AR-RASUL QUDWATUNA (RASUL IKUTAN KITA

)
MUQADDIMAH Tugas para Rasul ialah menyeru, menyedar, menggembur dan membentuk manusia agar beriman kepada Allah S.W.T. Atau, dengan kata lain,mengajak dan membentuk keperibadian manusia agar tunduk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. semata-mata. Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap umat masing-masing. Muhammad Rasulullah S.A.W. pula melaksanakannya terhadap seluruh manusia. Firman Allah S.W.T.:

Terjemahannya: “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap ummmat (untuk menyeru) : Sembahlah Allah (sahaja) , dan jauhilah Taghut itu. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) “ (Surah An Nahl ayat 36) Al-Quran telah mengarahkan Rasulullah ummah S.A.W. supaya mendidik hati, fikiran,

perasaan, tingkahlaku dan akhlak manusia ke paras yang lebih tinggi dan mulia. Seterusnya, membentuk dan membina daulah. Itulah hakikat Rasul diutuskan. Itulah contoh yang terbesar. Hasilnya, dengan kurniaan Allah S.W.T. jua, Rasulullah S.A.W. telah berjaya mengubah corak hidup manusia yang serba pincang kepada corak hidup yang sempurna, aman,

1

damai, bahagia dan bercahaya di bawah sistem yang ditanzilkan Allah S.W.T. Akhlak dan keperibadian Rasulullah S.A.W. memainkan peranan utama dalam perlaksanaan tanggungjawabnya. Firman Allah S.W.T.:

Terjemahannya: "Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah dan Hari sebanyak-banyaknya". (Surah Al Ahzab ayat : 21) PERANAN KITA KINI Dalam rangka mencontohi Rasulullah S.A.W., peranan kita kini ialah melaksanakan da'wah kepada Allah S.W.T. kemudian berusaha membentuk ummah. Setiap individu muslim wajib melaksanakan tugas ini mengikut kemampuan dan keahlian masing-masing. Al Qur'an sangat kewajipan tersebut. Firman Allah S.W.T.: menuntut kita agar melaksanakan Akhirat, dan mengingati Allah

Terjemahannya: "Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan setengahnya mereka menjadi pembantu kepada setengah menyuruh ke arah kebaikan dan melarang yang lain, mereka bersama-sama daripada kemungkaran, mendirikan

sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ." (Surah At-Taubah ayat : 71) Kewajipan itu tidak akan gugur ke atas setiap muslim selagi mana sistem ilahi tidak terlaksana di bumi. Selagi mana kemungkaran menodai syari'at Allah S.W.T. sewenang-wenangnya dan selagi mana bumi Allah S.W.T. tidak dapat dimakmurkan dengan amalan-amalan soleh maka selagi itulah kewajipan itu mesti dilaksanakan. UMAT ISLAM KEHILANGAN CONTOH YANG AGONG DARI RASULULLAH S.A.W. Umat Islam kini diselubungi jahiliyyah sebagaimana berlaku di zaman permulaan da'wah Islamiyyah dahulu. Jahiliyyah sudah menyerap ke dalam hati nurani, fikiran, perasaan, tindakan dan akhlak orang-orang Islam sendiri. Ini menyebabkan seolaholah orang-orang Islam telah kembali ke zaman Jahiliyyah. Mujahid terkenal zaman ini, Sa'id Hawwa, dalam bukunya Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan, menerangkan tentang fenomena (irtidad) kembali ke zaman jahiliyyah telah berlaku di kalangan orang-orang Islam sendiri.

