e Zine Hardyweb Bil1 April

HARDYW3B.WORDPRESS.

COM
E-ZINE
Edisi April 2009 Prakata Dari Editor OGA atau lebih dikenali sebagai Office Genuine Advantage adalah satu perisian kecil yang dibangunkan oleh Microsoft untuk memeriksa sama ada perisian Microsoft Office betul-betul tulen atau cetak rompak dan akan menghalang perisian Microsoft Office daripada dibuka sekiranya perisian tersebut didapati tidak tulen ( cetak rompak ). Bagaimana ini boleh berlaku? Proses pengemaskinian dilakukan secara senyap ( autoupdate ) atau anda TERKEMASKINI Sistem Pengoperasian Windows anda. Walaupun anda membeli laptop / komputer yang menggunakan Window Vista / XP original tetapi mungkin pekedai memasukkan Microsoft Office 2003 atau Microsoft Office 2007 cetak rompak, oleh kerana anda yakin bahawa anda adalah pengguna Microsoft Windows yang tulen dan anda dengan suka hatinya mengemaskini Windows Vista/XP anda melalui Internet tanpa menyedari bahawa MS Office anda adalah versi cetak rompak. Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Tersebut ? Dalam e-zine saya kali ini, saya tidak mahu bercerita tentang penggunaan patch, crack atau sebagainya. Cuma saya ingin memberi tahu satu kaedah yang paling berkesan adalah berhijrah. Seorang rakan saya telah pun terkena OGA ini, sedangkan beliau menggunakan MS Window Vista original. Apa yang beliau buat adalah membuang MS Office 2007 ( versi cetak rompak ) daripada laptop beliau. Dan, beliau membuka satu lembaran baru dalam hidup beliau dengan menggunakan perisian sumber terbuka. Iaitu OpenOffice.org 3.0. Sila baca kisah beliau di sini. Anda tidak perlu risau untuk mula menggunakan Openoffice. Antara muka Openoffice.org ini seakan akan MS Office 97. Banyak tutorial penggunaan Openoffice.org dalam Internet. Antaranya: 1. http://rudinshah.fileave.com/ebookmelayu/ 2. http://www.box.net/shared/rezgyjyh4t Harga: Percuma

Proses pengemaskinian dilakukan secara senyap ( autoupdate ) atau anda TERKEMASKINI Sistem Pengoperasian Windows anda
Perisian Untuk Rekacipta E-zine Ini Perisian Sunting Teks : http://www.openoffice.org/ Perisian Sunting Imej : http://www.gimp.org/ Mukataip : bitstream-vera

This document is licensed under the AttributionNonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia license, available at http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/. www.hardyw3b.wordpress.com

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful