You are on page 1of 22

GEOGRAFI - TINGKATAN 1 BAB 6:BENTUK MUKA BUMI

Pengenalan

1. Malaysia terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. 2. Keluasan Malaysia ialah 329 758 km persegi.

3. Semenanjung Malaysia dipisahkan dari: (a) Singapura oleh Selat Tebrau; (b) Sumatera di Indonesia oleh Selat Melaka; dan (c) Sabah serta Sarawak oleh Laut China Selatan. 4. Selat Melaka ialah selat yang terpanjang di dunia. 5. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutuan, iaitu: (a) Kuala Lumpur (b) Labuan; dan (c) Putrajaya Kedudukan dan Keistimewaan Pelbagai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia 1. Malaysia terletak di persimpangan jalan laut dan laluan udara antarabangsa, iaitu dari barat ke timur dunia. 2. Kedudukan yang strategik ini menjadikan Malaysia masyhur dan penting sebagai pusat perdagangan antarabangsa. 3. Banyak kapal di barat seperti Eropah dan Amerika menggunakan laluan Selat Melaka untuk ke negara-negara timur seperti Jepun dan China. 4. Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi iaitu tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, dan pinggir laut. 5. Bentuk muka bumi yang pelbagai menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan. 6. Aktiviti pelancongan sesuai dijalankan di kawasan tanah tinggi dan pinggir laut. 7. Pinggi laut yang berteluk-teluk menggalakkan kegiatan perikanan dijalankan.

8. Kawasan tanah pamah dan kaki bukit yang beralun membolehkan pelbagai kegiatan pertanian dijalankan. Tanah Tinggi 1. Hampir 60 peratus daripada keluasan Malaysia terdiri daripada kawasan tinggi. 2. Tanah tingginya melebihi 180 meter tingginya. 3. Kawasan tanah tingginya terletak di: (a) bahagian tengah Semenanjung Malaysia; dan (b) pedalaman Sabah dan Sarawak. 4. Kawasan tanah tinggi di Malaysia terbentuk daripada proses lipatan kerak bumi. 5. Di Semenanjung Malaysia, banjaran gunung mengajur dari Thailanf di utara sehingga ke negeri Johor di selatan. 6. Ciri-ciri utama kawasan tanah tinggi di Malaysia: (a) Terbentuk hasil daripada proses lipatan kerak bumi; (b) panjang, tinggi dan hampir selari; (c) Terdidri daripada gunung lipat tua; (d) Purata ketinggian banjaran gunung kira-kira 1 525 meter; (e) Banjaran gunung menganjur dari arah utara ke selatan; (f) Terdiri daripada batu granit dan batu kapur; (g) Banyak gua batu kapur (h) Stabil dan bebas daripada aktiviti gunung api serta gempa bumi. 7. Gua batu kapur terbentuk hasil daripada proses larutan batu kapur. 8. Banjaran-banjaran utama dan ciri-cirinya dapat diperhatikan dalam peta di bawah. 9. Banjaran gunung Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Banjaran Gunung Asia yang bermula dari Pusat Perbanjaran Pamir di utara India.

Malaysia: Kawasan tanah tinggi dan banjaran utama Ciri-ciri (a) Semenanjung Malaysia. 1. Di tengah-tengah Semenanjung Malaysia terdiri daripada sekumpulan banjaran gunung yang menganjur dari sempadan Thailand di utara sehingga ke negeri Johor di selatan. 2. Purata ketinggian banjaran gunung ini ialah kira-kira 1 525 m dan merendah ke arah selatan. 3. Kawasan tanah tinggi ini paling luas di utara dan meruncing ke arah selatan. 4. Kawasan ini terdiri daripada batu granit dan batu kapur. 5. Banjaran Nakawan dan Banjaran Kedah- Singgora terletak di bahagian utara. 6. Ke arah timur Banjaran Titiwangsa juga terdapat Banjaran Benom dan Banjaran Pantai Timur.

(b) Sabah dan Sarawak (1) Kira-kira 60% daripada kawasan Sabah dan Sarawak adalah bergunung-ganang. (2) Kawasan tanah tinggi ini terletak di bahagian barat dan tengah Sabah. (3) Banjaran Witti dan Banjaran Trus Madi terletak di timur Banjaran Crocker. (4) Kedua-dua banjaran ini berputus-putus dan tidak setinggi Banjaran Crocker. (5) Di Sarawak, kawasan banjaran gunung terletak di pedalamannya dengan purata ketinggian kira-kira 1 200m. (6) Banjaran Tama Abu adalah banjaran sambungan daripada Banjaran Crocker (7) Gunung Murud (2 425 m) di banjaran Tama Abu adalah kemuncak tertinggi di Sarawak. (8) Banjaran Iran dan Banjaran Nieuwenhuis terletak di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak. (9) Dataran Tinggi Usun Apau dan Dataran Tinggi Merurong terletak berhampiran dengan Banjaran Dulit dan Banjaran Iran. (10) Gunung Mulu adalah sebuah rabung yang mempunyai banyak gua batu kapur.

Pembentukan Banjaran Gunung di Malaysia 1. Banjaran gunung di Malaysia terbentuk sebagai akibat proses lipatan kerak bumi. 2. Gunung-gunung di Malaysia dikenal sebagai sistem gunung lipat. 3. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana kerak bumi terlipat akibat kuasa mampatan.

(a) Kerak bumi dimampatkan

(b) Proses mampatan menyebabkan kerak bumi termampat dan terlipat. Bahagian yang terangkat membentuk tanah tinggi. 4. Kawasan pergunungan benua Asia terdiri daripada gunung lipat muda dan gunung lipat tua. 5. Proses pembentukan gunung lipat mengambil masa berjuta-juta tahun.

1. Proses mampatan kerak bumi di benua Asia kira-kira 35 juta tahun dahulu telah membentuk sistem gunung lipat. 2. Lipatan ini bermula dari Pusaran Pamir dan menganjur ke arah timur lalu membentuk & Banjaran Himalaya, Banjaran Karaloram, Kunlun Shan, dan Tien Shan. 3. Banjaran yang terletak berhampiran dengan pusat lipatan adalah tinggi. 4. Banjaran Himalaya adalah banjaran gunung yang terpanjang dan tertinggi di dunia. 5. Banjaran ini mempunyai lebih 30 gunung yang mencapai ketinggian lebih daripada 7 300 m. 6. Gunung Everest ( 8 848 m) yang terletak di Banjaran Himalaya adalah gunung tertinggi di dunia. 7. Gunung K2, gunung kedua tertinggi di dunia terletak di Banjaran Karakoram. 8. Proses lipatan dari Banjaran Himalaya bersambung dan menganjur ke tenggara dan & melengkok ke selatan Asia Tenggara, Bukit Naga, dan Bukit Chin di Thailand dan Arakan Yoma di Myanmar. 9. Seterusnya proses lipatan ini merebak dan membentuk Banjaran Barisan di Sumatera, Jawa Selatan, Bali, Flores, Banda, Sulawesi dan Banjaran kapuas Hulu, dan Banjaran Iran di Sarawak serta Banjaran Crocker di Sabah. 10. Pulau-pulau di luar pantai barat Sumatera seperti Pulau Nais, Kepulauan Mentawi, Pulau & Timor dan Ceram turut terbentuk daripada proses lipatan ini. 11. Proses lipatan ini berakhir di Sulawesi, Indonesia serta Pahlawan dan Sulu di Filipina. 12. Sebahagian Asia Tenggara mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana terletak dalam Lingkaran Api Pasifik. Contohnya dari Pulau Sumatera hingga Filipina. 13. Kawasan ini terletak di pertembungan plat-plat yang retak dan tidak stabil. 14. Plat-plat terbentuk akibat arus perolakan dalam bahagian kerak bumi.

1. Gunung-gunung lipat tua di Asia terbentuk kira-kira 100 juta tahun dahulu dan dikenal sebagai Sistem Gunung Indo-Malaya.

2. Proses lipatan ini bermula dari Dataran Tinggi Yunnan di negara China dan menganjur Dataran Tinggi Shan di Myanmar, Banjaran Bilauktaung di Thailand, Banjaran Annam di Vietnam, dan anjaran Titiwangsa di Malaysia. 3. Kawasan ini adalah stabil kerana proses lipatan telah terhenti di sini. 4. Gempa bumi dan letusan gunung berapi tidak lagi berlaku di kawasan ini. 5. Banjaran-banjaran gunungnya telah banyak mengalami hakisan air dan udara. 6. Oleh itu, gunung-gunung pada masa sekarang tidak begitu tinggi berbanding dengan masa dahulu. Pentingnya Tanah Tinggi

Tanah Pamah Taburan dan Ciri-ciri 1. Kawasan tanah pamah di Malaysia kurang daripada 200 meter. Biasanya kawasan tanah pamah terletak di lembah sungai dan berhampiran dengan laut. 2. Kebanyakan dataran dan delta yang luas terletak di sepanjang pantai. (a) Semenanjung Malaysia 1. Semenanjung Malaysia mempunyai jaluran tanah pamah di barat dan timur. Bahagian tengahnya diliputi tanah tinggi.

Malaysia: Kawasan tanah pamah (a) Pantai Barat -Jaluran tanah pamah pantai barat Semenanjung Malaysia menganjur dari Perlis di utara hingga ke Johor di Selatan. -Jaluran tanah pamah ini kira-kira 800 km panjang dan lebarnya di antar 20 hingga 65 km dari pantai Selat Melaka ke kawasan tanah tinggi. -Disepanjang lembah sungai terdapat tanah pamah seperti lembah Sungai Perak,Sungai Bernam dan lembah Sungai Muar.

-Dibahagian hilir sungai terdapat dataran iaitu kawasan rendah yang lebih luas. -Dataran-dataran yang luas di pantai barat ialah Dataran Kedah, Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan. (b) Pantai Timur -Jaluran tanah pamah pantai timur Semenanjung Malaysia menganjur dari Kelantan hingga ke Johor. -Jaluran pantai ini tidak berterusan kerana kaki Banjaran Pantai Timur menganjur masuk ke tanah pamah ini. -Lebarnya jaluran tanah pamah ini di antara 10 hingga 45 km. -Di kawasan pantai timur terdapat lembah-lembah sungai seperti lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, Dataran Terengganu dan lembah Sungai Terengganu. -Dataran luas terdapat di Dataran Kelantan, Dataran Terengganu dan Dataran Pahang. (b) Sabah 1. Tanah pamah di Sabah terdapat di pantai timur dan pantai barat. 2. Kawasan tanah pamah di sebelah pantai timur lebih lebar daripada pantai barat. 3. Kawasan dataran yang luas terdapat di bahagian hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. 4. Kawasan tanah pantai barat dikenal sebagai Dataran Pinggir Laut Barat Sabah. 5. Dataran ini adalah lebih sempit kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut. (c)Sarawak 1. Tanah pamah di bahagian barat Sarawak dikenal sebagai Dataran Pinggir Laut Sarawak adalah panjang (650 km). 2. Kawasan tanah pamah di barat daya, iaitu Delta Rajang adalah lebih lebar (80km). 3. Di sini, Sungai Rajang yang panjang membentuk lembangan yang luas. 4. Dataran pinggir laut di bahagian barat daya terputus-putus oleh gunung-gunung seperti Gunung Gading dan Gunung Serapi. 5. Di sepanjang pinggir laut terdapat paya, pantai berlumpur dan kadang-kadang berpasir. Pentingnya Kawasan Tanah Pamah 1. Kawasan tanah pamah dan dataran yang terdiri daripada tanih aluvium sangat sesuai untuk kegiatan penanaman padi. Contohnya seperti Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kelantan. 2. Kawasan tanah pamah, dataran dan tanah beralun yang bersaliran baik sesuai untuk kegiatan penanaman getah dan kelapa sawit: (a)getah: Selangor, Johor, di sekitar Sri Aman dan Sandakan; (b)kelapa sawit: di sekitar Labis, Kluang dan Segi Tiga Jengka.

3. Kawasan tanah pamah menjadi kawasan petempatan dan tumpuan penduduk seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya di Lembah Klang. 4. Kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan. Contohnya, Lebuh Raya Utara-Selatan dan landasan kereta api dari Padang Besar ke Johor Bahru. 5. Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas dibina di kawasan tanah pamah sepanjang pinggir laut. 6. Kebanyakan kawasan perindustrian dimajukan di kawasan tanah pamah. Contohnya, di Petaling Jaya, Shah Alam, Bayan Lepas, Pasir Gudang, Sarikei dan Likas. 7. Kawasan lembah sungai yang kaya dengan sumber mineral menggalakkan kegiatan perlombongan seperti perlombongan biji timah di Lembah Kinta. 8. Kegiatan pertanian, perlombongan dan perindustrian di kawasan tanah rendah telah menggalakkan tumpuan penduduk. 9. Kegiatan-kegiatan ini menyebabkan banyak bandar-bandar besar dibina seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. 10. Petempatan-petempatan ini menjadi pusat pentadbiran dan kewangan. Di sini terdapat pejabat, bank dan institusi kewangan. Pinggir Laut 1. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang iaitu kira-kira 4 800 km. 2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 3. Pantai Barat Semenanjung Malaysia menghadap ke Selat Melaka. 4. Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pantai Sarawak dan pantai barat Sabah menghadap ke Laut China Selatan. 5. Pantai Timur Sabah menghadap ke Laut Sulu. 6. Laut di sekeliling Malaysia adalah cetek kerana terletak di atas sebuah pentas benua yang dikenal sebagai Pentas Sunda. 7. Sebahagian Pentas benua ini terbentuk kira-kira 550 juta tahun dahulu. 8. Dalamnya laut di Pentas Sunda berbeza-beza antara 70 hingga 180 meter.

9. Laut yang cetek ini membolehkan cahaya matahari menembusi ke dasar laut dan ini menggalakkan pertumbuhan plankton (sejenis makanan ikan) dan pembiakan ikan.

Malaysia- Pinggir laut- dan pulau-pulau Ciri Fizikal Pinggir Laut 1. Pulau merupakan tanah daratan yang dikelilingi oleh laut. 2. Di luar pinggir laut Malaysia terdapat kira-kira 270 buah pulau. Contohnya Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan Pulau Banggi. 3. Kebanyakan pulau ini penting untuk aktiviti perikanan dan pelancongan. 4. Di Pulau Pangkor, Pulau Ketam dan Pulau Perhentian terdapat pelabuhan dan perkampungan nelayan. 5. Pulau Perhentian dan Pulau Redang yang kaya dengan terumbu karang yang indah di luar pantainya telah menarik ramai pelancong.

6. Antara ciri fizikal yang terdapat di kawasan pinggir laut termasuklah tebing tinggi, teluk dan tanjung, gua, gerbang laut, batu tunggul, batu sisa, pantai, beting pasir, anak tanjung dan tombolo.

Pola Saliran 1. Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya. 2. Terdapat beberapa jenis pola (corak) saliran seperti pola saliran reranting, jejala, sepunca(jejari), bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat.

Sungai dan Tasik Di Malaysia 1. Malaysia menerima hujan yang banyak sepanjang tahun. 2. Kawasan tanah tinggi yang diliputi hutan merupakan kawasan tadahan hujan. 3. Air hujan ini mengalir di permukaan bumi dan membentuk sungai yang banyak di Malaysia.

Malaysia: Sungai-sungai utama dan tasik 4. Di Semenanjung Malaysia, sungai berpunca dari kawasan tanah tinggi di bahagia tengahnya. 5. Di pantai barat Semenanjung Malaysia sungai mengalir masuk ke Selat Melaka. 6. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, sungai mengalir masuk ke Laut China Selatan.

7. Sungai Pahang adalah sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. 8. Sungai-sungai utama yang lain ialah Sungai Perak, Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Endau. 9. Di Sarawak, sungai berpunca dari tanah tinggi di kawasan pedalaman dan mengalirkan ke laut China Selatan di sebelah barat. 10. Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai terpanjang di Malaysia. 11. Sungai-sungai utama lain di Sarawak ialah Sungai Trusan, Sungai Limbang dan Sungai Baram. 12. Di Sabah, sungai-sungai mengalir ke Laut Sulu di sebelah timur dan Laut Sulawesi di sebelah tenggara. 13. Sungai Kinabatangan adalah sungai yang terpanjang di Malaysia. 14. Sungai-sungai utama di Sabah ialah Sungai Labuk dan Sungai Segama. 15. Tasik-tasik di Malaysia termasuk: (a) Tasik Semula Jadi, contohnya Tasik Bera dan Tasik Chini. Tasik Bera merupakan tasik semula jadi air tawar yang terbesar di Malaysia. (b) Tasik buatan manusia, contohnya Tasik Chenderoh, Tasik Temengor dan Tasik Kenyir. 16. Tasik lain yang terbentuk akibat daripada kegiatan perlombongan bijih timah termasuklah Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur. Pentingnya Sungai

Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai 1. Profil panjang sungai merujuk kepada aliran sungai yang bermula dari pnca hingga ke muaranya. (a) Sungai bermula dari tanah tinggi dan mengalir turun di kawasan curam. (b) Kemudiannya, alirannya sampai dibahagian landai dan seterusnya bahagian yang hampir rata dekat dengan muaranya. (c) Biasanya, profil sungai adalah cekung ke atasnya. 2. Profil rentas sungai merujuk kepada keadaan lurah sungai di sepanjang sungai dan bahagian hulu hingga ke hilirnya. (a) Lurah di peringkat hulu adalah berbentuk 'V'. (b) Di peringkat tengahnya, lurah itu menjadi lebar atau berbentuk 'U'. (c) Di peringkat hilirnya, lurah menjadi semakin lebar dan dasarnya cetek. 3. Pada umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran, iaitu peringkat hulu, tengah dan hilir. Bentuk muka Bumi di Peringkat Hulu 1. Di peringkat ini, sungai mengalir dengan laju dan membentuk ciri fizikal seperti lurah berbentuk 'V', air terjun, jeram dan lubang periuk. 2. Hakisan sungai secara tegak ke dasar sungai membentuk lurah yang sempit dan berbentuk 'V'. yang disebut sebagai jurang. Lembah sungai di peringkat ini sempit. 3. Apabila air sungai mengalir dari tanah tinggi ke tanah yang lebih rendah secara tibatiba, air terjun akan terbentuk. Contonya, Air Terjun Kota Tinggi. 4. Jeram terbentuk apabil sungai mengalir melalui batuan yang berselang lapisan keras dan lembut. Air yang mengalir akan meloncat dan mengalir dengan derasnya. Contohnya Jeram Pelagus di Sungai Rayong. 5. Di bahagian sungai yang tidak rata, aliran air yang deras akan berpusar. Batu batan akan menghakis ke dasar sungai dan lekukan yang berbulat akan terbentuk. Bentuk Muka Bumi di Peringkat Tengah 1. Di peringkat tengah, sungai mengalir dengan lebih perlahan dan terbentuk likuan sungai. 2. Cerun sungai yang lebih landai menyebabka aliran sungai berliku-liku. 3. Sungai yang berliku-liku akan berkeluk. Bahagian sungai yang berkeluk ini dikenal sebagai likuan sungai.

4. Hakisan terus berlaku di tebing cekung sungai menyebabkan tebing yang tinggi dan curam terbentuk. 5. Di tebing liku cembung sungai akan berlaku pemendapan. Tebing landai terbentuk. Bentuk Muka Bumi di Peringkat Hilir 1. Di peringkat ini, bentuk fizikal yang terbentuk ialah dataran mendap, liku terpenggal, tasik ladam dan delta. 2. Dataran mendap: (a) Aliran sungai yang sangat perlahan menggalakkan pemendapan berlaku di dasar sungai yang meningkatkan aras air sungai. (b) Banjir mudah berlaku, bahan mendapan termendap di permukaan lembah. (c) Mendapan yang tertimbun di dasar sungai akan membentuk dataran mendap dan mendapan yang tertimbun di tebing sungai pula akan membentuk tetambak. 3. Liku terpenggal dan tasik ladam: (a) Likuan sungai menjadi lebih besar dan berbentuk hampir bulat dengan tebing cekungnya. Segenting yang sempit terbentuk. (b) Segenting ini terputus semasa banjir dan menghasilkan liku terpenggal. (c) Lama-kelamaan, liku sungai di bahagian itu akan terpisah langsung dan terbentuklah tasik ladam. (d) Pemendapan bahan-bahan terhakis di bahagian muara sungai secara berterusan akan membentuk delta. Contohnya, Delta Rajang. (e) Delta terbentuk apabila: -tindakan hakisan giat yang menyediakan bahan mendapan yang banyak; -dasar laut di muara sungai cetek; -tiada arus kuat yang bersudut tepat dengan muara sungai; -tiada tasik besar di sepanjang aliran sungai; -bahagian muara tidak mengalami pasang surut yang besar.