You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKSI MINGGU 12 (14 APRIL 2013 HINGGA 18 APRIL 2013)

MASALAH Minggu ini merupakan minggu terakhir praktikum bagi pelajar semester tujuh PISMP. Pada minggu ini, sekolah praktikum saya telah mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid Pendidikan Khas ke Cameron Highlands pada 17 dan 18 April 2013. Sepanjang lawatan sambil belajar ini berlangsung, saya mendapati masalah pengurusan masa untuk setiap tempat yang dilawati adalah kurang berjalan lancar. Contohnya dapat dilihat semasa hendak bertolak ke Cameron Highlands pada pagi 17 April 2013. Sepatutnya perjalanan bas dimulakan pada jam 7.30 pagi namaun pada hari kejadian, bas hanya bertolak pada jam 8.30 pagi. Hal ini menyebabkan perjalanan bermula lewat dan memberi kesan untuk tiba ke destinasi. Selain itu, masa yang diperuntukkan di setiap kawasan yang dilawati agak singkat dan menyebabkan guru-guru tidak mematuhi masa yang diperuntukkan. Oleh itu, kegagalan mengikuti masa yang diperuntukkan menyebabkan kelancaran aktiviti lawatan sambil belajar ini agak kurang sempurna. Selain itu, terdapat juga keluhan yang didengari daripada beberapa orang guru yang terpaksa menunggu guru yang lain di dalam bas. Justeru itu, hal ini mewujudkan suasana yang kurang mesra semasa sesi lawatan sambil belajar ini berlangsung.

CADANGAN Masa itu emas. Itulah pepatah yang berkaitan dengan masa yang diperkatakan selama ini. Namun, sekiranya tiada sesiapa yang memahami maksud tersirat pepatah ini, ianya hanya dianggap perkara biasa bagi individu tersebut. Oleh itu, bagi mengatasi masalah yang saya hadapi pada minggu ini, beberapa cadangan berikut diharap dapat membantu saya pada masa akan datang: Setiap guru harus mematuhi masa yang telah ditetapkan di dalam tentatif lawatan supaya pengurusan masa berjalan dengan lancar. Guru yang mempunyai masalah semasa aktiviti dijalankan haruslah memberitahu rakan-rakan yang lain supaya guru-guru lain memahami situasi dan cuba menolong menyelesaikan masalah. Oleh itu, saya berharap agar masalah ini tidak akan wujud lagi dalam mana-mana sesi aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Selain itu, ianya turut mengajar saya mematuhi masa agar tidak mendatangkan kesusahan kepada orang lain.

You might also like