You are on page 1of 8

BAHAGIAN C PENGURUSAN KEWANGAN

50

KANDUNGAN BAHAGIAN C : PENGURUSAN KEWANGAN 1. LAIN-LAIN PERBELANJAAN BERULANG TAHUN (LPBT/LPK) 2. 3. BANTUAN MAKANAN ASRAMA PERUNTUKAN LAIN YANG DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA/JABATAN PELAJARAN NEGERI. 4. 5. 6. 7. ELAUN WARDEN ELAUN PERJALANAN WARDEN PENGGUNAAN WANG LEBIHAN MAKANAN 55 PELUPUSAN BARANG AWAM 55 54 54 52 52 53

51

BAHAGIAN C : PENGURUSAN KEWANGAN Semua asrama di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah layak menerima bantuan bagi menampung perbelanjaan pengurusannya. Pembelian/bantuan yang dikhaskan untuk asrama adalah seperti berikut:1. LAIN-LAIN PERBELANJAAN BERULANG TAHUN (LPBT/LPK) 1.1 Bantuan ini merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengurusan asrama. Peruntukan LPBT ialah RM60.00 setahun bagi seorang murid asrama (Rujuk Pekeliling Kewangan Bil.8/2000). Tuntutan LPBT/LPK bagi perbelanjaan asrama dan bantuan makanan hendaklah dibuat secara berasingan dengan tuntutan perbelanjaan sekolah.

PEKELILING SKM 1.2 1.3 Peruntukan LPBT/LPK hendaklah dipohon Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia. mengikut arahan pekeliling Bahagian

Perbelanjaan LPBT/LPK hendaklah dihadkan kepada perbelanjaan- perbelanjaan berikut : 1.3.1 Penggunaan air, elektrik, bahan bakar dan pembetungan.

1.3.2 Perhubungan (telefon, telegram dan setem). 1.3.3 Perkhidmatan percetakan. 1.3.4 Pengangkutan murid (bagi sekolah-sekolah yang tidak menerima bantuan pengangkutan murid) 1.3.5 1.3.6 1.3.7 Pengangkutan barang-barang. Perabot dan pelbagai alat yang tidak dibiayai daripada punca-punca lain. Perbelanjaan lain yang diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri bagi sekolah asrama harian, Pengarah Bahagian Sekolah bagi sekolah berasrama penuh/ sekolah-sekolah khas serta Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik bagi sekolahsekolah menengah teknik.

1.4 LPBT/LPK asrama tidak boleh digunakan untuk membayar tuntutan perjalanan warden dan pegawai lain untuk menghantar murid yang sakit ke klinik/hospital atau pun menjalankan tugas rasmi lain. 2 BANTUAN MAKANAN ASRAMA 2.1 Peruntukan bantuan makanan akan disalurkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran kepada PTJ yang berkenaan seperti berikut : 2.1.1 2.1.2 2.1.3 Bahagian Sekolah bagi Asrama Sekolah Berasrama Penuh. Jabatan Pendidikan Teknikal bagi Asrama Sekolah Menengah Teknik. Bahagian Sukan bagi Asrama Sekolah Sukan. 52

2.1.4 2.1.5 2.2 2.3

Jabatan Pendidikan Khas bagi Asrama Sekolah Pendidikan Khas. Jabatan Pelajaran Negeri bagi Asrama Harian, Asrama Desa dan Asrama Murid Orang Asli.

Bantuan kerajaan mengikut harga kontrak setelah ditolak RM 1.00 sehari setiap murid (yuran makanan). Harga kontrak makanan maksimum yang dibenarkan adalah seperti berikut : 2.3.1 2.3.2 Makanan bermasak Bantuan makanan + RM1.00 (yuran makanan). Murid Asrama Desa, murid Orang Asli, murid PPRT dan asrama Sekolah Pendidikan Khas di asrama harian mendapat bantuan penuh dari kerajaan. (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Makanan Pelajar) Pihak asrama hendaklah mengekalkan menu makanan rasmi supaya harga bekalan makanan tidak bertambah.

2.3.3

2.4 Tuntutan tambahan bantuan makanan asrama dibenarkan untuk perkara-perkara seperti berikut : 2.4.1 2.4.2 Pertambahan bilangan murid asrama sedia ada dan asrama yang baru dibuka di mana pertambahan melebihi daripada bilangan murid semasa tuntutan asal. Terdapat perbezaan harga kontrak baru dengan kontrak lama. Permohonan tuntutan tambahan bantuan makanan asrama hendaklah menggunakan Borang AS (P) dan dikemukakan kepada Ketua Aktiviti/Ketua PTJ yang berkenaan untuk kelulusan sebelum 31 Julai tahun semasa dengan melampirkan Borang AS (A) (tuntutan asal). Pegawai yang berkuasa meluluskan tuntutan tambahan makanan asrama ialah Pengarah atau Ketua Sektor yang berkenaan di Jabatan/Bahagian. Ketua Aktiviti/Ketua PTJ hendaklah mengemukakan satu salinan Borang AS (P) yang telah diluluskan oleh Bahagian Audit sekolah untuk tujuan semakan dan rekod. PTJ dikehendaki memastikan semua tuntutan tambahan bantuan makanan asrama diselesaikan pembayarannya sebelum 31 Disember tahun semasa.Tuntutan makanan asrama hendaklah dibuat hanya sekali dalam setahun. 3 PERUNTUKAN LAIN YANG DILULUSKAN MALAYSIA/JABATAN PELAJARAN NEGERI. 3.3 Yuran Makanan Murid Semua murid asrama harian adalah dikehendaki membayar yuran makanan sebanyak RM1.00 sehari. Bagaimanapun bagi murid asrama desa, murid orang asli dan PPRT dikecualikan dari membayar yuran makanan. (Sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil 6 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Makanan Pelajar) OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN

53

3.4 Yuran Khas dan Yuran Tambahan 3.4.1 3.4.2 Semua murid asrama boleh dikenakan yuran khas tidak melebihi RM3.00 sebulan bagi tujuan kebajikan. Yuran-yuran tambahan seperti perkhidmatan dobi, sanitary, dan lain-lain. Bagi perkhidmatan dobi hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan melalui sebutharga. Bagaimanapun pihak asrama dilarang memaksa murid-murid menghantar pakaian mereka untuk didobi sekiranya mereka enggan berbuat demikian.

Catatan: Sebarang yuran yang hendak dipungut daripada murid asrama hendaklah mendapat kebenaran dari Pendaftar Sekolah, (Sila rujuk Pekeliling Kewangan Bil. 3/1976). 4 ELAUN WARDEN Pelantikan Warden dicadangkan oleh pengetua / guru besar untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Bilangan warden adalah ditentukan mengikut Pekeliling Kewangan Bil. 6/1995 4.1 4.2 Tiap-tiap asrama mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang warden. Bilangan warden mengikut nisbah. Asrama Biasa : Seorang Warden untuk 50 murid pertama dan seorang Warden tambahan bagi setiap 50 murid berikutnya.

Asrama Pendidikan Khas: Seorang Warden untuk 20 murid. 4.3 4.4 4.5 Tiap-tiap asrama yang mempunyai 5 warden mesti melantik seorang Ketua Warden. Tiap-tiap asrama yang mempunyai kurang daripada 5 warden dibolehkan melantik ketua Warden secara lantikan dalaman (tidak layak menerima elaun Ketua Warden) Perkiraan elaun warden hendaklah mengikut kadar berikut (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/1997): 4.4.1 4.4.2 5. Warden Ketua Warden RM 240.00 RM 280.00

ELAUN PERJALANAN WARDEN Bagi tujuan memperkemaskan pentadbiran asrama dan menyediakan kebajikan murid, warden asrama dikehendaki menghadiri mesyuarat, seminar dan kursus. Warden juga bertanggungjawab membawa murid asrama ke hospital, kursus dan program-program pendidikan. Bagi melaksanakan tugas-tugas ini, warden adalah layak menuntut elaun perjalanan seperti berikut :5.1 Pekeliling Kewangan Bil. 2/1992 untuk menghadiri mesyuarat, membawa murid-murid untuk sebarang kegiatan yang berkaitan dengan asrama dan program pendidikan. 54

5.2 5.3

Pekeliling Kewangan Bil. 4/1992 untuk menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Tuntutan elaun perjalanan ini hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar untuk dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan pembayaran. Bagi sekolahsekolah yang mempunyai PTJ sendiri, tuntutan elaun perjalanan hendaklah dikemukakan terus kepada Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing.

6.

PENGGUNAAN WANG LEBIHAN MAKANAN Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kelulusan bagi penggunaan Wang Lebihan Makanan berdasarkan Pekeliling Kewangan Bil. 6 tahun 2006. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan pengurusan sekolah dalam mentadbir sekolah masing-masing, maka kuasa meluluskan penggunaan wang lebihan bantuan makanan asrama sekolah adalah dengan ini diturunkan kepada Pengetua/Guru Besar. Pengetua /Guru Besar adalah dibenarkan menggunakan wang lebihan bantuan makanan bagi program/projek/aktiviti/perolehan harta modal untuk kegunaan asrama / kebajikan murid asrama. Pengetua/Guru Besar boleh menggunakan wang lebihan bantuan makanan asrama bagi perkara-perkara yang menepati kriteria berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. Program Peningkatan akademik dan segala yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan sukan untuk sekolah/ murid asrama . Menyediakan makanan tambahan termasuk mengadakan jamuan khas melibatkan murid asrama . Pembelian peralatan dan perabot asrama yang terkandung dalam norma yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek kecil berunsurkan keceriaan asrama dibenarkan tidak melebihi RM 10,000.00 setiap projek. Pembayaran utiliti ( pembentungan , telefon, elektrik dan air. ) Kerja penyelenggaraan kecil dan pembaikan asrama yang betujuan untuk keselesaan dan keselamatan murid asrama.

7.

PELUPUSAN BARANG AWAM 7.1. Definisi Kehilangan, Pelupusan Dan Hapus Kira. 7.1.1. Kehilangan Kehilangan ialah suatu kerugian yang dialami oleh sekolah akibat berlakunya kecurian, penipuan, penyelewengan dan kecuaian. Kehilangan termasuk juga hutang yang tidak boleh didapat balik, hasil yang tidak dapat dipungut, bayaran terlebih dan lain-lain. 7.1.2. Pelupusan Melupuskan harta kerajaan yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi harta tersebut tidak dapat digunakan/diperlukan lagi. Tujuan pelupusan ialah untuk mengeluarkan rekodnya daripada rekod daftar. 7.1.3. Hapus kira - Menghapus kira harta kerajaan yang secara fizikalnya telah tidak ada lagi dalam simpanan kerana harta tersebut telah hilang. Tujuannya sama 55

seperti 7.1.1 di atas. Konsep hapus kira juga dibuat untuk menghapus kira wang yang hilang, hutang yang tidak boleh didapat balik , bayaran berlebihan dan sebagainya. 7.2 Syarat-Syarat Pelupusan. 7.2.1. Barang- barang yang telah usang dan tidak dapat digunakan lagi. 7.2.2. Pecah/ rosak dan tidak ekonomik jika dibaiki. 7.2.3. Lebihan. 7.2.4. Perubahan teknologi dan tidak sesuai digunakan lagi. 7.3. Keperluan Pelupusan. 7.3.1. Untuk menjimatkan ruang stor. 7.3.2. Mendapatkan hasil ( jika dijual ). 7.3.3 Menguruskan stok/ inventori yang sempurna.

Tindakan pelupusan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa. Jabatan atau sekolah dilarang mengumpulkan barang-barang yang hendak dilupus di dalam stor kerana lamakelamaan stor akan penuh dan besar kemungkinan barang-barang tersebut dicuri atau hilang. Di samping itu, nilai barang-barang yang hendak dilupuskan semakin menurun dan secara tidak langsung apabila dijual kerajaan akan mengalami kerugian hasil. 7.4 Tatacara Pelupusan. 7.4.1 Melalui Lembaga Pemeriksa. Nilai perolehan aset melebihan RM20,000.00 seunit atau secara agregat melebihi RM300,000.00. Lembaga pemeriksa perlu membuat pemeriksaan ke atas barang yang akan dilupuskan. Menggunakan borang Kew. 300V dan satu salinan surat Tidak Ekonomi Dibaiki (TEB). Tanpa Lembaga Pemeriksa. Nilai perolehan aset tidak melebihi RM 20,000.00 seunit atau secara agregat melebihi RM 300,000.00 Asingkan aset mengikut nilainya dan tidak melebihi RM 20,000.00 menggunakan panduan 218 PPTPS (Borang Tanpa Lembaga Pemeriksaan). Melalui Kontrak Pusat Perbendaharaan. Perbendaharaan ada juga mengikat kontrak pusat untuk melupuskan barangbarang terpakai seperti bateri, tayar, besi skrap ( kenderaan, peti besi, katil, peti sejuk ) dan lain-lain.

7.4.2

7.4.3

7.5

Maklumat - Maklumat Tambahan Hapus kira yuran makanan/yuran khas/ yuran asrama perlu ada maklumat seperti di bawah:7.5.1 Maklumat nama murid, nama penjaga dan pekerjaan serta senarai yuran yang perlu dibayar. 56

7.5.2 Salinan surat-surat yang dihantar kepada murid/penjaga meminta untuk menjelaskan yuran. 7.5.3 Tindakan yang diambil oleh pihak masalah yuran yang tidak dibayar oleh murid. sekolah bagi mengatasi

7.5.4 Hapus kira diluluskan bagi murid yang telah berhenti sekolah sahaja.

57

You might also like