1.

0 PENULISAN PROJEK (INDIVIDU) Definisi bahan manipulatif Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik di sekolah rendah menggunakan bahan manipulatif seharusnya menjadi suatu kemestian. Ramai dalam kalangan pendidik khususnya guru matematik mengakui hakikat bahawa bahan manipulatif adalah kunci penting kepada pengajaran kepada kanakkanak. Perkara ini didasari oleh teori Jean Piaget, seorang ahli psikologi dan falsafah yang banyak mengkaji dan membahaskan ilmu berkaitan tahap kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget (1952) kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrit untuk memahami istilah matematik dan simbol matematik. Hal ini kerana, muridmurid sekolah rendah masih berada dalam peringkat operasi konkrit di mana pemikiran abstrak dan hypotetikal mereka masih belum terbina sepenuhnya. Peringkat operasi konkrit adalah dalam peringkat umur 7 tahun hingga 11 tahun iaitu julat umur bagi kebanyakan murid-murid sekolah rendah. Pemikiran hypotetikal ialah pemikiran di mana seseorang itu berfikir berdasarkan situasi atau idea yang boleh diimaginasi berbanding yang realistik dan benar. Daya imaginasi pada peringkat kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang lebih dewasa. Menurut Heddens (2005) bahan manipulatif ialah model konkrit yang melibatkan konsep matematik, menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid. Pada masa sekarang, bahan manipulatif digunakan dalam pengajaran matematik telah diterima yang boleh diguna pakai sebagai satu kaedah yang akan membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna. Pendek kata, bahan manipulatif membantu murid-murid membina imej mental yang lebih jelas untuk memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik (Weiss, 2006).
Rajah 1: Guru boleh mengajar konsep menggunakan takrif rajah sebagai perwakilan fizikal atau bahan manipulatif pada peringkat operasi konkrit

Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa penggunaan kalkulator sebagai bahan manipulatif dapat meneguhkan sesuatu konsep empat operasi asas yang telah diajar kepada murid. pembangunan konsep dan idea yang dikaitkan dengan matematik sementara setiap bahan manipulatif yang direka adalah untuk tujuan tersendiri. Kesemua bahan manipulatif ini mempunyai fungsi tersendiri untuk konsep matematik yang berlainan. Rajah 2: Jean Piaget Rajah 3: Jerome Seymour Bruner . square tiles dan Unifix cubes. Namun begitu abakus. Cuisenaire rods. darab dan bahagi yang mana dapat mengukuhkan konsepsual matematik. Antara bahan manipulatif yang terkenal ialah Attribute Blocks. Polydrons/Geoshapes. Base Ten blocks. Oleh yang demikian. tolak. Terdapat juga sebilangan sarjana yang berpendapat abakus. Walaubagaimanapun hal ini adalah tidak benar kerana abakus dan kalkulator ialah alat pengiraan manakala carta pecahan (fraction chart) pula diklasifikasikan sebagai alat bantu mengajar. kalkulator dan carta pecahan boleh digunakan bagi menyokong dan membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik kerana alat-alat tersebut diakui sebagai sebahagian daripada resos matematik. 2010). (Swan dan Marshall. Pattern Blocks. kalkulator dan carta pecahan sebagai sebahagian daripada bahan manipulatif matematik. Multilinks cubes. Simbol-simbol yang terdapat pada kalkulator boleh mewakili konsep operasi asas seperti tambah.Sementara itu. bahan manipulatif matematik boleh mendorong ke arah kesedaran. Deria yang digunakan termasuk deria sentuh dan lihat. menurut Swan dan Marshall (2010) bahan manipulatif matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria yang mana pemikiran matematik dapat dipupuk dalam keadaan individu itu sedar atau tidak sedar.

Pada tahun 1973. (Frank. Di sini dapat difahami bahawa bahan manipulatif ialah bahan yang merapatkan jurang idea matematik abstrak dengan idea matematik konkrit supaya murid mahir atau matang dalam ilmu matematik. Setelah itu. p. Rajah 4: Dua jenis teknologi yang berbeza tetapi mempunyai fungsi yang sama. kanak-kanak mengaplikasikan bahan manipulatif tersebut. beliau telah memperhati kanakkanak menggunakan bahan manipulatif konkrit dan menyedari terdapat satu proses di mana murid membina pengetahuan konsep matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut. Bruner ialah seorang ahli psikologi yang banyak memberi sumbangan yang signifikan terhadap bidang psikologi kognitif manusia dan teori pembelajaran kognitif. 79). Dalam kajiannya itu. Pemerhatian beliau bermula apabila guru menunjukkan contoh-contoh bagaimana untuk menggunakan bahan manipulatif itu. Kalkulator (gambar pertama) berperanan sebagai medium kepada bahan manipulatif maya manakala abakus (gambar kedua) berfungsi sebagai medium kepada bahan manipulatif fizikal. kanak-kanak itu diminta untuk tampil ke hadapan melukis gambar tentang konsep dan menulis penjelasan apa yang difahaminya di papan hitam. 2010. . Bruner berpendapat kanakkanak tersebut telah memahami konsep matematik yang difahami dalam mentalnya (abstrak) dan dapat pula menjelaskan dalam bentuk lukisan (konkrit). Kemudiannya. Kedua-dua alat untuk pengiraan ini dapat membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) namun begitu kedua-duanya juga tidak diklasifikasikan sebagai bahan manipulatif. Jerome Seymour Bruner telah melakukan suatu pemerhatian di sebuah sekolah. 2012). (Kosko dan Wilkins. Melihatkan kepada tingkah laku kanak-kanak tersebut.

. Rajah 6: Gamabar satu ialah contoh Unifix Cubes. Murid boleh membentuk sifat seperti muka manusia daripada blok-blok bentuk matematik ini Selepas meneliti semua aspek.Rajah 5: Attributes block adalah satu jenis bahan manipulatif untuk menyediakan tugas-tugas yang mencabar dan berstruktur yang dikaitkan dengan identifikasi sifat. penutup botol. batu. Gambar dua menunjukkan kanakkanak meneroka dan bermain sendiri Unifix Cubes. guli dan lain-lain. Guru boleh membiarkan murid-murid menggunakan bahan manipulatif secara langsung untuk bermain. bahan manipulatif dapat disimpulkan sebagai alat atau bahan yang bersifat konkrit atau maujud yang melibatkan penggunaan tangan murid-murid dengan cekap terhadap objek yang dapat dipegang dan dimanipulasi untuk membantu murid-murid peringkat pra operasi membina pengetahuan dan konsep matematik secara langsung atau tidak langsung. membina. menguji dan membilang dengan harapan murid-murid tersebut dapat menguasai konsep matematik dengan lebih baik. Unifix Cubes berwarna warni. meneroka. Contoh lain bahan manipulatif fizikal selain di atas yang boleh didapati dengan mudah dari persekitaran ialah butang baju. bongkah kayu. kiub saling pautan yang dapat membantu kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas belajar matematik awal dan membaca konsep matematik.

perwakilan yang fleksibel. sumber yang tidak terhad. Penggunaan perisian-perisian ini dalam P&P diperlukan untuk mencetuskan pengajaran yang lebih bermakna. Perisian-perisian sebegini adalah platform kepada terbentuknya bahan manipulatif maya melalui kaedah-kaedah tertentu yang boleh dijadikan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) . 1994. dan mudah untuk dibersihkan. 2005. 2010).. 2002. . Yuan Lee. p. Clements & Sarama. Bahan manipulatif maya juga dapat didefinsikan sebagai replika yang betul kepada bahan manipulatif konkrit dan diletakkan dalam internet dalam bentuk aplikasi computer untuk membina pengetahuan matematik (Moyer. & Stanley. Moyer. (Moyer et al. Bolyard & Spikell. 2002). Suh & Moyer. Bahan manipulatif maya diakui dapat memberi kesan yang sama kepada murid iaitu P&P yang lebih bermakna. pengubahan. Hal ini kerana perisian-perisian seperti Mathdisk. 2005. 2007). (Wright. Ramai penyelidik percaya yang bahan manipulatif maya mempunyai keupayaan dan potensi untuk menangani kebanyakan kelemahan utama dalam menggunakan bahan manipulatif fizikal dalam P&P. menarik minat dan menyeronokkan di samping memudahkan proses pembinaan konsep matematik dalam mental murid.373). Banyak kajian yang menunjukkan bahan manipulatif menyediakan kelebihan yang unik dan boleh menjadi lebih efektif berbanding bahan manipulatif fizikal dalam menyokong pembelajaran. Bahan manipulatif maya mempunyai banyak kelebihan seperti keupayaan interaktiviti. tidak semua perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran itu adalah bahan manipulatif maya. Niezgoda. Geogebra dan MathXpert berfungsi sebagai medium kepada penyampaian bahan manipulatif maya. berasaskan laman sesawang yang menunjukkan visual objek yang dinamik yang digunakan untuk membina pengetahuan matematik. Sementara itu. 1998.Definisi bahan manipulatif maya Dalam membina ilmu pengetahuan matematik terdapat laluan atau kaedah alternatif yang boleh digunakan selain bahan manipulatif iaitu menggunakan bahan manipulatif maya sebagai salah satu kaedah pengajaran matematik masa kini. Bahan manipulatif maya boleh didefinisikan sebagai satu interaktif. & Wang. (Clemets & Sarama.

Rajah 7: Gambar satu ialah rod cuisanaire.2005). diletakkan di dalam internet. digunakan secara fleksibel dalam bentuk perisian komputer dan dapat dimanfaatkan untuk membina pengetahuan matematik dan membantu murid memahami idea dan konsep matematik. Dalam perkataan yang mudah. bahan manipulatif maya adalah juga bahan manipulatif fizikal tetapi diterjemah atau ditukar ke dalam bentuk perisian komputer dan kebanyakkan boleh didapati di internet.Bahan manipulatif maya adalah sama dengan bahan manipulatif fizikal seperti Attribute Blocks. 2005) secara interaktif. Cuisenaire rods. 2005). square tiles dan Unifix cubes tetapi direka dalam bentuk maya dalam komputer. gambar dua pula ialah base 10 block. Pattern Blocks. Base Ten blocks. . Multilinks cubes. Polydrons/Geoshapes. ketiga-tiga bahan manipulatif fizikal ini menjadi bahan manipulatif maya yang lebih fleksibel. boleh dimanipulasi tanpa had dan dapat memberi pemahaman konsep yang lebih menyeluruh tanpa halangan seperti yang berlaku dalam dunia realiti. Contoh bahan manipulatif maya ialah “Geometry applet” yang menyediakan pengalaman dinamik dalam geometri 3 dimensi (Joyce. Di dalam dunia komputer. “Algebra tiles” memberi peluang kepada pengguna untuk menyiasa t konsep dan hubungan dalam algebra (Texas A. dan “Base ten blocks activities” yang membantu pengguna untuk mendapat pemahaman tentang nilai tempat dan operasi (Mankus. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa bahan manipulatif maya adalah bahan manipulatif konkrit yang ditransformasikan atau diterjemahkan dalam bentuk visual iaitu bentuk maya. dan gambar ketiga ialah tangram puzzles.

p. menarik perhatian murid dalam P&P dan dapat meningkatkan minat murid terhadap pengajaran guru sekaligus merangsang motivasi murid. 2010. (Uribe-Flo‟rez & Wilkins. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bahan manipulatif dianggap sebagai alat yang dapat memberi murid pembelajaran secara konkrit. 2006).Peranan bahan manipulatif dan bahan manipulatif maya dalam mewujudkan P&P yang bermakna Apabila seseorang guru menggunakan bahan manipulatif sebagai alat kognitif seharusnya guru tersebut dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selain menggalakkan murid untuk sentiasa mengekalkan maklumat yang diperolehi dalam ingatannya. pengalaman hands-on yang mana dapat menfokuskan perhatian dan menguatkan motivasi murid. Di samping itu juga. menyediakan peluang kepada murid untuk memanipulasi. (Durmas dan Karakirik. bahan manipulattif juga dapat meingkatkan motor halus kanak-kanak dengan aktiviti hands-on. bahan manipulatif juga memberi murid-murid satu cara untuk memahami konseptual matematik yang abstrak dengan membolehkan murid-murid menghubungkan konsep tersebut dengan idea konkrit yang informal. Bahan manipulatif memberikan pengalaman konkrit. Ia adalah diakui bahawa penggunaan bahan manipulatif bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid tetapi meningkatkan kefahaman konsepsual dan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Rajah 8: Bahan manipulatif bukan sahaja memudahkan pemahaman murid terhadap konsepkonsep matematik tetapi meningkatkan motor halus murid kerana melibatkan pengalaman hands-on murid . Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahan manipulatif dapat membantu murid memahami idea-idea matematik yang abstrak dengan membolehkan murid-murid mengaitkannya dengan perkara atau idea konkrit secara tidak langsung. Berlakunya perkara ini maka P&P yang dijalankan guru adalah lebih bermakna kepada murid-murid. Selain itu juga. 363).

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran. tidak menumpukan perhatian dan membuat salah laku yang lain. Hal ini terjadi disebabkan bahan manipulatif itu adalah menarik kerana mempunyai warna yang pelbagai sebagai contoh Cuisanaire Rods. . Schiamberg dan Shelton (1998) murid akan berminat untuk belajar sekiranya mereka berpeluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti P&P dan perkara ini hanya akan berlaku jika dalam guru menyediakan bahan atau alat yang berfungsi sebagai bahan manipulatif. secara tidak langsung juga bahan manipulatif dapat mengatasi pelbagai masalah disiplin murid semasa di dalam kelas seperti mengganggu rakan semasa belajar.Menurut McKinney. Rajah 9: Pembelajaran secara aktif tidak membosankan selain dapat meningkatkan rasa ingin tahu (inkuiri). rasa ingin tahu. Melalui cara ini. Cuisanaire rods memberi peluang kepada murid belajar secara hands-on tentang konsep matematik seperti 4 operasi aritmetik asas dan perkara berkaitan dengan pecahan. deria sentuh dan deria pendengaran. bahan manipulatif akan dapat membangkitkan minat. Bahan manipulatif merupakan bahan yang boleh merangsang deria manusia dan diaplikasikan dalam konsep pembelajaran. disiplin dan kerjasama antara murid. Menurut Mok Soon Sang (1996). Tambahan pula. bahan manipulatif memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria. sekaligus disiplin dan sifat kerjasama akan terbentuk dalam kalangan murid. Apabila bahan manipulatif disediakan pembelajaran aktif akan berlaku dan murid akan terlibat dalam P&P secara langsung. Semua ini dapat dicapai dengan penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran. iaitu deria penglihatan. Bahan manipulatif berperanan secara tidak langsung dalam hal ini apabila murid mula menunjukkan minat dan fokus apabila mereka memanipulasi bahan manipulatif.

Bahan manipulatif maya juga memberikan maklum balas segera terhadap jawapan murid-murid yang mendorong murid-murid untuk memberi reaksi dan reflek bagi membentuk kekonseptualan matematik mereka. 2012). (Yuan. bahan manipulatif maya pula tidak dapat menyediakan pengalaman yang hands-on kepada murid dan perkara ini adalah salah satu kekuatan bahan manipulatif fizikal.Bahan manipulatif maya juga berperanan seperti bahan manipulatif fizikal kerana bahan manipulatif maya adalah model sebenar bahan manipulatif fizikal. ia adalah diperlukan untuk merekacipta bahan manipulatif matematik yang khusus untuk konsep matematik yang berbeza. . 1999). Nanum begitu. Bahan manipulatif maya juga boleh digunakan secara bergilir-gilir dengan bahan manipulatif fizikal kerana bahan manipulatif tidak diharapkan untuk menjadikan konsep matematik boleh „disentuh‟ tetapi untuk menyorot (highlight) ciri ciri yang menonjol dan penting tentang konsep. Guru perlu bijaksana dan kreatif dalam memilih bahan manipulatif fizikal dan bahan manipulatif maya kerana kedua-duanya memiliki kekuatan dan kelemahan tersendiri. Walaupun bahan manipulatif maya juga adalah simulasi kepada bahan manipulatif fizikal tetapi ia adalah abstrak kerana tidak berlaku aktiviti hands-on untuk bahan manipulatif maya. Bahan manipulatif maya juga menyediakan kelebihan yang lebih berbanding bahan manipulatif fizikal dengan menyingkirkan sekatan dan halangan yang mungkin akan ditempuhi dalam menjalankan tugasan matematik ketika bahan manipulatif fizikal digunakan. Bahan manipulatif maya juga menyediakan persekitaran yang interaktif di mana murid dapat mencari dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi untuk membentuk hubungan antara konsep matematik dan operasi. (Dorwand & Heal. Bahan manipulatif maya menjadi pelengkap kepada kelemahan bahan manipulatif fizikal yang terbatas penggunaannya dan juga tidak fleksibel. Jadi. Apa yang dapat disimpulkan kebanyakan bahan manipulatif maya adalah lebih bermanfaat berbanding bahan manipulatif fizikal walaupun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Sebagai contoh bahan manipulatif maya adalah fleksibel boleh digerakgerak dalam pelbagai cara dan kita boleh melakukan apa sahaja tanpa halangan.

. Penggunaan bahan manipulatif fizikal dan bahan manipulatif maya adalah contoh bahawasanya guru perlu proaktif dalam memainkan peranan sebagai pendidik. Guru perlu sedar dan sentiasa memastikan pendidikan yang dibawa adalah ketinggalan zaman dengan mengamalkan pembelajaran pasif dan mengabaikan bahan manipulatif sebagai resos matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran. kajian dan mengambil inisiatif bagaimana untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Pengajaran dan pembelajaran yang bermakna bermula daripada seorang guru dan bahan manipulatif hanya dapat membantu guru tersebut. Dapat disimpulkan bahawa banyak peranan bahan manipulatif dalam mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan.Kesimpulan Pada era globalisasi dan teknologi seperti zaman sekarang. Selain itu juga guru perlu bijak memilih bahan manipulatif fizikal atau bahan manipulatif maya kerana kedua-dua bahan perlu digunakan secra bergilir-gilir bagi melengkapi kelemahan dan kekuatan masing-masing. guru perlu memperbanyakkan pembacaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful