P. 1
peranan wang

peranan wang

|Views: 2,149|Likes:

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI on Mar 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/07/2013

pdf

text

original

STPM > Ekonomi Peranan Wang Dalam Ekonomi Nota

Bahan Arkib 2004

ii. Sumber pinjaman terakhir Bank Negara juga ada menyediakan kemudahan pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang mengalami masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan pelanggan. Bentuk pinjaman yang disediakan oleh Bank Negara adalah mendiskaunkan semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran. Pinjaman ini diberikan kepada bank perdagangan supaya orang ramai dapat mengekalkan keyakinan terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara. a. Mempengaruhi keadaan kredit negara selaras dengan perkembangan ekonomi dan kepentingan negara menerusi perlaksanaan dasar kewangan. Bank Negara akan memastikan penciptaan kredit oleh bank perdagangan adalah selaras dengan perkembangan ekonomi dan kepentingan negara. Penciptaan kredit dapat dilakukan oleh bank perdagangan dengan memberikan pinjaman kepada orang ramai. Penciptaan kredit yang berlebihan akan menimbulkan masalah inflasi dan sebaliknya keadaan kredit yang berkurangan akan menyebabkan kemelesetan ekonomi. Oleh itu Bank Negara perlu mengawal perkembangan penciptaan kredit dengan menggunakan dasar kewangan.

Peranan Wang Dalam Ekonomi
1 Pengenalan . Pada minggu ini, kita akan membincangkan pula tajuk yang baru iaitu ‘Peranan Wang Dalam Ekonomi.’ Sebagai permulaan, kita akan membincangkan subtajuk ‘Wang’. Di dalam subtajuk ini, kita akan membincangkan beberapa perkara, iaitu a. Definisi wang

b. Ciri – ciri wang c. Nilai wang dan kuasa beli wang d. Kelemahan sistem barter e. Fungsi wang 2 Definisi wang . Wang boleh didefinisikan sebagai suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniaga lain. Misalnya, wang kertas dan duit syiling telah diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai alat perantaraan dalam melakukan jual beli atau tukar menukar. 3 Ciri-ciri wang . Suatu barang yang dipersetujui untuk digunakan sebagai wang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut; Nilainya stabil dari masa ke masa. Mudah untuk dibawa, dipindahkan dan disimpan. Tahan lama dan tidak ubah bentuk atau kualitinya dalam jangka masa panjang. d. Penawarannya terhad dan tidak mudah ditambah dalam jangka panjang. e. Sukar ditiru. f. Mudah dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil. 4 Nilai wang dan kuasa beli wang . Nilai wang boleh didefinisikan sebagai keupayaan atau kuasa beli wang tertentu untuk membeli barang dan perkhidmatan. Apabila seunit mata wang dapat membeli lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan seunit mata wang yang lain, maka nilai mata wang tersebut adalah lebih tinggi dari nilai mata wang yang lain. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa perubahan tingkat harga akan mengubah nilai mata wang . Nilai wang atau kuasa beli wang mempunyai hubungan songsang dengan tingkat harga. Apabila tingkat harga umum meningkat, nilai wang akan turun. Ini adalah kerana dengan sejumlah wang tertentu, jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli akan berkurangan apabila tingkat harga umum meningkat dan sebaliknya. Perubahan nilai wang dapat diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna seperti berikut, a. b. c.

5 . Kelemahan sistem barter Sistem barter boleh didefinisikan sebagai suatu sistem ekonomi di mana jual

beli barang dilakukan secara pertukaran barang dengan barang. Wang tidak digunakan sebagai alat perantaraan sebaliknya setiap individu saling bertukar barang antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan masing-masing. Namun begitu, sistem barter ini mempunyai beberapa kelemahan, antaranya: a. Memerlukan penemuan dua kehendak serentak Untuk menjalankan urusniaga secara sistem barter, ia memerlukan penemuan dua pihak yang masing-masing mempunyai dua barang yang saling inginkan barang tersebut. Misalnya, individu A inginkan barang milik individu B dan individu B inginkan barang milik individu A. Keperluan penemuan dua kehendak serentak ini adalah sukar kerana kehendak individu adalah adalah berbeza dan berbagai. Oleh itu jika kehendak kedua-dua individu adalah berbeza, maka sistem barter tidak dapat dijalankan. Masalah penentuan nilai pertukaran Dalam sistem barter, pertukaran barang dengan barang adalah mengikut nilai pertukaran yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak. Misalnya, nilai seekor ayam sama dengan nilai lima ekor ikan yang sederhana besarnya. Oleh kerana sesuatu barang juga boleh ditukar dengan barang yang lain, maka nilai pertukaran lain pula harus ditetapkan. Dengan ini tiada suatu penentuan nilai pertukaran yang seragam terdapat dalam sistem barter. Membatasi pilihan pembeli Dalam sistem barter, pertukaran barang hanya berlaku antara dua barang yang dimiliki oleh individu masing-masing. Oleh itu setiap individu tiada pilihan barang yang lain yang boleh mereka perolehi untuk memenuhi kehendak mereka. Untuk memperolehi barang lain, individu perlu mencari individu lain yang mempunyai dua kehendak serentak. Bayaran tertunda sukar dilakukan Dalam urusniaga kredit yang menggunakan wang sebagai alat pertukaran, sesuatu pembayaran akan dilakukan pada suatu tarikh tertentu selepas penjualan barang. Dalam sistem barter, bayaran tertunda ini sukar dilakukan kerana sifat barang itu sendiri yang tidak tahan lama dan mudah rosak. Kesukaran membahagi barang ke unit yang lebih kecil Urusniaga yang dijalankan melalui sistem barter akan dilakukan mengikut nilai pertukaran yang telah ditetapkan. Misalnya, lima unit beras sama dengan satu unit kambing. Oleh itu pemilik kambing terpaksa menukarkan kambingnya untuk mendapatkan lima unit beras walaupun ia hanya memerlukan dua unit beras sahaja. Kesukaran menyimpan kekayaan dengan barang Untuk menyimpan kekayaan dalam bentuk barang memerlukan tempat dan kos untuk menyimpannya. Ini akan membebankan pemilik barang untuk menyediakannya. Selain dari itu barang yang akan disimpan ini

b.

c.

d.

e.

f.

tidak tahan lama dan cepat rosak.

6 Fungsi wang . Dalam ekonomi moden, masyarakat menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk memiliki sesuatu barang. Berikut adalah fungsi wang yang digunakan dalam urusniaga, iaitu:

a.

Alat perantaraan pertukaran Dengan menggunakan wang, individu yang inginkan sesuatu barang tidak lagi memerlukan dua kehendak serentak. Ia hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yan diperlukannya.

b.

Alat satuan nilai Dengan menggunakan wang, individu akan menilai sesuatu barang dalam unit wang iaitu ringgit dan sen. Misalnya, barang X bernilai RM10 dan barang Y bernilai RM50. Dengan ini pembeli boleh membandingkan nilai suatu barang dengan barang yang lain dalam unit ukuran yang sama. Pembeli tidak perlu lagi mengingatkan nilai pertukaran yang pelbagai untuk sesuatu barang yang diinginkan.

c.

Menyelesaikan bayaran tertunda Wang boleh digunakan dalam urusniaga kredit kerana nilainya yang stabil. Dalam ekonomi yang stabil tanpa inflasi, peniaga sanggup menjual barang secara kredit kerana nilai benar wang semasa penerimaan adalah sama dengan nilai benar wang semasa penjualan

barang. Oleh itu masalah untuk memikirkan sesuatu barang yang d. diperlukan untuk menyelesaikan bayaran tertunda dapat diatasi. Alat penyimpan nilai Wang boleh dijadikan sebagai alat penyimpanan nilai yang baik kerana nilainya yang stabil dan sifatnya yang tahan lama. Dalam ekonomi yang stabil, masyarakat cenderung menyimpan kekayaan dalam bentuk wang di institusi kewangan untuk memenuhi perbelanjaan pada masa akan datang. Dengan menyimpan kekayaan dalam bentuk wang, maka penabung akan dibayar faedah atas tabungan yang mereka lakukan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->