You are on page 1of 9

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah


INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SESSION : CODE/COURSE : LECTURER : TOPIC : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR JUL DIS 2011 ECS 3032 EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN 4.0 4.3 PROJECT PLANNING Critical Path Method 4.3.1 Definition of critical path method SUB-TOPIC : 4.3.2 Uses of symbols, definition and characteristics of symbols 4.3.3 Analyse and calculation of time 4.3.4 Advantages and disadvantages of critical path method After completing the unit, students should be able to : 4.3.1 LEARNING OUTCOME : 4.3.2 4.3.3 4.3.4 define the critical path method explain the uses of symbols, define and describe the characteristics of symbols explain the analyse and calculation of time describe the advantages and disadvantages of critical path method SEMESTER : SHEET NO : WEEK : 3A & 3B IS 11 12

4.3

KAEDAH LALUAN KRITIKAL (CRITICAL PATH METHOD) Kaedah Laluan Kritikal juga disebut Kaedah Laluan Genting ataupun Kaedah Rangkaian Logik, merupakan satu teknik yang digunapakai dalam penyediaan perancangan, perlaksanaan dan pengawalan sesuatu projek binaan. Kaedah ini dipersembahkan dalam bentuk gambarajah, yang menunjukkan keseluruhan projek yang meliputi perhubungan dan pergantungan antara aktiviti dari permulaannya sehingga siap projek. Ianya berasaskan kepada satu rangkaian aktiviti yang dilakarkan menggunakan simbol-simbol tertentu.

Page 1 of 9

DPP B2(b)

4.3.1

DEFINISI KAEDAH LALUAN KRITIKAL (DEFINITION OF CRITICAL PATH METHOD) Kaedah Laluan Kritikal (KLK) merupakan satu teknik analisa rangkaian projek yang digunakan untuk meramal jumlah tempoh projek. Laluan kritikal untuk projek adalah siri aktiviti yang menentukan masa terawal projek boleh disiapkan KLK banyak membantu dalam mengenalpasti laluan genting/kritikal yang mana laluan ini memerlukan pengawalan yang teliti dalam perlaksanaan projek. Sebarang kelewatan pada laluan ini akan menyebabkan gangguan dan kelewatan pada keseluruhan perlaksanaan projek. KLK juga dapat menunjukkan aktiviti yang mempunyai lebihan masa ataupun apungan yang mana aktiviti ini boleh diperlewatkan dalam jangkamasa yang dibenarkan tanpa mengganggu masa siap projek. Aktiviti ini juga dapat membantu dalam penyediaan penyelarasan terhadap penggunaan sumber.

4.3.2

KEGUNAAN, DEFINISI DAN CIRI-CIRI SIMBOL (USES, DEFINITION AND CHARACTERISTICS OF SYMBOLS) Simbol-simbol merupakan elemen yang penting dalam penyediaan laluan kritikal atau rangkaian logik. Simbol yang digunapakai adalah seperti berikut:
a.

Anak Panah (Arrows) Simbol anak panah bermaksud suatu aktiviti. Setiap aktiviti memerlukan masa dan sumber.Ruang atas anak panah mewakili aktiviti dan ruang bawah anak panah pula adalah masa. Pangkal anak panah menunjukkan permulaan aktiviti dan kepala anak panah menunjukkan berakhirnya aktiviti. Panjang atau pendek anak panah tidak menggambarkan sesuatu perkara.

b.

Bulatan (Circle) Simbol bulatan bermaksud suatu peritiwa. Ianya merupakan titik masa ataupun persilangan sesuatu aktiviti bermula dan berakhir.Biasanya dalam bulatan ini dipecahkan kepada tiga bahagian yang diletakkan nombor aktiviti, masa mula terawal dan masa mula terakhir bagi perlaksanaan aktiviti.

c.

Anak Panah Putus-Putus (Dashed Arrows)

Page 2 of 9

DPP B2(b) Simbol anak panah putus-putus bermaksud suatu aktiviti semu (dummy). Ia digunakan hanya untuk menunjukkan perhubungan logik antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain tanpa melibatkan masa dan sumber. Ianya juga bagi memastikan tidak ada dua aktiviti yang menggunakan nombor peristiwa yang sama. Penyediaan rajah laluan kritikal atau rangkaian logik memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam perlaksanaan projek binaan. Ia meliputi pengetahuan tentang kaedah pengurusan, teknologi binaan, peralatan dan bahan-bahan binaan. Walau bagaimanapun penyediaannya meliputi tiga peringkat utama iaitu :
a.

Penyediaan Awal (Basic Preparation) Ia merupakan peringkat untuk mengenalpasti tiga aspek penting iaitu senarai aktiviti, jangkamasa aktiviti dan turutan aktiviti. Ketiga-tiga aspek ini perlu disediakan dalam bentuk jadual bagi memudahkan penyediaan rajah. i. Senarai Aktiviti Semua aktiviti perlu disenaraikan bagi menyiapkan sesuatu projek. Ianya boleh didapati daripada lukisan kerja, spesifikasi kerja dan dokumen kontrak. ii. Jangkamasa Aktiviti Setiap aktiviti perlu ditentukan jangkamasanya setepat yang mungkin. Penentuan jangkamasa ini bergantung kepada saiz kumpulan pekerja, bentuk aktiviti, bahan dan mesin yang digunakan termasuk juga jumlah hasil kerja (output). iii. Turutan Aktiviti Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu ditentukan turutannya menurut keperluan dan kepentingan bagi menyiapkan sesuatu projek. Ianya meliputi aktiviti sebelum dan selepas serta apakah aktiviti yang boleh dijalankan secara serentak.

b.

Penyediaan Rajah (Diagram Preparation)

Page 3 of 9

DPP B2(b) Apabila jadual yang mengandungi senarai aktiviti, jangkamasa dan turutan telah disediakan, maka seterusnya adalah penyediaan rajah laluan kritikal atau rangkaian logik. Rajah dilukis dari sebelah kiri ke kanan. Ianya bermula dengan bulatan peristiwa/aktiviti pertama diikuti anak panah aktiviti pertama dan seterusnya hingga semua aktiviti selesai. Nombor peristiwa atau aktiviti dimasukkan ke dalam bulatan peristiwa. Setelah rajah siap, jangkamasa aktiviti boleh dimasukkan di bawah anak panah dan masa terawal dan terakhir bagi penyiapan projek dimasukkan di dalam bulatan peristiwa.. Nama aktiviti diletakkan pada bahagian atas anak panah. Bagi mendapatkan rajah yang baik penelitian perlu diberikan kepada aspek berikut : i. Masa Terawal Masa mula terawal (early start) dan masa siap terawal (early finish) adalah dua masa terawal yang berbeza. Masa mula terawal adalah masa untuk memulakan aktiviti yang paling awal boleh dijangkakan. Masa siap terawal adalah masa untuk menyiapkan aktiviti yang paling awal boleh dijangkakan. ii. Masa Terlewat Masa mula terlewat (late start) dan masa siap terlewat (late finish) adalah dua masa terlewat yang berbeza. Masa mula terlewat adalah masa untuk memulakan aktiviti yang paling lewat boleh dijangkakan. Masa siap terlewat adalah masa untuk menyiapkan aktiviti yang paling lewat boleh dijangkakan. iii. Laluan Genting/Kritikal Laluan kritikal ialah laluan yang mempunyai tempoh yang terpanjang melalui rajah rangkaian dan mempunyai apungan (slack/float) yang terkecil. Jika lebih dari satu aktiviti dalam laluan kritikal mengambil lebih masa dari yang dirancang, seluruh jadual projek akan lewat kecuali langkah-langkah pembetulan diambil.

c.

Penyiapan Jadual (Table Completion)

Page 4 of 9

DPP B2(b) Pada peringkat penyediaan awal laluan kritikal atau rangkaian logik, penyediaan jadual adalah perlu yang mengandungi senarai, jangkamasa dan turutan aktiviti. Jadual tersebut perlu dilengkapkan dengan penambahan terhadap masa. Ini meliputi masa mula terawal dan terlewat, masa siap terawal dan terlewat termasuk masa apungan. Jadual ini banyak membantu dan memudahkan pihak pengurusan projek (kontraktor) dalam menjalankan kerja-kerja pengawalan projek. Pada amnya, kaedah laluan kritikal ini merupakan asas kepada pihak pengurusan projek untuk :
i. Membantu mengagihkan sumber-sumber binaan yang terhad bagi setiap

aktiviti,
ii. Pengawasan dan pengawalan masa binaan, iii.

Perancangan dan pengawalan kos keseluruhan projek. Kadangkala berlaku salah anggapan tentang kaedah laluan kritikal ini. Untuk menjelaskannya adalah bahawa :

Laluan kritikal bukan laluan semua aktiviti yang kritikal tetapi ia merupakan laluan yang

melibatkan masa (tempoh) sesuatu aktiviti boleh disiapkan.


Kemungkinan ada lebih dari satu laluan kritikal jika panjang dua atau lebih laluan

adalah sama. Laluan kritikal boleh berubah serentak dengan kemajuan projek.
Kerja kritikal boleh dipendekkan dengan menambah lebih sumber atau mengubah skop.

Lalulan kritikal boleh berubah apabila tarikh awal dan akhir sebenar dimasukkan.

4.3.3

ANALISA DAN PENGIRAAN MASA (ANALYSE AND CALCULATION OF TIME) Jadual rangkaian logik sebenarnya adalah rajah yang menentukan laluan kritikal dan yang dilukis dengan menggunakan simbol-simbol tertentu.

Page 5 of 9

DPP B2(b) Laluan kritikal atau rangkaian logik ini boleh dianalisa dan dibuat pengiraan masa mula dan siap terawal dan terlewat, jika setiap aktiviti diketahui masa atau tempoh perlu diambil untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Contoh Analisa dan Pengiraan Masa Laluan Kritikal

RAJAH 7.3 Soalan :


a. Berapa laluan yang ada dalam rajah 7.3 di atas?

b. c. d. e.

Berapa panjang setiap laluan? Mana satu laluan kritikal? Tentukan masa terawal setiap laluan? Tentukan masa terakhir setiap laluan?

Jawapan : a. Terdapat 4 laluan iaitu :


i. ii. iii. iv. b.

Laluan 1 = 12568 Laluan 2 = 13568 Laluan 3 = 1368 Laluan 4 = 14768

Panjang setiap laluan :


i. ii. iii. iv.

Laluan 1 = 1 + 4 + 6 + 3 = 14 hari Laluan 2 = 2 + 5 + 6 + 3 = 16 hari Laluan 3 = 2 + 4 + 3 = 9 hari Laluan 4 = 3 + 6 + 2 + 3 = 14 hari

Page 6 of 9

DPP B2(b)

c.

Laluan kritikal adalah : Laluan 2 kerana ia mempunyai bilangan hari yang terbanyak dan merupakan laluan yang terpanjang diantara lain-lain laluan.

d.

Masa terawal setiap laluan :

2
1

5
4
5 7

6
11

1
0 ES 0 EF

2 3

3
2

6
13

14

6 11

9 16 14

4
3

7
6
9

i. ii. iii. iv.

Laluan 1 = 0 + 1 = 1, 1 + 4 = 5, 5 + 6 = 11, 11 + 3 = 14 Laluan 2 = 0 + 2 = 2, 2 + 5 = 7, 7 + 6 = 13, 13 + 3 = 16 Laluan 3 = 0 + 2 = 2, 2 + 4 = 6, 6 + 3 = 9 Laluan 4 = 0 + 3 = 3, 3 + 6 = 9, 9 + 2 = 11, 11 + 3 = 14

e.

Masa terakhir setiap laluan :

2
3

5
4 5
7

1
0 0 2

2 7

2 3

3
2 9

6
4 2
13

8
3
16 16

4
5

7
6
11

i. ii. iii. iv.

Laluan 1 = 16 3 = 13, 13 6 = 7, 7 4 = 3, 3 1 = 2 Laluan 2 = 16 3 = 13, 13 6 = 7, 7 5 = 2, 2 2 = 0 Laluan 3 = 16 3 = 13, 13 4 = 9, 9 2 = 7 Laluan 4 = 16 3 = 13, 13 2 = 11, 11 6 = 5, 5 3 = 2

Page 7 of 9

DPP B2(b) 4.3.4 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KAEDAH LALUAN KRITIKAL

(ADVANTAGES AND DISADVANTAGES OF CRITICAL PATH METHOD) Kebaikan/Kelebihan KLK Kelebihan utama kaedah laluan kritikal ini ialah : a. b. c.
d.

Memerlukan jururancang berfikir secara logik. Amat sesuai untuk projek yang besar dan rumit. Kemampuannya menunjukkan hubungkait antara aktiviti-aktiviti binaan. Membantu pengurus projek mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang kritikal (dalam laluan kritikal). Aktiviti yang bukan kritikal juga dikenal pasti dan memudahkan pelarasan sumber. Keperluan maklumat dan bahan yang bertindak sebagai halangan untuk memulakan beberapa aktiviti, dikenal pasti semasa proses perancangan.

e.

f.

Kelemahan/Keburukan KLK Kelemahan utama kaedah laluan kritikal ini ialah : a.


b.

Tidak sesuai untuk projek yang kecil. Sukar difahami kerana ia merupakan keterangan tempoh kontrak dalam bentuk grafik. Untuk mengemaskini, rangkaian perlu didraf semula dari tarikh yang berkenaan. Rangkaian lebih sukar dan mahal untuk dikemaskini berbanding dengan carta bar. Maklumat kontrak dan lukisan seringkali dipinda selepas kerja dimulakan di tapak dan ini melibatkan pengubahsuaian rangkaian.

c.

d.

e.

EXERCISE 11.0 : Kenapakah kaedah laluan kritikal digunakan sebagai program induk? Mengapakah pihak pengurusan projek amat memerlukan kaedah laluan kritikal? Apakah kebaikan kaedah laluan kritikal dari segi pengawalan kos sesuatu projek? Jelaskan kenapakah kaedah laluan kritikal lebih sukar dan mahal untuk dikemaskini jika
Page 8 of 9

DPP B2(b) dibandingkan dengan carta bar? Berikan DUA kelebihan dan kelemahan kaedah laluan kritikal? REFERENCE : 1. Teachers handout 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul Aziz Abu Bakar (DBP) 3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM) 4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS) 5. Nota JKR (IKRAM)

Page 9 of 9