You are on page 1of 2

Ulasan Jurnal : ISU KURIKULUM 1

Artikel:

Memahami Tumpuan Guru Dalam Pelaksanaan Perubahan Kurikulum:

Satu Perbincangan Pengarang: Habib Mat Som Jurnal: Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya Pengulas: Mardiana binti Mhmad Tahar (M20072000628) 1. Jurnal ini membincangkan tentang penyesuaian guru untuk melaksanakan perubahan kurikulum dan pengubahsuaian dalam amalan pengajarannya. 2. Penulis mengetengahkan pelbagai model-model tumpuan guru dari pelbagai pengkaji yang menunjukkan tumpuan guru berfokus kepada pembolehubah yang mempunyai impak tersendiri dalam mempengaruhi guru untuk melaksanakan inovasi dalarn bilik darjah. 3. Hasil daripada perbincangan, penulis mendapati sekiranya guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran, mereka bersedia melaksanakan inovasi dengan lebih yakin dan kreatif. 4. Penulis juga membincangkan tentang pergerakan tahap tumpuan guru dari satu tahap ke tahap yang lain menunjukkan secara umumnya tidak semua guru bersedia melaksanakan sesuatu inovasi pada tahap keupayaan yang sarna. Pihak pentadbiran sekolah boleh memaksa guru tetapi ia tidak akan meninggalkan apa-apa kesan jika guru itu sendiri tidak mahu berubah. 5. Hakikatnya, memang ada guru yang tidak dapat menerima perubahan ini seterusnya mengambil sikap tidak peduli dengan anggapan perubahan bermaksud beban kerja juga akan bertambah. Jika dinilai dari sudut yang positif, perubahan adalah satu cara untuk memperbaiki sesuatu yang sedia ada. Perubahan biasanya dibuat untuk meningkatkan sesutu daripada yang tidak baik kepada yang baik, dan yang baik kepada lebih baik. Biasanya, apabila sesuatu perubahan kurikulum ingin dilaksanakan, tentunya telah ada kajian

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Ulasan Jurnal : ISU KURIKULUM 2 yang terperinci yang telah mengkaji kebaikan dan keburukan sesuatu perubahan itu. 6. Oleh kerana tumpuan guru adalah satu aspek penting yang perlu diambil kira dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum di sekolah, penulis merumuskan bahawa beberapa input yang sesuai yang akan mencorakkan tahap tumpuan tersebut perlu diusahakan oleh plhak sekolah dan juga perancang kurikulum seperti memberi motivasi yang sesuai kepada guru supaya mereka menjadi guru yang dinamik, proaktif dan sedia berterusan memikul tanggungjawab. 7. Terbaru, transformasi kurikulum di peringkat sekolah rendah – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memerlukan akauntabiliti guru dalam memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan bagi mengatasi masalah murid keciciran. Antara justifikasi perubahan kurikulum ini ialah ianya bersifat dinamik dimana pertambahan dan pemgurangan kandungan modul yang disertakan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul. Ia juga memperkenalkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dimana guru mempunyai pilihan untuk menggunakan modul tersebut mengikut kesesuaian.

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm