You are on page 1of 76

Penilaian Kemahiran Lisan Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara : pelajar dengan guru

pelajar dengan pelajar pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek LISAN yang dinilai ialah : kefahaman konsep pengetahuan fakta pemikiran peringkat tinggi kecekapan mendengar penggunaan bahasa yang tepat kecekapan matematik gaya persembahan kelancaran berbahasa pertuturan dan sikap

Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai : karangan laporan projek/kerja kursus/folio latihan dan ujian bertulis huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran men kemahiran menulis menyusun idea perbendaharaan kata mengaplikasi mentafsir menilai mempertahan / menyokong hujah menyebar idea / buat rumusan /cadangan

berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai : (a) Kata alu-aluan/pendahuluan (b) Kata-kata penghadapan (c) Isi (d) Penutup Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat dan Langkah/Kemahiran:

Persediaan Memahami tajuk dan kehendak soalan. Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan Penulisan Menulis perenggan pendahuluan Mengembangkan isi-isi secara tersusun Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup Penyemakan Menyemak ejaan dan tanda baca Menyemak tatabahasa Menyemak jumlah perkataan

1.

Satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.

2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampai- kan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif, dan rasional.

3. Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. 4. soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut. huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.

setiap pihak haruslah yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan. sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi. setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat. masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. markah tidak diberikan untuk lebihan masa.

ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.

ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan. pidato dimulakan dengan kata-kata aluan kemudian perkenalkan tajuk. ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri. keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai. ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.

satu bentuk puisi lisan moden. ~ ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat. ~ ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak. ~ gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2. ~ penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

~ satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi. ~ rangkap2 yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud. ~ ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut. ~ kesinambungan bunyi di hujung setiap baris. ~ ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun. ~ gaya bahasa yang berbunga2 dan keindahan persekitaran turut diselitkan

- Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. - Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton. - Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan. Antara jenis-jenis ceramah ialah :i) Ceramah agama ii) Ceramah pendidikan iii) Ceramah kesihatan iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya.

- Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi. - Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat. - Seperti perumpamaan, bidalan dan rumusrumus bahasa tersirat. - Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud umpama dan ibarat - Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.

- Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. - Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris. - Antara ciri-ciri pantun ialah :i) Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan ii) Bahasa bebas dari pantang larang iii) Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan. iv) Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru. iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya. v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: Kerja kursus / PEKA Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1.Kerja kursus / PEKA Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran LPM membekalkan dokumen pentaksiran LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Penskoran dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras. Penskoran dan pelaporan oleh sekolah. Sekolah mengeluarkan sijil.

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut: 1. Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

2. Ditadbir diperingkat sekolah - merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

1. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

3. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
5. Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 6. Pelaporan positif -Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

i. Daya kreatif contoh; mereka cipta, melukis. ii. Kemahiran proses sains contoh; memerhati, membuat inferens. iii. Perlakuan dan amalan nilai contoh; membantu, berdikari.

i. Sikap contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja. Kesihatan dan kecergasan contoh; sihat, cergas dan aktif. Kemahiran kinestetik contoh; bersukan, bergerak secara kreatif. Bakat dan minat contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan jenis ujian yang berasaskan kemahiran (yang diajar dalam jangka masa pendek).

Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangkamasa panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid.

3.Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. 5.Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. 7.Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.

Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja. Ia hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji. Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ia selalu melibatkan data-data bahasa yang artifical,iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.

Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja. Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid. Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan perancangan pengajaran guru.

1. PORTFOLIO 2. PEMERHATIAN

Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahanbahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio 1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. 2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif 3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. 4. Menggalakkan pembelajaran secarainteraktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. 5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. 6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio 1. Porfolio kerja harian Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. 2. Portfolio hasil terbaik Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif. 3. Portfolio dokumen. Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan

Penilaian Portfolio 1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. 2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui buktibukti lain. 3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. 4. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. 5. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. 6. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Kepentingan Portfolio 1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. 2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar 3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. 4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar. 5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio 1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. 2. Kenalpasti isi kandungan portfolio. 3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio. 4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Merekod Penilaian Portfolio

Dua cara merekod penilaian portfolio, iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penentuan gred.

Kriteria Penilaian 1. Struktur dan organisasi 2. Strategi pengurusan 3. Variasi isi yang sesuai 4. Struktur ayat dan gaya bahasa 5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri. 6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiaptiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar. 7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan

1. Kualiti Pemerhatian - Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. - Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. - Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. - Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. - Tekal dan stabil dalam penilaiannya

Bentuk Perancangan - Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. - Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. - Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod Penilaian Pemerhatian Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi: Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas Menjalankan Tugasan Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . Cara merekodkan dapatan dan rumusan Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. Tindakan Susulan Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Jenis Pemerhatian Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

Strategi Pelaksanaan Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang. Menggunakan senarai semak. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Penilaian Melalui Pemerhatian Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran iaitu suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar(individu / kumpulan) dilakukan secara bertulis.

Kriteria KP yang berkaitan dengan penghasilan tugasan adalah: Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan? Bagaimana tugasan itu dilaksanakan? Berapa lama tugasan tersebut perlu disiapkan ? Konsekuen yang diterima oleh pihak yang gagal memenuhi atau mematuhi kontrak yang telah dibuat (penolakan markah). Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan. Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan Kriteria ditetapkan oleh guru

Fungsi Kontrak Pembelajaran


Pelajar mengenal pasti & merekod Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri Kenal pasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masingmasing Hasilkan kerja yang terancang Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan

Kontrak pembelajaran digunakan dalam pelbagai cara mengikut tahap penglibatan pelajar dalam menentukan kaedah, objektif, dan penilaian Tugasan yang diberi. Cara-cara: 4.Penilaian objektif tugasan Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana-mana yang difikirkan paling sesuai Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana2 yang paling sesuai 2. Hasil pembelajaran Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb. Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru 3. Penilaian Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya

Format / Bentuk Keperluan tugasan / kontrak boleh dibuat mengikut bentuk keperluan tugasan / kontrak & pihak yang terlibat Sesetengah kontrak / tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas.

Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan. Senarai semak mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat perjanjian sebelum mematrikan kontrak. Matlamat yang hendak dicapai semasa melalukan tugasan perlu difikirkan terlebih dahulu. kemudian ditentukan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut. Kontrak akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif / tujuan kerjanya, tahap kerja yang disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang patut dilakukan.

Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas. Guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid. Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi. Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Rubrik Penilaian Brosur 1. Lemah (0-5) 2. Sederhana (6-8) 3. Cemerlang (9-10)

Rubrik Penilaian Brosur


ASPEK Kreativiti dan keaslian LEMAH (0-5) Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat) Reka bentuk dan paparan yang salah SEDERHANA (6-8) Mempunyai kekreatifan dan keaslian CEMERLANG(9-10) Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik

Fungsi

Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki. Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi

Tatabahas a

Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah

Ilustrasi

Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti background format, drawing, colour, transitions dan animations, drawing tools dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

MATLAMAT Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat tempatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict OBJEKTIF Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut: -Hasil ciptaan sendiri -Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri -Berasaskan Windows -Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti 2. Keberkesanan kesinambungan persembahan 3. Ketepatan isi kandungan 4. Kelengkapan laporan 5. Cara penyampaian maklumat 6. Keistimewaan persembahan 7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd 8. Masa terhad untuk persembahan.

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui progra kegiatan belajar. Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes. Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN TEMA : PENGALAMAN i. KOMPETENSI DASAR 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah ii. INDIKATOR 1. PKN Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lainlain) Memberi contoh hidup rukun di rumah Membeni contoh hidup rukun di sekolah Menjelaskan akibat hidup tidak rukun Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN A. KEGIATAN AWAL 1. Doa bersama 2. Absensi siswa 3. Apresiasi: Menyanyikan lagu Nama-Nama Hari B. KEGIATAN Inti 1. Menceritakan hidup rukun di rumah 2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah 3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lainlain)

4. Memberi contoh hidup rukun di rumab 5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah 6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun 7. Menyebutkan manfaat hidup rukun 8. Menyapa teman sebaya dengan benar 9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain 10. Membuat kalimat sapaan secara lisan 11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana) 12. Membuat kalimat Tanya dengan benar 13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50 14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50

C. KEGIATAN AKHIR 1. Siswa melaksanakan tugas portofolio 2. Pelajaran ditutup dengan lagu Aku Anak Sehat

a. METODE 1. Ceramah 2. Demonstrasi 3. Game

4. Tanya Jawab 5. Tugas

b. SUMBER 1. Buku Tematik Kelas I (Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS) 2. Pengembangan Guru c. MEDIA 1. Kartu bilangan 3. Kantu kata

2. Kartu huruf 4. Gambar yang relevan

v. PENILAIAN 1. Lisan 3. Perbuatan

2. Tertulis 4. Portofolio

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN a. KAEDAH JIGSAW - Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). - Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu: Pergantungan secara positif Tanggungjawab Interaksi secara terus (bertentang mata)

b. KRITIKAN TERBUKA
- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakanrakan sekelas. - Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. - Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN


- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000). - Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. - Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

You might also like