You are on page 1of 2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

Topik : Ayat Sama Maksud BAF + Palang B : 1. Baca soalan dengan tenang dan teliti, tanpa meninggalkan sebarang perkataan. 2. Baca soalan kali kedua. 1. Analisis Soalan. 2. Gunakan tanda palang ( / ) pada setiap frasa yang terkandung dalam soalan. 3. Palang semua pilihan jawapan. 4. Potong ayat yang jelas kesalahannya. Peratus memilih jawapan yang tepat lebih tinggi. 5. Pilih ayat yang mengandungi bilangan frasa dan maksudnya yang menyamai soalan. 1. Fahamkan Soalan. 2. Pilih jawapan yang tepat. 3. Jawapan yang tepat akan menghasilkan ayat yang gramatis. 4. Menghitamkannya pada kertas jawapan.

A :

F :

CONTOH: Dia mengambil keputusan untuk tidak membuat kerja itu / kerana upahnya tidak berpatutan dengan apa yang dibuat. A Oleh sebab upahnya tidak sesuai /, kerja-kerja itu tidak dapat dibuat olehnya. B Kerja itu tidak akan dibuatnya / selepas ketuanya memberi upah yang sedikit. C Keputusan telah diambilnya / dengan tidak membuat kerja / kerana upahnya tidak banyak. D Oleh sebab mendapat upah yang sedikit / , dia tidak mahu meneruskan kerjanya.

LATIHAN 1. Golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda supaya masa terisi dengan perkara yang berfaedah. A Untuk mengisi masa lapang , Rakan Belia digalakkaan menyertai program golongan belia. B Golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda untuk mengisi masa lapang. C Untuk mengisi masa lapang , golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda. D Golongan belia menggalakkan Rakan Muda untuk menyertai program lapang. 2. Cikgu Salim memberi kebenaran kepada Anis untuk ke kedai buku. A Anis meminta kebenaran untuk pergi ke kedai buku. B Anis mendapat kebenaran daripada Cikgu Salim untuk pergi ke kedai buku. C Anis dan Cikgu Salim mendapat kebenaran untuk ke kedai buku. D Cikgu Salim mendapat kebenaran daripada Anis untuk ke kedai buku. 3. Saya tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin kerana demam panas.kata Noni kepada Siti. A Noni demam dan tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin. B Siti tidak sihat kelmarin dan dia tidak hadir ke sekolah. C Noni memberitahu Siti bahawa kelmarin dia demam dan tidak dapat hadir ke sekolah. D Noni memberitahu Siti dia tidak hadir ke sekolah kelmarin. 4. Salmah membantu kakaknya memasak di dapur pada hari minggu. A Kakak Salmah memasak di dapur pada hari minggu. B Salmah meminta kakaknya memasak di dapau pada hari minggu. C Samah dan kakaknya bercadang memasak pada hujung minggu. D Pada hujung minggu , Salmah menolong kakaknya memasak di dapur. Jawapan : D 1 B 2 B 3 C 4 D