You are on page 1of 25

AMALAN TERBAIK SMK KELAPA SAWIT 2011

DATIN HJH HASNAH BT. MD. SEM

VISI SEKOLAH SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


MISI SEKOLAH MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

AMALAN TERBAIK SEKOLAH 2011


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Rancangan Pengajaran & Pembelajaran Tahunan Berfokus (RPPTB). Kumpulan Q (Latihan Dalam Perkhidmatan). Program Bina Sahsiah. Program aLEarT. Pelancaran HEADCOUNT Ting. 3 & Ting. 5 2011. Roadshow Pengetua Bersama Calon PMR & SPM 2011. Anugerah Pengetua. Latih Tubi Terancang.

RANCANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TAHUNAN BERFOKUS (RPPTB)


Objektif : Membuat RPPTB mengikut tarikh dan peristiwa sepanjang tahun dengan tepat mengikut aras murid. Kaedah : 1) Setiap guru matapelajaran merancang RPPTB mengikut tarikh dan peristiwa dan ianya perlu dirujuk semasa membuat Rancangan Pengajaran Harian.
2)

Semakan pengesanan 100% sukatan dibuat berdasarkan RPPTB dan buku rekod mengajar oleh pentadbir.

Tempoh pelaksanaan : Disember 2010 November 2011

KEKUATAN : Semua guru menyediakan perancangan RPPTB mengikut tingkatan dan aras yang diajar serta mampu melatih diri dalam membuat perancangan awal bagi jangka masa setahun. RPPTB menjadi dokumen/bukti P&P guru, kehadiran, dan penghantaran buku murid. Guru mencatat tarikh pelaksanaan P&P dan sebarang perubahan yang dibuat dengan memberi sebab jika tidak dilaksanakan.

FAEDAH KEPADA ORGANISASI : Pengesanan 100% sukatan dapat dijalankan dengan sistematik.

KUMPULAN Q (LATIHAN DALAM PERKHDMATAN/LDP)


Objektif : 1) Meningkatkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
2)

Memupuk kendiri supaya berinteraksi dengan rakan sejawat dan berkongsi idea dan pendapat yang bernas. Menyampaikan maklumat dan pembentangan kajian tindakan/rumusan dengan lebih berkesan.

3)

Kaedah : Guru dibahagikan kepada 12 kumpulan Q yang terdiri daripada 10 orang guru.

Setiap kumpulan Q mempunyai ketua dan penyelaras yang telah dilantik oleh pengetua.

Tempoh pelaksanaan : JANUARI OKTOBER 2011

KEKUATAN : Guru-guru bersedia dengan aktiviti yang dijalankan mengikut kumpulan Q.


Melatih guru-guru untuk bekerjasama dalam menjayakan aktiviti LDP serta menanamkan sikap berkongsi idea dan pendapat. FAEDAH KEPADA ORGANISASI : Pemantauan setiap guru dan keberkesanan penyampaian lebih baik dan dapat melibatkan semua aktiviti.

PROGRAM BINA SAHSIAH


Objektif: 1. Mengembangkan ilmu dan pengetahuan pelajar selain dari ilmu akademik. 2. Membentuk pelajar yang bersahsiah. 3. Mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar. Kaedah : 1) Program yang dimuatkan untuk membentuk penampilan pelajar yang hebat dari pelbagai aspek. Sahsiah dilihat satu elemen penting dalam melahirkan generasi berketerampilan selaras dengan misi sekolah dalam membangunkan potensi individu melalui pendidikan yang berkualiti. 2. Aktiviti berjadual iaitu, bacaan Al Quran dan terjemahan serta tazkirah oleh pentadbir didahului oleh pengetua mengenai peristiwa-peristiwa penting dalam Islam.

Tempoh pelaksanaan

: Setiap hari jumaat , 7.20 -8.00 pagi , sepanjang tahun 2011

a) KEKUATAN : Melahirkan pelajar yang bukan sahaja berketrampilan dari segi intelektual, tetapi juga berketerampilan. Jadual Pelaksanaan Program Bina Sahsiah telah dirancang dari awal tahun persekolahan 2011 dan dilaksanakan berdasarkan program dan tarikh ditetapkan.
b) FAEDAH KEPADA ORGANISASI : Membudayakan bacaan Quran dikalangan murid dan guru, dapat memberi peringatan mengenai peristiwa penting dan amalan harian sebagai muslim.

TAJUK : PROGRAM ALERT A Always L Listen E Engage R- Respond T- Take Action

Objektif : Meningkatkan keberkesanan mengurus mesyuarat Kaedah: 1) Semua guru-guru SMK Kelapa Sawit wajib membawa buku log ALERT semasa menghadiri mesyuarat di dalam sekolah atau di luar sekolah serta menulis segala perkara-perkara penting semasa menghadiri mesyuarat tersebut. Tempoh pelaksanaan : WAJIB dibawa dan dicatatkan dalam sebarang apa jua mesyuarat

a) KEKUATAN : Mendisplinkan semua-semua guru untuk lebih beretika , menghormati pengerusi dan ahli-ahli mesyuarat serta memberi perhatian dan mencatat semasa mesyuarat dijalankan. b) FAEDAH KEPADA ORGANISASI: Guru menggunakan buku log sebagai minit curai.

PELANCARAN HEADCOUNT TING.3 & TING.5 2011

Objektif : 1. Merancang, merangka , melaksana, dan menilai tindakan-tindakan ke arah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. 2. Mengenal pasti dan melaksana strategi peningkatan pretasi murid-murid berdasarkan kekuatan dan kelemahan mereka 3. Memahami dan menghayati headcount sebagai satu strategi untuk meningkatkan pretasi akademik mereka. Kaedah : 1. Pelajar Ting. 3 dan Ting. 5 diberikan sasaran untuk menilai pencapaian pelajar itu sendiri. 2. Guru-guru matapelajaran diwajibkan menetapkan TOV dan ETR yang bersesuaian mengikut tahap prestasi berdasarkan Ujian Bulanan, Peperiksaan Pertengahan tahun dan Peperiksaan Percubaan terutama bagi pelajar yang menduduki PMR dan SPM.

Tempoh pelaksanaan 2011

: Sehingga akhir tahun

a) KEKUATAN : Penerangan dan taklimat yang terperinci telah diberikan oleh Pengetua tentang sasaran headcount untuk tahun 2011. Ini dapat meningkatkan pemahaman dan penghayatan murid-murid akan fungsi headcount sebagai satu strategi untuk meningkatkan pretasi akademik mereka. b) FAEDAH KEPADA ORGANISASI : Menetapkan sasaran yang perlu dicapai dalam setiap mata pelajaran dan keseluruhan PMR & SPM untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

ROADSHOW PENGETUA BERSAMA CALON PMR & SPM 2011

Objektif : 1. Penerangan mengenai TOV, OTI dan ETR dalam Headcount calon PMR dan SPM 2011. 2. Berkongsi mengenai peratus dan GPS yang telah disasarkan oleh pihak sekolah di dalam peperiksaan PMR dan SPM 2011. 3. Pengetua berinteraksi secara langsung dengan calon PMR dan SPM 2011.

Kaedah : 1. Pengetua berkomunikasi dengan cara berjumpa sendiri dengan para pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. 2. Menetapkan tarikh yang sesuai untuk berjumpa dengan para pelajar. 3. Pelajar diarahkan berkumpul di Dewan Bestari, SMK Kelapa Sawit. 4. Sesi soal jawab dan taklimat bersama pelajar dijalankan Tempoh pelaksanaan : 8 April 1 Julai 2011

a) KEKUATAN : Penerangan dan taklimat yang lebih jelas telah diberikan tentang TOV, OTI dan ETR dalam sasaran headcount untuk calon PMR dan SPM 2011. Ini dapat meningkatkan pemahaman dan penghayatan murid-murid akan fungsi headcount . Program ini mewujudkan interaksi secara langsung antara pengetua dan guru-guru dengan pelajar. Ianya juga mewujudkan komunikasi dua hala antara pengetua, guru dan pelajar dalam memastikan agenda kecemerlangan sekolah dapat dicapai terutamanya di dalam peperiksaan PMR dan SPM 2011. b) FAEDAH KEPADA ORGANISASI: Dapat menyatakan matlamat pengetua/ sekolah yang perlu dicapai oleh murid secara berfokus.

ANUGERAH PENGETUA PMR 2010 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TING. PERALIHAN, 1, 2, 3 , DAN TINGKATAN 5 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR & SPM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING. PERALIHAN, 1, 2, 3, DAN 5. Objektif : 1. Membudayakan kecemerlangan akademik dan sahsiah di kalangan murid. 2.Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan murid dalam bidang akademik dan sahsiah murid. 3.Tanda penghargaan dan dorongan pihak sekolah kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Kaedah : 1. Menilai pelajar melalui peperiksaan Pertengahan Tahun berdasarkan keputusan yang cemerlang. 2. Menghargai para pelajar dalam Majlis Anugerah Pengetua dengan penyampaian hadiah dan mengucapkan tahniah.

Tempoh pelaksanaan 2011 Siri 1/2011

: Bagi Semua Tingkatan Peperiksaan Pertengahan Tahun

RUMUSAN a) KEKUATAN : Meningkatkan semangat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan lebih cemerlang dalam peperiksaan. b) FAEDAH KEPADA ORGANISASI: Sentiasa memberi motivasi dan semangat untuk belajar dengan lebih bersungguhsungguh.

LATIH TUBI TERANCANG UNTUK PELAJAR PMR & SPM


Objektif : 1. Meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid-murid

2. Mengulangkaji secara terancang


3. Menjawab soalan objektif dan subjektif sesuatu mata pelajaran 4. Membiasakan murid-murid dengan soalan-soalan yang berbentuk Peperiksaan. 5. Membantu murid-murid mengulangkaji secara terancang dan berkumpulan (Cooperative Learning).

Kaedah ; 1. Setiap subjek terlibat dalam Program Latih Tubi ini dan guru-guru mata pelajaran PMR perlu menyediakan bahan atau soalan yang sesuai. 2. Semasa latih tubi dijalankan murid-murid dibenarkan merujuk kepada buku rujukan, teks , nota atau latihan. 3. Semasa Minggu Latih Tubi Terancang berlangsung, guru perlu menyerahkan set soalan yang akan digunakan semasa ketiadaannya kepada penyelaras program. 4. Latih tubi dilaksanakan di waktu P&P dan setiap markah pelajar yang diperolehi dicatatkan mengikut individu dan berkumpulan.
Tempoh pelaksanaan : 12 September 9 November 2011

KEKUATAN : a) Merancang soalan untuk latihan dengan lebih tersusun. b) Dapat melaksanakan program Mastery Learning dan Program 1 Impian dengan terancang. FAEDAH KEPADA ORGANISASI : a) PROGRAM PPD KULAI 1 IMPIAN & PROGRAM MASTERY LEARNING DENGAN LEBIH TERANCANG b) Semua markah latih tubi yang telah di catat dapat melihat kemajuan pelajar.

AMALAN TERBAIK SEKOLAH YANG LAIN


MENGAPLIKASI TEORI BROKEN WINDOWS DI SEKOLAH TABIAT GURU TEGUR MURID BEREHAT PADA WAKTU REHAT AMAT PENTING BUKU PEMANTAUAN KESALAHAN MURID INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN AMALAN MENCATAT PENGAWAS AMALAN MENGUCAP SELAMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALAN PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALAN KESIHATAN YANG BAIK KREATIVITI DAN INOVASI Cast Materials MUAFAKAT 5S (BUDAYA KERJA ORANG JEPUN KE ARAH PERSEKITARAN KERJA YANG BERKUALITI & KONDUSIF)
CL10-40 CL15-20 CL20-20 BL20-20 BL20-50 BL30-20 BLH20-40 BLH20-20 BLH25-20

SEITON