWW.MALAYSIANBUSINESSMODEL.COM
 

 

Sebarkan!
Berikut adalah beberapa cara untuk anda membantu menyebarkan ilmu ini: 1. Kongsikan link http://www.firdausariff.com/p/ebook.html 2. Emelkan eBook ini kepada rakan-rakan anda 3. Cetak & fotostat eBook ini

www.malaysianbusinessmodel.com
  2  

1 2

 

Isi Kandungan
1.Kata Pengantar 2.Apa Itu Business Model? 3.Business Model Canvas 4.Blok-blok Business Model Canvas 5.Value Proposition 6.Customer Segment 7.Channels 8.Customer Relationship 9.Revenue Stream 10. Revenue Stream: Mekanisme Harga 11. Key Resources 12. Key Activities 13. Key Partners 14. Cost Structure 15. Cost Structure: Ciri-ciri Kos 16. Faktor-faktor Luaran 17. Kajian Kes: Cendol Bakar 18. Mahu Belajar Lebih Lanjut? 19. Profil Penulis
 

 

www.firdausariff.com
  3  

Kita juga lihat bagaimana tukang masak yang hebat hanya ada satu kedai sedangkan ada peniaga membuka berpuluh-puluh kedai dengan resipi yang biasa-biasa sahaja. Kekangan yang wujud selama ini adalah tidak ada satu kerangka mudah bagi memperihalkan dan berinovasi dengan model bisnes. Oleh itu. Selama ini model bisnes atau business model adalah satu istilah yang dianggap elit dan menjadi mainan ekseutif korporat serta konsultan antarabangsa. Yves Pigneur. Dr. saya bertemu dengan pendekatan Business Model Canvas yang diperkenalkan oleh Dr. Dalam masa yang sama ada juga yang membawa inovasi yang serupa tetapi tidak berjaya bertahan dalam pasaran. Setelah mempraktikkannya dan berkongsi dalam beberapa siri kelas. Alex Osterwalder & Dr. saya mengambil keputusan untuk menuntut terus dengan mereka.1 2   Kata Pengantar Berita sekarang dipenuhi dengan kisah mereka yang berjaya mengkomersilkan hasil inovasi mereka dan diterima baik oleh pasaran. Sebenarnya itu tidak benar dan model bisnes seharusnya dikuasai oleh semua orang. saya menghasilkan eBook ini dan diharap para pembaca mendapat manfaat dari perkongsian ini Muhammad Firdaus Ariff 30 Ogos 2012 Bandar Baru Bangi www. Yves menerangkan bahawa ilmu Business Model Canvas masih terbuka dan saya bebas untuk menghasilkan buku dalam topik ini dalam konteks Malaysia.com   4   . Di sana. Persoalan-persoalan itu semua sebenarnya berkisar kepada model bisnes. berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan saya dapat menghadiri Business Model Workshop & Masterclass di Singapura pada 15-16 Ogos 2012.malaysianbusinessmodel. Melalui buku Business Model Generation. Alhamdulillah.

gaji dan sebagainya. Berapa peratus bahan bakar bertukar menjadi pergerakan? Lebih tinggi peratusnya.     Bisnes pula menukar modal/sumber menjadi nilai/keuntungan. lebih tinggi tahap efisiennya. Begitu juga dengan bisnes. Namun bukan semua bahan bakar itu bertukar menjadi pergerakan kerana hilang dalam bentuk haba. nilai sosial atau lain-lain. tetapi ada modal yang habis sebagai kos menjalankan perniagaan.     Apa Itu Business Model? Model bisnes adalah definisi bagaimana sesebuah organisasi mengumpul.com   5   . mencipta dan menyalurkan nilai. Kos boleh jadi kos pengeluaran. Nilai tesebut boleh jadi nilai ekonomi. Secara asasnya enjin menukar bahan bakar kepada pergerakan.firdausariff.   Enjin yang bagus adalah yang dapat menukarkan sebanyak mungkin bahan bakar menjadi pergerakan dan tidak terbuang dalam bentuk lain. sewa. pengedaran. Analogi yang mudah adalah membayangkan sebuah enjin. geseran dan bunyi. Model bisnes adalah kerangka bagaimana sesebuah organisasi menukar sumber yang ada kepada sesuatu yang lebih bernilai. kita mahu bisnes yang efisien yang dapat menukar modal menjadi keuntungan! www.

Dalam satu halaman.com   6   .   Business Model Canvas Business Model Canvas merupakan satu pendekatan yang diasaskan oleh Alexander Oesterwalder & Yves Pigneur dalam mencipta dan menilai model bisnes. Tuan-tuan mungkin biasa menggunakan peta minda bagi meringkaskan nota dan dalam masa yang sama meningkatkan kefahaman.   www. pendekatan ini ibarat peta minda bagi pelan bisnes. pendekatan ini dapat merangkumi semua elemen-elemen penting bisnes tanpa berisiko menjadi terlalu ringkas.malaysianbusinessmodel. Begitu juga dengan Business Model Canvas.

  www.firdausariff.com   7   .

8. 7. 2. 6. 9.com   8   . www.1 2   Blok-blok Business Model Canvas 1. 5. Value Proposition Customer Segment Channels Customer Relationship Revenue Stream Key Resources Key Activites Key Partners Cost Structure Business Model Canvas memberikan satu pandangan menyeluruh bagaimana kesemua bahagian bisnes memainkan peranan. 3.malaysianbusinessmodel. Contoh di bawah adalah ilustrasi Business Model Canvas sebuah kedai laksa. 4.

com   9   . Toyota menawarkan kereta-kereta yang dicanang sebagai mempunyai prestasi yang lebih baik dari segi kuasa dan penjimatan minyak. Sebagai contoh. Sebagai contoh.1 2   Value Proposition Newness (Baru) Peniaga menawarkan perkara baru dalam produk atau perkhidmatannya yang tidak pernah dijual sebelum ini. www. apa yang pelanggan dapat dengan wang mereka? Terdapat pelbagai jenis value proposition dan perbezaan itu boleh berlaku walaupun menggunakan alat yang sama serta industri yang serupa. syarikat Karangkraf mengeluarkan majalah baru Hijabista yang mempunyai rangkuman yang baru dan berbeza dengan majalah-majalah lain. Performance (Prestasi) Tawaran nilai prestasi selalunya berlaku dalam industri yang melibatkan peralatan dan jentera. Value proposition atau tawaran nilai adalah apa yang dijanjikan oleh peniaga atas perkhidmatan atau produk yang dijual.firdausariff. Dalam erti kata lain. Perbandingan prestasi boleh dibuat kepada produk sendiri atau pesaing.

syarikat menawarkan sesuatu yang menjadi penyelesaian kepada masalah pelanggan. www. Sebagai contoh. rekabentuk menjadi perbezaan tawaran apabila harga sudah lebih kurang serupa. Sebagai contoh. Dalam keadaan sebegini agak ramai juga yang membuat pilihan berdasarkan rekabentuk.com   10   . kereta baru mempunyai value proposition Cost Reduction jika dibandingkan dengan kereta terpakai. memliki beg Louis Vuitton dikaitkan dengan kekayaan dan kejayaan. Price (Harga) Sebuah syarikat boleh menonjol dalam pasaran dengan menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama pada harga yang lebih rendah. Getting the Job Done (Selesaikan Tugas) Ada masanya. tukang jahit dan kedai papan tanda. kereta terpakai mempunyai harga yang lebih murah berbanding kereta baru tetapi berhadapan dengan peningkatan kadar faedah dan kos selenggaraan yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain. Ada juga barangan dan perkhidmatan yang dibeli kerana status jenamanya. pembelian dibuat kerana 'terpaksa' dan 'terdesak' bagi menyelesaikan masalah. Design (Rekabentuk) Dalam sesetengah industri.4 3   Customization (Personalisasi) Status (Jenama) Tawaran nilai ini adalah bagi perniagaan yang menghasilkan barangan atau memberikan perkhidmatan secara tempahan. Sebagai contoh. Sebagai contoh. Sebagai contoh. Sebagai contoh. kereta-kereta Toyota. pasaraya Mydin dan syarikat penerbangan Air Asia.malaysianbusinessmodel. Cost Reduction (Pengurangan Kos) Value Proposition ini berlaku apabila kos keseluruhan memilih satu perkhidmatan atau produk akan menjadi lebih murah. seseorang itu memanggil syarikat Rentokill kerana rumahnya sudah diserang anai-anai dan dia mahu semua perosak itu dihapuskan. Dalam contoh ini. Nissan dan Honda mensasarkan kelas harga yang sama.

Serbuk perencah juga satu bentuk kemudahan . Ini memberi satu value proposition yang besar kepada para pengguna yang kurang fasih Bahasa Inggeris tetapi sangat berminat dengan konten versi asal.   www. Sebagai contoh. Tetapi membiarkan pihak lain membuatnya adalah lebih selamat.com   11   . pembeli tidak semestinya tidak boleh membuat sendiri produk atau perkhidmatan tersebut. Convenience (Kemudahan) Sektor makanan banyak memberi contoh bagi value proposition seperti ini. kita boleh sahaja baiki wayar lampu di rumah tetapi lebih baik kita panggil tukang bagi melakukan kerja tersebut. Kemudahan boleh datang dalam bentuk makanan segera atau sejuk beku. Accessibility (Kebolehcapaian) Kebolehcapaian membolehkan pengguna membeli produk dan perkhidmatan yang selama di luar jangkauan mereka atas sebab-sebab tertentu. syarikat PTS banyak menerbitkan buku-buku terjemahan bestseller. Sebagai contoh.6 5   Risk Reduction (Pengurangan Risiko) Bagi Value Proposition ini.berapa ramai antara kita masih membancuh serbuk kari sendiri? Bagi makanan siap juga. rangkaian makanan segera adalah raja kemudahan melalui perkhidmatan penghantaran dan kaunter pandu lalu.firdausariff.

1 2   Customer Segment Customer segment atau segmen pelanggan adalah individu atau organisasi yang akan menjadi sasaran Value Proposition yang ditawarkan. Sebagai contoh. Antara contoh adalah Giant dan Transnasional. Terdapat lima jenis segmen pelanggan iaitu: 1. Mass Market (Umum) 2. Multi-sided 1. Mereka memnjual dan memberi perkhidmatan kepada semua.com   12   . Perniagaan yang mensasarkan niche mempunyai ciri unik yang tersendiri. fikirkan niche pasaraya seperti barangan organik dan halal. Niche 3.malaysianbusinessmodel. syarikat Lego mempunyai sub-jenama Technic bagi remaja lelaki. Duplo bagi kanak-kanak dan Mindstorm bagi pelanggan yang lebih dewasa serta sektor pendidikan. Niche Menyambung contoh pasaraya. Contohnya rangkaian kedai az-Zain. Diversified (Pelbagai) Segmen pelanggan diversified berlaku apabila sebuah syarikat mempunyai pelanggan-pelanggan yang tidak berkaitan langsung. Mass Market (Umum) Perniagaan yang mempunyai segmen pelanggan seperti ini adalah pasaraya dan juga perkhidmatan pengangkutan. konglomerat seperti Sime Darby menjual rumah dengan niche tersendiri (lifestyle) dan dalam masa yang sama menjual produk makanan berjenama Alif untuk mass market. Segmented (Bersegmen) 4. www. Sebagai contoh. Segmented (Bersegmen) Sebuah syarikat boleh mempunyai pelbagai segmen produk bagi kategori pelanggan yang berbeza. Diversified 5.

com   13   .3   Multi-Sided (Platform) Segmen multi-sided atau platform selalu berlaku dalam penerbitan.   www. Sebagai contoh syarikat Karangkraf mempunyai pelanggan dari kalangan pembaca majalah yang membeli naskhah dan pelanggan dari kalangan pengiklan yang membeli iklan yang diletakkan dalam majalah.firdausariff.

Khidmat selepas jualan Setiap saluran pula boleh digunakan untuk kesemua jenis fasa atau sebahagiannya. Sebagai contoh. 5. 2. Penilaian 3.   Channels Channels atau Saluran adalah jambatan antara Value Proposition kepada Customer Segment. Channels adalah medium untuk anda membawa nilai kepada pelanggan. kempen kesedaran boleh dilakukan secara online sehingga pada tahap pembelian (pembayaran) tetapi selepas itu penghantaran dan khidmat selepas jualan dilakukan oleh jurujual atau ejen syarikat. Pemborong (Orang Tengah + Rakan) Kedai Rakan Niaga (Orang Tengah + Rakan) Kedai Sendiri (Orang Tengah + Sendiri) Web (Sendiri + Terus) Jurujual (Sendiri + Terus) 1.com   14   . Penghantaran 5.malaysianbusinessmodel.   Channels pula kemudiannya mempunyai beberapa jenis dan berfungsi untuk beberapa fasa.   1.   www. 3. Kesedaran 2. Dalam erti kata lain. Pembelian 4. 4.

1 2   Customer Relationship Customer Relationship atau Perhubungan Pelanggan merujuk kepada kaedah dan tahap perhubungan bisnes dengan pelanggan. Self-Service (Khidmat Mandiri) Vending Machine adalah contoh terbaik bagi perhubungan pelanggan jenis ini. Personal Assistance (Bantuan Peribadi) Personal Assistance berlaku sama ada melalui staf di kedai atau melalui telefon.firdausariff. www. Pelanggan dibiarkan untuk bertindak sendiri dengan sistem atau mesin yang disediakan oleh syarikat. memang ada seseorang yang melayan pelanggan secara peribadi pada waktu tersebut.com   15   . Dedicated Personal Assistance (Bantuan Peribadi Khusus) Bentuk perhubungan pelanggan jenis ini selalunya ditemui bagi produk dan perkhidmatan yang lebih mahal. Terdapat beberapa pilihan Perhubungan Pelanggan dalam menjalankan sesuatu bisnes. emel & alat-alat komunikasi lain. Sebagai contoh pengurus dana saham amanah mungkin akan menjaga seorang hartawan yang melaburkan berjuta-juta. Dalam cara perhubungan ini.

talian telefon AirAsia X merupakan talian premium yang mengenakan caj RM1. Kebanyakan pertanyaan-pertanyaan biasa akan dapat dijawab oleh pelanggan lain dan selebihnya akan dijawab oleh wakil syarikat. Memilih Kaedah Perhubungan Pelanggan Antara pertimbangan dalam pemilihan kaedah Perhubungan Pelanggan adalah kos. Perhubungan pelanggan jenis ini kurang digunakan dalam konteks tempatan kerana memerlukan pembangunan platform co-creation yang khusus.com   16   .95 seminit! www. Co-Creation Co-Creation berlaku apabila syarikat dan pelanggan sama-sama terlibat dalam menawarkan produk atau perkhidmatan. Personal Assistance tentunya paling mahal kerana memerlukan syarikat membayar gaji. Communities (Komuniti) Para pelanggan akan berkomunikasi sesama sendiri melalui forum atau platform online yang sudah disediakan. Perbezaan kos ini sangat ketara apabila kita berinteraksi dengan syarikat seperti AirAsia kerana harga tiket akan berbeza mengikut kaedah perhubungan yang kita pilih. Sebagai contoh Quirky. Sedangkan Self Service dan Automated itu kosnya lebih murah bagi setiap transaksi. latihan dan infrastruktur. Sistem tempahan tiket online adalah contoh tipikal kaedah ini.com membolehkan pengguna upload rekabentuk produk mereka lalu diperhalusi oleh ahli-ahli lain sebelum dikilangkan serta diedarkan oleh Quirky.4 3   Automated (Sistem Auto) Kaedah Automated pula lebih canggih berbanding selfservice kerana sistem ini akan mengetahui profil pelanggan dan dapat berinteraksi dengan pengguna.malaysianbusinessmodel. Malah.

com   17   mengenakan caj 15sen seminit bagi panggilan telefon dalam negara. peniaga menjual stok produk fizikal yang dimilikinya kepada pelanggan.firdausariff. Usage Fee (Yuran Penggunaan) Aliran pendapatan ini pula bergantung kepada kadar penggunaan oleh pengguna. Pos Malaysia pula mengenakan caj RM3 bagi satu sampul kecil Pos Ekspres. kita boleh melanggan perkhidmatann UniFi pada harga RM149 sebulan dan melanggan dengan mamak di kampung bagi menghantar akhbar ke rumah setiap hari.   Subscription Fee (Yuran Langganan) Aliran pendapatan jenis ini pula bergantung kepada tempoh penggunaan sesuatu perkhidmatan atau penghantaran produk. Terdapat 7 saluran aliran pendapatan (revenue stream) dan ini merupakan satu aspek yang menarik untuk berinovasi. Sebagai contoh.1 2   Revenue Stream Revenue Stream atau Aliran Pendapatan adalah bagaimana bisnes mendapat pendapatan melalui Value Proposition yang ditawarkan.   Asset Sale (Jualan Aset) Ini adalah aliran pendapatan yang klasik. Celcom www. Langganan juga membawa maksud penggunaan berterusan dan selalunya mempunyai tempoh minima setahun. . Kita berhadapan dengan transaksi jenis ini setiap hari apabila berurusan dengan kedai runcit dan kedai makan. Sama juga apabila kita membeli baju dan kasut. Sebagai contoh.

muzik dan video. syarikat Avis mengenakan caj RM200 sehari bagi menyewa sebuah kereta. Sebagai contoh. www.malaysianbusinessmodel. Paypal pula mengenakan kadar rata RM2 serta caj 3. Sebagai contoh. Kadar komisen boleh jadi mengikut peratusan atau satu kadar rata. Iklan digunakan sama ada untuk mengurangkan kos bahan penerbitan (Utusan Malaysia) atau memberi perkhidmatan percuma (Google). Sebagai contoh.9%.com   18   Advertising (Iklan) Pendapatan jenis ini pula adalah atas hak untuk menyiarkan iklan dalam medium atau platform yang dimiliki oleh peniaga. . Licensing (Perlesenan) Perlesenan pula merujuk kepada yuran atau caj atas kebenaran menggunakan sesuatu. Selalunya perlesenan adalah bagi harta intelek seperti buku. kita dikenakan bayaran RM1 apabila mengeluarkan wang melalui ATM bank lain. Bank pula mengenakan caj 3% bagi transaksi kad kredit. Lending / Renting / Leasing (Sewaan) Sewaan pula merujuk kepada caj penggunaan bagi tempoh yang spesifik. komposer mendapat royalti setiap kali lagunya dimainkan di radio.4 3   Brokerage Fee (Komisen) Komisen pula diperolehi apabila sesuatu entiti menjadi orang tengah bagi sebuah transaksi.

3. perak 4. List price (harga tersenarai) 2. Volume Dependant (Bergantung kepada jumlah pembelian) .com   19   . minyak.1 2   Revenue Stream: Mekanisme Harga Mekanisme Harga terbahagi kepada dua iaitu Fixed Menu (Harga Tetap) dan Dynamic Pricing (Harga Dinamik) Harga Tetap 1.   www. Yield Management (Pengurusan Hasil) .contoh: Harga tiket AirAsia lebih murah jika dibeli lebih awal.firdausariff.contoh: jual beli komoditi seperti emas. Product feature dependant (Bergantung kepada ciri produk) . Auction (Lelongan) – Harga ditentukan melalui bidaan dan dijual kepada pembida yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sistem pula memastikan semua kerusi dipenuhi.contoh: membeli barang secara borong akan membawa kepada harga yang lebih murah   Harga Dinamik 1. Real-time-market (Pasaran masa nyata) .contoh: model kereta Toyota Camry mempunyai beberapa varian di mana harganya bergantung kepada saiz enjin dan bodykit 3.contoh: harga tiket Aquaria berbeza untuk pelajar dan pelancong biasa 4. Customer Segment Dependant (Bergantung kepada segmen pelanggan) . Negotiation (Rundingan / Tawaran) 2.

Manusia Sumber manusia meliputi pekerja serta konsultan dan kontraktor luar. Dalam sesetengah bisnes. Kebiasaannya sumber ini dalam bentuk paten. bahan mentah dan infrastruktur.1 2   Key Resources Key Resources atau Sumber Utama adalah bahanbahan yang diperlukan bagi menghasilkan Value Proposition yang ditawarkan.com   20   kerajaan.malaysianbusinessmodel. hakcipta dan trade secret. Fizikal Antara contoh sumber fizikal adalah premis. Sebenarnya terdapat banyak sumber lain termasuklah bayaran awal daripada pelanggan.0. ramai yang terbayang pinjaman dan geran daripada bank atau agensi www. pengguna aplikasi juga termasuk sebagai sumber manusia yang penting. Kewangan Sebut sahaja bahagian ini. Intelek Sumber jenis ini semakin penting dalam ekonomi baru. Bagi perkhidmatan Web 2. . Terdapat empat jenis Value Proposition. Kredit daripada pembekal juga boleh menjadi salah satu sumber kewangan dalam menjalankan bisnes. bakat sumber manusia adalah penjana utama pendapatan. Jenama juga termasuk dalam sumber intelek.

Kerja doktor adalah problem solving tetapi kilang pengeluaran ubat adalah production. Sebagai contoh. penyelesaian masalah memerlukan penyelesaian yang berlainan bagi setiap pelanggan. Pengendali platform harus memastikan platform dikenali www. Pengeluaran bersifat rutin di mana setiap produk yang dihasilkan adalah sama. Pengeluaran (Production) Pengeluaran melibatkan penghasilan produk fizikal. Berbeza dengan pengeluaran. penulis luar. Contoh paling mudah adalah klinik di mana doktor perlu mendiagnos pesakit dan memberikan rawatan yang bersesuaian. Aktiviti jenis ini memerlukan bahan mentah serta mesin dan pekerja.com   21   . Sebagai contoh. Mempunyai bakat melakukan sesuatu kerja atau menghasilkan sesuatu sebenarnya hanya memboleh seseorang menjalan Key Activities.firdausariff. Platform / Network (Platform / Rangkaian) Aktiviti jenis ini lebih rumit berbanding pengeluaran dan penyelesaian masalah kerana platform berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan dan pembekal (multisided). syarikat Karangkraf harus mengendalikan pembaca akhbar serta majalah. penulis dan pengiklan. Ramly Burger mengeluarkan burger dan nugget dari kilangnya.1 2   Key Activities Menyelesaikan Masalah (Problem Solving) Key Activities atau Aktiviti Utama adalah bahagian di mana ‘kerja sebenar’ berlaku. wartawannya sendiri.

dipromosikan secara meluas dan mendapat pengiklan yang berprestij.   www.com   22   .malaysianbusinessmodel. Sebagai contoh. Pihak Karangkraf harus memastikan semua majalah terbit tepat pada masanya.4 3   dan semua infrastrukturnya berjalan lancar. diedarkan dengan menyeluruh. kerja mencetak majalah adalah production tetapi memujuk pengiklan membeli ruang iklan itu adalah problem solving. Kerja pengendalian platform adalah renyah dan melibatkan kedua-dua production serta problem solving.

com   23   Key Partners atau Rakan Utama adalah individu atau organisasi yang membolehkan sesuatu bisnes beroperasi. Overhead yang tinggi dapat memberi kesan buruk kepada operasi syarikat. peniaga mahu mendapatkan kuasa pembelian yang lebih besar bagi mengurangkan kos. Sebagai contoh. Kos membeli dan mengendalikan mesin pencetak adalah sangat mahal. www. McDonalds Malaysia yang mempunyai ramai franchisee dapat membeli bahan mentah pada harga yang lebih murah kerana mereka dapat membeli secara pukal. adalah lebih baik bagi PTS menggunakan khidmat syarikat pencetak. Economy of Scale Bagi motif ini.1 2   Key Partners Risk Reduction (Pengurangan Risiko) Berbeza dengan Kumpulan Karangkraf. . bagi mengurangkan risiko operasi dan kewangan. Tambahan pula. Acquisition of Resources & Activities (Pemerolehan Sumber & Aktiviti) Sebagai contoh.firdausariff. sebuah syarikat pembinaan boleh mempunyai sebuah syarikat perlombongan batu sebagai rakan niaga. Kerjasama ini dapat memberikan kelebihan yang signifikan terutamanya bagi projek berskala besar. Ini akan memberinya bekalan terus pada harga yang lebih murah dan konsisten. PTS Publication tidak mempunyai unit percetakan sendiri. kepakaran yang diperlukan juga sangat berbeza. Buku mungkin tersalah cetak dan mesin boleh mengalami pincang tugas. Terdapat tiga motif mengapa sesuatu bisnes mendapatkan rakan kongsi. Oleh itu.

Dalam keadaan ini.com   24   .malaysianbusinessmodel. persepsi 'keistimewaan' itu yang turut dijual bersama kepada pelanggan.1 2   Cost Structure Cost Structure atau Struktur Kos menerangkan kos yang terlibat dalam menyampaikan Value Proposition kepada pelanggan. Bagi Cost-Driven Cost Structure. Berbeza dengan Cost Structure hotel yang Value-Driven membolehkan harga diletakkan melebihi RM20. Cost Structure boleh jadi CostDriven (Pacuan Kos) atau ValueDriven (Pacuan Nilai). Namun Cost Structure gerai adalah CostDriven menyebabkan pemilik gerai hanya boleh caj maksima RM6. Value-Driven Cost Structure pula meletakkan harga berdasarkan persepsi nilai sesuatu produk atau perkhidmatan. harga jualan berkait rapat dengan kos penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan. Katakan kosnya RM3. kos bahan mentah Nasi Lemak Istimewa adalah sama di gerai dan di hotel. www. Contoh paling mudah.

