You are on page 1of 15

Mengajar di Luar Bidang 149

MENGAJAR DI LUAR BIDANG PENGKHUSUSAN: SEJAUH


MANAKAH SERIUSNYA MASALAH INI DI MALAYSIA?

Aini Hassan Wan Hasmah


Wan Mamat
Fakulti
Pendidikan
LJniversiti Malaya

The phenomenon of out-of-field teaching is not a new problem in the


local and international education scene. In view of recent discussions and
research findings which linked the problem to the issue of teacher quality
and the effectiveness of teaching and learning, this article will highlight
the incidence of out-of-field teaching in Malaysia. For this purpose,a set
of data collected under the Intensified Research in Priority Areas (IRPA)
research project conducted in 2003-2005 will be analyzed to illustrate
the extent of out-of-field teaching in this country. Subsequently, another
set of more recent data collected from a group of students undergoing
the Post Graduate Diploma in Education program in one institution of
higher learning is used to demonstrate that out-of-field teaching is still
prevalent today. Finally, a number of implications and suggestions are
discussed.

Di Malaysia, sejak kebelakangan ini, bilangan yang memohon untuk memasuki profesion
perguruan sangat ramai. Pada satu ketika pernah dilaporkan hampir 65,000 siswazah
telah memohon untuk mengikuti kursus perguruan lepas ijazah sedangkan tempat yang
ada hanya 5,000 (Teacher colleges now institutes, 2005). Sementara itu, kira-kira 82,000
guru bukan-siswazah telah memohon untuk mendapatkan 2,000 tempat dalam program
ijazah pertama dalam pendidikan di universiti-universiti. Di samping itu, bilangan guru
siswazah yang diperlukan sentiasa ramai, iaitu 7,000 bagi sekolah menengah dan 16,000
bagi sekolah rendah diperlukan setiap tahun sehingga 2010 (Teacher colleges, 2005).
Dalam keadaan terdapat permintaan yang tinggi terhadap program persediaan guru
seperti ini, mereka yang memohon datang daripada latar belakang disiplin yang sangat
pelbagai dan sesetengahnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mata-mata pelajaran
di sekolah. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika terdapat ramai mereka yang akhimya
dipilih untuk mengikuti program dan seterusnya menjadi guru sebenarnya tidak menjalani
pengajian dalam mata pelajaran yang mereka akhirnya mengajar di sekolah. Ringkasnya,
mereka mengajar di luar bidang pengkhususan mereka {out-of-field teaching).

Fenomena Pengajaran di Luar Bidang Pengkhususan

Di Amerika Syarikat, Ingersoll (1996, 2000, 2001) telah membawa perhatian pendidik
terhadap fenomena ini sejak satu dekad lalu. Seperti yang beliau definisikan, fenomena
150 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

ini bermakna guru "assigned to teach subjects for which they have little education or
training" (him. 21). Satu kajian U.S. Department of Education juga mendefinisikan
"teachers as out-of-field if they did not hold an undergraduate major or minor in the field
in which they taught most courses" (Zumwalt & Craig, 2005, him. 174).
Seperti yang Ingersoll (2001) tekankan, masalah ini merupakan satu masalah
penting yang telah sekian lama tidak diakui {unrecognized) kerana tiadanya maklumat
tepat tentangnya. Ingersoll menjelaskan, andaian penting yang mendasari penyelidikan
tentang pengajaran di luar bidang pengkhususan ini adalah bahawa guru, temtamanya
yang mengajar di sekolah menengah, hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan
dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar. Oleh itu, beliau dan beberapa
penyelidik lain telah menjalankan kajian tentangnya. Jerald (2002), misalnya, telah
menggunakan data daripada School and Staffing Survey tahun 1999-2000 dari U.S.
Department of Education untuk meneliti isu ini di sekolah menengah. Beliau mendapati
bahawa sekolah menengah di negara itu mempunyai kadar yang tinggi pengajaran di luar
bidang pengkhususan dalam mata-mata pelajaran akademik asas. Tambah beliau lagi, apa
yang membimbangkan adalah bukan sahaja masalah ini tidak dapat dikurangkan antara
1993-94 dengan 1999-2000, malah "the problem actually got somewhat worse, a change
largely driven by higher rates of out-of-field teaching in the nation's lowest-income and
highest-minority schools, the very schools where students need good teaching the most
desperately" (him. 1).
Seastrom, Gruber, Henke, McGrath, dan Cohen (2002) pula mengkaji isu ini daripada
perspektif murid, iaitu peratusan murid yang diajar oleh guru yang mengajar di luar bidang
pengkhususan mereka. Apabila ini diukur berdasarkan sama ada guru mempunyai major,
minor, atau sijil dalam mata pelajaran yang mereka ajar, mereka mendapati, di peringkat
middle school dalam tahun 1999-2000,11 hingga 14 peratus murid yang mengambil mata
pelajaran sains sosial, sejarah, dan bahasa asing; dan 14 hingga 22 peratus yang mengambil
Bahasa Inggeris, matematik, dan sains diajar oleh guru "di luar bidang" {out-of-field). Di
peringkat sekolah tinggi, antara 5 hingga 10 peratus murid dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris, matematik, sains, sains sosial termasuk sejarah, seni, muzik, dan pendidikan
jasmani mendapat guru yang sedemikian. Apabila definisi "di luar bidang" ditakrif sebagai
guru yang tidak mempunyai sijil dan major dalam mata pelajaran yang diajar, peratusan
pengajaran di luar bidang pengkhususan didapati meningkat.
Beberapa pengkaji lain telah melihat isu ini secara spesinknya dalam mata pelajaran
mereka. Shimon dan Brawdy (2001) berhujah menentang pengajaran di luar bidang
pengkhususan bagi mata pelajaran pendidikan jasmani. Brown (2003) pula menggunakan
data U.S. Department of Education untuk melihat pengajaran di luar bidang pengkhususan
dalam mata pelajaran Sejarah. Bagi tahun 1999-2000, Brown mendapati 71% guru
Sejarah middle school tidak membuat pengkhususan major atau menerima pensijilan
dalam sejarah, sementara 11.5% tiada pengkhususan major atau minor atau menerima
pensijilan dalam mata pelajaran itu. Di peringkat sekolah tinggi, beliau mendapati 62.5%
tidak mempunyai major atau pensijilan dalam sejarah, sementara 8.4% tidak mempunyai
major, minor, atau sijil dalam mata pelajaran itu.
Kewujudan fenomena ini di Malaysia juga telah sekian lama tidak diberi perhatian
serius. Misalnya, data tahun 1991 bagi mata pelajaran Sejarah sahaja menunjukkan
hampir separuh (46.3%) daripada guru yang mengajar Sejarah di sekolah menengah tidak
Mengajar di Luar Bidang 151

mempunyai latihan khusus dalam mata pelajaran itu (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1991). Terkini, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat
kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan guru di
negara ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan
guru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca
daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (mismatch): kawasan bandar
rnempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru
yang mencukupi. Misalnya, terdapat terlalu ramai guru Bahasa Malaysia.
Untuk meninjau tahap pengajaran di luar bidang pengkhususan di negara ini, data
daripada satu penyelidikan di bawah peruntukan program Intensification of Research
in Priority Areas (IRPA) dianalisis dan dibincangkan. Di samping itu, satu set data
tentang latar belakang pengkhususan sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti satu
program terkini, iaitu program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) dianalisis dan
dibincangkan juga untuk melihat sejauh mana fenomena ini masih berterusan.

Data dari Kajian IRPA

Data yang dibincangkan di sini diambil daripada satu penyelidikan yang dijalankan di
bawah peruntukan IRPA RMK8 dalam tahun 2003-2005. Secara khususnya, data ini
diambil daripada maklumat latar belakang responden yang memberi respon kepada soal
selidik yang bertujuan meninjau persepsi guru berhubung dengan asas pengetahuan yang
diperlukan bagi pengajaran berkesan dan persediaan yang mereka telah terima baginya
dalam program pendidikan guru yang telah mereka lalui. Kajian melibatkan 900 orang guru
yang berada dalam tiga tahun pertama pengalaman mengajar di bilik darjah setelah tamat
program pendidikan guru. Kaedah persampelan strata (stratified sampling) digunakan,
iaitu pembahagian kepada enam zon: Selatan (Johor), Utara (Pulau Pinang), Timur
(Kelantan), Tengali (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Sabah dan Sarawak. Seramai
150 orang guru telah dipilih setiap negeri/zon. Soal selidik berserta dengan sampul surat
bersetem dan beralamat sendiri telah dihantar pada bulan Jun 2004. Sebanyak 401 soal
selidik yang telah diisikan (kadar pulangan 44.5%) telah diterima.
Data yang dibincangkan di sini diperoleh daripada bahagian pertama soal selidik
itu yang bertujuan mendapatkan maklumat latar belakang responden seperti jantina,
umur, bilangan tahun mengajar, kelayakan responden seperti peringkat kelayakan dan
pengkhususan pertama serta kedua. Juga diperoleh, maklumat tentang kerjaya sebagai guru
khususnya dari segi mata pelajaran yang diajar dan tugas yang dipegang selain mengajar.
Dalam bahagian yang berikut dibincangkan dapatan kajian berhubung dengan latar
belakang pengkhususan dan mata pelajaran yang diajar oleh guru responden. Analisis
ini bertujuan memperlihatkan sejauh mana pengajaran di luar bidang pengkhususan
wujud di Malaysia.

Hubungan antara Latar Belakang Pengkhususan dan Mata Pelajaran yang Diajar

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian tentang pengkhususan guru dan kaitannya
dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Perbincangan akan dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu pengkhususan guru dan kesepadanan antara bidang pengkhususan dengan
mata pelajaran yang diajar di sekolah.
152 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Pengkhususan guru, Dapatan kajian menunjukkan pengkhususan yang sangat pelbagai


telah diambil oleh guru semasa mereka di peringkat ijazah pertama, iaitu 55 bidang
pengajian telah dikenal pasti menjadi pengkhususan mereka seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1 (17 orang responden tidak menyatakan bidang pengkhususan mereka).

Jadual l
Pengkhususan Pertama/Major di Universiti
Bi! Bidang Pengkhususan Bilangan Guru
1. Perakaunan 32
2. Matematik 30
3. Bahasa Melayu 29
4. Bimbingan dan Kaunseling 28
5. Kimia 26
6. Biologi 20
7. TESL 20
8. Pengurusan 13
9. Ekonomi 13
10. Sejarah 12
11. Teknologi Maklumat 12
12. Fizik 11
13. Bahasa Arab 10
14. Geografi 10
15. Sastera 9
16. Pendidikan Sains 8
17. Sains Komputer 7
18. Sains Sukan 6
19. Pendidikan Seni 6
20. Perdagangan 5
21. Kejuruteraan Mekanikal 5
22. Kejuruteraan Elektrik 5
23. Statistik 5

Selain bidang-bidang pengkhususan di atas, terdapat empat bidang, iaitu Seni Reka
Perindustrian, Pentadbiran, Bahasa Cina, dan Pendidikan Islam yang setiap satunya
empat orang guru. Lima bidang lain, iaitu Hortikultur, Sains Pemakanan, Bangunan,
Perniagaan, dan Kemahiran Hidup, setiap satunya terdapat tiga orang guru. Enam lagi
bidang terdapat dua orang guru setiap satunya: Sains Bahan, Pengurusan Pelancongan,
Kejuruteraan Awam, Pemasaran, Usuluddin, dan Perundangan Islam. Sementara itu,
terdapat 17 lagi bidang yang masing-masing menjadi pengkhususan seorang guru, iaitu:
Biokimia, Bioperubatan, Pengajian Asia Tenggara, Perancangan Bandar, International
Mengajar di Luar Bidang 153

Business, Genetik, Kejuruteraan Gas, Comparative Religion, Lukisan Kejuruteraan,


Psikologi, Sains Politik, Perikanan, Ukur, Komunikasi, Bioindustri, Kawalan, Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan, Geologi, dan Multimedia,
Mata pelajaran yang diajar. Merujuk kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah,
dapatan menunjukkan pelbagai mata pelajaran diajar oleh guru-guru yang terlibat dalam
kajian ini.Terdapat 35.mata pelajaran pertamayang disenaraikan oleh guru (lihat Jadual 2).

Jadual2
Mata Pelajaran Pertama yang Diajar di Sekolah
Bil Mata Pelajaran Bilangan Guru
1. Sains 43
2 Matematik 42
3. Bahasa Melayu 39
4. Bahasa Inggeris 30
5. Kemahiran Hidup 24
6. Pendidikan Islam 20
7. Sejarah 17
8. Pendidikan Seni 15
9. Fizik 14
10. Pengajian Am 13
11. Kirnia 13

Bagi dua mata pelajaran, iaitu Perdagangan dan Reka Cipta, terdapat 10 orang guru,
sementara empat mata pelajaran yang berikut, terdapat sembilan orang guru: Biologi,
Geografi, Bahasa Arab, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dua mata pelajaran
berikut pula terdapat lapan orang guru: Perakaunan dan Bimbingan dan Kaunseling, dan
dua lagi mata pelajaran, iaitu Bahasa Cina dan Sains Pertanian, masing-masing terdapat
enam orang guru. Bagi mata-mata pelajaran Ekonomi Asas pula terdapat lima orang;
empat orang bagi mata pelajaran Komputer, sementara dua mata pelajaran lain, iaitu
Matematik Tambahan dan Pendidikan Moral, masing-masing terdapat tiga orang guru.
Seterusnya, tiga mata pelajaran, iaitu Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Iban dan Multimedia,
masing-masing terdapat dua orang guru, dan empat mata pelajaran lain masing-masing
terdapat seorang guru: Malaysian University English Test (MUET), Tasawwur Islam,
Syariah Islamiah, dan Sastera Melayu.

Kesepadanan pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar. Dapatan kajian ini
jelas menunjukkan berlakunya ketidaksepadanan antara pengkhususan guru dengan
mata pelajaran yang diajar, iaitu sangat ramai guru didapati mengajar di luar bidang
pengkhususan mereka. Data daripada tujuh mata pelajaran yang paling ramai bilangan
guru yang mengajarnya, menunjukkan ketidaksepadanan ini agak kritikal. Tujuh mata
pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran
154 Jumal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Hidup, Pendidikan Islam, dan Sejarah. Mata-mata pelajaran lain juga menunjukkan aliran
yang sama. Bagaimanapun hanya lima mata pelajaran teras sahaja yang akan dibincangkan
secara terperinci di sini, iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan
Sejarah.

(i) Mata pelajaran Bahasa Melayu


Bagi mata pelajaran ini, dapatan menunjukkan guru yang mengajar terdiri daripada mereka
yang mengikuti pelbagai pengkhususan. Rajah 1 menunjukkan 51%, iaitu 20 daripada 39
orang guru yang mengajar mata pelajaran ini tidak membuat pengkhususan dalam bidang
bahasa tetapi membuat pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling (10%,
4), Geografi (5%, 2), Pengurusan Pendidikan (6%, 3), Kejuruteraan Mekanikal (6%, 3),
manakala Biologi, Perakaunan, Sastera Inggeris, Sains Komputer, Sejarah, Sains Sukan,
Pentadbiran dan Sastera Melayu masing-masing seorang.

Pengkhususan Guru Yang Mengajar Bahasa Melayu (%)

1 Bahasa Melayu
13 Bim.& Kaun
12 Geografi
11 Peng dgn Pend
10 Kej.Mekanikal
9 Biologi
8 Perakaunan
7 Sastera
6 Sains Komputer
s Sejarah
4 Sains Sukan
3 Pentadbiran
5% 2 Sastera Melayu

Rajah 1. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

(ii) Mata pelajaran Bahasa Inggeris


Peratusan yang sama juga, iaitu 51% (16) daripada 30 orang guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Inggeris tidak membuat pengkhususan dalam bidang yang berkaitan
dengan mata pelajaran ini. Dapatan menunjukkan 49% (14) daripada guru Bahasa
Inggeris mempunyai pengkhususan dalam bidang berkaitan manakala 7% (2) lagi
mempunyai pengkhususan dalam bidang Sastera Inggeris. Selebihnya terdiri daripada
guru yang membuat pengkhususan dalam bidang Perakaunan (15%, 5), Ekonomi (11%,
Mengajar di Luar Bidang 155

3), dan raasing-masing seorang dalam Bimbingan dan Kaunseling, Pengurusan dengan
Pendidikan, Sains Komputer, Kejuruteraan Elektrik, Comparative Religion, dan Psikologi.
(RujukRajah2).

PengMiususan Guru Yang Mongajar Bahasa Inageris (%)


15%

Sastera
5 Bim.& Kaun
6 Peng dgn Pend
Sains
Komputer
s Kej. Eletrik
9 CompReligion

Rajah 2. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris

(iii) Mata pelajaran Sains


Bagi mata pelajaran Sains pula, dapatan menunjukkan bahawa bukan hanya guru-guru
yang mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang sains mengajar mata pelajaran
ini, tetapi ada juga dalam kalangan mereka yang datang daripada latar belakang bukan
sains. Rajah 3 menunjukkan ada daripada mereka membuat pengkhususan dalam bidang
Perakaunan (7%, 3), Bimbingan dan Kaunseling (5%, 2), Geografi (5%, 2), Sastera Inggeris
(2%, 1), dan Pengurusan dengan Pendidikan (2%, 1). Peratusan selebihnya adalah terdiri
daripada guru yang membuat pengkhususan dalam pelbagai bidang sains, seperti Kimia
(26%, 12), Biologi (17%, 8), Matematik (5%, 2), Fizik (5% 2), manakala Sains Komputer,
Genetik, Sains Pemakanan dan Kesihatan, Kejuruteraan Awam, Statistik, Sains Aktuari,
Perikanan, dan Geologi masing-masing seorang.
156 Jurnal Pendidikan 2007. Jilid 27(1)

Rajah 3. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Sains

(iv) Mata pelajaran Matematik


Mata pelajaran ini yang menjadi mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah
menengah juga diajar oleh guru daripada pelbagai bidang pengkhususan. Analisis
data menunjukkan 41% (18) daripada 42 orang guru yang mengajar mata pelajaran ini
berpengkhususan Matematik dan yang selebihnya, iaitu 59% (24), terdiri daripada guru-
guru yang pengkhususan utamanya bukan Matematik. Mereka terdiri daripada guru yang
berpengkhususan Kimia (8%, 4),Teknologi Maklumat (8%, 4), Perakaunan (5%, 2), Sains
Komputer (5%, 2), Statistik (5%, 2), TESL (5%, 2), Ekonomi (5%, 2), manakala Fizik,
Pengurusan dengan Pendidikan, Perdagangan, International Business, Kejuruteraan Gas,
dan Kawalan masing-masing seorang (3%) (rujuk Rajah 4). Bagaimanapun, kebanyakan
daripada pengkhususan ini ada kaitannya dengan matematik dan sains melainkan bagi
guru yang membuat pengkhususan TESL dan Pengurusan dengan Pendidikan.
Mengajar di Luar Bidang 157

Pengkhususan Guru Yang Mengajar Matematik (%)

1 Matematik
3%
2 Kimia
3 Tek. Maklumat
4 Perakaunan
41% 5 Sains Komputer
6 Statistik
7 TESL
8 Ekonomi
9 Fizik
10 Peng dgn Pend
11 Perdagangan
12 Int. Business
5% 13 Kej. Gas
14 Kawalan
5%

Rajah 4. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Matematik

(v) Mata pelajaran Sejarah


Sebagai salah satu daripada mata pelajaran teras di sekolah menengah, mata pelajaran
Sejarah sepatutnya diajar oleh guru yang berpengkhususan Sejarah. Bagaimanapun,
dapatan kajian menunjukkan hanya 27% (5) daripada 17 orang guru yang didapati
mengajar mata pelajaran ini membuat pengkhususan dalam bidang Sejarah; 73% (12)
lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka merangkumi pelbagai
bidang yang tidak berkaitan. Rajah 5 menunjukkan 10% (2) daripada mereka terdiri
daripada guru yang membuat pengkhususan dalam bidang Geografi, masing-masing 11%
(2) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan Sastera Melayu, manakala
masing-masing seorang (6%) berlatarbelakangkan Perakaunan, Biologi, Bahasa Melayu,
Sains Sukan dan Sains Politik.
158 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Pengkhususan Guru Yang Mengajar Sejarah (%)

1 Sejarah
2 Geografi
3 Ekonomi
4 Bim.& Kaun
5 Sastera
6 Perakaunan
7 Biologi
8 Bahasa Melayu
11% 10% 9 Sains Sukan
10 Sains Politik

11% 11%

Rajah 5. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah

Dapatan tentang ketidaksepadanan latar belakang pengkhususan dengan mata pelajaran


yang diajar oleh guru bagi lima mata pelajaran teras yang telah dibincangkan menunjukkan
pengajaran di luar bidang pengkhususan berleluasa di sekolah. Bagi mata pelajaran
bahasa, baik Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris, walaupun hampir 50% daripada
guru yang mengajar terdiri daripada guru yang membuat pengkhususan dalam mata
pelajaran tersebut, tetapi angka 50% lagi bagi guru bukan pengkhususan merupakan
peratusan yang besar.
Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pula, dapatan juga menunjukkan masih
ramai guru yang bukan pengkhususan mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Walaupun
sebahagian besar guru, iaitu 59% bagi Matematik dan lebih 60% bagi Sains terdiri daripada
guru yang berpengkhususan dalam bidang yang berkaitan dengan sains dan matematik,
tetapi masih ada juga guru berpengkhususan lain seperti TESL, Bimbingan dan Kaunseling,
Sastera Inggeris, dan Pengurusan Pendidikan yang mengajar mata pelajaran ini.
Bagi mata pelajaran Sejarah pula, fenomena yang wujud pada tahun 1991 masih
lagi ketara, Malah, dapatan menunjukkan adanya peningkatan, iaitu 73% daripada guru
yang mengajar mata pelajaran ini terdiri daripada guru yang tidak membuat pengkhususan
Sejarah di peringkat ijazah pertama.
Kadar yang tinggi ketidaksepadan antara pengkhususan guru dengan mata pelajaran
yang diajar di sekolah ini dikhuatiri akan memberikan kesan secara langsung kepada
kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Mengajar di Luar Bidang 159

Data daripada Program Terkini

Untuk melihat sama ada aliran ketidaksepadanan yang sama dan seterusnya pengajaran
di luar bidang pengkhususan masih berterusan hingga kini, satu tinjauan telah dilakukan
terhadap sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepas
Ijazah (DPLI) di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA). Satu borang soal
selidik ringkas yang menanyakan maklumat demografi dan latar belakang pengkhususan
mereka semasa di institusi pengajian tinggi (IPT) telah diedarkan kepada mereka. Pelajar
juga ditanya tentang sama ada mereka telah menduduki peperiksaan yang dikehendaki,
sama ada mereka lulus atau tidak, dan juga sama ada mereka telah ditemu duga atau tidak
sebelum diterima mengikuti program berkenaan.

Program DPLI. Seperti yang dinyatakan dalam penguruuman yang dibuat oleh
Kementenan Felajaran Malaysia (KPM) dalam laman webnya pada 11 Jamian 2007,
program DPLI di IPTA merupakan program khas kerjasama KPM dan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menyediakan keperluan guru di sekolah
menengah bagi tahun 2008. Mengikut penguruuman itu lagi, calon program khas ini telah
dipilih daripada mereka yang lulus Malaysian Teacher Selection Test (MTeST) yang
dikendalikan oleh KPM, dan "calon akan ditemu duga untuk memastikan mereka benar-
benar berminat, layak dan sesuai menjadi guru" (lihat www.moe.gov.my).

Dapatan tinjauan, Bagi kumpulan pelajar yang dibincangkan di sini, mata


pelajaran yang terlibat ialah Matematik dan Teaching of English as a Second Language
(TESL). Data menunjukkan, bagi mata pelajaran Matematik kesemua 19 (100%) orang
pelajar yang mengikuti program DPLI untuk mengajar mata pelajaran ini memperoleh
ijazah dalam aliran sains dari IPT tempatan, iaitu sama ada Sarjana Muda Sains (Fizik,
Komputer, Matematik, Statistik) atau SarjanaMudaKejuruteraan (Aero Angkasa,Elektrik/
Elektronik, Mekanikal, Perisian, Sistem Maklumat). Keadaan di sebaliknya didapati bagi
pelajar yang mengikuti program TESL, iaitu kesemua 21 (100%) orang pelajar didapati
tidak membuat pengkhususan berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hanya
seorang pelajar yang telah memperoleh ijazahnya dari negara yang bahasa pengantarnya
Bahasa Inggeris, iaitu di Scotland, sementara yang lainnya semua merupakan graduan
institusi pengajian tinggi tempatan. Jadual 3 memaparkan pelbagai jenis ijazah yang
mereka peroleh.
160 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Jadual 3
Pelbagai Pengkhususan Pelajar TESL Program DPLI
Pengkhususan Bilangan
1. Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan 4
2. Kejuruteraan (Awam, Kimia, Pembuatan) 3
3. Komputer/TeknologiMaklumat/Multimedia 3
4. Sastera/Sains Sosial - Antropologi & Sosiologi 2
5. Sains - Teknologi/Pengajian Makanan 2
6. Undang-Undang 2
7. Matematik Komputasi 1
8. Pembangunan Manusia 1
9. Pengajian Melayu 1
10. Perakaunan 1
11. Sains Kognitif 1
Jumlah 2T

Perbincangan dan Rumusan

Data daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris,
berlaku ketidaksepadanan yang serius. Lebih membimbangkan lagi adalah dapatan
bahawa 90.5% (19) daripada mereka tidak pernah ditemu duga, khususnya mereka yang
memohon dan menduduki peperiksaan pada tahun 2006. Hanya dua orang (9.5%) pemah
ditemu duga dan itu pun pada tahun 2005, iaitu mereka telah memohon dua tahun berturut-
turut. Di samping itu, walaupun kesemuanya pernah menduduki peperiksaan, hanya 6
orang (28.6%) lulus, sementara dua orang (9.5%) gagal dan selebihnya (61.9%, 13) tidak
pasti sama ada mereka lulus atau tidak. Perkara yang hampir sama didapati bagi pelajar
pengkhususan Matematik: 31.6% (6) lulus, 10.5% (2) gagal, dan selebihnya (57.9%, 11)
tidak pasti.
Dapatan daripada kajian IRPA dan tinjauan terhadap latar belakang pengkhususan
pelajar program DPLI yang dibincangkan di atas menunjukkan pengajaran di ruar bidang
pengkhususan masih berlaku dengan meluasnya di negara ini. Dapatan ini menimbulkan
pelbagai persoalan dan implikasi, terutamanya apabila diambil kira aliran penyelidikan
dalam dua dekad yang lalu yang menekankan kepentingan pengetahuan isi kandungan
{subject matter knowledge) dalam asas pengetahuan bagi pengajaran {knowledge base
for teaching) (Ishat rnisalnya, Murray, 1996). Penyelidikan tentangnya yang dipclopori
oleh Shulman (1986, 1987) menunjukkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sangat
bergantung kepada kualiti pengetahuan isi kandungan guru dan dapatan sedemikian
menonjolkan potensi seriusnya kesan pengajaran di luar bidang pengkhususan.
Apabila hujah ini diaplikasikan kepada dapatan kajian di Malaysia yang
dibincangkan di atas, gambaran yang diperoleh amat membimbangkan. Misalnya, dalam
konteks dua keprihatinan semasa berhubung dengan Bahasa Inggeris, iaitu peningkatan
penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
mahupun universiti, dan rendahnya kecekapan penguasaan bahasa tersebut terutamanya
di peringkat IPT. Seperti yang dilaporkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, satu pertiga
Mengajar di Luar Bidang 161

graduan yang lulus daripada universiti tempatan pada tahun 2006 lalu mempunyai tahap
kecekapan bahasa Inggeris yang sangat rendah (English proficiency, 2007),
Keseriusan perkara ini semakin terserlah apabila kandungan program Sarjana
Muda TESL dianalisis; dapat dikenal pasti kira-kira 42% daripada kandungan kurikulum
mengkhusus kepada aspek pengetahuan isi kandungan. Selain daripada kecekapan Bahasa
Inggeris, pelajar mempelajari tentang pelbagai komponen bahasa dan pengajarannya seperti
tatabahasa, linguistik, bacaan, penulisan dan kesusasteraan. Oleh itu, timbul persoalan
yang berikut: Bolehkah pelajar program DPLI pengkhususan TESL yang sangat kurang
asas pengetahuan isi kandungan mereka menjadi guru mata pelajaran Bahasa Inggeris
yang berkualiti?
Penulisan dan kajian di Amerika Syarikat juga mengaitkan pengajaran di luar
bidang pengkhususan ini dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, Zumwalt
dan Craig (2005) merujuk kepada data daripada U.S. Department of Education, yang
menunjukkan pengajaran di luar bidang pengkhususan "is one of the least recognized
causes of underqualified teachers" (him. 174). Walaupun seperti yang dirumuskan oleh
Floden dan Meniketti (2001), bukti tentang kesan kerja kursus di peringkat ijazah dasar/
pertama adalah "extremely thin, with the exception of studies about the connections
between secondary-school pupils' mathematics achievement and the amount of college
mathematics taken by those pupils' teachers" (him. 287), ini tidak bermakna fenomena
pengajaran di luar bidang pengkhususan tidak patut ditangani. Floden dan Meniketti juga
menegaskan perkara ini dengan pernyataan ini:
The intuitive sense that teachers should know their subject and understand
how people learn is powerful, perhaps as powerful as the sense that doctors
should know anatomy and understand how medicines work. (him. 287)
Sehubungan itu, konsepsi tentang skop pendidikan guru perlu diperluaskan:
"pendidikan guru" tidak boleh ditakrifkan sebagai merangkumi hanya kursus-kursus
kaedah dan pengalaman praktikum yang berorientasikan amali, tetapi merangkumi juga
kerja kursus di peringkat ijazah pertama. Seperti kata seorang tokoh terkenal pendidikan
guru di Amerika Syarikat, pendidikan guru "extends well beyond experiences in the
professional component to include subject matter and general education courses offered
by faculty in the arts and sciences" (Grossman, 2005, him. 426).
Dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang ditekankan dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang diumumkan baru-baru ini, isu pengajaran
di luar bidang pengkhususan perlulah diberi perhatian yang lebih serius. Jika seperti yang
ditekankan oleh Ingersoll (2000), data menunjukkan sumber pengajaran di luar bidang
pengkhususan terletak pada "a lack of fit between teachers' fields of training and their
teaching assignments" (him. 3), perlu difikirkan dan dilaksanakan mekanisme untuk
memastikan guru diberi tugasan mengajar mata pelajaran yang menjadi pengkhususan
mereka. Di samping itu, dan mungkin lebih penting lagi, adalah memastikan calon yang
diterima untuk mengikuti program pendidikan guru lepas ijazah bagi sesuatu mata pelajaran
telah membuat pengkhususan dalam mata pelajaran itu ataupun sekurang-kurangnya
dalam bidang yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan. Perkara ini dijangka
tidaklah begitu sukar dilaksanakan dalam situasi permintaan terhadap tempat dalam
program sedemikian tersangat tinggi seperti yang disebut pada awal perbincangan.
162 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Penutup

Seperti yang cuba dilakukan oleh Ingersoll (1996,2000,2001) di Amerika Syarikat, artikel
ini telah cuba menarik perhatian semua pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan,
khususnya pendidikan guru di Malaysia, terhadap fenomena pengajaran di luar bidang
pengkhususan. Perkara ini adalah kerana, sama seperti di negara itu, walaupun masalah
ini telah sekian lama wujud, ia seperti tidak diakui keseriusannya seperti yang jelas
tergambar daripada situasi semasa yang tidak menunjukkan pengurangannya. Sikap ini
juga tergambar daripada amalan pemilihan calon bagi mengikuti program pendidikan
guru lepas ijazah yang seolah-olah tidak mengambil kira langsung pengkhususan calon
pada peringkat ijazah pertama. Oleh sebab jangka masa program pendidikan guru lepasan
ijazah yang singkat, iaitu kira-kira 10 bulan sahaja, tumpuan terhadap aspek pengetahuan
isi kandungan adalah sangat cetek dan ini dikhuatiri akan memberi kesan negatif terhadap
kualiti pengetahuan isi kandungan yang akan guru sampaikan kepada pelajar.
Ringkasnya, dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang
digariskan dalam PIPP, dan pada masa yang sama bertambahnya bukti empirikal akan
kepentingan pengetahuan isi kandungan dalam asas pengetahuan bagi pengajaran, semua
pihak yang terlibat perlulah mengambil langkah untuk mengurangkan pengajaran di luar
bidang pengkhususan. Perkara ini adalah kerana latar belakang pengkhususan guru boleh
mempunyai kesan langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
di bilik darjah.
Mengajar di Luar Bidang 163

Rujukan

Brown, S, D. (2003). State certification requirements for History teachers. ERIC Digest
(ERIC Document Reproduction Service No ED482210).
English proficiency still low at local universities. (2007, 23 Januari), The New Straits
Times. Dimuat turun pada 10 April 2007, daripada http://www.nst.com.my
Floden, R. E., & Meniketti, M. (2005). Research on the effects of coursework in the arts
and sciences and in the Foundations of Education. Dalam M. Cochran-Smith & K.
M. Zeichner (Sid, Ed.), Studying teacher education: The Report of the AERA Panel
on Research and Teacher Education (him. 261-308). Washington, DC: American
Educational Research Association.
Grossman, P. (2005). Research on pedagogical approaches in teacher education. Dalam
M. Cochran-Smith & K. M. Zeichner (Sid. Ed.), Studying teacher education: The
Repoil of trie AERA ru/idl on Research ciiiti TeacTiei Education (Will. 425-470).
Washington, DC: American Educational Research Association.
Ingersoll, R. (1996). Are high school teachers teaching core subjects without college
majors or minors in those subjects? (ERIC Document Reproduction Service No.
ED395720).
Ingersoll, R. M. (2000). Out-of-field teaching. ERIC Digest (ERIC Document Reproduction
ServiceNo.ED449119).
Ingersoll, R. M. (2001). Rejoinder: Misunderstanding the problem of out-of-fi eld teaching.
Educational Researcher, 30(1), 21-22.
Jerald, C. D. (2002). All talk, no action: Putting an end to out-of-field teaching. (ERIC
Document Reproduction Service No. ED46874).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Laporan kajian kedudukan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah, Kuala Lumpur: Penulis. Murray,
F. B. (Ed.) (1996). The teacher educator's handbook: Building a knowledge base
for the preparation of teachers. San Francisco: Jossey-Bass.
Penempatan guru tidak seimbang. (2006, 27 Januari). Utusan Malaysia, Dimuat turun
pada 20 Mei 2007, daripada http://www.utusan.com.my Seastrom, M. M., Gruber,
K. J., Henke, R., McGrath, D. J., & Cohen, B. A. (2002).
Qualifications of the public school teacher workforce: Prevalence of out-of-field
teaching, 1987-88 to 1999-2000. Statistical analysis report. (ERIC Document
Reproduction Service No. ED468740)
Shimon, J. M., & Brawdy, P. (2001). A good teacher can teach anything? (ERIC Document
Reproduction Service No. ED462382)
Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher, 75(2), 4-14.
Shulman, L. S. (1997). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 57(1), 1-22.
Teacher colleges now institutes. (2005, Julai 15). The New Straits Times. Dimuat turun
pada 8 April, 2007, daripada http://www.nst.com.my
Zumwalt, K., & Craig, E. (2005). Teachers' characteristics: Research on the indicators of
quality. Dalam M. Cochran-Smith & K. M. Zeichner (Sid. Ed.), Studying teacher
education: The Report of the AERA Panel on Research and Teacher Education
(him. 157-260). Washington, DC: American Educational Research Association.

You might also like