MTE3106 Resos Dalam Matematik

Topik 1

Bahan Cetakan

1.1 Sinopsis

Meneroka dan menterjemahkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk bahan bercetak. Memilih dan menggunakan bahan bercetak dengan teliti agar dapat memberikan impak yang besar dalam merealisasikan satu bentuk pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berdaya fikir. Adalah diperakui bahawa pembelajaran yang berdaya fikir pastinya dapat menjana minda yang kritikal dan kreatif, dan seterusnya dapat melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama.

1.2

Hasil Pembelajaran

1. Mendefinisikan pengertian Bahan Cetakan 2. Mendefinisikan pengertian Buku dan Jurnal 3. Meneroka cirri-ciri bahan bercetak yang terdapat pada buku dan jurnal 4. Memilih bahan bercetak yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. 5. Membuat justifikasi bagaimana bahan bercetak dapat digunakan dalam setiap peringkat proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3.

Kerangka Kursus

Bahan Bercetak

Buku

Jurnal dan Artikel

1
 

5 Apakah Bahan Cetakan Seandainya sesuatu hasil pemikiran. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Sebenarnya resos boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.3. Unit ini akan menumpukan kepada kajian dan atribut Bahan Cetakan. Bahan Cetakan 1. Majalah. Muzik. laporan. Rencana. Adalah diakui bahawa terdapat pelbagai jenis resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik seperti Internet. kesemua bahan-bahan tersebut diakui sarat dengan maklumat. Alat Bantu Mengajar. pemberitahuan. 2   .1. dari bahan yang dicetak secara esklusif seperti siri ensaiklopedia sehinggalah pemplet. Jurnal. iaitu: 1.4. maka bahan tersebut adalah dikategorikan sebagai bahan cetakan. Robert M. Ini membawa maksud bahawa. Buku Teks. dan 1. Suatu perkara yang pasti adalah. dibawa ke dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Program TV. CD ROM. bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran.4. Kad dan sebagainya. Model 3-D.4. cuba memanipulasikan sebaik mungkin. Untuk tujuan kursus ini. Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran. promosi dan sebagainya dicetak dan diedarkan kepada massa. 1.4 Pendhuluan Kursus ini adalah bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka aplikasi pelbagai resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Teknologi Jelas kepada kita bahawa ketiga-tiga kumpulan resos di atas mampu digunakan sebagai bahan rujukan. kita sewajarnya mengambil kesempatan dari limpahan bahan tersebut disekeliling kita. sama ada untuk tujuan mempromosi perniagaan atau untuk perkongsian ilmu.MTE3106 Resos Dalam Matematik 1. kajian. penulisan. broucer dan kad jemputan kahwin boleh diterjemahkan sebagai bahan cetakan. perkataan resos dalam matematik adalah dirujuk sebagai sesuatu yang dapat diguna untuk menyokong atau membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Sebagai seorang pendidik.2.

Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Bahan-bahan cetakan yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. 3   . Penguasan dalam penggunaan bahasa ini pastinya akan dapat menyumbang kepada penguasaan dalam pembinaan ayat-ayat matematik. Buku Panduan dan Buku Kerja  Buku Rujukan atau Buku Ulangkaji Untuk tujuan perbincangan dalam kursus ini kita hanya menumpukan kepada dua (2) kategori bahan cetakan iaitu buku dan jurnal. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar. Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek. antaranya adalah:  Sukatan Pelajaran  Buku Teks. majalah dan gambar. Gagne memilih bahan cetakan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan. Terdapat pelbagai jenis bahan cetakan yang perlu dirujuk dan diguna pakai bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran. peta dan tanda isyarat jalan raya. Contoh bahan bergambar ialah surat khabar. Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf.MTE3106 Resos Dalam Matematik Mengikut teori. poster. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan. semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. Bahanbahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Penggunaan bahan cetakan sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati keperluan hasil pembelajaran.

Bagaimanakah cara terbaik menggunakan buku teks sebagai bahan sumber dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Buku Secara lumrahnya buku adalah merupakan satu koleksi bahan bercetak atau helaian menuskrip yang dijilid dan dilindungi dengan kulit yang keras atau lembut. Syarikat penerbitan buku beroperasi 24 jam untuk mempastikan bekalan buku teks bagi tahun berkenaan mencukupi dan memenuhi keperluannya. 4   . di sekolah mula beroperasi mengagihkan buku pinjaman kepada murid yang berkelayakan. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks. Inilah persoalan yang perlu dirungkai oleh pelajar dalam unit ini. Apakah sebenarnya wujud keperluan yang mendesak dalam menentukan pentingnya menggunakan buku teks di sekolah. Apakah ciri-ciri terbaik yang perlu ada bagi setiap buku teks yang dipilih.MTE3106 Resos Dalam Matematik 1. dan b. Terdapat pelbagai jenis dan kategori buku yang ada dalam pasaran pada masa ini. Persoalannya adalah sejauh manakah setiap sen wang yang mengalir dalam industeri buku teks ini benar-benar bermanafaat dan sampai kepada murid sebagai sasaran terakhirnya. Adakah tatacara guru-guru menggunakan buku teks selama ini bertepatan dan amat berkesan. Ini menggambarkan jutaan ringgit berkisar dalam pasaran atau industeri buku teks. Saban tahun apabila penggal persekolahan akan bermula. Buku Ilmiah Lazimnya buku teks akan dijadikan rujukan rasmi bagi setiap mata pelajaran di sekolah. Kita cuba memfokuskan perbincangan kita kepada dua kategori buku berikut: a.6. ibu bapa akan mengurut dada kerana terpaksa memperuntukan sejumlah wang untuk membeli buku teks dan lain-lain keperluan sekolah anak-anak mereka. Atau adakah sesetengah pihak berkepentingan sahaja yang membuat laba dalam percaturan ini. Buku Teks atau Teks Rujukan. SPBT.

6.MTE3106 Resos Dalam Matematik 1. Ciri-ciri Buku Teks atau Teks Rujukan Ciri-ciri Yang Ingin Diperhatikan Ciri-ciri Buku Ilmiah Kulit Buku Isi Kandungan Tajuk dan SubTajuk Tatacara Menjelaskan Idea cici-ciri lain yang ingin anda bandingkan (nyatakan) 5   . Perbezaan antara Buku Teks dan Buku Ilmiah Aktiviti 1 Dengan menggunakan alat pengurusan grafik dibawah cuba anda luangkan sedikit masa untuk mencirikan persamaan atau perbezaan diantara Buku Teks atau Teks Rujukan dan Buku Ilmiah.1.

Sebagai contoh aktiviti pertama berasaskan bahan maujud. setiap murid kita adalah berbeza dalam banyak hal. Saya percaya kini anda telah membina satu keyakinan bahawa buku dan bahan cetakan yang lain dapat membantu anda mereka bentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna bagi memenuhi keperluan murid anda yang pelbagai. adalah wajar sekali mereka dihidangkan dengan pelbagai pendekatan agar pendekatan yang dipilih sesuai dengan gaya pembelajaran murid berkenaan. Mereka berbeza dari aspek kecedasan. Aktiviti 2 Cuba anda renungkan setika dan senaraikan apakah kebaikan menggunakan kepelbagaian bahan cetakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Cuba kita membayangkan seandainya kita sebagai seorang guru yang ingin merancang dan mengendalikan peroses pengajaran dan pembelajaran tetapi tidak merujuk kepada sebarang bahan rujukan. pencapaian dan juga gaya pembelajaran. Adakah memadai dengan hanya berdasarkan pengalaman lepas sudah mencukupi untuk kita mereka bentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Amalan yang sebegini rupa perlu dihakis. Justru. Ya. aktiviti kedua berasaskan bahan bercetak dan aktiviti ketiga menggunakan bahan berasaskan teknologi. " 6   .MTE3106 Resos Dalam Matematik Kita telah berjaya meninjau dan membandingkan ciri-ciri bagi sebuah buku teks dan buku ilmiah. Seseorang guru matematik perlu mampu menyediakan sekurang-kurangnya tiga (3) jenis aktiviti pembelajaran yang berbeza dalam mengendalikan satu hasil pembelajaran. Pendekatan pelbagai yang sebegini rupa secara langsung akan dapat menjadikan proses pembelajaran matematik menarik dan aktif.

Anda boleh menggunakan bahan cetakan tersebut dalam setiap peringkat aktiviti proses pengajaran:  Aktiviti 1: set induksi  Aktiviti 2: perkembangan  Aktiviti 3: penutup sesi pembelajaran  Aktiviti 4: kerja rumah  Aktiviti 5: aktiviti dalam bilik darjah.2. 7   .MTE3106 Resos Dalam Matematik Berkemungkinan besar perkara yang mungkin termasuk dalam senarai anda tadi adalah seperti berikut:  mudah didapati  murah  bersifat kekal (hardcopy)  dapat menggambarkan dari sesuatu yang konkrit kepada bentuk yang lebih abstrak  mudah dirujuk semula  mudah diperbanyak dengan mengunakan mesin “photocopy”  darjah kesesuaian yang tinggi  kepelbagaian Syabas. Sesungguhnya anda boleh menggunakan bahan cetakan tersebut pada bila-bila masa mengikut kreativiti anda sebagai seorang guru yang kreatif dan inovatif. Murid-murid dan generasi kini juga tidak meminati pembelajaran yang pasif dan jumud. 1. aktif dan berdaya fikir. atau  Aktiviti 6: nota atau bahan rujukan Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya anda mempunyai cadangan yang lain. pastinya anda mampu menghuraikan perkara-perkara di atas dengan lebih jelas dan terperinci serta bersifat ilmiah.6. Apa yang penting adalah segala apa yang cuba kita lakukan adalah bertujuan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran tidak akan berlaku sehingga murid melaksanakan aktiviti berfikir dan membuat refleksi. Bagaimana Menggunakan Bahan Cetakan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Kini timbul pula persoalan bagaimana dan bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan bahan cetakan dalam proses pengajaran anda. Layanilah mereka dengan sebaik mungkin.

buku rujukan atau buku ilmiah untuk dijadikan bahan sumber bagi setiap tahap atau fasa aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.MTE3106 Resos Dalam Matematik Aktiviti 3 Dalam kumpulan berenam. Jadual agihan tugasan untuk ahli kumpulan: Ahli Kumpulan Ahli Pertama Ahli Kedua Ahli Ketiga Ahli Keempat Ahli Kelima Ahli Keenam Fasa Aktiviti Tugasan Yang Perlu Dibuat Aktiviti 1: Aktiviti 2: Aktiviti 3: Aktiviti 4: Aktiviti 5: Aktiviti 6: set induksi perkembangan penutup sesi pembelajaran kerja rumah aktiviti dalam bilik darjah nota atau bahan rujukan Nota: Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan manual aktiviti tersebut. serta buat pembetulannya jika perlu. Setelah selesai menghasilkan manual aktiviti tersebut anda diminta bertukar-tukar manual aktiviti tersebut sesama rakan anda. Semak samaada manual aktiviti tersebut boleh dilaksanakan atau tidak. Setiap orang dikehendaki menghasilkan satu manual aktiviti pembelajaran yang lengkap agar setiap murid yang menerimanya mampu melaksanakan aktiviti tersebut dengan tepat. Pilih satu (1) hasil pembelajaran matematik dari mana-mana topik matematik untuk tahap 2 sekolah rendah 2. 8   . Agihkan keenam-enam fasa aktiviti pembelajaran tersebut kepada setiap ahli kumpulan. Setiap orang dikehendaki memilih satu bahan cetakan dari buku teks. 4. 6. 5. Setelah berpuas hati buatkan enam salinan setiap satunya dan kongsikan set yang lengkap dengan keenam-enam rakan anda. laksanakan aktiviti berikut: 1. (setiap orang akan bertanggung jawab terhadap salah satu daripada enam fasa aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut) 3.

MTE3106 Resos Dalam Matematik 1.3. v. ii. iv. memenuhi keperluan kurikulum dan pengajaran murah menarik dan memenuhi keperluan mencabar minda mampu memotivasikan murid ntuk belajar menggalakkan penglibatan yang aktif Latihan Pilih dua daripada ciri-ciri bahan resos yang berkesan dan huraikan dengan jelas mengikut kefahaman anda: 9   . vi.6. iii. Ciri-ciri Bahan Resos Yang Berkesan Berikut adalah diperturunkan beberapa cirri-ciri bahan resos yang berkesan: i.

i. menyediakan murid agar mereka lebih bertanggung jawab dalam melaksanakan pembelajaran terarah kendiri. Kebaikan Penggunaan Bahan Resos memenuhi keperluan murid yang berbeza dapat merealisasikan usaha mengoptimumkan kebolehan dan keupayaan murid iii. ii.MTE3106 Resos Dalam Matematik 1. 10   . Aktiviti 4 Sila layari internet untuk mendapatkan garis panduan dalam memilih dan menilai bahan resos yang berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran metematik.4.6.

Ciri-ciri Jurnal Jurnal ditulis dan disediakan dalam format yang formal.7. 11   . Ini bermakna bahawa artikel tersebut adalah merupakan satu penemuan baru atau kejayaan dalam penyelidikan mereka dan boleh dijadikan rujukan dimasa hadapan. iii. Penulis merupakan ilmuan atau penyelidik yang pakar dalam bidang kepakaran masing-masing. Sesuatu artikel ditulis adalah dengan bertujuan untuk menerbitkan dapatan dari kajian yang telah dibuat. Definisi Jurnal Jurnal adalah dirujuk sebagai majalah atau terbitan berkala yang diterbitkan oleh badan atau pertubuhan professional sebagai edaran kepada ahlinya dan mengandungi maklumat dan sumbangan yang releven terhadap bidang dan aktiviti mereka.2.7. i. Penerbit lazimnya merupakan organisasi professional atau institusi penyelidikan yang tidak bertujuan untuk membuat keuntungan. ii.7.1. Jurnal dan Artikel 1. 1. Artikel atau rencana yang dimuatkan dalam jurnal lazimnya telah dinilai oleh kumpulan professional tersebut sebelum diterima untuk tujuan penerbitan dalam jurnal mereka. vi. v. Sumber rujukan yang dijadikan sokongan dan dokongan terhadap hujah yang diutarakan akan ditulis sebagai nota kaki dan bibliografi pada bahagian akhir artikel tersebut.MTE3106 Resos Dalam Matematik 1. Paparan grafik biasanya berbentuk paparan statistik dan dengan warna hitam-putih sahaja. Untuk tujuan perbincangan dalam unit ini biarlah kita tumpukan kepada jurnal yang bersifat bahan cetakan kerana mutakhir ini jurnal yang berorentasikan digital lebih mudah diperoleh. iv.

3. maka adalah dirasakan jurnal lebih sesuai diguna pakai dalam konteks mencapah dan mengembangkan minda pelajar. Jurnal boleh digunakan disemua peringkat atau fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan topik atau tajuk matematik yang bersesuaian dengan idea pada jurnal tersebut.2.MTE3106 Resos Dalam Matematik 1. 5.7. sepertimana yang telah dibincangkan dalam 1. Layari laman web untuk mencari jurnal yang sesuai dijadikan resos dalam mereka bentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. 12   . Aktiviti 5 1.6. 4. 6. Cadangkan apakah nama aktiviti pembelajaran yang sesuai menggunakan jurnal tersebut. Sungguhpun demikian. Catatkan isu-isu dan fahaman baru yang disarankan oleh jurnal tersebut. Mengintegrasikan Jurnal Dalam Sepertimana bahan-bahan resos yang lain. oleh kerana idea yang diutarakan dalam jurnal bersifat penemuan baru. Tuliskan satu manual aktiviti pembelajaran yang berasaskan jurnal tersebut.3. jurnal juga boleh diguna atau diintegrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Berikan komen anda sendiri tentang perkara baru yang disarankan dalam jurnal tersebut. masih belum tersebar luas atau mungkin juga belum lagi diterima kesahihannya oleh ilmuan yang lain. di atas.

Berdasarkan kepada kerangka kursus bagi unit ini seperti mana yang tertera pada 1. Bahan Bercetak Buku Jurnal dan Artikel 13   . Imbas kembali apa yang telah anda pelajari dalam unit ini. 2. tambahkan maklumat dan cabang-cabang yang baru pada carta alir tersebut.3.MTE3106 Resos Dalam Matematik Latihan 1. di atas.

Guiding Children’s Learning of Mathematics (12th Edition).edu. USA. Printice Hall Lamanweb Yang Boleh Dilayari: 1.eric.Essentials of Learning for Instruction. WADSWORTH CENGAGE Learning Gagne and Driscoll (1988). Mathematical Journals: http://www.html 14   . Education Resources Infromation Center: http://www.gov/ 2.MTE3106 Resos Dalam Matematik Rujukan Tipps Johnson Kennedy (2011).mathontheweb. New Jercy.org/mathweb/mi-journals.

Hj.Md Nordin Bin Monel Pensyarah Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor 15   .MTE3106 Resos Dalam Matematik Dr.Salwa Bte Abu Bakar Ketua Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor Tn.Hjh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful