You are on page 1of 6

Panduan menukar cakap ajuk kepada cakap pindah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pelajar mesti mengenal pasti jenis petikan yang diberi.

Fahami kehendak dan arahan soalan. Baca petikan yang diberi dengan teliti. Pelajar tidak dibenarkan menambah atau meninggalkan isi serta mengubah maksud keseluruhan petikan. Pengolahan isi mesti mengikut susunan teks asal. Penggunaan kata singkatan mesti ditukarkan kepada perkataan yang lengkap seperti nak (hendak), mak (emak). Kata ganti diri, tempat , masa, dan sebagainya mesti ditukar dengan tepat. Struktur ayat perlu betul, pengolahan mesti baik dan lancar. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.

Tatabahasa : Cakap Ajuk & Cakap Pindah 1 . 2 . Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya. Contoh: Tutup pintu bilik itu, kata Helmi kepada adiknya. 3 Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk. . 4 Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan . menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya. 5 Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah. . Contoh: Helmi menyuruh adiknya menutup pintu bilik itu. Contoh: Cakap Ajuk ``Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok, kata Cikgu Halimah kepada Musa. ``Di bilik makmal sekolah, saya dapati terdapat enam buah kerusi. Saya juga melihat ada satu unit televisyen dan lima unit komputer yang diletakkan di atas meja di sebelah pintu masuk, kata Ah Ling. ``Datang ke kantin segera!, jerit Cikgu Linggam kepada muridmurid Tahun Enam Melur. ``Saya hendak ke kedai, kata Mahani sambil mengayuh basikalnya. ``Selamat Hari Guru, kata muridmurid sekolah itu secara serentak Cakap Pindah Cikgu Halimah berharap agar Musa dapat datang ke sekolah esok. Kata Ah Ling, di bilik makmal sekolahnya terdapat enam buah kerusi serta satu unit televisyen dan lima unit komputer yang diletakkan di meja bersebelahan dengan pintu masuk. Cikgu Linggam berteriak mengarahkan murid-murid Tahun Enam Melur datang ke kantin segera. Sambil mengayuh basikalnya, Mahani memberitahu dia hendak ke kedai. Murid-murid sekolah itu mengucapkan Selamat Hari Guru

semasa perhimpunan pagi.

secara serentak semasa perhimpunan pagi.

ASPEK TUKAR AYAT A. Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah

1. Kata Yusri,saya akan membaiki paip yang rosak itu sebentar lagi 2. Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku,tentu kamu tidak berhatihati,kata Mak Cik Zainab kepada anaknya. 3. Irfan,saya tidak suka awak mencampuri urusan peribadi saya,kata hazimah dengan perasaan marah. 4. Bila kamu akan berpindah ke rumah baharu?tanya Kumar kepada John. 5. Mengapa semua pelajar 5 Jarir tidak ke makmal? tanya Cikgu Mokhtar kepada Cikgu Ramli. 6. Kereta mama kotor sangat,tolong mama cuci ya,pinta Yuhaini kepada anaknya. 7. Sekarang musim panas,buah-buahan banyak tidak menjadi,beritahu Muhaimin kepada pelanggan tetapnya. 8. Selepas bermain bola sepak kita mandi di sungai,ajak Muazzim kepada kawan-kawannya. 9. Atap rumah itu telah rosak akibat angin kuat malam semalam,kata Maisarah kepada Marsilla.

B. Tukar dialog kepada cakap pindah Aini ; Awak ke pekan semalam? Nas : Tidak,mengapa? Aini : Saya lihat banyak penunggang motosikal kena tahan Nas : siapa yang tahan mereka? Aini : Pihak polis kerana mereka terlibat dalam lumba haram Nas : Betullah,mereka tidak sayang akan nyawa sendiri Aini : Aku berharap mengulanginya lagi tindakan itu akan menyedarkan mereka dan tidak

Fatimah: Eh,apa yang kaubaca tu?

Meor : Ni hah,berita hangat tentang keracunan makanan yang berlaku di sekolah Akhir-akhir ini. Fatimah: Aku pun pernah terbaca.Tapi,apakah puncanya? Meor : Daripada petikan ini,aku rasa pengusaha kantin sekolah mengabaikan factor kebersihan. Fatimah: Betul pendapat kau tu.Mereka sepatutnya mementingkan kebersihan,bukan keuntungan semata-mata. Meor : Aku setuju,pandai pun kau.

Jawapan

1. Yusri berkata bahawa dia akan membaiki paip yang rosak itu selepas itu. 2. Mak Cik Zainab ingin tahu cara kejadian itu boleh berlaku dan berpendapat bahawa anaknya tidak berhati-hati. 3. Hazimah memarahi Irfan kerana dia tidak suka Irfan mencampuri urusan peribadinya. 4. Kumar menanyakan John masa dia akan berpindah ke rumah baharunya. 5. Cikgu Mokhtar bertanya sebab pelajar tingkatan 5Jarir tidak ke makmal kepada Cikgu Ramli. 6. Yuhaini memberitahu anaknya bahawa keretanya sangat kotor dan dia meminta anaknya menolongnya mencuci kereta itu. 7. Muhaimin memberitahu pelanggan tetapnya bahawa pada masa sekarang musim panas dan buah-buahan banyak yang tidak menjadi.

8. Muazzim mengajak kawan-kawannya pergi mandi di sungai selepas mereka bermain bola sepak. 9. Maisarah memberitahu Marsilla bahawa atap rumah tersebut telah rosak akibat angin kuat pada malam semalam.

Dialog kepada cakap pindah

Aini bertanya kepada Nas sama ada dia ke pekan atau tidak kelmarin.Nas berkata bahawa dia tidah ke pekan,sambil bertanya semula kepada Aini tentang pertanyaannya itu.Aini menjelaskan bahawa dia melihat banyak penunggang motosikal yang ditahan.Aini.Nas ingin tahu pihak manakah yang menahan mereka.Aini menjelaskan bahawa mereka ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam perlumbaan haram.Nas berkata bahawa mereka tidak saying akan nyawa sendiri.Aini menyatakan harapannya,dengan tindakan itu mudah-mudahan mereka akan sedar dan tidak melakukan perbuatan itu lagi.Nas juga menyatakan harapan yang sama selain mengharapkan mereka itu akan melakukan perkara yang lebih berfaedah pada masa depan.

i. ii.

Dengan perasaan ingin tahu,Fatimah bertanya kepada Meor tentang bahan yang sedang dibacanya. Dengan tegas,Meor menjelaskan kepada Fatimah,berita hangat tentang keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir ini. Fatimah memberitahui Meor bahawa dia juga telah membacanya.Namun,Fatimah menyatakan bahawa dia belum mengetahui punca-punca berlakunya kejadian tersebut. Berdasarkan berita terkini,dia berpendapat bahawa pengusaha kantin sekolah yang mengabaikan kebersihan adalah antara faktornya. Fatimah bersetuju dengan pendapat Meor.Menurut Fatimah,mereka sepatutnya mengutamakan kebersihan dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata. Meor bersetuju dengan pendapat Fatimah lantas memuji Fatimah yang dianggap sebagai seorang yang bijak.

iii.

iv.

v.

vi.

MENUKAR CAKAP PINDAH KEPADA CAKAP AJUK

Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara: (a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("..."). (b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja.Tidak perlu tanda pengikat kata. 1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini". 2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog. 3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya. 4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu". 5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya boleh digunakan.Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang". 6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong". 7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap. 8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata. 9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal. Soalan Latihan Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya.Gunakan bahasa yang gramatis. Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Jawapan "Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi. "Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi. "Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir. "Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi. "Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir. "Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi, "Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

You might also like