P. 1
KH(PK) Tingkatan 1 - Perkembangan Perniagaan dan Masa Depanya

KH(PK) Tingkatan 1 - Perkembangan Perniagaan dan Masa Depanya

4.38

|Views: 11,502|Likes:
Published by Rosiadi84
Nota Perdaganan dan Keusahawanan Tingkatan 1 untuk tajuk perkembangan perniagaan dan masa depannya.
Dihasilkan oleh : Rosiadi Tajudin
Guru SMK Gadong Beaufort
Nota Perdaganan dan Keusahawanan Tingkatan 1 untuk tajuk perkembangan perniagaan dan masa depannya.
Dihasilkan oleh : Rosiadi Tajudin
Guru SMK Gadong Beaufort

More info:

Published by: Rosiadi84 on Mar 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

original

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TINGKATAN 1

Perkembangan Perniagaan dan Masa Depannya

Disediakan oleh: ROSIADI BIN TAJUDIN SMK GADONG BEAUFORT

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat: • Menerangkan konsep sistem barter dan sistem wang dengan betul. • Menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh pengunaan sistem barter dengan betul. • Menyenaraikan kelebihan pengunaan wang dengan betul. • Memberikan 6 contoh alat pembayaran perniagaan masa kini dengan betul. • Memberikan 8 cara jualan masa kini dengan betul. • Membandingkan perniagaan masa dulu dan kini dengan betul. • Meyenaraikan ciri-ciri perniagaan pada masa akan datang dengan betul.

Sistem Perniagaan Dahulu dan Sekarang
Sistem Barter • Sistem perniagaan yang menukarkan barang dengan barang lain untuk memenuhi keperluan. Kemahuan serentak Kadar pertukaran dipersetujui Mudah dibahagikan

Syarat

Sistem Perniagaan Dahulu dan Sekarang
Sistem Barter

Sistem Perniagaan Dahulu dan Sekarang

Masalah pertemuan kemahuan serentak Masalah pengangkut an barang

Kesukaran menentukan nilai pertukaran

Kesukaran membahagi kan barang tukaran Barang tukaran tidak tahan lama

Masalah dalam Sistem Barter

Sistem Perniagaan Dahulu dan Sekarang
Sistem Wang • Sistem perniagaan dimana wang diguna sebagai perantara untuk menukar sesuatu barang atau perkhidmatan. • Cth wang zaman dahulu: mata kail, kulit kerang dan bulu binatang.

Sistem Perniagaan Dahulu dan Sekarang
Sistem Wang • Akhirnya, manusia mencipta wang kertas dan duit syiling.

Sistem Perniagaan Dahulu dan Sekarang
Kelebihan menggunakan wang •Diterima umum •Tahan lama •Nilai yang stabil dan tetap •Senang dikenali •Mudah dibahagikan •Mudah dibawa •Serupa dan ada bentuk piawai •Sukar diganti dan diperolehi kerana tidak boleh dibuat sendiri

Alat pembayaran perniagaan masa kini
Wang tunai • Wang kertas atau syiling biasanya digunakan untuk pembayaran.

Alat pembayaran perniagaan masa kini
Kad kredit • Membenarkan pengguna membeli barang atau perkhidmatan tanpa wang.

Alat pembayaran perniagaan masa kini
Cek • Arahan daripada pemegang akaun kepada bank untuk membayar kepada penerima cek.

Alat pembayaran perniagaan masa kini
Kad Prabayar • Nilai kad dibayar dahulu sebelum perkhidmatan digunakan.

Alat pembayaran perniagaan masa kini
Kad Pintar • Pengguna menggunakan kad plastik yang mengandungi cip komputer untuk membuat bayaran.

Alat pembayaran perniagaan masa kini
Pembayaran Elektronik (e-pay) • Pembayaran bil yang dibuat dengan menggunakan kemudahan internet.

Cara Jualan Masa Kini
Jualan Tunai • Urusniaga secara langsung antara penjual dan pembeli. • Pembeli boleh membayar dengan tunai cek, draf bank, kiriman wang atau kad kredit. • Barang belian diterima pada masa itu juga. • Kuantiti barang dan jumlah perbelanjaan yang kecil.

Cara Jualan Masa Kini

Cara Jualan Masa Kini
Barter berasaskan wang • Masih diamalkan diperingkat antarabangsa. • Barangan dengan nilai yang sama di saling tukar antara dua buah negara. • Berasaskan sistem barter dan perjanjian perdagangan.

Cara Jualan Masa Kini

Balak RM 100,000.00

Jentera RM 100,000.00

Cara Jualan Masa Kini
Jualan kredit • Pembeli dapat membawa balik barang yang dibelinya untuk digunakan tanpa bayaran penuh. • Barang kemewahan yang tidak mempunyai nilai terpakai.

Cara Jualan Masa Kini

Kerusi Sofa Cash : RM 1800 Deposti: RM100 Bulanan: RM150 / 16 Bulan

Cara Jualan Masa Kini
Sewa beli • Jenis jualan kredit untuk barangan yang lebih mahal dan mempunyai nilai terpakai. • Tidak menjadi milik pembeli sehingga harga habis dibayar. • Faedah dikenakan atas baki wang yang perlu dibayar.

Cara Jualan Masa Kini

Cara Jualan Masa Kini
Jualan prabayar • Menggunakan kad prabayar. • Bayaran perlu dibuat sebelum menikmati barang atau perkhidmatan yang diinginkan.

Cara Jualan Masa Kini
Pesanan mel • Katelog dihantar bersama borang pesanan kepada bakal pembeli. • Pembeli akan hantar pesanannya kepada penjual berserta nombor kad kredit atau wang kiriman pos.

Cara Jualan Masa Kini
Mesin peruncitan automatik • Mesin yang menjual barangan biasanya makanan atau minuman dan diletakkan ditempat awam. • Pengguna memasukkan wang untuk mendapatkan barang belian daripada mesin tersebut.

Cara Jualan Masa Kini

Cara Jualan Masa Kini
Melalui internet (e-dagang) • Pengguna membuat pesanan melalui laman web penjual. • Laman web memaparkan segala produk sesebuah syarikat dan harga barang-barang tersebut. • Tempahan dibuat secara atas talian dan pembayaran menggunakan kad kredit.

Cara Jualan Masa Kini

Cara Jualan Masa Kini

Perbandingan Perniagaan Masa Dahulu dan Kini
Perniagaan Masa Dahulu • Sistem barter digunakan • Nilai barang sukar ditentukan • Pertukaran perlukan masa yang lama • Sukar membawa barang yang berat dan tidak tahan lama. • Pertukaran hanya berlaku jika wujud kemahuan serentak.

Perbandingan Perniagaan Masa Dahulu dan Kini
Perniagaan Masa Kini • Sistem wang digunakan • Urusniaga segera sebaik sahaja ada persetujuan. • Nilai mudah dibawa dan lebih selamat seperti kad kredit dan cek. • Wang menjadi nilai ukuran dan tidak memerlukan kemahuan serentak. • Nilai barang ditentukan dalam ringgit dan sen.

Ciri Perniagaan Pada Masa Akan Datang
Lebih menyenangkan pelanggan • Menggunakan kemudahan peralatan elektronik seperti komputer dan mesin ATM. • Kemudahan internet memudahkan pelanggan berurus niaga tanpa perlu pergi ke premis perniagaan. • Contoh : Perbankan online, pembelian online, pembayaran dan pemindahan wang melalui mesin ATM.

Ciri Perniagaan Pada Masa Akan Datang
Lebih menyenangkan pelanggan

Ciri Perniagaan Pada Masa Akan Datang
Perniagaan yang lebih cepat dan tepat • Memudahkan kerja merekod harga barang dan memudahkan penyelenggaraan stok. • Menggunakan alat pengimbas.

Ciri Perniagaan Pada Masa Akan Datang
Cara pembayaran yang lebih mudah • Pembeli tidak perlu membawa wang tunai yang lebih banyak semasa membeli belah. Lebih mudah dan selamat. Guna kad kredit, kad pintar atau mesin ATM.

Kesimpulan

Apa yang telah anda pelajar pada hari ini?

Terima Kasih Atas Perhatian Anda!!!
Disediakan oleh: ROSIADI BIN TAJUDIN SMK GADONG BEAUFORT

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->