JURNAL MINGGU 11 (8 – 12 APRIL 2013

)

Masalah Bagi minggu kesebelas ini, saya menghadapi masalah daripada pengurusan masa saya sendiri. Ini kerana saya banyak terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh sekolah iaitu latihan bola baling serta melukis mural sekolah. Ini telah menyebabkan komitmen saya untuk mengajar murid-murid saya di dalam kelas berkurangan.

Analisis Masalah yang saya hadapi adalah berpunca daripada diri saya sendiri iaitu tidak pandai menguruskan masa dengan baik. Oleh yang demikian, saya perlu melakukan sesuatu agar saya dapat kembali menjadi guru biasa yang mengajar murid-murid saya di dalam kelas.

Cadangan Untuk Memperbaiki a. Mengurangkan masa untuk latihan dan tumpukan pada pengajaran saya di dalam kelas. b. Meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk masuk pada waktu kosong bagi kelas yang saya ajar. c. Menyediakan latihan kepada murid-murid untuk dibuat di rumah.

Tempoh Masa Saya akan cuba untuk memperbaiki masalah ini secara serta merta. Saya akan sentiasa mengingatkan diri untuk mengutamakan kurikulum daripada kokurikulum. Saya juga akan berusaha untuk mencari sebanyak mungkin masa untuk masuk mengajar di dalam kelas saya.

Mengurangkan masa untuk aktiviti kokurikulum . Miminta waktu kosong daripada pihak sekolah 2. Menyediakan latihan sekiranya saya tidak dapat masuk 3.Tindakan Susulan Bagi mengatasi masalah ini. saya akan : 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful