P. 1
Nota Sejarah Ting 2 Bab 1

Nota Sejarah Ting 2 Bab 1

4.43

|Views: 34,138|Likes:
Published by fauziatun

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: fauziatun on Mar 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/21/2014

pdf

text

original

KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang
1.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan dagangan dan pangkalan tentera. 2. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk berlindung daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal. 3. Selain itu, pihak syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak, bijih timah dan lada hitam yang banyak terdapat di Kepulauan Melayu untuk dijadikan barang tukaran bagi mendapatkan teh yang amat popular di Eropah daripada pedagang Cina. 4. Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang strategik, iaitu berada di persimpangan timur dan barat. 5. Pulau Pinang juga didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannyadi India daripada serangan pihak Perancis. 6. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau Pinang yang berada di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan sebuah negeri yang berada di bawah naugan Siam. 7. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Kepulauan elayu pada kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah menyebabkan Kedah maju sebagai pelabuhan enterpot. 8. Namun, pada akhir kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan Kedah. Sultan Muhammad JIwa telah melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya telah ditentang oleh kerabat diraja

Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara. 9. Kerabat diraja Kedah telah berpakat dengan Bugis di selangor yang dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda.

10. Sultan Muhammad JIwa telah diserang oleh tentera Raja Haji lalu mengakibatkan Kuala Kedah dan Alor Setar ditawan. Baginda terpaksa berundur ke Kangar. 11. Baginda berusaha mendapatkan bantuan daripada firma Jourdian Sullivan and de Souza. Oleh itu, pihak firma telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan baginda pada tahun 1771. 12. Setelah berbincang, baginda telah menandatangani perjanjian dengan Francis Light. 13. Dalam perjanjian itu, pihak firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. 14. Namun, perjanjian itu dibatalkan apabila pihak firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor. 15. Pada masa yang sama, Kedah telah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Kerajaan Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781. 16. Setelah Siam bangkit, siam telah menuntut supaya penghantaran bunga emas, wang, serta tenaga manusia disambung semula. Ini

menyebabkan Kedah berasa terancam. 17. Kedah yang diperintah oleh Sultan Abdullah telah meminta bantuan daripada pihak SHTI untuk mengekalkan kedaulatan Kedah. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan. 18. Francis Light yang inginkan Pulau Pinang, menerima tawaran Sultan Abdullah.

Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang
1. Dasar monopoli yang diamalkan oleh Belanda telah membimbangkan pihak SHTI. 2. Setelah meneliti tawaran Sultan Abdullah, Francis Light secara peribadi telah menandatangani Perjanjian Inggeris- kedah pada tahun 1786. 3. Antara syarat-syarat Perjanjian Inggeris- Kedah 1786 ialah: (a) SHTI tidak boleh melindungi musuh kedah. (b) SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang oleh musuh. (c) SHTI membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultanKedah sebagai pampasan. 4. Penaklukan Patani oleh Siam telah mengancam kedudukan kedah. 5. Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786. 6. SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian 1786 yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Francis Light. 7. Oleh sebab keengganan SHTI untuk memberi bantuan, Sultan Abdullah mengarahkan Francis Light keluar dari Pulau Pinang tetapi beliau enggan walaupun ditawarkan bayaran ganti rugi. 8. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah mengumpul tentera untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. 9. Baginda turut mendapat bantuan ketenteraan daripada Siak, Riau, dan

Selangor. 10. Francis Light telah meminta bantuan tentera British untuk menyerang kubu sultan Kedah di Seberang Perai. 11. Dalam pertempuran itu, angkatan tentera Kedah tewas dan Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.

12. George Leith pula dilantik oleh SHTI sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

SHTI Mengambil Seberang Perai
1. Setelah menduduki Pulau Pinang, SHTI berusaha pula untuk mendapatkan SeberangPerai kerana: (a) Sesuai untuk dijadikan benteng pertahanan Pulau Pinang sekiranya diserang. (b) Sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian kerana tanah subur. 2. Peluang ini diambil oleh SHTI kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan untuk menentang Siam. 3. Pada bulan Jun 1800, baginda telah menandatangani Perjanjian

Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith. 4. Perjanjian ini membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai secara rasmi dan dinamakan Province Wellesly.

5. Namun, SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan setelah Kedah diserang oleh Siam pada bulan November 1821. 6. Kedah akhirnya berjaya ditakluki oleh Siam. 7. Pada bulan Jun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Raja Rama III dengan Henry Burney di Bangkok.

8. Sultan-sultan Kedah telah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negeri Kedah daripada ancaman musuh. 9. Namun, akhirnya Pulau Pinang dan Seberang Perai jatuh ke tangan British kerana Francis Light dan SHTI memungkiri janji dn menggunakan tipu muslihat.

Pertapakan SHTI di Singapura
1. Kedudukan Pulau Pinang yang terletak di Utara Selat Melaka menyebabkan Pulau Pinang gagal berkembang maju. 2. Kapal-kapal dagang lebih banyak berlabuh di kawasan yang berhampiran dengan Selat Melaka seperti Betawi, Riau dan Lingga. 3. Perdagangan SHTI dengan China semakin maju menyebabkan pihak syarikat memerlukan sebuah pelabuhan baru untuk menggantikan Pulau Pinang. 4. Perang Napoleon yang telah melanda Eropah menyebabkan pihak SHTI dapat menguasai Melaka dan Betawi. 5. Namun, selepas perang tamat, SHTI terpaksa memulangkan semula Melaka dan Betawi kepada Belanda. Pihak belanda juga telah memberikan layanan yang buruk terhadap pedagang British. 6. Oleh itu, pihak syarikat telah menghantar Stamford Raffles untuk mencari sebuah pangkalan baru. Beliau telah cuba untuk memajukan

Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal. 7. Raffles yang mendapati Singapura berpotensi untuk menjadikan pelabuhan yang maju kerana terletak di laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda telah mencadangkannya kepada pihak SHTI. 8. Singapura yang terletak di bawah kekuasaan Johor juga didapati dapat menyaingi pelabuhan Betawi dan mampu menyekat monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.

1. Stamford Raffles telah mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura. 2. Singapura terletak di bawah kekuasaan kerajaan Johor. 3. Namun, usaha Raffles untuk mendapatkan Singapura menghadapi masalah kerana kerajaan Johor berada di bawah pengaruh Belanda.

1. Pada 12 Januari 1819, Stamford Raffles telah mendarat di Singapura. 2. Stamford Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British pada 30 Januari 1819. 3. Namun, perjanjian itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada sltan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman. 4. Raffles merancang dengan mengadakan muslihat untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda.

5. Raffles telah berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman menjeput Tengku Hussein ke Singapura untuk menjadi sultan Johor. 6. Oleh itu, Sultan Hussein telah mengiktirafkan perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dan Raffles. 7. Maka secara rasminya SHTI mula bertapak di Singapura.

1. Perjanjian 1819 gagal memberi kuasa penuh kepada Raffles untuk menduduki Singapura. 2. Untuk mengukuhkan kedudukan SHTI, Raffles telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 7 Jun 1823. 3. Perjanjian ini membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan Pulau-Pulau yang berdekatan.

4. Pada 2 Ogos 1824, Residen Singapura iaitu John Crawfurd telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

5. Melalui perjanjian tersebut, Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasminya kepada SHTI.

Perpecahan Kepulauan Melayu
1. Kepesatan Singapura telah mengugat pengaruh Belanda di Kepulauan Melayu. 2. Pihak Belanda juga marah dengan pendudukan Raffles di singapura kerana mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya. 3. Pekara ini telah membangkitkan permusuhan antara pihak British dengan pihak Belanda. 4. Permusuhan ini kemudiannya diselesaikan melalui Perjanjian InggerisBelanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan London. 5. Antara syarat-syarat Perjanjian Persetian London (Perjanjian InggerisBelanda 1824): (a) Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura. (b) Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu. (c) British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara Belanda menyerahkan Melaka kepada British. 6. Perjanjian ini telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh, iaitu British dan Belanda. 7. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura terletak di bawah pengaruh British manakala Kepulauan Riau dan Lingga berada di bawah

pengaruh Belanda. 8. Melaka yang sudah lama menjadi impian British telah dapat diperolehi melalui perjanjian ini. 9. Johor pula telah dipecahkan kepada dua bahagian: (a) Johor dan Singapura berada di bawah penguasaan British; dan (b) Kepulauan Riau serta Lingga berada di bawah penguasaan Belanda.

Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
1. Negeri-negeri selat (NNS) dianggotai oleh Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. 2. Pulau pinang dahulunya telah diperintah oleh Leftenan Gabenor, manakala Singapura dan Melaka diperintah oleh Residen. 3. Dengan tertubuhnya NNS, pentadbiran dapat diseragamkan dan menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. 4. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang dan kemudiannya pada tahun 1832, Singapura pula menjadi ibu negeri bagi NNS. 5. Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor yang menerima arahan daripada Gabenor Jeneral di India. 6. Residen Konsuler pula dilantik untuk membantu Gabenor menjalankan pentadbiran di NNS. 7. Gabenor Jeneral di India bertanggungjawab menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di NNS. 8. Namun, pentadbiran ini ditentang oleh penduduk tempatan kerana mereka merasakan bahawa NNS adalah seperti tanah jajahan India. 9. Oleh itu, NNS telah merayu kepada British untuk memindahkan pentadbiran NNS ke London.

10. Justeru, pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebagai tanah jajahan British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London. 11. Majlis Perundangan telah ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang yang dibuatnya sendiri.

Rumusan
1. British telah mengambil kesempatan terhadap Sultan Kedah yang memerlukan bantuan mereka. 2. Akibat terlalu mengharapkan bantuan British Sultan Kedah telah menyerahkan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada mereka. 3. Keadaan ini memberi keinsafan kepada kita bahawa tindakan mengharapkan campur tangan kuasa asing dalam hal dalaman negeri telah menyebabkan Kedah kehilangan hak kedaulatannya.

4. Begitu juga dengan kegagalan Tengku Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyedari tipu helah Stamford Raffles telah menyebabkan Singapura jatuh ke tangan British. 5. Sejarah ini menunjukkan bahawa kita hendaklan sentiasa berwaspada dan tidak mudah tunduk dan meminta bantuan asing.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->