firdausariff. Selalunya ciri ini wujud dalam bisnes-bisnes yang memerlukan infrastruktur fizikal yang besar. Berbekalkan sumber utama yang terus dan lebih murah. semakin murah kosnya.1 2   Cost Structure: Ciri-ciri Kos Kos Tetap Sesetengah bisnes mempunyai kos tetap yang signifikan. gaji serta air. Economies of Scope Economies of Scope pula datang apabila sesuatu bisnes menambah perkhidmatan atau produk yang mengoptimumkan penggunaan sumbernya.com   25   . Hanya setelah selesai kes barulah dia tahu kos sebenar. Setelah kos permulaan dapat ditampung. Peguam tidak dapat tahu lebih awal berapa banyak kos pengangkutan dan kos dokumentasi yang diperlukan bagi setiap kes. mesin dan overhead bulanan untuk elektrik. kilang mempunyai kos tetap yang besar bagi bangunan. Kos Boleh Ubah Kos boleh ubah pula boleh dilihat dalam bisnes seperti khidmat guaman. Sebagai contoh. Sebagai contoh. syarikat perlombongan yang mempunyai kuari batu boleh menambah perkhidmatan sebagai kontraktor pembinaan jalan. Kos bagi kes berikutnya pula akan berbeza walaupun dalam bidang yang sama. mereka dapat meletakkan harga yang lebih rendah bagi kualiti yang sama. Sebagai contoh. kos membuat acuan dan mesin menghasilkan berus gigi itu mahal kos permulaannya tetapi kos bahan mentah setiap unit berus gigi itu sangat murah.   www. maka kos pengeluaran setiap unit selepas itu menjadi tersangat murah. Economies of Scale Model bisnes yang melibatkan pengeluaran biasanya mempunyai economies of scale kerana semakin banyak produk dihasilkan.

  Faktor-faktor Luaran www.malaysianbusinessmodel.com   26   .

www. Sebagai contoh. Paling ketara adalah kehadiran teknologi-teknologi baru yang menyebabkan Business Model lama menjadi lapuk. Di Malaysia. Sebagai contoh. melancarkan jenama jam tangan mewah di zaman kegawatan selalunya bermakna menempah bankrupsi.com   27   . Teknologi Terdapat banyak cara teknologi boleh mempengaruhi Business Model. undang-undang mengehadkan pengeluaran kad kredit dan itu bermakna banyak Business Model dari Amerika Syarikat tidak dapat ditiru begitu sahaja. Pasaran Keadaan pasaran memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan Business Model. Pesaing Para pesaing datang dengan Business Model mereka sendiri.1 2   Ramai yang bertanya. itu akan memaksa anda menyemak semula Cost Structure dan Revenue Stream. Undang-Undang Akta dan peraturan banyak mempengaruhi sama ada Key Activities boleh dilakukan dan Key Resources boleh dilakukan. Semua perkara lain adalah faktor-faktor luaran yang tidak boleh dikawal tetapi mempengaruhi kejayaan sesebuah Business Model. Teknologi pengeluaran baru juga mengubah Cost Structure kerana pengilang tidak lagi perlu menghasilkan barangan dalam kuantiti besar. Semua itu tetap akan gagal apabila tidak mendapat penerimaan pelanggan. bisnes akhbar mengalami kejatuhan teruk apabila para pembaca berita beralih kepada laman berita internet. di manakan letaknya pesaing dalam Business Model Canvas? Apa yang ada di dalam Business Model Canvas hanyalah perkara yang boleh dikawal oleh pemilik bisnes. apabila Business Model pesaing meletakkan harga yang jauh lebih rendah. Sebagai contoh.firdausariff. sebuah bisnes perlombongan emas tidak dapat beroperasi tanpa lesen daripada kerajaan. Sebagai contoh. Pelanggan Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang inovatif semata-mata tidak mencukupi.

malaysianbusinessmodel. Perubahan kecil pula berlaku pada blok Key Resources & Cost Structure. Channel dan Key Activties. Perubahan besar yang dilakukannya adalah pada blok Value Proposition.com   28   .   Kajian Kes: Cendol Bakar Gerai Cendol Bakar milik Tuan Arif Ismail di Assam Jawa. Beliau hanya membuat beberapa perubahan pada sesetengah blok. Jalan Kuala Selangor merupakan satu inovasi Business Model yang menarik. Kita lihat satu persatu pada halaman berikut. Namun hasilnya ada sebuah gerai makanan yang tidak pernah wujud sebelum ini.   www.

Key Resources Selain daripada penggunaan gula merah yang dibakar sebagai pemanis. selasih. Ini membolehkan Cendol Bakar memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan dan dapat terus beroperasi di waktu hujan. Pemiliknya turut memfokuskan kepada Convenience dengan melakukan inovasi pada blok Channel. Key Activities Perubahan resepi bermakna langkah penyediaan hidangan turut berubah.   www.1 2   Value Proposition Perubahan pertama adalah pada produk yang ditawarkan iaitu Cendol Bakar. jagung dan kacang. Cost Structure Pembinaan kaunter pandu lalu memerlukan modal yang lebih besar daripada gerai biasa di bawah pokok.000 bagi membina gerai berkonsep baru tersebut. resepi mereka turut menggunakan Nata de Coco. Cost Structure di bahagian kaunter pandu lalu adalah lebih efisyen kerana tiada kos pelayan mengemaskan meja pelanggan. Gula merah dibakar terlebih dahulu sebelum dijadikan pemanis cendol.com   29   . Namun. Namanya menerangkan sifat inovatif produk dan menarik minat pelanggan. Tuan Mohd Arif Ismail dilaporkan membelanjakan RM20.firdausariff. Pelanggan yang datang secara pandu lalu juga bermakna jumlah jualan yang lebih tinggi bagi setiap jam beroperasi. Channel Pemilik Cendol Bakar menambah kaunter pandu lalu bagi membolehkan pelanggan membeli tanpa turun daripada kereta.

com Dapatkan maklumat terkni bengkel di http://www. Mohon berhubung terus melalui emel muhammad@firdausariff.malaysianbusinessmodel. Jurnalinspirasi. UPM Tuan Hadi Rofiee.firdausariff. Sesi di Unit Kaunseling.html www.com atau talian 013-2002705.ly/cdBMC Bengkel Coaching Saya menawarkan coaching Business Model Canvas kepada individu dan juga organisasi.1 2   Mahu Belajar Lebih Lanjut? CD Business Model Canvas Malaysia Dapatkan CD Business Model Canvas Malaysia yang memuatkan video dan PDF lembaran kerja di http://bit.com   30   .com/p/bengkel.

INTAN Sabah: 18-22 Oktober 2010 4. Coaching Business Model Canvas. 2011 3.1 2 3     Profil Penulis Muhammad Firdaus bin Ariff merupakan Training Advisor di Talent Development Consulting yang merupakan ejen bertauliah bagi modul-modul latihan keluaran PTS COE. Kings Hotel. Seni Bisnes Terhebat Tao Zhugong .firdausariff. 2009 Pengalaman Training 1.PTS Professional. Alexander Osterwalder & Dr. Sebelum ini beliau juga merupakan penulis dan penterjemah freelance di PTS Media Group Sdn Bhd selain menulis artikel dan cerpen bagi penerbitanpenerbitan lain.PTS Professional. Beliau berkerja rapat dengan Tim Pengkaji Psikologi Hadith dan PTS COE bagi menghasilkan produkproduk baru dan merancang strategi pemasaran. 2011 5. 2011 4. Yves Pigneur di Singapura. Rahsia Bisnes Google – PTS Professional. Bengkel Pemikiran Kreatif Dalam Kerjaya. Buku-buku Yang Diterjemah 1. www. Rich Dad Poor Dad . Sun Tzu Art of War . 13 Ogos 2012 2. Unit Kaunseling UPM.PTS Professional.PTS Professional. Melaka: 7-9 Jun 2011 3. Program PERMATApintar: 30 November – 17 Disember 2009 Menghadiri Business Model Workshop & Masterclass kendalian Dr. 2012 2. Bengkel Menulis Dengan Kreatif Bagi Pegawai JPA.com   31   . Sun Tzu Art of Business .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->