TAJUK KERTAS KERJA - Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan objektif program. 2.

TUJUAN/OBJEKTIF/MATLAMAT - Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada untuk kelulusan / makluman / perbincangan, untuk siapa dikemukakan dan nyatakan apakah objektif / matlamat yang ingin dicapai. 3.PENERANGAN TENTANG PROJEK - Nyatakan secara jelas tujuan butiran mengenai tarikh / masa / tempat, peserta / kumpulan sasar, yuran / bayaran yang dikenakan, kerjasama / bantuan agensi luar / Bahagian / Unit / Persatuan / Kelab lain. 4.JAWATANKUASA PELAKSANA - Nyatakan penaung / penasihat, senarai penuh AJK beserta No Pelajar & Jawatan, peranan dan bidang tugas AJK 5.ANGGARAN KEWANGAN - Nyatakan secara terperinci dan logik angaran pendapatan, perbelanjaan dan sumber pembiayaan dengan terperinci. 6.TENTATIF PROGRAM - Nyatakan secara jelas tentang tentatif program termasuk upacara perasmian & penutup serta penceramah dan tajuk ceramah. 7.PESERTA - Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini. 8. PENCERAMAH/JEMPUTAN - Nyatakan secara jelas tentang cadangan penceramah / jemputan bersama-sama latar belakang mereka untuk kelulusan HEP 9.SOKONGAN - Rujuk kertas kerja kepada penasihat untuk komen dan sokongan. 10.PENUTUP - Nyatakan terima kasih serta mohon pertimbangan untuk diluluskan. *Kertas kerja disediakan dalam bahasa melayu dan dijilid dengan kemas. 7 salinan untuk projek luar negara dan tajaan serta 5 salinan untuk projek tajaan luar. FORMAT PENYEDIAAN ANGGARAN KEWANGAN: 1.PENDAPATAN : Nyatakan dengan jelas anggaran pendapatan seperti yuran peserta, sumbangan luar / penaja / dan lain-lain (jika ada) beserta jumlah keseluruhan. 2. PERBELANJAAN : Nyatakan dengan jelas perbelanjaan seperti makan / minum meliputi jamuan perasmian / penutup dan jamuan VIP, pentadbiran meliputi percetakan / urusan pos / urusetia dll, logistik meliputi penginapan / pengankutan / peralatan audio visual dll, cenderahati meliputi cenderahati perasmi / penceramah / panelis / honorarium penceramah / ahli panel, publisiti meliputi kain pemidang / latar belakang pentas/ poster dan kotigensi meliputi 10% daripada keseluruhan kos projek 3.JUMLAH KESELURUHAN : Nyatakan dengan jelas jumlah keseluruhan implikasi kewangan program.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful