You are on page 1of 2

Pau Kukus Mudah Oleh: Khalijah Hussin Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar yis mauripan 2 sudu

besar susu pekat manis 1 sudu besar gula 3 sudu besar minyak masak 1/2 cawan air suam sedikit garam * inti - ikut kesukaan Cara-cara: 1. Masukkan 2 sudu besar yis ke dalam 1/2 cawan air suam. 2. Masukkan 1 sudu gula ke dalam campuran yis dan air suam tadi. Kacau. 3. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga berbuih. 4. Di dam bekas lain, masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar susu pekat manis, 3 sudu besar minyak masak, sedikit garam dan campuran yis tadi. 5. Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan. 6. Biarkan doh naik 1 kali ganda. Tutup doh dengan plastik. 7. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulatkan. 8. Leperkan doh dan isikan inti. 9. Biarkan doh mengembang lagi. 10. Sementara itu, panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau tadi lebih kurang 10 minit.

PUDING COCKTAIL Oleh: Yan Shamsuddin Bahan2: 2 TIN SUSU CAIR 1 TIN SUSU PEKAT 1 SUDU BESAR TEPUNG CUSTARD 1 TIN BUAH COCKTAIL AMBIL ISI 1 TIN BUAH LAICI AMBIL ISI 1 TIN BUAH LONGAN AMBIL ISI BUAH STRAWBERRY DIPOTONG2 BUAH KIWI DIPOTONG2 CARA2 MASAKKAN SUSU CAIR DAN SUSU PEKAT..MASUKKAN TEPUNG CUSTARD DAH HANCUR TUTUPKAN API SEJUKKAN SEKEJAP BARU MASUKKAN SEMUA BUAH2 TADI MASUKKAN DIDLM PETI SEBELUM DIHIDANGKAN.