Disediakan oleh J16 : Cho Haw Yen Lee Huan Qin Lim Chun Kuan Thiam Zhe Xuan

Yong Shin Wei

 Malaysian National Cycling Federation, MNCF.
 Alamat berdaftar PKBM:  No.3-24, Jalan PM9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.  Alamat urusan PKBM:  No.3-24, Jalan PM9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.  Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh

diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Persekutuan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

 Bentuk logo adalah sebuah perisai

mempunyai erti kemenangan.
 Roda bulat yang terdapat di

bahagian bawah perisai itu menandakan sukan berbasikal.
 Bendera melambangkan negara

kita Malaysia.
 Perkataan ‘Persekutuan

Kebangsaan Berbasikal Malaysia” yang melengkongi perisai dengan sendirinya membawa erti nama Persekutuan ini.

1) Untuk menjadi badan pengelola menggalakkan dan

membangunkan sukan berbasikal di peringkat Kebangsaan.
2) Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan

baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan Antarabangsa bagi sukan berbasikal dan menjadi ahli gabungan peringkat Asean, Asia dan Dunia serta MOM.

3) Untuk menganjurkan atau mengelola kejohanan

atau pertandingan sukan berbasikal di semua peringkat dan acara. 4) Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili Negara dalam sukan berbasikal adalah terbuka dan adil. 5) Untuk mewakili Negara Malaysia dalam mana-mana pertandingan sukan berbasikal.

6) Untuk memastikan akaun ter-audit sepenuhnya serta

laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persekutuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan beserta dengan apa- apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan. 7) Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedahkaedah Persekutuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli. 8) Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persekutuan, asalkan tidak bercanggah dengan undangundang Negara.

9) Semua wang keuntungan yang didapati oleh Persekutuan

daripada penyertaannya dalam mana- mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persekutuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua- duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persekutuan ini. Persekutuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Persekutuan.

10) Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi

tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal- usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pendangan lain yang dipegang oleh anggota.

 Keahlian Persekutuan ini terbuka kepada Persatuan-

Persatuan Berbasikal di Malaysia dan terbahagi kepada tiga (3) kategori seperti berikut:1. AHLI GABUNGAN 2. AHLI BERSEKUTU 3. AHLI KEHORMAT

Terdiri daripada Persatuan Berbasikal peringkat negeri di Malaysia yang sah berdaftar dan boleh mengundi dan diundi. ii. Terdiri daripada Persatuan atau Kelab Berbasikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan boleh mengundi dan diundi.
i.

iii. Terdiri daripada Persatuan Berbasikal OKU Malaysia

yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan dan boleh mengundi dan diundi. iv. Terdiri daripada Persatuan Basikal Dalam Dewan/ Gelanggang yang sah berdaftar dan boleh mengundi dan diundi.

Terdiri daripada Pasukan Benua (Pasukan Kontinental) yang sah berdaftar dengan badan yang diakui iaitu Badan Berbasikal Dunia (UCI) dan tidak boleh mengundi dan diundi. ii. Terdiri daripada Majlis Sukan Universiti (MASUM) dan tidak boleh mengundi dan diundi.
i.

 Individu-individu yang pernah berjasa kepada

Persekutuan atau individu-individu yang boleh memberikan sumbangan kepada Persekutuan dan kuotanya bagi satu-satu masa tidak melebihi sepuluh (10) indiividu yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persekutuan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

 Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran

pendaftaran dan tahunan kepada Persekutuan seperti berikut:Bil Jenis Ahli 1. 2. 3. Ahli Gabungan Ahli Bersekutu Yuran Kontinental Yuran Pendaftaran RM 200 RM 500 RM 200 Yuran Tahunan RM100 RM 200 RM 2000

 Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat

secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha.  Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberikan alasan. Permohonan besertakan sijil pendaftaran, senarai jawatankuasa semasa dan laporan kewangan bagi persatuan atau kelab.

JAWATANKUASA INDUK
 Jawatankuasa Induk Persekutuan hendaklah terdiri daripada:i. Seorang Presiden ii. Seorang Timbalan Presiden iii. Lima orang Naib Presiden iv. Setiausaha v. Penolong Setiausaha vi. Bendahari vii. Penolong Bendahari viii. Seorang wakil setiap ahli gabungan ix. Dan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong

Bendahari dan tiga Ahli Majlis yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Induk dan tidak berhak mengundi dan diundi.

 Pemilihan Jawatankuasa Induk hendaklah dibuat

melalui pencalonan daripada ahli-ahli yang menjadi ahli persatuan gabungan dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan.  Borang pencalonan hendaklah dicalonkan oleh ahli gabungan dan disokong ahli gabungan yang lain serta dipersetujui oleh pihak yang dicalon.

 Jawatankuasa Kerja hendaklah terdiri daripada:i. ii.

iii.
iv. v. vi. vii.

Presiden Timbalan Presiden Lima orang Naib Presiden Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari

 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan

dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:Berumur lapan belas (18) tahun ke atas. Bukan seorang yang muflis.

i. ii.

iii.
iv. v. vi.

Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan dalam tempoh (5) tahun yang lalu.
Tidak pernah dipenjarakan lebih daripada dua (2) tahun atas kesalahan jenayah yang lalu.

Waras pemikiran.
Calon Jawatankuasa Induk hendaklah telah menjadi ahli kepada Persatuan Berbasikal Negeri sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan sebelum Mesyuarat Agung Pemilihan dibuat.

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa di kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Induk. ii. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas. iii. Mengurus dan mentadbir Persekutuan dan menjalankan program-program Persekutuan. iv. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan.
i.

Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas vi. Menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa Tatatertib bagi ahli-ahli Persekutuan vii. Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan pengurusan yang bergaji viii. Menimbang permohonan menjadi Ahli Persekutuan
v.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK / JAWATANKUASA KERJA
 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat

sekurang-kurangnya sekali di dalam masa empat bulan manakala Mesyuarat Jawatankuasa Kerja hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya sekali dalam masa empat bulan.
 Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan

kepada ahli-ahli tujuh hari terlebih dahulu.

 Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang

daripada empat orang Ahli Jawatankuasa Induk bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.
 Sekurang-kurangnya setengah (1/2) atau tujuh mana

yang kurang daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
 Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang tertinggi

dan menyeluruh bagi Persekutuan ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya.
 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak

lewat dari tarikh 30hb September tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk, sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis hendaklah diberikan secara bertulis oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli Persekutuan.
 Notis itu hendaklah disertakan dengan agenda mesyuarat

bersama-sama dengan salinan dokumen yang dinyatakan dalam agenda tersebut.

 Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah terdiri dari

tidak kurang dari satu pertiga (1/3) daripada Ahli Gabungan yang layak mengundi.
 Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari

masa yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh empat puluh lima (45) hari.
 Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada tarikh baru

mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak berkuasa untuk meminda perlembagaan.

 Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli

dan Pesuruhjaya Sukan salinan Penyata Tahunan Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesai mesyuarat itu.

Kewangan
 Kewangan Persekutuan boleh diperolehi melalui:-

Yuran tahunan dan penalti kemasukan semula. ii. Derma dan tajaan. iii. Bantuan daripada kerajaan atau badan-badan berkanun. iv. Hasil-hasil perniagaan Persekutuan. v. Sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undangundang negara.
i.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful