P. 1
Topik 10 Integrasi

Topik 10 Integrasi

|Views: 1|Likes:
Published by Audrey Lynyy
:)
:)

More info:

Published by: Audrey Lynyy on Apr 21, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/11/2014

pdf

text

original

Topik X Integrasi

10

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran; 2. Menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan; 3. Mengenalpasti isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi; 4. Menjelaskan bagaimana melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan 5. Membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatan integrasi. 

X PENGENALAN
Untuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan, satu penegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu, dalam pelaksanaan pengajaran kurikulum, pembelajaran yang ada perlulah diintegrasikan agar beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akan dapat untuk membuat penerokaan dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta penghayatan nilai. Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Antara lain pelajar boleh diberi peluang untuk mencari dan melahirkan idea melalui percakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina dan menyuburkan sikap dan pemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.

TOPIK 10 INTEGRASI W 193

10.1 PENGENALAN
Program Pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara khususnya di Amerika Syarikat di mana program ini telah bermula sejak tahun 1900an. Pada ketika itu, penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan dengan mata pelajaran lain. Ini adalah disebabkan kerana dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam kurikulum di sekolah-sekolah. Kesimpulan konsep integrasi dalam kurikulum telah diamalkan secara meluas oleh kebanyakan pelajar di negara-negara maju.

10.1.1 Pelbagai Pengertian Integrasi
Kebanyakan pendidik menggunakan konsep dan makna pengintegrasian dari pelbagai sudut, antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Integrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total di mana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, integrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan di antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan di antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan di antara individu dengan pelbagai agensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan di antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

10.1.2 Pelbagai Jenis Integrasi
Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangat dititik beratkan bagi memastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif Pendidikan Kebangsaan, beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran

Rajah 10. sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu. dan (iii) Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum. emosi dan jasmani. rohani. Untuk itu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR yang mengandungi aspek: (a) Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran. Ini kerana dalam KBSR. Untuk itu.194 X TOPIK 10 INTEGRASI antaranya ialah konsep integrasi. kemahiran.1: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa . Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara berintegrasi dan menyeluruh. Jenis-jenis Penggabungjalinan Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat dari tiga sudut seperti: (i) (ii) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.

TOPIK 10 INTEGRASI W 195 AKTIVITI 10. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperoleh berdasarkan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum? (b) Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. daripada mata pelajaran sains. Dengan ini. . Apakah itu integrasi? 2. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran. Contohnya.2: Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan (KT) dalam Bahasa Melayu Ciri-ciri penyerapan: (i) (ii) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran.2) Rajah 10. pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. (rujuk Rajah 10. (iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel.1 1. guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.

Untuk itu penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang. menulis dan mengira. Contohnya apabila guru bercakap benar.196 X TOPIK 10 INTEGRASI (iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. ketuhanan dan sebagainya. Pendekatan eksplisit Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu peraturan. unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih. bermatlamat dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya jelas. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah . Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi. (ii) (d) Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. nilai kemasyarakatan. pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. Hari Kemerdekaan. (c) Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilainilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. dan (v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Tindakan guru menyokong dan memberi pujian kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu. Di dalam bilik darjah. nilai kemanusiaan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca. nilai kewarganegaraan. kempen kebersihan. nilai alam sekitar. ini juga dianggap sebagai eksplisit. kempen anti rokok dan sebagainya. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni. Walau bagaimanapun. arahan. sambut Hari Guru. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu: (i) Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. guru pendidikan moral dan pendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan sesuatu nilai. berpakaian kemas dan datang ke bilik darjah tepat pada waktunya secara tidak langsung perlakuannya ini diperhatikan oleh para pelajar dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh mereka.

Dalam merancangkan aktiviti pemulihan. murid dapat mengaplikasikan konsep isipadu dalam konteks yang lebih relevan dan seterusnya dapat mengukuhkan pemahaman tentang konsep isipadu. lisan atau bertulis. ialah mengukur isipadu air yang diminum oleh murid setiap hari dan mencari isipadu beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah. murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu yang biasa ditemui dalam kehidupan harian. Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid dengan aktiviti pengayaan. (e) Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya. . pascaujian dijalankan secara pemerhatian. beberapa perkara perlu diambil kira termasuk: (i) (ii) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan.TOPIK 10 INTEGRASI W 197 pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam praujian. (iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran. di bawah Hasil Pembelajaran 'Memahami Konsep Isipadu'. Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid. Tema: 'Menyiasat Alam Fizikal'. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4. Oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut. Antaranya. murid mempelajari konsep isipadu dan mengukur isipadu. Melalui aktiviti sedemikian. dan (iv) Selepas aktiviti pemulihan. Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut (i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru.

Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan. (iii) Pendekatan Integrasi Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum iaitu: • Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada Sesuatu perkara yang diintegrasikan ke dalam mata pelajaran yang sedia ada. mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan. Gabungan unsur sejarah. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik. geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata pelajaran kajian tempatan. Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan. 2. serta mencabar pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari. Sebagai contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan. . integrasi antara Seni dalam Pendidikan dan satu mata pelajaran sekolah. Membina kurikulum baru Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran pendidikan jasmani sehingga menjadi mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini. KBKK. Pendekatan ini melihat hubungan antara mata pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Selain itu unsur-unsur nilai murni.2 1. • AKTIVITI 10. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri. unsur patriotisme. penyerapan dan penerapan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam.198 X TOPIK 10 INTEGRASI (ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks.

maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual.1. pergerakan atau bentuk aksi. muzik dan pergerakan. Apa sahaja bahan dan maklumat yang diperoleh oleh setiap kumpulan itu boleh dipersembahkan baik dalam bentuk penerangan lisan. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Apabila Seni dalam Pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain. bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah. upacara dan tarian-tarian adat resam mereka seperti ketika menyambut Hari Gawai. permainan dan rekreasi mereka. baik di kalangan guru mahupun pelajar. jika sesebuah kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran berhubung dengan tajuk „Cara Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah Panjang‰. perkahwinan dan pelbagai aspek lain lagi. Antara kelebihankelebihannya adalah seperti berikut: (a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja.TOPIK 10 INTEGRASI W 199 10. guru atau pelajar dalam bilik darjah itu akan menubuhkan unitunit kumpulan kecil dan setiap unit itu akan mengkaji satu aspek masyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang Iban untuk hidup. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan masalah. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah. akan terbit suatu tanggapan. (c) .3 Kelebihan Integrasi Saranan mengintegrasikan Seni dalam Pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Contoh. (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti Seni dalam Pendidikan.

beberapa langkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual pembelajaran yang sedia ada. seni visual atau musik bukanlah satu alasan yang baru.200 X TOPIK 10 INTEGRASI 10. kini telah dikurangkan kepada dua dan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap waktu telah dikurangkan kepada 40 minit. Ramai di kalangan pendidik. pelaksanaan prinsip ini masih jauh dari kebenarannya. Jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini ialah pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlulah melaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta di mana mata pelajaran pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajaran teras yang lain ataupun kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum.1. malahan termasuk ahliahli falsafah kontemporari.5 Integrasi Seni Visual. sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata pelajaran. Muzik dan Pergerakan Kesemua mata pelajaran seni visual. sudut psikologi. Daripada tiga waktu seminggu. (a) Aspek Psikologi Seperti yang dinyatakan sebelum ini. mempunyai kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar.4 Isu dan Cabaran Integrasi Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan. . Ada juga dalam kes-kes tertentu. Berdasarkan hakikat ini. pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti pendidikan jasmani. Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani di negara ini merupakan satu contoh yang baik. muzik dan pergerakan boleh diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. 10. Pada dasarnya. memperakui hakikat prinsip perhubungan minda-tubuh atau istilah lain kepaduan psikomotor. apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan. Malahan dengan diadakan pengintegrasian mata pelajaran ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang memberi impak kepada minda dan tubuh pelajar. Oleh yang demikian. Ianya dilakukan dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu yang dianggap kurang penting dari segi akademiknya. Terdapat teori metafizik berhubung dengan fungsi-fungsi tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini. Dengan keadaan jadual waktu yang padat.1. Pergerakan. teoriteori ini terjelma daripada kepercayaan tentang wujudnya persemadian di antara tubuh dan minda. integrasi dari sudut psikologi merangkumi personaliti secara menyeluruh pelajar. Namun.

Dalam hubungan ini. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan. adalah mahkluk sosial. Program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat. Aktiviti-aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. faktor ini dapat dieksploitasikan dengan sebaik mungkin kerana kebanyakan aktivitinya secara semula jadi tidak dapat mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang memberi tumpuan kepada hubungan di antara personaliti dengan personaliti. muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan. Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk ketermilikan. keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi . iaitu: (i) (ii) Integrasi antara personaliti. Apabila semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka. Dalam hubungan ini. aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan sifatnya yang berkelompok. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah kelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Menerusi Seni dalam Pendidikan. Seni dalam Pendidikan mempunyai peranan sebagai agen integrasi. Kedua-dua keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar sehingga boleh menjejaskan personalitinya. pada dasarnya.TOPIK 10 INTEGRASI W 201 guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek bukan fizikal sehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan. mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. dan (iii) Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat. Manusia. maka akan terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. (b) Aspek Sosiologi Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi. Oleh yang demikian. aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang merangkumi aktiviti seni visual.

dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit itu. Dalam banyak hal pelajaran. Perhubungan di antara pelajar dengan pelajar. Seni dalam Pendidikan belum diiktiraf sebagai satu subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya berbeza berbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidang-bidang akademik yang lain. keduadua pendekatan ini dianggap sangat praktikal dan memberi makna kepadanya. (ii) . guru dengan pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan menyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki.202 X TOPIK 10 INTEGRASI kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Dalam kebanyakan program di sekolah rendah. Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan. Suasana yang sedemikian rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh diwujudkan menerusi program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan. iaitu (i) Berkait dengan prosedur mengajar Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit kerja. (c) Aspek Pedagogi Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara.

2 INTEGRASI SENI VISUAL. muzik dan pergerakan dalam Rajah 10.3: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran seni visual. Rajah 10. konsep integrasi yang ditekankan adalah berdasarkan cara penyampaian guru. MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN Mari kita lihat contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran seni visual.4: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnya Matematik dan Bahasa Melayu 10. muzik dan pergerakan Rajah 10. Rajah 10.1 Matematik Dalam mengajar matematik.TOPIK 10 INTEGRASI W 203 10. Jika menggunakan proses penyerapan ianya dapat dirumuskan seperti Rajah 10.3 dan 10.4. kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu dengan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang akan diperoleh oleh pelajar.2.5 : Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik .5 dengan berdasarkan kepada Seni dalam Pendidikan.

Kasar. unggu. masin. keamanan dan . Banyak lagu-lagu patriotik yang boleh dinyanyikan untuk penghayatan semangat patriotisme di kalangan pelajar seperti Jalur Gemilang. semangat kekeluargaan.3 Kajian Sosial Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzik ke dalam mata pelajaran kajian sosial. Di samping itu. Indah mata ku. kita akan berbincang tentang integrasi antara mata pelajaran Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran Sains. Dalam mata pelajaran sains banyak didapati aktiviti seni visual iaitu melukis. Tanjung Puteri sebagainya. macam-macam warna Biru.2 Sains Dalam subtopik. Dengan ini secara tidak langsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam mata pelajaran sains dan diintegrasikan dengan seni visual. kesat. kelat Enak rasanya.2.2. merah. Saya sentuh dengan jari. bum-bam Riuh bunyinya. Saya rasa dengan lidah. Pahit. muzik boleh diintegrasikan dengan mata pelajaran sains apabila guru dapat membantu pelajar mengingati mata pelajaran tersebut dengan menyanyikan lagu berdasarkan tajuk mata pelajaran dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Tip tap. Lirik lagu ‰Deria‰ (Ciptaan Zulkiply Yaakob) Saya lihat dengan mata. Lagu Rukun Negara. Saya dengar dengan telinga. 10. Integrasi mata pelajaran ini juga dapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan mata pelajaran tersebut ke dalam ingatan minda pelajar dengan melukis peta minda. Lagu-lagu bertemakan motivasi diri. Bahtera Merdeka. manis. Macam-macam benda. lembut. nipis Itu rasanya.204 X TOPIK 10 INTEGRASI 10. Macam-macam rasa. tum tam. cak-cak. kuning. Contoh untuk lagu „Deria‰. Macam-macam benda.

3 PERANCANGAN DAN PENILAIAN Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan. Pengelola bertanggungjawab menggunakan sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. poster Hari Kebangsaan/ Merdeka dan sebagainya. tidak kira sama ada organisasi itu kecil ataupun besar. Pengurusan yang cekap mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu. atau pengarah atau guru besar tetapi juga tanggungjawab penyelia atau guru yang berada di dalam organisasi tersebut. pelajar. swasta atau badan kerajaan. Untuk itu sebelum melaksanakan pengajaran guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi agar pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih teratur. Komunikasi antara Berbagai Pihak) Pengurusan atau pengelolaan adalah penting dalam sesebuah organisasi. (b) (c) (d) . Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengelola berkenaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar. 10. Pengelola mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran.TOPIK 10 INTEGRASI W 205 kemakmuran juga boleh diperoleh dengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuktajuk pengajaran guru dalam mata pelajaran kajian sosial. isi pelajaran. Pengelola juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Untuk itu sesuatu proses pengajaran tidak dapat lari daripada perkara-perkara asas yang melibatakan guru. pelbagai aktiviti perlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapat dilaksanakannya dengan lancar dan berkesan. 10. antaranya: (a) Pengelola ialah pengurus dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya. Jadual.3. bahan-bahan pembelajaran. bilik darjah serta kemudahan-kemudahan yang lain. Kemahiran daripada pendidikan seni visual juga boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran kajian sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang.

Ini disebabkan keberkesanan perjalanan organisasi itu dipengaruhi dan dikawal oleh faktorfaktor persekitaran organisasi itu sendiri. Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada tiga fasa seperti yang dihuraikan dalam Rajah 10. kakitangan bawahan serta mengetahui juga tugas dan tanggungjawabnya. Fasa semasa pengajaran. perlu ada penyatuan usaha dan ada hubungan yang erat dan akrab pada hubungan di antara seorang individu dengan individu yang lain. Perubahan ini boleh melibatkan beberapa faktor antaranya tingkah laku. guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi. perancangan. 10. dasar dan Apabila seseorang pengelola berada di dalam organisasi.2 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Untuk melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya. afektif dan psikomotor ke arah yang lebih positif. dan (iii) Fasa selepas pengajaran.3. . Salah satu tujuan pengajaran adalah untuk memastikan pelajar berpeluang menjalani kehidupan di masa akan datang dan dapat membawa perubahan ke atas seseorang individu. Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung di antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu. kumpulan atau organisasi. beliau dikehendaki mengetahui perlakuan yang diharapkan oleh ketua. daya kognitif.206 X TOPIK 10 INTEGRASI (e) Pengelola mewujudkan matlamat. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: Organisasi sebagai satu unit sosial.6 iaitu. Untuk itu penglibatan serta penyertaan pelajar amat diperlukan. rakan sekerja. (i) (ii) Fasa sebelum pengajaran. mengimplementasikan strategi.

3/1999. (ii) . cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.TOPIK 10 INTEGRASI W 207 Rajah 10.6: Urutan fasa-fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. hanya dua perancangan sahaja yang perlu ditulis iaitu: (i) Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif.

kefahaman. penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain.3. setengah tahun atau satu tahun. Ini kerana perkembangan pembelajaran pelajar perlu dikesan dari semasa ke semasa pada kadar yang segera dalam masa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga setiap kali selepas pembelajaran. Soal jawab secara lisan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang. mengumpul maklumat dan membuat justifikasi tentang penguasaan.208 X TOPIK 10 INTEGRASI 10. Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian dilaksanakan secara rasmi di . Berdasarkan maklumat ini. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). (a) Penilaian Formatif Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan. dan (v) (b) Pentaksiran hasil kerja. Hasilan penilaian ini akan diguna pakai untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dialami oleh pelajar. (iv) Pelaksanaan aktiviti. guru dapat memikirkan pelaksanaan strategi pengajaran yang lebih baik dan berkesan di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran pembelajaran sedang berlaku. (iii) Perbincangan. penilaian akan dilakukan. kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. contohnya setelah satu semester. Penilaian Sumatif Setelah satu tempoh pembelajaran tertentu. penganugerahan dan sebagainya. satu penggal.3 Penilaian Pendekatan Integrasi Penilaian ialah proses menguji. Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkaraperkara berikut iaitu. (i) (ii) Aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk membuat pemilihan bagi tujuan pengaliran.

Untuk Seni dalam Pendidikan. bertulis dan didokumentasikan mengikut format tertentu. Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. kemahiran atau tajuk yang diajar.TOPIK 10 INTEGRASI W 209 peringkat sekolah dan kadangkala setara bagi seluruh daerah. atau secara informal itu . Penilaian ini juga bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. Guru dapat menilai pelajar. maka guru perlu memikirkan perancangan lain yang lebih berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat disampaikan. (i) Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran Rajah 10. sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang disampaikan atau tidak. tindak balas serta kerja harian pelajar.7: Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (ii) Penilaian Serta-Merta Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu melalui pemerhatian. (iii) Penilaian Kemajuan Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satusatu unit pembelajaran.7 merumuskan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. muzik dan pergerakan. Proses penilaian dilakukan secara formal iaitu secara terancang. penilaian dijalankan di dalam pelbagai bentuk iaitu mengikut kesesuaian mata pelajaran seni visual. Jika pelajar tidak dapat mencapai objektif guru. Rajah 10.

Dikendalikan oleh guru sekolah. Ciri-cirinya ialah: • • • • • • • • Secara formatif dan berterusan. namun maklum balas pencapaian akan dicatat untuk dibuat penganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod. Dapat mengesan perkembangan pembelajaran.3 1. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred untuk dicatatkan dalam rekod profil. Berasaskan kriteria. Penilaian pencapaian biasanya dijalankan pada setiap hujung semester. pengajaran dan . (v) Penilaian Kerja Amali Penilaian kerja amali dilakukan keatas kerja-kerja amali pelajar seperti dalam seni visual. Menggalakkan refleksi kendiri. AKTIVITI 10. dan Mempunyai pelbagai kaedah. muzik dan pergerakan.210 X TOPIK 10 INTEGRASI tiada kaedah khusus. (iv) Penilaian Pencapaian Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikan oleh guru. Memberi fokus kepada perkembangan individu. urutan sesuatu proses pengajaran dan 2. Nyatakan fasa-fasa pembelajaran. Membolehkan tindakan susulan dibuat. Nyatakan empat bentuk penilaian proses pembelajaran untuk Seni dalam Pendidikan.

Ministry of Education Malaysia. Dalam KBSR. kemahiran. penyerapan dan penerapan. (2002). Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications ă Mathematics Year 1 Curriculum Development Centre. rohani. Eisner.TOPIK 10 INTEGRASI W 211 • Konsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran pembelajaran adalah melalui penggabungjalinan. Ini adalah disebabkan untuk membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran. The misunderstood role of the arts in human development. emosi dan jasmani. nilai. pengetahuan. Manakala pemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar tidak ketinggalan daripada memperoleh apa yang sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pendemokrasiaan dalam mendapatkan pendidikan. manfaatnya ialah dapat memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait atara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu. Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications ă Science Year 4. Ministry of Education Malaysia. • • • • Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada Membina kurikulum baru Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Tahunan Curriculum Development Centre. bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. E. Antara lain. (1992). konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu penegetahuan. (2002). mengembangkan bakat. sikap dan amalan yang dikehendaki. .

S. N. 245-256 . New York: Thomson Delmar learning. Pengajaran berasaskan kajian masa depan. R. Emotion and cognition in arts educations.295. (1991). Journal of Creative Behaviour.. 25(4): pp.2 pp. Mackey. (1993). Kuala Lumpur: PPK. 275. & Raines. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). (2002). 1.212 X TOPIK 10 INTEGRASI Hermann. Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Penilaian kendalian sekolah. No. The creative brain. Isbell. Creativity and the arts with young children. S. Kuala Lumpur: PPK. Curriculum Studies Vol.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->