P. 1
Kerja Kursus Geografi Ting.2

Kerja Kursus Geografi Ting.2

4.78

|Views: 28,455|Likes:
Published by jamalos
Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2
Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2

More info:

Published by: jamalos on Mar 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

DINAMIK PENDUDUK
“FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI KAWASAN SEKSYEN 7 SHAH ALAM”

NAMA : MUHAMMAD AQIL HAFIZ BIN JAMALUDDIN NO. K/P : 940909-10-5569 TINGKATAN : 2 EFEKTIF TAHUN : 2008 NAMA GURU : PUAN NIK NOOR SAMIHAH BT.NIK MAHMOOD TARIKH HANTAR : MARKAH :

……………………. T/TANGAN PELAJAR :

……………………….. T/TANGAN GURU :

1

SENARAI KANDUNGAN :
Lampiran

• PENDAHULUAN • PENGHARGAAN • OBJEKTIF KAJIAN • KAWASAN KAJIAN • KAEDAH KAJIAN • HASIL KAJIAN • KOMPOSISI PENDUDUK • RUMUSAN KAJIAN • RUJUKAN KAJIAN • PETA KAWASAN KAJIAN

3 4 5 6 7 8 11 12 13 14

2

PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Geografi, semua murid Tingkatan 2 di wajibkan untuk melakukan kerja kursus Geografi ini dan kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang telah dipelajari di Tingkatan 2.

Oleh itu saya, Muhammad Aqil Hafiz Bin Jamaluddin dari kelas 2 Efektif tahun 2008 telah memilih tajuk “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Penduduk di Kawasan Seksyen 7, Shah Alam”.

Kajian ini telah dijalankan di sekitar Shah Alam dan berjaya disiapkan dalam masa enam (6) minggu. Selain itu, saya juga telah berjaya mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat di Seksyen 7, Shah Alam ini.

Hasil daripada kajian saya ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk setempat di masa akan datang.

3

PENGHARGAAN
Saya, Muhammad Aqil Hafiz Bin Jamaluddin ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua ibubapa saya, En Jamaluddin dan Puan Rafizah yang banyak membantu serta memberi sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Tidak lupa juga, saya rakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Hajjah Alawiyah, Pengetua Sekolah SMKS 7, Pn Nik Noor Samihah Guru Geografi saya yang banyak membantu serta sudi meluangkan masa memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang berguna serta semua rakan-rakan yang banyak membantu saya sepanjang kajian ini di jalankan.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama baik secara langsung atau tidak lansung dan ingin memohon maaf jika ada kesilapan dipihak saya semasa menyiapkan tugasan ini.

Sekian Terima Kasih.

4

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum : Kajian ini dijalankan bagi memenuhi kehendak dan keperluan sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 2 sebagaimana yang dikehendaki dan diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif Khusus : Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor dan hubung kait diantara bentuk muka bumi dan kegiatan manusia di kawasan Seksyen 7 Shah Alam, seperti : 1. Bentuk muka bumi. 2. Komposisi penduduk di kawasan Seksyen 7. 3. Faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan petempatan Seksyen 7. 4. Mengetahui masalah berkaitan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut.

5

KAWASAN KAJIAN
Saya memilih kawasan Seksyen 7 Shah Alam sebagai kawasan kajian saya kerana ia terletak berhampiran dengan tempat tinggal dan sekolah saya.Oleh itu ia memudahkan saya mengumpul maklumat yang diperlukan.Selain itu,Seksyen 7 kian pesat membangun.

Seksyen 7 terletak di tengah Bandaraya Shah Alam dalam Daerah Petaling dan bersempadan dengan Daerah Klang di Negeri Selangor. Ia juga dikenali sebagai “Kawasan Bistari” kerana Universiti Teknologi Mara (UiTM) terletak disini. Jarak dari Seksyen 7 ke pusat Bandar ialah 5 km dan mengambil masa hanya 8 minit dengan pengangkutan awam seperti Bas dan Teksi.

Kawasan kajian ini mempunyai kemudahan jalan untuk KeluarMasuk kerana dihubungkan dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Shah Alam-Kuala Lumpur (KESAS) dan Lebuhraya Persekutuan.

Kawasan kajian ini juga mempunyai pelbagai fungsi diantaranya sebagai tempat kediaman dan pusat kegiatan Sosial dan Ekonomi yang pesat. Kebanyakan kegiatan Ekonomi yang dijalankan di sini ialah jenis Perniagaan dan Perkhimatan.

6

KAEDAH KAJIAN
Antara kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah : 1. Kaedah Lawatan dan Pemerhatian : Kaedah ini dibuat untuk mengenal pasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Seksyen 7.

2. Kaedah Soal Selidik : Kaedah ini perlu dilakukan bagi mendapatkan maklumat tepat tentang komposisi penduduk di kawasan Seksyen 7 mengikut kategori setiap kaum, Agama dan Usia.

3. Kaedah Temu Bual : Kaedah ini dilakukan bagi mengumpulkan maklumat tepat tentang perkembangan petempatan di kawasan kajian.

4. Rujukan di Perpustakaan : Rujukan adalah penting bertujuan mendapatkan maklumat tepat dan terperinci tentang factor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan di kawasan kajian.

7

HASIL KAJIAN
Untuk pengetahuan, Seksyen 7 di Shah Alam adalah salah satu kawasan perumahan yang padat dengan petempatan di Negeri Selangor dan sedang pesat membangun kerana faktor muka buminya yang rata dan sedikit berbukit yang menyebabkan ia sesuai bagi kawasan petempatan dan perindustrian. Dari hasil kajian kami didapati kaum Melayu adalah majoriti dipetempatan ini dengan 50% berbanding dengan kaum-kaum lain.

Jadual berikut menunjukan pecahan kaum di Seksyen 7 Kaum Melayu India Cina Lain-lain Jumlah Bilangan (%) 50 % 25 % 15 % 10 % 100 %

Hasil daripada kajian kami, didapati bahawa Seksyen 7 berkembang dan membangun pesat kerana faktor-faktor berikut :

• Muka buminya yang sesuai bagi kawasan petempatan • Kawasan perumahan dibina secara tersusun, • Terdapat beberapa kawasan berbukit yang menarik pemandangan serta, • Terdapat jaringan jalanraya yang baik dan lancar.

8

Dari permerhatian kami juga, didapati beberapa faktor telah dikenal pasti yang turut mempengaruhi petempatan disini. Antaranya : • Faktor Kegiatan sosio-ekonominya,kerana pelbagai jenis perniagaan seperti Kedai Runcit, Restoran, kedai Hardware, perkhidmatan Internet, Klinik, kedai dobi dan pengangkutan awam yang mudah didapati disini. Ini memberikan banyak peluang pekerjaan bagi penduduk disini. • Faktor Dasar Kerajaan menjadikan Shah Alam sebagai pusat perindustrian terpenting di Selangor, telah menarik ramai rakyat luar bandar dan dari negeri lain bertumpu dikawasan ini bagi mencari peluang pekerjaan dan berniaga. • Faktor infrastruktornya, seperti jaringan jalanraya terbaik yang menghubungkan Seksyen 7 dengan beberapa lebuhraya memudahkan laluan keluar masuk penduduk disini. Antara Lebuhraya penting yang menghubungi Seksyen 7 ialah Lebuhraya Shah Alam-KL (KESAS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan. • Faktor Bandar Bistari, menjadikan Seksyen 7 tumpuan bagi pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu disini kerana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi ternama antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (UNISEL) banyak mempengaruhi petempatan disini.

Hasil daripada kajian dan temu-bual yang kami jalankan, beberapa masalah telah dikenal pasti terdapat di kawasan petempatan Seksyen 7. Antaranya : • Wujudnya masalah kurangnya kawasan Hijau di sekitar Seksyen 7 seperti pokok-pokok dan rumput ditanam disini. Ini menyebabkan kawasan ini sering berdebu dan tanah sering terhakis apabila hujan lebat. Masalah ini timbul kerana sikap kurang perihatin pihak pemaju.

9

Bagi mengatasi masalah ini, adalah disarankan agar pihak pemaju,Kerajaan Negeri dan penduduk setempat mengambil tindakan yang perlu dengan menanam lebih banyak pokokpokok yang sesuai bagi menghalang hakisan dan debu yang berterbangan selain dapat menwujudkan suasana indah dan redup di kawasan petempatan Seksyen 7. Selain itu ia dapat membantu mengatasi masalah pemanasan global. • Wujudnya masalah peningkatan kes demam denggi di Seksyen 7 baru-baru ini. Kemungkinan peningkatan kes demam denggi ini berpunca daripada aktiviti projek pembinaan yang banyak dijalankan di sini menyebabkan nyamuk Aedes mudah membiak. Bagi mengatasi masalah ini, adalah disyorkan agar pihak yang berkenaan seperti Kerajaan Negeri, Persatuan Penduduk dan pihak pemaju mengambil insiatif dengan mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan petempatan mereka. Pihak Kerajaan Negeri pula perlu menjalankan aktiviti penyemburan dan kempen pencegahan pembiakan nyamuk Aedes yang lebih kerap. • Wujudnya masalah kes kecurian dan pecah rumah juga terdapat di sini. Masalah ini timbul kerana aktiviti projek pembinaan yang dijalankan dimana majority pekerjanya adalah rakyat asing yang sering menimbulkan masalah sosial. Bagi mengatasi masalah ini, adalah dicadangkan pihak Persatuan Penduduk mengadakan aktiviti kawalan Rukun Tertangga atau mengupah Syarikat Keselamatan bagi mengawal dan membendung masalah kes kecurian dan pecah rumah dikawasan petempatan mereka. Pihak berwajib seperti Polis juga diminta lebih kerap mengadakan rodaan di sekitar kawasan petempatan Seksyen 7 Shah Alam.

10

50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0
MELAYU INDIA CINA LAIN-LAIN

KOMPOSISI PENDUDUK DI SEKSYEN 7

11

RUMUSAN KAJIAN
Penduduk di Seksyen 7 Shah Alam terdiri daripada masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu,kaum Cina dan kaum India. Ia merupakan salah satu kawasan perumahan yang padat dengan petempatan di Negeri Selangor dan sedang pesat membangun kerana faktor-faktor muka buminya yang rata dan sedikit berbukit, kawasan perumahan yang dibina secara tersusun dan pemandangan yang menarik. Selain itu kegiatan sosio-ekonominya yang banyak memberi peluang pekerjaan serta infrastruktornya yang terbaik seperti lebuh raya dan juga pusat pengajian tingginya banyak mempengaruhi petempatan disini.

12

RUJUKAN KAJIAN
Antara rujukan yang saya gunakan sepanjang menjalankan kajian ini ialah :

1. Internet a)http://www.googlemap.com/ b)http://www.dromoz.com/

2.Perpustakaan a)Akhbar b)Atlas c)Majalah yang berkaitan

3.Buku Rujukan a)Buku Teks Geografi b)Ensiklopedia

4.Rakan-rakan dan semua yang membantu

13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->