You are on page 1of 2

Kesenian Melayu Pengenalan

Kesenian

orang

Melayu

adalah

perihal

keahlian

orang

Melayu

dalam

mengekspresikan idea-idea estetika sehingga menghasilkan benda, suasana, atau karya lainnya yang menimbulkan rasa indah dan mengagumkan. Kesenian ini diciptakan sendiri oleh masyarakat tersebut dan menjadi milik mereka secara bersama.

Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan masyarakat Melayu yang merupakan kesepaduan antara keindahan dan kemanfaatan. Antara unsur-unsur budaya yang melahirkan kesenian ialah agama, kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Seni juga terkandung bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan mengesankan.

Fungsi Seni Dalam zaman sains dan teknologi, fungsi seni telah beruah dan meliputi amalan ritual agama hinggalah kepada pemikiran psikollogi manusia yang kompleks. Menurut Kamarudin Husin (1989:132), fungsi seni dapat dibahagikan seperti berikut 1) Objek hiburan 2)Unsur pendidikan 3)Upacara ritual dan agama 4)Integrasi dan tanda sosial dalam masyarakat 5)Perantaraan komunikasi

Jenis Kesenian dapat dipecahkan kepada beberapa kategori. Menurut laman sesawang melayuonline seni boleh dpecahkan kepada

a) Seni Tari b) Seni Muzik c) Seni Tenun d) Seni Ukir e) Teater rakyat f) Permainan rakyat g) Seni lukis h) Seni mempertahankan diri i) Seni pertunjukan j) Seni kerajinan

Manakala Masuri S.N pula membahagikan kesenian kepada beberapa pecahan iaitu 1) Seni suara 2) Seni kata 3) Seni rupa 4) Seni lakon 5) Seni tari

You might also like