Asy-Syahid Sayyid Qutb pula menegaskan bahawa di zaman ini terdapat kalangan mereka yang mengakui keagungan Allah S.W.T., sekaligus mengakui pula kekuasaan dan kemampuan manusia seolah-olah Allah S.W.T. dan manusia bersaing hebat berlumba-lumba mencapai kebebasan di alam ini. Inilah antara ciri-ciri jahiliyyah yang telah meresapi jiwa, perasaan, pemikiran dan perilaku orang-orang Islam. Hal ini akan berlanjutan kiranya kita tidak berusaha untuk mengembalikan hakikat yang hilang daripada kita dan orang-orang Islam. Antara kehilangan yang besar pada hari ini ialah kehilangan contoh tauladan Rasulullah S.A.W. Contoh yang agung, lengkap dan merangkumi semua ruang lingkup kehidupan. USLUB YANG MENCONTOHI RASULULLAH S.A.W

3

Di kalangan umat Islam terdapat mereka yang menyedari akan hakikat jahiliyyah yang menguasai dunia. Justeru itu, kesedaran bahawa menegakkan manusia. Kebangkitan gerakan-gerakan Islam itu amat membanggakan. Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah tentang uslub yang digunakan. Adakah gerakan-gerakan itu berpandukan kepada uslub yang telah dilalui Rasulullah S.A.W. dan sahabatsahabat baginda r.a.? Uslub ini telah membawa Rasulullah S.A.W. dan sahabatsahabat baginda r.a. mencapai kejayaan yang paling besar di sisi Allah S.W.T. Mujahid Fathi Yakan menjelaskan bahawa uslub gerakan Islam adalah suatu yang susah ialah wujudnya Islam) berbagai-bagai sebanarnya. amal juz'i aliran, khususnya, secara yang aliran-aliran juz'i senang cepat dan yang sekali cepat menekankan aspek tertentu (yang juz'i) tanpa menekan sifat-sifat (kesyumulan berkembang. yang Penekanan amal Sebenarnya adalah takamul samada di dunia Islam atau di dunia bukan Islam, telah timbul berbagai-bagai gerakan Islam. Kebangkitan ini lahir daripada umat Islam mesti berperanan dalam kepimpinan untuk atau krisis penyelesaian yang adil bagi menghadapi permasalahan

hidup manusia yang kian meruncing akibat ketidaksempurnaan sistem ciptaan

berkembang, tetapi cepat pula gagal apabila menempuh suasana yang menekan. 'Amal Kulli, 'Amal Islam yang Kamil, 'Amal yang Mutawazin dan menyeluruh berlandaskan contoh kepimpinan Rasulullah S.A.W. merupakan 'amal yang agak lambat berkembang dan sukar mendapat sambutan yang besar. Ini kerana ia melalui proses yang terperinci berserta matlamat yang besar untuk mengubah secara keseluruhan, bukan untuk menampung mana-mana yang bocor dan berlubang. NATIJAH KEPIMPINAN DAN CONTOH RASULULLAH S.A.W Kepimpinan dan contoh yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. telah memperlihatkan 'Amal Kulli dan Mutawazin. Amal yang merangkumi semua aspek kehidupan baik dari sudut fikri mahu pun dari sudut siasi.Natijahnya, lahirlah satu ummah yang terpimpin dengan roh al-Quran. Al Qur'an sentiasa mengalir di dalam jiwa-jiwa mereka dan memimpin hati-hati mereka hingga tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T. dan rasulNya sahaja. Natijahnya juga, mereka tidak memilih nilai-nilai yang lain selain daripada nilai yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W.. Mereka telah mempersaksikan keperibadian yang agung dan tinggi hingga keperibadian itu tidak terjejas apabila bertembung dengan berbagai-bagai suasana. Mereka tetap beradab dengan Allah

S.W.T. dan Rasul-Nya samada sewaktu senang atau susah, aman atau damai, bahkan dalam suasana perang dan genting. Contohnya dalam satu peperangan Allah S.W.T. menceritakan keadaan mereka:

Terjemahannya: "Tiada do'a mereka selain daripada ucapan: Ya dosa-dosa tindakan yang berlebih-lebihan, tetaplah terhadap orang-orang kafir." (Surah Ali Imran ayat : 147) kami dan tindakanpendirian kami dan tolonglah kami

Betapa tinggi adab mereka dengan Allah S.W.T.. Mereka tidak meminta sedikit pun nikmat kesenangan pahala dan balasan dunia. Mereka hanya meminta supaya Allah S.W.T. mengampunkan dosa-dosa mereka dan menetapkan pendirian mereka serta memberi pertolongan ke atas meraka terhadap orang-orang kafir. Tindakan mereka itu menterjemahkan keyakinan mereka kepada pimpinan Rasulullah S.A.W. Mereka mengambil Rasul sebagai contoh untuk membentuk keperibadian mereka sendiri. TUNTUTAN BERIMAN KEPADA RASULULLAH S.A.W Apabila kita beriman kepada Rasulullah S.A.W, wajiblah kita tunduk dan patuh kepada apa yang dibawanya dan menjauhi apa yang dilarangnya tanpa merasa tertekan, malu, segan, berat atau susah. Juga tanpa mempertimbangkan samada sesuai atau pun tidak sesuai. Jika kita ragu, membantah dan melaksanakan sebahagian sahaja suruhan Rasulullah SAW, maka keadaan ini sudah tentu berlawanan dengan keimanan, ikrar, janji dan bai'ah kita kepadanya. Sesungguhnya keimanan kepada Rasulullah SAW menuntut kita taat, patuh dan mencontohi contoh teladannya yang mulia. Firman Allah SWT:

5

Terjemahannya: "Dan taatilah Allah dan Rasul agar kamu diberi rahmat." (Surah Ali 'Imran ayat : 132)

Terjemahannya: "Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampun dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah Ali 'Imran ayat : 31) Jalan untuk mencintai Allah SWT ialah mengikuti Rasulullah SAW dengan penuh rela dan patuh seikhlas hati. Juga mencintai Rasulullah SAW lebih daripada diri sendiri, anak-anak, harta benda dan manusia seluruhnya. Kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. mestilah diterjemahkan dalam setiap gerak geri dan tingkah laku yang mengikuti apa yang disukai Rasulullah SAW dan menjauhi apa yang tidak disukainya. GENERASI ISLAM PERTAMA (CONTOH KITA) Generasi Islam pertama juga merupakan contoh kita. Mereka telah dididik dan

dipimpin oleh baginda yang melalui proses tarbiyyah yang tersusun rapi. Pada diri mereka telah lahir contoh yang sempurna dalam segala bidang kehidupan, baik

dari segi fikri mahu pun dari segi siasi. Contoh yang syumul jelas nampak dalam hidup mereka. Mereka yakin kepada pimpinan Rasulullah S.A.W dan bercontohkan keperibadian baginda sepenuhnya. Mereka hidup dalam suasana aman, damai, berbahagia dan mendapat `nur' yang terpancar dari sinar al-Quran yang menjadi dustur hidup mereka. Pendekatan mereka kepada al-Qur'an bukanlah semata-mata untuk mempelajari, membaca dan menggali rahsia-rahsianya tanpa bumi. Al-Qur'an membimbing dan melengkapkan hidup mereka dengan akhlak yang mulia. Seluruh pemikiran dan tindakan dibimbing supaya tidak melewati batas-batas Allah S.W.T. PENUTUP menyedari tuntutan sebenar iaitu menghayatinya dalam kehidupan dan memikul amanah Allah S.W.T. yang besar di

Tuntutan

kefahaman

terhadap

kerasulan

Muhammad

S.A.W.

dan

keimanan

kepadanya ialah mencontohi dan mengikuti kepemimpinannya. Seandainya umat Islam tidak kembali kepada hakikat ini, umat Islam akan terus menjadi seperti buih di permukaan air. Umat Islam tidak akan menjadi arus yang kuat untuk menumpaskan jahiliyyah.

Ahmad Rejab M16kul/msword/ver 6.0

7

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful