You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina,India,Dayak,Orang Ulu dan sebagainya yang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini.Semuanya adalah hasil perpaduan yang diamalkan di Malaysia sejak berdekad lamanya. Perpaduan di dalam negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan dalam aspek sosialisasi.Ancaman dan kelemahan ini seterusnya akan menyumbang kepada perpecahan kaum,keruntuhan ekonomi,penindasan dan akhirnya mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan huru-hara. Dalam memastikan perpaduan dan kepercayaan antara kaum terus kukuh,rakyat memerlukan suatu pegangan bersama yang betul-betul berkesan dan dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira usia,agama dan bangsa.Rukun Negara merupakan jawapan kepada persoalan tersebut di mana ia merupakan satu ideologi dan pegangan yang diperkenalkan yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan sebagai panduan bersama. Ia merupakan doktrin yang sangat penting dalam mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia di mana ia dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.Terbukti,perpaduan yang kita kecapi kini adalah hasil daripada ideology prinsip Rukun Negara yang telah kita pegang selama empat puluh dekad ini.

1.1 SEJARAH PENUBUHAN RUKUN NEGARA Rukun Negara telah diisytiharkan di Malaysia pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara yang diperkenalkan setahun setelah peristiwa 13 Mei adalah rentetan peristiwa 13 Mei 1969 yang telah menggugat kesatuan dan perpaduan kaum yang pelbagai di Malaysia pada ketika itu.Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang telah banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial antara masyarakat di Malaysia. Peristiwa tersebut bukanlah suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan namun ia merupakan suatu rentetan kepada faktor atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris dan layanan berat sebelah oleh Jepun contohnya telah banyak menyumbang kepada kerenggangan hubungan antara kaum di Tanah Melayu pada ketika itu. Sehubungan dengan itu,MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. Anggota anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato Abdul Rahman , mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang

dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan

oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. 1.2.0 TUJUAN PENUBUHAN Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Ia juga bertujuan memulihkan kerenggangan yang wujud di antara kaum-kaum pada ketika itu.Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia di mana semua kaum mempunyai suatu pedoman yang dapat dipersutujui dan diterima bersama demi kesejahteraan bersama. 1.2.1 Mencapai Perpduan yang Lebih Erat Rakyat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai budaya serta agama yang berbeza.Perbezaan-perbezaan yang wujud ini kadang-kadang menjadi dinding kesatuan antara kaum. Walaubagaimanapun,perbezaan ini dapat diatasi dengan wujudnya Rukun Negara yang dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap Negara yang satu. 1.2.2 Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatankegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun,hakhak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

1.2.3 Mencipta Satu Masyarakat yang Adil Semua rakyat Malaysia mempunyai hak keadilan masing-masing,dari yang kecil sehinggalah dewasa. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain. 1.2.4 Membentuk Satu Sikap yang Liberal Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara . 1.2.5 Membina Sebuah Masyarakat Progresif Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 . Namun , kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batasbatas dan nilai-nilai keagamaan. Demi mencapai cita-cita tersebut , lima prinsip Rukun Negara diperkenalkan dan ditekankan sebagai pegangan seluruh rakyat Malaysia. telah

1.3 PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia.Lima prinsip berikut merupakan pegangan yang harus dihormati dan diamalkan seluruh rakyat Negara ini : 1.3.1 Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaankepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang

warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. 1.3.2 Kesetiaan kepada raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa

mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. 1.3.3 Keluhuran perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta

memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan

Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh manamana individu atau mana-mana pihak. 1.3.4 Kedaulatan undang-undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undangundang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. 1.3.5 Kesopanan dan kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila .Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.

3.0 PELAKSANAAN PRINSIP RUKUN NEGARA UNTUK PERPADUAN 3.1 USAHA-USAHA KERAJAAN Rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah atau dasar sosial,ekonomi dan politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang dan melibatkan setiap lapisan masyarakat. 3.1.1 Penubuhan kelab Rukun Negara Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsipprinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsipprinsip tersebut supaya mereka benarbenar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian. Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolahsekolah menengah seluruh negara. 3.1.2 Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 hingga 1990 sebagai tindak balas kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan

negara dan integrasi nasional. Strategi serampang dua mata diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana ia dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya ialah : a) Mewujudkan peluang pekerjaan b) Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. c) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum antarakawasan bandar dan luar bandar. d) Memodenkan kehidupan di luar bandar e) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra. dan di

f) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. g) Meningkatkan kemudahan infrastruktur

3.2.3 Dasar Pembangunan Nasional Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir, Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu-padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan

pembangunan ekonomi yang berterusan. Salah satu daripada Dasar Pembangunan

Nasional adalah menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak-seimbangan ekonomi berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara. 3.2.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan

Kebangsaan iaitu: a) Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepadakebudayaan penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini. b) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan. c) Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan

kebangsaan. Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek kesenian dan pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-penyataan artistik dan simbolik (kesenian dan pakaian) tetapi bahasa serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas. Norma dan nilai pelbagai etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain telah membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi nasional. 3.2.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini.

Berteraskan Falsafah Pendidikan,generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Dasar Pendidikan Kebangsaan menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia.

3.2.6 Akta Bahasa Kebangsaan Akta Bahasa Kebangsaan telah diluluskan pada tahun 1967. Ia merupakan suatu akta di mana bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990. Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga. 3.2.7 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara.Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial serta budaya yang pelbagai di Malaysia. Program ini yang melibatkan pelbagai kaum dapat memperkukuhkan integrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum.Sesungguhnya,program ini telah berjaya melahirkan remaja yang kenal erti perpaduan dengan lebih mendalam,seterusnya

meneruskan hidup setelah tamat program dengan semangat perpaduan tanpa membeza-bezakan kaum serta agama. 3.2 AMALAN MASYARAKAT Masyarakat mempunyai peranan yang sangat besar dalam menentukan keberkesanan strategi perpaduan yang dilaksanakan oleh kerajaan.Kerjasama daripada masyarakat kepada pemimpin dan juga masyarakat kepada masyarakat yang lain penting dalam memastikan perpaduan itu menjadi nyata dan berkekalan.Berikut merupakan antara amalan pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dalam membantu secara lansung mahupun tidak lansung dalam meningkatkan perpaduan di Negara kita :

Berpegang Kepada Gagasan 1 Malaysia

Didikan awal ibu bapa

Pengamalan Prinsip-prinsip Rukun Negara

Peranan Kaum Masing-masing

Peranan Media Massa

Rajah 3.2 Amalan masyarakat Malaysia dalam memupuk perpaduan

3.2.1 Berpegang Kepada Gagasan 1 Malaysia Matlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dalam satu negara bangsa Malaysia, malah berfikir dan bertindak ke arah mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1Malaysia berhasrat mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada hasrat Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Gagasan 1 Malaysia turut

memfokuskan

kepada aspek psikologi atau jiwa rakyat Malaysia dalam menerima dan menerap nilainilai murni seperti kekitaan, memikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia Rakyat seharusnya mengamalkan sikap penerimaan kelainan yang wujud sebagai satu realiti hidup di Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di

Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain, mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 3.2.2 Peranan Kaum Masing-masing Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa, semua kaum perlu berusaha memperkasakan Gagasan 1Malaysia dengan menumpukan perhatian kepada penerapan nilai-nilai murni dan teras 1 Malaysia sebagai amalan hidup mereka.

Pertubuhan-pertubahan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti menubuhkan Kelab 1 Malaysia atau Rukun Negara di kawasan masing-masing,aktiviti gotong-royong sebagainya dalam menyemarakkan perpaduan serta melestarikan Falsafah Rukun Negara. 3.2.3 Didikan awal ibu bapa Keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu bapa berperanan memberi didikan awal kepada anak-anak agar menghormati dan kasih dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa haruslah member teladan yang kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati terhadap jiran berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum lain misalnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga.Sesungguhnya,didikan awal daripada ibu bapa ini akan mempengaruhi sejauh mana tingginya nilai dan rasa hormat anak-anak mereka kepada kaum lain apabila tiba masanya untuk mereka bergaul dan bercampur dengan masyarakat nanti. 3.2.4 Peranan Media Massa Media massa seperti televisyen dan surat khabar telah banyak membantu dalam memupuk perpaduan kaum sebelum merdeka lagi. Media massa boleh mempengaruhi

minda seseorang tentang sesuatu perkara. Misalnya, stesen televisyen sering menyiarkan mesej-mesej berkaitan perpaduan yang disampaikan oleh pemimpinpemimpin kita selain menyiarkan iklaniklan yang membawa mesej perpaduan kaum. Surat khabar juga sering menyiarkan rencana tentang aktiviti-aktiviti serta kebaikan yang telah dicapai melalu integrasi perpaduan kaum. 3.2.5 Pengamalan Prinsip-prinsip Rukun Negara Tidak cukup sekadar mengetahui,kita perlu mempunyai tekad untuk mengamalkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Rukun Negara kita.Ia penting kerana prinsipprinsip tersebut merupakan teras kepada perpaduan nasional Negara

Malaysia.Sesungguhnya,semua masyarakat telah didedahkan mengenai Rukun Negara serta prinsip-prinsip yang wujud bukan sahaja di peringkat sekolah namun juga melalui media,wakil masyarakat dan sebagainya.Adalah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat Malaysia untuk mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara khususnya golongan dewasa.Dengan itu,amalan nilai-nilai yang diamalkan tersebut akan menjadi generasi muda dan yang seterusnya,menjadi budaya bangsa Negara Malaysia.

PENUTUP Kewujudan Rukun Negara telah pun menjadi satu titik permulaan yang cemerlang ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis,iaitu perpaduan yang kukuh. Perpaduan yang kukuh di antara kaum adalah matlamat penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Pengamalan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Setiap warganegara Malaysia perlu memahami setiap intipati yang disarankan melalui Rukun Negara. Bukan sahaja menghafal dan mengingatinya malah memahami setiap maksud dan prinsip yang terkandung di dalamnya.Sebagai rakyat jati Malaysia,kita perlu menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan. Kita tidak seharusnya menyentuh isu-isu yang boleh menyentuh sensitivity dan perasaan kaum lain. Tindakan sedemikian hanya akan menyumbang kepada perbalahan dan huru hara seperti yang telah berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969. Kesimpulannya,perpaduan yang kukuh di antara kaum membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan yang sentiasa mendatang. Rakyat yang bersatu padu dan aman akan menaikkan nama negara ke persada dunia seterusnya ini menyumbang kepada suatu fenomena di mana Negara Malaysia akan terus dihormati dan dikagumi negara luar sebagai ikon perpaduan.

RUJUKAN http://www.jasa.gov.my/index.php/en/media/articles-collection/1-politic/387peranan-semua-kaum-dalam-menyemarakkan-semangat-gagasan-1malaysia.html http://kelabraja.blogspot.com/2010/03/topik-memahami-prinsip-dan-rukunnegara.html http://www.jomria.com/2012/09/cara-memupuk-perpaduan-kaum.html

You might also like