INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PISMP) SEMESTER 3, TAHUN 2013

Hafiez azizan bin osman Nurmelda binti patric Nor amirah binti mohd rupiah Nur firdarena binti firdaus PENSYARAH PEMBIMBING : En. Nazri bin halim

Soalan struktur

Soalan 1
Senaraikan lima jenis kecerdasan pelbagai. 1. verbal-linguistik 2. logik-matematik 3. muzik kinestetik 4. visual-ruang 5. interpersonal 6. intrapersonal 7. naturalis 8. kinestetik

Soalan 2
Nyatakan perbezaan antara intrapersonal dan interpersonal kecerdasan pelbagai. unsur dalam

Kecerdasan

interpersonal

membolehkan

seseorang

itu

memahami

perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah.

Mereka biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
• Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendri. Mereka selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri.

Soalan 3
Cikgu A meminta refleksi murid secara dalam kumpulan Mawar membuat mendalam berdasarkan

pengalaman, perasaan diri mengenai masalah serta

penyelesaiannya dalam strategi penyelesaian masalah
setelah tamat sesi perbincangan kumpulan. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan dan huraikan jenis kecerdsan pelbagai yang digunakan oleh Cikgu A.

Intrapersonal - Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, kemahiran hasrat dan kehendak, termasuklah bagaimana

seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain.
Kecerdasan ini juga membantu individu menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

SOALAN ESEI

Soalan 1
Guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan murid kerana setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal,

intrapersonal, dan naturalis. Huraikan lima daripada 8
jenis-jenis kecerdaan pelbagai tersebut.

Verbal Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

Logik matematik

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami
kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Visual-ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

Muzik

Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan mudah.

Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga

membantu individu menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal kemarahan atau kesedihan
diri. Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.

Soalan 2
Sediakan satu RPH yang menerapkan unsur kecerdasan pelbagai dalam P&P

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful